CINTA BLoGGER....45


.


Bab 45





Kini sudah enam bulan peristiwa itu berlaku, Hanis termenung mengenangkan perihal arwah ibu tiri Rizman yang sanggup berbuat begitu semata-mata kerana dendam. Sambil itu dia terkenang akan perkenalannya dengan suaminya semasa awal-awal dulu. Banyak betul perkara yang berlaku sepanjang dia mula kenal dengan suaminya. Dia keluarkan keluhan penat. Kebelakangan ni, dia mudah sangat letih. Mungkin kerana perutnya yang sudah semakin membesar. Azura yang melintas melalui bilik pejabatnya berhenti melangkah. Dia mengetuk bilik Hanis perlahan, namun tiada respon yang diterima.

       “ Ehem..” Akhirnya Azura terpaksa berdehem, barulah Hanis tersentak dari lamunannya.

        “ Hai lah mak buyung kita ni. Entah apa yang dimenungkan tu sampaikan kak zu lalu sini pun kau tak sedar dik oit…” Hanis tersengih malu ditegur sedemikian oleh teman sepejabatnya itu.

        “ Kenapa kak zu? Ada apa-apa ke?”

        “ Hmm, takdelah apa pun. Kak zu saja lalu sini, nak pergi jumpa Daniel sekejap. Tapi Kak Zu ternampak kau termenung semacam je, tu yang akak masuk ni. Hanis okay ke ni?”

         “ Eh, okay je kak.”

         “ Betul ni? Tapi kak zu tengok kau semacam jelah hari ni. Muka tu nampak benar penatnya. Pergilah balik. Ambil EL je hari ni. Lagi pun due kau nak bersalin pun tak lama lagi kan. Patutnya perut dah macam ni, kau patut duduk rumah je Hanis.”

         “ Ala akak ni, dah macam husband saya pula bisingnya. Selagi saya mampu, saya akan buat kerja ni kak. Lagi pun malaslah nak delay semua kerja ni. Nanti susah.”

         “ Tengok tu, degilnya. Cubit kang nak?” Sengaja Azura bergurau senda. Kebetulan masa itu Daniel lalu di hadapan bilik Hanis. Azura yang perasan akan kehadiran lelaki cina itu, segera keluar dari bilik dan memanggilnya.

         “ Daniel, banyak kerja ke sekarang ni? Ke ada meeting lepas ni?” Tanya Azura pada lelaki itu. Daniel melihat jam tangannya kemudian dia memandang wanita berusia 30-an itu.

          “ I ada meeting lepas pukul tiga nanti. Why?”

          “ I need your help. Boleh tolong hantar Hanis balik rumah tak? Kak zu risaulah.”

          “ Dia tak sihat ke?” Tanya Daniel dengan nada risau.

          “ Hmm, akak pun tak surelah dik. Tapi Hanis tu nampak penat semacam. Tak elok untuk kandungan dia tu. Daniel tolong hantar dia balik okay. Nak bagi dia drive sendiri lagilah akak risau.” Pinta Azura. Daniel membalas dengan anggukan dan senyuman. Untuk Hanis, apa salahnya. Azura senyum lega dengan balasan lelaki itu. Dia masuk semula ke bilik pejabat Hanis.

           “ Dah dah, kemas barang awak tu. Komputer ni biar kak zu yang off kan.” Terpinga-pinga Hanis dibuatnya.

           “ Eh kak zu, apa ni?” Tanyanya. Tak sempat dia nak menghalang, Azura sudah pun shut down komputernya. Dia berpaling menghadap Hanis sambil tersenyum.

           “ Kak zu nak Hanis balik dan berehat. Look at yourself dear, you really not looking well. You look tired. And…it’s not good for you and your baby okay. You have to know that.” Azura menasihatinya. Hanis melepaskan keluhan berat.

           “ Tapi kak zu, lepas ni pukul tiga saya ada meeting dengan pihak penganjur dari Johor. Tak boleh kak.”

           “ Please Hanis. Just rehat okay! Yang lain tu biar Daniel handle. Lagi pun Dato’ mesti faham punya. Don’t worry about it.”

