0
comments
cinta is l0ve...bab 27
.
bab 27
Sudah beberapa hari Raof menerima mesej
yang sama. Beria-ia isterinya mengajak berbuka bersama di rumah. Namun tidak
dihiraukan pelawaan dari Jasmin. Boleh kata setiap hari, Jasmin akan masak di
rumah, malah segalanya berubah. Perubahan tersebut membuatkan sedikit sebanyak
anggapannya pada Jasmin turut berubah. Tapi dia masih lagi sukar untuk memberi
peluang untuk Jasmin.
“ Dude...termenung jauh nampak.” Sapaan dari Hafiz, teman sepejabat mengejutkannya.
“ Kau kalau masuk ketuk pintu tu dulu boleh tak?”
“ Rileks ar bro, dah naik merah tangan aku ketuk pintu kau. Kau je yang
tak perasaan. Ni apahal dari pagi tadi lagi asyik termenung ni? Cuba bagitahu
aku. Cer citer..cer citer...” Hafiz
membuat aksi gaya filem hantu kak limah balik rumah. Dari masam muka Raof,
terus dia tergelak melihat gaya temannya itu.
“ Aku terfikirkan hal orang rumah aku...” Kerusi di hadapan meja Raof ditarik
dan diduduk.
“
Jasmin?” Hafiz meneka. Raof mengangguk.
“ Apahal dengan bini kau? Dah de isi ke?”
“ Tidur pun bilik asing-asing, nak ada isi apanya.” Tersengih Hafiz mendengarnya.
“ Sampai bila kau nak marah bini kau tu?
Cubalah belajar untuk memaafkan seseorang.” Nasihatnya. Hafiz tahu
segala-galanya tentang Raof, memandangkan Hafiz merupakan teman baiknya,
segala-galanya diceritakan pada Hafiz.
“ Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku dulu. Kebahagiaan yang
patut aku kecapi terhalang. Semuanya sebab dia.” Raof melihat Hafiz sudah
menggelengkan kepala berulang kali.
“ The past is past Raof. Kalau kau asyik pandang ke belakang,
kebahagiaan yang di didepan takkan kau temui.”
“ Tapi...”
“ Cukuplah kau ganggu kebahagiaan rumah tangga orang. Aku tahu sukar kau
nak terima, kau lepaskanlah Sheera tu. Dia dah pun bahagia Raof. Cuba pula kau
buka hati kau untuk Jasmin. Beri dia peluang...malah aku rasa dia dah pun
terima balasannya. Just try Raof. Jangan pula satu hari nanti kau akan menyesal
bila kau tak pernah nak tengok Jasmin dari pandangan yang lain.”
“ Apa maksud kau dari pandangan lain?” Soalnya dengan agak keliru.
“ Maksud aku tengok Jasmin yang sekarang,
jangan tengok dosa dia yang dulu. Aku tengok pun dia dah banyak berubah.
Sedangkan dia boleh berubah, kenapa tak kau? Fikirlah Raof...fikirkan apa yang
aku cakapkan ni.” Raof melihat temannya sudah pun berdiri dan mahu keluar
dari bilik. Di muka pintu temannya menoleh semula ke dia.
“ Jangan sampai satu hari nanti, apa yang kau kejar tak dapat, orang
terdekat hilang.”
Pintu ditutup perlahan. Raof menyandarkan kepalanya ke kerusi. Nafas ditarik
perlahan. Mata dipejamkan. Segala kata-kata dari Hafiz bemain di fikirannya..
*******************************************************************************************
Beg tangan dibuka. Dari tadi lagi dia cuba
mencari kunci kereta, tapi tak juga jumpa. Terasa bahu dicuit dari belakang.
Terus dipusingkan badan ke arah orang tersebut.
“
You cari ni?” Kunci di tangan dihayun perlahan. Sheera tidak sangka sama
sekali kunci itu berada di tangan lelaki didepannya.
“ Kenapa kunci kereta i ada kat you?”
Digagahkan diri untuk bertanya.
“ You drop your key while you walk. Next time
becareful...” Hanyunan kunci di tangan terhenti.
“
Please give me the key Raof. I dont have time for this.” Tapak tangan
disuakan untuk meminta balik kuncinya.
“ I will give you, but first...i need to talk to you.”
“ I nak cepat Raof, i perlu masak untuk berbuka nanti.”
“ like i said just then, i just want to talk with you. Ten minutes...i
promise.” Sedaya
upaya lelaki itu memujuk. Lama Sheera diam memikirkannya. Sebenarnya semasa dia
mahu singgah ke kedai dobi berdekatan situ untuk mengambil bajunya, dia
ternampak kelibat Sheera baru keluar dari mini market bertentangan dengan kedai
dobi.
“ Fine,
but just ten minutes!” Keras nada yang dikeluarkan dari mulutnya.
Raof tersenyum nipis.
Sheera memang dah berubah. Sheera di depannya
bukan lagi Sheera yang dikenalinya dulu. Dia melangkah ke bas stesen di depan.
Terus dia melabuhkan punggung di situ. Sheera hanya mengikut. Baginya di situ
lebih selamat kerana sekurang-kurangnya banyak kereta yang lalu lalang dan ada
beberapa orang menunggu di situ.
“ Cakap cepat...” Tenang
dia meluncurkan bicara. Raof tunduk, namun terbit sengihan di bibir.
“ You bahagia?” Pelik dia mendengar soalan yang
terbit dari mulut jejaka itu.
“ Ye...memang i bahagia.Farish adalah
seorang suami yang perfect untuk i. I bersyukur ditakdirkan kahwin dengan dia.
