NILAI KASIHMU (4)


.




Episod 4





   
   Dari tadi lagi lelaki itu tak lepas pandang merenung gadis di depannya yang sedang berbual dengan salah seorang ahli kumpulannya.  Kebetulan ketika itu melintas seorang gadis di sebelahnya. Gadis itu melihat ke arah renungan pemuda tersebut.

     “ Ustaz aku pesan jangan tengok anak dara orang lama-lama. Nanti syaitan lagi seronok.” Maria menyapa. Shazril tersedak dengan teguran tiba-tiba itu.

      “ Kau ni Maria, spoil lah!” Bengang Shazril sebab kelakuannya terbantut tadi. Maria mengambil tempat berhadapan dengan lelaki itu.

      “ Kau tu lah! Pandang anak dara orang macam nak keluar biji mata tu. Tak eloklah wei. Kalau berminat nak berkenalan, pergi cakap depan-depan. Jangan stalk macam bayang-bayang.” Perli Maria lagi sambil ketawa. Merah padam muka Shazril bila mendengar teman sekuliahnya bercakap begitu.

       “ Kau ni Maria. Bukan kau tak kenal roommate kau macam mana kan. Dia mana nak layan sangat lelaki. Sebab tu aku malu nak tegur dia.” Kata Shazril. Maria tersenyum.

       “ Tau pun!” Ringkas Maria balas. Sepanjang dia berkenalan dengan Arisya gadis itu boleh tahan ramai peminatnya termasuklah pelajar junior. Arisya pula bila lelaki ajak berbual, seboleh-bolehnya dia akan mengelak. Kalau berbual tentang tugasan atau projek pun, Arisya cuba tidak banyak memandang wajah lelaki tersebut. Arisya jenis cepat malu dan cuba menjaga adabnya sebagai muslimah.

        “ Wei, kau kenan-kenankanlah aku dengan Arisya tu. Dari tahun lepas lagi aku dah minat dia. Bolehlah beb tolong aku.” Pinta Shazril tanpa rasa malu. Maria buat muka meluat. Naik menyampah dengan permintaan sebegitu.

         “ Sorry. Saya ni bukan agensi jodoh ye Encik Shazril. Saya ni kawan baik dia je. Kalau aku cuba kenankan Arisya dengan lelaki lain, confirm Arisya merajuk dengan aku. Aku tak nak jadi macam tu lagi.” Jelasnya. Bukan tak pernah dia cuba nak kenalkan lelaki lain pada temannya itu, pernah sekali dulu. Dan akibatnya, Arisya mula merajuk dengan tindakan Maria yang sesuka hati menjodohkan dia dengan pelajar lelaki.

          “ Susah betullah nak dapat dia ni. Jual mahal!” Kata Syazril sambil menutup buku yang tebal itu. Bukan baca pun, buat cover nak stalk Arisya je.

          “ Memang dia jual mahal pun. Cinta dia tu untuk suami dia je suatu hari nanti. Lelaki lain jangan harap boleh dapat. Kalau kau nak sangat dia, kau pergi jumpa ayah dia, masuk meminang. Habis cerita. Itu pun kalau ayah dia nak terimalah.” Balas Maria sambil tergelak lagi.

          “ Hmm, masuk meminang? Bagus juga idea kau tu ye. Tapi aku tak ready lagi nak cari isteri ni. Study pun tak habis lagi. Kerja apatah lagi.”

          “ Ha, pandai pun fikir. Aku ingat kau ni jenis tahu pandang perempuan je. Dahlah, kita off topik ni please. Sekarang ni, mana part yang aku minta kau buat semalam. Lusa kita nak kena present dah ni depan panel.” Pinta Maria. Shazril menepuk dahinya. Terlupalah pula, kertas tu semua dalam kereta. Dia tersengih pandang Maria. Gadis itu dah mula buat muka serius. Ni kalau sengih-sengih ni confirm terlupa nak bawa. Punyalah penangan asyik tengok Arisya je, sampaikan kerja sendiri pun lalai.

        

*******************************************************

    Suhaila mengangkat kain jemuran di halaman rumahnya. Sambil angkat tak habis-habis merungut sebab tidur petangnya diganggu oleh Mak Idah. Ibunya mengejutkan dia supaya segera mengangkat kain baju yang sudah kering sementara Mak Idah yang sibuk masak untuk makan tengahari. Baru dia nak angkat bakul kain yang sudah berisi penuh itu, dia terlihat Iqram keluar dari rumah sebelah sambil membawa beg pakaian ke kereta Hondanya. Suhaila cepat-cepat meletakkan bakul kain di atas tanah dan mengemaskan rambutnya. Dah pasti dirinya kemas, dia berlari anak ke arah pemuda tersebut.

