0
comments
cinta is l0ve...bab 23
.
bab 23
Minyak di dalam kuali dipanaskan. Bawang
yang sudah dihiris dimasukkan ke dalamnya. Api diperlahankan, kemudian
dimasukkan pula bawang putih dan dikacau. Sayur sawi yang sudah dibasuh
diletakkan di dalam kuali tadi dan di masukkan sedikit air dan garam secukup
rasa. Sayur yang sudah ditumis itu dihidangkan di dalam mangkuk kaca dan
diletakkan di atas meja bersama hidangan yang
lain. Apron di tubuh di buka dan disidaikan di penyangkut yang
disediakan. Sambil menanti waktu berbuka puasa, dia duduk sebentar di ruang
tamu bersama ahli keluarga yang lain. Hari ni merupakan hari pertama umat islam
menyambut kehadiran bulan Ramadhan.
“ Farish, pukul berapa ibu bapa Farish nak datang ni? Dah nak berbuka
dah ni..”
“ On the way papa. Jalan sesaklah tu.” Baru saja sebentar tadi dia menerima mesej dari Tan Sri
mengatakan mereka mungkin tiba lambat di rumah Encik Mustafa. Papa Sheera hanya
mengangguk perlahan dan kembali menonton television.
“ Abang dah mandi belum ni? Busuklah...” Bisik Sheera perlahan di sebelah
Farish. Suaminya mengangkat kening sebelah sambil memandang wajah isterinya.
Baru je lepas mandi tadi takkan dah bau pula.
“
Mainkan abang ye...” Dia membalas. Sheera yang sedang menutup mulutnya
dengan sebelah tangan menggeleng.
“ Taklah, serius...badan abang
berbaulah.” Farish
mencium tubuh badannya. Wangi je...dilihat Sheera sudah pun bangun dan duduk di
sebelah Puan Faridah.
“ Ha, kenapa lari kat mama ni?”
“ Badan abang berbaulah mama.”
Puan Faridah mencubit perlahan peha anak perempuannya itu.
“ Ada ke patut cakap macam tu kat suami. Tak elok....” Nasihatnya.
“ Nak buat camne mama, bukan adik sengaja. Abang lepas mandi pakai bedak
mana ni?”
“ La, bedak yang selalu abang pakailah. Ayang yang belikan abang bedak
tu.”
“ Abang tukarlah bedak lain. Tak tahanlah baunya...” Salam yang dilaung dari muka pintu
rumah mematikan kata-katanya.
Masing-masing menoleh ke arah pintu.
Kelihatan Tan Sri Rizdan dan isteri setia menanti di situ. Syafiq yang
kebetulan baru turun dari tingkat atas menghampiri geril pintu dan mengambil
kunci di atas meja kemudian segera membuka pintu. Tangan Tan Sri dan isteri
dicapai dan disalam. Sheera dan Farish juga berbuat begitu. Puan Faridah dan
Encik Mustafa menyambut mesra tetamu yang hadir. Kebetulan waktu itu juga azan
maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka sudah tiba. Masing-masing menuju
ke meja makan yang dipenuhi juadah yang begitu menyelerakan. Setelah doa dibaca
oleh Encik Mustafa selesai, semua menjamu selera. Sheera awal-awal dah lari
dari Farish dan duduk di sebelah Syafiq. Gelagat adiknya itu membuatkan Syafiq
memandang Farish dan Farish hanya mengeluh kecil. Apa boleh buat, tiba-tiba je
bini dia tak tahan dengan bau badan dia.
“ Sedap-sedap lauk berbuka ni idah...saya dengan suami tak sempat pula
nak bawa buah tangan. Tak sempat nak pergi bazar, jalan sesak sangat.”
“ Ishh Kak yam ni...tak payah nak susah-susah bawa buah tangan. Kat sini
pun banyak makanan dah. Nanti membazir pula.” Tersenyum dia ke arah Puan Sri Mariam.