I really love him. And tak lama lagi kami akan lebih bahagia.”
“ And why is that...”
“ Because i pregnant...tak lama lagi
kami akan dapat anak.”
Kali ni wajah wanita itu dipandang. Sheera masih lagi berlagak tenang.
“
Congrates....” Lemah ucapan disuarakan.
“ Itu
je ke you nak tanya i? Kalau takde apa-apa lagi, i nak pergi. Bak balik kunci
tu.” Sekali lagi dia meminta. Kali ni lebih tegas.
" Kenapa you tak boleh terima i balik? i promise this is last question."
" I boleh terima you sebagai sahabat tetapi kalau lebih i'm really sorry. Demi Allah, cinta hati ni hanya untuk lelaki bernama Farish Daniel. Hanya untuk insan bergelar suami i. I hope you faham. I dah penat dengan semua ni. Kalau you betul-betul ada rasa kasih kat i, then let me go. Biarkan i bahagia. "
Dilihat Raof hanya memandangnya kosong. Kemudian dia menunduk kembali. Perlahan-lahan tangan itu diseluk dalam
poket dan kunci dikeluarkan. Kemudian dia meletakkan kunci di atas tapak tangan
Sheera. Sheera merasa hairan dengan Raof kali ni, sangkanya sukar dia mahu meminta
kunci tapi apa yang dilihatnya sekarang jauh berbeza. Raof dah lain. Dia terus
bangkit. Raof masih lagi duduk diam di situ sambil memandang ke bawah. Tidak
jadi dia mahu terus pergi, untuk sesaat direnung lelaki di depannya. Lelaki
yang dulu pernah dicintainya.
“ Raof...” Panggilan itu berjaya membuatkan
lelaki itu mendongak memandangnya.
“ Please doakan kebahagiaan i...” Tiada jawapan yang keluar dari bibir
lelaki itu, hanya senyuman nipis diberikan.
“
Please give a chance to your wife. She
really love you.” Tambahnya lagi. Tiada reaksi dari Raof. Masih lagi diam.
“ Assalamualaikum...” Salam dari Sheera hanya dijawab dalam
hati. Sebenarnya tadi dia mahu memujuk Sheera untuk kembali padanya. Tapi bila
terdengar kata-kata yang tulus ikhlas dan jujur dari hati wanita itu dan dia
juga nampak cahaya kegembiraan yang terpancar dari mata Sheera membuatkan dia
terasa dia dah kalah. Kalah dalam merampas balik hati wanita yang pernah
disayanginya. Kelu lidahnya untuk berkata lebih lagi.
***********************************************************************************
“ Setiausaha encik tak datang hari ni?” Wanita itu bertanya sambil
memerhatikan lelaki di depannya kusyuk meneliti fail kewangan syarikat.
“ tak...dia
tak berapa sihat. I suruh dia stay kat rumah je.” Balasnya. Mata masih lagi
menghadap fail di tangan.
“
Owh...err..” Bacaan di fail terhenti. Farish memandang wajah di depannya.
“
Yes, do you want to say something Cik Natasha?”
“
Saya bukan nak cakap buruklah kan encik Farish. Tapi semalam saya ada ternampak
wife encik.”
“ So?”
“ Saya nampak dia dengan lelaki lain kat bus stop. Bukan main mesra
bersembang. Encik janganlah salah sangka pula. Saya sekadar bagitahu je...” Taktik sudah bermula. Jarum harus
dicucuk lebih dalam.
“ Saya kenal lelaki tu. Wife saya dah ceritakan semuanya. Tak payahlah
awak nak sibuk-sibuk hal tu cik Natasha. Kalau waktu kerja, please buat cara
kerja. Kalau nak bergosip di luar.”
Natasha menelan air liur. Sangkanya dia mahu mengenakan Farish, tetapi dia pula
yang terkena. Bertambah-tambah perasaan bencinya kepada lelaki itu.
Setelah perbincangan selesai, dia keluar
dari bilik Farish dan terus masuk ke pejabatnya. Fail dicampak kasar ke
dinding. Kertas yang berterabur tidak dihiraukan. Segala maki hamun keluar dari
bibirnya. Sumpah dia memang benci melihat kebahagiaan pasangan itu. Benci yang
amat.
“ Siaplah kau nanti Farish. Selagi
dendam aku tak terlaksana, selagi tu aku takkan kasi kau tenang.”
*********************************************************************************************
“ Baru balik Tasha?” Pertanyaan
itu tidak dihiraukan. Tubuh disandarkan di sofa untuk melepaskan penat.
“ Walid tanya kamu buat do no je...”
“ Orang penatlah walid. Malas nak cakap.”
“ Takkan penat sangat. Kamu buat
kerja apa je? Lagi satu, kamu tak pernah nak bagitahu walid kamu kerja kat
mana.”
“ Buat apa walid nak sibuk-sibuk. Tasha bukannya buat kerja haram pun.
Tempat tak pentinglah walid. Janji tasha tahu cari duit, tak menyusahkan
walid.” Beg tangan
dicapai dan dibawa masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas dengan kuat.
Walid hanya mengeluh dari jauh. Sejak
kehilangan arwah isteri dan anak sulongnya, perangai Tasha makin berubah. Dulu
keluarga itulah yang membahagiakannya, tapi sejak kematian anak sulong,
segalanya berubah. Isterinya buat hal, Tasha pula berada di luar negara, dan
jarang pulang. Bila dapat tahu tentang pemergian kakak tercinta,barulah kaki
dijejakkan di Malaysia.. Setelah isterinya pula meninggalkan dia, Natasha
seolah-olah sukar untuk menerima hakikat tersebut.