CINTA BLoGGER....34
.
Bab 34
Setiap satu persatu patah ayat yang berada di skrin laptopnya dibaca. Habis ayat yang terakhir dibaca, dia menaip sesuatu di ruangan komen. Setelah puas dengan apa yang ditaip, dia tersenyum. Namun senyumannya hanya seketika. Dia teringat kisah petang tadi. Dari situ dia mula terfikirkan sesuatu yang selama ini dia lansung tidak dapat jangka. Dia tidak mahu kehilangan gadis yang sudah pun bertakhta di hatinya. Alangkah bagusnya kalau dia berjumpa dengan Hanis Zahira lebih awal. Mungkin pada masa itu, tidak akan berlaku kesulitan seperti sekarang. Dia bangkit dan mengambil telefon bimbitnya yang elok terletak di hujung katil. Satu panggilan dari jauh didail.
" Hello..." Sapa suara di hujung talian.
" Assalamualaikum ma..."
" Wa'alaikummussalam sayang mama. Sihat ke?" Balas Puan Shazlin ceria.
" Alhamdulillah mama. Urm, mama sihat?"
" Sihat juga. Kenapa dengan suara Riz ni? Lain macam mama dengar? Anak mama ni sure ke sihat?" Tanya mamanya risau.
" Riz okay je ma...cuma ada satu benda yang buat Riz bingung, resah." Luahnya.
" Urm, kenapa ni? Riz marah dengan papa lagi ke? " Teka Puan Shazlin. Fail kewangan yang baru disemak itu ditutup dan diberikan kepada pembantunya. Dia bangkit dan beralih ke sofa pejabat. Pembantunya meminta diri dengan menundukkan sedikit badan tanda hormat kepada pemilik syarikat itu.
" No mama. It's not about dad. Riz akan cuba berbaik dengan dia, atleast not for now. I need a time. Urm, ni sebab lain mama."
" Sebab Hanis?" Kali ni tekaan mamanya tepat pula. Dia mengangguk, kemudian barulah dia sedar yang ibunya tidak berada di situ. Kalau ibunya berada di situ sudah tentulah dia tak payah nak susah-susah telefon. Hadoiyai kau ni Riz , tak terfikir ke pe?
" Ha'a.."
" Kenapa dengan dia sayang?"
" Riz dah mula bercinta dengan dia mama, and this time it's real. Yang adik bagitahu mama dulu tu, masa tu kitorang tak bercinta pun ma, dia je suka-suka buat cerita." Jujurnya. Dari sana, Puan Shazlin mengukirkan senyuman gembira.
" Ye ke? Haha, nakal betul eyqa ye. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya mama berkenan sangat dengan Hanis. Mama suka sangat dengan berita ni, tapi kenapa tadi suara Riz macam lain je?"
" Mama, Riz dah bincang dengan Hanis. Kitorang cuba nak rahsiakan pasal hubungan kami ni sampai Hanis habis belajar hujung tahun ni. Ni semua atas permintaan dia. Sebab dia tak nak perkara ni kecoh sebab..."
" Sebab Riz popular? Macam tu?" Mamanya memintas kata-kata anaknya.
" Yup.." Dari hujung talian terdengar hembusan nafas berat yang dilepaskan.
" Riz, kalau dah itu permintaan dia apa salahnya. Ikut jelah."
" Tapi ma, disebabkan rahsia tu jugalah semua orang ingat yang Hanis tu single dan lansung tak ada pakwe. Dan disebabkan itu jugalah mak dia yang kat kampung tu nak jodohkan dia dengan orang lain." Setelah dengar cerita dari Riz, Puan Shazlin terdiam.
" Hello, mama..."
" Ha, i'm still here. Sorry...mama cuma terkejut dengar cerita Riz tadi. So, anak mama ni risaulah kalau dia jadi milik orang lain ye..."
