Cerpen -- Sweet LoVe For My Wife....


.


SL4MW ^^
     








   Dari tadi lagi tubuh itu seronok menyelam dan berenang di sungai yang tenang dan jernih itu. Tubuhnya sengaja diterapungkan. Sambil itu dia memejam matanya, menikmati keindahan semulajadi di situ. Dengan bunyi kicauan burung dan dan cuaca yang begitu tidak terlalu panas, sudah cukup membuatkan hatinya berasa damai dan selesa. Tiba-tiba...


     " Qaseh!!.." Jerit seseorang dari jauh. Akibat terkejut dengan jeritan tadi, hampir-hampir sahaja dia lemas. Kelam kabut dia membetulkan kedudukannya di dalam air. Rambut yang panjang hingga ke paras pinggang itu diselaknya ke belakang. Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan orang yang berlari ke arahnya.


      " La kau senah! Pehal kau jerit-jerit ni."


      " Mau aku tak jerit. Ibu kau cari kau tadi."


      " Ha? Eh, alamak Senah! Aku terlupa, tadi ibu aku pesan suruh beli santan kat kedai tok mat. " 


      " La, dah tu...yang kau syok bukan main berenang kat sini kenapa? Baik kau cepat, bukan main masam muka ibu kau tadi." Pesan Senah atau nama sebenarnya Hasnah. Cepat-cepat Qaseh naik ke darat dan mencapai kardigen yang digantung di pohon berdekatan.


      " Wei, takkan kau nak pergi kedai macam tu je? dengan baju basahnya, rambut kau tu lagi..tsk tsk tsk.." 


      " Ah, lantaklah. Yang penting aku nak kena cepat. Mahu lagi mengamuk ibu aku tu..." Terus Qaseh berlari anak mencapai basikalnya dan cepat-cepat dia berlalu pergi.


      " Wei, Qaseh!Qaseh!!..." Panggilan dari Senah lansung dia tak peduli. Yang pasti, keutamaan sekarang ni santan. 


    Boleh pula dia terlupa yang ibunya suruh dia pergi ke kedai runcit. Senah hanya mampu memandang kelibat temannya itu berlalu pergi tanpa sempat memberitahu lagi satu perkara. Ah, biarlah....nanti dia balik rumah nanti mesti Mak Ina dengan Pak teh bagitahu. Hmm, Qaseh...qaseh...






      ************************************************************************************************




   Dari jauh, dia menyeret basikalnya ke belakang rumahnya. Perlahan-lahan dia menyandarkan basikalnya di dinding dan masuk ke rumah melalui pintu belakang. Sebelum masuk, perkara pertama yang wajib dibuat, intai dulu. Kena tengok sekeliling. Takut-takut ibunya perasaan akan dia ketika itu. Bila dah line clear, barulah boleh lari masuk ke bilik. Hehe...


   Baru setapak dua melangkah,abang sulungnya yang ketika itu masuk ke dapur perasaan akan adik bongsunya itu. Qaseh buat isyarat meletakkan jari telunjuknya ke bibir supaya abangnya senyap. Aiman hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan arahan adiknya. Qaseh menarik nafas lega bila dia hampir mahu ke biliknya dan....


   " Ibu! Adik dah balik!" Jeritnya. Terjengil biji mata Qaseh memandang abang sulungnya itu. Kurang asam punya abang! Aiman menjulurkan lidahnya sambil ibu jarinya diangkat kepada adiknya itu. Tanpa sempat Qaseh nak cabut lari, ibunya sudah pun berjalan ke arahnya.


    " Bertuah punya anak, aku suruh beli santan pun bukan main lama baru nak balik. Ha, ni kenapa basah rambut ni??Adik pergi sungai ye?"


    " Err..err..sebenarnya ibu.."


    " Dahlah, cepat masuk bilik, tukar baju. Keringkan rambut tu. Pakai baju yang ibu dah letak atas katil tu. Cepat siap, kita ada tetamu ni." Cepat-cepat Mak Ina memintas kata anaknya. Qaseh mengerutkan dahi. Eh, tetamu??




    **************************************************************************************************




     Selepas makan malam bersama tetamu, dia keluar ke laman rumah untuk menghirup udara malam. Semasa makan malam tadi, abang long dan abang ngahnya tak habis-habis menyakat dia di depan tetamu. Naik merah mukanya menahan malu. Hampeh tul abang-abang aku ni! Dia duduk di buaian besi yang baru dibeli oleh ayahnya minggu lepas. Sambil duduk, sambil tu dia tak habis-habis merungut tentang rancangan yang baru sahaja ibu bapanya dan juga tetamunya tadi bincangkan. Pada masa itu juga, keluar seorang pemuda di pintu dan memandang ke arah Qaseh. Qaseh juga memandang lelaki itu. Boleh tahan mamat ni. Segak pun segak, sedap mata memandang. Tinggi pun boleh tahan. Kalau aku berdiri dekat dia mahu takat bawah bahu je. 


    Tanpa disangkanya lelaki itu berjalan menghampirinya. Qaseh mula duduk tak tentu arah. Apa nak buat ni, aduh...janganlah datang sini.


