cinta is l0ve...bab 13


.


bab 13





    “ Hai sheera...long time no see you.”

    “ err...hai.” Bagaikan ada sesuatu berat berada di dalam bibirnya. Sukar untuknya bersuara. Jumaidah yang berada di sebelah Sheera mengerutkan dahinya. Tak pernah dia melihat Sheera dalam keadaan sebegitu.

    ‘Sheera, kawal diri kau. Kau mesti kuat!!’ Pujuknya di dalam hati sambill menggegamkan tangannya yang kesejukan ketika itu. Bukan setakat tangan dia je sejuk, satu badan dirasakan begitu.

    “ You look really great today. You become more beautiful. I...”  Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Jasmin sudah menghampiri mereka bertiga. Dipautnya lengan Raof dan memberikan senyuman kepada Jumaidah dan memandang sinis ke arah Sheera.

    “ Hai Sheera, what a suprise!..tak sangka you ada kat sini.” Jasmin bersuara. Pegangan di lengan Raof diketatkan apabila suaminya  mahu melepaskan diri. Keadaan Sheera waktu tu tak dapat digambarkan. Dia merasa nafasnya begitu sesak sekali.  Selama hampir tiga tahun dia sudah melupakan kenangan lalu, kini kenangan itu muncul di depannya.

     ‘ Kenapa perlu aku hadapi semua ni sekarang ya Allah...kuat sheera,kau mesti kuat.’ Tangisan di matanya hampir mahu keluar, tetapi ditahannya. Dia mahu kelihatan tabah di hadapan  perempuan yang ketika dahulu pernah digelar ‘best friend’ . Kini panggilan itu sudah lenyap sama sekali di dalam kamus hidupnya.

      “ I pun tak sangka you berdua ada kat sini..” Ucapnya dengan tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

    Dari jauh, Syafiq melihat ke arah adiknya. Dia tidak sangka sama sekali Raof berada di situ. Dia menggegam tangannya tanda geram dengan kehadiran lelaki tersebut.

       “ Kau ni apehal?” Soal Firdaus apabila melihat perubahan di wajah Syafiq.

       “ Aku tak sangka dia ada kat sini..”

      “ Siapa?” Soal Farish pula.

      “ Raof...” Segera Farish dan Firdaus menoleh ke arah lelaki yang dikatakan itu. Kelihatan Sheera dan Jumaidah turut berada bersama pasangan itu. Syafiq dah mula bergerak ke arah mereka berempat. Farish memandang Firdaus, kemudian mereka juga mengikuti jejak Syafiq. Keadaan Syafiq masa tu macam nak cari gaduh. Farish dan Firdaus risau kalau ada apa-apa yang mungkin akan berlaku di majlis pada malam tersebut.

       “ Jasmin, you buat apa kat sini? Bukan patut you dengan my dad ke tadi?” Farish bersuara sebelum sempat Syafiq membuka mulut.
   
      Sheera menghampiri abangnya. Syafiq dapat lihat perubahan yang ketara di wajah adiknya itu. Farish juga sedar akan perubahan di wajah Sheera. Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya ketika ini. Macammana pula sheera boleh kenal dengan anak kawan papanya itu.

        “ Owh, tadi i dah jumpa your dad Farish. Tiba-tiba pula i ternampak kawan lama i kat sini. Tu yang i datang tegur dia tu....kan Sheera..” Sheera tersentak dan memandang wajah Jasmin. Jasmin tersenyum penuh makna seolah-olah ada muslihat yang mahu dijalankan.

        “ Owh yeke? So, Sheera ni kawan lama you lah?” Tanya Farish sekali lagi.

        “ Yes..and if you want to know, Sheera also my husband’s ex-girlfriend long time ago.Tak sangka kan...” Dia mahu memalukan Sheera pada malam itu. Dilihatnya wajah Sheera sudah kemerahan, mungkin malu. Jumaidah, Firdaus dan Farish memandang ke arah Sheera.

