cinta is l0ve...bab 14


.


bab 14





     Setiap gerak langkah dari gadis itu menjadi tumpuan. Dari mula masuk bangunan, dalam lif dan tiba di aras pejabat, semua orang di sekeliling akan memandangnya. Ada juga suara-suara sumbang yang berbisik. Tahap rasa malu dalam dirinya sudah mencapai tahap yang paling tinggi. Dia perlu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tugasnya dijalankan seperti biasa walaupun setiap kali orang melintas di mejanya pasti akan menoleh ke arahnya.

       “ Sheera, masuk bilik saya kejap.” Tersentak dia buat seketika.

    Di dalam bilik pejabat, Sheera melihat Farish sibuk menandatangani dokumen yang penuh di atas meja. Sheera berdiri dihadapan bosnya dengan tenang, tapi dalam hati hanya dia dan tuhan saja yang tahu apa perasaan dia ketika itu. Setelah beberapa minit, Farish memandang Sheera.

        “ Sheera..”

        “ Err..ye saya.” Wajah Farish masih dalam keadaan tenang,sementara Sheera sudah pun menunjukkan kegelisahannya.

        “ Kenapa dengan awak ni? Macam takut dengan saya je...”

        “ Eh, tak, mana ada... takdelah bos. Saya oo..o..kay je!” Dia menampar lembut bibirnya. Tiba-tiba pula boleh gagap masa ni. Farish ketawa kecil melihat Sheera ketika itu. Dalam hati Sheera dah menyumpah macam-macam.

         ‘ Macammanalah aku tak gagap. Kau tau tak, dari semalam aku duk fikirkan hal semalam tu! Aku punyalah gelabah kat sini, kau boleh pula gelakkan aku..ish,marah ni!!’

         “ Saya bukannya nak makan awak pun. Saya nak awak tolong aturkan meeting untuk esok. Ada hal penting yang saya nak suarakan di bilik mesyuarat tu nanti . Lagi satu awak tolong telefon pihak HR maklumkan kat diorang saya nak senarai nama pekerja yang bermasalah. Suruh diorang faks kan kat saya sebelum saya balik nanti.. Boleh awak buat semua tu?”

         “ Boleh...err...”

          “ Kenapa?”

          “ Takde apa-apa. Kalau takde hal lagi saya keluar dululah encik farish.” Farish hanya mengangguk kecil membenarkan Sheera keluar.

           ‘ ish..takkan itu je kau nak cakap Farish. Cakaplah apa yang terjadi semalam. Aku nak tahu semuanya. Janganlah buat aku tertanya-tanya lagi. Cakaplah cepat sebelum aku keluar ni....’  Dia bermonolog sendirian di dalam hati. Sambil tu langkahnya sengaja di slow motionkan.

          “ Sheera...” Baru je nak hampir dengan pintu, Farish memanggilnya semula.

           ‘ Yess!! Dia dah panggil..!’

          “ Malam esok awak free tak? Kalau boleh saya nak ajak awak datang rumah saya. Ayah saya yang suruh saya ajak awak.”

           “ Ayah encik ajak saya? Tan Sri Rizdan yang ajak saya?...”

           “ Yelah, Tan Sri Rizdan lah ayah saya. Siapa lagi kalau bukan dia. Setahu sayalah kan, saya ada seorang je ayah.” Persoalan itu dijawab dengan senyuman. Sheera tersengih malu.

           ‘ janganlah senyum macam tu Farish....boleh pengsan aku kat sini nanti. Hensemlah pula mamat ni. Baru aku sedar sekarang.’  Terus dia menoleh ke arah pintu dan...

     DUSHH!!

     ‘ wargh!!!.. Sakitnya kepala aku!! Siapa yang pukul aku ni??!! Nak cari maut ke apa!!’ Didongakkan kepalanya memandang ke arah pintu. Firdaus yang berada di depannya dah menutup mulut. Farish ketika itu tercengang melihat aksi Sheera dirempuh dengan pintu biliknya yang dibuka dari luar secara mengejut oleh Firdaus.

       “ So....sorry Sheera!! Sorry sangat!! Saya tak sengaja!! Saya tak tahu ada orang belakang pintu ni. Tu yang saya main tolak je tu. Sorry!!” Firdaus mendekati Sheera dan memegang dahi gadis didepannya. Dia mengusapnya perlahan sambil mulutnya tidak habis- habis meminta maaf.

        “ Ehem!!..” Farish berdehem sambil menjeling sepupunya. Firdaus yang perasan akan jelingan maut tu segera menjarakkan badannya dari Sheera.

        “ Yang kau pergi masuk bilik aku tak ketuk pintu tu apehal? Tak pasal-pasal budak tu jadi mangsa.”  Tersengih dia sambil mendekati Farish. Masa tu Sheera dah pun keluar. Keadaan dia tadi malu yang amat. Malu sebab Farish nampak kejadian tadi, live pulak tu. Nasib baik takde ulang tayang. Kalau adalah, masa tu juga Sheera rasa nak terjun bangunan.

         “ Aku nak cepat tadi, tu yang aku main redah je bilik kau. Manalah aku nak tahu time tu Sheera ada kat belakang pintu. Kau macam tak biasa lak dengan aku. Aku kan selalu masuk tak bagi salam.” Selamba  dia bagi alasan sambil tangannya sibuk mengusik fail di atas meja Farish dan diintai. Segera tangan itu dijentik oleh Farish. Abang sepupunya itu memang tak reti nak duduk diam.

          “ So, apa yang terjadi masa papa kau panggil semalam? Papa kau cakap apa?”

