CINTA BLoGGER....33
.
Bab 33
Sebaris senyuman dihadiahkan kepada lelaki di hadapannya. Lelaki tersebut berasa riang sebaik nampak kelibat orang yang disayanginya itu kembali bekerja. Setelah dia selesai dimekapkan, dia menghampiri gadis tersebut.
" Macam mana cuti kat kampung? best?"
" Err, bolehlah.." Hanis membalas. Bungkusan di tangan diletakkan di atas meja berhampiran.
" Ni ada sandwich orang sempat buat pagi tadi. Nanti ada masa makanlah ek.." Katanya. Rizman senyum bahagia.
" Wait for me...kita makan sama-sama nanti."
" Its ok, tadi dah makan dah."
" Atleast teman please.." Rizman memujuk. Hanis mengangguk sambil tersenyum.
" That's my girl." Kata Riz . Dari jauh, Jenny staff di situ memanggil Riz untuk memulakan penggambaran.
" I need to go now. Wait for me.."
" Err,ok." Baru Riz nak melangkah pergi, Hanis memanggilnya.
" Kenapa?"
" Urm...err, takpelah. Pergilah shoot dulu."
" Ada apa-apa ke nak bagitahu?" Tanya Riz kehairanan.
" There is something i need to tell you, but after your done with the work, i will talk to you about it." Kata Hanis. Dari jauh sekali lagi Jenny memanggil Riz supaya cepat. Riz memberikan senyuman kecil pada Hanis dan berlalu pergi ke set.
Hanis menghantar Riz pergi dengan pandangan matanya. Kemudian keluhan berat dilepaskan. Macam mana nak cakap nanti? Arghhh....
******************************************************************************************************
Bahu Fariz ditepuk perlahan dari belakang membuatkan lelaki itu berpaling. Kelihatan Firdaus tersengih kepadanya.
" Ha kau. Nak apa?" Tanyanya malas. Firdaus hanya tersenyum melihat kawannya itu memberi reaksi sebegitu. Memang Fariz yang dia kenal selama ini sikapnya macam tu, susah nak senyum, apatah lagi nak beramah mesra.
" Amacam shoot hari ni? Semua model okay ke?"
" Bolehlah..." Balasnya ringkas. Kemudian dia menoleh memandang Firdaus.
" Aku nak tanya kau something boleh tak?"
Firdaus mengerutkan dahinya. Sejak bila pula mamat ni nak bertanya perlu minta izin ni. Pelik aku. " Apa dia?"
" Kau tengok Hanis tu macam mana orangnya?"
" Ha?" Okay, kali ni dia dah makin pelik. Pe punya soalan la ni...
" Kau dengar kan aku tanya tadi, Hanis tu bagi kau macam mana orangnya?"
" Err, okaylah. Baik, cute...kenapa?"
" Lagi?"
" Aku tengok dia tu simple orangnya, jenis tak cerewet. Eh, wait a minute, why do i have to tell you all of this? can you just tell me why?"
Fariz mendiamkan diri memikirkan kata-kata dari Firdaus. Kemudian dia merenung mata Daus lama. Makin tak selesa Firdaus rasa dengan renungan sahabatnya itu.
" Aku, aku nak minta pendapat kau." Fariz berkata.
" Apa dia?" Tanyanya semula sambil meneguk minuman tin berperisa kopi susu itu.
" Kalau aku jadikan Hanis tu bakal bini aku, kau rasa okay tak?" Pertanyaan mendadak itu menyebabkan minuman yang diminum Firdaus tersembur keluar secara spontan. Mujur dia sembur ke arah depan dan bukan ke arah Fariz. Kalau tak percuma je dapat makan penumbuk dari jurugambar tersebut.
" What?! Seriously?"
" Aku dah agak dah kau mesti terkejut punya." Keluhan berat dilepaskan. Sejak balik dari kampung tempoh hari, perkara yang dicadangkan oleh bapak sedaranya itu difikirkan secara mendalam.
" Tapi kenapa dia? Benda ni macam tak dijangka. Kenapa harus Hanis pilihan kau? Setahu aku kau dengan dia tak rapat lansung pun kan."
" Panjang ceritanya."
" Pendekkan.." Semangat Firdaus memberi galakan untuk Fariz bercerita.
" Pak cik aku yang kenalkan kitorang. Masa aku balik kampung last week, benda ni terjadi dalam sekelip mata je. Tak sangka pula aku rupanya orang yang pak cik aku nak sangat aku kenal tu rupanya Hanis."
" Owh..." Itu je mampu keluar dari mulutnya. Kemudian Firdaus terdiam. Sebenarnya dia masih lagi terkejut dengan cerita tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan Ryo. Bukankah Ryo sukakan Hanis? Agaknya lelaki tu dah luahkan ke belum perasaan dia pada pembantu peribadinya itu? Macam mana kalau Ryo dapat tahu pasal hal ni? Hmm....
Firdaus masih lagi tidak tahu akan hal sebenar bahawa Rizman sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan Hanis. Cuma Shaqir dan Safura je yang tahu pasal hal tersebut. Lama Firdaus diam membuatkan Fariz pula berasa pelik dengan gelagat pengurus agensi tersebut, siap berkerut dahinya memikirkan hal itu.
" Wei, yang kau berkerut dahi tu kenapa? Aku just minta pendapat, tapi cara kau fikir tu macam fikirkan benda lain je." Kata Fariz . Tersengih Firdaus apabila ditegur sedemikian.
" Hehe, ye ke? urm, sebenarnya aku still terkejut dengan hal ni. Aku tak tahu nak kata apa." Jujur dia bersuara.
