0
comments
cinta is l0ve...bab 17
.
bab 17
“Along, cepatlah sikit. Tehegeh-hegeh!” Syafiq menggaru kepalanya yang tidak
gatal itu. Bebelan dari adiknya tidak dipedulikan.
“
Along!!”
“ Kejaplah...along nak cari sampul ni. Takkan nak pas duit ni camtu je.
Tak sopan namanya tu!!” Sheera
yang sudah berdiri di luar kereta abangnya melepaskan keluhan dengan kasar.
“ Dik, kau pergi dululah!! Jap lagi Along
follow...”
Lepas je dengar abang dia cakap macam tu,
terus dia melangkah ke khemah yang penuh dengan orang ramai. Hari ni merupakan
perkahwinan untuk pasangan Jumaidah dan Zaidi. Setelah lama mengikat tali
pertunangan akhirnya mereka disatukan juga. Walaupun agak jauh perjalanan ke
kampung Jumaidah, namun itu bukanlah dijadikan alasan untuk tidak bertandang ke
majlis perkahwinan tersebut.
“ Sheera!!”
Laung Fathiha dari jauh. Terus dihampiri wanita yang memanggilnya tadi.
“ Baru sampai?” Sheera hanya mengangguk.
“ Isya mana?”
“
Angah balik rumah jap, entah apa dia buat kat dalam tu.” Sheera melihat
rumah di sebelah. Terlupa pula dia yang Isya ni berjiran dengan Jumaidah.
“ Datang sorang ke? Kenapa tak datang dengan Farish semalam?”
“ Semalam mama ajak pergi butik, ukur baju. Sebab tu tak dapat datang
dengan Farish. Datang ni pun abang yang temankan. Tapi dia kat kereta lagi tu,
sibuk cari sampul untuk letak duit. Kitorang tak sempat nak beli hadiah, tu
yang bagi duit je nanti kat mak pengantin.”
“ Sibuk ukur baju pengantin ye...” tersenyum malu dia apabila diusik oleh Fathiha.
“ Kak
Yong!!” Dua-dua mengalihkan pandangan. Hanif, anak bongsu Umi Wi datang
menghampiri mereka.
“ Kak Yong, puas anip cari tadi. Eh,kak sheera dah datang.” Terus
dia menyalam tangan Sheera. Sheera memandang budak di depannya, dalam hati
memuji akan kecomelan raut wajah budak lelaki itu. Ni kalau dah besar mesti
handsome. Fathiha mengajak Sheera untuk menjamu selera sebelum masuk ke rumah
berjumpa dengan pengantin perempuan. Hanif setia mengikut kakak sulungnya, maklumlah
manja sangat dia dengan kakaknya itu.
“ Arghhhhh!!
Janganlah kejar!! TOLONG!!!”
Semua yang berada di khemah tu berpaling ke
satu arah. Kelihatan seorang lelaki laju berlari apabila dikejar oleh anak
anjing. Sheera dan Fathiha juga turut memandang ke arah tersebut.
‘
eh, macam along? Ha!! Memang along pun!! Wargh...malunya aku! Takkan dengan
anjing kecik tu pun takut!!..’ Diangkat beg tangannya ke muka. Masa tu jugak
dia rasa malu nak mengaku itu abang kandung dia. Hanif disebelah tergelak-gelak
menahan perut melihat kejadian yang dianggapnya lucu. Mana taknya, harap je
badan dah besar,dengan anak anjing pun takut.
“
Anip...tak baiklah gelak! Pergi tolong halau anak anjing tu. Kesian kak yong
tengok.”
Hanif menarik muka masam apabila ditegur
oleh kakak sulongnya. Nak tak nak kenalah ikut arahan kakak tersayang. Terus
dia menghampiri anak anjing yang mengejar Syafiq,dan dibaling batu kecil ke
arahnya. Apa lagi, bukan main anak anjing tu pecut sebab takut kena baling
dengan batu.
“ Ha, yang kau ni kenapa Sheera? Tutup muka dengan beg ni apasal?”
“ Ha, takde pape. Aku bau beg ni ha...macam bau kari pula. Agaknya sebab
hari tu tertumpah kuah kari kat beg ni kot.” Alasan yang diberikan itu membuatkan Fathiha mengerutkan
dahi. Pelik...
“
Apalah abang ni...harap je dah besar,penakut!” Hanif dan Syafiq sudah pun
mendekati Fathiha dan Sheera.
