CINTA BLoGGER....39
.
Bab 39
Kini sudah dua minggu pernikahannya dengan Rizman. Namun mereka berdua belum sempat lagi berbulan madu, memandangkan Rizman yang sudah mula kembali sibuk dengan sesi pengambaran. Hanis dan Rizman sekarang duduk di kondominium yang diberikan oleh datuk Rizman sebagai hadiah perkahwinan mereka berdua. Safura pula sudah dua minggu berada di London sejak malam majlis pernikahan Hanis dua minggu lepas. Hanya mesej sahaja Safura bagi kepadanya semasa bertolak ke sana.
Dia melangkah menuju ke peti ais, melihat lauk yang ada untuk dimasak hari ni. Memandangkan Rizman akan pulang lewat petang, dia akan menyediakan makan malam untuk suaminya hari ni. Buka sahaja pintu peti ais, dilihatnya cuma ada sayur sawi dan ikan bilis sahaja yang tinggal. Yang penuh pun cuma buah-buahan dan minuman. Ditutupnya kembali pintu ais tersebut. Telefon rumah dicapai dan nombor Rizman didail.
" Assalamualaikum abang hensem?" Sapanya. Rizman tergelak dihujung talian. Bahagia dia dengan panggilan dari si isteri.
" Wa'alaikummussalam isteriku yang comot. Ada apa?" Balasnya. Hanis memuncungkan mulutnya apabila Rizman mengatakan dia comot.
" Cet, ada ke patut orang kata dia hensem tapi dia balas orang ni comot."
" Haha, abang guraulah sayang."
" Abang?"
" Iye..."
" Ayang nak keluar ni. Nak pergi Jusco kejap, yang dekat area-area sini je. Boleh?"
" Nak buat apa?"
" Urm, nak beli barang dapurlah abang. Banyak barang dapur takde ni. Lagi pun nak masak malam hari ni. Boleh tak?"
" Yela, tapi jaga diri tu."
" Mau makan apa cik abang hari ni?"
" Urm...let me think. Ha, abang nak makan sayanglah boleh?" Guraunya lagi.
" Hei la orang tua ni, kang benda lain aku bagi makan kang..."
" Hui, garangnya bini abang ni. Haha, orang main-main jela. Abang tak kisah pun ayang nak masak apa. Abang makan je."
" Ha, tau takut...hehe, okay. Nanti ayang masak special untuk abang. Jangan balik lambat tau. Tahu awak mengorat model lain, siaplah."
" Ugut ke ni?" Saja Rizman menduga. Padahal kat hujung talian dia dah menahan perutnya. Dari tadi perbualan dengan isterinya membuatkan dia tergelak saja.
" Yela.."
" Tak takut..."
" Ciss sungguh..." Balas Hanis sambil memintal hujung bantal kusyen di situ.
" Haha...dahlah sayang. Abang nak kena gerak ke agensi ni. Keluar nanti jaga diri okay."
" Okay. Bye...assalamualaikum ya habibi ya maulana..." Katanya mematikan talian. Rizman gelak lagi sambil membalas salam tersebut. Shaqir yang berada tidak jauh dari situ datang menghampirinya.
" Kau kenapa ni? gelak sorang-sorang." Tanyanya.
" Takde apalah. Ni ha, bini aku ni. Suka sangat buat aku tergelak dengan gelagat dia." Balas Riz.
" Amboi, bukan main bahagia kau kan. Bestnyelah dah kahwin."
" Kau tu bercinta bukan main lama lagi dengan Mieza. Bila nak kahwin?" Kini Shaqir pula bertanya.
" Hmm, entahlah Ryo. Benda semua aku dah ada. Tapi aku tak ready lagilah nak pikul tanggungjawab semua tu. Lagipun Mieza sendiri tak mahu kahwin dalam masa ni. Aku ni pun muda lagi. Tapi aku bangga ar dengan kau, tak sangka kau yang lagi muda dari aku ni pun dah kahwin. Tapi kan..."
" Apa dia?"
" Kenapa kau berhentikan Hanis dari jadi PA kau?" Rizman meneguk air botol mineral yang dipegangnya dahulu. Kemudian dia senyum.
" Aku berhentikan dia atas arahan datuk aku."
" Kenapa pula dato' Ahmad yang suruh?" Tanya Shaqir lagi.
