CINTA BLoGGER....14
.
bab 14
Satu persatu gambar dalam album handsetnya dipandang. Tangannya terhenti setelah melihat satu gambar yang menyimpan banyak memori untuknya. Lama direnung gambar tersebut. Pasangan di dalam gambar itu menunjukkan reaksi yang amat bahagia. Tapi apakan daya, itu hanyalah kenangan.
“ Adam...” Lelaki itu mendongak memandang
wajah didepannya. Hanis mengelap peluhnya kemudian duduk di sebelah Adam. Pagi
hujung minggu ni dia terasa nak jogging pula. Nak ajak Safura memang haramlah
dia nak ikut kan. Kalau bab buat senaman ni teman serumahnya itu memang malas
yang amat. Disebabkan itulah dia merancang mengajak Adam untuk jogging bersama.
Lagipun dah lama tak bersenam. Badan pun asyik lenguh-lenguh je.
“ Kau
kenapa ni Adam? Dari tadi asyik tenung handset tu. Kau tunggu panggilan dari
seseorang ke?” Adam hanya menggeleng mendengar soalan dari Hanis. Hanis
merapatkan tubuhnya dekat dengan Adam untuk melihat handset kawannya itu. Adam
segera menutup telefon bimbitnya dan kemudian masuk ke dalam poket.
“ Ceh..kedekut. Ala, kau ingat aku tak
sempat nampak ke tadi. Kau usha gambar Sara kan...”
“ Sibuklah kau. Mana ada aku tengok gambar
dia. Aku mesej kawanlah tadi.”
“ Eleh, nak cover konon. Dengan aku tak
payahlah kau nak cover sangat. Come on lah..”
“ Aku rindukan dia.” Akhirnya ayat yang
dipendam itu terluah juga. Dia juga tak pasti kenapa dia perlu cakapkan hal ni
kepada Hanis. Hanis tersenyum nipis.
“ If you miss her, then call her.”
“ Aku sebenarnya tak kuatlah Hanis.
Semakin hari semakin rasa sayang dengan dia. Aku tahu aku salah sebab tak
percayakan dia. Tapi aku takut nak mengaku semua tu depan dia.” Adam menarik
nafas yan panjang, kemudian dihembuskan. Seolah-olah mengeluarkan beban yang
bersarang dalam dirinya. Tiba-tiba dia terasa kepalanya diketuk. Segera dia
pusing menghadap Hanis di sebelah sambil sebelah tangan menahan sakit di
kepala.
“ Kau apahal ketuk kepala aku ni? Ni yang
boleh buat gaduh ni..!” Hanis hanya menjelirkan lidah, kemudian ketawa.
“ Sorrylah sebab aku ketuk kepala kau.
Tapi tadi tu aku rasa memang patut aku ketuk kepala kau. Biar kau rasa. Eh
Adam...kau nak tahu apa masalah kau ni? Kau ni sebenarnya ego, pastu kuat
cemburu...” Belum habis Hanis nak cakap, Adam dah mula tarik muka annoying.
Sebenarnya malas nak dengar kebenaranlah tu.
“ And and.....tak ketinggalan, kau ni hot
tempered!! Panas baran tahu tak. Kalau aku jadi Sara pun dah sah-sah aku
tinggalkan kau.” Ambil kau, semua ayat keluar.
“ Amboi kau Hanis, mulut tu memang takde
insuran dah. Main lepas je cakap. Kau patut tenangkan aku, ni tak...kau bagi
aku rasa lagi down. Teruk ar kau..”
“ Hehe...bukan itu maksud aku Adam. Aku
cuma cakap yang benar je. Aku tahu kau sayang gila kat Sara. Tak salah untuk
kau baiki kesilapan kau tu untuk dapatkan dia balik. Dan aku juga rasa dia
still cintakan kau. Kalau tak mana mungkin dia tolak semua date dari
lelaki-lelaki lain. Kalau kau nak tahu, ramai yang nak dekat Sara tu. Tapi satu
pun Sara tak layan. Yelah, dia tu kan lawa.” Adam memandang sahabatnya itu.
Kata-kata dari Hanis bermain difikirannya. Betul juga apa yang minah ni
cakap...urm..
“ Eh, rasanya aku macam kenal je
perempuan tu...” Adam menoleh ke arah yang Hanis lihat. Kelihatan seorang
wanita yang anggun sedang berjogging tidak jauh dari tempat mereka duduk.
“ Fathiha!!” Lelaki itu menutup sebelah
telinganya akibat jeritan yang agak kuat dari Hanis. Wah minah ni. Kalau
menjerit, tak payah bagi mikrofon. Kompom-kompom orang dari jauh pun boleh
dengar.
