0
comments
CINTA BLoGGER....6
.
Bab 6
Tuk tuk tuk!!...
huh, siapa pula yang datang ni?nak melantak pun terganggu. Potong jalan tul la! meh aku nak tengok siapa yang berani kacau aku nak dinner ni...
Tombol pintu dipulas. Terjengul satu tubuh yang amat dikenalinya. Orang yang berdiri depan muka pintu tu tersengih-sengih. Baru Rizman nak buka mulut, lelaki didepannya menayang satu bungkusan plastik yang tentera perkataan KFC. Tak jadi nak bersuara bila dah nampak rezeki depan mata. Shaqir membuka kasutnya dan selamba masuk ke dalam apartment milik Rizman. Beg plastik diletak di atas meja, turut kelihatan roti dengan planta yang sudah terbuka.
" Aik, ni je dinner kau?"
" Hmm.."
" Kesian...tapi takpe, aku dah bawakan kfc. Jom makan!"
" Kau datang sini buat apa?" Direct tanya soalan. Pedas jugalah si shaqir tu rasa. Tapi dia dah biasa sifat member dia sorang ni, ada masa hangin, ada masa ribut, ada masa terlebih ceria...Kalau genap lagi satu sifat,kompom dah leh wat empat musim.
" Saja melawat kau..."
" Huh..yela tu. Ke kau lari dari mieza?" Shaqir buat tak layan. Piring di dapur diambil dan dibawa ke ruang makan.
" Mana adik kau? aku belikan untuk dia sekali ni.."
" Eyqa tidur rumah sheera hari ni. Diorang nak buat study group."
" Owh...takpela,meh ar makan. Apa kau ingat dengan tenung je leh wat perut kau kenyang? Duduklah dulu bro...kita makan sambil borak. Dah lama aku tak sembang dengan kau." Kerusi bertentangan dengan Shaqir ditarik perlahan. Seketul peha ayam dicapai dan disuakan dalam mulut. Panas lagi tu...sedap!
" Bismillah..." Doa makan dibaca oleh Shaqir. Tercekik Rizman dibuatnya. Perli ke apa member aku ni? Aku pun satu, tahulah lapar. Tapi sampai doa pun terlupa. Dia meletakkan peha ayam di dalam piring kemudian turut menadah tangan. Selesai doa dibaca, sambung balik makan.
" Kau cat baru ke rumah ni?" Mata Shaqir meliar sekitar rumah. Agaknya adalah dalam dua bulan lebih dia tak datang lepak dengan Rizman.
" Adik kesayangan aku tu lah. Kononnya dah bosan dengan kaler ni, tu yang dia nak tukar cat warna lain. Aku tak peduli pun." Suapan diteruskan. Botol sos cili yang berada di depan Shaqir dicapai.
" Mama kau tak balik?" Rizman geleng. Dia dengan adiknya sudah terbiasa ditinggalkan oleh ibunya. Maklumlah, ibunya sibuk menguruskan perniagaan milik arwah datuknya yang mempunyai beberapa cawangan di dalam negeri dan luar. Namun, dia tahu...ibunya tidak pernah mengabaikan anak-anaknya. Boleh kata hampir dua kali sehari pasti dia dan adiknya akan buat video call dengan ibu mereka. Sekurang-kurangnya terlepas juga rindu.
" PA kau pe khabar?" Rizman mengangkat bahu. Malas nak jawab.
" Hai...PA sendiri pun tak tahu?"
" Dia cutilah. Manalah aku nak tahu."
" Owh..."
" Kau dengan mieza amacam?"
" Kau nampak benjol kat dahi aku ni?" Rizman melihat dengan lebih dekat. Memang ada tanda merah kat dahi mamat tu.
" Uih, dia dera kau ke?dasyat!!"
" Bukan dia, aku jadi yang jadi mangsa pergaduhan." Rizman mengangkat kening sebelah. Tak paham....