     " Hai.." Tegur lelaki itu.


     " Hmm..." Balas Qaseh ringkas. Pura-pura buat tak endah.


     ' Eh budak ni, boleh tahan sombong.' Bisik hati pemuda tersebut.


      " Hmm, aku cakap terus terang je. Kalau kau tak setuju dengan cadangan ibu bapa kau dengan mama papa aku, kau boleh tolak je. Aku pun tak kisah." Lelaki itu memulakan bicara.


      " Encik Hakimi, maaflah kalau saya berterus terang. Saya memang takkan setuju pun dengan cadangan tu. Saya ni muda lagi, baru je dapat result spm. Lagi pun kenapalah awak ni perlu mak ayah yang carikan calon menantu? Dah takde yang terpikat kat awak ke? Ke awak ni memilih sangat?" Selamba je Qaseh menuturkan kata-kata sebegitu. Dia tahu dia bersikap kurang sopan ketika itu. Lagi pun memang itu pun rancangannya untuk membuat lelaki itu tidak suka padanya agar nanti bolehlah lelaki itu menolak cadangan orang tuanya.


       ' Akim, sabar...sabar...budak ni memang menguji kesabaran kau. Maklumlah muda lagi. Huh....eh, kau fikir aku ni tak laku ke? Aku ni cuma tak nak hampakan mak ayah aku tahu tak! Kat pejabat tu, ramai yang nak kan aku. Kau ingat kau lawa sangat!' Dia berleter di dalam hati. Ikutkan nak je dia cakap macam tu depan gadis ni. Fikirkan kat rumah orang lain je sekarang ni. Tangannya digenggamkan menahan sabar. Qaseh perasan akan perkara tersebut. Dia menahan senyum. Benganglah tu....


      " Akim, cepat salam Mak Ina dengan Pak Teh ni. Kita dah nak balik dah ni." Panggil Datin Siti. Qaseh pula cepat-cepat berdiri dan berjalan ke arah Mama Hakimi dan menyalamnya. Senyuman manis diberi. Pergh, kalau bab berlakon, bagilah kat Qaseh ni. Datin Siti membalas senyuman gadis itu dengan gembira. Tak cukup dengan itu dia peluk pula Qaseh. Tak sabar dia nak bermenantukan gadis itu.


       " Amboi mamanya, tak menyabar-nyabar ke nak terima menantu. Bukan main anak orang tu awak peluk." Saja suaminya, Dato' Rashdan mengusik. 


    Keluarga Qaseh juga ada di situ. Masing-masing tersenyum penuh makna. Tambah-tambah pula abang-abang Qaseh, si Aiman dengan Iman. Aiman dengan Iman ni kembar. Apa je rancangan yang boleh mengenakan adik bongsu mereka, mereka setuju aja. Bukan main suka lagi mereka melihat wajah adiknya yang mula berubah ketika tengah makan malam tadi. Sebaik sahaja Dato' Rashdan sekeluarga beredar pulang, Qaseh memusingkan badannya sambil memeluk tubuh. Konon marah sangatlah tu. Abahnya awal-awal buat alasan dah mengantuk dan cepat-cepat masuk ke dalam. Abang longnya pula pura-pura betulkan buaian di situ. Angah pun join sekali. Hanya ibunya sahaja yang tenang memandang satu-satunya anak gadisnya itu.


        " I need an explanation...." Habis dah dia speaking. Along dengan angah  memang dah tahu dah, kalau si Qaseh ni start speaking, tandanya dia tak puas hatilah tu. Mentang-mentang subjek english masa SPM dapat A1. 


         " Meh sini, duduk kat ibu. Along, angah masuk." Arah ibunya.


         " Alah ibu, nak dengar juga." Kata Angah.


         " Ibu kata masuk. Pergi solat isyak, lepas tu tidur. Esok pagi kerja kan."  


         " Ibu, esok ahadlah. Cuti..." Balas Along pula. Angah dah terkekek ketawa memikirkan ibunya yang cuai itu.


         " Yelah, ibu silap. Tapi kamu berdua tak solat lagi kan. Pergi masuk solat cepat. Jangan tangguh." Mendengarkan kata muktamad ibunya, mereka berdua masuk ke dalam rumah. Kini cuma tinggal Qaseh dan ibunya sahaja.


          " Kenapa ibu buat Adik macam ni? Adik sedih tau, adik ni nakal sangat ke ibu sampaikan ibu nak kahwinkan adik dengan lelaki tu? Dahlah lelaki tu adik tak kenal lansung. Cuma nama dia je adik tahu. Huhu...sampai hati ibu buat adik macam ni." Mula dah, ayat drama dia.


     Mak Ina senyum melihat lakonan anaknya. Dia tahu Qaseh tidak akan membantah kata-katanya. Anaknya semua baik-baik belaka, apa saja kata dia dan suaminya, anak-anaknya akan ikut. Cuma kadangkala sifat nakal dalam mereka timbul juga.


