0
comments
CINTA BLoGGER....30
.
bab 30
Dari tadi dia melihat gelagat anak bongsunya yang sedang membebel seorang diri di dalam bilik. Entah apa yang anak dara tu cakap dari tadi pun dia tak dapat tangkap. Setelah agak lama dia mengintai di celah pintu bilik Jumaidah, Puan Zainab mengetuk pintu bilik itu.
" Eh mak...masuklah." Kata Jue. Buku latihan di atas meja ditutup kemudian dia menghampiri ibunya yang sedang duduk di atas katil.
" Ni apa yang adik buat ni? dari tadi mak tengok adik asyik membebel sorang-sorang je. Kerja sekolah tu jalan ke?" Perli ibunya. Jumaidah dah mula sengih-sengih malu. Tak perasan pula dia yang emaknya mengintai dia dari tadi.
" Mak ni, suka bebeno mengintai orang tau. Mesti masa dulu-dulu mak selalu mengintai arwah ayah kan." Usiknya pula. Terus singgah satu cubitan di pehanya. Cepat-cepat jue menggosok hadiah dari ibu tercinta. Tulah, suka sangat menyakat mak.
" Sakitlah mak..." Adunya.
" Padan muka. Nyakat mak lagi."
" Ala mak ni, macam manalah kakak tu tak mengikut perangai mak. Usik sikit mulalah nak main cubit-cubit ni. Ni ha, Jue yang jadi mangsa tau. Kalau tak dari mak, dapatlah cubitan bisa dari akak.Huhu...apalah nasibku ini..."
" Dah-dah...jangan nak bermadah bagai. Cuba cerita kat mak ni, apa yang adik bebelkan sorang-sorang tadi tu?"
" Urm, akaklah mak. Makin hari buat adik ni naik pening. Boleh kata tiap-tiap hari telefon tanya soalan pelik-pelik. Pastu bila orang tanya dia balik kenapa, dia tak jawab, terus je letak. Ish, apa dia ingat adik ni pusat pertanyaan ke...huh." Tersenyum Puan Zainab mendengarnya.
" Itu je? Hai la anak mak ni....macamlah tak kenal perangai akak kamu tu. Biarkanlah dia. Urm, mak nak ajak adik teman mak malam ni, kita pergi rumah Pak Deris. Dia ada buat kenduri doa selamat malam ni. Boleh tak?"
" Atenya mak....kalau mak suruh adik ni panjat pokok kelapa pun adik sanggup mak. Inikan pula takat teman je...opkosler i can..." Katanya sambil gelak. Suka dia bergurau begitu. Puan Zainab pula hanya menggelengkan kepala.. Hai la, dua anak perempuan, tapi suka benar bergurau pelik-pelik. Sah-sah mengikut perangai arwah suaminya..hehe.
***********************************************************************************************
Minuman itu disedut hingga ke titisan terakhir. Dia melambaikan tangan pada pelayan di situ.
“ Ha, kenapa?nak tambah lagi?” Tanya Adam.
“ Sedap ar desert kat kafe ni. Fuh….patutlah
laku. Err, aku ingat nak take away cheese kek yang aku makan tadi. Boleh?”
“ Perangai kau memang tak pernah berubah kan
Hanis… Dari dulu sampai sekarang kuat betul melantak. Badan tak juga-juga
besar. Terbantut je aku tengok.” Guraunya.
“ Amboi ,kau pun samalah. Tak pernah
berubah, asyik menyakat aku je. Jangan banyak sangat cakap boleh tak…Aku
customer, whatever customer said is right. So, buat je.”
“ Mentang-mentang aku kerja kat sini. Kau
suka cari pasal kan. Takpe-takpe, nanti aku dah habis kerja siap kau.” Hanis
menjulurkan lidahnya sambil buat muka yang agak-agak comel. Padan muka. Tulah,
suka sangat menyakat aku.
Hari ini dia saja datang ke kafe tempat Adam
bekerja. Saja datang mengganggu temannya itu. Lagipun dia kebosanan kerana
Rizman tidak ada untuk tiga hari ini kerana dia ada pengambaran di langkawi.
Habis je waktu Adam bekerja, Hanis masih
setia menanti. Lagipun pada awalnya memang dia dah berjanji dengan Adam nak
pergi tengok wayang sama-sama. Memandangkan Sara juga sibuk hari ni, jadi Adam
pun setuju keluar bersamanya.
“ Aku dah habis kerja dah. Jomlah blah.”
Katanya. Hanis mencapai beg sandang di kerusi sebelah. Saat dia bangun dari
kerusi, kakinya tersadung pada kaki kerusi tersebut dan hampir saja tersungkur.
