0
comments
cinta is l0ve...bab 20
.
bab 20
“ Aku nak jumpa bos kau.” Sapaan yang tiba-tiba itu membuatkan gadis di
depannya tersentak.
“ Tapi buat masa sekarang tak boleh cik…” Kata-kata
dari wanita itu tidak dipedulikan. Langkah kaki diatur dengan laju ke bilik
tersebut.
“ Cik Jasmin tak boleh masuk sesuka hati.
Encik Raof tengah berbincang dengan klien sekarang ni.” Farah, setiausaha Raof
berusaha menghalang gadis yang sedari tadi sedaya upaya mahu merempuh bilik
ketuanya.
“ Hei, saya ni isteri dia! Saya nak jumpa
dia sekarang juga!”
“ Tapi…”
Tidak sempat Farah mahu menghalang, tubuhnya ditolak kasar ke tepi. Jasmin
terus merempuh pintu bilik itu.
“ Jasmin..” Kedatangan
wanita itu memang tidak disangka. Jasmin terus duduk di sofa hujung di bilik
pejabat suaminya.
“ What you doing here? I’m working now, can’t
you see??”
“ I don’t care! I nak cakap dengan you
sekarang juga!” Raof melepaskan keluhan yang kuat.
“ Mr. Lim, I’m very sorry for what just happened right now. Boleh kita
bincang pasal projek ni hari lain?” Lelaki berbangsa cina itu hanya
mengangguk dan berlalu pergi. Dia meraup wajahnya dan memandang kearah Jasmin.
“ You nak apa ni? You tahu tak I tengah kerja sekarang ni!” Jasmin tidak mempedulikan
kata-kata Raof. Terus dia berdiri dan mencampakkan sekeping sampul surat
bersaiz A4 di atas meja.
“ What’s that?”
Raof bertanya.
“
You tell me…” Jasmin bertanya pula kepada suaminya sambil berpeluk tubuh.
Raof membuka sampul tersebut untuk melihat isi sampul tersebut. Beberapa keping
gambar dipegang dan ditatap.
“ You bukak laci kerja i?” Agak tinggi
nada suaranya bertanya. Jasmin memberikan senyuman sumbing. Dia tidak peduli
dengan semua itu.
“ Kenapa gambar Sheera ada pada you? You upah penyiasat kan untuk ekori
dia 24 jam. Apa you dah gila ke?!!”
“ I gila ke tak is none of your business!”
“ I’m your wife Raof. I deserve to know what my husband do!! I still tak
paham kenapa you masih nakkan dia? Dia dah jadi isteri orang. Why you do this
to me?!!”
“ Because I still love her!...i don’t care if she’ married. I will get
her back no matter what happened!”
“ Raof…”
Air mata yang ditahan sejak tadi tertumpah jua. Betapa sebaknya dia merasa apabila
suami sendiri sanggup berkata begitu.
“ Why…why Raof? Why can’t you love me…” Tambahnya lagi.
“ You know why…”
Ringkas jawapan dibalasnya.
“ I tahu I dah banyak buat silap. I minta maaf…tapi I juga berhak untuk
disayangi dan dicintai oleh suami sendiri. Itu je I nak….”
“ I’m sorry Jasmin. I can’t….” Dia berpaling dari menatap wajah
gadis itu. Tidak sanggup dia melihat Jasmin mendengar jawapan yang jujur dari
dirinya.
“
You know what?!! I hate her! I tak tahulah apa yang dah dia buat sampai you
tergila-gilakan dia! I really hate her!!..”
Jasmin mencapai beg di sofa dan berlalu
pergi dari situ. Langkah dipercepatkan ke tempat parking kereta. Di dalam
kereta dia menangis sepuas-puasnya. Sepanjang perkahwinan dia dan Raof, dia
tidak pernah bahagia. Di depan orang ramai dia perlu berpura-pura bergembira.
Bila dia keseorangan pasti dia akan menangis. Dia tahu selama ini dia yang
bersalah, tetapi dia tidak tahu mengapa dirinya susah sangat menemui kehidupan
yang bahagia. Adakah ini balasan untuk dirinya? Dia sendiri tidak pasti. Buat
masa sekarang dia merasakan otaknya seakan-akan mahu pecah apabila asyik
memikirkan perkara tersebut. Enjin kereta dihidupkan. Semakin lama semakin jauh
kereta itu meluncur. Perjalanan diteruskan tanpa arah tujuan, yang pasti dia
mahu pergi jauh dari situ.
*************************************************************************************************
Ketukan di muka pintu membuatkan Farish
berhenti melakukan kerja. Dia menyuruh orang tersebut masuk.
“ Come in.”
Sheera masuk sambil tersenyum. Walaupun mereka sudah berkahwin tetapi di
pejabat dan di depan pekerja yang lain panggilan yang sesuai digunakan. Cuma
apabila mereka berdua-duaan saja panggilan suami isteri yang biasa disebut.