      “ Hai Iqram..” Sapanya lembut. Iqram menutup bonetnya dan melihat sebelah. Berdiri Suhaila sambil memberikan senyuman manis padanya.

      “ Owh, hai Suhaila.” Balas Iqram ramah.

      “ Nak pergi mana bawa beg baju tu?” Tanya Suhaila. Iqram tersenyum memandangnya. Berbunga riang hati gadis itu melihat senyuman jejaka kacak tersebut.

      “ Balik kl. Dah seminggu Iqram kat sini. Lagi pun kerja kat kl pun banyak tertangguh.” Jawabnya. Suhaila hanya mengangguk sambil mendengar penjelasan lelaki itu.

      “ Suhaila buat apa kat sini?” Tanya Iqram pula.

      “ Owh, tadi tu saya angkat baju jemur tadi. Dah kering kan, baik angkat cepat-cepat. Takut hujan pula nanti.”

      “ Rajinnya Suhaila ni..” Puji Iqram. Suhaila dah naik malu dipuji. Ikutkan dia pun malas. Kalau tak kena paksa dengan Mak Idah tadi jangan harap dia bangun dari tidur dan buat kerja itu.

      “ Iqram panggil jela Aila. Tak payah panggil Suhaila. Macam panjang je kan.” Suhaila cuba berbual dengan lelaki itu lagi. Kalau boleh dia nak lelaki itu tinggal sehari lagi di situ. Memandangkan esok baru dia balik ke Kuala Lumpur, bolehlah gerak sama dengan Iqram.

          “ Okay. Tapi bagi Iqram nama Suhaila tu dah cantik dah. Urm, Aila…Iqram kena gerak ni.” Katanya. Suhaila menggigit bibirnya. Ada sesuatu yang dia mahukan dari Iqram ketika itu.

          “ Eh, Iqram…kejap kejap!” Dia menahan lelaki itu dari membuka pintu kereta. Iqram pelik melihat kelakuan Suhaila.

          “ Urm, macam mana nak cakap ek. Boleh tak kalau, err…kalau Aila nak minta nombor Iqram. Iqram jangan salah sangka tau, bukan apa, Aila pun duduk kl juga. Kalau boleh, Aila nak berkawan dengan Iqram. Lagi pun nanti kan Iqram tetap ulang-alik ke sini juga kan. Senanglah juga nanti Aila boleh bagitahu ayah supaya tengok-tengokkan rumah ni.” Panjang lebar alasan yang diberi. Risau pula kalau lelaki tu fikir bukan-bukan. Iqram tersenyum sahaja dan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyerahkan pada Suhaila.

          “ Masukkan nombor Aila. Nanti ada masa Iqram mesej.” Kata lelaki itu. Suhaila dengan senang hati memasukkan nombornya dalam handset Iqram. Setelah selesai, Iqram segera meminta diri dan sempat meninggalkan pesan untuk Pak Samad.

     Setelah kelibat kereta itu hilang dari pandangannya, Suhaila merompat keriangan. Lagaknya bagaikan kanak-kanak mendapat hadiah hari jadi. Seronok bukan main. Mak Idah yang menjenguk dari tingkap ketika itu menggelengkan kepalanya.

          “ Apa kena dengan anak aku ni? Tiba-tiba je seronok semacam. Hmm, Aila!! Buat apa tu nak? Cepat naik. Angkat bakul tu. Hari dah nak hujan ni.” Lompatannya terhenti bila Mak Idah memanggilnya. Sambil berjalan ke arah rumah, senyuman di bibirnya tak lekang memikirkan tentang Iqram.


                  *****************************************************



         Budak lelaki yang berusia sepuluh tahun itu mula memeluk tubuh bila melihat pak su nya tak mahu mengalah. Bila mamanya dan neneknya masuk ke rumah segera budak itu berlari mendapatkan mamanya.

               “ La, anak mama ni kenapa? Muncung panjang sangat tu.” Usik Puan Yati sambil menarik bibir satu-satunya anak lelakinya itu.

               “ Pak su tu lah! Dia tak bagi boboy main game. Dia kata boboy tak boleh main sebab boboy busuk.” Adunya. Puan Yati melihat adik bongsunya di ruang tamu yang sedang kusyuk main game playstation. Bukan main lagi lagak Adam menekan remote di tangannya. Kehadiran kakak dan uminya di situ lansung dia tak sedar.

