cinta is l0ve...bab 19
.
bab 19
Sudah
hampir sebulan Farish dan Sheera berkahwin, hari itu merupakan hari Farish dan
Sheera berpindah ke rumah baru. Rumah teres dua tingkat itu dibelikan oleh Tan
Sri Rizdan selepas beberapa hari Sheera dan Farish bertunang. Puan Sri Mariam
tidak bersetuju dengan pembelian rumah tersebut kerana dia mahu anak dan
menantu tinggal dengannya. Namun bagi Tan Sri, dia berasa adalah lebih baik
anaknya mempunyai rumah sendiri. Ramai yang menghulurkan bantuan untuk mengemas
rumah baru itu. Umi Wi sekeluarga juga turut terlibat.
“ Hari ni kita order pizza je la ok? Memandangkan semua dah penat tolong
kemas rumah ni, abang belanja semua.”
Semua yang sedang mengemas kat situ setuju
kecuali budak kecil tu. Ibu bapa Sheera sudah pun pulang dulu bersama Syafiq.
Ini kerana mereka perlu menghadiri majlis doa selamat yang diadakan di kawasan
perumahan bapanya. Papa dan mama Farish tidak dapat ikut membantu mereka kerana
Tan Sri Rizdan perlu ke Seremban atas urusan perniagaan dan Puan Sri juga turut
ikut. Kini tinggal Umi Wi dan anak-anaknya sahaja bersama mereka.
“ Ala...tak nak pizza. Anip nak kfc. Abang niel bolehlah..please!!.” Riuh mulut hanif meminta sambil
menarik baju Farish.
“ Kfc
kat sini jauhlah anip, nanti kalau abang niel ada masa, abang belanja anip dua
bakul ayam spicy. Okay?” Sedaya upaya dia memujuk budak lelaki itu.
“ Janji?”
“ Ye..abang niel janji.”
“
Farish Daniel!!” Tersentak Farish apabila dari jauh Firdaus menjerit
memanggilnya.
“ Kau apa hal? Terjerit-jerit...”
“ Hehe..saja je. Aku nak test suara aku bergema ke tak kat dalam rumah
ni.”
“ Sengal...dah takde kerjalah tu. Ni aku nak mintak tolong, jap lagi kau
tolong hantarkan Umi Wi dengan anak-anak dia balik rumah papa aku boleh? Aku
banyak kerja lagi ni nak kena urus.”
“ Lor...tadi diorang datang naik apa?”
“ Fathiha hantarkan tadi, tapi dia kena pergi rawang hari ni..dia ada
hal.”
“ Boleh je. Lagipun sepatutnya aku keluar dengan Lisa hari ni, tapi dia
pula tiba-tiba ada kerja. Hai la..pe la nasib.”
“ Tu lah, suruh kahwin cepat tak nak.”
“ Bukan aku tak nak wei, dia tu yang busy sangat. Nak tak nak aku
kenalah tunggu.Takpelah, demi insan yang ku cinta...gunung kota kinabalu pun
sanggup aku daki.”
Farish mencebik mendengarnya. Dah mula lah tu nak mengarut.
“ Apalah kau melalut ni? Dahlah, malas aku layan kau. Wei...tolong call
pizza hut, orderlah berapa keping pizza pun, aku belanja.” Firdaus menunjukkan tanda okay.
Dari tadi lagi Farish mencari kelibat
isterinya. Dia menjenguk dapur, cuma isya saja yang ada. Bila ditanya di mana
Sheera, Isya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia mencari di luar rumah,
juga tiada. Langkah kakinya melangkah pula ke tingkat atas, dibuka pintu bilik
utama. Kelihatan isterinya sedang duduk di lantai memegang sebuah buku bersaiz
sederhana. Di sebelahnya terletak sebuah kotak besar berisi barang yang perlu
diletak di dalambilik tersebut. Agaknya isterinya menjumpai buku tersebut di
dalam kotak itu. Dia menghampiri isterinya yang sejak tadi hanya memandang
luaran buku tu.
“ ayang...”
farish duduk di atas lantai bersebelahan Sheera. Isterinya memandang wajah
lelaki itu apabila dipanggil.
“ abang...”
hanya perkataan itu diluahkan dari bibirnya.
