cinta is l0ve...bab 10
.
bab 10
Sejak akhir-akhir ini jadual Farish luar
biasa sibuknya, sehinggakan antara mahu dan tidak Sheera terpaksa terbabit sama
dengan kesibukan itu. Namun sebagai setiausaha dia sedar, dia perlu menjalankan
tanggungjawabnya dengan ikhlas.
“ Sheera, tak nak balik ke?”
Kerjanya terganggu mendengar suara itu.
“ Owh mieza, ingat siapa tadi. Terkejut aku tiba-tiba ada orang
panggil.”
“ Kau tu yang kusyuk sangat buat kerja. Sampaikan aku dah berdiri lama
kat sini pun kau tak sedar.”
“ Aku ada kerja sikit lagilah. Kejap lagi aku baliklah.Jue dah balik ke?”
“ ha’a, dia balik awal. Lagipun tunang dia jemput tadi.”
Mieza hanya memerhatikan rakannya itu tekun
membuat kerja. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan meja Sheera.
“ Banyak sangat ke kerjanya? Nak aku tolong?”
“ Takpelah, ni kerja aku. Lagipun dah nak siap ni.” Buat seketika suasana sepi kembali.
Ramai pekerja di aras itu sudah pun pulang.
“ Erm...kau dengan bos kita tu ada apa-apa ke?” Kerjanya terhenti lalu memandang
mieza.
“ Maksud kau?”
“ Kau tak dengar ke budak-budak ofis ni bercakap pasal kau.” Mieza melihat kawannya itu
memandangnya dengan penuh persoalan.
“ Hmm...nampak sangatlah kau tak tahu apa-apa.”
“Cerita jelah. Apa yang budak-budak ofis ni mengata pasal aku?”
“ Aku dengar ari tu, si Shakir
cakap dia nampak kau dengan En.Farish jalan-jalan kat kL. Jalan berdua, macam
orang tengah dating. Betul ke?”
“ Betulla tu...”
Tersentak sheera bila mejanya menjadi sasaran tepukan dari Mieza.
“ ha?! Yekew? Pe yang jadi...ceritalah cepat!!”
“ Kau ni kecohlah. Rilexlah, memang aku dengan dia keluar hari tu, tapi
bukan dating ye...and one more thing,kitorang tak bercinta pun. Lagipun masa tu
pertemuan hari tu tak dijangka.”
“ Hmm..mati-mati aku ingat kau dah ada hubungan dengan bos kita tu.
Oklah sheera, aku balik dulu ye. Aku dah janji dengan kak huda nak kena masak
malam ni. Kena denda semalam pasal kalah main game UNO card.”
“
Yela..siapa suruh kau kalah,padan muka.” Tersengih dia memandang mieza.
Mieza hanya mengeluh meratapi nasibnya. Nasib badan...
Sudah sejam Mieza meninggalkan pejabat,
tetapi sheera masih lagi tidak pulang. Dia mahu menyiapkan kerjanya dahulu. Awal-awal
lagi dia dah menghantar pesanan kepada abangnya bahawa dia akan lewat pulang
pada hari itu.
“ Eh, tak balik lagi?”
“ Tak bos, nak siapkan kerja sikit. Ingat bos dah balik tadi.”
Farish melihat jam ditangan. Jarum jam menunjukkan
pukul hampir pukul 8 malam. Dia baru je selesai solat maghrib di surau tingkat
bawah pejabat. Dalam fikirannya tadi mahu terus balik, tapi dia tertinggal dompet
di bilik ofisnya. Dia ingat semua staff sudah pun pulang, tetapi sangkaannya
meleset apabila melihat sheera masih lagi ada di pejabat.
‘
Berani juga minah ni tinggal sorang-sorang’
“ Dahlah tu buat kerja. Jom balik, aku hantarkan kau. Tak elok kalau perempuan
tinggal sorang-sorang kat ofis ni.”
“err...tapi...”
“ takde tapinye..cepat kemas meja tu. Aku tunggu ni.”
‘ish mamat ni. Suka hati akulah nak balik lambat ke apa ke...pandailah
aku jaga diri ni.’
Omelnya di dalam hati, namun tangannya pantas mengemas fail yang berselerakan
di atas meja.