         “ Owh...ok. By the way, Sheera is my secretary.”

         “ Really...is that so Sheera? Bukan ke you dulu pernah cakap kat i nak buka bisnes sendiri. What happened? Tak cukup duit ke?”

         “ Jasmin...” Raof menegur isterinya itu. Dirasakan makin lama Jasmin sudah mula mahu bertindak di luar jangkaan. Jumaidah dan Firdaus menunjukkan reaksi tidak berapa suka dengan apa yang dicakapkan wanita itu.

       “ What? Betullah apa yang i cakap.” Balasnya sambil menjeling pada suaminya itu.

       “ Oklah Farish, you all...I think i dengan isteri i nak kena jumpa orang lain lagi ni. Nice to meet you all. Sheera, sorry about my wife...” Ditarik lengan isterinya pergi dari situ. Jasmin bengang dengan sikap suaminya yang mahu membela kekasih lamanya itu.

     Kebetulan waktu itu ada seorang waiter sedang membawa dulang minuman di belakang mereka. Jasmin menggunakan peluang itu untuk memalukan perempuan yang sudah lama dia bencikan. Sebelum sempat Raof menarik isterinya itu, Jasmin sempat menjulurkan kakinya untuk melanggar pelayan tersebut. Dia mahu kejadian itu terjadi seolah-olah tidak disengajakan.Pelayan itu tidak dapat mengawal keseimbangan dirinya dan dulang yang dibawa kerana terkena tersepak halangan di kakinya. Akibat tersilap langkah, pelayan itu tertolak Sheera di sebelah dan air yang dibawanya terpecik ke badan Sheera. Sheera terjatuh akibat tolakan yang agak kuat itu. Belum sempat Syafiq mahu mendapatkan Sheera,  Farish sudah pun memegang tubuh Sheera dan membantunya dia berdiri. Semua yang melihat kejadian itu terkejut. Suasana di dalam dewan berubah menjadi sunyi.

          “ Sorry cik...sorry sangat! Saya tak sengaja. Sorry cik....” Pelayan itu beberapa kali meminta maaf. Jasmin sudah tertawa kuat. Tidak tahan melihat aksi yang baru berlaku di depan matanya.

          “ Puan Jasmin...awak tak patut gelakkan setiausaha saya. Kelakar sangat ke?!” Agak tinggi nada suara yang keluar dari mulut Farish. Seolah-olah dia menuturkan ayat itu dengan agak marah.

          “ Sorrylah Farish. I tak sengaja nak gelakkan dia tadi. Ala, dia bukan sesiapa pun...secretary you je kot. Yang you macam nak marah i tu kenapa?” Bengang Farish mendengarnya. Entah kenapa dia tidak sanggup melihat Sheera dikenakan oleh wanita itu.

          “ For your information, she’s just not my secretary. Dia juga bakal isteri i..!! So, i tak nak you ketawakan dia.” Agak kuat dia menuturkan kenyataan itu. Rasanya satu dewan tu agaknya boleh dengar.

          “ What??!!” Syafiq menjerit.

         “ Apa??!!” Jumaidah pula sambung.

         “ Bakal isteri??!!” Raof pun tak terlepas.

         “ Oh god....” Firdaus menepuk dahinya.
   
    Sheera yang ketika itu dah cukup malu, bertambah-tambah malu plus terkejut plus rasa nak pitam plus rasa cam nak bom je satu dewan tu. Bagi semua tak dengar apa yang baru terjadi berlaku. Bila Farish memandangnya dengan wajah yang tenang, dia tiba-tiba terasa seolah-olah dunianya hampir gelap. Dia hampir rebah, tetapi sempat disambut oleh seseorang.
    



  1. geramnye den!!!sengal pny pmpn kalu sy la jd sheera 2 da lme mkn pnmpr pmpn 2...nsb ad farish yg myelamatkn kadaan..hihihi

  1. sab02...bwk bertenang..huhu>_<