CINTA BLoGGER....40


.


Bab 40



  
    Tubuh yang berdiri di muka pintu bilik tersebut membuatkan Hanis segera berlari mendapatkannya lantas memeluk tubuh yang dirinduinya itu. Safura turut membalas pelukan bekas teman serumahnya. Wajah Hanis ditatapnya lama, kemudian dia tersenyum.

   “ Lawa kau hari ni.” Puji Safura ikhlas. Hanis memandang dirinya sendiri kemudian dia memandang wajah Safura.

   “ Sampai hati kau pergi macam tu je.” Katanya. Hampir menitis air matanya, namun Safura segera memegang pipi Hanis.

   “ Jangan nangis, nanti hancur make up kau. Kan aku dah bagitahu kau awal-awal yang aku akan pergi London lepas kau menikah hari tu.”

   “ Yela, aku tahu tu. Tapi tak sangka pula kau pergi macam tu je. Dah tu selama dua minggu kau kat sana lansung kau tak contact aku. Aku rindu tahu kau tahu tak!" Jelas Hanis. Safura ketawa mendengarnya.

   " Yela yela...aku salah. Sorry. Tapi aku janji, semua persoalan kau tentang aku pergi masa tu akan terjawab juga nanti. By the way, kau cantik sangat pakai baju pengantin ni. Aku takkan sesekali lepaskan hari persandingan kau tau." Katanya. Ketika itu Eyqa masuk ke dalam bilik tersebut dan memberitahu tentang majlis sudah pun bermula. Rizman awal-awal dah menunggu di depan dewan utama di mana mereka akan bersanding di situ sebentar lagi. Safura mencapai tangan Hanis dan menggenggamnya erat. Mata mereka bertemu. Hanis tersenyum manis kepadanya. Biarlah apa pun alasan Safura pergi macam tu aja, yang penting hari ini sahabat karibnya ada bersama. 

   " Jom kita pergi. Rizman mesti tunggu kau..." Kata Safura. Mereka berjalan seiringan menuju ke lif untuk turun ke dewan.


   ************************************************************************************************


     Dari tadi Firdaus tak lepas pandang pada gadis yang duduk berhadapan dengannya. Sungguh dia terkejut dengan kedatangan Safura yang tiba-tiba datang ke majlis tersebut. Sangkanya Safura masih lagi berada di luar negara. Dilihatnya gadis itu riang bersembang dengan Mieza dan Sheera. Hatinya membuak-buak ingin tahu apa keputusan gadis tersebut. Adakah Safura sudah pun memberitahu kepada orang tuanya berkenaan dengan keputusan putus tunang. Tapi sehingga sekarang ibu bapanya sendiri tak cakap apa-apa pun berkenaan dengan hal tersebut. Perkara itulah yang membuatkan lelaki itu tertanya-tanya sekarang ini sehinggakan Shaqir yang duduk disebelahnya memanggil dia pun dia tidak sedar. Akhirnya model itu menepuk bahu Firdaus. Tersentak seketika dibuatnya.

   " Kau kenapa? dari tadi aku tengok mengelamun je. " Tanya Shaqir. Firdaus mengeluh kasar.

   " Qir, kau dah tanya ke kenapa Safura berhenti?" Firdaus bertanya. Shaqir hanya mengangguk.


   " So?" Kata Firdaus. Dia menunggu jawapan dari Shaqir.


   " Hmm, dia cakap dia nak kerja dengan ayah dia." Balas Shaqir.


   " That's mean dia nak uruskan bisnes daddy dia lah?" 


   " Hmm, yela kot." Katanya. Firdaus diam mendengar jawapan itu. Setahunya Safura memang tidak berminat untuk mewarisi bisnes keluarganya. Tetapi kenapa pula gadis itu setuju kali ini. 


  Ketika itu Safura bangun dari tempat duduknya. Dia menuju ke luar dewan. Firdaus perasan akan perkara tersebut, lalu dia pun bangun dan mengekori gadis tersebut. 


   " Safura..." Panggilnya. Langkah gadis itu terhenti. Dia kenal akan suara tersebut. Namun dia lansung tidak menoleh memandang firdaus. Dia rasa kekok untuk bersemuka dengan pemuda itu. 


