CINTA BLoGGER....46 (END)


.




Bab 46 (END)





Empat tahun kemudian.....

    

   " Arghh, benci benci benci !!!" Luahnya. Eyqa yang tengah makan buah epal itu hanya melihat temannya menjerit tak tentu hala. Ni mesti kes dengan jurugambar tu.

   " Rileks sudah. Lagi kau buat perangai macam ni, lagilah dia suka mengacau kau." Tenang Eyqa berkata. Sheera memberikan pandangan tajam terhadapnya.

   " Rileks kau kata??! Wei, kau tengoklah ni....penuh gambar aku yang tak sepatutnya. Huhu.." Katanya sambil menunjuk ke skrin ipad  miliknya. Eyqa tersengih. 

   " Boleh kau sengih je Eyqa? Hei, kau tak kesian ke kat aku?" 

   " Kau tak pelik ke Sheera?"

   " Pelik apa?"

   " Yela, cuba kau tengok kat blog dia, kenapa muka kau je yang penuh? Selain tu, mana ada gambar perempuan lain kecuali kau je kat dalam blog dia ni. Picture yang lain pun kebanyakkannya gambar tentang alam semulajadi. Bukitla, sungailah, binatang...tapi, cuma gambar kau je yang dia suka upload ke blog dia. Kau tak rasa dia buat tu bersebab ke?"

   " Ha'a kan. Hmm, apa pun sebab dia, aku dah tahu pun." Selamba Sheera menuturkan rasa tahunya. Eyqa berhenti menggigit buah epal itu dan memandang Sheera. Eh, takkan cepat pula minah ni pick up?

   " Sebab apa?" Tanya Eyqa ingin tahu.

   " Dah terang-terang dia letak gambar aku kat sini sebab dia nak pedajal aku. Huhu..." Aduh! Eyqa menepuk dahinya. Memang slow betul kawan dia ni. Kalau si Fariz tu suka mengacau dia, mengusik bila ada masa, dan asyik tangkap gambar dia je, kompom-kompomlah lelaki tu menaruh perasaan kat dia. Eii, Sheera ni. Pe ke slow benor nak memikir ni... Huh..

  Walaupun sudah banyak kali Fariz bagi hint atau clue untuk mendekati gadis itu, Sheera masih lagi dengan sifat blurnya. Sampaikan orang sekeliling pun dah boleh nampak apa yang Fariz rasa. Hai lah member aku sorang ni, perangai dia memang betul-betul menguji kesabaran.

   " Acu....acu!!" Bising seseorang dari jauh. Eyqa dan Sheera menoleh ke arah suara comel itu. Melihatkan anak buahnya yang berlari terkedek-kedek mendapatkannya, Eyqa bangun dan segera mendukung kanak-kanak comel itu.

    " Hei, cayang bucuk acu ni dah sampai! Ibu mana sayang?" Tanya Eyqa sambil tak habis-habis mencium pipi bulat anak kecil itu. Sheera pun join sama. Habis lesut pipi budak tu dibuatnya.

    " Acu, acu....tak habis-habis mulut dia tu asyik panggil acu je dari tadi." Omel Rizman. Hanis yang berada di sebelah tergelak.

    " Eleh, abah jeleslah tu kan sayang. Hehe.." Usik Eyqa. Walaupun anak buahnya sudah pun berusia hampir empat tahun, namun anak kecil itu petah berbicara. Pelat tu confirmlah. Tapi tu yang buatkan anak kecil itu bertambah comel.

    " Mama mana Eyqa?" Tanya Hanis. Dari luar rumah tidak pula dia nampak kereta ibu mertuanya.

    " Owh, mama keluar pergi kL kejap. Pergi butik pengantin tu lah. Bajunya dah siap. Tak lama lagi baliklah tu." Balas Eyqa. Anak kecil itu mahu diturunkan. Kali ni dia dapatkan pula ibunya.

    " Qalisya, sudah-sudahlah tu asyik nak berdukung je. Pergi masuk rumah, panggil oyang." Arah Rizman pada anak dara kecil itu. Qalisya menggeleng kepala tanda tidak mahu. Bila Rizman sengaja membeliakkan matanya, Qalisya tergelak kecil. Kelakar dia melihat abahnya buat muka sebegitu.