“ Seronok betul saya first day puasa dapat berbuka ramai-ramai macam ni.
Selalunya bertiga je berbuka.”
Tan Sri Rizdan bersuara. Diambilnya lauk asam pedas ikan pari di depan dan
ditambah ke dalam pinggannya. Berselera dia malam ni.
“ Betul tu bang, nanti hujung minggu depan idah sekeluarga pula datang
rumah akak ye...biar saya pula yang masak. Kalau selalu berkumpul macam ni
senang hati saya.”
“ Iyelah, rumah kak yam pun bukan jauh. Nanti kami datanglah.” Encik Mustafa membalas sambil
tersenyum.
Sambil menjamu selera, mereka semua
bersembang. Farish memandang Sheera yang duduk bertentangan darinya. Dari tadi
lagi isterinya tidak bersuara lansung. Senyap je makan. Muka suaminya lansung
tidak dipandang. Sejak Farish balik dari Terengganu, sedikit sebanyak perangai
isterinya berubah. Runsing dia memikirkannya.
*******************************************************************************************
“ i
want this one.” Pekerja itu mengambil strawberry cheese kek yang terletak
di dalam bekas kaca di depannya. Sementara menunggu pekerja tersebut membungkus
kek tersebut di dalam kotak, Eyqa menuju ke arah Sheera yang masih lagi sedang
melihat deretan kek yang terhidang di depannya.
“ Kau tak nak beli ke? Buat desert untuk berbuka nanti ke...”
“ Tak
naklah. Membazir je nanti. Laki aku tu bukan suka sangat makan benda manis ni.”
Tersenyum eyqa mendengarnya.
“ Rugilah kau, kek kat sini sedap-sedap.”
“ Erm, papolah eyqa wei...bila due?” Dia melihat ke arah perut yang sudah memboyot di
depannya.
“ Tiga bulan lagi..”
“ Dah cek ke jantina?”
Eyqa menjawab dengan menggeleng.
“
Nak suprise...”
“ Bestkan nak dapat anak. Rezeki aku entah bila lagi...”
Pekerja di kaunter memanggil Eyqa setelah
siap membungkus kemas kek yang dipesan tadi. Setelah melunaskan bayaran, mereka
berdua menuju ke tingkat dua di shopping complex tersebut. Sudah sehari suntuk
Sheera keluar berjalan-jalan dengan sepupunya itu. Dah lama rasanya mereka
tidak dapat bersiar bersama-sama. Memandangkan sepupunya free hari ni, dia mahu
meluangkan masa yang ada dengan saudara yang disayangi.
“ Kenapa tak ajak Farish hari ni?”
“ Dia kata nak jumpa kawan hari ni. Hari ni kau berbuka kat rumah aku
ye, lagipun Zidan balik malam kan? Nanti aku hantarlah kau balik lepas berbuka
nanti.”
“ Suami kau tak kisah?”
“ Ala, dia tak kisahlah. Saudara aku saudara dia juga.” Eyqa ketawa kecil mendengarnya.
“ Macam mana kau dengan Farish, okay?” Sheera hanya mengangguk kecil sambil
tersenyum.
“ Tapi...”
“
Kenapa, dia dera kau ke?” Satu tamparan hinggap di bahu sepupunya. Memandai
je buat cerita. Orang tak cakap lagi dia dah potong dulu.
“ Kalau dia dera aku dah lama aku cabut wei...kebelakangan ni aku rasa
lainlah dengan dia.”
“ Lain macam mana?”
“ Aku tak boleh dekatlah dengan dia. Bukan aku tak suka, tapi setiap
kali dia dekat dengan aku, aku tak tahan bau badan dia. Dah beberapa hari kitorang
tak tidur sama. Aku yang lari dari dia, aku tidur kat bilik tetamu. Aku tahu
dia terasa dengan aku, kitorang dah jarang berbual sangat. Aku pun tak tahulah
kenapa dengan aku ni.”