   " We need to talk.." Kata Firdaus. Gadis itu diam sahaja tanpa memberi sebarang reaksi. Sebenarnya dari tadi lagi dia tak selesa duduk makan berhadapan dengan tunangnya. Tapi tempat duduk telah pun ditetapkan sejak awal lagi. Nak tak nak terpaksa juga dia duduk di situ.


   " Please fura, please..." Rayunya. Safura menoleh memandangnya.


   " Sorry, not now. Sekarang tak sesuai. I sanggup datang ke sini semata-mata nak tengok Hanis dan Rizman bersanding dan bukannya untuk bercakap dengan awak. Sorry.." Balasnya.


   " Look, i'm sorry. Saya minta maaf sebab hari tu saya terus terang dengan awak. Saya cuma dah tak sanggup nak tahan lagi perasaan yang lama saya dah pendamkan. Saya..."


   " I know..." Pintas Safura tanpa membenarkan Firdaus menghabiskan kata-katanya. Safura memandang lelaki didepannya itu. " Saya yang patut minta maaf dengan awak. Saya yang buta sebab tak pernah nak perasan selama ni. Saya bongkak dengan perasaan sendiri. Saya takut untuk jatuh cinta dengan awak." Luahnya lagi. Kali ini Firdaus pula yang terkedu. 


   " Why?" Tanya pemuda itu.


   " Sebab saya takut awak anggap saya ni sebagai permainan awak. Saya takut awak akan mainkan perasaan saya. Sebab tu selama ni saya berusaha kuatkan hati ni supaya tak nak terima awak. Tapi, selama saya dekat London saya banyak terfikirkan hal ni. Terutama selepas apa yang awak dah cakapkan pada saya." Sambungnya. Firdaus melangkah merapati gadis tersebut. Dia mahu bercakap lebih dekat dengan tunangnya. Safura yang perasan akan tindakan lelaki itu mengundur.


   " Jangan dekat!" Katanya. Langkah Firdaus terhenti.


   " Please, saya takut....hati saya lemah! Saya cuba nak nafikan perasaan saya, tapi tak boleh. Sejak saya bertunang dengan awak, hati saya rasa lain bila berhadapan dengan awak. Saya takut nak mengaku dengan perasaan sendiri sebab saya takut yang saya akan betul-betul cintakan awak!" Luahnya. Tatkala itu air matanya sudah pun menitik di pipi. Firdaus memandangnya dengan pandangan yang susah ditafsirkan. 


   Safura bersandar di dinding dan terduduk. Dia cuba menahan air matanya tapi tetap sukar. Di situ dia mengangis sepuas-puasnya. Firdaus mengetap bibir. Dia berjalan menghampiri gadis itu dan mula mencangkung. 


    " Bodoh..." Kata Firdaus sambil berhadapan dengan gadis itu. Serentak itu Safura mendongak dan memandang lelaki tersebut. 


    " Ha?!"


 Firdaus memberanikan diri memegang pipi Safura. Dilapnya air mata yang mengalir di pipi gadis tersebut. Safura tergamam.


    " Awak ni bodoh....bodoh sebab cuba nafikan perasaan sendiri. Saya tak kisah awak nak bencikan saya sekali pun, apa pun perasaan awak pada saya, benci ke, geli ke, menyampah ke selama ni...saya tak hiraukan semua tu. Sebab apa awak tahu, sebab saya sendiri mengaku dengan diri saya, saya betul-betul cintakan awak. Saya ikhlas nak awak jadi isteri saya. Saya ikhlas dengan perasaan ni." Luahnya. Tangannya dilepaskan dari memegang pipi gadis itu. Namun pandangannya masih lagi bertaut dengan pandangan gadis tersebut.


    " Awak tahu kenapa saya setuju dengan cadangan ibu bapa saya untuk bertunang dengan awak? Satu je sebab dia. Saya nak capai impian saya untuk berkahwin dengan wanita yang betul-betul saya cintai selama dua tahun ni." Sambungnya lagi. Gadis itu masih lagi terdiam. Tak tahu nak bagi respon macam mana. 