Farish masih lagi memerhatikan gadis di
hadapannya. Dia tidak pasti kenapa dia perlu risaukan gadis tersebut. Dia
sendiri pelik memikirkan perasaannya ketika itu. Selesai semuanya, sheera
mengikut farish dari belakang. Di dalam kereta, masing-masing senyap. Situasi
inilah yang membuatkan sheera tidak selesa. Dalam diam, dia melihat wajah
farish di sebelah. Semakin hari semakin dia mahu mendekati lelaki itu. Ya,
memang dia dah gila. Dia sendiri pelik bagaimana perasaan tu boleh timbul dalam
hatinya. Setiap kali memikirkan hal itu, hatinya berdebar-debar apatah lagi apabila
farish menghampirinya. Setiap kali bosnya dekat dengan dirinya jantungnya berdengup
dengan kencang. Dia sendiri tak boleh kawal keadaan masa tu. Persoalan demi
persoalan menghantui pemikirannya.
Bagi Farish pula, selama Sheera bekerja
dengannya, dia turut merasakan perubahan di dalam dirinya. Dia semakin ceria,
tidak seperti dulu lagi. Benarlah kata Firdaus, sejak Sheera muncul dalam
hidupnya, kehidupannya makin berubah.
“ Kau dah mula sukakan dia kan?” Soal firdaus sambil tersenyum memandang Farish.
“
Dia tu? Mana adalah. Gilalah aku kalau aku suka dia. Lagipun, aku
tak percaye cinta-cinta ni..sumer tu mengarut!! terutame ngan girl yang macam
tu..mane layak untuk aku yang macho lagi bergaya ni!!” Sengaja dia
menunjukkan lagak di depan sepupunya. Firdaus tersenyum sinis melihat perangai
Farish.
“ Yela tu. Sekarang kau
bolehla cakap macam tu, tapi dalam hati kau tu aku tahu kau dah mula sukakan
sheera. Buat apa kau malu nak mengaku kat aku?? Aku ni siapa wei? Sepupu kau
kan. Better kalau kau jujur dengan diri kau. Jangan nak menipu diri tu.”
“ Kenapa kau tiba-tiba cakap hal ni. Kau
tahu kan aku tak suka bincang pasal perkara ni.” Dari bergurau tadi, kini wajahnya serius
bercakap dengan Firdaus.
“ Kau masih lagi terkenangkan Julia? Come on
Farish, the past is past!!..Sekarang ni kau kena fikir masa depan kau.”
“ Hidup aku dah takde istilah masa depan.
Sekarang ni hidup aku hanyalah kerja.”
“
Farish!!!” Jeritan yang agak kuat itu menghentikan lamunannya.
Alangkah terkejutnya dia kerana
hampir-hampir sahaja kereta miliknya melanggar lori di hadapan. Segera kereta
itu berhenti di tepi jalan. Muka sheera pucat,kaku. Dia tak dapat berfikir masa
tu. Begitu juga dengan Farish. Tanpa disedari ditariknya badan sheera dan
memeluknya. Sheera bertambah terkejut dengan tindakan drastik dari Farish.
“ Maafkan aku....” Dia
merasakan air matanya mengalir di pipi apabila lelaki itu mengucapkan kata-kata
maaf sambil memeluknya. Dia merasakan kelainan dari diri Farish. Dibiarkan
sahaja pelukan tersebut.
**********************************************************************************************
Sukar untuk dia melelapkan
mata. Peristiwa tadi masih lagi melekat di kepalanya. Dia mencapai bantal peluk
di sebelah. Tanpa disedari bibirnya menguntum senyuman.
“ Adik!!.” Ketukan
dari pintu dan panggilan dari mamanya menghentikan lamunannya.
“ Ye ma....”
“ Boleh mama masuk?”
“ Masuklah..” Pintu
ditolak dengan perlahan. Terjengul wajah ibu lalu dihampiri anaknya itu. Diusap
lembut rambut ikal mayang itu.
“ Adik ok? Tadi bos adik telefon, dia dah
ceritakan semua yang terjadi tadi kat mama. Dia minta adik berehat je esok kat
rumah. Dia risau kalau adik still lagi terkejut sebab hampir excident tadi. Dia
minta maaf sangat-sangat pasal excident tu.”
“Owh...erm, adik ok je
ma..Nasib baik tadi dapat mengelak. Dont worrylah, adik ok. Mama pergilah rehat
ye.” Puan Faridah menghadiahkan
senyuman. Dia bangun dan mengucup dahi anaknya. Sheera memandang ibunya dengan
membalas senyuman.
“
Macam mana anak kita tu?ok?” Soal Encik mustafa kepada isterinya.
“ Ok je...agaknya dah hilanglah kot rasa
terkejut tu.”
“ Nasib baik takde apa-apa.
Syukur alhamdulillah.” Tersenyum dia melihat kelegaan yang terpancar di
wajah suaminya. Dia juga lega. Didalam hatinya dia berdoa agar tuhan meindungi
keselamatan anak-anaknya.
akhirnye...due2 da ad feel..cpt smbug sahara xsabo nk taw sapo julia n raof dlm hidup farish n sheera...hihi