Nasib baik Adam bertindak dengan cepat menyambutnya. Hanis menghembuskan nafas
lega, fuh..selamat. Tanpa mereka sedar, kedua-duanya sedang berpeluk ketika
itu. Pandangan mata bertemu. Cepat-cepat
Hanis menolak tubuh Adam, begitu juga Adam, cepat-cepat menarik
tangannya dari terus merangkul Hanis.
“ Tulah, lain kali kalau nak jalan tu,
hati-hati sikit. Kelam kabut betul!” Perli Adam. Hanis menarik muka masam.
Kuang asam betul, apa dia ingat aku ni suka-suka buat aktiviti nak jatuh
ni??ceh…
Tidak jauh dari situ, Sara masih setia duduk
di dalam kereta dan memerhatikan mereka berdua. Sebenarnya dia mahu buat
kejutan untuk Adam hari ini. Baru je dia nak buka pintu kereta, dia ternampak
insiden tersebut. Walaupun dia tahu itu adalah satu kemalangan, tapi saat
mereka berdua hampir berpeluk, mula terbit di hatinya perasaan cemburu walaupun
dia tahu selama ini Adam dan Hanis memang rapat, tapi entah mengapa saat ni
baru dia tersedar kemesraan mereka berdua.
“ Ah Sara…please don’t think like that. It
just an accident. Adam hanya sayangkan aku seorang. Mustahil dia sukakan
Hanis!!” Dia berkata sambil kedua-dua belah tangannya memegang kepala. Dia
menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan. Telefon bimbit di dalam beg
jenama Gucci dicapai. Nombor kekasih hati didail.
Adam meraba poketnya apabila terasa
bergetar. Nama si tercinta terpapar di skrin telefon bimbit. Terus diangkat
panggilan tersebut.
“ Hi sayang…” Sapanya. Mereka berbual
seketika di talian. Sambil tu Adam menjenguk ke luar memandang kereta Sara yang
diparking dibahu jalan kemudian dia melambai. Hanis melihat ke arah Adam
lambai. Eh, ada pula Sara ni. Bukan dia ada kerja ke hari ni?
“ Wei Hanis. Aku ada hal lah ngan Sara. Next
timelah kita pergi tengok wayang. Sorry beb, lain kali aku belanja kau. Sorry
sangat-sangat.” Katanya setelah talian dimatikan. Hanis rasa macam nak
pulas-pulas je telinga mamat tu. Sesuka hati je nak cancel.
“ Cam ni ar member kan! Ada awek kawan
diketepikan.” Saja buat ayat touching. Adam dah start garu kepala. Sudah….budak
kecik ni merajuk lah pula.
“ Okay, macam ni. Cheese kek yang kau nak
take away tadi tak payah bayar. Aku belanja.” Cadangnya.
“ Ha, betul ni?? Cantik ar…cepat sikit
bungkus. Hehe…lain kali cakap awal-awal. Senang aku nak lepaskan kau.”
Tersengih Hanis. Orang kata, rezeki jangan ditolak…hehe. Adam pula menarik
nafas lega, senang betul minah ni dipujuk, asal bab makan okay aje.
Cepat-cepat Adam membayar cheese kek yang
Hanis mahu itu. Kemudian dia segera berlari ke arah kereta Sara. Dari jauh
Hanis melambai sambil tersenyum. Mestilah senyum, dapat kek free…hehe.
Lambaiannya disambut oleh Adam. Tetapi Sara hanya memandangnya sekejap.
Kemudian terus pandang kedepan. Rayban di sarung. Mukanya lansung takde riak
yang menunjukkan senyuman yang selalu diberi pada Hanis.
Hanis mengerutkan dahi. Kenapa Sara muka
masam je hari ni. Tadi elok je senyum-senyum kat Adam. Pelik….Aku lambai pun
buat do no je. Urm, lantak kau lah. Yang penting aku dapat kek free hari ni.
Yahoo!!
***********************************************************************************************
Dari tadi apa yang cuba ditaipnya asyik dipadam. Semuanya serba tak kena. Aish....sejak dah bercinta ni, dia tak tahu nak update apa kat blognya. Oh inspirasi, ilham, idea...datanglah dikau di dalam mindaku.
Telefon bimbit di atas katil berbunyi. Terus mati ilham nak menaip untuk blog.
" Huh...menyibuk tul tepon ni!" Luahnya. Tapi saat dia pandang nama Rizman di telefonnya segera diangkat. Terus tersenyum sampai ke telinga. Bukan takat call je, 3g lagi tu...mahu tak senyum habis..hehe.
" Assalamualaikum..." Sapa Rizman. Terpampang wajah si buah hati di skrin telefon. Hanis pula melambaikan tangannya.
" Waalaikummussalam...abang!!rindu!" Sebaik salam dijawab, terus dia serbu cakap macam tu. tergelak besar Rizman mendengarnya. Lama dia pandang wajah Hanis. Terlepas rindu buat masa ni. Lagipun dia baru saja balik dari shooting, terus dia teringat kekasihnya.