  Ketika itu Sheera berjalan tidak jauh dari situ. Dia mahu menuju ke tandas, tapi langkahnya terhenti. Dia menyorok di sebalik dinding. Dilihatnya Safura yang terduduk di lantai dan Firdaus yang mencakung di depan gadis tersebut. Kepalanya yang tak gatal itu mula digarunya. Pelik melihat situasi tersebut. Apalah dua orang tu buat kat situ sampai duduk macam tu sekali. Tanpa disangkanya, Fariz berdiri dibelakangnya. Sebenarnya dia ternampak kelibat seseorang yang mencurigakan sedang mengintai sesuatu. Bila didekatinya, rupa-rupanya gadis yang berkelakuan pelik itu rupa-rupanya gadis yang selalu cari gaduh dengannya.


    " Kau tengok apa?" Tiba-tiba suara itu berkata. Sheera tersentak akibat terkejut. Ditolehnya ke belakang. Rupa-rupanya suara itu suara jurugambar yang selalu membuatnya sakit hati. Tanpa dia sangka, tangannya automatik menutup mulut lelaki tersebut dan menolaknya ke dinding. Fariz terkejut dengan kelakuan Sheera. Gila kuat minah ni sampai aku pun ditolaknya ke dinding. Sekali tengok dah macam babak drama di mana si watak wanita mahu membunuh lelaki tersebut.


    " Diam sikitlah. Aku tengah intai Safura dengan Daus tu." Beritahu Sheera secara berbisik. Dia melepaskan tangannya dari menutup mulut lelaki itu. Sebenarnya dia sendiri pun terkejut dengan kelakuannya tadi.


    " Kau dah takde kerja ke nak intai-intai orang ni?" Balas Fariz secara berbisik juga.


    " Eh, suka hati akulah. Ada kau susah?" Kata Sheera sambil memeluk tubuh. Dia cuba mengintai semula, namun malangnya kelibat Safura dan Firdaus sudah hilang. Mungkin mereka berdua sudah pun bergerak ke dewan semula. Sheera memandang Faris semula.


    " Ni semua kau punya pasal!" Rungutnya. 


    " Aku pula?" Fariz mengerutkan dahi. 

    " Yela, kalau tak dah boleh aku tengok apa sebenarnya terjadi. Hmmph!!" Katanya seakan-akan marah lalu segera berlalu menuju ke tandas.

   Semasa Sheera berjalan tak habis-habis dia bercakap seorang diri yang kesal dengan kehadiran Fariz ketika itu. Lelaki itu cuma tersenyum melihat gelagat Sheera yang mula berlalu pergi. Hai la minah ni, pelik pelik! 


     ************************************************************************************************
   


   
    " Alhamdulillah majlis ni berjalan dengan lancar." Ucap Dato' Ahmad selesai majlis persandingan itu tamat. Selesai semua tetamu pulang, mereka sekeluarga berkumpul di tengah-tengah ruang dewan tersebut. Rizman dan Hanis jalan menuju ke arah datuknya sambil berpegangan tangan. Mereka berdua baru sahaja ditemu ramah oleh para wartawan yang dijemput oleh Dato' Maznah dan juga Dato' Ahmad.


    " Amboi pengantin, bukan main mesra lagi." Saja Iskandar mengusik adik tirinya itu. Rizman tergelak kecil.


    " Hanis cantik sangat pakai baju ni. Tak sia-sia akak siapkan baju ni untuk Hanis. memang sesuai sangat." Kata Fathiha.


    " Terima kasih kak tiha. Hanis pun selesa pakai baju ni." Puji Hanis ikhlas. Dia memang hargi susah payah semua yang bekerja untuk membuatkan majlis tersebut berjalan dengan lancar.


    " Urm, okaylah. Abang balik dulu tau, kak long kau ni dah penat." Beritahunya sambil memandang Fathiha di sebelah. Isterinya cuma tersenyum memandangnya. Mereka berdua meminta izin untuk pergi dari situ. Hanis mendapatkan ibunya yang sedang rancak berbual dengan Dato' Maznah dan juga ibu mertuanya Puan Shazlin. 


    " Papa.." Rizman memanggil Encik Azhar. Lelaki yang berusia 50-an itu berpusing memandang anak lelakinya.


    " Thanks..." Ucap Riz .Encik Azhar tersenyum senang mendengarnya. Dirapatkan tubuhnya dengan anaknya lantas dipeluknya Rizman.