          " Qaseh Mashitah, ibu dengan abah buat perancangan ni bersebab sayang. Ibu kenal sangat dengan keluarga Dato' Rashdan tu. Diorang tu keturunan baik-baik. Lagi pun, ibu dengan Datin Siti dah lama kenal. Sejak dari kami remaja lagi."


          " Bukan sebab diorang kaya ke ibu nak kahwinkan adik?" Qaseh terlanjur kata. Cepat-cepat dia menampar bibirnya.


          " Ibu, maaf..."


          " Tak mengapa sayang. Ibu tahu adik curiga dengan rancangan ibu ni. Ibu lansung tak berminat dengan kekayaan mereka. Lagi pun kekayaan tu takkan kekal. Kekayaan dunia ni tak boleh dibawa ke alam kubur sayang...."


          " Habis tu ibu?"


          " Sebenarnya dulu, datuk hakimi dengan datuk Qaseh membuat sesuatu rancangan untuk menyatukan keluarga mereka berdua. Tapi hajat mereka tak tercapai sebab ibu memilih abah untuk jadi pasangan. Dan begitu juga Dato' Rashdan yang memilih Datin Siti sebagai pasangan. Secara kebetulan dahulu, ibu dengan siti kawan rapat. Tapi masa tu masing-masing ada menyimpan kasih terhadap jejaka yang kami suka. Bila ayah ibu dapat tahu, dia tak marah pun. Malah dia yang menyatukan ibu dengan abah. Tapi masa datuk tenat dulu, dia ada hasrat yang dia sampaikan pada ibu. Dia kata kalau boleh, dia nak generasi dia bersatu dengan generasi kawan baiknya, ayah kepada Dato' Rashdan. Atas sebab itulah ibu memberitahu niat ikhlas datuk Qaseh kepada keluarga Dato' Rashdan. Dato' Rashdan pun masih ingat tentang niat arwah ayahnya dulu. Kebetulan, Datin siti mahu anaknya berkahwin sebelum mencecah umur 30 tahun. Lagi pun dia berkenan dengan Qaseh. Tambah pula, itu saja anak mereka." Terang ibunya dengan lanjut. Qaseh terlopong mendengar cerita ibunya.


          " Hmmph, tapi ibu, Qaseh muda lagi. Qaseh nak belajar lagi..." Jujur si Qaseh. Ibunya tersenyum. Bahu anak daranya dipeluk.


          " Itu Qaseh janganlah risau. Ibu yakin, bila Qaseh dah bergelar isteri kepada Hakimi nanti, ibu percaya yang Hakimi takkan halang anak ibu ni untuk terus sambung belajar. Lagi pun Datin dengan Dato' faham...Qaseh janganlah risau. Qaseh anak ibu yang baik kan...lagi pun ibu cuma nak yang terbaik untuk Qaseh. Itu saja." Kata Ibunya. Qaseh memandang mata ibunya lama. Kemudian dia memeluk ibunya dengan erat.


           " Qaseh sayang ibu. Apa pun yang ibu nak, Qaseh ikut je, Qaseh yakin dengan niat ibu..." Ujarnya. Tapi dalam hati, debaran dan resah di dadanya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu.




    ******************************************************************************************************


      Selesai majlis nikah dan sanding petang tadi, malamnya lepas sahaja membuka hadiah-hadiah yang diterima dari saudara dan sahabat handai, Qaseh masuk ke bilik. Dia tak sedar pula bahawa Hakimi awal-awal sudah masuk ke bilik pengantin. Elok je Qaseh buka pintu, terus Hakimi menjerit. Begitu juga dengan Qaseh apabila melihat lelaki itu tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang. Baju yang ada di atas katil cepat-cepat dicapai dan dipakainya. Qaseh menutup matanya. Mujurlah jeritan mereka berdua tak kuat sangat. Nasib baik bilik pengantin kat tingkat atas. Kalau tak mahu kecoh satu keluarga nanti.


          " Dah pakai belum?" Tanya Qaseh. Hakimi tersenyum melihat isteri yang baru dinikahinya itu. Terlupa pula dia yang dia dah pun sah jadi suami kepada gadis muda itu.


          " Dah, boleh buka dah mata awak tu." Katanya. Qaseh teragak-agak membuka matanya. Bila dilihat lelaki itu sudah lengkap berpakaian, dia melepaskan nafas lega.
   
    Terus dia menuju ke meja mekapnya. Segala bedak, mekap dimukanya mula dibersihkan. Hakimi yang duduk di katil memerhatikan sahaja gelagat Qaseh. Walaupun gadis itu tidak mekap, tetap terserlah kecantikannya. Semasa di masjid pagi tadi, melihat Qaseh yang begitu anggun dimekapkan dan dengan pakaian kebaya labuh sudah cukup membuatkan hatinya berdetak dengan laju. Begitu lawa dirasakan gadis itu masa itu. Qaseh perasan akan renungan lelaki itu di dalam cermin. Air liurnya ditelan. Apa nak buat ni??? Aduh...ibu abah! Tolong Qaseh....huhu...


