0
comments
CINTA BLoGGER....5
.
Bab 5
Kali ni masuk empat kali aku kalah. Dan empat kali jugalah aku kena belanja minah ni. Hmm, apa boleh buat. Janji harus ditunaikan. Tu lah, baba dah warning awal-awal jangan ambil risiko nak deal kalau dah tahu akan kalah. Ala, bukan luak pun duit aku, takat belanja makan. No hal la. Demi Hanis aku sanggup bagi apa saja yang dia nak.
" Danny, kita makan ais krim McD nak? For desert..." Tersengih-sengih anis bagi cadangan. Daniel geleng kepala. Perut girl ni luas sangat agaknya. Semua jenis makanan dalam satu masa boleh muat. Baru je tadi dia lahap empat keping potong pizza, kek aiskrim, tu pun minta tambahan nak makan spaghetti bolognese.
" You tak kenyang lagi ke?"
" kenyang dah, tapi tu lah...teringin pula mcflurry oreo." Sengih lagi. Tulah, dah tau aku akan kalah lawan bowling tadi, nak deal lagi. Nasiblah kau Daniel.
" You tunggu sini. I pergi beli. Tu je kan?" Anis angguk. Sementara menunggu Daniel, dia duduk di bangku yang disediakan.
Handset siapa la bunyi ni..tak reti-reti nak angkat ke? eh, macam bunyi dalam beg aku. Hah, yela bunyi ni dalam beg aku. Tapi sejak bila pula aku tukar ringtone ni? Ah, pedulikan! Yang penting angkat...
" Hallu...."
" Hallu hallu..!!assalamualaikum?" dush3...amek kau, tula..kalau nak angkat call tu salam tu yang penting.
" Hehe, wa'alaikumussalam. Mak ke ni?"
" Yela, mak ni. Berapa banyak mak kamu ada?"
" Satu je mak, tapi tak tahulah kan kalau-kalau dulu arwah ayah ada kahwin lain."
" Ha, mulalah tu nak sakat mak."
" Ala, mak ni...orang gurau jela. Ermm mak...mak sihat?adik camne mak?"
" Sihat alhamdulillah. Adik pun dah kurang lelahnya. Kamu macammana kat sana? belajar semua ok?"
" Okay mak...mak takyah risaulah ek. Mak..." kelihatan Daniel menghampirinya dan menghulurkan Mcflurry. Anis menyambut sambil handset dikepit antara bahu dan telinga.
" mak, esok akak bank in duit ek...nanti mak suruh adik ambil duit kat atm tau." Daniel memerhatikan anis berbual. Sementara tu dia duduk sambil melihat orang lalu lalang.
" Ala mak, akak de duitlah. Dont worry...lagipun akak dah bagitahu mak akak kerja part time kan. Akak nak duit tu nanti mak simpan. Kalau tak pun, mak gunakan duit tu beli ubat adik ek. Mak..."
" Yela, nanti mak suruh adik ambil. Kamu tu jaga makan minum kat sana. Jaga diri tu leklok. Jangan kuat sangat kerja."
" Baiklah mak ku tersayang. Arahanmu akan dipatuhi..."
" Tengok tu.."
" Yela mak, akak gurau je..hehe. Kirim salam kat adik ye..assalamualaikum.." Punat merah ditekan. Kemudian handset diletak semula dalam beg.
" Your mom?" Anis angguk. Sesuap mcflurry dimasukkan dalam mulut. Fuh, heaven! Sedapnyer!!! Cara dia menikmati mcflurry tu macam dah buat iklan pula. Daniel gelak kecil. Macam-macam minah ni.
" Hai, suap untuk diri sendiri je ke,I ni tak nak suapkan?" Anis menoleh. Suapan kenikmatan terhenti.
" Kalau you nak belilah...ni i punya."
" Eleh, kedekut!"
" Hehe...by the way, thanks danny for today. I had a great time! Its really fun going out with you..."
" You are most welcome. Err anis.."
" Hmm.."
" Nanti cuti sem you pergi mana?"
" Maybe i balik kampung. Why?"
" Best tak duduk kampung?"
" Best sangat! Kat sana bukan macam kl ni. Kat sana aman, tenang je...otak pun leh relax."
