NILAI KASIHMU (10)


.


Episod 10





    


      Dari jauh, lelaki itu nampak kelibat Suhaila melintas jalan. Apabila lelaki itu melambai padanya, Suhaila segera berlari ke arahnya. Bila gadis itu sampai tepat pada masanya, lelaki itu tersenyum.

         “ Datang pun kau. Ingat lambat lagi.” Ujar lelaki itu seakan memerli. Suhaila memberikan pandangan tajam padanya, namun insan dihadapannya lansung tidak gentar, sebaliknya tangannya yang kasar itu cuba mengusik dagu Suhaila.

         “ Kau ingat kau pandang aku macam tu aku takutlah?” Kata lelaki itu. Suhaila cepat-cepat menepis. Itulah yang paling dia tidak gemar bila berhadapan dengan lelaki tersebut. Ada je kesempatan yang mahu diambil.

         “ Jangan nak buang masa aku Jimmy. Kau nak cakap apa dengan aku ni? Cepat sikit. Esok aku kena bangun awal, ada interview.” Kata Suhaila dengan muka kelatnya. Lelaki yang digelar Jimmy itu tiba-tiba ketawa.

         “ Kau ada temuduga? Kau?” Perli lelaki tersebut tanpa sikit pun menjaga sensitiviti insan lain. Bila melihatkan Suhaila diam tidak membalas, Jimmy mula mengendurkan tawanya.

         “ Okaylah. It’s a joke. I’m sorry. Bila aku dapat tahu kau dah balik kl semula, saja aku call kau. Rindu.” Kata lelaki itu sambil bersandar di tepi pintu keretanya. Suhaila cuba menahan marahnya.

           “ Kau kalau nak cakap benda yang takde guna, just forget about it. Okay! Aku takde masa nak layan loyar buruk kau ni. Kalau takde apa-apa hal, aku nak blah!” Balas Suhaila dengan nada yang marah. Bila dia mahu berlalu pergi, dia terasa lengannya digenggam kuat oleh pemuda.

           “ Hei, rilekslah sayang. Aku tak gurau. Aku serius ni. Aku rindukan kau. Sumpah!” Beriya Jimmy memberi alasan. Suhaila merenung lama pandangan dari lelaki tersebut, kemudian mengeluh kasar. Dia mengimbas pertemuannya dengan Jimmy di sebuah kelab malam yang dikunjunginya semasa sedang belajar dahulu. Jimmy merupakan salah seorang teman yang agak rapat dan selalu berhibur bersamanya di dalam kelab tersebut selain bekas teman lelakinya dahulu, Farid.

           “ Aku dengar kau dah lama clash dengan Farid tu? Hmm, memang betul jangkaan aku korang akan break up sebelum kau tamat study lagi. Aku dah cakap banyak kali dah kan, Farid tu kaki kelentong. Aku cakap kau tak nak percaya…” Ujar Jimmy. Suhaila cuba melepaskan tangannya dari genggaman Jimmy dengan kasar.

          “ Kau kalau nak sakitkan hati aku, baik tak payah! Menyampah tahu tak! Entah-entah kau tu pun sama kaki kelentong. Aku malaslah nak layan kau ni. Kau cakap ada hal penting sangat. Bila dah jumpa, rupanya kau saja nak bangkitkan kemarahan aku kan.”

          “ Wow, marah sangatlah ni? Huh, kau tahu tak, bila tengok muka kau masa tengah marah ni, lagi buat aku geram. Kau bertambah cantik tau bila macam ni.” Bodeknya. Suhaila mula memeluk tubuh. Rambutnya yang mula memanjang melebihi bahu diselaknya ke belakang. Naik malas pula lama-lama di situ.

          “ Aku tanya untuk kali yang terakhir. Kau nak apa sebenarnya?” Dengan rasa malas, Suhaila bertanya.