“
ayang dah buka ke diari ni?” Sheera hanya menggeleng.
“ kenapa tak buka? Takut abang marah?” Kali ni Sheera mengangguk pula. Buku di tangannya
beralih ke tangan Farish.
“ ni diari Julia...bekas tunang abang.”
“ ayang tahu...” dahi farish dikerutkan.
“ macam mana ayang tahu?”
“ Isya dah ceritakan semua kat
ayang...isya dah tahu sejarah abang. Tapi...”
“ Tapi apa?”
“ Abang masih lagi teringatkan arwah?” Dia melihat suaminya mengangguk. Bila
reaksi suaminya begitu, dia merasakan sebak di dada.
“ Tapi
tak bermaksud abang ingatkan dia, abang lupa siapa isteri abang ni.
Ayang...abang nak ayang tahu bahawa abang redha dengan apa yang terjadi dulu.
Itu semua sejarah abang. Yang pasti sekarang ni abang nak cipta sejarah baru
dengan orang yang abang cintai dari saat perkenalan kita hinggalah hingga akhir
ayat. Abang berjanji dengan ayang yang abang akan sentiasa bahagiakan ayang,
sayangkan ayang, percayakan ayang walaupun apa rintangan pun melanda hubungan
kita ni. Abang nak antara kita tidak ada lagi satu pun rahsia yang
masing-masing tidak tahu.” Dari raut
wajah sedih tadi bertukar kepada senyuman apabila mendengar kata-kata yang
tulus dari seorang lelaki yang bergelar suami. Farish mencapai sebelah tangan
isterinya dan dipegang dengan erat lalu mencium pipi isterinya. Sheera senang
diperlakukan sebegitu.
“
Sekarang ni hidup abang hanya ada tuhan yang maha esa, family dan seorang
wanita yang bernama Shaheera Elaiza.” Tambahnya lagi. Kini Sheera pula yang
memberikan ciuman di pipi suaminya.
“ Hai..takkan pipi je kot...”
“ Gatal!!..”
“ Takpe, gatal pun dengan bini sendiri.” Sheera ketawa manja bila Farish
berkata begitu.
“ Ayang..”
“ Hmm...” belum sempat Farish mahu bersuara,
ketukan di muka pintu bilik mengganggu perbualannya.
“ Abang...Umi ajak makan.”
Isya menjerit dari luar pintu.
“ Makanlah dulu, kejap lagi abang dengan kak sheera turun.”
“ Okay!” Bila
dah pasti Isya tiada di depan bilik dia memandang ke arah isterinya.
“
Abang nak tahu pasal kisah Raof dengan ayang. Abang tak nak mahu nanti ayang
pendam rahsia ayang dengan abang. Kalau boleh abang nak kongsi segala luka duka,pahit
manis yang ayang pernah lalui selama ni.” Satu keluhan kecil terdengar dari
mulut isterinya.
“
Ayang promise...ayang akan story semuanya dengan abang. Tapi ayang rasa masa
sekarang tak sesuai. Lagipun lama dah Umi Wi tunggu kat bawah tu. Kejap lagi
kan diorang nak balik pula.”
“ Yelah...jom turun. Semua ni tinggalkan
dulu. Petang karang kita sambung kemas.Okay?”
“ Okay!”
Sheera sudah pun berdiri sambil mengibas-ngibas habuk diseluarnya. Farish
menghulurkan tangan. Sheera menyambut tangan Farish untuk membantunya berdiri.
Mereka berdua berjalan seiringan turun ke tingkat bawah untuk menjamu selera.
*******************************************************************************************
“
Cantiknya bulan tu....” Mereka berdua duduk di kerusi halaman rumah sambil
menikmati pemandangan waktu malam.
“ Secantik ayang....”
“
Owh...nak kata muka ayang bulat macam bulan tu lah??”
“
Lebih kuranglah...” Satu cubitan halus hinggap di pinggang Farish. Suaminya
hanya tergelak apabila dapat mengusik dirinya. Suasana sunyi kembali. Pelukan
di bahu Sheera dikemaskan lagi, manakala kepala isterinya itu diletakkan di
bahunya.
“ Raof pernah menjadi orang yang ayang cinta dulu...” Tiba-tiba kenyataan itu diluahkan.