" Hurm, tapi kan sejak hari tu, aku kerap fikirkan pasal budak tu. Susahlah macam ni."
" Parah dah kau ni. Kau trylah slow talk dengan Hanis. Kau ajak dia keluar. Cuba kenal dia dengan lebih mendalam. Mungkin dengan cara tu kau akan dapat jawapan. Nak lagi afdal, kau buatlah solat istikharah,habis cerita." Fariz diam memikirkan cadangan dari Firdaus. Kemudian dia tersenyum.
Dia mengemas barang-barang dan kameranya ke dalam beg, kemudian dia bangkit dan menepuk bahu Firdaus. Terpinga-pinga lelaki itu dibuatnya.
" Thanks bro. Aku chow dulu." Katanya dan melangkah ke pintu keluar. Sebelum dia keluar, dia sempat berkata sesuatu pada Firdaus.
" Please simpankan rahsia ni. Aku tak nak nanti kecoh pula kat agensi kau ni pasal hal ni. Aku percayakan kau, sebab tu aku cerita kat kau." Luahnya dan terus berlalu keluar. Firdaus menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Apa aku nak buat ni? Argh, lantaklah. Perbincangan tadi memang aku akan rahsiakan, tapi macam mana pula dengan Ryo tu? Hmm....
********************************************************************************************
Lepas je dia mendengar semua cerita yang diluahkan dari bibir mungil gadis tersebut, riak wajahnya makin lama makin berubah. Hanis mengetap bibirnya. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat bila melihat perubahan emosi dari Riz .
" Kenapa? Why?" Tanya Riz yang masih dalam keadaan keliru.
" I...i tak tahulah nak bagitahu macam mana lagi. Benda ni berlaku terlalu cepat."
" Can't you just forget about what your mom want? Come on Hanis, you know who you are now. You are my special one, why do you have to agree with your mom suggestion?" Kali ni nada suara Riz mula berubah kegeraman. Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, Hanis yang menjadi pilihan bapa sedara Fariz untuk dijodohkan dengan jurugambar tersebut.
" I tak sampai hati nak bantah. Lagi pun emak tak paksa pun. Dia cuma suruh kenal-kenal je. You know my mom tak berapa sukakan you sejak kes gossip yang lepas tu. Takkan nak bagitahu mak dengan Fariz pasal i dah bercinta dengan you. Confirm diorang akan terkejut gila. Lagi pun kita dah setuju kan akan rahsiakan hal ni sampai i habis study." Jelas Hanis.
Rizman terdiam. Dia mula rasa tercabar. Apa yang aku perlu buat supaya benda tu tak berlaku. Arghh...think Riz,come on. Hanis menyentuh tangan Riz dan mereka berpandangan.
" I'm sorry abang, for now can we keep this as secret. Ayang tak nak nanti satu Malaysia kecoh pasal hal ni. Nanti mesti mak fikir bukan-bukan lagi pasal abang. At least biarkan pandangan buruk mak pada abang reda, barulah kita bagitahu mak. For now, ayang akan ikut je plan mak untuk kenal-kenal dengan Fariz . Lagi pun mak takkan paksa ayang kahwin dengan dia kalau ayang sendiri tak suka. Lagi pun ayang cuma sayangkan abang sorang je. Beside that, you are my first love after all..." Pujuknya. Sedikit sebanyak kerisauan yang bersarang di hati Riz cair dengan kata-kata lembut dari Hanis.
" Fine, but i will watching you. And of course especially that guy."
Mendengarkan kata-kata tersebut, Hanis tergelak kecil. Cemburu juga dia ni. Haha...
" Gelak pulak." Riz menajamkan pandangannya ke arah Hanis. Kali ni gadis itu memberikan senyuman manis kepada lelaki dihadapannya dan mencuit hidung Riz.
" I know to take care of myself. Don't worry.." Hanis meyakinkan Rizman. Tak lama kemudian handsetnya berbunyi tanda ada mesej. Dia membuka kandungan kesej tersebut. Setelah membaca mesej itu, dia memandang Rizman, kemudian handsetnya dihulurkan pada lelaki tersebut.
" Fariz..." Katanya sambil mengetap bibir. Rizman mencapai telefon bimbit tersebut.
" Dia ajak keluar hujung minggu ni. Katanya nak bincang sesuatu." Jelas Hanis walaupun kandungan mesej tersebut sudah pun dibaca oleh Riz . Berkerut-kerut dahi Riz membaca mesej tersebut. Marah ke dia ni? Aduh, janganlah marah...please...
" Jumpa jela dia. Kalau boleh settlekan hal ni secepat yang mungkin." Hanis tidak menyangka begitu mudah Riz memberinya keizinan untuk bertemu dengan Fariz.
" Tapi dengan syarat." Erk, ada pula syarat...
" I ikut..." Katanya tenang. Hanis buat muka blur. Okay, apa pula pakwe aku dah plan kali ni...hurm...
*p/s : maaf sangat2 sebab dah lame gila tak update, baru selesai dengan projek terakhir, lepas
ni kerja pun takdelah banyak sangat dah. Mungkin lepas ni saya akan kerap update blog.
Sekali lagi bagi siapa yang sudi jenguk blog ni, terima kasih banyak-banyak dan saya
minta maaf sekali lagit sebab dah jarang update. Bila ada masa terluang, insyaallah
cerita ini akan disambung lagi. Hehe...peace y0=)
xpe lmbat update pun..ilham utk menulis bknnyer blh dtg bila2 masa kita nak kan? Semakin complicated la citer nie... Best je time Ryo jeles..agak2 bile relationship diorg terbongkar ea?