cinta is l0ve...bab 18
.
bab 18
Setelah tiga bulan mengikat tali
pertunangan, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Semakin lama, semakin
ramai yang bertandang di kediaman milik Encik Mustafa. Puan Faridah dan suami
masing-masing tak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Di tingkat atas,
bilik Sheera juga meriah dipenuhi oleh sanak saudara dan rakan-rakan.
“ Takutlah tu...”
Kak huda mengusik bakal pengantin di depannya. Sheera mencubit lembut tangan
housemate Mieza itu. Memandangkan Jumaidah dah kahwin, tinggallah Mieza dengan
Kak huda.
“ Kak
Huda ni...orang tengah risau makin diusik. Jahatlah akak ni!” Sengaja dia
menarik muka masam.
“ Ha, buatlah muka masam tu! Karang aku tarik mulut tu baru tau!” Mieza pula yang mengusik. Dari tadi
lagi setiap orang yang masuk ke bilik itu pasti akan bergurau senda dengan
Sheera. Terdengar ketukan di luar pintu. Entah siapalah di luar sana.
“
Siapa tu? Masuklah.” Jumaidah menyuruh.
“ Chak!”
Terjengul wajah eyqa di muka pintu. Tersengih-sengih dengan baju kurung sutera
berwarna ungu violet.
“ Hai eyqa..” Tegur
Sheera sambil tersenyum.
“ Wah, cantiknya kau Sheera. Hmm...mesti suami kau tak sabar-sabar
menanti malam ni.”
Eyqa menepuk bahu sepupunya itu dengan perlahan.
“
Kurang asam kau eyqa. Kau kenakan aku balik.” Mengekeh Eyqa dengan
kata-kata Sheera itu.
“ Kau bila nak ada isi ni eyqa?” Jumaidah bertanya. Eyqa hanya
tersenyum sambil memegang perutnya.
“ Dah dua bulan pun...” Terbeliak biji mata Sheera
mendengarnya. Semua yang ada di bilik itu turut gembira apabila mendengar
berita yang tersebut.
“ Wah...bukan main meriah lagi bilik
ni. Sheera, papa kau panggil keluar. Pihak dari pengantin lelaki dah pun
sampai. Jon semua keluar.”
Fathiha memberitahu dari muka pintu, lantas semua yang ada di bilik itu pun
keluar.
Apabila tuk kadi mula berbicara, suasana
di ruang tamu senyap. Masing-masing menumpukan perhatian kepada apa yang
diperkatakan oleh tuk kadi terutamanya pengantin lelaki.
“
Saya hari ni ada tiga pernikahan yang kena urus, oleh itu lebih baiklah kita
cepatkan urusan kat sini ye...” Semua mengangguk tanda setuju.
“ Err...Farish.”
Tok kadi memanggil nama pengantin lelaki.
“ Ye tok..”
“ Kamu dah dengar jelas kan apa yang tok dah cakap tadi?” Farish hanya mengangguk.
“ Kamu tahu kan rukun islam dengan rukun iman?” Dia mengangguk lagi.
“ Tok..kalau dia tak tahu, bagi penampar je.” Suara dari Firdaus mengamatkan
suasana. Masing-masing tergelak.
“
Sudah...jangan diusik pengantin lelaki
kita ni. Nanti bertambah gugup si Farish ni. Kalau kamu dah tahu semua
baguslah. Atok saja je tanya tadi. Baiklah, kita mulakan ye.” Tok kadi
memulakan upacara akad nikah.
First round, Farish terlupa sebut bilangan
jumlah mas kahwin. So, tak sah!
Second round, tok kadi tu pula yang
tersilap ucap,boleh pula dia tersalah sebut nama pengantin perempuan. Tak sah
lagi.
Third round barulah masing-masing ucap
dengan betul. Semua saksi yang ada kat situ setuju dengan akad nikah tersebut.
“
Sah...sah...” Masing-masing bersuara. Selesai sudah upacara akad nikah pada
masa itu. Semua menadah tangan apabila tok kadi membaca doa. Farish dan Sheera
menarik nafas lega.
Selepas akad nikah, upacara menyarung
cincin dijalankan. Farish menyarung cincin pusaka keluarga di jari manis
isterinya. Sheera menyalam dan mencium tapak tangan suaminya. Farish memberikan
ciuman di dahi gadis itu. Masa time cium tu bukan main lama lagi. Yela, kena
paksa dengan orang ramai sebab kes nak tangkap gambar. Bertambah-tambah malu
pasangan pengantin tu dibuatnya. Pada keesokan hari akan diadakan majlis
meraikan pengantin baru di depan rumahnya dan pada minggu hadapan akan diadakan
majlis sebelah pihak lelaki di dewan perdana felda yang terletak di kuala
lumpur.