           “ Fine fine, saya balik.” Katanya dengan nada mengalah. Kunci kereta dari beg tangannya dikeluarkan. Baru je dia keluarkan kuncinya itu, Azura awal-awal dah merampasnya.

           “ La, apa ni Kak zu? Macam mana saya nak balik kalau akak ambil kunci kereta saya tu?”

           “ Kak Zu dah minta tolong Daniel hantarkan Hanis balik. Kereta Hanis tu, nanti akak akan suruh pekerja kita yang lain tolong hantarkan. Kak Zu risaulah kalau kau drive dalam keadaan macam ni. Okay?”

           “ Ish, kak zu ni, buat apa susahkan dia. Dahlah petang karang dia nak kena handle meeting tu tanpa saya. Ni dia kena hantar saya pula. Aduh akak ni, takpe kak. Saya suruh husband saya je ambil saya. Tak mahulah susahkan Daniel.” Baru je dia nak mengambil telefon bimbitnya, Daniel dah pun mengetuk pintu bilik Hanis.

           “ Come Hanis. Let me send you home. Tak payah susah nak call Ryo, dia kan kerja juga. Lagi pun lepas I hantar you balik I ingat nak terus pergi lunch je. Senang nanti.” Kata-kata dari Daniel difikirkan dengan mendalam. Hanis melihat jam di atas mejanya. Lagi setengah jam waktu makan tengahari. Ada betul juga tu. Akhirnya dia mengalah dengan cadangan Azura dan juga Daniel. Takpelah, aku boleh mesej suami aku bagitahu hal ni.


     *******************************************************************************************


         “ Ryo.”

         “ Yo, what’s up..” Balasnya riang. Fariz dan Firdaus tersenyum. Apa kena mamat ni ceria semacam hari ni.

         “ Kau ada apa-apa ke Ryo?” Tanya Fariz.

         “ Ada apa?” Tanya Ryo pula.

         “ Yela, riang semacam je aku tengok kau ni.” Balas Firdaus pula.

         “ Ni ha, aku tengah terfikir nak letak nama anak aku nanti apa, aku tengok majalah ni ha, kebetulan ada page pasal cadangan nama bakal anak kan, so aku bacalah. Nama yang dia suggest dalam list tu semua cantik-cantik.”

         “ Urm, pasal tu je ke? Ingatkan apalah tadi.” Kata Fariz. Lensa kameranya dilap dengan cermat. Sambil tu matanya sempat memandang Ryo. Kelihatan lelaki tinggi lampai itu mula meraba poket seluarnya dengan riak wajah yang mula berubah.

         “ Ha, ni kenapa pula?” Tanya Firdaus. Ryo mula menepuk dahinya.

         “ Aduh, wei, aku rasa phone aku tertinggal kat rumahlah.” Katanya.

         “ Dah tu?”

         “ Aku nak balik ambil.” Jawabnya. Firdaus menghalangnya melangkah sebelum sempat lelaki itu mencapai tombol pintu.

         “ Ambil lepas habis shooting nanti.” Arahnya.

         “ Ala Daus, please. Sekejap je. Tak sampai 20 minit aku drive. Nanti aku datang balik.” Firdaus diam memandangnya, kemudian dia memandang pula ke arah Fariz. Fariz yang mengerti akan pandangan dari Firdaus mengeluh.

         “ Bagi jelah dia balik kejap. Lagi pun model yang lain pun tak sampai lagi ni. Kalau ada yang sampai awal kejap lagi, aku ambil shoot diorang dulu.” Kata Fariz. Ryo tersenyum mendengarnya. Sejak kebelakangan ni, sifat baran Fariz sudah pun berkurangan dan mudah bertolak ansur.

         “ Fine, you can go now. Tapi, balik sini cepat.” Arah Firdaus. Walaupun dia berkawan baik dengan model itu, sebagai pengurus agensi, ketegasan harus diambil kira.


       ***********************************************************************************************

      “ Well, thanks Danny for the ride.” Ucap Hanis. Tali pinggang keledar dibuka.

      “ Your most welcome.” Balas Daniel sambil tersenyum. Dia sempat melihat sekitar wajah gadis itu. Walaupun Hanis dalam keadaan sarat mengandung, namun keserian wajahnya lansung tak pudar. Malah dari pandangan matanya, Hanis semakin nampak menawan dari hari ke hari. Dia tahu dia lansung dah takde harapan untuk memiliki Hanis untuk menjadi miliknya. Namun, perasaanya sukar dihapuskan.