" Dia nak lepas kitorang dah bersanding nanti, dia nak Hanis kerja kat syarikat dia. Lagi pun Hanis kan dah graduate dalam bidang bisnes. Aku setuju je, Hanis pun okay dengan cadangan atuk aku tu. Lagi pun sekurang-kurangnya ada juga yang boleh tengokkan bini aku tu."
" Owh, macam tu pula. Untunglah kau. Kahwin-kahwin je datuk kau bagi kondo. Bapa kau bagi kereta untuk menantu dia." Rizman hanya mampu senyum je mendengar kata-kata dari Shaqir.
" Bukan aku yang minta. Diorang yang nak kasi. Nak buat macam mana, Hanis tu semua orang suka kat dia. Entah ilmu apa yang dia pakai pun aku tak tahulah." Terangnya. Shaqir hanya mengangguk.
" Eh bro, Fura tak balik lagi, lamanya dia pergi London?" tanya Rizman.
" Tu yang aku tengah runsing sekarang ni. Dia pergi macam tu je. Sekarang ni banyak jadual aku huru hara jadinya. Selalunya dia yang uruskan semuanya. Kau tahu semalam dia emel aku, dia nak berhenti jadi PA aku. Matilah aku macam ni..."
" Wait, seriously?" Tanya Rizman yang tak sangka dengan dengan berita itu. Hanis pun takde bagitahu dia pasal hal tersebut.
" Kau ingat aku main-main ke wei? Benda betul lah. Dah lama dia kerja dengan aku, selama ni semua dia yang aturkan. Sekarang ni huru hara aku tahu tak. Urm, mana lagi aku nak cari PA sebagus dia ni. Peninglah.."
" Hmm, kau takkan tak tanya dia kenapa dia nak berhenti.."
" Dah, aku dah tanya dah, tapi dia balas lansung email aku."
" Pelik..." Luah Rizman. Kebetulan di sebalik tirai bilik tersebut, Firdaus setia mendengar apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Dia melepaskan keluhan yang berat. Sampai macam tu sekali Safura buat untuk tidak berjumpa dengannya lagi. Hmm..
**************************************************************************************************
Troli ditolak ke bahagian makanan sejuk beku. Nugget dan hot dog jenama ayamas kegemaran suaminya diambil dan diletakkan di dalam bekas tersebut. Langkah kakinya diteruskan ke sudut buah-buahan dan sayuran.
" Excuse me sir..." Kata Hanis kepada lelaki yang menghalang laluannya.
" Oh, Sorry.." Ucap lelaki tersebut. Serentak itu mata masing-masing bertembung.
" Adam.."
" Hanis.."
" Kau buat apa kat sini?" Serentak dua-dua bertanya. Kemudian masing-masing tergelak.
" Lama aku tak jumpa kau Adam. Kau macammana?sihat?"
" Aku sihat je. Kau?"
" Aku pun sama. Alhamdulillah sihat." Balasnya.
" Suami kau?" Tanyanya.
" Dia sihat juga. Macam biasa. Kenapa kau tak datang majis makan malam masa hari aku nikah hari tu?"
" Aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Sorry ye. Tapi nanti majlis kau sanding kat hotel bulan depan tu insyaallah aku akan pergi. Tak sangka kau kahwin dengan mamat tu kan."
" Jodoh Adam. Siapa yang sangka kan. Urm, i heard about you and Sara. What happened?" Tanyanya sambil berjalan seiring dengan Adam bila menyedari mereka berdua menghalang laluan orang ramai di situ. Sambil itu barang yang mahu dibelinya dibelek satu persatu.
" Aku rasa memang kali ni aku dah tak boleh dengan dia. Aku mengaku aku sendiri memang cemburu buta dengan kerjaya dia. Tapi dia pun kadang-kadang boleh tahan cemburunya. Kau tahu, dia pernah cemburukan hubungan aku dengan kau masa dulu." Cerita Adam. Tergelak kecil Hanis dibuatnya.
" Takkan sebab cemburu je kut."
" Urm, memang bukan sebab tu. Ada faktor lain yang buat hubungan kitorang ni sampai sini je. Apa pun dia sendiri nak kejar kejayaan yang tinggi dalam bidang dia. Aku ni cuma penghalang je untuk dia."
" Dia cakap?" Pintas Hanis.
" Memanglah dia tak cakap, tapi aku tahu." Balas Adam. Hanis hanya mengangguk sahaja.
