cinta is l0ve...bab 13
.
“
Hai sheera...long time no see you.”
“
err...hai.” Bagaikan ada sesuatu berat berada di dalam bibirnya. Sukar
untuknya bersuara. Jumaidah yang berada di sebelah Sheera mengerutkan dahinya.
Tak pernah dia melihat Sheera dalam keadaan sebegitu.
‘Sheera,
kawal diri kau. Kau mesti kuat!!’ Pujuknya di dalam hati sambill
menggegamkan tangannya yang kesejukan ketika itu. Bukan setakat tangan dia je
sejuk, satu badan dirasakan begitu.
“ You
look really great today. You become more beautiful. I...” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya
Jasmin sudah menghampiri mereka bertiga. Dipautnya lengan Raof dan memberikan
senyuman kepada Jumaidah dan memandang sinis ke arah Sheera.
“ Hai Sheera, what a suprise!..tak sangka you ada kat sini.” Jasmin bersuara. Pegangan di lengan
Raof diketatkan apabila suaminya mahu
melepaskan diri. Keadaan Sheera waktu tu tak dapat digambarkan. Dia merasa
nafasnya begitu sesak sekali. Selama
hampir tiga tahun dia sudah melupakan kenangan lalu, kini kenangan itu muncul
di depannya.
‘ Kenapa perlu aku hadapi semua ni sekarang
ya Allah...kuat sheera,kau mesti kuat.’ Tangisan di matanya hampir mahu
keluar, tetapi ditahannya. Dia mahu kelihatan tabah di hadapan perempuan yang ketika dahulu pernah digelar ‘best
friend’ . Kini panggilan itu sudah lenyap sama sekali di dalam kamus hidupnya.
“ I pun tak sangka you berdua ada kat sini..”
Ucapnya dengan tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Dari jauh, Syafiq melihat ke arah adiknya.
Dia tidak sangka sama sekali Raof berada di situ. Dia menggegam tangannya tanda
geram dengan kehadiran lelaki tersebut.
“ Kau ni apehal?”
Soal Firdaus apabila melihat perubahan di wajah Syafiq.
“ Aku tak sangka dia ada kat sini..”
“ Siapa?” Soal Farish pula.
“ Raof...”
Segera Farish dan Firdaus menoleh ke arah lelaki yang dikatakan itu. Kelihatan Sheera
dan Jumaidah turut berada bersama pasangan itu. Syafiq dah mula bergerak ke
arah mereka berempat. Farish memandang Firdaus, kemudian mereka juga mengikuti
jejak Syafiq. Keadaan Syafiq masa tu macam nak cari gaduh. Farish dan Firdaus
risau kalau ada apa-apa yang mungkin akan berlaku di majlis pada malam
tersebut.
“ Jasmin, you buat apa kat sini? Bukan patut
you dengan my dad ke tadi?” Farish bersuara sebelum sempat Syafiq membuka
mulut.
Sheera menghampiri abangnya. Syafiq dapat
lihat perubahan yang ketara di wajah adiknya itu. Farish juga sedar akan
perubahan di wajah Sheera. Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya ketika
ini. Macammana pula sheera boleh kenal dengan anak kawan papanya itu.
“
Owh, tadi i dah jumpa your dad Farish. Tiba-tiba pula i ternampak kawan lama i
kat sini. Tu yang i datang tegur dia tu....kan Sheera..” Sheera tersentak
dan memandang wajah Jasmin. Jasmin tersenyum penuh makna seolah-olah ada
muslihat yang mahu dijalankan.
“
Owh yeke? So, Sheera ni kawan lama you lah?” Tanya Farish sekali lagi.
“ Yes..and if you want to know, Sheera also my
husband’s ex-girlfriend long time ago.Tak sangka kan...” Dia mahu memalukan
Sheera pada malam itu. Dilihatnya wajah Sheera sudah kemerahan, mungkin malu.
Jumaidah, Firdaus dan Farish memandang ke arah Sheera.