    Semasa Hanis keluar dari kereta milik Daniel, lelaki itu juga turut keluar. Hanis pelik melihat reaksi lelaki itu.

       “ Kenapa Danny?”

       “ I patut teman you sampai depan rumah. Tu janji I pada Kak Zu. She said, I should keep you safe for sure.” Jawabnya. Hanis tergelak mendengar alas an yang diberi.

       “ Danny, it’s okay. I bukan kanak-kanak okay. Lagi pun I cuma perlu naik lif sampai je. Bukan susah pun.”

       “ You sure?”

       “ Yes Danny, I’m really sure!” Balas Hanis.

    Walaupun ketika itu dia merasa pening yang amat, tapi dia tak mahu lagi menyusahkan sahabatnya ketika ini. Cuma yang dia berharap ketika ini, lepas je sampai rumah nanti, dia nak tidur secukupnya. Daniel melihat Hanis berlalu pergi menuju kea rah lif. Butang ‘up’ ditekan gadis itu. Sementara dia menunggu lif tiba, sempat dia mengurut kepalanya. Daniel yang baru sahaja masuk ke dalam keretanya memandang kelakuan Hanis yang ketika itu sedang memicit kepalanya. Tidak lama kemudian dia melihat Hanis mula memegang dinding seolah-olah cuba mengimbangkan badannya. Cepat-cepat Daniel keluar dan berlari mendapatkan Hanis dan memegang lengan sahabatnya itu. Hanis terkejut. Sangkanya Daniel sudah pun berlalu pergi.


          “ You really not okay Hanis. Let me take you to the hospital right now.” Kata Daniel.

    Hanis cuba sedaya upaya untuk menarik lengannya dari Daniel, namun lelaki itu kuat menggegam. Dia risau kalau-kalau Hanis tersungkur di situ. Dengan tiba-tiba dan tanpa disangka, Daniel terasa dirinya ditarik ke belakang dan mula terasa pedih di muka akibat ditumbuk. Pandangannya berpinar. Dia cuba melihat gerangan orang yang menyerangnya itu. Kelihatan di depannya ini, Ryo sedang menahan marah yang amat. Model itu mula mencekak leher baju Daniel dengan kasar. Bertambah terkejut Hanis dibuatnya. Dengan sekelip mata semuanya terjadi di depan matanya.

          “ Jantan jenis apa kau ni ha?! Dah terang-terang bini aku tengah sarat mengandung pun kau cuba menggatal lagi dengan dia!” Rizman menengking Daniel tanpa sempat Daniel cuba menjelaskan apa yang berlaku.

          “ Abang, stop it.” Kata Hanis dengan nada yang lemah. Dia mengenggam lengan suaminya. Rizman berpaling melihat Hanis yang mula menunduk kemudian terduduk di lantai. Dengan segera Daniel dilepaskan dan dia cepat-cepat merangkul isterinya itu.

          “ Ayang, what’s wrong?” Soalnya. Daniel bangun sambil mengelap darah bibirnya. Dia melihat Hanis yang mula memejamkan mata.

          “ Ryo, cepat hantar dia ke hospital. There is no time I can explain right now what really happened. Just hurry up!” Arah Daniel. Tanpa berlengah lagi, Rizman mengendong Hanis dan bawanya masuk ke dalam kereta milik Daniel. Lelaki cina itu segera memandu keluar dari perkarangan kondominium tersebut. Di tempat duduk belakang, Rizman mengusap dahi isterinya dengan lembut. Risau dia melihat keadaan Hanis ketika itu. Kemudian pandangannya di alih ke depan. Dari belakang, dia melihat Daniel yang ketika itu sedang memandu, senyap sepanjang perjalanan. Kini perasaan serba salah mula hadir di lubuk hatinya.

     

         ***************************************************************************************


      Pandangannya sekejap-kejap dihalakan ke arah bilik wad. Kemudian diarahkan pula memandang lelaki yang duduk jauh darinya. Kelihatan lelaki itu sedang bercakap sesuatu di telefon bimbitnya. 