" Dah makan?" Riz bertanya. Hanis hanya mengangguk sambil tersenyum.
" Abang?"
" Dah juga. Urm...buat apa je tu?"
" Tengah online. Sambil tu tengah fikir nak update blog. Ha, abang dah tengok blog ayang?" Terkedu Rizman ketika itu. Mahu dia tak tengok, dulu bukan main dia chatting dengan blogger tersebut, tup tup tanpa dia sedar masa tu orang yang selalu di chat adalah PAnya yang sekarang ini merangkap aweknya. Agak-agaknya apalah perasaan Hanis bila tahu yang sebenarnya Mr.Niki tu adalah dia. Aduh, bila aku nak bagitahu dia hal sebenar ni??
" Abang!" Panggil Hanis. Tersentak Rizman ketika itu.
" Ha, ye..."
" Kenapa ni? tiba-tiba je senyap."
" Erm, er...takde apa-apalah. Mungkin abang penat sangat."
" Owh, ye ke? ke abang fikir pasal papa abang ni?" Tanyanya ingin tahu.
" Eh, taklah."
" Betul ni? Abang dah call papa abang?" Rizman hanya menjawab dengan gelengan. Hanis mengeluh.
" Tak baiklah macam tu bang. Maafkan ajelah papa abang tu. Dia dah sedar salah dia tu. Jangan ambil masa lama sangat. Apa-apa pun dia tetap ayah abang."
" Hmm..tengoklah." Ringkas dibalas. Teringat dia peristiwa di mana ayahnya menelefonnya pada petang beberapa hari lalu.
" Siapa?" Tanya Hanis apabila melihat Rizman yang ketika itu hanya merenung skrin handsetnya. Namun panggilan tersebut masih lagi tidak mahu dijawabnya.
" Papa..."
" Dah tu , angkatlah." Katanya. Rizman menekan butang hijau dan telefon diletakkan di telinganya. Setelah berbual seketika, Rizman keluar dari kereta dan menutup pintu. Hanis hanya membiarkan sahaja. Mungkin Rizman perlukan privasi untuk berbual dengan papanya.
" Papa nak jumpa Riz....papa nak minta maaf."
" Why?"
" Papa tahu papa bersalah sangat dengan kamu dua beradik. Papa dah sedar, papa minta maaf sangat-sangat." Sayu dia mendengar luahan hati ayahnya. Namun bila dia mengenang bagaimana ayahnya dulu lansung tak ingin hiraukan dia dan adiknya membuatkan perasaan benci sukar dihakis dari hati.
" Please Riz...let me see you."
" Tengoklah nanti. Riz busy." Terus talian dimatikan. Rambutnya disisir kasar ke belakang. Besar keluhan yang dilepaskan. Kenapa perlu sekarang??
Hanis keluar dari kereta dan berjalan menghampiri Rizman. " Why?" Tanyanya ingin tahu.
" Papa call.." Balasnya. Hanis masih setia menunggu sambungan ayat yang mahu diluahkan dari bibir lelaki itu.
" Tiba-tiba minta maaf kat abang.." Sambungnya. Hanis agak terkejut mendengarnya. Bukanlah dia tak tahu kisah hidup Rizman selama ni. Dia tahu sangat. Selama ini Riz dan adiknya, eyqa memang tidak pernah mendapat perhatian dari ayah mereka. Dan tiba-tiba sekarang, ayahnya menelefon meminta kemaafan dari Riz. Pelik...
" I think that's good. Finally the time is come....right?" Hanis berkata.
" Abang tak tahu nak kata apa. Nak maafkan, tapi....hmm..susah." Luahnya. Hanis memegang bahu kanan Rizman.
" Remember this...apa-apa pun, he still your father. Seorang anak tak patut menyimpan perasaan benci kepada ibu atau bapanya walaupun sejahat mana pun mereka. Tak baik..." Nasihatnya. Rizman tersenyum pahit. Terpukul dengan kata-kata teman wanitanya.
"Abang!" Sergah Hanis dihujung talian. Lama pula mamat ni termenung depan handphone. Kalau nak buat 3g takat tunjuk termenung kat depan aku ni apa kes??
" Ye..." Itu je yang di balas oleh Riz. Muka penat terpamer di wajahnya.
" Abang penat sangat ye...urm, kalau macam tu pergilah tidur. Nanti kalau ada masa lagi call lah." Hanis berkata. Kesian pakwe aku ni. Penat sangat.
" Ha, ok..." Dia balas. Setelah buat ucapan bye bye versi kekasih, talian dimatikan. Rizman merenung handphonenya. Perlu ke aku call papa sekarang ni. Arghh...hati, tolonglah lembutkan hati aku ni!! Rintihnya.
* wink2...latest update..s0rry baru update..baru de mase idea c0ming..hehe..enj0y..=)