Farish hanya membiarkan isterinya bercerita lebih lagi. Dia mahu dengar
segalanya. Walaupun kenyataan tadi membuatkan hatinya berdetik cemburu, namun
ditahan untuk bersabar.
“
Empat tahun dulu ayang dengan Raof couple. Masa tu ayang tahun kedua di kolej
dan Raof merupakan senior kat situ. Kebetulan masa dari sem satu, ayang dapat
satu bilik dengan Jasmin yang sekarang ni dah jadi pasangan Raof. Hubungan kami
baik, sampailah satu masa tu ayang dikhianati oleh kawan yang pernah dianggap
macam adik beradik sendiri. Belakang ayang, mereka berdua menjalinkan hubungan
cinta. Ayang rasa ayanglah orang tak guna sekali kat dalam dunia ni masa tu
sebab kena tipu dengan orang yang ayang sayang selama ni. Ayang benci kena
tipu!” Tangisan di pipi sudah mula mengalir.
“ Hei, jangan nangis sayang...tak guna ayang menangis sebab diorang.
Bagi abang, diorang yang rugi sebab khianati kepercayaan yang sayang dah bagi
selama ni.” Dia
mengusap pipi Sheera. Kemudian pipi itu dicium perlahan.
“ Abang tahu, bila ayang dapat tahu pasal tu...ayang rasa diri ayang tak
bermakna lagi. Ayang abaikan kesihatan dengan pelajaran ayang. Depan mama dan
papa ayang pura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku.” Sheera berhenti seketika dan menarik
nafas. Kepalanya masih lagi di atas bahu Farish.
“ Tapi depan Along ayang tak dapat
nak tipu. Along cepat dapat kesan perubahan dalam diri ayang ni. Sampaikan satu masa tu, ayang jatuh sakit dan
terpaksa masuk hospital untuk dua hari sebab kekurangan air dalam badan. Masa
mama dengan papa tahu keadaan ayang time tu, mama sedih sangat..bila ayang
tengok mama menangis ayang rasa bersalah. Dari situlah ayang sedaya upaya
bangkit supaya tak nak lagi tengok mama dan papa sedih. Dengan dorongan dan
nasihat dari along, ayang berusaha tidak lagi pedulikan semua masalah tu.” Air yang mengalir dipipinya sudah pun
tiada lagi. Dia meneruskan cerita.
“ Lepas ayang habis belajar, ayang
dapat tahu Raof dan Jasmin sudah pun berkahwin dan berpindah di Jerman. Masa tu
ayang rasa tenang bila dapat tahu diorang akan jauh dari hidup ayang. Abang nak
tahu lagi, rupa-rupanya Jasmin selama ni tak pernah sukakan ayang. Dia sedaya
upaya buat apa saja untuk sakitkan hati ni. Ayang tak pasti kenapa.
Kadang-kadang ayang selalu terfikir apa dosa yang pernah ayang buat pada dia
sampai dia sanggup buat ayang macam tu sekali. Tapi sekarang ayang dah tak
kisah, yang penting ayang dah temui cinta sejati ayang. Abang akan selalu
melindungi ayang kan?”
Kepalanya diangkat dan pandangan mereka bertemu.
“ Of course..i will always be by your
side. Terima kasih sebab sudi kongsi segala-galanya dengan abang. Thank you so
much dear...” Sekali
lagi pipi isterinya dikucup penuh mesra. Sheera membalas kucupan itu di bibir
suaminya. Untuk seketika Farish terkedu, tetapi dia suka melihat keberanian
isterinya.
“ Ayang...”
“ Hmm...”
“ Janji dengan abang, jangan tinggalkan
abang...” Sheera
memandang lama wajah Farish. Kemudian tangan Farish dicapai. Kepalanya diangguk
perlahan.
“ Ayang...” Sekali lagi dia memanggil wanita itu.
“
Ye bang?”
“ Jom...masuk tidur.” Senyuman nakal terukir di bibir.
Hidung mancung Farish dicuit lembut. Dia menarik tangan suaminya dan langkah
kaki diatur untuk ke bilik tidur. Masing-masing tersenyum bahagia.
wah..makin maju crk pnulisan cik sahara skg...hrp lebih mnarik ye bab seterusnye..hihihi