     " Abang, dah cari ke jurugambar untuk wedding tu nanti?" Tanya Eyqa.

     " Dah, siapa lagi kalau bukan Fariz." Balasnya. Mendengarkan nama itu Sheera terbatuk kuat. Eyqa dah gelak bukan main melihat respon kawannya itu. Begitu juga dengan Hanis dan Rizman. Mereka semua ni dah tahu yang Fariz ni sebenarnya dah lama menaruh hati pada Sheera ni.

    Kebetulan pada masa itu Dato' Maznah dan Dato' Ahmad yang sedang bersembang dari dalam rumah terdengar bunyi riuh dari luar. Bila mereka keluar, kelihatan Hanis, Rizman, Eyqa, Sheera dan juga cicit mereka Qalisya sedang bergelak tawa. 

    " La, dah sampai. Kenapa tak masuk dalam?" Bising Dato' Maznah. Hanis tersenyum.

    " Ni ha Granny, cicit granny yang sorang ni, dari dalam kereta tadi sibuk tanya pasal maksu nya. Bila dah sampai tadi, terus dia berlari dapatkan si Eyqa ni." Rizman memberikan alasan.

    " Qalisya tak nak salam oyang dengan Tok yang ke?" Tanya Hanis pada anaknya. Anak kecil itu cepat-cepat berjalan ke arah warga tua tersebut dan menyalam kedua-duanya. Dato' Ahmad mendukung cicitnya itu dan dibawa masuk ke dalam rumah.


     Di dalam rumah, Fathiha sibuk membancuh air dan membawanya ke ruang tamu. Demi melihat sahaja Qalisya yang seronok didukung oleh Dato' Ahmad, Fathiha memanggil seseorang dari bilik bawah. Keluar anak lelaki yang berusia lebih kurang sebaya dengan Qalisya.

      " ilman..." panggil Rizman. Anak lelaki itu mendekati bapa saudaranya dan bersalam. Begitu juga dengan Hanis.

      " Dah besar anak saudara pak ngah ni." Usik Rizman. Ilman tersengih. Entah faham entah tak apa yang dikatakan pak ciknya itu. 

   Qalisya mendekati ilman dan mengajaknya bermain. Ilman dengan selambanya menarik tangan Qalisya dan membawanya masuk ke bilik yang berdekatan. Bilik itu memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain. Penuh mainan di situ. Terkekek-kekek mereka berdua ketawa sambil berlari. Walaupun Hanis memanggilnya berulang kali, lansung tak dipedulikan mereka berdua. Hanis menggelengkan kepala melihat telatah anaknya.

      " Mak Hanis tak datang ke?" Tanya Fathiha.

      " Datang, dia datang dengan adik Hanis nanti. Dia kata esok pagi baru bertolak."

      " Eh, diorang datang naik apa nanti?" Tanya Dato' Ahmad pula.

      " Naik kereta. Jue yang bawa. Budak tu dah lama ambil lesen. Tapi dia pakai kereta Hanis lah. Hanis pun dah jarang pakai kan. Biarlah bagi dia, senang dia nak gerak ulang-alik dari kolej nanti." Ujarnya.

      Dari tingkat atas, Iskandar turun dan mendapatkan ahli keluarga yang berada di ruang tamu. Hari ni, mereka sekeluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Memandangkan tak lama lagi ada kenduri besar yang akan dibuat di rumah itu, malam ini masing-masing akan berbincang apa yang sepatutnya dirancang. Ha, korang mesti nak tahu kan kenduri apa yang bakal berlansung? Hehe, tak lama lagi Encik Azhar akan berkahwin semula dengan mama Rizman ni. Kira rujuk baliklah. Ini pun atas plan Iskandar dengan adik tirinya itu. Mereka berdua mahu Puan Shazlin dan Encik Azhar disatukan semula. Akhirnya selama setahun lebih mereka berusaha, terpujuk juga hati Puan Shazlin ni nak terima balik Encik Azhar ni. Dan Eyqalah orang yang paling gembira bila mama dan papanya akan bersatu..hehe...