“ Abang bukan takutlah, saja buat gimik! Kau
apa tau, kecik lagi..” Terus dia duduk di sebelah Sheera sambil mengelap
peluh di muka. Hanif mencebik. Kalau penakut tu mengaku jela..
“
Dik, along dahagalah. Penat main-main dengan anjing tu tadi. Tolong ambilkan
air.”
“ La, abang Sheera ke ni?” Syafiq
memandang gadis di depannya. Tadi tak sedar pula dia perempuan ni berdiri kat situ.
Sheera kat sebelah Syafiq mengangguk sambil tersengih malu. Kantoi dah tahu itu
abang dia.
‘
Cun gila awek ni..’ Syafiq mencuit Sheera disebelah.
“
Apa?”
“
Ambilkan along air. Dahaga ni.” Saja dia menyuruh Sheera untuk berlalu dari
situ. Dia mahu menggunakan peluang yang ada untuk berkenalan dengan gadis di
depannya. Sheera terus bangun dan pergi dari situ untuk mengambilkan minuman.
“ Saya Syafiq, adik Sheera...cik adik yang
cun lagi lawa ni sape nama?” Tersengih Fathiha melihat Syafiq yang mahu
mengayatnya. Hanif kat sebelah Fathiha buat aksi menyampah melihat lelaki gatal
tu cuba mengurat kakak kesayangan dia.
“ Fathiha..ni adik saya hanif.
Kitorang ni keluarga angkat Farish, kebetulan pula saya ni berjiran dengan
rumah pengantin ni. Sebelah ni rumah sayalah.” Jari ditunjukkan ke arah rumah yang
disebutkan.
“ Owh..err..”
“ Kak yong, jomlah pergi tengok kak
jue.” Belum sempat
dia mahu berbual panjang dengan gadis yang dah mencuri hatinya itu, hanif
menarik baju kakaknya.
‘ Eh,
dak kecik ni. Menyibuk pula dia...shuh shuh...’ Dia menghalau, tapi dalam
hati je. Karang kalau halau depan-depan, kakak si Hanif ni tak suka pula.
“
Yela...er, Syafiq. Saya pergi dulu ye.” Syafiq mengangguk. Kenalah mengalah
dengan budak kecik tu.
Hanif mengangkat kening sebelah sambil
tersenyum sumbing kepada Syafiq sebagai tanda kemenangan yang dia tidak mahu
lelaki itu mendekati kakaknya. Syafiq rasa tercabar dengan tindakan budak yang
berumur lapan tahun tu. Tapi apa boleh buat, diam jela.
“ Ha, mana Fathiha?” Diletakkan cawan yang berisi air sirap
di atas meja. Syafiq meneguk air itu dengan rakus. Geram sebab kalah dengan
budak kecil.
“ Dia
masuk dalam rumah pengantin. Dak kecik tu seret dia.” Macam tak puas hati
je dia menjawab. Sheera membiarkan sahaja abang dia melayan perasaan sorang-sorang.
Dari jauh dia melihat kelibat Umi Wi,
Farish dan Isya menghampirinya. Sheera berdiri untuk menyalam Umi Wi dan Isya.
Nak salam Farish tak boleh sebab belum kahwin lagi. Tak boleh pegang-pegang.
Nanti tak pasal-pasal kena cepuk dengan abang dia si Syafiq tu. Farish
tersenyum memandang Sheera, begitu juga Sheera. Seolah masing-masing berhubung
melalui mata. Syafiq yang dah hulur tangan mahu salam dengan Farish lansung tak
dipedulikan oleh Farish. Umi Wi dan Isya tergelak kecil melihat situasi
tersebut.
“ Ehem!! Takkanlah tiap-tiap hari jumpa kat pejabat pun tak cukup lagi.”
Terus Farish menyambut salam dari Syafiq
sambil tersengih malu sebab kena sound depan-depan. Dia melihat Sheera dah pun
bergerak dari situ. Mungkin mahu ke dalam rumah pengantin untuk berjumpa dengan
pengantin perempuan.
“
Bro...kot ye pun kau tak sabar nak kahwin dengan adik tu, janganlah kau tenung
dia sampai macam tu sekali. Naik bulu roma aku ni!” Syafiq berkata sambil menunjukkan bulu di tangannya.
Tergelak Farish apabila sekali lagi dia ditegur oleh bakal abang ipar. Dalam
fikirannya terfikir, ketara sangat ke perbuatannya tu? Nak buat camne, hati ni
tak boleh tahan jumpa bakal isteri.
