0
comments
cinta is l0ve...bab 26
.
bab 26
Tali leher di kemeja dibetulkan. Rambut
disisir rapi. Setelah pasti semua sempurna, langkah kaki diatur keluar dari
bilik. Pada masa yang sama seseorang telah keluar dari bilik sebelah.
Masing-masing berpandangan. Untuk pertama kalinya, dia terpana melihat wajah
yang sedang berdiri memandangnya. Selama hidup bersama, inilah kali pertama dia
melihat perubahan yang dibawa oleh wanita yang bergelar isteri. Kali ni isterinya
bertudung, nampak jauh berbeza dengan wanita yang dikenalinya dulu.
“ Dah nak pergi kerja?”
Wanita itu bertanya sambil mengambil kasut di rak hujung ruang tamu.
“
Hmm, tak tahu pula you ada dalam rumah ni.”
“ Semalam i balik.” Raof hanya mengangguk dan mahu
berlalu pergi, tetapi sempat dihalang oleh Jasmin.
“ Daddy ajak berbuka sama-sama hari ni.”
“ Yelah, pukul 6 nanti i ambil
you kat pejabat.”
“
Raof...” Sekali lagi langkahnya terhenti. Dipalingkan badannya ke belakang.
Tangan kanannya terasa dipegang lembut. Untuk kali kedua, dia menyalam dan
mencium tangan suaminya. Pertama kali dulu adalah masa mereka dinikahkan. Kaku
Raof berdiri di situ. Setelah tangan suami disalam, dia senyum memandang Raof
dan kemudian segera berlalu pergi ke kerja.
*******************************************************************************************
“
Assalamualaikum...” Kepala didongak memandang orang yang memberi salam.
Segera dia bangun dan menghampiri wanita itu.
“ Wa’alaikumussalam...kau ke ni jasmin?” Jasmin
hanya mengangguk sambil tersenyum. Sheera benar-benar tak menyangka perubahan
kawannya itu. Dari jauh, Jumaidah dan Mieza mengintai dari sebalik meja
masing-masing.
“ Lawanya kau bertudung Jasmin. Serius, aku hampir-hampir tak kenal kau
tadi.”
“ Kau ni Sheera, janganlah puji lebih-lebih. Malu aku.”
“ La, betullah apa yang aku cakap. Kau nampak lain pakai tudung. Nampak
lagi suci gitu.”
Tergelak Jasmin mendengarnya.
“
Eh, kau free tak ni? Aku nak ajak kau keluar. Sekarang kan waktu rehat.”
“ Kau nak ajak aku makan ke? Jangan buat kerja gila Jasmin, aku puasa
ni.”
“ Cit, aku pun puasalah. Aku nak ajak kau keluar, jalan-jalan teman aku
pergi klcc kejap. Aku nak cari benda ni. Sambil tu bolehlah aku sembang-sembang
dengan kau.”
“ Kau datang kat pejabat ni semata-mata nak ajak aku keluar?”
“ Taklah, tadi aku dengan daddy aku pergi jumpa Tan Sri Rizdan. Bincang
hal kerja sikit. Alang-alang aku dah ada kat sini, aku datanglah jumpa kau. Nak
tak keluar ni?”
“ Nak tu memang nak, tapi kau tunggu sini kejap ye. Aku nak minta izin
bos aku a.k.a husband aku.”
“ Yela..cepat sikit.”
Jawabnya sambil tersenyum.
Sambil menunggu Sheera, dia duduk di kerusi
berhadapan dengan meja di situ. Dia perasan dari tadi lagi Jumaidah dan Mieza
asyik memandangnya. Dia hanya memberikan senyuman manis kepada mereka berdua.
Jumaidah dan Mieza teragak-agak membalas senyuman itu namun tetap ditunjukkan
senyuman nipis. Mereka berdua kenal sangat dengan Jasmin, sejak dari kes
memalukan masa majlis tahun lepas, masing-masing tidak berapa sukakan perangai
Jasmin. Namun mereka tidak pula tahu yang Sheera dengan Jasmin sudah berbaik
semula. Setelah beberapa minit, Sheera keluar dari bilik Farish dan mengambil
tas tangan di atas meja dan mengajak Jasmin pergi dari situ. Jumaidah dan Mieza
masih lagi memandang langkah mereka berdua berlalu meninggalkan pejabat.
“ Kau beli baju kurung banyak-banyak ni nak buat apa?” Sheera bertanya sambil tolong
memegang beberapa buah plastik berisi kain.
“ Aku nak beli untuk umi wi sekeluarga. Baju ni kau rasa Isya muat tak?” Ditunjukkan pakaian sutera berwarna
biru laut yang dipegang kepada Sheera.
“ Muat kot, anak dara tu kecik je badannya. Kenapa tak beli kain je?”
“ Kalau aku beli kain mana sempat diorang nak hantar buat baju raya
nanti. Baik aku beli siap-siap.” Jawabnya
sambil tersenyum. Tangan masih lagi mencari corak baju yang sesuai.
“ Aku
bersyukur dapat ditemukan dengan keluarga umi wi.” Sheera hanya membiarkan
Jasmin berbicara. Dia memandang kawannya yang sedang memegang deretan pakaian
yang tergantung di situ.