“ La, boleh pula jadi camtu. Aku rasa kau kena buatan oranglah.”
“ Kau ni memandai je...takde alasan yang lebih logik ke kau nak bagitahu
aku.” Muncung sudah
ditarik. Masam muka dia mendengar penjelasan dari Eyqa.
Sepupunya tergelak melihat reaksi Sheera.
Saja dia mahu mengusik. Dalam senyap, dia mengakui Sheera sudah berubah sikit.
Dulu Sheera boleh bergurau selalu, kini mudah pula dia sensitif.
“ Aku gurau jelah...janganlah marah.” Belakang
Sheera diusap lembut. Mereka berdua duduk di bangku yang disediakan di kawasan
tersebut.
“ Entah-entah....”
Dia melihat Eyqa merenungnya dari atas ke bawah.
“ Kau tengah mengandung kot!”
Kata-kata yang keluar dari mulutnya membuatkan Sheera mengerutkan dahi.
“ Ishh, ye kew? Apasal pula kau cakap macam tu?”
“ Selalunya tanda-tanda orang mengandung ni selalu pening-pening,
loya...kau ada rasa macam tu?”
“ Loya takdelah...tapi pening tu kadang-kadang ada juga. Tapi aku tak
pelik kalau aku pening sebab kebelakangan ni cuaca panas terik. Aku tak tahan
panas-panas ni.”
“ Okay, maybe sesetengah orang tak rasa
loya. Tapi kau ingat tak Asma, isteri abang Raiz?” Sheera memikirkan orang
yang disebut itu. Raiz merupakan abang saudaranya yang lapan tahun tua darinya.
“ Kenapa dengan bini dia?”
“
Bini dia lebih kurang macam kau lah. Masa awal-awal dia pregnant, dia jenis tak
tahan dengan bau badan suami dia. So, aku rasa kau pun jenis macam tu juga.”
“ Ishh, ye kew?”
“ Iye...macam ni lah, kita pergi farmasi. Beli pregnancy test kit.
Tengok positif ke tak. Kalau positif, kau pergilah klinik, cek dengan doktor.” Cadangan dari Eyqa itu difikirkan
sebentar. Kemudian dia memandang semula wajah di sebelahnya.
“ Takutlah
pula. Macam mana kalau aku mengandung?”
“ La, baguslah kalau macam tu. Kita try jela. Tapi selagi tak confirm
jangan bagitahu Farish lagi. Okay?”
“ Err, okay. Bila nak beli ni?”
“ Sekaranglah, jom!” Tak
sempat Sheera nak bercakap lagi, tangannya sudah ditarik oleh Eyqa. Terpaksa
dia mengikut langkah wanita itu.
Setelah sampai di farmasi, Eyqa yang sibuk
mencari pregnancy test kit sana sini. Sheera hanya tersenyum melihat gelagat
sepupunya itu. Macamlah dia yang mengandung. Erk, memang dia tengah mengandung
pun. Cuma bezanya Eyqa dah tak lama lagi nak bersalin, dia je belum pasti sama
ada mengandung atau tak. Setelah selesai semuanya, mereka berdua pulang ke
rumah Sheera. Hari ni Sheera yang memandu, Zidan awal-awal lagi dah warning
bini dia tak bagi bawa kereta. Nak tak nak, Sheera lah jadi mangsa bawa Eyqa ke
hulu ke hilir hari ni. Sedang dia memandu, handset sony ericson J10i miliknya
bergegar menandakan ada mesej masuk. Segera dibuka mesej tersebut dan dibaca.
Kemudian dia membalas mesej itu sambil mengeluh.
“ Siapa?” Eyqa
bertanya.
“ Farish...”
“ Dia mesej apa?”
“ Dia tak dapat berbuka kat
rumah. So, hari ni kita berdua je.”