     Tiba-tiba Hakimi bangun. Dia berjalan menghampiri Qaseh. Makin dekat makin berdegup jantungnya. Takut dia kalau lelaki itu mula meletakkan tangannya di tubuhnya. Apa pun, aku tak rela!! Warghh....!!! Walaupun dia tahu, yang Hakimi berhak ke atasnya, namun dia lansung tak bersedia mahu menempuh malam itu. Bila sahaja Hakimi rapat dengannya, jantungnya terasa seakan mahu pecah. Kaku dia duduk di situ. Hakimi perasan akan wajah Qaseh yang mula berubah itu. Saat itu mahu sahaja dia tergelak. Tapi ditahannya. Makin lama tangan Hakimi hampir dengan Qaseh. Qaseh memejam matanya. Tapi bila dia rasa lama dia pejamkan mata,  dia mula pelik sebab dia tak rasa pun yang suaminya memegangnya. Sebaliknya dia mendengar bunyi kunci berlaga. Terus dibuka matanya. Hakimi selamba memegang kunci kereta dan memandang ke arahnya.


       " Aik..." Kata Qaseh pelik. Apa pula dia nak buat dengan kunci tu?


       " Awak ni kenapa? takut sangat saya nak capai kunci kereta saya." Tanya Hakimi. Dalam diam dia masih menahan tawanya dari tersembur.


       " Awak...nak buat apa dengan kunci tu?"


       " Saya terlupa nak kunci kereta. Lagi satu phone saya tertinggal kat dalam kereta. Saya nak turun ni, nak pergi ambil." Katanya. Qaseh hanya mengangguk tanda faham apa yang sebenarnya berlaku. Apalah kau ni Qaseh, gelabah sangat pun...malunyerr!!! 


   Tanpa membuang masa lagi Hakimi keluar turun ke bawah untuk mengambil handphonenya. Sebelum dia naik ke biliknya, sempat dia bertembung dengan abang iparnya yang sulung, Aiman. Dalam masa tu sempat pula Aiman bertazkirah dan bagi pesanan kepada dia supaya menjaga adiknya dengan elok. Tak cukup dengan tu, bila dah habis dengan si Along, dia bertembung pula dengan si Iman. Sama je kembar ni, angah pun bagi nasihat. Boleh tahan panjang lebar nasihat dia bagi. Yang si Hakimi terpaksalah dengar je. Sambil tu angguk-angguk kepala mengiyakan apa sahaja yang diperkatakan. Walaupun along dengan angah ni muda dua tahun darinya, dia tetap hormati mereka berdua sebagai abang ipar. Sekarang umurnya sudah pun menjangkau 27 tahun. Bila sahaja dia masuk ke bilik, kelihatan Qaseh sudah pun terlelap di atas katil. Gadis itu sudah pun menyalin baju kurungnya tadi ke baju tidur pijamanya. Comel sungguh dia melihat gadis itu terlena. Selimut yang berada dihujung katil dicapainya dan dia menyelimutkan isterinya itu. Bantal peluk panjang diletakkan di tengah-tengah katil tersebut. Dia hormati isterinya itu. Dia tahu, gadis muda itu belum sedia dan dia tidak akan memaksa. Lampu disisi ditutup dan dia juga turut tidur di atas katil yang sama. Cuma yang memisahkan hanyalah bantal peluk .






   ***************************************************************************************************


      
      Sebulan sudah berlalu, kini Qaseh mengikut suaminya pulang ke kota raya Kuala Lumpur. Semalam dia sempat singgah di rumah mertuanya di Damansara. Hari ini, Hakimi mahu membawanya ke rumah baru mereka berdua yang terletak di sekitar Setiawangsa. 


       Demi sahaja melihat sekitar dalam rumahnya, Qaseh terlopong. Dengan hiasan dalaman rumah itu saja sudah cukup membuatkan dia kagum. Tak pernah-pernah dia duduk kat kondominium. Boleh tahan juga luas rumah ni...Hakimi curi-curi memandang wajah Qaseh. Suka dia melihat gadis itu seakan kagum dan suka dengan keadaan rumah tersebut. Tak salah lagi pilihan dia membeli rumah di situ. Lagi pun papanya juga membantunya menyumbangkan sedikit sebanyak dalam perbelanjaan untuk membeli rumah tersebut.   


          "Suka?" Tanya Hakimi. Qaseh mengangguk sambil tersenyum. Dia berlari anak melihat bilik satu persatu. Ada tiga bilik di dalam rumah tersebut. Dia terpikat dengan bilik utama. Dilihatnya pula ruang dapur dan balkoni di rumahnya. Puas hatinya melihat persekitaran di situ. Hakimi membiarkan sahaja Qaseh meninjau sekitar di rumah itu. Dia membuka television dan menonton siaran berita. Kebetulan Qaseh duduk di atas sofa yang sama. Cuma kedudukan mereka berdua agak jarak. Qaseh yang menjarakkan dirinya dengan suaminya. Hakimi sedar akan perkara itu. Namun dia perasan, semakin lama, Qaseh mula menunjukkan rasa selesa dengan dirinya. Walaupun sedikit perubahannya, dia tetap akan bersabar.