    " Your welcome." Balasnya. 


    " Papa doakan hubungan korang sebagai suami isteri akan bahagia selalu. Kalau ada rintangan yang datang, hadapinya dengan cara yang elok, okay.." Pesan Encik Azhar. Rizman hanya mengangguk mendengar nasihat ayahnya. Dari jauh Hanis dan Eyqa nampak kelakuan dua beranak itu. Mereka berdua senyum melihat hubungan dua beranak itu yang semakin lama semakin baik. 

    " Tengoklah tu Eyqa, makin lama makin rapat diorang kan. Senang Hanis tengok." Kata Hanis pada Eyqa disebelah.


    " Alhamdulillah Hanis. Doa Eyqa dengan mama selama ni tercapai juga. Sekurang-kurangnya Abang dah mula terima ayah." Balasnya dengan rasa syukur. 


  Puan Mariam awal-awal dah pulang ke rumah dahulu. Selesai je majlis santapan untuk hidangan utama tadi, terus dia berlalu pulang. Dia memberi alasan yang dirinya kurang sihat. Sebenarnya hatinya cuma bertambah sakit melihat Puan Shazlin anak beranak ketika itu. Dia benci melihat ibu mertuanya yang melayan baik Puan Shazlin dan juga Rizman. Safura juga sudah pun pulang ke apartmentnya. Firdaus menawarkan dia untuk naik keretanya. Entah kenapa, Safura setuju tanpa banyak kerenah. Sheera sejak dari tadi cuba mencari kelibat Fariz. Semasa dia sedang enak makan pencuci mulut pai epal yang disertakan dengan aiskrim vanilla dengan cairan sos coklat itu dengan penuh emosi tadi, boleh pula Fariz selamba tangkap gambar dia banyak-banyak. Terutamanya bila part mulut dia comot. Geram dia dibuatnya. Hanis memandang sekeliling ahli keluarga dan sahabat yang berada di situ. Dalam diam bibirnya mengukirkan senyuman. Dia bahagia...bahagia yang sukar digambarkan.




    ***************************************************************************************************


    
    Selesai dia mandi dan membersihkan tubuhnya, dia menunaikan solat sunat dan solat isyak. Habis solat, telekungnya dibuka dan digantung kemas di penyangkut yang disediakan. Ketika itu suaminya masuk ke bilik dan memberikan senyuman padanya.


  " Mak dengan Jue dah masuk tidur." Rizman memberitahu isterinya. Ibu Hanis, Puan Zainab dan juga jue menumpang tidur di rumah mereka selama majlis persandingannya berlansung. Hanis cuma senyum mendengarnya. Mungkin mak penat sangat hari ni. Yela, hari ni sepanjang masa dilihat emaknya itu asyik tersenyum dan ketawa dengan gembiranya. Senang hatinya melihat ibunya gembira.


  " Diorang penat sangatlah tu." Kata Hanis. Tiba-tiba Rizman memeluknya dari belakang. Terkejut dia dibuatnya.


  " Abang ni..." Rungutnya. Rizman ketawa kecil.


  " Thanks untuk hari ni." Ucap Rizman ikhlas.


  " Hmm....kenapa?"" Tanya Hanis. Pelukan suaminya dibiarkan. Riz meletakkan dagu dibahu Hanis sambil memeluknya dari belakang. Dia dapat rasakan Hanis memegang tanggannya.


  " Sebab bila awak muncul dalam kehidupan saya, segalanya berubah." Katanya.


  " Maksud abang?" Hanis bertanya. Dia melepaskan pelukan suaminya dan kini dia berhadapan dengan lelaki itu. Namun dia pula yang memeluk pinggang suaminya dan mendongak melihat wajah lelaki itu.


   " Sayang bawa kebahagiaan dalam hidup abang. Kebahagiaan yang selama ni abang cari-cari. Thanks sayang..." Sambungnya. Hanis tersenyum. Dipeluknya erat tubuh suaminya. Kepalanya diletakkan di paras dada lelaki tersebut.


   " Ayang rasa bahagia sangat." Ucap Hanis. Riz mengucup lembut dahi isterinya kemudian menjalar ke pipi. Baru bibirnya mahu menyentuh bibir mungil isterinya, tiba-tiba ada ketukan di muka pintu. Terus Hanis menjarakkan wajahnya dari suaminya.