“ Dulu aku banyak buat dosa, umi wi lah yang banyak bantu aku tuju ke
jalan yang betul. Kau tau Sheera, setiap kali aku ada masa, aku pasti akan
balik ke rumah umi wi. Aku belajar banyak benda dengan dia. Aku belajar
mengaji, belajar tentang agama dengan lebih mendalam. Setiap kali aku belajar
benda baru, aku jadi seronok. Kebahagiaan yang dah lama aku tak jumpa, kini
datang kepada aku. Ini semua berkat pertolongan umi wi sekeluarga, aku banyak
terhutang budi dengan diorang.”
Sheera memegang bahu Jasmin. Diberikan senyuman penuh makna kepada rakannya
itu.
“ Bukan setakat pertolongan dari umi wi je, malah usaha kau yang nak
berubah buatkan kau jadi semakin baik Jasmin. Aku gembira tengok perubahan kau
ni. Aku gembira persahabatan kita terjalin kembali. Tengoklah kau sekarang ni,
siap bertudung lagi. Bukan ke bagus tu. Aku ni pun tak sampai seru nak menutup
kepala ni ha.”
“ Tapi Sheera, satu je usaha aku sekarang ni yang belum berhasil..”
“ Apa dia?”
“ Aku tak dapat buat suami aku sayangkan aku. Hubungan kitorang masih
lagi dingin. Kadang-kadang aku selalu bertanya pada diri aku ni, sampai bila
kitorang nak jadi camni. Aku pun teringin juga dapat keluarga yang bahagia.”
“ Sabarlah Jasmin...tuhan tu maha adil. Kau berdoalah supaya hati suami
kau dilembutkan.”
Nasihat itu sedikit sebanyak membuatkan Jasmin merasa lega. Betul apa yang
dikata oleh sahabatnya itu.
“ Dahlah tu, tak payah kita buat cerita sedih kat sini. Lepas kau dah
habis beli semua ni, kau pula teman aku pergi ke satu tempat, boleh?”
“ Nak pergi mana?”
“ Aku nak pergi klinik, nak cek dengan doktor.” Berkerut dahi Jasmin mendengarnya.
“ Kau sakit ke?”
“ Taklah, tapi aku rasa aku mengandung.” Kali ni Jasmin membesarkan matanya
memandang Sheera.
“ Serius?”
“ Hari tu aku ada cek guna pregnancy test kit. Positif. Tu yang aku nak
confirmkan dengan doktor tu. Tapi takde masa pula.”
“ La, kenapa kau tak cakap awal-awal
lagi. Pe lagi, jomlah cepat!”
Segera dia membayar pakaian yang dibeli dan diseretnya Sheera keluar dari situ.
Sheera hanya tergelak melihat gelegat Jasmin yang agak over excited.
*********************************************************************************************
“ Betul ni?” Soalan tu sudah ditanya
untuk kali yang ketiga. Tiga kali jugalah Sheera mengangguk.
“ Ayang jangan main-main...” Kali ni Sheera menggeleng pula.
“ Serius?!” Angguk balik...
“ Tak gurau?...” Geleng balik...
“ Abang ni, penatlah orang angguk geleng.
Tak percaya sudah.” Dia berura-ura mahu bangun dari sofa, namun
pergelangannya dicapai oleh Farish. Terduduk dia kembali ke sofa tersebut.
“ I’m gonna be a father...”
Katanya sambil memandang wajah Sheera. Isterinya hanya tersenyum manis. Dipeluk
tubuh isterinya. Sheera hanya melentokkan kepala di bahu Farish.
“ yes
you are...and i’m gonna be a mother.” Terasa ubun kepala dikucup lembut.
Dibiarkan sahaja kucupan dari suaminya.
“ Thank you sayang...”
Katanya sambil tersenyum. Sheera mencium pipi suaminya kiri kanan. Kemudian dia
juga senyum.
“ Alhamdulillah...akhirnya rezeki yang
ditunggu datang juga.” Sheera membalas. Sebelah tangan suaminya yang berada
di pinggangnya dipegang kemas.
“ Lepas ni jangan buat kerja berat-berat. Kalau boleh duduk rumah je.”
“ Eh, abang ni. Kalau ayang duk rumah, siapa yang nak tolong abang kat
pejabat tu. Apa abang lupa yang ayang ni pun setiausaha abang?”
“ Abang tak lupalah ayang..”
Dicuit lembut hidung isterinya.
“ Kalau boleh, abang nak ayang berhenti kerja.” Permintaan dari suaminya membuatkan
Sheera melepaskan pelukan.
“
Takkan hanya semata-mata ayang mengandung abang nak pecat ayang?” Dia
melihat Farish hanya tergelak kecil.
‘ Aku buat lawak ke??apasal pula laki aku gelak-gelak ni?’
“ Bukan macam tu ayang. Abang sebenarnya dah lama fikirkan hal ni. Kalau
boleh, abang nak ayang capai cita-cita ayang untuk buka bisnes sendiri. Bukan
ke ayang teringin nak buka kedai kek?”
“ Memanglah, tapi...”
“ Takde tapi-tapi...abang nak ayang dapat apa yang diimpikan selama ni.
Abang nak buat terbaik untuk ayang. Mama pun dah setuju hal ni. Kalau boleh
mama pun nak membantu dalam bisnes ayang tu nanti.”
“ Abang...” Tubuh
sasa itu kembali dipeluk erat. Tidak dia sangka selama ini, suaminya dah rancang
untuknya mencapai impian yang dah lama dipendam...
“ Ni apahal menangis ni? Tak suka ke?” Diusap lembut rambut isterinya. Sheera hanya menggeleng.
“ Terharu...”
Ringkas dia menjawab membuatkan Farish tergelak bahagia.