Tia menoleh memandang ke arah Hanis. Dia
mengecilkan matanya. Setelah Hanis berjalan makin hampir dengannya barulah dia
perasan bahawa gadis yang memanggilnya tadi rupanya pembantu peribadi Ryo.
“ Hanis...buat apa kat sini?” Tia
memulakan bicara.
“ Jogginglah..takkan shopping pula
kot.”
“ Amboi, macam tu pula you jawab ye..hehe.
Sorang je?”
“ No, i with my friend. Tu dia...yang
tengah duduk tu. Adam!! Sinilah!” Jeritan dari hanis membuatkan Adam datang
menghampiri dua perempuan tersebut.
“ Kau tahu tak, suara kau tu memang dah
macam speaker dah. Aku dari jauh pun boleh dengar dengan jelas tau.” Adam
memandang Fathiha kemudian dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran
salam disambut. Dia mengenalkan diri dia, begitu juga Fathiha.
Fathiha membisikkan sesuatu ditelinga
Hanis. Apabila hanis mendengar bisikan tersebut cepat-cepat dia menggeleng.
“ Bukanlah you ni...Adam ni cuma kawan
je. Kawan sekolah lama dulu.” Dia membetulkan statement yang salah dari
Fathiha. Fathiha hanya mengangguk kecil sambil bibir mengukirkan senyuman.
“ I know lah. Saja nak usik you. Yelah,
you dengan Ryo kan tengah hangat bercinta kan...hehe. Mana mungkin you bercinta
pula dengan Adam.” Aduh, ni lagi salah satu statement yang buat aku rasa nak
terjun kat dalam tasik.
“ Ha?! Kau bercinta dengan Ryo ke
hanis?” Kali ni Adam pula yang terkejut.
“ Ish...mana ada. Ya Allah ya tuhanku.
Korang berdua ni kan. Aku dengan Ryo hanyalah kawan. Dan lagi satu, aku ni
pembantu peribadi dia. Tu semua tu gossiplah. Pleaselah jangan percaya.” Sedaya
upaya dia mempertahankan diri dia.
“ Owh ye kew?hmm...kan best kalau betul
you bercinta dengan dia.” Kenyataan yang keluar dari mulut Fathiha membuatkan
Hanis menjengilkan matanya. Tergelak Fathiha dibuatnya.
“ Dah dah.....tolong jangan buat
statement yang tak bertauliah di sini.” Fathiha dengan Adam tersenyum melihat
wajah Hanis yang ketika itu sedang menahan geram. Comel...
“ Rajin pula you jogging Fathiha...jaga
badan ek. Maklumlah, tak lama lagi kan orang tu nak naik pelamin..”
“ Mestilah...kenalah jaga badan. Nanti
baju pengantin tak muat susah pula. Eh hanis, nanti you ajak kawan you ni
sekali datang wedding i nanti ye. Adam, kalau tak busy next week nanti
datanglah dengan Hanis tau.” Adam hanya mengangguk sambil tersenyum. Setelah
bersembang disitu untuk beberapa minit Fathiha minta diri untuk segera pulang
ke rumah. Ada hal yang perlu diuruskan.
“ Mati-mati aku ingat kau bercinta
dengan Ryo...” Sambil berjalan pulang mereka berdua bersembang.
“ Mana ada. Kau ni janganlah percaya. Tu
semua tu gosip je lebih. Adalah tu orang yang tak puas hati dengan Ryo tu,
sebab tu diorang buat cerita macam ni. Ni semua ni kes sama macam dululah.Dulu
Ryo pernah kena gosip dengan Sara dan Fathiha tau. Padahal Fathiha tu sebenarnya
bakal kakak ipar dia. Kalau kau perasan, semua perempuan yang dekat dengan dia
semua jadi mangsa bahan gosip. Tak ketinggalan aku ni. Alahai...pe la nasib aku
ni. Huhu...aku menjadi insan yang teraniaya.” Dah mula dah buat drama sendiri
minah ni.
“ Tak payah nak rasa teraniaya
sangatlah kan. Menyampah pula aku dengar. Dahlah tu, aku percaya kat kau. Jom
pergi breakfast.” Hanis tersengih. Baru nak berlakon..apela Adam ni...
************************************************************************************
‘ Hmm, aku rasa minah ni tak guna juga jogging
hari ni. Mana tak nya, breakfast dia je dua keping roti canai, nasi lemak
sotong sepinggan, kuih karipapnye 3 ketul dengan teh tarik. Hanis....hanis..’