          “ Huh..macam-macam!” Tergelak Firdaus melihat muka Farish yang ketika itu seperti malas nak bercerita. Farish terkenang peristiwa semalam apabila kejadian yang tak disangka itu diungkitkan.



Peristiwa pada malam majlis akhir tahun....

               Semasa Sheera tidak sedar, Farish sempat memegang tubuhnya dari rebah ke lantai. Syafiq cepat-cepat pergi ke adiknya itu.

          “ Adik!! Bangunlah...jangan tidur kat sini pula, adoi!!” Hinggap satu tamparan di bahunya dari Firdaus. Syafiq menjeling sahabatnya di sebelah.

          “ Kan adik kau pengsan tu, yang kau boleh lagi bergurau tu apasal?!” Dari masam mukanya terus dia tersengih malu kerana ditegur sebegitu.

          Ketika itu Raof mahu menghampiri Sheera, tetapi dihalang oleh Jasmin. Sempat Jasmin berbisik di telinga suaminya. “ you jangan nak buat hal kat sini. Daddy tengah pandang tu,biarkan je perempuan tu. Kan bakal lelaki dia ada...”

          Raof tidak dapat berbuat apa-apa lagi bila diberi amaran oleh Jasmin. Dia hanya menurut langkah isterinya apabila ditarik pergi dari situ. Jumaidah dan Mieza dah mula mengipas bagai nak rak. Risau diorang melihat Sheera yang masih lagi tidak sedarkan diri. Farish memanggil salah seorang pekerjanya yang berada di situ. Dia mengarahkan pekerjanya mencari bilik kosong yang ada di hotel tersebut. Baru je dia nak mendukung tubuh Sheera untuk dibawa pergi, dahinya dijentik oleh Syafiq.

          “ Biar aku yang dukung, aku abang dia. Kau tu bukan muhrim lagi ye...” Jumaidah dan Mieza yang terdengar bosnya ditegur tergelak kecil.
    
       Syafiq segera mengangkat tubuh adiknya pergi dari dewan tersebut dan membawanya pergi. Farish, Jumaidah dan Mieza mengikut dari belakang. Manakala Firdaus pergi ke arah Tan Sri Rizdan apabila dipanggil sebentar tadi. Tubuh itu diletakkan di atas katil. Syafiq mencapai selimut dan menutup tubuh adiknya hingga ke paras atas pinggang. Diusap lembut rambut Sheera. Kemudian dia memandang Farish di belakang. Farish yang seolah-olah faham dengan pandangan itu keluar dari bilik tersebut dan diikuti oleh Syafiq. Sebelum Syafiq keluar, dia sempat meminta Mieza dan Jumaidah untuk menjaga adiknya sebentar.

        “ Well, boleh kau bagitahu perkara sebenar? Kenapa kau cakap macam tu kat depan semua orang tadi?” Syafiq memulakan bicara.

        “ Aku cakap apa ye tadi?” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Syafiq menarik telinga Farish tanda geram.

        “ Aduih...sakit! ok...ok, aku dah ingat!!” Syafiq melepaskan telinga Farish. Boleh pula mamat ni gurau.

        “ Sebenarnya aku pun tak sedar aku cakap macam tu wei. Aku tak tahulah kenapa aku boleh buat macam tu sekali. Tapi aku rasa sakit hati sangat bila tengok adik kau sedih tadi. Diri aku ni seolah-olah rasa nak lindungi dia sepanjang masa. Aku cakap yang betul Syafiq, aku tak main-main.”  Dia melepaskan keluhan. Ya, memang itu yang dia rasa. Dia bercakap jujur kepada Syafiq. Syafiq memandangnya tenang sambil badannya disandarkan pada dinding. Tangannya di masukkan pada kocek seluar.

        “ Aku nak tanya kau ni. Kau sayang adik aku?”  Untuk beberapa minit, lelaki di depan itu diam. Kemudian dilihatnya Farish mengangguk.

        ‘ Ya, aku dah mula sayangkan dia...’ Kata-kata itu hanya diluahkan dalam hati.

        “ Kalau macam tu, aku serahkan dia kat kau. Kalau boleh aku nak kau bahagiakan dia. Jangan sesekali kau lukakan hati dia.” Dia bercakap dengan nada yang perlahan. Suasana sunyi kembali, tiba-tiba dari jauh kedengaran nama Farish dilaungkan.

         “ Farish, papa kau pesan kat aku tadi. Dia cakap dia tunggu kau kat rumah nanti. Dia nak kau explain semua yang terjadi malam ni. Dia pesan lagi, kalau kau tak balik malam ni, dia upah orang-orang dia cari kau sampai ke lubang cacing sekali pun.” Ternganga Farish mendengar pesanan itu. Sampai macam tu sekali ayah dia nak bertindak.

         “ So, macam mana dengan adik kau?” Firdaus menyoal tentang keadaan Sheera.

         “ Sekarang ni dia tak sedar lagi. Nanti dia dah sedar aku bawak dia balik. Aku takkan ceritakan hal yang berlaku malam ni kat family aku. Aku tak nak diorang terkejut. Aku harap korang berdua pun bekerjasama dengan aku. Hal ni biar dikalangan kita je tahu.” Firdaus dan Farish hanya mengangguk.

       Dalam hati farish, macam-macam dia rasa masa tu. Berdebar dan takut sebab nak terangkan semuanya dengan papa dan mamanya bila balik nanti. Agaknya apalah reaksi diorang.

      



  1. cpt bab 15..xsabo nk taw pe alsn farish kat papa die...sahara lekas post ye..hihi