“ Dengar kata pegawai bahagian kewangan
yang baru dah masuk kerja semalam. Betul ke?” Terus dia duduk berhadapan
dengan Farish. Semalam Sheera tidak dapat pergi kerja kerana badannya tidak
berapa sihat dan Farish memintanya berehat sahaja di rumah.
“ Betullah tu. Nur Natasha nama dia.
Kenapa?”
“ Takde pape…saje je nak tahu. Ni ada
fail yang perlu ditandatangan. Kalau takde apa-apa lagi ayang keluar dulu lah.”
“ Ayang.”
Tidak jadi dia mahu bangun kerana dipanggil.
“ Sabtu ni Umi Wi nak buat majlis. Hanif tu nak bersunat. So,dia jemput
kita datang majlis berkhatan tu. Tapi abang tak dapat pergi. Khamis ni kan
abang kena pergi Terengganu tiga hari. So, abang ingat ayang wakilkan abang
untuk pergi kenduri tu boleh?”
“ Boleh je. Lagipun dah lama tak jumpa Umi Wi. Rindu pula. Memandangkan
abang takde sehari dua kat rumah nanti, ayang tumpang tidur rumah diorang
jelah.”
“
Nanti abang pergi Terengganu tu dengan siapa?” Tambahnya lagi.
“
Abang pergi dengan Zaid dan Natasha. Tapi abang pergi naik kereta sendirilah.
Diorang berdua pergi sama-sama.”
“ Owh… nanti abang dah sampai sana abang beli banyak-banyak keropok lekor
tau, teringinlah pula.”
“ Yelah…itu je nak?”
“ Tu pun cukup, tapi jangan pula bawa perempuan lain.” Tergelak dia mendengar
isterinya berkata begitu.
“ Jelous ke?” Dia
mengusik sambil tersenyum.
“
Eh, mestilah jelous.” Sengaja bibirnya dicebikkan. Kemudian dia juga ketawa
bila melihat suaminya ketawa bahagia.
****************************************************************************************************
“ Angah…” Gadis yang sedang kusyuk
menonton televisyen itu menoleh kearah ibunya apabila dipanggil.
“
Ye umi..”
“ Tolong pergi kedai jap nak. Belikan tepung gandum lima kilo. Umi ingat
nak buat kuih sikit masa kenduri khatan anip nanti.”
“ Ok!!”
Segera dia bangun dan menuju ke bilik untuk memakai tudung dan mengambil
dompet. Kemudian dia keluar mengambil helmet di tepi rak kasut dan mencapai
kunci motor yang tersangkut di belakang pintu.
“
Kak ngah nak gi mana?” Anip muncul dari biliknya sambil menguap. Baru
bangun dari tidur petanglah tu.
“
Umi suruh kak ngah pergi kedai beli barang sikit. Anip nak ikut ke?” Umi
bertanya kepada anak bongsunya itu. Dilihatnya hanif mengangguk kecil. Umi
menyuruh hanif membasuh muka dulu sebelum keluar dari rumah. Hanif hanya
menurut tanpa membantah. Hanif memang manja dengan ibu dan kakak-kakaknya
walaupun dia adalah seorang budak yang nakal.
Isya setia menanti di luar rumah.
Sementara menunggu hanif, dia menghidupkan motor EX5 milik arwah bapanya. Motor
itu amat disayanginya, walaupun motor itu sudah berusia, banyak kenangan manis
yang tersimpan bersama arwah abah.
“ Kak ngah! Cepatlah gerak. Dah lama anip duk belakang ni.” Tersentak dirinya apabila
hanif menegur dari belakang. Terlalu asyik sangat ingat peristiwa lama,
sampaikan adik kat belakang pun tak perasan. Setelah pasti adiknya memegang
tepi bajunya, terus motor itu bergerak ke destinasi yang mahu dituju.
Barang yang sudah dibeli diletakkan di
bakul depan. Hanif masih lagi di dalam kedai runcit sementara Isya sudah pun menghidupkan
enjin motor. Setelah menunggu beberapa minit, adiknya keluar sambil memegang
sebungkus plastik kecil berisi gula-gula dan jajan. Isya hanya menggeleng
kecil. Patutlah dia tunggu lama, budak kecil tu sibuk cari makanan kegemaran
dia rupanya.
“ Kak, apasal kereta tu asyik kat situ je…” Hanif menunjukkan ke arah tepi jalan.
Isya yang tengah menunggang motornya berpaling ke arah yang ditunjuk.
“ Biar jela. Yang kau sibuk tu kenapa?” Bengang dia sebab dari tadi bila bawa
motor, adiknya tak reti duduk diam.
“ Anip bukan nak sibuk, tapi dari pagi tadi masa anip nak pergi sekolah
kereta tu ada kat tepi jalan tu. Bila balik pun ada kat situ lagi. Sekarang pun
ada lagi. Dah tu pompuan yang duduk dalam kereta tu asyik tidur je tak
bangun-bangun.”