       ********************************************************************************************


   Tangannya sibuk menangkap gambar di sekita kawasan taman bunga itu. Sambil itu dilihatnya semula hasil tangkapannya. Jika dia tak berpuas hati, pasti dia akan tangkap semula gambar tersebut.


     Klik, klik...

  Sibuk tangannya menekan butang kecil itu. Dari lensa kameranya, dia cuba pula menangkap gambar  rama-rama yang hinggap di atas bunga yang berhampiran. Dia tersenyum. Lawanya...
Lantas panorama itu diabadikan di dalam ingatan kameranya. Elok dia nak klik lagi, tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang dan rama-rama tersebut pun terbang. 

   " Aishh!" Luahnya dengan nada tak puas hati.

  Dia memusingkan badannya dan terlihat seorang wanita yang agak menawan memandangnya dengan rasa bersalah.

   " I'm sorry. I didn't mean to..." Perlahan-lahan wanita itu mengucapkan kata sesalnya. Daniel tersenyum.

   " It's okay." Balasnya. Dia melihat sekitar untuk mencari rama-rama tadi, namun lansung tak jumpa.

   " Aduh, dah hilang..." Katanya. Wanita yang terlanggar bahunya tadi berhenti berjalan. Dia memandang lelaki cina itu semula.

   " Wait, you orang malaysia?" Tanyanya. Daniel tergamam. Eh, dia pun pandai cakap melayu?

   " Yes i am...you?"

   " I pun orang Malaysia juga." Balas wanita itu girang. Tak sangka, baru dia sehari di bumi jepun itu, akhirnya jumpa juga dengan orang Malaysia.

   " I ingat you ni orang jepun. Sebab muka you ada iras-iras orang jepun." Kata wanita itu lagi. Daniel tergelak kecil. Agaknya dah lama hidup kat negara jepun ni, muka dia pun dah mula orang kata iras-iras orang jepun juga.

   " I kaum cina." balasnya ringkas. Dia melihat wanita itu dari bawah hingga ke atas. Nampak macam melayu, tapi tak juga. Mix ke?

   " You orang melayu ke?" Tanya Daniel teragak-agak.
  
   " Yup, tapi my mom orang british. So, i mix sikit." Jawabnya ramah.

   " By the way, datang sini melancong ke?" Tanya wanita itu lagi. Bukan senang dia nak jumpa orang Malaysia masa ni.

   " Owh, i datang visit my family for a week. I sebenarnya duduk kat Malaysia. So, i saja bercuti balik jumpa family kan. You pula?"

   " I see....i ada kerja sikit kat sini."

   " Let me guess, are you model or something like that?" Teka Daniel. Wanita itu tergelak kecil. Dia mengangguk.

   " Mana tahu?"

   " I rasa macam pernah nampak you, mungkin kat majalah kot."

   " I sebenarnya excited sikit jumpa orang Malaysia ni. Maklumlah, i kat sini tak berapa nak reti sangat cakap jepun kan. So, sorrylah kalau i ni mengganggu you." Luahnya. Daniel tersenyum.

   " It's okay. Lagi pun i happy dapat jumpa orang yang senegara dengan i kat sini. Urm, kalau you tak keberatan, i boleh show you around here. I boleh temankan you jalan kat tempat-tempak yang menarik kat sini, itu pun kalau you nak lah?" Offer Daniel. Riak wajah wanita itu mula berubah mendengarkan pelawaan itu.

   " Seriously? Boleh ke? I suka kalau you dapat temankan." Ujarnya dengan nada yang ceria.

   " Yes i am. Beside, i don't have anything to do right now." Balas lelaki cina itu. 

   " I'm glad i found you. Thank you so much..." 

   " Owh, by the way, i Daniel..." Salam perkenalan mula dihulur. Dan wanita itu menyambut salamnya.

   " Nice to meet you Daniel, you can call me Sara." Balasnya sambil menghadiahkan senyuman yang manis dan lelaki itu pun turut tersenyum sama.


     *********************************************************************************************


      " Kurang asam kau fura! Kau kata nak balik minggu ni?!" Jeritnya di talian. Safura menjauhkan telefon tersebut dari telinganya.