          “ Aku nak ajak kau pergi kelablah malam ni. But, sebelum kau cakap-cakap apa-apa, aku nak kau dengar dulu. Aku tak habis cakap lagi ye.” Katanya apabila melihat Suhaila mahu mencelah tadi.

          “ Asalnya itu plan aku, nak ajak kau pergi club. Memang aku jujur nak jumpa kau je. Aku rindu dengan kau. Kalau aku tahu kau ada interview esok, dah lama dah aku ajak kau hari lain je. Apa-apa pun aku minta maaf okay pasal tadi aku gelakkan kau. Tapi aku jujur, aku serius rindukan kau.” Luah Jimmy. Suhaila mencebik.

         “ Betul?” Tanya gadis itu. Jimmy hanya mengangguk sambil tersenyum.

         “ Kalau kau cakap betul sekali pun, aku takkan pergi kelab malam ni. Aku nak tidur awal. Aku nak balik.” Kata Suhaila. Sekali lagi dia mahu berlalu pergi, tapi cepat-cepat Jimmy menghalangnya.

         “ Okay okay. Kita tak payah pergi enjoy malam ni. But, at least jomlah pergi dinner. Kau tak kesiankan aku ke? Hari ni birthday aku tahu tak. Takde siapa pun nak celebrate hari jadi aku. Hmm, apalah nasib.” Katanya dengan nada berpura-pura sedih. Suhaila mengeluh lagi.

         “ Fine! Aku teman kau. Tapi belanja aku makan!” Balasnya. Ikutkan dia mahu terus pulang sahaja ke rumah sewanya, tapi bila Jimmy dah cakap macam tu, kesian pula dia rasa.

         “ Yess! Cantiklah. Aku akan belanja kau makan, tapi kalau jadi awek aku, sepanjang tu lah aku akan belanja. Kau minta je apa pun, aku bagi.”

         “ Yelah tu! Kalau aku minta kondo kau boleh bagi?!” Perlinya. Tapi dia bukan tak tahu yang Jimmy memang kaya orangnya. Dia kenal Jimmy pun melalui Farid dulu, katanya Jimmy ni pewaris empayar Hotel Impiras yang terkenal. Tapi perangai Jimmy yang sesuka hati menyentuhnya membuatkan dia berasa tak selesa dengan lelaki itu selama ini.

         “ Setakat kondo? Huh, aku boleh bagilah. Tapi kalau nak jimat kau tinggal jelah dengan aku. Lagi pun bilik kat rumah aku tu, ada satu lagi kosong.” Katanya seakan berlagak.

         “ Hah, kau ingat sini Amerika? Korea? Kanada? Sesuke hati boleh tinggal dengan kau tanpa ikatan apa-apa? Gila!” Balas Suhaila dengan rasa geram. Jimmy tergelak.

        “ Okay okay, kau ni makin sensitiflah Aila. Rilekslah. Tapi apa yang aku cakap tadi ada betulnya. Kalau kau jadi awek aku, kau tak payah susah-susah kerja. Aku akan tanggung kau. Tu lah, dulu aku mengorat kau, kau jual mahal.” Ujar Jimmy.

        “ Dahlah! Boleh tak kalau kita tak payah cakap pasal hal ni. Baik cepat kita pergi mana-mana untuk isi perut kau tu, sebelum aku tukar fikiran balik kejap lagi.” Ugutnya pula. Jimmy tersengih.

        “ Baiklah cik Suhaila. Kata anda saya akan turuti. Ikut sini ye cik adik, masuk kereta saya. Kita pergi restoran western yang baik punya.” Kata Jimmy sambil sempat bergurau lagi dengan Suhaila. Gadis itu malas lagi mahu membalas, sebaliknya dengan segera masuk ke dalam kereta mewah Jimmy.