   " Siapa?" Tanya Hanis.


   " Adik!" Jerit jue di luar bilik. Tanpa sedar Rizman mengeluarkan keluhan. Hanis memandang suaminya kemudian dia ketawa kecil. Riz mampu tersenyum je masa tu. Sabar ajelah. Terus Hanis memulas pintu bilik tersebut.


   " Ha, adik nak apa?" Tanyanya.


   " Kak, ada orang call." Beritahu Jue.


   " Siapa?"


   " Kak fura. Dia cakap dia try call handset akak tapi akak tak angkat."


   " Owh ye ke. Urm, okay. Nanti akak call dia balik. Kau apasal tak tidur lagi dik? Bukan kau dah masuk bilik ke tadi?"


   " Tak boleh tidurlah kak. Nak main playstation jap." Ujarnya sambil tersengih. Kebetulan masa itu Rizman berdiri di belakang Hanis.


   " Eh, kenapa jue tak tidur lagi?" Tanya Riz.


   " Tak boleh tidurlah bang Riz . Kenapa? Jue ganggu abang nak bermesra dengan akak ye..." Sengaja jue berkata begitu. Merah padam muka Hanis dibuatnya. Terus pipi adiknya dicubit geram. Riz ketawa mendengarnya. Dah biasa sangat asyik kena usik dengan adik ipar.


   " Kau ni kalau sehari tak mengusik abang Riz tak boleh kan.." Kata Hanis lantas melepaskan cubitan di pipi adiknya. Jue memuncungkan bibirnya sambil diusap pipinya yang merah itu akibat hadiah istimewa dari kakaknya.


   " Tengoklah bini abang Riz, macam harimau. Garang benor..." Kata Jue. Riz tersenyum memandang isterinya.


   " Harimau pun harimaulah. Janji abang sayang..." Balas Riz. Jue pula yang tergelak masa ni. 


   " Abang ni..." Geram Hanis dibuatnya.


   " Abang guraulah sayang. Jue, jom lawan dengan abang. Sambung main game semalam. Esok jue dah nak balik kan." Rizman mengajak Jue. Hanis dah mula tayang muka bosan. Ni lah kalau dua kaki game bertemu, asyik main je.


   " Jue on aje abang. Kak, pinjam laki kau jap!" Katanya. Hanis buat isyarat tangan suruh adiknya dan suaminya  keluar bilik dengan segera. Rizman dan Jue terus keluar menuju ke ruang tamu. 


  Hanis masuk semula ke bilik dan mengambil handsetnya di dalam tas tangan. Sepanjang hari ni, dia lansung tak tengok handsetnya, sibuk dengan majlis persandingannya hari ini. Nombor Safura didail. Tidak lama kemudian panggilan tersebut dijawab.


   " Assalamualaikum fura. Sorry tak angkat call kau. Handset aku dalam beg, tak berapa nak dengar tadi."


   " Wa'alaikummussalam. Takpelah. Kau busy ke ni? Sorry ganggu kau tengah malam ni." Balas fura. Hanis keluar dari bilik dan melintas ke ruang tamu. Dilihatnya adiknya bukan main lagi menjerit bila lawan game dengan Rizman. Suaminya pun dah ubah jadi kebudak-budakkan masa tu. Dia mengeluh perlahan.


   " It's ok fura. Jap ek.." Beritahunya. Dia memandang dua kanak-kanak riang tersebut.


   " Abang, nak minum apa-apa tak? Ayang nak masuk dapur ni." Tanyanya.


   " Ha kak, adik nak hot choco satu cawan! Thank you!" Jue pula yang balas.


   " Hmm, yela. Abang?"


   " Buatkan abang nescafe. Kaw kaw punya ek.." Ujar Riz. Hanis mengangguk dan berjalan ke dapur.Perbualannya dengan Safura di hujung talian diteruskan.


   " Sorry beb, tadi aku cakap dengan jue dengan riz . Bukan main lagi diorang main game tu." Bagitahunya.


   " Owh, takpe takpe. Aku ingat diorang dah tidur dah, rupanya belum." 