      " Sorrylah beb. Bukan aku tak nak balik. Ni ha, si Firdaus ni. Dia kata tak puas jalan-jalan lagi. Hmm.." Jawabnya lemah. Sambil itu dialihkan pandangannya ke katil. Kelihatan Firdaus terbongkang tidur dengan nyenyaknya sambil memeluk bantal peluk yang besar itu. Sambil tengah syok tidur tu, sempat pula lelaki itu tersenyum sorang-sorang. Mimpi ke apa?

      " Aduh, wei, Fir tu bukannya budak kecik lagi nak berjalan sakan bagai. Kau pujuklah dia balik. Mak mertua aku kan nikah lusa. Takkan kau tak datang kot."

      " Ala, kau ni Hanis. Kalau aku tak balik sekali pun, jalan juga pernikahan tu. Yang kahwinnya mak mertua kau, bukannya aku. Abeh tu aku nak buat macam mana wei, dah suami aku ni kaki   jalan. Katanya tak puas siar-siar kat sini lagi. Aku dah naik jemu duk negara ni." Adunya. 


   Kini sudah hampir seminggu Safura dan Firdaus berbulan madu di kota london. Itu pun atas cadangan suaminya. Konon tak pernah lagi jejak kat tanah orang putih tu. Safura pula dah naik bosan asyik ke situ. Mana taknya, abang sulungnya sudah pun menetap kat sana bertahun lamanya. Sebab tu Safura pun asyik ulang-alik ke situ je. Tup-tup nak honeymoon kat situ juga. Huhu..
  

   Dari dalam talian, dia dapat mendengar keluhan yang keluar dari mulut Hanis. Ni yang buat aku rasa serba salah ni.


     " Wei Hanis, macam ni lah, nanti aku online, aku tengok jadual untuk flight esok. Mana tahu ada, nanti aku cepat-cepat balik ke sana. Tapi mungkin aku tak sempatlah nak datang masa nikah tu, mungkin time kenduri tu aku sempatlah datang." Pujuknya.

     " Betul ni? Yippie! Kau lah sahabat aku dunia akhirat tau. Bukannya apa fura, ni ha, budak kenit ni ar, sibuk tanya mana auntie fura. Jenuh aku nak menjawab."

     " Haha, ye ke? Dia rindu aku lah tu."

     " Mahu tak rindu, dah kau asyik manjakan dia je. Tu ha dalam bilik dia tu, penuh mainan yang kau beli je." Bebelnya. Safura dah tergelak kecil. Saat itu Firdaus tersedar dari tidur. Dalam keadaan mamai, dia nampak isterinya syok berbual di talian.

     " Yela, nanti apa-apa hal aku telefon kau. Nanti aku confirmkan..." Ujar Safura. Talian dimatikan. Dia membuka laptop dan mula melihat jadual penerbangan untuk esok hari. Tanpa dia sedar, Firdaus berjalan perlahan mendekatinya dan memeluknya dari belakang.

     " Opocot mak kau baik!" Keluar latah dari bibir isterinya. Firdaus gelak kuat. Kelakar pula...

     " Good morning sayang.." Ucapnya lembut. Rambut isterinya dicium mesra.

     " Morning apa nya bang. Dah naik tengahari dah ni." Perli Fura. 

     " Hai, marah nampak?"

     " Mana adalah bang. Urm, abang....kita balik Malaysia esok ye." Kata Safura. Suaminya masih dalam keadaan memeluknya dari belakang. Dengan rambut serabainya dia melihat di skrin laptop isterinya itu. 

     " Urm, yela yela. Tapi lepas habis kenduri tu, kita sambung honeymoon kita balik ye." Selamba Firdaus berkata begitu. Kini Safura pula tergelak.

     " Hai, tak puas bercuti ke?"

     " Mana puas, nanti kita jalan-jalan dalam Malaysia pula. Kita pergi Sabah nak?" Usulnya. Safura dia memikirkan cadangan itu, kemudian dia mengangguk tanda setuju.

     " Dah lah tu abang, pergilah mandi. Busuklah!" Usiknya. Firdaus tersengih. Dia melepaskan pelukan.