      Tidak lama kemudian doktor wanita yang bertanggungjawab merawat isterinya keluar. Cepat-cepat Rizman mendapatkan doktor yang itu. Daniel yang baru habis berbual di talian, melihat akan perbincangan antara Ryo dan doktor tersebut. Doktor itu tersenyum pada Ryo. Model itu membalas dengan bersalam doktor tersebut sambil melepaskan keluahan lega. Daniel mengukirkan senyuman. Kini tahulah dia yang Hanis dalam keadaan selamat. Dia bangun dan mahu beredar dari situ. 

       " Daniel, wait!" Laung Ryo dari jauh.

       " What?" Balas lelaki itu acuh tak acuh. 

       " Look, i'm sorry. I minta maaf sangat-sangat atas apa yang dah i buat pada you. Seriously, memang salah i. I tak fikir panjang. Masa tu, i rasa marah sangat bila you pegang isteri i tanpa i tahu perkara sebenarnya. I'm sorry okay. You nak tumbuk i balik pun takpe. I memang patut kena."

    Daniel menggegam tangannya mula berura-ura mahu menumbuk wajah Ryo. Tetapi sampai sahaja tangannya di depan wajah model itu, tangannya berhenti. Daniel tersengih. Dia menepuk bahu Ryo dengan agak kuat.

       " You tak salah Ryo. Dan i tak salahkan you pun kalau you rasa marah masa tu. Lagi pun sebagai suami, mestilah you rasa tercabar bukan. But, just for you know, i do still have feeling for your wife. Itu i tak boleh nafikan." Tersentak Ryo mendengar penjelasan dari Daniel.

       " Tapi, sekarang i cuba nak hapuskan perasaan tu dari hati i ni. Cuma i perlukan masa. You jangan risau, i tak sejahat tu Ryo. I takkan rampas hak orang lain. Yang penting sekarang ni, you should take care of your wife. Lagi pun i rasa, tak lama lagi your daughter will born right? So, fokus kat diorang berdua okay.." Pesannya.

     Daniel melangkah pergi. Lama Rizman terdiam. Wait, macam mana dia tahu yang bakal anak aku tu perempuan? hmm...tapi lama-kelamaan senyuman terukir di bibir Rizman. Memang benar kata Daniel, aku patut fokus terhadap bini dan anak aku. Lagi pun tak mustahil dalam beberapa jam Hanis akan bersalin. Siapa sangka, semasa Hanis sudah tiba di wad lagi,  doktor sudah pun pesan padanya yang bila-bila masa dari sekarang Hanis akan melahirkan anak. Walaupun awal dari tarikh yang dijangka, dia perlu terima semuanya ketika ini. Dia berdoa dalam hatinya supaya isterinya dan anaknya selamat dengan kehendakNYA.

     Lelaki itu memandang tingkap atas bangunan hospital tersebut. Sambil itu diusapnya lembut bibirnya yang mula membengkak itu. Ikutkan hati mahu je dia balas tumbukan dari Ryo tadi. Namun, mengenangkan lelaki itu suami sahabatnya, dia mula bertolak ansur. Selama berbulan lamanya dia cuba mendekati Hanis dan cuba membuatkan gadis itu dekat dengan dirinya, namun semuanya tak berhasil. Selama dia berbual atau berborak dengan Hanis, gadis itu pasti akan menyebut perihal suaminya. Nampak sangat yang Hanis betul-betul mencintai Ryo. Tiba-tiba Daniel tergelak kecil. Dia sudah merasakan dirinya benar-benar kalah kali ini. Salah dia juga kalau nak diikutkan. Kalaulah boleh masa diputarkan balik, sudah pasti dia akan meluahkan hatinya pada Hanis sebelum gadis itu berjumpa dengan model tersebut. 

     " Semoga kau berbahagia Hanis. Kali ni aku betul-betul takkan ganggu kau dah..." Ucapnya penuh makna. Walaupun dia dalam kereta sekarang ini, namun dia luahkan juga ucapannya dengan rasa berat hati. Akhirnya kereta itu dipandu keluar dari perkarangan hospital.


      *********************************************************************************************


  
     " Jue!" Jerit Puan Zainab dari atas rumahnya. Jumaidah yang sedang mencuci motor milik arwah bapanya berhenti mengelap.