“ Owh...ok. By the way, Sheera is my
secretary.”
“
Really...is that so Sheera? Bukan ke you dulu pernah cakap kat i nak buka
bisnes sendiri. What happened? Tak cukup duit ke?”
“ Jasmin...” Raof menegur isterinya itu. Dirasakan
makin lama Jasmin sudah mula mahu bertindak di luar jangkaan. Jumaidah dan
Firdaus menunjukkan reaksi tidak berapa suka dengan apa yang dicakapkan wanita
itu.
“ What? Betullah apa yang i cakap.” Balasnya sambil menjeling pada suaminya itu.
“ Oklah Farish, you all...I think i dengan isteri i nak kena jumpa orang
lain lagi ni. Nice to meet you all. Sheera, sorry about my wife...” Ditarik lengan isterinya pergi dari
situ. Jasmin bengang dengan sikap suaminya yang mahu membela kekasih lamanya
itu.
Kebetulan waktu itu ada seorang waiter
sedang membawa dulang minuman di belakang mereka. Jasmin menggunakan peluang
itu untuk memalukan perempuan yang sudah lama dia bencikan. Sebelum sempat Raof
menarik isterinya itu, Jasmin sempat menjulurkan kakinya untuk melanggar
pelayan tersebut. Dia mahu kejadian itu terjadi seolah-olah tidak disengajakan.Pelayan
itu tidak dapat mengawal keseimbangan dirinya dan dulang yang dibawa kerana
terkena tersepak halangan di kakinya. Akibat tersilap langkah, pelayan itu
tertolak Sheera di sebelah dan air yang dibawanya terpecik ke badan Sheera.
Sheera terjatuh akibat tolakan yang agak kuat itu. Belum sempat Syafiq mahu
mendapatkan Sheera, Farish sudah pun
memegang tubuh Sheera dan membantunya dia berdiri. Semua yang melihat kejadian
itu terkejut. Suasana di dalam dewan berubah menjadi sunyi.
“ Sorry cik...sorry sangat! Saya tak
sengaja. Sorry cik....”
Pelayan itu beberapa kali meminta maaf. Jasmin sudah tertawa kuat. Tidak tahan
melihat aksi yang baru berlaku di depan matanya.
“ Puan Jasmin...awak tak patut gelakkan
setiausaha saya. Kelakar sangat ke?!” Agak tinggi nada suara yang keluar
dari mulut Farish. Seolah-olah dia menuturkan ayat itu dengan agak marah.
“
Sorrylah Farish. I tak sengaja nak gelakkan dia tadi. Ala, dia bukan sesiapa
pun...secretary you je kot. Yang you macam nak marah i tu kenapa?” Bengang
Farish mendengarnya. Entah kenapa dia tidak sanggup melihat Sheera dikenakan
oleh wanita itu.
“ For your information, she’s just
not my secretary. Dia juga bakal isteri i..!! So, i tak nak you ketawakan dia.” Agak kuat dia menuturkan kenyataan
itu. Rasanya satu dewan tu agaknya boleh dengar.
“ What??!!” Syafiq menjerit.
“ Apa??!!” Jumaidah pula sambung.
“ Bakal isteri??!!” Raof pun tak terlepas.
“
Oh god....” Firdaus menepuk dahinya.
Sheera yang ketika itu dah cukup malu,
bertambah-tambah malu plus terkejut plus rasa nak pitam plus rasa cam nak bom
je satu dewan tu. Bagi semua tak dengar apa yang baru terjadi berlaku. Bila
Farish memandangnya dengan wajah yang tenang, dia tiba-tiba terasa seolah-olah
dunianya hampir gelap. Dia hampir rebah, tetapi sempat disambut oleh seseorang.
geramnye den!!!sengal pny pmpn kalu sy la jd sheera 2 da lme mkn pnmpr pmpn 2...nsb ad farish yg myelamatkn kadaan..hihihi