               “ Muhamad Adam…” Panggil uminya dengan lembut. Adam memberhentikan permainannya dan menoleh ke belakang. Kelihatan kak longnya memeluk tubuh sambil kening diangkat sebelah dan umi yang sedang senyum padanya.

                “ Eh umi, bila sampai. Cium sikit!” Gurau lelaki itu bila memeluk wanita berusia itu. Dikucup kedua-dua belah pipi uminya. Wanita tua itu menampar lembut lengan anak lelaki tunggalnya. Tergelak Adam bila dapat bergurau senda dengan ibunya.

                “ Kenapa kamu buli anak buah kamu ni Adam. Kesian boboy tak dapat main.” Tegur uminya. Adam pandang boboy yang sedang menyorok di belakang kak long.

                “ Eleh, mengadulah tu. Eei, tak padan dengan lelaki. Sikit sikit mengadu.” Sengaja Pak su mengusik anak buahnya. Boboy menjelir lidah pada pak ciknya.

                “ Grandma, tengoklah pak su tu. Pak su jahat!” Adu budak tembam itu lagi.

                “ Alah, grandma dah lama tengok pak su dari kecik lagi. Wekk!” Balas Adam. Bertambah sakit hati budak kecil itu dibuatnya.

                “ Kau ni kan dik, dengan budak kecik pun tak boleh mengalah. Kalau duduk rumah tu jelah kerja kau kan. Tak game boboy kau kebas, kau buli pula anak akak ni.” Kata Puan Yati. Adam ketawa.

                “ Alah kak long ni. Adam gurau jelah dengan budak debab ni. Memang dia busuk pun tadi. Mandi pun tak lagi. Jenuh Adam suruh dia pergi mandi dulu. Dia yang degil.” Kata Adam dengan selamba. Kak long dan uminya hanya mampu menggelengkan kepala. Adam ni seboleh-bolehnya tak nak mengalah. Jangankan dengan perempuan je, dengan budak kecil pun dia berkira. Perangai tak ubah-ubah.

       Dari melayan anak lelakinya itu bertekak dengan cucunya itu, dia menyuruh Adam supaya membawa begnya ke bilik tidur di tingkat atas. Adam menurut arahan uminya tanpa banyak kisah. Sebaik kelibat Adam hilang dari pandangan mata mereka berdua Puan Yati mengajak uminya duduk di dapur.

               “ Umi, jadi ye malam nanti ikut along pergi rumah kawan along tu. Dia buat kenduri doa selamat.”

                “ Iyelah. Umi ikut je. Adam tu mahu ke ikut nanti?”

                “ Dia nak ke tak nak ke, along paksa juga nanti. Asyik terperap kat rumah je, baik dia ikut.” Baru je sebut tentang diri Adam, terdengar suara jeritan boboy dan Adam di ruang tamu. Ligat lawan game lah tu.

                “ Umi tengoklah anak bongsu umi tu. Kerja pun malas. Dah tu duduk rumah ni asyik main game je. Kalau bosan disakatnya si boboy tu.” Puan Yati merungut. Umi hanya mampu tersenyum. Apa boleh buat, dah itu perangainya.

                “ Takpelah. Biarkanlah dia. Daripada dia duk merayau kat luar tak tentu hala, lagi baik dia duduk rumah je.” Balas umi.

                 “ Umi pun manjakan dia sangat. Dah lama sangat dia menganggur tu. Takkanlah tak puas lagi berehat.”

                 “ Ala, lantaklah dia along. Mungkin dia penat duduk lama-lama kat luar negara dulu. Dia tak puaslah tu nak enjoy lagi kat sini.” Umi back up Adam lagi. Puan Yati mengeluh.

                 “ Elok kahwinkan je adik tu umi. Perangai malas dia tu boleh berubah lepas dah jadi suami orang agaknya.” Sengaja Puan Yati berkata begitu.

                 “ Eh, adik dah ada awek ke?” Tanya uminya berminat ingin tahu. Untuk seketika, Puan Yati tergelak. Umi dia ni pun satu, pantang sebut pasal kahwin untuk Adam, semangat je nak tahu.