          " Awak, saya nak ambil bilik tu boleh?" Katanya. Hakimi menoleh ke arah sebelah bilik utama, kemudian dipandang isterinya. Qaseh sebenarnya sukakan bilik utama, tapi bila fikirkan rumah ini hak Hakimi, dia mengalah mengambil bilik sebelah bilik utama.


          " Kenapa tak duduk je kat bilik utama. Itu kan bilik kita." Balas Hakimi. Qaseh mengetap bibir bila Hakimi mengatakan itu bilik mereka berdua.


          " Qaseh duduk je dalam bilik utama. Itu bilik Qaseh dan bilik abang. Bilik sebelah tu boleh buat bilik untuk Qaseh study. Dan bilik yang hujung tu kita buat bilik tetamu. Manalah tahu kalau-kalau famili Qaseh datang sini ziarah kita. Kalau diorang tahu kita berdua tidur asing kan tak elok. Lagi pun kita suami isteri, apa Qaseh nak takutkan." Katanya lagi dengan nada tegas.


          " Tapi..."


          " Takde tapi-tapi. Keputusan abang muktamad." Tegas dalam kata-katanya. Qaseh diam sahaja. Tak berani nak lawan. Mulutnya mula dimuncungkan. Hmm, ingatkan dapatlah bilik sendiri...huhu..po leh wat. Ikut ajalah.


    Mahu sahaja Hakimi tergelak melihat muncung isterinya itu. Comelnya!! Rasa macam nak tarik-tarik je bibir mungil Qaseh ni. Dia menarik nafas, menahan emosinya. Sabar Hakimi...sabar sabar..




        **********************************************************************************************


            
  Sudah dua bulan Qaseh belajar di kolej yang suaminya cadangkan. Lagi pun kolej itu dekat dengan rumah mereka dan memudahkan Qaseh untuk berulang alik. Kadang-kadang Hakimi akan menjemput Qaseh dan menghantarnya. Tetapi Qaseh lebih suka pergi sendiri kalau nak diikutkan hatinya. Bukan apa, dia tidak mahu menyusahkan suaminya yang terkejar sana sini hanya untuk menjemputnya. Sedangkan dia tahu, tempat kerja suaminya jauh. Hari ini awal-awal lagi dia cakap pada suaminya supaya tidak menjemputnya dari kolej sebab sesi pembelajaran hari ini habis awal. Dia sendiri boleh menaiki pengangkutan awam LRT. 


    " Qaseh, next week kau busy ke?" Tanya Muiz, teman sekelasnya. Dia berjalan seiring dengan gadis itu. Qaseh menjarakkan dirinya dari Muiz .


    " Err, aku tak pastilah Muiz . Kenapa?"


    " Kitorang plan nak pergi camping next week. Kita pergi ramai-ramai, baru meriah." Cadangnya. Dia berharap sangat Qaseh akan ikut kumpulannya pergi bercamping pada minggu hadapan. Dapatlah dia mendekati gadis cantik itu dengan lebih rapat lagi.


    " Aku minta maaf Muiz . Aku tak dapat ikut. Aku takut suami aku tak bagi." Jujurnya. Riak wajah Muiz mula berubah. 


    " Owh, aku terlupa kau dah kahwin. Ala, kau minta je izin laki kau tu. Kalau laki kau tak bagi, kau ugutlah laki kau. Kau buatlah plan apa pun supaya laki kau setuju. Come on lah Qaseh, i'm sure your husband will understand. Lagi pun mesti you pun nak hidup bebas kan..." Selamba je lelaki itu menuturkan kata sebegitu. Tiba-tiba sahaja Qaseh rasa macam nak naik angin je masa tu. Tapi dia mampu bersabar lagi.


     " Muiz, dia tu suami aku. Apa pun yang suami aku cakap, aku harus patuh. Kalau dia tak izinkan, maknanya aku tak boleh. Kau jangan nak cuba ajar aku perkara yang tak elok. Aku tak suka!" Katanya dengan tegas. 


     " Woo....marah ke cik adik. Relakslah, aku gurau je. Bila tengok kau marah macam ni, buat aku geram pula. Makin comellah muka kau ni. Sayangnya kau dah kahwin. Kalau kau tak kahwin lagi dah lama dah aku..."


     " Dah lama apa? Eh Muiz, kalau kau takde kerja lain better kau pergilah dari sini. Aku nak balik ni. Takde masa nak layan kau. Lagi satu, Lisa tu kan awek kau, pergilah kau layan dia." Qaseh mula rasa tak selesa. Dilihatnya sekeliling, tidak ramai orang yang lalu lalang di kawasan itu. Mula dia tak sedap hati.


     " Ala, takat Lisa tu, mekap je lebih. Dia tu kalau tak mekap, aku dah tahu muka dia macam mana. Tak hadap aku nak melayan dia. Lagi pun, kau lain Qaseh, kau cantik, putih berseri, bibir kau tu paling aku tak tahan. Merah bak delima."


     " Stop it Muiz!! Aku tak suka bila kau cakap macam tu." Marahnya. Muiz berpura-pura takut. Bertambah menyampah Qaseh melihat reaksi dari Muiz . 