Tenang dia menjawab sambil menumpukan kepada pemanduannya. Dalam hati dia
merasakan suaminya seolah-olah mahu menjauhkan diri. Namun dia membiarkan saja
perasaan itu. Dia tidak mahu salah sangka pada Farish.
“ Owh...nak pergi mana ni?” Kereta yang dipandu dipusing ke selekoh kiri.
Eyqa tahu jalan itu bukan ke arah rumah Sheera.
“ Nak
gi kedai runcit kat situ kejap. Aku terlupa gula dah habis semalam.” Jawabnya
sambil tersengih.
Kemudian tali pinggang keselamatan di buka
dan terus dia keluar dari kereta dan menuju masuk ke dalam kedai yang
dimaksudkan. Eyqa setia menunggu di dalam kereta sambil tangannya sibuk menukar
channel radio yang seronok didengar. Tidak sampai lima minit dia menunggu,
Sheera sudah pun masuk ke dalam kereta.
“ Cepatnya..”
“ Beli gula je kot, buat pe nak lama-lama.”
Enjin kereta sudah dihidupkan, namun dia
masih lagi tidak membawanya malah matanya tertancap pada hujung jalan. Eyqa
hairan melihat Sheera yang masih mendiamkan diri tiba-tiba. Dia menoleh ke arah
Sheera lihat tadi. Dia juga seperti Sheera apabila melihat situasi yang tidak
jauh dari situ. Patutlah Sheera asyik pandang situ je. Kelihatan Farish
berjalan seiringan dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya. Bukan main
mesra mereka berdua bersembang sambil ketawa. Wanita itu sekejap-sekejap
bertepuk tampar dengan Farish. Farish pula hanya membiarkan perbuatan wanita
itu. Sheera merasa saat itu bagaikan ada anak panah yang menusuk jantungnya.
Dia merasa sakit yang amat melihat kemesraan di depannya. Eyqa mendiamkan diri.
Lidahnya kelu untuk berkata. Dia hanya memandang sepupunya di sebelah. Sheera
tidak sanggup lagi duduk lama di situ. Kereta vios berwarna silver metallic
miliknya bergerak laju meninggalkan kawasan tersebut.
Dari jauh Natasha melihat kereta berwarna
silver itu berpusing laju bergerak ke arah bertentangan. Dalam hati dia puas.
Dia juga tidak menyangka wanita itu ada disitu. Dia kenal sangat dengan pemilik
kenderaan tersebut. Mungkin ini harinya dia dapat peluang mengenakan wanita
itu.
“ Oklah Natasha, i got to go now. By the way, story yang you cerita tadi
memang menarik. Dari tadi i asyik gelak je. Kalau macam ni lah selalu, boleh
batal puasa ni.”
Wanita di depannya tergelak kecil.
“ It’s nothing encik Farish. Tiba-tiba pula terlintas hal tu kat kepala
i ni. Tu yang i story kat encik. Alang-alang terserempak kat sini kan, tak
salah kalau bertegur sapa ni. Encik dari mana ni?”
“ I dari rumah member tadi, rumah Zaidi. Lepas ni i kena pergi Klang,
jumpa my old friends. Kawan-kawan kat u dulu. Nak berbuka dengan diorang hari
ni.”
“ Owh ye ke..urm, habis wife encik tak kisah ke?”
“ I dah mesej dia dah tadi. Dia okay je.” Jawabnya sambil tersenyum, kemudian
dia melihat jam di pergelangan tangan.
“ Okaylah Tasha, i pergi dulu ye.”
“ Okay..”
Dia melihat jejaka itu sudah selamat
memasuki kenderaannya. Sebelum Farish berlalu pergi sempat dia melambai ke arah
Natasha. Natasha membalas dengan cara yang sama. Tadi Farish singgah ke deretan
kedai di situ untuk membeli tembikai susu untuk isterinya. Sheera memang
gemarkan buah itu. Kebetulan pula semasa dia membeli buah di situ, dia
terserempak dengan pekerjanya,Natasha.