" Mestilah ma, Riz sayangkan dia." Okay, kali ni betul-betul aku jujur. Dengan mama pula tu. Fuh, sah-sah aura kasih sayang Hanis tu kuat. Hehe...
" Well, you have to think something son. This is your future. If you really dont want Hanis to be with someone else, then you must plan something."
" I know...but, Riz betul-betul tak tahu nak buat apa ni ma.."
" Bincanglah dengan lelaki yang nak melamar Hanis tu, i'm sure he will understand."
" You sure?"
" Okay, not really...but, why not you just try. Lagi pun, mama kalau boleh nak juga Hanis yang jadi menantu mama. Okay sayang." Katanya. Tersenyum Riz mendengar perkataan menantu itu. Alahai mama aku ni, aku ni pun muda lagi. Dah tak sabar sangatlah tu nak suruh aku kahwin.
****************************************************************************************************
Pintu kereta itu ditutup perlahan. Hanis berjalan mengekori langkah pemuda di hadapannya. Sambil itu matanya ligat memandang sekeliling.
" Hari ni ada karnival kat kolej ni. Aku saja je ajak kau datang sini. Kolej ni dulu tempat aku study." Jelas Fariz .
" Owh.." Itu je mampu keluar dari mulut Hanis. Tersenyum dia melihat banyak gerai yang menjual makanan yang sedap-sedap.
" Kau lapar ke?" Tanya Fariz . Hanis hanya mengangguk. Memang betul pun aku tengah lapar. Bagus mamat ni faham apa yang aku fikirkan. Haha...
Kali ni dia berjalan seiringan dengan lelaki tersebut. Dia tak mahu kehilangan jejak nanti. Kang tak pasal-pasal mahu juga dia sesat dalam kolej ni. Dahlah dengan umat manusia yang penuh kat gerai sini. Dah macam pasar malam pula aku tengok. Semasa dia dengan Fariz mahu berjalan ke satu gerai makanan, bahu Hanis dilanggar oleh seorang pelajar di situ tanpa sengaja. Hampir terjatuh Hanis dibuatnya. Mujur Fariz sempat memegang bahu gadis tersebut. Pelajar itu meminta maaf kemudian berlalu pergi dengan segera.
" Nasib baik tak jatuh. Kau tu dah lah kecik. Hati-hati sikit." Kata Fariz . Hanis mencebik bibirnya. Cis, kurang asam boi betul mamat ni. Apa kau ingat aku suka-suka nak kena langgar?! Tengah dia merungut dalam hati, vibrate handphone di poket seluarnya membuatkan dia melatah kecil. Fariz yang melihat mengerutkan dahi.
" Hehe, sorry sorry. Aku terkejut tadi, vibrate handset ni ar.." Jelasnya sambil menunjukkan telefon bimbit itu. Lelaki itu menggelengkan kepala dan mendekati gerai yang menjual makanan bergoreng. Hanis berhenti berjalan dan membaca mesej yang diterima. Habis je baca mesej tu dia cepat-cepat lihat sekeliling. Mana taknya, mesej dia yang diterima mengejutkan dirinya.
< Jalan jangan rapat sangat. Kalau boleh jangan bagi dia sentuh ayang. Abang nampak ni. >
Ha kau, mahu tak terkejut dapat mesej macam tu. Memanglah menurut Rizman dia akan follow mereka berdua, tapi sangkanya hari lain. Mana taknya, hari ni sepatutnya Rizman perlu menjalankan shooting di putrajaya. Tapi boleh pula dia mengintip dari jauh.
Dari hujung gerai Riz menurunkan sedikit caps yang elok tersarung menutup rambutnya. Dengan bercermin mata dan gaya yang sempoi membuatkan ramai yang tak sedar Ryo berada disitu. Ramai yang menyangkanya orang biasa. Dari hujung gerai dia memerhatikan gerak langkah Hanis dan Fariz . Saat je Fariz memegang bahu Hanis, terus timbul perasaan cemburu di dadanya. Hampir-hampir je dia mengetuk kepalanya di tiang gerai tersebut. Tuan gerai tu pun naik pelik tengok lelaki didepannya yang dari tadi tiba-tiba memeluk tiang gerai miliknya. Apo kes ni?