“ Kot ye pun lapar, makanlah slow-slow.
Takde siapa pun yang nak ambil makanan kau tu.” Tercekik Hanis mendengar
kata-kata dari Adam. Untuk seketika dia tersengih. Adam hanya mampu menggeleng
melihat telatah rakannya itu. Yela,sedap sangat melantak. Salah mak cik gerai
ni lah. Siapa suruh masak sedap sangat. Hehe...
Telefon Hanis vibrate menandakan ada
mesej masuk. Hanis melihat mesej di handsetnya. Setelah membalas mesej
tersebut, dia menghabiskan minuman. Lama dia memandang Adam yang duduk
bertentangan dengan dirinya. Adam merasa pelik apabila Hanis melihatnya
sebegitu.
“ Kau ni apahal? Adalah tu nak cakap
apa-apa kat aku ni...oh no no, jangan kau nak ngade-ngade suruh aku bayar semua
ni. Aku tak bawa banyak duit sekarang ni. Dahlah kau melantak macam makan untuk
dua orang.” Hanis tergelak kecil melihat respon dari Adam. Takutlah tu...hehe.
“ Takdenya aku nak suruh kau bayar semua
ni. Ni ha, tadi Ryo mesej aku. Dia ada shooting untuk buat satu iklan ni esok.”
“ So?..”
“ Sara pun terlibat dalam iklan tu. So,
aku nak ajak kau pergi sana sekali.” Adam yang ketika itu sedang minum
tersedak.
“ Apahal pula aku kena ikut kau?”
“ Ni lah masanya kau jumpa dengan Sara.
Esok, lepas habis shooting kau tegurlah dia. Setelkan problem kau tu. Kalau
boleh dapatkan dia balik. Sampai bila kau nak biarkan hal ni. Nanti makin lama
kau pendam, makin terseksa jiwa kau tu.” Hanis memberikan cadangan. Aku ni pun
satu, kenapalah bagi cadangan macam tu. Kompom-kompom Sara marah aku
nanti...dia pun boleh tahan kalau marah. Ah, lantaklah.
“ Urm, tengoklah...”
“ Jangan tengok-tengok...aku nak kau
datang juga. Nanti aku mesej kau bagitahu kat mana lokasi penggambaran tu.
Ingat tu...” Hanis memanggil mak cik gerai tersebut untuk membuat bayaran. Adam
memikirkan kata-kata dari Hanis. Nak jumpa ke ha?...
************************************************************************************
“ Okay, great work today! we’re done here!”
Pengarah menjerit. Semua tepuk tangan. Shooting hari tu berjalan dengan lancar.
Tak salah pilihan company tu memilih Sara dan Ryo untuk jadi model dalam iklan
ni. Kedua-duanya profesional menjalankan tugas.
“ Terima kasih semua...” Sara mengucapkan
terima kasih kepada semua kakitangan di set pengambaran tersebut sambil
memberikan senyuman yang amat manis. Kebelakangan ni sifat ramah dia makin
menonjol. Mungkin disebabkan Ryo yang banyak memberikan kata-kata atau komen
untuk memperbaiki dirinya. Malah hubungannya dengan model Mieza juga sudah
semakin baik.
“
Thanks Ryo for the today...you are really pro at this. No wonder you ni jadi
model kelas atasan.”
“ Thanks for you too. Alhamdulillah
kerja hari ni berjalan dengan lancar.” Sara tersenyum mendengar ucapan dari
Ryo. Dia minta undur diri ke bilik salinan untuk menyalin pakaiannya. Ketika
dia berjalan, terasa bahunya dicuit. Segera dia meoleh.
“ Hanis...what is it?”
“ Err...ada orang nak jumpa you.” Fuh,
mahu berpeluh juga aku rasa sekarang ni. Agak-agak Sara mengamuk tak kalau aku
bagitahu yang Adam nak jumpa dia. Bukan boleh jangka minah ni..huhu...rilex
Hanis. You can do it...just tell her.
“ Siapa?” Hanis mengangkat jari
telunjuknya dan tunjuk ke arah belakang Sara. Model lampai itu berpusing ke
arah tersebut. Dia merasa terkejut dengan kehadiran bekas teman lelakinya. Dia
berpusing kembali ke arah Hanis. Lagi bertambah terkejut dia apabila dia pusing
balik Hanis dah hilang. Wah, cepat betul minah tu cabut lari. Baru kejap aku
toleh tempat lain.