" Takpelah Adam, bunga bukan sekuntum, berlambak. Cuma kau kena pandai pilihlah lepas ni. Anggaplah ni dugaan untuk kau." Kata Hanis beri semangat pada sahabatnya. Sambil itu tangannya ingin mencapai sabun basuh pinggan yang terletak agak tinggi untuknya. Adam bergerak hampir dengan Hanis. Tanpa menjongket sedikit pun, barang tersebut dicapai dan diserahkan kepada Hanis.
" Thanks..." Ucap Hanis.
" Your welcome, tak berubah kau kan.." Ujar Adam. Jalan gadis itu terhenti. Dia menoleh memandang Adam.
" Apa yang tak berubah?" Tanya Hanis hairan.
" Ketinggian kau..." Perlinya. Hanis mengetap bibir. Baru ura-ura dia nak baling botol pencuci tu, Adam dah berjalan laju ke depan sambil tangan diangkat dan dibuat tanda peace.
" Thanks Hanis! Ada masa kita jumpa lagi..." Jeritnya dari jauh. Tersenyum Hanis masa tu.
*************************************************************************************************
" Hmm, sedapnya bau!!" Pujinya bila tudung saji dibuka. Hanis yang keluar dari dapur sambil bawa mangkuk berisi nasi tersenyum pada suaminya.
" Tapi apa pula budak dua ekor ni buat kat sini?" Belum sempat Hanis nak cakap apa-apa, suaminya bertanya dahulu sambil menjeling dua gadis tersebut yang duduk di ruang tamu sambil menonton siaran di televisyen. Sheera dan Eyqa tersenyum.
" Peace yo!" Sheera menyapa Rizman. Lelaki itu hanya mampu melepaskan keluhan. Baru nak romantik dengan isteri dia malam ni.
" Tadi ayang terserempak dengan diorang masa nak balik tadi. Alang-alang tu ayang jemputlah makan malam sama. Takpe kan abang?" Tanya Hanis.
" Ha, takpe-takpe." Balasnya. Dalam hati hanya tuhan jela tahu.
" Abang, kalau kitorang nak tumpang tidur sini malam ni boleh tak?" Eyqa pula bersuara. Riz berfikir sejenak. Kemudian timbul satu idea.
" Korang ada ke baju nak salin nanti?" Hehe, mesti korang takde kan...bisiknya dalam hati.
" La, apa susah, pakai jela baju Hanis kan eyqa, sheera. Saiz kita pun lebih kurang je." Pintas Hanis. Eyqa dan Sheera tersenyum. Rizman automatik menepuk dahinya. Hai la bini aku ni...sabar jela.
" Dahlah tu tengok kartun tu, meh makan sini." Ajak Riz. Eyqa dan Sheera masih lagi setia menonton ninja boys.
" Jap abang, dah nak abeh ni." Balas Eyqa.
" Ha, makan tv tu.." Selamba Riz berkata. Eyqa mencuit bahu Sheera dan mengajaknya bangun menuju ke meja makan.
" Wah, tom yam campur. Pergh, memang favourite aku ni Hanis." Kata Sheera. Hanis mencedokkan isi tom yam ke dalam mangkuk kecil dan diserahkan kepadanya.
" Yeke? kalau macam tu makan banyak-banyak tau." Pesannya. Riz mula buat muka.Konon nak tunjuk merajuk dia lah tu. Mana taknya, bini dia layan orang lain dulu dari dia. Dah habis dia hidangkan untuk Sheera dengan Eyqa barulah Hanis tuangkan lauk untuk Riz .
" Kalau macam ni selalu, eyqa sanggup singgah sini tiap-tiap hari." Celah Eyqa. Tersedak Rizman masa tu. Hanis mengusap lembut belakang suaminya dan memberinya minuman. Sheera dah gelak melihat gelagat Rizman yang serba tak kena masa tu.
"Sayang, tadi Fathiha call abang, dia cakap baju pengantin tu dah siap. Esok dia suruh datang ke butik untuk try." Rizman memberitahu.
" Owh ye ke. Abang free tak esok?"
" Esok pagi hingga tengahari abang freelah. Petang abang dah kena ada kat fashion show tu, ada rehearsal untuk lusa punya show." Jelasnya.
" Kita pergi after breakfast okay?" Sambungnya lagi. Hanis hanya mengangguk.
" Urm abang, nak tanya sikit.." Eyqa bersuara. Rizman meneruskan suapan sambil memandang adiknya.