" Dik, ekau nak boli tak barang kek sini? Kalo ekau tak nak pun, tak yahlah ekau pelok tiang abang tu. Mau roboh kang gerai den nanti. Nayo den..." Tegur tuan gerai tersebut. Terus Riz melepaskan pelukan di tiang itu sambil tersengih dan segera meminta maaf..
" Maaf yo bang, eden tak sengajo." Eh, sejak bila aku pandai cakap nogori ni??! Ah, pedulikan...yang penting aku perlu perhatikan gerak langkah diorang.
< Abang kat mana ni?>
< Adalah kat sini. Berlagak macam biasa, buat-buat macam abang takde> Balas Rizman.
Hanis menggigit bibirnya. Berlagak macam kau takde. Eh mamat ni, dah kau mesej bagitahu kau ada kat sini boleh pula kau suruh aku berlagak macam tak tahu kehadiran kau. Hai la, pakwe siapalah ni.
" Nah..." Fariz menghulur bungkusan hot dog yang bari dimasak kepada Hanis. Hanis menyambutnya dengan senyuman yang dibuat-buat.
" Jom duduk kat bawah pokok tu. Redup sikit." Hanis hanya mengikut tanpa membantah.
" So, aku dah banyak kali fikirkan hal ni. Nampak gaya macam pakcik aku betul-betul nak kau jadi pilihan calon bini aku. Pendapat kau macam mana?" Direct je dia bertanya. Takde mukadimah lansung. Terus Hanis tersedak. Nasib baik Hanis tak makan lagi hot dog tu, kalau tak mahu tercekik nanti.
" Err, aku tak ready lagi pun. Lagi pun kau pun tahu aku still lagi study." Balasnya.
" Kau suka aku tak?" pergh!! Gila ke mamat ni? dari tadi tanya soalan semuanya direct betul.
" Err..."
" Aku sukakan kau.." Kata-kata itu meluncur laju keluar dari mulut lelaki tersebut tanpa sempat Hanis nak balas. Okay, kali ni memang betul-betul aku rasa lelaki ni dah tak betul. Semuanya direct. Takde feeling lansung ke apa? Ni nasib baik aku tak jerit ni.Yela, mana taknya...terkejut wei dengan statement tu.
Dari jauh, Rizman duduk di bangku yang menghadap dengan tempat Hanis dan Fariz duduk. Dia perhatikan riak wajah Hanis seolah-olah tekejut dengan apa yang baru Fariz katakan. Agaknya apa yang Fariz cakapkan ha?? Dengan majalah di tangan, dia pura-pura membaca. Hakikatnya matanya tak lepas pandang dua insan di bawah pokok tersebut. Tanpa dia sedar, budak lelaki yang berumur 10 tahun di sebelahnya turut pandang ke arah dia pandang. Bahu pemuda itu dicuit. Rizman menoleh.
" Abang tengok apa? abang ni baca majalah ni ke mengendap orang dating?" Eh budak kecik ni, mulut tu....memang minta kene cepuk. Suka hati aku lah nak tengok mana pun.
" Yang kau sibuk apahal?"
" Mahu saya tak sibuk bang. Abang tahu tak bangku ni khas untuk kanak-kanak. Abang ni kanak-kanak ke? Dah tu buku yang abang baca tu stok majalah budak sekolah bang. Buku saya tu." Jujur budak tu berkata. Rizman memandang bangku kecil yang dia sedang duduki itu. Eh, patutlah aku rasa semacam je tadi. Aduh, malunyer!!!
" Nah, kau ambillah buku ni. Kedekut!" Buku itu dibagi semula kepada budak lelaki tersebut. Terus dia berlalu pergi sambil cover malu. Budak tu menggaru kepalanya yang botak. Pelik betul abang ni.