       Bagi Jimmy pula, dia rasa gembira malam ni. Bermula saat ini, dia akan memulakan perancangannya dalam memiliki Suhaila sebagai teman istimewanya suatu hari nanti. Walaupun Suhaila tidaklah secantik model antarabangsa, tapi kemanisan wajah gadis itu berjaya membuatkan dia tertarik untuk kenal dengan lebih rapat dengan Suhaila sejak dari dua tahun lepas lagi. Gaya lentok tubuh Suhaila yang lincah menari di atas lantai kelab yang dipenuhi pemuda pemudi zaman kini, juga berjaya menarik perhatiannya. Gadis itu ada potensi untuk dijadikan model kalau diasah bakatnya dari awal. Dia mula terfikirkan perkara itu apabila melihat Suhaila yang semakin lama semakin bergaya.

          “ Kau interview apa esok?” Tanyanya sambil memandu.

          “ Kat butik, sebagai pembantu urus hal-hal kain semua tu. Takdelah famous mana pun butik tu, tapi dah situ je yang call aku. Aku pun pergi jelah esok.” Balas Suhaila sambil memandang ke luar tingkap.

          “ Kalau aku nak bagi kau kerja, kau nak tak? Setakat pembantu kat butik, gaji kerja yang aku cadangkan ni mungkin lima kali ganda dari gaji kerja kat sana tau.” Kata dari Jimmy itu mula menarik perhatian Suhaila.
  
          “ Kerja apa?”

          “ Jadi model. Kau ada gaya Aila. Badan kau tinggi lampai, ramping. Gaya kau jalan pun dah seakan model. Kalau kau praktis lebih lagi, confirm kau boleh jadi famous satu hari nanti.” Sambung Jimmy lagi.

          “ Hei Jimmy, kau ingat senang ke nak jadi model ni? Saingan kuatlah! Lagi pun kalau aku kerja tu, confirm ibu dengan ayah aku mengamuk.”

          “ Alah, kau jangan risaulah. Aku ada kawan dalam bidang tu. Dia sendiri pemilik agensi model yang terkenal dalam Malaysia ni tau. Sekali aku cadangkan kau untuk kerja under agensi dia, dia takkan teragak-agak ambil kau. Pasal parent kau tu tak payahlah kau risau, lama-lama nanti kau dah kumpul banyak duit senyap juga diorang.” Pujuknya. Suhaila terdiam.

          “ So, kau nak tak? Aku bukan apa Aila, aku sebagai kawan kau, nak juga tengok kau hidup senang. Kalau kau nak, secepat yang mungkin aku boleh contact member aku tu.” Kata Jimmy. Suhaila kembali memandang ke arah luar kereta.

          “ Tengok dululah…” Ringkas dia menjawab. Sebenarnya tawaran dari Jimmy itu tidak kurang menarik juga buat dirinya. Jauh di sudut hati, dia berminat dengan kerja tersebut, cuma dia risau pendapat ibu ayahnya di kampung. Dan bukan setakat itu sahaja. Dia juga tertanya-tanya adakah Iqram akan lebih minat padanya kalau dia berubah jadi model suatu hari nanti. Kalau lelaki itu lebih cenderung kepada wanita yang lebih lawa, dia akan berusaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih menarik dari Arisya untuk memikat Iqram. Dalam diam, dia sudah pun berangan memikirkan perkara tersebut.





******************************************************





      Telefon bimbitnya dimatikan talian setelah habis berbual dengan seseorang. Kemudian pandangannya dihalakan pada televisyen. Maria keluar dari dapur membawa buah tembikai yang sudah dipotong. Dia perasan yang Arisya bukanlah menonton televisyen, sebaliknya hanya termenung.

           “ Buah?” Pelawanya sambil menghulurkan bekas berisi tembikai kepada Arisya. Gadis itu tersentak. Dia mengambil sepotong tembikai dan mula memakannya.

           “ Kau kenapa Isya? Termenung pula. Tadi siapa call?” Tanya Maria.

            “ Ayah aku.” Ringkas dia menjawab.

           “ La, takkan lepas ayah kau call kau termenung pula. Ha, ni mesti ada apa-apa kan. Baik kau story kat aku.” Arisya menghabiskan suapannya dan mengelap tangganya dengan tisu, kemudian memandang Maria.