" Dia gaduh dengan sara, lepas tu si sara tu campak barang. Kebetulan aku lalu situ, tup tup tepat-tepat dahi aku ni jadi landing barang yang dicampak tu. Sekian..." terangnya dengan lebih lanjut. Tergelak-gelak Rizman dibuatnya. Apalah nasib member dia sorang ni. Terkena sumpahan ke pe? Asyik dia je kena. Shqir mengeluh mengenang nasibnya. Dia bangkit dan mengangkat piring ke sinki untuk dicuci.
" Tak payah basuhlah Qir, kau datang bawa makanan pun dah cukup. Biar je aku basuh pinggan tu." Bila tuan rumah dah offer jangan ditolak. Terus dia duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Laptop yang berada di atas meja ditelek.
" Kau ni kalau takde kerja online jela kerja kau ye..."
" Pe lagi aku nak buat Qir, awek takde. Laptop jela buat peneman. Tak macam kau, ramai awek."
" Eleh, kau tu yang kau jual mahal." kata-kata dari Shaqir disambut dengan sengihan. Mahal ke??
" Blog siapa kau buka ni? blog kau ke?" Rizman menghampiri temannya dan membongkokkan badan untuk melihat, kemudian dia tersenyum.
" taklah, ni blog siapa entah. Aku tengok je. Best juga layan blog minah ni."
" ai, mana kau tahu ni blog ni gurl yang punya?"
" Dah terang lagi nyata dia dia tulis kat jantina tu perempuan. Kau ni pandai baca ke tak??"
" Aku tak perasanlah. Best ke blog ni?" Kini Rizman melabuhkan punggungnya sebelah Shaqir. Laptop dicapai dan diletakkan di atas riba.
" Boleh tahanlah. Aku suka baca ayat yang dia karang. Kadang-kadang tu dia buat puisi, cerpen, sajak, macam-macamlah. Bila aku baca je, aku rasa seolah-olah penulis tu dekat je dengan aku."
" Huh, yela tu." Malas nak layan lagi, Shaqir mencapai remote dan ditekan punat on pada televisyen. Rizman menutup laptopnya dan diletakkan di atas meja. Kemudian dia bangun untuk mengemas sisa makanan di atas meja.
" Kau tahu Fathiha akan bertunang lagi dua minggu." Katanya tiba-tiba. Sampai bila aku nak simpan hal ni, lambut laun budak ni pasti akan tahu juga. Segala kerjanya terhenti, kemudian dia berpaling memandang Shaqir yang masih menumpukan perhatian di kaca television.
" Dengan Is?" Shaqir angguk.
" Baguslah, dah jodoh dia." Kali ni kata-kata tersebut berjaya menarik perhatian Shaqir untuk menoleh.
" Kau tak sedih?" Rizman geleng. Ni lah satu-satunya sifat yang membuatkan Shaqir bengang. Suka sangat sembunyi emosi sedih dia tu.
" Aku rasa sempat lagi kalau kau nak halang pertunangan tu. Aku tahu kau suka dia. Kau involved dalam bidang modelling pun sebab dia kan." Rizman hanya diam. Dia meneruskan cucian di sinki.
" Sampai bila kau nak hide feeling kau ni? Be honest to her..."
" Aku tak berani." Jujur dia berkata.
" Huh...sampai bila?"
" Anggaplah aku takde jodoh. Lagipun Tia selalu cakap, dia anggap aku macam adik. Bila dia cakap macam tu, aku tak rasa dia simpan perasaan yang sama pada aku. Daripada aku malu, better aku pendamkan."
" Aku admit, umur korang beza lima tahun. So...what's wrong with that? Normallah zaman sekarang lelaki muda cari teman wanita yang berumur sikit. Kau tu yang tak pernah luahkan kat dia, manalah dia nak tahu."
" Dahlah, aku malas cakap pasal ni lagi." Pinggan yang terakhir dicuci dan diletakkan di tempat yang disediakan. Lebihan ketulan ayam yang tidak dimakan disimpan di dalam bekas.
" Hmm..."