Masa hari pernikahan tu, pengantin
lelaki tak boleh tinggal dengan pengantin perempuan. Kalau nak tinggal mestila
selepas hari esok, selepas kedua-duanya bersanding. Itulah pesan atok Sheera
kepada Farish. Datuk dia cuma tinggal sorang je, itu pun ada harapan lagi nak
cari calon bini. Lagi satu datuk dia ni terkenal dengan sifat yang garang
walaupun kadang-kadang terserlah sifat nakalnya.
“ Farish, kau nak tunggu sampai bila kat
sini? Jom balik.” Ajakan dari Firdaus tidak dipedulikan. Dia masih setia
duduk di sebelah Sheera. Seolah-olah mereka berdua berada dalam dunia sendiri.
“ Aduh!!...mamat ni! Pekak ke? Mak cik,
tengok menantu mak cik ni. Puas saya jerit suruh balik. Esokkan nak sanding
pula.” Kali ni dia cuba memujuk Puan Faridah pula memanggil Farish. Ketika
itu semua tetamu dan rombongan pihak lelaki sudah pun pulang termasuklah ibu
bapa Farish sekali. Firdaus ditugaskan oleh Tan Sri Rizdan utntuk membawa
Farish pulang. Yang tinggal hanyalah segelintir saudara mara terdekat belah
keluarga pengantin perempuan.
“ Ishh..budak bertuah ni. Farish...” Sekali
lagi panggilan tidak dijawab. Puan Faridah menggaru kepalanya yang tidak gatal
itu.
‘ Camne ni? Dua-dua dah angau. Parah ni...ha!..kali ni mesti menjadi.’ Firdaus melihat Puan Faridah berlari
anak ke tingkat atas. Dia hanya setia menanti di sofa.
“ Awak, pergilah balik. Esok kan kita nak bersanding...”
“ Ha, apa saya kata tadi? Dah lupa ek..” Dicuit hidung isterinya itu. Sheera
tersenyum bahagia. Dari jauh Syafiq dan Firdaus merasa kegelian yang amat.
Terus dikalihkan pandangan ke televisyen. Tak sanggup nak tengok orang tengah
berasmaradana kat situ.
“ Sorry kay...abang, pergilah balik.
Esok abang tidurlah sini. Kesian ayang tengok Firdaus tu. Nanti tak pasal-pasal
abang penat pula esok.”
“ Alah...demi ayang abang sanggup
penat.”
“ Sanggup penat ye!! Kau nak balik ke
tak ni?!” Kedua-dua
terkejut melihat atok sudah pun berada di hadapan mereka sambil memegang rotan
di sebelah tangan. Puan Faridah dari jauh dah mengekeh ketawa. Begitu juga
dengan semua penghuni rumah tersebut. Atok dah pun mengacah-acah mahu merotan Farish.
Seboleh-bolehnya Farish cuba mengelak.
“ err..nak baliklah ni tok! Oklah
ayang, abang blah dulu.”
Terus Sheera menyalam tangan suaminya itu. Tergelak kecil dia melihat Farish
kelam kabut berlari ke kereta.
“ Ha, kau ni tersenyum-senyum!! Tak
nak masuk tidur?!” Kali
ni turn Sheera pula kena. Sheera tersenyum manja menghampiri atok dan mencium
pipinya kemudian cabut ke bilik.
“ Kau tak nak balik ke?!” Dia menerjah
Firdaus pula. Terus Firdaus terdiam. Firdaus menghampiri Atok dan bersalam.
Masa atok dah angkat rotan tu, laju je dia cabut. Syafiq dah terguling-guling
atas karpet menahan ketawa yang tak sudah. Tanpa dia sedar atok berdiri di
belakang. Dia menarik sebelah telinga cucu lelakinya itu. Bukan main mengeliat
lagi Syafiq menahan sakit kena cubit.
“
Kau dah habis tolong basuh pinggan mangkuk kat belakang belum?!” Tarikan di
telinga dilepaskan.
“ Belum tok!!”
“ Dah tu pergi tolong cepat sebelum
dengan kau sekali aku basuhkan.”
Tersengih Syafiq bila ditegur. Rotan diangkat sekali lagi, kali ni
sengih-sengih dah takde dah, hanya bunyi tapak kaki berlari kedengaran.