           “ Ayah aku bagitahu yang Aila dah pun datang kl kelmarin. Ayah aku tanya aku, ada tak dia telefon atau mesej aku. Aku jawablah takde lansung. Ni kalau ayah aku tak bagitahu, sampai bila pun aku tak tahu yang dia ada kat sini. Aku risaulah Maria. Dia duduk dengan siapa, kerja kat mana, semua tu aku tertanya-tanya.” Luahnya. Maria mengeluh kasar.

           “ Kau ni Isya, tak payah nak fikir sangat pasal perempuan tu. Ish, menyampah pula aku dengar. Sorry to say that. Tapi tadi apa yang aku cakap memang perasaan aku terhadap kakak tiri kau tu.” Selamba Maria berkata. Arisya tersenyum pahit. Dia tak boleh buat apa pun kalau Maria dah berperasaan macam tu pada Suhaila. Melihatkan Arisya berdiam diri, Maria berhenti makan dan meletakkan mangkuk berisi buah itu ke atas meja.

           “ Isya, tolong jangan bebankan fikiran kau dengan asyik fikirkan Maria tu. Dia tu dah dewasa. Bukan budak-budak lagi. Dia tahulah jaga diri. Aku yakin, kawan-kawan dia masa study dulu ramai ada kat sini yang boleh bantu dia. Kau tak payah nak buang masa fikir sangat pasal dia tu. Si Aila tu, entah-entah dia lansung tak ingatkan kau. Buat penat je kau ingatkan dia.” Sambung Maria lagi.

           “ Aku harap apa yang kau cakap tu betullah. Aku harap kawan-kawan dia banyak bantu dia kat sini. Maria, aku tak boleh kalau tak fikirkan dia. Apa pun perangai dia, aku tetap sayangkan dia. Aku tahu ramai yang tak suka dia, tapi aku faham isi hati dia yang sebenarnya. Tak ramai faham dia tu macam mana sebenarnya.” Ujar Arisya. Maria diam. Walaupun dia cakap macam mana sekali pun, Arisya tetap dengan pendiriannya. Tetap mempertahankan maruah kakak tirinya itu.

            “ Urm, yela. Aku tahu kau sayang semua family kau. Malas dah aku nak cakap pasal hal ni.” Katanya seakan mengalah. Arisya bangkit dan duduk dekat dengannya.

            “ Kau marah aku ke Maria. Maaflah kalau aku ada cakap benda yang buat kau tersinggung.” Pinta Arisya ikhlas. Maria tersenyum padanya.

            “ Takde apalah sayang oit. Kau tu tak pernah pun buat aku rasa tersinggung. Jangan risaulah. Ha, hari tu kau kata nak ajak aku teman jumpa Iqram untuk jelaskan pada dia. Apa kes? Bila nak jumpa?” Tanyanya. Tiba-tiba tadi dia terfikirkan tentang perkara itu. Lama Arisya diam tidak menjawab. Maria yang menanti mencuit kawannya.

            “ Kau ni, aku tanya tadi kan, bila nak jumpa dia? Ke kau tak berani lagi nak berhadapan dengan Iqram?” Tanya Maria lagi.

            “ Sebenarnya, aku dah terjumpa dia tengahari tadi. Itu pun secara tak sengaja.” Jujurnya. Maria membeliakkan matanya.

            “ What? Serius? How?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibirnya. Arisya menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan.  Dia mula cerita perkara sebenarnya pada Maria.

            “ Tak sangka dapat jumpa Arisya kat sini. Arisya kerja dekat-dekat area sini ke?” Tanya Iqram yang duduk berhadapan dengannya. Arisya menjawab dengan anggukan.

      Kemudian dia menoleh ke belakang, kelihatan kawan-kawan sepejabatnya sudah mula memesan minuman pada pelayan restoran tersebut. Dia sendiri tidak boleh jangka dia akan bertemu dengan Iqram pada waktu dia berehat. Cadangnya, dia patut makan bersama kawan-kawannya yang lain, tapi tadi entah macam mana, Iqram dari jauh boleh perasan akan dirinya dan memanggilnya duduk bersama.