" Kau...kau serius?" Gagap-gagap Hanis bertanya pada Fariz . Lelaki itu tersenyum sambil ditundukkan kepalanya.
" Aku dah agak kau akan terkejut punya. Maaflah, aku tak pandai dalam meluahkan perasaan ni. Aku ni jenis suka jujur je."
" Err...aku, aku sebenarnya er..aku.."
" Dia sebenarnya dah pun jadi awek aku." Terus Hanis memandang ke depan. Kelihatan Rizman berdiri dihadapan mereka berdua.
" Kau?" Tanya Fariz.
" Aku Ryo.."
" Kau nampak lain. Pandai kau menyamar. And what just you said? You already had relationship with Hanis? Hanis, betul ke?" Tanyanya. Dia memang terkejut tadi apabila tiba-tiba je Ryo muncul dan mengaku tentang hubungannya dengan Hanis. Hanis menjawab dengan anggukan.
" Aku..., aku tak faham kenapa kau Hanis tak bagitahu hal ni kat aku? Aku sangkakan kau ni single, tapi kau dengan dia dah...haish..aku pantang betul kena tipu!" Katanya dengan nada yang tinggi. Hanis dah mula rasa bersalah.
" Aku bukan nak niat tipu kau. Aku ada sebab kenapa tak nak bagitahu. Aku minta maaf." Terangnya.
" Jangan salahkan Hanis. Aku dengan dia pun baru je bercinta. Lagi pun ini permintaan Hanis supaya perhubungan ni tak kecoh. Dia tak nak disebabkan hal ni, pengajian dia terganggu dengan media, gosip apa semua tu. Lagi pun dengan keadaan mak dia yang tak berapa berkenan dengan aku, so kami fikir kami perlukan masa untuk beritahu hal ni." Jelas Rizman pula. Fariz memandang mereka berdua dengan pandangan keliru dan marah.
" So, dah korang bagitahu hal ni kat aku, korang fikir aku tak boleh kecohkan kat media massa?"
" Please, don't do that Fariz . Please.." Rayu Hanis.
" Huh..." Keluhan berat dikeluarkan. Rizman memegang bahu sebelah kanan Fariz.
" Aku betul-betul minta maaf. Aku minta maaf juga dari pihak Hanis. Aku terpaksa juga rahsiakan hal ni atas permintaan dia. Lagipun untuk kebaikan dia juga. And, aku buat semua ni sebab aku ikhlas nak dia jadi permaisuri dalam hati aku. Aku tak sanggup nak kehilangan Hanis. Aku minta maaf..." Tak pernah-pernah Ryo meminta maaf secara berdepan macam tu selama ni. Setahu Hanis dan Fariz, masing-masing kenal dengan ego model tersebut.
" Fine,i will not tell everybody. At least kau dah minta maaf dan jujur dengan aku buat masa sekarang. Dibuatnya aku dah masuk meminang awek kau ni nanti mahu menagis tak berlagu nanti kau ni." Katanya. Sempat lagi dia bergurau walaupun hakikatnya hatinya terasa pedih sangat. Kenapa hati ni?
" Thank you so much Fariz. Thanks for understand." Ucap Hanis. Dia memberikan senyuman lega kepada kedua-dua lelaki di hadapannya.
" Hmm, melepaslah aku kali ni. Dahlah, dari aku duduk sini lama-lama rasa makin sakit hati pula nanti. Aku chow dulu." Katanya yang diselitkan unsur kesedihan. Dia memberi senyuman terpaksa pada Rizman. Sebelum dia berlalu pergi, sempat dia menepuk bahu Rizman dan berbisik sesuatu.
" Ryo, be nice to her. Take care of her if you don't want me take her with me again." Tak sempat Rizman nak berkata apa-apa lelaki tersebut terus berlalu pergi sambil sebelah tangannya melambai ke arah berdua.
