0
comments
CINTA BLoGGER...7
.
Bab 7
" Akak, abang Danny datang!!" Hanis yang mendengar jeritan adiknya berlari anak ke ruang tamu. Kelihatan Daniel tersengih di muka pintu. Jue pula sedang membuka kasut sekolah sambil memandangnya.
" Awal kau balik hari ni dik."
" Abang Danny yang jemput. Nak tunggu mak cik van tu hampeh, selalu lambat. Abang Danny masuklah dulu." Daniel masuk mengekor belakang Jumaidah dan duduk di sofa. Hanis menyuruh adiknya masuk ke dapur untuk menghidangkan air minuman untuk rakannya.
" You ni Danny, buat susah je ambil adik i."
" No big deal la...i boring duduk rumah pak long you, that's why i ronda-ronda sekitar kampung ni. Kebetulan pula nampak adik you tengah termenung depan gate sekolah tu. Alang-alang tu i offerlah dia balik." Jumaidah menghidangkan secawan kopi buat Daniel. Kemudian dia masuk ke bilik untuk menukar baju. Petang ni dia perlu hadir ke sekolah semula untuk aktiviti kokurikulum.
" So, pe je you buat kat rumah ni?"
" Nothing. Just sapu sampah...kemas sikit rumah ni. Lepas tu i siapkan assignment yang Encik Malik suruh buat sebelum cuti hari tu. You dah siap?" Daniel senyum kemudian geleng. Hanis turut geleng, dah tahu dah member sorang ni. Suka buat kerja last minit. Deringan telefon bimbit di atas meja menarik perhatian kedua-dua insan tadi untuk berpaling. Hanis mencapai handsetnya dan melihat di skrin sebelum menjawab panggilan tersebut.
" Ha...ye,sok aku balik." Daniel jeling hanis yang duduk didepannya. Siapa pula yang telefon tu. Pada masa yang sama Jue keluar dari bilik. Baju sekolah tadi sudah ditukar ke baju sukan. Kemudian dia duduk di sebelah Daniel. Lagipun Daniel sudah berjanji tadi mahu menghantarnya ke sekolah semula petang ini.
" Eh, pe pulak? ah, takde-takde! Janji tetap janji. Aku kata empat hari kan...mana boleh camni. Ewah ewah, mentang-mentang kau bos, kau sesuka hati je nak macam-macam kan. Ah, aku janji esok. Aku tak kira..." Ah, sudah...tadi elok je sembang, kali ni cam nak gaduh je. Jue dan Daniel saling berpandangan. Pelik dengan perbualan Hanis. Entah apa yang dicakap orang belah sana sampai membuatkan Hanis berubah. Setelah beberapa minit bercakap dalam talian, Hanis menekan butang merah di handsetnya dengan kasar.
" Dia dah tukar jadi hulk versi girl..." Bisik Jue disebelah Daniel. Lelaki berbangsa cina itu tergelak kecil. Jue turut ketawa. Kemudian masing-masing senyap apabila Hanis menghadiahkan jelingan maut untuk kedua-kedua insan didepannya.
" Mengutukla tu..."
" Eh, mana ada akak ni..." Bina ayat cover beb..
" Adik ngate je..." Hi-fi diangkat dan tapak tangan Daniel bersatu dengan Jue. Kemudian mereka berdua ketawa lagi. Bertambah panas hanis rasa melayan kerenah dua budak yang agak terencat akal ni. Kemudian dia bangun sambil memandang Daniel.
" You dah makan?" Daniel geleng. Tadi belum sempat menjamu selera kat rumah pak long.
" Jom makan dulu. I buat sup ayam hari ni. Dik, kau pun makan sama sebelum pergi sekolah balik. Nanti kau tak makan tengahari mak mengamuk nanti akak tak nak cover kau. Sebelum mak balik dari pekan baik kau makan dulu."
" Alah kak...adik kenyang lagilah makan kat kantin sekolah tadi."
" Dah, jangan degil. Atleast isi perut tu sikit. Tak padan dengan kurus cam lidi. Cuba makan lebih sikit."
" Ceh, mengata orang...dia pun sama kurus. Dey sis...look at yourselflah, sendiri macam lidi ada hati mengutuk adik yang comel ni." Dari tadi Daniel menyepi sambil melihat adik-beradik di depannya berperang mulut. Tak tahan punya pasal, kenalah menyampuk...
" Dah, sudahlah tu....Jue, jom lunch. Teman abang Danny makan ye.." Jumaidah mengangguk dan mengekor belakang Daniel yang sudahpun bangun dan menuju ke dapur. Bertambah-tambah geram Hanis rasa saat tu. Dia ajak tak mahu. Mamat cina hensem ajak sekali je terus ikut. Bertuah punya adik.
" Hantu tol adik aku ni. Kang aku ketuk kepala tu kang mulalah ngadu kat mak. Sama je perangai dengan si Ryo tu, selalu buat aku hangin! Mamat tu pun satu dah janji dengan aku bagi cuti empat hari, ada ke patut dia suruh aku balik petang ni. Hari ni baru tiga hari...Sewel betul!!"
*******************************************************************************************
Pada masa yang sama...
" Uhuk uhuk!!" Air kopi susu yang dihirup tadi tersembur. Entah apa silapnya, tiba-tiba tersedak. Eyqa dan Sheera yang sedang menonton television berpaling menghadapnya.
" Abang kenapa?" Eyqa bangun dan menghampiri Rizman. Kemudian mengusap perlahan belakang tubuh abangnya.