   Qaseh memperlajukan langkahnya. Hampir ke selekoh jalan sana, sudah sampai ke stesen LRT yang mahu dinaikinya. Muiz perasan akan langkah gadis itu yang semakin cepat. Dia mahu meluangkan masa bersendirian dengan Qaseh dengan lama lagi. Dia tak puas hati selagi Qaseh tidak melayannya. Selama dua bulan dia cuba memikat gadis itu, namun lansung tidak berkesan. Sedangkan di kolej, dia yang menjadi rebutan gadis-gadis yang buta dengan kekayaan dan kekacakannya. Muiz melihat sekeliling, tiada siapa di situ. Inilah peluangnya. Pergelangan tangan Qaseh digenggamnya. Terkejut Qaseh apabila Muiz membuat begitu padanya. Sedaya upaya Qaseh cuba melepaskan tangan Muiz dari tangannya. Namun tangan jejaka itu jauh lebih kuat dari yang dia sangka. Air mata sudah pun menitis di pipi Qaseh. Dia mula rasa sakit apabila Muiz makin kuat mencengkamnya.


     " Muiz, lepaskan aku! Sakit..." Pujuknya. Muiz lansung tak peduli akan kesakitan gadis itu. Dia suka melihat Qaseh merayu padanya.


     " Selama ni kau jual mahal. Hei, kau tahu tak, selama aku hidup ni, takde sorang pun perempuan yang aku nak aku tak dapat. Yang lain semua senang je aku dapat, tapi kau! Jual mahal!.."


     " Please Muiz, aku ni isteri orang! Tolong Muiz, lepaskan aku!" Rayunya lagi.


     " Isteri tak isteri, heh, kau fikir aku kisah?" 


  Kini kedua-dua belah tangan Qaseh digenggamnya. Tubuh gadis itu ditolak ke dinding. Qaseh merasakan sakit yang amat pada tubuh belakangnya dan juga kepalanya akibat tolakan yang kuat itu. Makin hampir dengan wajah lelaki itu dengan dirinya, makin takut Qaseh rasa. Muiz yang sudah pun dirasuk dengan hasutan syaitan itu tersenyum sinis. Kali ni dia akan dapat apa yang dia nak. Tanpa dia sedar, ada satu tumbukan hinggap di pipinya. Akibat tumbukan yang mengejut itu, tubuhnya terjatuh disebabkan dia tidak sempat mengelak. Qaseh menjerit terkejut. Dia melihat kepada lelaki yang menyelamatkannya. Mata Hakimi merah menahan marah. Dia memberikan pandangan maut pada lelaki yang berani kurang ajar dengan isterinya itu. Baju Muiz dicekaknya dan tumbukan bertalu-talu diberi kepada lelaki itu. Marahnya ketika ini tidak terkira. Tak pernah seumur dia menghayunkan tangan ke atas orang lain. Hari ini dia mencipta sejarah menumbuk lelaki remaja tersebut. Muiz lansung tidak sempat mengelak tumbukan dari Hakimi. Qaseh bertambah terkejut apabila suaminya masih lagi melepaskan tumbukan untuk kali ke empat ke wajah Muiz . Habis berdarah hidung lelaki itu dibuatnya. Cepat-cepat Qaseh menarik suaminya supaya tidak lagi membelasah teman sekolejnya.


      " Kau berani buat benda tak senonoh kat bini aku lagi, siap kau!! Dengan famili-famili kau aku akan dakwa!" Bentaknya. 


   Muiz mengesot tubuhnya ke belakang. Ketika itu dia sudah tak terdaya nak melawan lelaki tersebut. Kalau nak diikutkan fizikal, lelaki itu lebih tinggi dan besar berbanding dirinya yang jarang bersukan itu. Sedaya upaya dia bangun dan melarikan diri dari dibelasah lagi oleh suami Qaseh.


      " Qaseh okay?" Hakimi membelakangkan Qaseh sambil bertanya.


      " O..okay. Nasib baik awak ada." Katanya. Namun suaminya masih lagi tidak memandangnya. Tangan Qaseh dicapai dan dibawanya Qaseh masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan Hakimi diam saja. Dia menumpukan pemerhatiannya pada jalan raya tersebut. Qaseh mula rasa tak selesa bila suaminya lansung tak bersuara sejak kejadian tadi. Marah ke dia?




       *********************************************************************************************
      
    
   Bila balik menghantarnya pulang tadi, suaminya keluar semula untuk ke pejabat. Apabila dia pulang dari kerja sejak lewat petang tadi, Hakimi lansung tak menegurnya. Lepas solat maghrib, Hakimi masuk ke bilik sebelah, bilik pejabatnya dan juga bilik untuk Qaseh belajar. Dikuncinya bilik itu. Qaseh dah mula resah bila suaminya berkelakuan sedemikian. Dia membuat keputusan menelefon ibu mertuanya dan meminta nasihat apa yang perlu dilakukan untuk memujuk suaminya. Sejak kebelakangan ini, memang dia sudah mula rapat dengan Datin Siti. Bila dia ceritakan semuanya dari awal, Datin Siti agak terkejut mendengarnya. Namun Datin Siti menarik nafas lega apabila anak lelakinya sempat menyelamatkan menantunya.