" Aduh..." Kata Hanis.
" Kenapa?" Riz bertanya.
" Rasa bersalah sangat-sangat!...huhu."
" Dah lah...benda dah lepas. Mujur dia jenis yang memahami." Erk, memahami ke? dia risau dengan bisikan yang baru dikatakan oleh Fariz tadi. Apa maksudnya tu?
" Hmmm..." Keluhan kecil dilepaskan. Riz memandang simpati pada wajah Hanis.
" Hot dog tu nak makan lagi tak? kalau tak nak bagi abang."
" Eh, apa pula. Nak beli sendiri. Ni Fariz yang bagi orang ye..."
" Ceh, kedekut."
**************************************************************************************************
" Safura, kau ada pergi mana-mana tak hari ahad nanti?"
" Kenapa?"
" Aku ingat nak ajak kau pergi tengok wayanglah."
" Urm, aku tak bolehlah Shaqir. Aku nak kena jumpa famili aku ahad ni. Ada dinner dengan famili tu.." Upss, nasib baik tak terlepas.
" Famili tu...? tu apa?" Tanya Hanis kehairanan. Dia dan Shaqir saling berpandangan. Pelik..
" Tu ha, famili kawan kawan bapak aku. Nama dia tugiman. Ha, famili Tugiman." Fuh, fura mengelap peluh yang tiba-tiba meleleh di dahinya. Aduiyai...
" Owh, okaylah fura. Aku ada date petang ni. Kau nak ikut?jom..." Shaqir mengajak. Dari jauh fura dah melayangkan sebiji pen ke dahi model tersebut.
" Wak lu nak date pun ajak aku. Agak-agaklah wei. Mengamuk nanti awek kau." Kata Safura. Hanis dah pun tergelak terbahak-bahak melihat kelakuan Shaqir dan PAnya itu. Shaqir mengusap dahinya perlahan. Kurang asam punya minah. Aku gurau sikit ni yang kau bagi aku. Ceh...
" Yela, yela...aku gurau je. Apa-apa perubahan jadual aku esok inform awal-awal ye. K lah Hanis, aku chow dulu. Pembantu peribadi aku sanggup layan aku macam ni, aku touching ni." Guraunya. Hanis hanya menunjukkan thumbs up padanya tanda padan muka. Tak jadi Shaqir nak merajuk sebaliknya ketawa memikirkan kelakuan Safura tadi. Nasib kau lah Shaqir. Hanis dan Safura melihat kelibat lelaki itu yang semakin hilang dari luar tingkap lutsinar.
" Wei, aku balik dulu ek, nak kena kemaskan jadual Ryo ni untuk shooting next week. Jumpa kat rumah tau. Jangan balik lambat." Pesan Hanis pula.
" Yela, nanti aku balik sebelum pukul 10 malam." Katanya. Hanis tersenyum dan beg galas dicapai dan dia berlalu keluar dari bilik rehat tersebut." Ketika dia mahu keluar, encik Firdaus pula masuk ke bilik rehat tersebut untuk mengambil surat khabar. Mereka berdua sempat berbalas senyuman. Namun dia tak sedar bahawa still lagi ada orang dalam bilik tersebut. Masa dia masuk barulah dia perasan kehadiran Safura yang sedang kusyuk menyalin sesuatu di nota kecil.
" Ehem..." Firdaus berdehem. Fura mendongakkan kepala dan melihat lelaki itu berdiri di depannya.
" Err, Encik Firdaus.."
" Ada surat khabar hari ni tak?" Tanyanya sambil matanya melilau mencari surat khabar harian metro.
" Urm, tak tahulah. Tak perasan pula. Encik carilah, saya nak keluar." Cepat-cepat nota itu dimasukkan ke dalam begnya.