            “ Iqram apa khabar? Lama dah tak jumpa kan.” Tanya Arisya. Iqram tersenyum memandang wajah Arisya lama. Dia terpandang di jari Arisya terdapat cincin yang tersarung manis di situ. Saat itu, senyumannya mengendur.

            “ Jadi Arisya betul-betul dah bertunang dengan orang lain?” Tiba-tiba Iqram bertanya. Arisya memberanikan diri memandangan lelaki tersebut. Dia hanya menjawab dengan anggukan dan mula terbit rasa bersalah di dalam hatinya.

            “ So, sebab tu lah Arisya tolak peminangan Iqram? Jadi, betullah apa yang Pak Samad bagitahu hari tu..”

           “ Ayah bagitahu apa kat Iqram?”

           “ Dia cakap Arisya terpaksa tolak risikan dari keluarga Iqram sebab Arisya ada orang lain. Iqram ingat Arisya saja buat alasan sebab nak tolak Iqram. Tapi memang betullah semuanya.” Ujarnya. Arisya tersenyum pahit.

           “ Kalau bukan sebab tu pun Arisya tetap dengan jawapan yang sama Iqram. Maafkan Arisya.” Ucapnya lemah.

           “ But why?”

           “ Iqram, takkan awak tak tahu yang Suhaila menaruh perasaan pada awak. Dan dia menyangka risikan awak tu adalah untuk dirinya. Disebabkan itu dia merasa terluka. Jadi, kalau awak berada di tempat saya, awak tetap akan terima ke risikan tu tanpa mempedulikan orang yang kita sayang?” Arisya berani kemukakan soalan itu padanya. Dan kali ini Iqram terpana.

           “ Saya tak tahu dia ada rasa macam tu pada saya. Salah saya juga sebab tak ceritakan lebih lanjut pada dia masa tu. Kalau tak, salah faham pada hari tu mungkin takkan terjadi. Tapi saya nak tanya awak satu je, lepas tu saya takkan persoalkan awak lagi. Awak betul-betul cintakan tunang awak?” Soalnya. Arisya terkedu. Lama Iqram mencari jawapan di sebalik renungan mata Arisya. Cepat-cepat Arisya kalih pandangannya ke arah lain.

           “ Habis tu kau jawab apa?” Tanya Maria yang mematikan jalan cerita Arisya tadi.

           “ Aku terpaksa jawab ye. Lepas tu aku cepat-cepat keluar dari restoran tu. Aku tak sanggup nak pandang muka dia dah lagi.” Jawab Arisya.

           “ Hmm, rumit betul perjalanan kisah kau kan. Tak pernah bercinta, tup tup muncul dua lelaki pada masa yang sama dalam hidup kau. Memang benarlah tuhan itu maha berkuasa. Dia penentu segalanya. Tapi, aku nak tanya kau ni. Kau pernah ada perasaan cinta ke pada Iqram ke?”

           “ Aku mengaku yang Iqram tu memang lelaki yang baik. Tapi aku cuma anggap dia sebagai kawan dan jiran sahaja. Tak lebih dari tu. Sebab tu lah bila hal ni dah jadi, aku rasa serba salah nak berhadapan dengan dia.”

           “ Jadinya, kau tak pernah rasa cinta pun pada Iqram. But, how about Adam? Kau rasa macam mana pula? Sedangkan kau tak pernah berkawan dengan dia, sekelip mata dia dah pun sah jadi tunang kau.” Soal Maria.

           “ Kalau Adam, aku akan cuba tanamkan rasa cinta pada dia. Setiap hari aku berdoa Maria. Aku berdoa supaya jodoh kami kuat. Kalau aku dah pilih dia, bermakna aku harus yakinkan hati aku untuk terima dia seadanya.” Jawabnya. Maria terdiam, kemudian dia senyum pada Arisya dan memeluk gadis itu.