" Siapa jurugambar yang abang upah masa hari abang nikah hari tu?" Pertanyaan dari Eyqa membuatkan Sheera pula yang tersedak masa ni. Ni tak lain tak bukan mesti dia nak tanya pasal mamat tak guna tu.
" Jurugambar?" Rizman dan Hanis saling berpandangan.
" Ha, Fariz kut bang.." Hanis menduga. Masa hari pernikahan mereka memang ada lebih photographer masa tu.
" Yang hensem tu ek?" Teka Hanis. Rizman berdehem. Terselit sedikit cemburu bila isterinya puji orang lain hensem.
" Ha, yela kut...kan Sheera." Eyqa berkata sambil memandang Sheera di sebelah. Sheera masa tu mulut tengah penuh dengan makanan.
" Apahal kau tanya aku? Nak kena sekeh?" Ugutnya dengan mulut yang penuh. Tergelak Eyqa masa tu. Perangai dari dulu tak ubah minah ni. Rizman dan Hanis tak faham dengan keadaan yang sebenarnya.
" Kenapa tanya abang pasal dia adik?" Rizman pula bertanya.
" Hmm, adalah..." Ringkas dibalasnya. Muka Sheera dah merah padam masa tu. Kurang asam punya Eyqa. Sabar jela....ni semua Fariz punya pasal !!
***********************************************************************************************
" Are you sure want to stay there?'' Tanya ayahnya. Daniel cuma angguk mengiyakan cadangannya.
" It's our country baba. In fact, i miss Malaysia. And about a month later i will graduate right. So, i decide to work there."
" Hmm, mama risau Danny. You gonna be far from us."
" Don' worry mama. I can take care of myself." Dia duduk disebelah mamanya sambil menyakinkan wanita tersebut.
" Kenapa tak mahu kerja saja di sini Daniel?" Tanya babanya.
" I got my own reason baba."
" And what is it?" Daniel tidak menjawab sebaliknya cuma tersenyum.
" Don't tell me it's about that girl dear..." Teka mamanya. Selama ini dia tidak pernah merahsiakan apa-apa dengan ibu kesayangannya itu termasuklah hal peribadinya. Babanya yang tidak tahu apa-apa memandang dua beranak tersebut.
" What girl?" Tanyanya ingin tahu.
" Saya sukakan seseorang baba. Dah lama saya sukakan dia. Banyak kali saya lepaskan peluang. Cuma kali ni sahaja baba, saya merayu pada baba bagi saya chance untuk dapatkan dia semula. And i promise, hal-hal lain saya tak akan sesekali abaikan." Jelasnya. Babanya termenung seketika sambil memandang pemandang luar. Dia cuma berfikir tentang perkara lalu. Selama ini anak bongsunya tak pernah melawan katanya. Sejak dari kecil, apa yang dia aturkan untuk anak lelakinya itu, Daniel menurut tanpa membantah satu pun. Mungkin kali ni, biarlah anaknya itu tentukan sendiri hal masa depannya. Mamanya pula dari tadi cuma menggegam tangan Daniel dan memberikan semangat untuk anak lelakinya.
" What's so special about her?" Babanya bertanya. Rasanya dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh anak lelakinya itu kalau bukan teman rapat sekuliahnya dulu.
" Everything..." Ringkas dijelasnya namun cukup mendalam. Babanya menoleh memandangnya. Kini mata mereka bertentangan. Lama babanya merenungnya, seolah-olah mencari jawapan di dalam sinar anak mata Daniel.
" Hmm.." Keluhan besar dilepaskan lelaki tua itu. " Fine.."
Daniel tersenyum.
" But.." Celahnya lagi. Mati senyuman di bibir pemuda tersebut.
" Promise me you will successful in your career. Prove it to me one day, okay?"
" Okay baba, i will..." Kini senyuman lega diberikan kepada kedua-dua ibubapanya. Hanis, wait for me...
* Wink2...update lg. Btw, nk kongsi berita gumbira dengan readers, result final exam saya da pn keluar.. Alhamdulillah sgt bila tengok result masa tu..syukur sgt2 lulus...hehe...ni kire mase karang bab ni after dah tahu pasal hal tu lah, tu yg mood ada untuk menulis tu..hehe, kalo x gelisah je rasa, nak menaip pun asyik tak jadi je..ngee...enj0y reading ok... =D
ommo..lepas nie mesti lg bnyk konflik kan?? dgn kehadiran semula danny...