*********************************************************************************************
Splash!!!
" yahoo!!" Jeritnya riang. Dari jauh Hanis melihat jam tangannya sudah menginjak ke pukul enam petang. Dah masuk hampir sejam mamat cina ni berendam dalam sungai.
" kak, mana akak culik mamat tu? Handsome tapi...." Kedua-dua menoleh memandang ke depan apabila sekali lagi Daniel mahu buat terjunan ke dalam sungai.
" Macam terencat je...adoi!" Hinggap satu cubitan di pipi. Jue menggosok pipinya sambil memuncungkan mulut. Sakit...
" Suka hati je cakap kawan akak terencat ye..." Hanis tersengih memandang adiknya.
" La, betul apa. Macam orang tak pernah nampak sungai."
" Kehidupan dia tak macam kita jue. Dia tak pernah merasa hidup suasana kampung ni. Tu yang dia over excited duduk sini. Biarkanlah...."
" Akak..."
" Hurm.."
" Akak macammana kerja? ok kerja dengan Ryo?"
" Boleh tahanlah. Dia tu kadang-kadang tegas, kadang-kadang baik, dengan orang tak kenal dia sombong sikit. Tapi dengan siapa yang rapat dia ok je sebenarnya. Ni pun nasib baik akan dapat cuti tau. Tapi satu je akak suka pasal dia, dia tak kedekut."
" Owh...untunglah akak dapat kerja dengan orang famous macam dia. Hari tu adik ada baca majalah ni tau, ada gosip kata dia gay. Err...betul ke?" Uish, kerutan kat dahi akak dia tak payah nak ceritalah kan...berlapis-lapis jadinya bila dengar.
" Err...tak tahu pula akak. Tapi bila ada perempuan minat kat dia, dia buat do no je. Macam tak berminat je nak layan. Pelik gak ek...tapi dia rapat dengan manager kat agensi tu."
" Manager dia laki ke kak?" Anis angguk mengiyakan.
" Ha, betullah tu kot.."
" Ish, kau ni dik. Tak baik buat andaian macam tu." Nasihatnya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, andai betullah gosip tu....errr!! Berdiri bulu roma dibuatnya.
" Hai, pe yang dibualkan tu?" Daniel menghampiri dua gadis tersebut. Hanis menghulurkan tuala.
" Takde apalah danny. Hal-hal semasa je. Dah puas mandi?" Daniel senyum sambil angguk. Seronok betul hidup di kampung. Bebas je rasa.
" Kalau dah puas jomlah balik. Nanti bising pula mak kat rumah tu. Jom abang danny. Malam ni kita makan special."
" Makan special?"
" Pak long nak buat bbq...hehe."
" Wah..bestnyer. Tak rugi i ikut you hanis. Memang seronok duduk sini." Anis dan Jue tersenyum.
" Kalau macam tu baguslah danny. You happy i pun happy. Jomlah..."
" Senang cerita abang danny kahwin je dengan akak. Boleh balik sini selalu." Kata-kata dari adiknya membuatkan kakaknya tersedak. Danny pula tersengih.
" Boleh boleh. Itupun kalau your sister setujulah."
" Danny!!" Jerit anis. Mata dah dijengilkan memandang jue dan daniel. Mereka berdua galak mentertawakannya.
" You tengoklah jue. Your sister ni cepat sangat naik angin bila diusik." Tambahnya lagi. Bertambah-tambah jumaidah ketawakan kakaknya. Kemudian dihampirinya anis dan menepuk belakang gadis tersebut.
" Ala, orang gurau jela akak. Kakak ni macam mak la. Gurau sikit melenting." Anis mencubit pipi adiknya kemudian dia juga turut ketawa bahagia. Ketiga-tiga mereka berjalan seiring pulang ke rumah. Hari pun makin lewat. Kalau maghrib baru pulang mahu kena sebat dengan mak kat rumah nanti. Tak pasal-pasal jadi tayangan umum untuk Daniel. Malu beb....hehe.
"