“
Huh..penat aku melayan perangai budak-budak ni!” Dari jauh Puan Faridah dan
Encik Musatafa tersenyum melihat keriuhan yang berlaku pada hari.
************************************************************************************************
Majlis kenduri berjalan dengan meriah
dan lancar. Farish merasa lega. Dari tadi dia melihat Sheera tak habis-habis
berbual dengan rakan-rakan dan saudara mara yang datang. Farish membuka bajunya
dan dilemparkan ke atas sofa di sudut bilik. Penat terasa. Dia mahu
membersihkan diri dan solat isyak sebentar lagi.
Selesai solat, dia perasan yang Sheera
sudah pun masuk ke bilik tidur. Gadis itu awal-awal sudah mandi ketika Farish
menunaikan solat sebentar tadi.
“
Assalamualaikum...” Tenang dia menuturkan salam untuk isteri tercinta.
Sambil itu matanya mengerling Sheera yang memakai baju tidur berlengan pendek.
Rambut yang sudah hampir ke paras pinggang dibiarkan lepas dan disisir dengan
rapi.
“
Wa’alaikumussalam...” Sheera menjawab sambil tersenyum.
Dia mengambil baju suaminya di atas sofa
dan diletakkan di dalam bakul. Dari tadi dia perasan yang suaminya asyik
memerhatikan dia. Malam ini Farish merasa kecantikan Sheera yang begitu luar
biasa. Farish duduk di atas katil. Tangannya menepuk katil dengan perlahan
tanda menyuruh isterinya duduk disebelah. Sheera masih lagi tidak berganjak di
sofa. Saja dia berpura-pura tidak melayan suaminya. Dalam hati dah malu yang
amat.
Pantas Farish berdiri dan dihampiri
isterinya itu. Direnung wajah Sheera lama, lehernya jinjang, alisnya terbentuk
cantik, entah mengapa dia tiba-tiba rasa tidak sabar. Jarinya mengusap lengan
isterinya yang cantik
“ Hmm..wangi bau ayang. Nak goda abang ye?” Sheera hanya mendiamkan diri. Namun
bibir mungilnya menguntumkan senyuman. Bertambah-tambah cantik apabila Farish
melihat senyuman itu.
“ Jomlah tidur, abang ngantuklah...” Saja
dia membuat alasan begitu. Tangan isterinya ditarik ke katil. Sheera hanya
mengikut langkah suaminya. Dia atas katil, tangan Farish dah meliar sana sini.
Kadang-kadang Sheera ketawa kegelian bila tangan suaminya tak duduk diam.
“ Abang..”
“ Hmm...”
“ Nak bagitahu something ni....”
“ Apa dia?...”
“ Takut abang marah...”
“ Malam ni mood abang baik. Takkan marah punya...”
“ Betul ni?”
“ Iye...bagitahu jela...”
“ Ayang ABC la bang hari ni..”
Farish mengerutkan dahi.
“ Ha? ABC? Apa tu?”
Tersenyum Sheera bila suaminya bertanya. Sah-sah tak tahulah tu.
“ Allah Bagi Cuti...a.k.a saya tengah datang bulan sekarang ni.”
Lepas je
dengar kenyataan yang agak ringkas tu, Farish menepuk dahinya.
‘ Wargh!! haru je...malam first lak tu!!’ Jeritnya di dalam hati. Sheera dah
mengekeh ketawa.
“ Nampaknya abang kena puasa
seminggu.hehe...”
“
Aduh, peritnya abang rasa yang...tapi nak buat camne kan. Sedih...” Sheera
mengusap pipi suaminya dengan lembut. Kemudian dia berbaring di atas katil.
Ditepuk bantal di sebelah menyuruh suaminya berbaring di situ.
“ Tak dapat malam ni pun
takpelah...tidur sama pun jadilah. Nak peluk ayang puas-puas malam ni. Nak tak
nak kenalah abang puasa tujuh hari..huhu.” Kepalanya sudah pun diletakkan di atas bantal. Sheera
meletakkan kepala di dada suaminya dan tangannya dilingkarkan di sekeliling
pinggang Farish. Suaminya membalas pelukan isterinya sambil mencium ubun-ubun rambut wanita itu.
Mereka berbual bersama sehingga masing-masing melelapkan mata.
p/s : Tak
bape reti nak buat jiwang2 sangat. Hehe...camni pun jadilah ye. Hope enj0y=)
suke sgt..cpt smbug ek...xsabo ni...hihi