   Datin Siti berkongsi rahsia memberitahu apa yang boleh dibuat oleh Qaseh supaya Hakimi kembali bercakap dengannya. Bila dengar je cara-cara dari ibu mertuanya, Qaseh mula mengerutkan dahi. Risau pula dia kalau plannya tak menjadi. Selepas beberapa minit sudah berbincang dengan ibu mertuanya, talian dimatikan. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Rambutnya yang ikal mayang itu diikat sanggul. Dia menarik notebook yang ada di atas meja. Dibuka resipi yang ibu mertuanya cadangkan. Bila dah tengok resipi tu dan sudah difahamkan, Qaseh memulakan tugasnya dengan penuh yakin.




    Hakimi menumpukan perhatiannya pada skrin laptop. Sebenarnya, bukanlah kerja itu yang ditumpunya. Dia lebih memikirkan kejadian tengahari tadi. Dia rasa tercabar bila lelaki itu berkasar dengan isterinya. Tapi bukan salah isterinya pun. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia perlu mendiamkan diri dari bercakap dengan isterinya. Tiba-tiba fikirannya terhapus tatkala dia terbau sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia bangkit dari kerusi dan menuju ke pintu. Sah, memang ini baunya. Cepat-cepat tombol pintu itu dipulas. Kelihatan Qaseh berdiri sambil menatang kek coklat cair. Sambil itu disertakan dengan senyuman yang penuh menawan untuk suaminya. Di atas kek tu tertulis ' i'm sorry...' . 


    Hakimi mengawal ekspresi mukanya. Ikutkan nak je dia senyum balik pada isterinya itu. Bukan itu sahaja, bau haruman kek coklat cair itu memang menguji nafsunya ketika ini. Ditambah pula, dia masih lagi tidak makan malam.


      " Ni apa semua ni?" Dengan nada berlagak dia bertanya. Qaseh dah tersengih-sengih. Alahai laki aku ni, comelnya dia merajuk!


      " Ini namanya kek coklat cair. Favourite awaklah! Saya tahu awak teringin kan..." Godanya. Hakimi menelan air liur. Namun ekspresi wajahnya masih lagi dikawal. Dia menayangkan wajah yang serius.


      " Hmmph, apa sangatlah dengan kek ni. Dahlah, abang nak tengok tv." Terus dia berlalu ke ruang tamu. Qaseh tersenyum melihat gelagat suaminya yang tak mahu give up itu.


      " Urm, kalau awak tak nak takpelah. Saya bagi kek ni kat jiran sebelah jelah." Tiada respon dari lelaki itu. Qaseh berjalan perlahan menuju ke pintu depan. Baru je dia nak tarik selak pintu, tangan Hakimi menghalangnya dari dia membukanya. 


      " Tahu je kan macammana nak pujuk abang." Kata Hakimi. Qaseh tersengih. Dia meletakkan kek itu di atas meja dapur. Hakimi mengambil pisau dan mahu membelah kek tersebut. Namun cepat-cepat Qaseh menghalang.


      " Awak tak boleh makan kek ni lagi, sini dulu..." Tangan Hakimi dipegang erat. Dia membawa Hakimi ke meja makan. Tudung saji dibuka. Bersinar mata Hakimi memandang lauk pauk yang disediakan isterinya. Ketam masak lemak cili api elok terhidang di atas meja. Makin lebar senyumannya. 


       " Qaseh sediakan semua ni?"


       " Iyela, ingat Qaseh tak reti masak ke favourite abang? Ni resipi dari mama tau. Puas Qaseh minta kat mama tadi. Awak kan tak makan malam lagi. Kita makan sama-sama ek..." Pujuk Qaseh lagi. Kali ni Hakimi betul-betul cair dengan kesungguhan isterinya memujuknya. Pinggan diambil, dan Qaseh mencedok nasi untuk suaminya. Tatkala dia menyerahkan pinggan itu kepada Hakimi, dia memandang mata Hakimi lama.


       " Abang, saya minta maaf atas kejadian tadi...." Ucapnya dengan bersungguh. Hakimi mengambil pinggan itu dari tangan isterinya dan diletakkan di atas meja. Dia menggegam tangan isterinya dengan erat. Untuk pertama kalinya selepas tiga bula berkahwin, barulah dia berani memanggil suaminya abang.


       " It's okay. Abang yang emosi terlebih. Abang risaukan keselamatan Qaseh. Tiap kali abang fikirkan hal tu, abang jadi takut. Abang tak nak kehilangan Qaseh." Luahnya dengan jujur. Qaseh terharu dengan pengakuan suaminya. 


       " Kalau Qaseh tak degil, kalau Qaseh ikutkan kata abang supaya abang jemput tadi, mesti perkara tadi tu tak berlaku." Hakimi tersenyum.


       " Abang suka bila Qaseh panggil abang. Kan manis je didengar..."