                 “ Mana ada umi. Dengan perangai panas baran dia tu, kuat buli budak, dengan pemalas nak cari kerja, siapa yang nak kan dia umi.” Jelasnya. Kali ni uminya pula yang ketawa. Bila difikirkan, ada betul juga tu. Tak pernah dia dengar Adam bercerita pasal perempuan. Pernah juga dia tanya anak lelakinya itu ada awek ke tak. Adam selamba je memberikan jawapan yang sering membuatkan dia tergelak.

                  “ Malaslah umi cari awek-awek ni. Zaman sekarang ni mana banyak dah perempuan yang baik-baik untuk buat bini. Senang cerita, umi carikan jelah untuk adik ni.” Ha, itulah jawapan yang diberikan oleh Adam. Entah apa nak jadi dengan anak lelaki dia yag sorang ni pun tak tahulah. Walaupun Adam begitu orangnya, namun dia seorang anak yang penyayang, mengikut kata dan prihatin. Dia dah cukup bangga dapat anak yang boleh diharap. Doanya supaya satu hari nanti akan muncul gadis solehah yang boleh terima anaknya sebagai suami dan dapat menjaga anaknya dengan baik. Itu harapan umi….


               *********************************************************


     “ Hei anak dara, amboi….sedap je melantak kat belakang ni ye. Orang lain sibuk buat kerja, awak dah makan dulu.” Maria tersengih. Penuh mulutnya dengan makanan. Abangnya, Zalid menegurnya sebaik sahaja nampak gadis itu selamba makan dengan seronoknya di belakang dapur. Arisya yang baru lepas membantu kak Zalika menyusun pinggan di ruang luar masuk ke dapur untuk panggil temannya. Melihatkan Abang Zalid yang sedang pulas telinga adik bongsunya itu membuatkan Arisya ketawa kecil. Mana Abang Zalid tak geram, orang kat luar sibuk buat kerja, adik dia boleh bantai melantak kat dapur.

        “ Dah habis makan tu nanti, tolong Kak Zalika kau kat luar tu. Jangan bagi dia angkat berat-berat. Nanti cepat penat dia tu.” Pesan Abang Zalid setelah puas mendenda adik kesayangannya itu.

         “ Alah abang ni. Abang yang patut tolong bini abang tu angkat barang. Kesian bini abang tu, dahlah mengandung, laki dia tak nak tolong pula.” Usiknya. Abang zalid menjengilkan matanya memandang Maria.

         “ Hehe, kidding je…yela, nanti Maria tolong.” Maria mengalah. Selesai dia basuh pinggannya, dia mendekati Arisya yang sedang menyusun cawan ke dalam rak merah.

        “ Isya, ramai dah ke orang kat luar tu?” Tanya Maria.

        “ Bolehlah. Kebanyakkannya orang surau rasanya. Tapi ada juga kawan-kawan kita kat luar tu.”

        “ Isya, nanti bulan depan lepas habis belajar ni, kau nak buat apa?” Tiba-tiba Maria terfikirkan perkara itu. Arisya diam memikirkan sesuatu.

        “ Aku nak terus cari kerjalah. Lagi pun sekarang ni aku dah start dah hantar resume aku kat company mana yang aku nak kerja nanti. Dapat tak dapat itu belakang cerita.”

        “ Owh, kau hantar kat mana je?”

        “ Kebanyakkannya kat sini je. Senang sikit.” Jawabnya lagi. Sambil itu tangannya tak habis-habis menyusun cawan dan mangkuk ke dalam rak merah di sudut dapur tersebut.

         “ Owh, eh dahlah tu Isya. Cukuplah tu buat kerja. Kau ni. Inikan rumah aku. Patutnya kau tu sebagai tetamu duduk je kat luar tu. Ni rajin tolong sana sini buat apa. Ramai sedara mara aku boleh buat kerja ni lagi. Dah dah. Cukuplah susun cawan tu. Letak je kat situ. Jom kita keluar. Kejap lagi mesti dah mula bacaan doa tu.” Ajak Maria. Terpaksa dia menarik tangan Arisya supaya keluar dari dapur. Nak tak nak Arisya ikut jela.

    Selesai bacaan doa dibaca oleh semua tetamu, Abang Zalid menjemput semuanya menjamu selera. Kak Zalika tak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Hari ni, sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan juga sempena dapat berita gembira yang isterinya sudah pun berbadan dua sejak minggu lepas, lelaki itu membuat keputusan untuk mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran.

      Arisya mengambil makanan di bahagian buffet yang disediakan. Ketika dia mahu mengambil senduk nasi, kebetulan pada ketika itu, ada orang lain juga mahu mengambil senduk tersebut. Arisya senyum pada wanita tua itu.