Selendang yang dipakai dikemaskan sedikit. Selendang yang elok tersarung di kepalanya membuatkan dia nampak lain hari ini. Sesuai dengan kemeja labuh dan jean sleek hitam. Dalam hati daus terselit sedikit pujian akan kemasan gadis tersebut. Dia berjalan melintasi Firdaus, namun langkahnya terhenti saat pergelangannya dipegang oleh lelaki tersebut.
" Sampai bila awak nak lari dari saya?" Firdaus bersuara.
" What?" Tanya Safura.
" Stop with the acting. I'm your fiancee. We been engaged for three month already." Luahnya. Safura hanya menundukkan kepalanya. Sebenarnya tadi dia hampir terkantoi menyebut perkataan keluarga tunangnya yang akan datang hujung minggu nanti. Dia tidak mahu pertunangannya dengan pemilik agensi itu dihebohkan. Tangan sasa yang memegang pergelangan tangannya dipegang dan dia menolak lembut tangan lelaki tersebut.
" Ya, i know that. Tapi pertunangan ni adalah perjanjian antara keluarga kita. It's all about business."
" So, awak tak pernah ikhlas menjadi tunang saya lah ni?" Perlinya.
" Don't ask me...ask yourself." Safura membalas balik.
" And what's that supposed to mean?"
" Awek keliling pinggang, tukar awek bila suke. Bagi awak, perempuan ni macam mainan kan. Awak ingat saya nak sangat bersuamikan lelaki playboy macam awak ni? Awak ingat saya bangga nak bagitahu yang awak ni tunang saya bila perangai awak pun tak pernah nak berubah..i'm sorry to say that, but that's the fact." Luahnya.
" Wo, saya dapat bau unsur cemburu pada kata-kata awak tu." Sakat Firdaus.
Sebenarnya pasal pertunangan tu tiada unsur paksaan dari keluarganya. Dan kalau nak diikutkan selama ini sudah dua tahun dia menyimpan perasaan pada gadis di depannya. Sejak mula Safura menjadi pembantu peribadi Shaqir, sejak itu jugalah hatinya meronta mahukan perhatian dari gadis itu. Namun Safura seolah-olah tidak hiraukan kehadirannya sepanjang masa apabila mereka bertemu. Gadis itu asyik serius dengan kerjanya. Selama ini, dia cuma berpura-pura menjadi lelaki yang nakal bila berhadapan dengan Safura. Dia sendiri tak pernah serius dengan mana-mana wanita. Cuma apa yang tak disangkanya, rupanya Safura merupakan anak salah seorang usahawan yang berjaya di luar negara dan juga merupakan sahabat baik ayahnya. Dalam diam, dia menyimpulkan senyuman penuh makna.
" Ni pehal sengih-sengih ni? Awak ingat saya ni cakap main-main ke? For your information encik firdaus, saya akan usahakan perkahwinan kita akan tak jadi." Kata Safura. Bertambah senyuman dari bibir firdaus. Nampaknya dia sudah betul-betul menjadi perhatian gadis tersebut.
" Oh, really?" Tanyanya sambil tersengih. Bartambah geram Safura rasa saat itu. Langkahnya diteruskan ke muka pintu.
" You think you the only one who got something to tell me? i got something for you too.." Katanya membuatkan Safura memandangnya semula.
" What?"
" Saya akan usaha untuk perkahwinan kita berjalan dengan lancar dan meriah. Itu janji saya, and.." Dia dapat melihat kerutan di dahi gadis tersebut.
" Saya akan pastikan hanya saya seorang yang akan jadi suami awak suatu hari nanti."
" Gilalah awak ni!" Kata Safura kegeraman. Pintu ditutup kasar. Hai lah, pe lah nasib aku dapat tunang macam ni!! Argh, boleh sakit jiwa dibuatnya. Dari dalam, Firdaus senyum kemenangan. Aku tetap akan kotakan janji tu, just wait...
* Enjoy reading..sorry jrg update=)
nk lgi...best!!!
thumbs up..