       " Ala abang ni, lari topiklah! Dahlah, duduk...makan cepat!" Saja dia buat suara tegas. Sebenarnya dia lebih malu dengan kata suaminya itu. Hakimi tergelak melihat gelagat Qaseh. 


    Dia masih lagi tidak duduk. Dia memberanikan diri memeluk tubuh lansing Qaseh dan dirapatkan tubuh itu dekat tubuhnya. Qaseh terpana. Alamak!! Nak buat apa ni! Nak cabut lari dah tak sempat dah...


      Tanpa dia sedar, suaminya menghadiahkan sebuah kucupan dibibirnya. Terus dia tergamam. Bukan tergamam je, bak kata orang terus kaku dah macam batu. Hakimi yang sedang mengucup bibir mungil Qaseh berhenti. Dia menjarakkan bibirnya dari bibir isterinya. Dilihatnya isterinya seakan patung yang tak bergerak. Mata Qaseh terbeliak menerima kucupan pertama dalam hidupnya. Terus Hakimi menghamburkan ketawanya. Kelakar dia melihat reaksi isterinya.


        " You know what, you are the sweetest love that Allah send to me in my life. Abang takkan sesekali biarkan sayang terluka. And please, accept my sweet love..." Ujarnya dengan nada romantis. Lambat-lambat Qaseh tersedar kata-kata dari suaminya. Dia tersenyum malu. Dada suaminya ditampar lembut. Konon malu sangatlah tu. Muka dah naik merah tahan malu. Ni kalau abang long dengan abang ngah nampak aku gedik macam ni, sumpah diorang akan menyakat aku seumur hidup..Haha!! Ah, lantaklah! Janji aku dengan suami aku bahagia!!hehe..








   ******************************************** THE END ********************************************




     






* p/s : Cerpen pendek untuk tatapan pembaca kat sini. Sahara tahu sahara da jarang sangat update novel kebelakangan ni sbb busy sikit..tapi kali ni Sahara dapat fresh idea..walaupun cerita cinta selepas berkahwin ni dah banyak orang tulis, tapi Sahara suka sangat dengan istilah bercinta selepas kahwin. Kan lebih sweet tu. Nak cinta lepas kahwin lagi bagus, lagi halal kan..hehe..pe2 pun enjoy read okay. Kalau boleh komen2la sikit..thank you =)
    












      

  1. Best!he3. Kalau boleh buatlah cerpen lagi ;)

  1. Orait..insyaallah. Terima kasih sbb sudi bace cerpen yg x seberapa ni.baru lg bertatih dlm bidang penulisan ni. banyak sgt nk kn blaja.thanks k=)

  1. Comelnyaaaa cerita ni! Suka! :DD
    Along dengan Angah pon kemain tumpang sekaki bagi nasihat kat adik ipar yg lagi tua dari mereka. Hehehe :D

  1. Saya setuju... cinta lepas kahwin sweeet jee... :)

  1. daebak...cerpen ni mmg sweet. Sesuai dgn tajuk. Lain kali tulis la lg ea.. Hehe. ;)

  1. menarik..pbanyakan wat cerpen g k..from SS..hihi

  1. terima ksh sumer..hehe. insyaallah kalau ada masa Sahara akan menulis cerpen lg k..hehe.peace (^^,)v

  1. Suka dengan cite nie best teruskan ye

  1. sweet je! cute couple laa, ske karya Sahara ni. :D

  1. i like story nie..wat lagi ye

  1. best larr cerita ni! jalan cerita menarik sangat! dan penggunaan bahasa pon okay!! thumbs up to you ,sahara :D

  1. so sweet..ske cerita lepas kahwin..best je :)

  1. best cerpen nie..act' sya suke cite cinta lepas nikah nie sbb ianya sgt sweet n dorang halal tuk' brsentuh'n x salh dsisi agama klu brsntuh'n..perbanyakkn lgi cite cam nie..cite nie leh dijdkn novel..mesti gempaknyelh..nice try writer.miss z sory lau sya de skitkn hati writers..

  1. Sweet ma^_^!

  1. Eee...bestnye! Sweet je... comel!kalau bole buat la lg., heee:)

  1. Hehe,trimas..kalo ade masa sy akn buat lg smbungan die :)

  1. baguslah ada usaha... semoga dapat jadi penulis yang lebih baik. cadangan bole ka? hehe, try out something different. i mean,jgn bawak cerita yg common. reader get boring easily. bye

  1. Sweet.. suke sgt

  1. Aduhh duhh-ii pehall citee niee sweet sngad .. aduhh best giloss duhh .. senyum sengsorng ak bce hehe please buat cerpen pgi ... hahahaha

  1. seriously , memang best gila

  1. seriously , memang best gila kot

  1. ya allah bestnya so sweet

  1. So sweet....best gile... saya pon nk becinta lepas kawin la... hehehehe just kidding😁😁papepon terbaik....

  1. Best nye sis..alahai..cayak sqye dibuatnye..romantiknye

  1. sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

  1. Daebak....huhuhu sweet gile

  1. Best citer you ni.Jalan citer yg menarik dan sangat bagus

  1. kita suka jalan cerita nie. comey jaa, sweet gitu. daebak!