     " Eleh,busuk-busuk pun, ni lah orang yang awak peluk tiap-tiap malam. " Balas suaminya. Safura menjeling Firdaus yang ketika itu sudah pun berjalan mendekati bilik air. Suaminya membalas dengan kenyitan mata. Aishlah....sabar jela fura oit. Dapat laki kuat mengusik ni lah padahnya. 

   Sambil membuat tempahan tiket online, sempat dia membuka tab yang baru. Dia menaip nama seseorang di google. Terpampang gambar Shaqir dan Mieza. Safura tersenyum membaca artikel tersebut. Tak lama lagi Mieza dan Shaqir akan melansungkan pertunangan mereka berdua. Dia turut menumpang bahagia. Lagi pun dah lama sangat diorang bercinta. Tengah syok-syok baca majalah online tu, dia melihat artikel pasal atlet yang namanya semakin meningkat naik. Lama dia pandang wajah atlet lelaki itu, bila dia baca nama dibawahnya, mulutnya melopong. Adam! Wah, kira hebat juga Adam ni. Dah jadi jaguh sukan. Dia taip pula nama Ryo, suami Hanis. Keluar artikel pasal mereka sekeluarga. Di kliknya artikel tersebut. Jelas terpampang gambar Ryo sedang mendukung Qalisya dan Hanis yang ceria di sebelahnya. Sambil menongkat dagu, Safura tersengih. Tak sangka, kawan dia yang dulu ni selalu gaduh dengan model terkenal tu, last-last itulah jodohnya. Mujur kehidupan mereka bahagia walaupun sering kali ada gossip hangat tentang suaminya itu. Kini Hanis juga sudah pandai berhadapan dengan wartawan jika di soal tentang perihal suaminya. Bertambah matang kawan aku ni.Hehe..

    


     *********************************************************************************************

     
        " Tak nak, tak nak, tak nak!" Riuh ruang tamu itu dengan suara si kecil itu. Jenuh Rizman kejar dari tadi tak dapat juga. Last-last dia berhenti mengejar dan mencekak pingganggnya sambil memandang anak daranya yang seorang itu.

        " Last warning, kalau Qalisya tak nak juga, abah tak nak main dengan Qalisya dah. Nanti abah pergi jalan-jalan dengan ibu je. Qalisya tinggal sorang-sorang." Sengaja Rizman mengugut anaknya. Kebetulan pada masa itu, Hanis pulang dari kedai. Dari luar rumah lagi dia dah dengar anaknya menjerit-jerit.

        " Alah, Isya nak itut..." Ujar anak kecil itu sambil memuncungkan mulutnya. Hanis senyum melihat telatah dua beranak itu. Si bapanya dah buat lagak tak nak dengar. Qalisya mendekati abahnya dan memeluk erat kaki Rizman sambil mukanya didongakkan memandang lelaki tinggi lampai itu.

         " Kalau nak ikut, dengar kata abah tau. Apa abah suruh buat tadi?" Soal Rizman masih dalam nada tegas. Hanis akui, kadang-kadang suaminya itu terpaksa berlagak tegas dengan anaknya. Lagi pun tegas suaminya itu, ada baiknya. 

         " Mandi..." Lemah Qalisya menyebutnya. Sambil itu mulutnya tak habis-habis muncung. Rizman mahu ketawa, namun ditahannya.

         " Pergi ambil towel dalam bilik. Lepas Qalisya dah mandi dah wangi-wangi abah bawa pergi jalan-jalan." Katanya. Terus bersinar anak mata Qalisya. Dengan terkedek-kedeknya gadis kenit itu berlari ke dalam bilik.


         " Apa si kenit tu dah buat tadi?" Soal Hanis sambil meletakkan barang dapur yang dibeli tadi di atas meja. Dia mendapatkan suaminya yang duduk di sofa.