Bila dia mendengar Hanif berkata begitu, motor yang dibawa diperlahankan dan
berhenti di bahu jalan. Terus dia turun dari motor dan membuka helmet. Hanif
juga mengikut apa yang dilakukan oleh Isya.
“ Kau biar betul anip?”
“ Betullah kak, buat apa anip nak tipu pula.
Sekarang ni bukannya april fool pun.” Dilihat kakaknya sudah menggaru
kepala yang dibaluti tudung.
“
Nak gi tengok ke kak?” Tanya hanif pula.
“
Ha?..err, jomlah. Risau lak aku.” Isya setuju dengan cadangan adiknya itu.
“
Nah…” Sebuah batu sebesar batu-bata itu dipegang dan dihulur kepada Isya.
“ Kau nak buat apa dengan batu ni?” Isya bertanya dengan keadaan yang
pelik.
“ Campak kat perempuan tu kalau dia tak sedar lagi. Manalah tahu bila
dah kena batu ni, baru dia nak bangun.” Bila je dia dengar adiknya cakap
macam tu, ketukan kecil hinggap di kepala adiknya.
“
Sakitlah kak ngah!! Apa main ketuk-ketuk kepala ni!..” Hanif menggosok
perlahan tempat yang diketuk tadi.
“ Kau nak bagi perempuan tu mampus ke apa!!
Kejut elok-eloklah, ni ada ke patut suruh campak batu. Dahlah, jom pergi
tengok.” Walaupun masih marah dengan tindakan kakaknya mengetuk kepala
tadi, dia tetap mengikut langkah Isya dari belakang.
Dia mengetuk tingkap kereta itu berulang
kali. Namun gadis yang di dalam masih lagi tidak bangun. Kali ni Isya cuba pula
membuka pintu kereta, manalah tahu tak berkunci. Memang tepat sangkaanya bila
pintu kereta tersebut senang dibuka. Dia mengoyangkan badan perempuan itu
dengan perlahan. Tiada juga reaksi. Kemudian digoyang pula dengan agak
kasar. Dalam hati dah risau kalau-kalau
orang ni dah tak bernyawa. Akhirnya usahanya berjaya apabila dia melihat mata
perempuan itu terbuka dan melihat ke kiri dan kanannya. Wajah gadis itu
seolah-olah sedang bingung memikirkan sesuatu. Kemudian dia memandang ke arah
Isya.
“ Kat mana ni?” Pertanyaan dari wanita itu
membuatkan Hanif dan Isya saling berpandangan sambil mengerutkan dahi.
“ Takkan cik tak tahu??” Wanita itu hanya
menggelengkan kepala. Dia masih lagi dalam keadaan bingung memikirkan di mana
dia berada sekarang. Setahunya dia hanya membawa kereta itu tanpa arah tujuan
dan berhenti di situ.
“ Sini kampung kota lama kanan cik.
Kat sayong…”
“ Sayong??”
“ Sayong, kuala kangsar…Perak.” Hanif pula menyampuk.
“
Owh..” Hanya itu yang dibalas. Isya melihat wanita di depannya sedang
memegang dan memicit kepalanya.
“ Cik ok tak ni?? Adik saya cakap dari
pagi tadi lagi cik ada kat sini je. Tu yang kami risau tu tengok cik tak
sedar-sedar.”
“
Hmm…sakit kepala sikit. Takpelah, saya pergi dulu ye..terima kasih sebab
risaukan saya.” Bila dia nak start enjin keretanya dan berlalu dari situ,
Hanif dan Isya berganjak ke belakang sedikit. Tetapi dari tadi enjin kereta itu
tidak juga hidup. Terus dia keluar dari kereta tersebut.
“ Kenapa cik?” Isya menghampiri wanita di
depannya.
“ Entahlah, nak kata takde minyak,
rasanya ada lagi.”
“ Rosak kot…” Wanita di depannya hanya
memandang kosong kepada Isya.
“ Macam mana ni ye…erm,kat sini ada
bengkel tak??”
“ Jauh cik, camni lah, apa kata cik
tinggal je kereta ni kat sini. Cik ikut saya balik rumah dulu untuk berehat.
Saya tengok cik ni pun macam tak sihat sangat ni. Nanti saya telefon kawan saya
minta bantuan untuk bawakan kereta ni pergi bengkel. Okay?” Pelawaan dari gadis itu
bagaikan satu harapan untuk dirinya.
“ Tak susahkan ke?”
“ Eh, taklah. Tak susah pun. Saya
pergi hantar adik saya ni balik dulu, nanti saya datang bawa cik pula, boleh?” Wanita di depannya hanya
mengangguk kecil sambil memberikan senyuman.
“ Owh, terlupa pula saya…” Langkah kaki isya
dimatikan, kemudian menoleh ke arah perempuan itu apabila perempuan itu mahu
bercakap dengannya.
“
Saya Jasmin…” tangan dihulur untuk bersalam.
“ Saya Isya…” huluran disambut mesra.