          “ Ambillah dulu mak cik.” Katanya memberi ruang untuk wanita tersebut.

          “ Eh, takpelah. Anak ambillah dulu. Mak cik ni potong line lah pulak ye.” Guraunya.

          “ Haha, takpe mak cik. Saya tak kisah. Urm, biar saya sendukkan untuk mak cik.” Ramah Arisya membantu wanita tersebut.

          “ Umi, nanti dah ambil makanan tengokkan boboy kejap. Along nak pergi tandas ni.” Tiba-tiba tegur seseorang di belakang umi dan Arisya. Bila Arisya toleh ke belakang, Puan Yati senyum padanya.

          “ Eh, kawan Maria tu kan? Yang tolong hantar kek hari tu.” Puan Yati menegur. Dia cam wajah gadis comel itu.  Arisya mengangguk mengiyakan. Dia masih ingat lagi wanita ni. Pelanggan yang baik hati baginya.

          “ Kenal ke anak mak cik tu?” Tanya umi sebaik sahaja Puan Yati bergerak ke bilik air. Arisya berjalan seiring dengan mak cik tersebut menuju ke meja bahagian perempuan.

          “ Kenal lah juga. Sebab saya kerja part time kat kafe kakak ipar kawan saya tu. Selalu jugalah Puan Yati tu buat tempahan kat kafe tu.” Jelas Arisya. Umi mengajak gadis itu untuk duduk semeja dengannya. Arisya malu nak turut serta pelawaan umi. Memandangkan kelibat Maria dia tak nampak masa ni, dia terima pelawaan tersebut.

           “ Umi, penatlah layan boboy tu. Kali ni dah masuk dua kali dia tambah umi. Ish, kuat makan betul!” Adam merungut.

     Selamba je dia duduk kat meja perempuan masa tu. Sebab dah ramai tetamu yang mula balik, jadi kawasan tu dah tak ramai perempuan dah. Adam tak sedar yang Arisya ada di situ. Bila umi menjengilkan matanya pada anak lelakinya itu, Adam terdiam. Dia pandang gadis di sebelah uminya. Barulah dia perasan akan kehadiran orang lain di meja tersebut.

       “ Eh, ada orang. Sorry ye…” Ucap Adam cover malu. Dia kalih pandang ke tepi, tak lama kemudian dia renung wajah gadis itu semula.

       “ Wait wait. Kau lah budak yang langgar aku hari tu kan?” Kali ni barulah dia teringat. Arisya tersentak. Mujur dia dah habis makan masa tu. Selamba je lelaki ni.

       “ Yeke encik? Saya tak berapa cam encik sangat. Saya minta maaf ye.” Arisya berkata dengan perasaan serba salah. Dah lama kot kes tu, boleh lelaki ni ingat rupa dia.

       “ Adik! Kenapa biadap sangat ni.” Tegur uminya. Adam terdiam.

       “ Eh, mak cik. Janganlah marah dia. Memang betul pun kata dia tu. Hari tu saya terlanggar dia. Nyaris je dia terjatuh dalam longkang, mujur tak jatuh.” Bela Arisya. Adam mengiyakan kata gadis itu.

        “ Ha, umi tengok. Budak ni sendiri dah mengaku. Adik bukan apa, adik cuma tanya dia je. Bukan adik nak marah pun.” Katanya sambil tersengih pada umi. Takut juga kalau umi mengamuk nanti.

        “ Apa-apa pun saya minta maaf ye encik sebab kes hari tu.” Kata Arisya lagi. Adam memandang gadis di depannya lama, kemudian dia tersenyum.

        “ Yela, saya dah maafkan awak dah. Sorrylah pasal hari tu. Mood saya tak elok agaknya. Maaf ye sebab saya tertenking depan awak.” Akuinya.

        “ Apa dia? Adik tenking Arisya semata-mata  sebab dia terlanggar adik je!” Tu dia, umi dah mula keluarkan aura nak marah tu.

         “ Ala umi. Benda Adam pun tak sengaja. Terlepas cakap masa tu. Awak, saya minta maaf ye.” Ucap Adam lagi. Arisya mengangguk sambil tersenyum menerima kata maaf dari lelaki itu. Umi hanya mampu melepaskan keluhan melihat sifat anaknya yang anggap keterlaluan.