         " Hmm, ayang tahu jelah dia tu. Tengoklah ruang tamu ni ha, habis tunggang langgang dibuatnya anak dara kita tu. Dia tengah syok main tadi, abang suruhlah dia stop kejap, pergi mandi. Dia tak mahu. Jenuh jugaklah abang mengejar dia tu. Semput dibuatnya. Kuat juga anak kita tu ek lari. Lepas ni bolehlah masuk sekolah sukan." Sengaja Rizman berkata begitu. Hanis menepuk perlahan dada suaminya sambil tergelak. Tangan suaminya memeluk bahunya erat.

         " Malam ni tak payah masaklah." Kata Rizman.

         " Kenapa?"

         " Abang dah booking tempat kat restoran dah. Malam ni kita makan luar je. Kita berdua."

         " Ha, kita berdua je? Abeh tu, Qalisya?"

         " Qalisya abang hantarlah ke rumah mama. Malam ni untuk kita berdua je."

         " La, kenapa pula?"

         " Tengok tu, lupalah tu. Hari ni kan ulang tahun perkahwinan kita." Balas Rizman. Namun ada nada merajuk dari suaranya itu.

         " Hehe, ayang ingatlah abang. Mana boleh lupa. Sebab tu lah ayang keluar kejap tadi cari lauk. Ingat nak masak special hari ni, tapi dah abang ajak makan luar takpelah. Ujarnya.

         " Abang..."

         " Hmm..."

         " Ayang nak bagi hadiah ni."

         " Eh, la, takkan nak bagi sekarang, bagi kejap lagilah." 

         " Ala, tak boleh. Benda ni kena bagi sekarang juga."

         " Hmm, yela yela. Apa dia?"

         " Tutup mata dulu."

         " Kena ke?"

         " Yup..." Nak tak nak Rizman turutkan je apa yang di suruh isterinya itu. Tidak lama kemudian, dia merasakan ada kucupan lembut di bibirnya. Bila dibuka matanya, Hanis tersenyum manja. Dia juga turut tersenyum.

         " Selamat ulang tahun abang, moga perkahwinan kita ni kekal sampai akhir hayat." Ucap Hanis. Rizman memeluk isterinya erat. Tak lama kemudian mereka berdua terdengar bunyi suara kecil berdehem.

         " Apalah abah ngan mama ni, nak eluk-eluk. (peluk-peluk)" Bising anaknya mengomel. Hanis dan Rizman ketawa dibuatnya. Mereka berdua mendapatkan anak kecil itu. Rizman mendukung anak gadisnya itu, dan Hanis mencubit geram pipi bulat anaknya. Sambil itu mereka tak habis-habis bergelak tawa melayan keletah anak bijak itu.

   

       ***********************************************************************************************



   


Happiness


Happines give me the strength, 
I need
Happiness teaches us what the, 
life means
A loving word and gentle kiss
It's like a sunflover; it follows, 
the things you enjoy in your, 
life


Happiness is the hey to success

Happiness never takes you down
You are my happiness
You sooth me when I am angry



Eliminating passion is not happiness

Happiness is
Having someone by your side to, 
love



One thing is happiness to me

is you.

      

     * To my husband and my lovely daughter, thank you because the happiness you bring in my life is such a beautiful moment for me, always....


   Habis menaip ayat terakhir, Hanis memandang lama isi di blognya. Dia tersenyum. Kerana blognya jugalah, suaminya mula berubah hati terhadapnya. Siapa sangka, sebelum pertemuannya dengan Rizman lagi, lelaki itu sudah pun menaruh hati pada pemilik blog tersebut. Siapa lagi kalau bukan dia. Dan siapa sangka, setelah lamanya berkenalan di alam maya, rupa-rupanya peminatnya adalah orang yang rapat dengannya selama ini. Kisah ini tidak mungkin Hanis akan lupakan sampai bila-bila dan akan menjadi kenangan yang indah tercipta dalam hidupnya....

         
**THE END**



  
           


    
      

  

   
   

  1. Interesting novel.... I just love happy ending...

  1. yeahh.the end..best sgt-II ^_^

  1. haha, mekasih ye sbb follow citer ni zatie...n pada yg len2, thanz sbb sudi bace, byk sgt mistake dlm wat citer2 novel ni.xpela,yg pnting sy dpt blaja untuk lg mantapkan gaya penulisan..hehe.t0ce2 =)