     " Ye mak...jue kat bawah ni."

     " Buat apa tu?" Terpancul muka ibunya di tingkap rumah.

     " Basuh motor ayah ni. Kenapa?"

     " Siap nak, malam karang kita gerak pergi kL."

     " Aik, kenapa mak?"

     " Kakak kamu dah bersalin dah pun." Ujarnya. 

     " Ye ke mak? Yahoo!!" Bukan main seronok Jue bersorak. Sampaikan anak tok penghulu yang hensem tu lalu pun dia tak perasan.

     " Jangan nak seronok sangat. Cepat habiskan kerja tu. Lepas tu siap apa yang patut."

     " Eh, mak, siapa yang nak hantar kita nanti?"

     " Mak dah telefon Pak Murad. Nanti dia tolong hantarkan. Lagi pun memang dia nak ke sana pun, nak jumpa kawan lama dia. Alang-alang tu kita tumpanglah dia. Cepat sikit tau. Lepas maghrib kita bertolak." Pesan ibunya lagi. 

     " Yes mam!!" Balas jue sambil membuat aksi ala-ala tentera. Sambil itu dia menyambung mencuci motor itu dengan segera sambil bersiul-siul kecil. Yey yey....aku dapat anak buah! Bestnyer!!


          ***************************************************************************************

   
    Riuh rumah tiga tingkat itu dengan suasana yang penuh ceria. Masing-masing tak sabar nak tunggu kepulangan Hanis dengan Rizman. Sheera dengan Eyqa ketika itu baru sampai terkejut melihat suasana di rumah Dato' Maznah. Mana taknya, belon gantung sana sini. Dah tu, siap dengan kain rentang ucap tahniah bagai kat ruang tamu tu.

      " Mak aih....dah rupa apa dah rumah ni ha. Belon sana sini." Kata Sheera.

      " Kau tahu jelah granny aku tu, bukan main excited nak sambut cicit sulung dia." Kata Eyqa. 
Dari jauh Eyqa terlihat sesuatu kemudian senyum.

      " Kak tiha!" Laungnya. Fathiha yang ketika itu baru keluar dari dapur terkejut dipanggil oleh Eyqa.

      " La Eyqa rupanya, bila sampai?"

      " Baru je kak. Abang Is mana kak?"

      " Keluar kejap. Tadi granny suruh abang pergi beli barang sikit untuk masak malam karang." Balasnya. Eyqa melihat perut Fathiha yang sudah pun membulat. Tak lama lagi bertambah lagi soranglah cicit kat rumah ni.Hehe..


      " Lin, santan mana?" Tanya Puan Zainab.

      " Rasanya Lin letak kat tepi rak pinggan tadi tu kak. Cuba akak cari kat situ." Balas Puan Shazlin.

      " Mama, air ni dah bubuh gula ke?" Tanya Eyqa yang ketika itu baru masuk ke dapur. Sheera dah syok bersembang kat luar dengan Fathiha.

      " Dah rasanya. Tadi jue yang masukkan." Balas puan Shazlin.

      " Cuba rasa Eyqa. Sedap tak Jue buat?" Eyqa mengambil gelas, kemudian menuang air minuman tersebut dan merasanya.

      " Manisnya sayang oit!..." Komennya sambil riak wajahnya menahan kemanisan yang melampau. Jue dah tergelak terkekek-kekek melihatnya.

      " Cis jue ni, suka mengusik Eyqa macam ni kan." Kata Eyqa sambil tersenyum. Jue ketawa lagi.

      " Ala, saja je. Manis sangat ke? Nanti Jue tambah air." Tidak lama kemudian, dari dapur mereka mendengar suara di ruang tamu yang mula riuh. Tak lain tak bukan, Hanis dengan Rizman dah baliklah tu. Cepat-cepat Eyqa dan Jue berlumba lari keluar. Puan Shazlin dan Puan Zainab masing-masing menggelengkan kepala melihat telatah anak dara mereka.

      " Hei baby, comelnya!!!" Kata Sheera. Dia pula excited tengok anak orang. Haha..

      " Comel lagi anak kita kot..." Tiba-tiba ada suara yang mengusiknya dibelakang. Bila dilihat, rupa-rupanya Fariz si jurugambar yang dia anti tu.