         “ Arisya, umi minta maaf ye bagi pihak anak laki mak cik ni. Dia ni memang lain dari yang lain. Panas baran dia tu muncul tak tentu masa.” Kata Umi pula. Adam dah mula buat aksi muka toya. Mak sendiri mengata anak dia ni lain dari yang lain. Apalah umi ni… huhu.

         “ Takpe mak cik. Saya faham. Tak mengapa.” Jelasnya dengan lembut. Umi tersenyum. Mujur anak muda ni penyabar. Kalau dipadankan dengan Adam memang kena. Sorang jenis panas baran, sorang lagi jenis yang penyabar. Ha, elok sangat dah! Fikir wanita tua itu sambil tersenyum seorang diri.

     

             ************************************************************

             
      Arisya merenung telefon bimbitnya dengan perasaan yang hairan. Dia sebenarnya terfikirkan perbualannya tadi dengan Suhaila. Permintaan gadis itu memang dirasakan pelik. Maria meletakkan tray yang berisi dua snack plate kfc di depan Arisya. Melihatkan Arisya termenung memandang ke bawah, Maria mengetuk meja dengan perlahan untuk menarik perhatian gadis itu. Arisya mendongakkan kepala dan memandangnya.

         “ Kenapa?” Tanya Arisya.

         “ Aku yang patut tanya kau. Kenapa termenung?”

         “ Owh, ni ha, tadi Aila telefon aku.”

         “ Dia nak apa pula kali ni?” Tanya Maria. Dia memang tak berapa suka dengan Suhaila tu. Suka sangat ambil kesempatan kat Arisya. Tapi Arisya ni je jenis yang tak kisah. Kalau Maria yang berada di tempat Arisya, dah lama dah Suhaila tu kena sekeh dengan dia.

          “ Dia kata kat aku, kalau aku nak balik kampung terus nanti, nak bawa barang semua tu balik, pakai kereta dia je. Dia suruh aku drive kereta tu bawa balik.” Jelas Arisya. Maria yang mendengar dah mula tayang muka pelik.

          “ Okay, kali ni memang aku pelik. Why? Habis tu nanti dia nak angkut barang dia macam mana? Kan dia habis belajar lewat sebulan dari kita. Bukan dia tu jenis kedekut ke nak bagi kau guna kereta kesayangan dia tu? Seriously Isya, aku memang tertanya-tanya sekarang ni.” Banyak betul pertanyaan yang keluar dari bibir Maria. Arisya hanya mengangkat bahunya. Dia pun tak tahu nak jawab apa, sedangkan dia sendiri pun terfikir soalan yang sama. Malas nak fikir lagi, Arisya mengambil makanannya dan mula menjamu selera.
     Maria mengunyah makanannya dengan perlahan. Sambil makan dia merenung ke luar tingkap restoran KFC tersebut. Dia curiga dengan kelakuan Suhaila kali ni. Hmm, Aila Aila…apa pula yang kau dah rancang sekarang ni? Bukan aku tak tahu kau tu, segala muslihat kau pandai fikir.

    Dia menoleh pula memandang Arisya yang berselera makan itu, dia kesiankan nasib Arisya dapat keluarga tiri macam Mak Idah dengan Suhaila. Dua beranak tu suka mengambil kesempatan pada gadis didepannya. Bayangkanlah, duit gaji Arisya kebanyakkannya dihabiskan pada kakak tirinya itu sahaja. Dah tu, kereta tu pun Arisya ada sumbangkan sedikit duit untuk meringankan beban Suhaila. Sedangkan Arisya lansung tiada kemudahan pengangkutan sendiri. Bila susah, Arisya yang dicari. Bila senang atau berseronok, lansung Arisya dilupakan. Maria cuma mampu berdoa supaya nasib kawannya itu terbela suatu hari nanti dengan kehendak-NYA.

         






** hehe, update ep 5 akan diupdate esok petang atau malam. Enjoy reading ye. Nak tahu apa nasib Arisya selanjutnya, terus follow cerita ni k. Salam 1 Malaysia! =)

  1. adakah Arisya akan menjadi pilihan adam ?

  1. hehe...akn terjwb pd episod yg akn dtg...just wait =)
    btw, thanz sudi bace ida =)

  1. Best3...1st time comment.good job & x sabar tunggu next n3:-)i like

  1. wah!sape lah yg bisa meraih ati aisya...banyak gak jejaka2 yg usha namun tak dilayan!!!yes good aisya,n adam akan fall in lov kat aisya hendak nye!!!

  1. hehe...nk tahu jwpn die...coming soon.. =)