" Entahlah dik, tiba-tiba je abang tersedak tadi."
" Ada orang mengatalah tu..." Sheera bersuara, namun matanya masih ditumpukan pada skrin television.
" Dah okay dah?" Eyqa bertanya. Rizman hanya mengangguk. Kemudian cawannya di angkat dan diletak dalam sinki.
" Abang nak bersiap ni. Adik nak ikut?"
" Taknaklah...bosanlah abang tengok fashion show tu. Adik dah plan nak tengok wayang dengan sheera petang ni."
" Amboi, minggu exam patut duduk rumah study."
" Alah, ngata orang...dia tu pun tak study. Dah la final sem..." Berdesing telinga Rizman mendengarnya. Kemudian matanya bertemu dengan mata Sheera. Gadis yang sedang duduk di atas karpet itu hanya memberikan sengihan.
" Aku kerjalah...kau ape tahu?"
" Duit dah banyak pun nak kerja lagi. Pe la kau ni Riz..."
" Biarkanlah Sheera, kau ni banyak betul mulut kan..tengok jela tv tu." Eyqa backup abang tercinta. Rizman tersenyum.
" Mulut aku ni satu je, tak tahu pula aku tuhan bagi aku mulut banyak." Loyar buruk pula minah ni. Karang aku stapler mulut tu baru tahu. Nasib baik kau anak orang lain, kalau kau ni adik aku dah lama aku cubit bibir tu bagi bengkak.
" Dahlah tu bang, jangan dilayan minah senget ni. Abang pergilah bersiap, nanti adik call teksi je ambil depan rumah."
" Abang kalau boleh tak nak adik naik teksi ni. Kan senang kalau si hanis tu ada. Boleh dia bawa kereta abang lagi satu tu untuk bawakan adik pergi jalan-jalan nanti."
" La, abang ni...hanis tu PA abanglah. Bukan driver adik tahu tak."
" Pe salahnya kalau dia bawa adik. Abang up la gaji nanti."
" kesianlah dia...kan dia tengah seronok duduk kampung tu. Jangan abang nak gatal suruh dia balik ye..." Erk, adik aku ni macam ahli nujum pula. Tahu-tahu je aku ada suruh call dia tadi suruh balik malam ni.
" Yela....abang tahu." Langkah kaki diatur menuju ke bilik. Sebelum masuk dia sempat pergi ke belakang Sheera dan menarik rambut gadis itu. Terjerit Sheera dibuatnya. Cepat-cepat dia lari masuk ke dalam bilik sebelum sempat Sheera membalas semula. Eyqa tergelak melihat kelakuan abang dan sahabatnya itu.
************************************************************************************************
" Great job guys!! Wonderful show..." Tepukan dan suara gelak tawa riuh di dalam bilik persalinan. Selesai acara pertunjukan fashion show, Firdaus muncul di dalam bilik untuk mengucapkan tahniah kepada semua model agensinya.
" So, semua...malam ni parti kat rumah aku." Jerit salah seorang model perempuan yang berbangsa cina di situ kemudian disambut dengan riuhan.
" Berseronoklah korang...Sally, i'm sorry kay. I tak dapat follow party you." Sally mencebikkan mulutnya. Firdaus mencuit hidung Sally dengan lembut kemudian berbisik sesuatu. Dari cebik, terus wanita itu tersenyum...entah apa yang diucapkan pengurusnya.
" Kau tengoklah tu Ryo.. Tak habis-habis dengan ayat playboy dia tu. Semua bangsa dia nak sapu..." Bisik Mieza di sebelah Rizman. Rizman memerhatikan gelagat Firdaus membisikkan sesuatu di telinga Sally. Agak mesra juga kelakuan mereka berdua. Kemudian dia tersenyum. Lantak kau lah Firdaus...janji kau bahagia.
" Kau nak terus balik ke Ryo?" Shaqir menghampiri Ryo dan menepuk bahunya. Ryo hanya mengangguk.
" Rileksla bro..malam masih muda. Jomlah kita enjoy dulu." Belum sempat dia mahu menghabiskan kata-katanya, Safura menegur dari belakang.
" Shaqir, aku blah dulu. Penatlah...esok jangan lupa."
" Ha, esok?"
" Esok kau ada appointment dengan doktor gigi. Buat-buat tak tahu pula."
" Ha, you sakit gigi ke b?" Tegur Mieza. Shaqir tersengih...Fura ni pun satu,kot ye pun nak ingatkan belakang awek dia lah.Ni dah kantoi...
" Patutlah bila i suap ais krim semalam you tak nak. Lain kali pergi jumpa doktor cepat." Ha, kan dah kena bebel dengan awek tercinta. Tu yang malas nak dengar tu. Rizman dan Fura hanya tersenyum melihat gelagat pasangan tersebut.
" Fura, esok hanis balik kan?" Rizman menegur Safura yang ketika itu mahu siap sedia pulang.
" Yela kot..apasal?"
" Aku try contact dia baru ni tak dapat. Aku rasa dia off handset dia. Kau pesan kat dia esok, lusa aku nak jumpa dia kat agensi. Aku ada hal sikit nak cakap dengan dia."
" Err...okay." Safura hanya memerhatikan langkah Rizman yang semakin jauh darinya. Dia terfikir, tak pernah-pernah member aku off phone, apasal pula kali ni dia off??gaduh lagi ke dengan Ryo? Hmm..hanis hanis, kau jela satu-satunya perempuan yang aku kenal kuat melawan kata Ryo.