      " Apa kau kata tadi?"

      " Takde apa.." Selamba dia berjalan melintas depan Sheera. Sambil tu sempat dia klik beberapa shot untuk dimuatkan dalam kameranya. Terkejut Sheera dibuatnya. Hampeh betul mamat ni! Tak habis-habis ambil gambar mengejut.

      " Wei Eyqa, kenapa mamat kamera tu ada kat sini?" Tanya Sheera ingin tahu.

      " Siapa? Fariz?"

      " Yela, siapa lagi."

      " Owh, abang aku jemput kot. Hari ni memandangkan semua ada, abang aku nak tangkap gambarlah tu. Gambar family." Ujarnya. 

      
     " Hanis macam mana? Okay tak?" Tanya Puan Shazlin ramah.

     " Okay mama. Duduk hospital pun asyik rehat je." Katanya. Dia melihat sekitar ruang tamu, semua ada. Nampaknya semua gembira melihat kehadiran insan baru dalam keluarga ni. Si Fariz pula, tak habis-habis ambil gambar anaknya.

     " Pergh, gila lah anak kau Riz . Aku main tangkap je gambar dia, pandai dia posing." Usiknya. Rizman menampah kuat bahu Fariz.

      " Banyaklah kau posing, perli ke apa?"

      " Haha, aku memuji ni, mana lah tahu anak kau nanti lagi kuat posing depan kamera berbanding dengan kau."

      " Ish budak ni, aku lesing kang..." Ugutnya main-main. Fariz dah buat lagak ampun bagai. Tergelak Hanis melihat suaminya bergurau senda dengan Fariz.

    Tak lama kemudian, Fariz memanggil kesemua yang ada di ruang tamu untuk sesi tangkap gambar. Dah macam reaksi yang Hanis nampak. Si Sheera dah mengeluarkan lip glossnya dan mula dicalitkan pada bibirnya. Masa itu Fariz dah mula menyakat Sheera dengan menangkap beberapa keping gambar. Mengamuk minah tu dibuatnya. Yang si Jue pula dah betul-betulkan tudungnya. Eyqa membetulkan pin tudung Jue. Puan Zainab sibuk mendukung cucunya dan didodoikan dengan lagu irama klasik.  Encik Azhar pula sibuk susunkan anak-anak dan menantunya supaya duduk di kerusi yang disediakan. Hanis menggelengkan kepala melihat telatah masing-masing. Hai lah, macam-macam.

     Bila kamera dalam keadaan sedia, 1...2....3...
  
  
KLIK !!!


        Potret keluarga itu tergantung di dinding rumahnya. Sambil mengelap gambar itu, dia mengimbas kembali kenangan beberapa bulan yang lepas. Sedar-sedar anaknya sudah pun berusia sembilan bulan dan lincah merangkak sana sini. Kadang-kadang habis semua barang yang ingin dicapainya. Kini, Rizman sudah pun mengurangkan aktiviti modelnya dan banyak masa diluangkan bersama isteri dan anak. Kata Rizman, mungkin dalam masa lima atau enam tahun yang akan datang, suaminya akan bersara dalam bidang modelling dan bekerja membantu datuknya dalam perniagaan. Hanis pula, dah diarahkan oleh suaminya untuk berhenti kerja. Mulanya dia membantah juga, tapi memikirkan anaknya yang semakin membesar, diturutkan juga kata suaminya itu.

        Dia melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur di atas tilam. Dia tersenyum. Laptopnya dibuka dan perkara pertama yang dibuatnya, dia membuka blognya. Sejak dah duduk rumah je, dia kerap update blog miliknya. Dan sekarang blog itu penuh dengan gambar dia, Rizman dan juga anak mereka. Pernah juga dia cakap mahu delete akaun blognya, namun cepat-cepat Rizman menghalang. Katanya blog itulah yang membuatkan dia dan Rizman bersatu. Hehe, bak kata suaminya, dah macam cinta blogger hidup diorang ni. Ketawa dia mendengarnya. Ada saja....Apa sahaja pun, satu je harapan dia. Supaya kebahagiaan yang dia kecapi kini, akan berkekalan. Amin.....