   " Patutnya masing-masing dah nak masuk tidur dah. Tapi kau tahu jelah si jue tu, kalau tak boleh tidur aktiviti dia main game jela. Tambah pula bila abang ipar kesayangan dia join. Hmm...tidur lambatlah tu jap lagi." Safura ketawa kecil mendengarnya. Dia arif sangat perangai adik Hanis tu.


   " Owh iye, kau call aku tadi kenapa?" Tanya Hanis berbalik pada tujuan asal. Cawan di rak diambilnya dan diletakkan di atas meja.


   " Aku bagitahu kau ni jangan terkejut tau." Kata Safura. Hanis mengerutkan dahi.


   " Apa dia?" Tanyanya lagi. Safura menarik nafas dahulu sebelum menjawab soalan sahabatnya.


   " Tadi lepas aku sampai je rumah, ada orang call nombor rumah ni Aku angkatlah..."


   " Then?" Pintas Hanis. Serbuk coklat di dalam kabinet dicapainya perlahan.


   " Kau nak tahu siapa call?"


   " Siapa?" 


   " Danny..." Ujar Safura perlahan namun cukup membuatkan terdiam seketika.


   " Hanis...hanis.." Panggil Safura. Hanis kembali sedar.


   " Ta..tapi kenapa dia call rumah?" Tanya Hanis ingin tahu.


   " Dia cari kau lah. Dia try call nombor lama kau, tapi tak dapat. Dia tak tahu nombor baru kau kan. Sumpah aku terkejut masa dia call rumah tadi." Sambung fura. Ketika itu Rizman masuk ke dapur. Namun kehadirannya lansung tidak disedari Hanis. 


   " Dia tak tahu yang kau dah kahwin Hanis. Aku sendiri tak tahu nak bagitahu macammana dekat dia. Dia cakap, kemungkinan besar dia akan kembali ke sini." Beritahu fura lagi. Hanis masih terdiam, kemudian dia mengeluh dan tersenyum.


   " Baguslah kalau danny nak balik. Aku happy kalau dia balik." Ujarnya. Terkejut Safura mendengar jawapan dari Hanis. Rizman yang dengar kata-kata dari isterinya terkedu seketika.  Dia sendiri tahu bahawa Daniel memang menaruh kasih terhadap Hanis. Tapi kenapa Hanis perlu jawab macam tu. Namun Rizman tidak mahu membuat sebarang kesimpulan lagi masa tu. Dia mahu dengar sendiri apa alasan dari isterinya.


   " Kau...kau happy? Bukan ke dulu kau pernah menangis sampai jatuh sakit bila dia pergi tinggalkan kau dulu ke jepun. Bukan ke dulu kau cakap dia pernah luahkan perasaan kat kau. Kau tak takut ke kalau kehadiran dia boleh menggugat hubungan kau dengan suami kau." Hanis tergelak kecil mendengarnya.


   " Buat apa aku nak takut fura. Aku dah bahagia dengan Rizman sekarang. Apa yang penting sekarang ni, aku nak jalani hidup aku dengan bahagia bersama suami yang aku betul-betul cinta. Apa pun cabaran yang datang, insyaallah aku akan hadapi dengan baik. Aku yakin Rizman juga macam tu, sebabnya kami masing-masing ada perasaaan yang kuat. Aku yakin dengan cinta aku fura. Aku sayangkan suami aku. Aku happy bukan sebab apa fura, aku happy sebab kawan lama aku nak balik. Apa pun yang terjadi antara kami, Daniel tetap sahabat aku dan aku pasti Rizman pun akan faham." Ujarnya. 


   Safura yang dengar dihujung talian terdiam. Dia menarik nafas lega. Senang dia dengar penjelasan sahabatnya. Bagi Rizman pula, dia mengukirkan senyuman dalam diam. Hanis mematikan talian setelah berbual sedikit dengan fura. Dia terkejut apabila tiba-tiba suaminya memeluknya dari belakang.


   " Abang!" 


   " Abang dah dengar semuanya...i love you too." Tiba-tiba suaminya bersuara. Pelukan di pinggang isterinya dieratkan. Hanis tersenyum bahagia. Syukur suaminya mengerti.   


   
   

  1. finally..ade gk n3..
    best2..:)

  1. hehe...busy ckt kebelakangan ni..ngee..enjoy read k.
    =D