“ Sara, i need to talk with you. Sebelum you nak marah hanis,
better you dengar dulu apa i nak cakap...” Adam memulakan bicara.
Sara malas hendak mendengar. Kakinya laju
di atur ke bilik salinan. Lelaki itu merentap pergelangan Sara untuk menghalang
Sara dari pergi dari situ. Sara sedaya upaya melepaskan diri dari genggaman
Adam.
“ Let me go Adam!..i warn you..”
“ Please, give me ten minutes. I know i
was wrong, but just please...give me chance to talk. Sepuluh minit pun
jadilah..” Seboleh-bolehnya Adam merayu.
Dia tak peduli, kali ni biarlah egonya jatuh
macam tu sahaja, yang penting dia tidak mahu lagi kehilangan Sara. Sebenarnya
Sara agak terkejut dengan rayuan dari Adam. Sepanjang mereka berkenalan, tak
pernah sekali pun Adam merayu sebegitu. Adam yang dikenalinya selama ini egonya
tinggi. Amat sukar untuk melihat Adam menjadi sebegitu.
“ Fine..just ten minutes. But not here.
Kita cakap kat belakang.” Adam mengukirkan senyuman setelah mendengar kata-kata
dari Sara.
Pada masa yang sama....
Sedaya upaya Hanis berlari menyelamatkan
diri. Takut-takut Sara mengamuk kat dia sebab sesuka hati dia je nak buat
pertemuan macam ni. Bukannya dia tak kenal Sara tu. Pernah jugalah dia dengar
dulu Sara mengamuk kat set pengambaran. Kang tak pasal-pasal tercipta balik
sejarah tu hari ni. Sambil berlari anak dia menoleh ke belakang sejenak, takut
Sara kejar. Tiba-tiba badannya terlanggar sesuatu dan dia terjatuh duduk di
atas simen.
“ Aduh, sakit siot!” Dia memegang
dahinya. Mahu tak sakit, kuat jugalah dia rempuh benda tu tadi. Eh..benda ke?
Dia membuka matanya dan memandang ke depan. Alamak!! Ryo....
Ryo menahan nafas marah. Sakit dada dia
kena langgar. Kenapalah perempuan ni boleh muncul tiba-tiba pula ni.
“ Ryo...sorry.” Baru hanis nak tolong
papah Ryo, lelaki itu mengangkat tangannya tanda stop.
“ Sebelum aku naik angin, bagi sebab
kenapa kau lari kat sini?”
“ Err...sebenarnya, sebenarnya....aku
nak lari dari Sara.”
“ Ha, apasal pula?” Rizman segera
bangun dan menepuk bahagian punggungnya.
“ Tadi, aku bawa Adam, ex-boyfriend
Sara datang jumpa dia. Yela, dulu kan bukan main mengamuk kalau dia nampak
Adam. So, aku takutlah dia marah kat aku. Fuh..aura dia kalau marah, kalah mak
aku yang kat kampung tu mengamuk.” Kata-kata dari Hanis membuatkan Ryo
tergelak kecil. Hai la PA aku ni...macam budak kecil pula aku tengok dia ni.
“ Urm,pandai rancang...tapi takut nak
berdepan.” Dush dush...ambik kau hanis, kan dah kena perli baik punya!!
Sekarang ni apa yang Hanis boleh buat hanyalah senyum kambing. Malu beb....
“ Dah dah...tak payah nak senyum macam
tu. Lepas ni tolong ambil baju aku kat butik biasa. Then tolong call Firdaus
cakap esok aku tak dapat hadir ke jamuan makan dia tu.”
“ Okep bosh...!! tapi kan, kenapa? Kau
ada hal ke?”
“ Esok malam ada family dinner. Semua
berkumpul malam esok kat rumah granny including my dad, stepmother and bla bla
bla... So, i have to come.”
“ Owh...ok.” Baru je Hanis nak
beredar, Rizman a.k.a Ryo memanggilnya.
“ Besok malam pakai lawa sikit, granny
pun nak jumpa you.”
“ Ha, kenapa??” Mahu tak terkejut
tiba-tiba nenek si Ryo tu nak jumpa aku. First time dulu takdelah terkejut
sebabnya jumpa granny dia masa majlis pertunangan Fathiha dengan Iskandar dulu.
So takde makna lah kan...tapi kali ni pe pula maknanya..
“ Granny nak bincang pasal problem
kau dengan aku. Yang pasal gosip tu...” Hanis mempamerkan riak wajah yang agak
risau. Takutlah tu......Rizman tergelak melihat perubahan wajah
Hanis. Takut sangat...tapi comel juga.hehe...
BEST....