" Untungnye you kan.." Keluhan dilepaskan. Sebelah tangan diletakkan di belakang tempat anis bersandar. Sebelah tangan lagi mengusap rambut yang terpacak.
" So, you bercuti ke mana pula kali ni?" Anis melihat Daniel, kelihatan lelaki itu hanya mengangkat bahu.
" Follow i jela balik kampung.." Guraunya kemudian ketawa. Suapan diteruskan.
" Okay!" Semangat Daniel menjawab. Terus tersedak gadis itu dibuatnya. Habislah!..
" Err you know Danny...i was just joking just now." Terangnya dengan perlahan. Mulut disapu dengan tisu. Habis tersembur aiskrim.wa..., ruginye!!
" You dah offer tadi so tak boleh tarik balik."
" Tapi, you tak biasa hidup cara i danny...i ni duduk kampung."
" Tak biasalah i kena biasakan." Ringkas dibalas. Namun tetap membuatkan Anis tak tentu arah.
" Kenapa pula you nak biasakan??"
" Manalah tahu one day nanti i will be your future husband." Kali ni bukan takat tersedak, habis cawan mcflurry tu sekali terpelanting. Short circuit dah attack wayar otak lepas tu terus serang hati. Budak cina ni pun satulah, memang nak bagi aku sakit jantung ke pe? Daniel dah gelak terbahak-bahak. Tak tahan melihat reaksi Hanis.
" It was a joke anis...relaxla."
" Danny!!" Ketam mula bergerak mencari sasaran. Namun lelaki itu pandai cari ruang untuk menyelamatkan diri.
" Tapi pasal balik kampung you tu i deadly serious. I nak rasa hidup kampung." Daniel mengutip balik cup mcflurry yang selamat landing atas lantai tu, kemudian diletakkan di dalam tong sampah.
" You serius?"
" Yes, i am..."
" Okay, boleh...but, with one condition. You kena stay rumah pak long i. Rumah i semua girls...so, tak manis kalau ada lelaki asing duduk serumah dengan i. Boleh?"
" Okay je!"
************************************************************************************************
" Err..." Nak cakap ke tak nak??
" What?" Serius wajah lelaki di depannya.
Gullp!!
" Anis, Kau nak cakap apa ni?"
" Next week aku nak minta cuti untuk 4 hari....boleh?" Laju dia bercakap. Untuk beberapa minit tiada balasan.
" Kau cuti sem ke?"
" Yup..."
" Tak boleh." Erk, telinga aku salah dengar ke?? Dia cakap tak boleh.... Ryo cakap tak boleh??
" Tapi, aku kena balik kampung. Nak tengok mak dengan adik aku."
" Habis siapa nak tolong aku kalau kau takde?"
" Just untuk beberapa hari je..please!!"
" Kau tahukan next week aku ada fashion show. "
" I know that, but cuma minggu depan je aku cuti sem. Kau takkan tak cuti kot"
" Poli bukannya sama macam u...Cuti politeknik selalu lain dengan cuti universiti or kolej. Kau tahu tu kan..." Kepala digaru walaupun tak gatal. Ada betul gak tu..
" Hmm, kampung kau kat mana?"
" Perak."
" Perak tu kat mana? kau pikir perak tu kecik ke?"
" Kuala kangsar, apasal?"
" Fine, kau boleh cuti. But, kalau lebih dari empat hari aku cari kau takde, aku akan cari kat kampung kau tu. Ada paham??" Yeay!!!dia bagi aku cuti!!...lap u lah Ryo! walaupun aku tak pernah jadi fans ko, aku jadi peminat kau tuk lima minit pun okaylah! Rizman berpaling darinya dan mengambil beg baju silang yang tersadai di lantai.
Yahooo!!!b0leh balik kampung!!Terima kasih mamat double face!
" Kau ada cakap apa-apa ke?"
" Eh, mana ada..." Takkanlah dia boleh dengar aku jerit dalam hati kot...
" Kalau takde apa-apa lagi aku nak balik. Malam ni aku kena balik PD balik. Esok pagi aku ada kelas. Baju yang aku pakai tadi untuk photoshoot tu kau tolong kemaskan. Lepas tu hantar kat Fathiha...chow!"
" Okay Ryo!" Jeritnya riang. Dalam diam Rizman mengukirkan senyuman.