‘sebulan lebih je lagi aku akan kahwin. Sabar
jela...’ Pujuk dirinya sendiri.
“ Kau dah makan belum ni?”
“ Belum, kau teman aku makan boleh?” Syafiq
mengajak Farish.
“ Kau takyah ajak aku teman pun takpe. Aku ni
pun tak makan lagi ha..dari pagi tadi sibuk tolong buat kerja tadi. Jomlah.
Perut aku dah lapar tahap dewa ni.”
“
Kejap.” Ditahan tangan Farish sambil matanya memandang ke depan.
“ Kau nampak perempuan tu?” Jari ditunding
ke arah gadis tersebut.
“
Fathiha...kenapa?” Dia melihat ke arah adik angkatnya itu, kemudian kembali
memandang Syafiq.
“ Kau mesti ada nombor dia kan, kau bagi
nombor dia kat aku boleh?”
“ Kau nak buat apa?”
“ Aku nak telefonlah, takkan nombor tu
aku nak pergi main toto pula.”
Tersengih Farish mendengarnya.
“ Yelah..jap lagi aku bagi. Aku dah
lapar gila ni. Jom makan dulu.” Bukan
main lagi Syafiq tersenyum. Gembira sangat hati dia. Farish terus berlalu
meninggalkan Syafiq yang tengah angau tu. Yang penting perut dia kena isi.
******************************************************************************************
“ Engkau ni kenapa dik? Tersengih dari
tadi. Sihat tak” Telapak tangannya diletakkan di dahi kepala Sheera. Terus
ditolak perlahan tangan Syafiq.
“ Mana ada...along ni memandai je.” Mata masih lagi merenung handphone di
tangan. Bila ada mesej masuk je, mesti gadis itu akan tersenyum. Siapa lagi
yang hantar mesej tu kalau bukan bakal suami.
“
Dia tengah angau tu...” Puan Faridah meletakkan kuih lapis di atas meja.
Sambil tu matanya memandang ke arah anak dara yang satu tu.
“ Kalau
orang dah nak kahwin memang camtu along. Macam papa dengan mama dulu.” Encik
Mustafa dudk di sebelah isterinya sambil menjeling manja.
“ Untunglah kau dik oii...along ni yang lagi
tua dari kau ni pun tak dapat awek lagi.” Syafiq mengeluh. Tangannya
mengambil kuih di hadapan dan dimasukkan dalam mulut.
“ Fathiha tu kan ada...abang ngorat jela.”
“ Along dah try dah, tapi macam susah pula dia nak layan along ni.” Tersengih dia mendengar jawapan dari
Syafiq.
“ Siapa Fathiha tu dik?”
Tanya Puan Faridah.
“ Adik angkat Farish. Kan hari tu
adik ada cerita kat mama. Farish ni ada keluarga angkat.”
“ Owh..”
Serentak ibu dan ayahnya membalas.
“
Papa, bila atuk nak datang sini?” Farish pula menanya.
“
Next week rasanya. Adik, semua dah siap ke? Baju pengantin bila nak ambil?”
“ Lusa dah boleh ambil. Barang hantaran semua
dah beli, tinggal nak hias je.” Jawabnya ringkas, namun tangan masih lagi
menaip butang di hanhphonenya itu.
“ Awak tengoklah tu idah...bukan main lagi
anak dara awak ni. Bercakap dengan saya, tapi mata pandang handset.”
“ Dia tengah mesej dengan Farishla tu
bang...abang ni macam tak faham-faham pula.” Perbualan di antara ibu dan
bapanya tidak diendahkan. Kusyuk dia melayan mesej dari Farish. Selang beberapa
minit, telefon bimbit miliknya berbunyi. Terus dijawab panggilan yang masuk.
Syafiq, Puan Faridah dan Encik Mustafa
hanya menggelengkan kepala. Sah memang wajib kahwin dah anak dara ni. Nasib
baik pilihan bakal suami Sheera nanti ahli keluarga dia berkenan. Kalau tak
berkenan dah lama dah papanya halang. Dalam hati encik mustafa gembira melihat
anaknya bakal berkahwin tapi di sudut hati terselit juga rasa sedih kerana anak
yang sering dimanjakan itu akan dilepaskan tanggungjawabnya kepada seorang
lelaki yang bakal bergelar menantunya. Dia berdoa supaya hubungan anaknya dengan
Farish akan bahagia dan dilindungi oleh yang maha esa.