           “ Apa pun yang kau buat, apa pun keputusan kau, aku akan sokong kau. Walaupun aku lebih suka Iqram berbanding Adam tu.” Maria berkata. Arisya tergelak mendengarnya.

             




********************************************************
           






         Fail itu dicampak kasar ke atas meja. Dia memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan yang tajam. Malik menelan air liurnya. Pasti kali ini dia akan dimarahi lagi.

         “ You think this is enough?!” Tanya ketuanya dengan muka yang serius. Malik terdiam.

          Listen, I want you to do this again, and next time, make sure there is no mistake. Got it?” Tegas ketua di hadapannya memberi arahan. Malik tanpa banyak soal, hanya mengangguk dan membawa fail itu keluar. 

       Bila dia keluar sahaja dari bilik, dia mula merungut memikirkan sifat ketuanya yang mula berubah beberapa minggu ini. Linda yang berjalan dari pantry ke mejanya melihat Malik bercakap seorang diri.

         “ Hei, buang tebiat ke apa kau ni cakap sorang-sorang.” Tegur Linda sambil ketawa.

         “ Aku bukan cakap sorang-sorang. Aku tengah bengang dengan bos kau tu. Salah sikit pun nak marah bukan main. Apa masalah Encik Iqram tu ha? Dulu dia tak macam ni pun. Aku salah sikit je, dia asyik mengamuk je. Kau nak tahu, buat kali ni, dah dua kali aku betulkan isi fail ni tau, tu pun dia asyik tak puas hati. Mati bini ke pe?” Adu Malik. Linda memandang teman sekerjanya dengan pandangan simpati.

          “ Kau ni tak baiklah. Dia tu kan mana kahwin lagi, bini pun takde. Mungkin adalah tu masalah dia. Jangankan kata kau je asyik kena marah. Aku ni secretary dia, lagi teruk tau kena. Pasal aku lambat jawab panggilan dia pun dia dah marah-marah.” Kata Linda pula. Malik yang mendengar mengeluh.

          “ Kalau siapa pun yang kerja bawah dia mesti pelik dengan perangai dia wei. Yela, dulu dia tu lah ketua paling baik pernah aku jumpa. Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, makin lama dia makin berubah. Salah sikit, habis semua dimarahnya. Kalau dulu, kita buat salah, dia tegur elok je. Kau cubalah tanya bos kau tu, mana tahu dia ada problem dengan awek dia ke family dia ke, kau pujuk-pujuklah dia. Manalah tahu, dia jadi baik macam dulu juga.” Kata Malik. Linda mencapai pen dan mengetuk kepala lelaki itu dengan perlahan.

       “ Kau fikir aku ni apa? Penasihat dia? Kauselor dia? Suka hati je kau suruh aku tanya dia macam tu. Kau nak tengok aku kena pecat ke pe? Ish budak ni.” Geram linda melayan kerenah Malik. Lelaki di hadapannya tersengih. Pada masa itu juga, Iqram keluar dari biliknya dan perasan akan Malik tidak lagi bergerak dari situ.

        “ Buat apa lagi ni? Kan saya dah suruh awak betulkan balik kesalahan tu. Saya nak tengok fail tu ada kat atas meja esok pagi juga! Dah, pergi sambung kerja.” Arah Iqram. Malik dengan segera meminta maaf dan berlalu pergi. Lagi lama dia kat situ, lagi teruk dia kena.

        “ Linda, saya nak awak batalkan semua appointment saya petang ni.” Katanya pada setiausahanya itu.

        “ Semua Encik Iqram? Habis meeting dengan klien dari Singapore macam mana?”

        “ Kan saya dah kata tadi, semua! Tak faham? Ke nak saya cakap dalam bahasa lain baru nak faham?” Kata lelaki itu dengan renungan yang tajam. Linda menelan air liurnya.

        “ Ba…baik encik Iqram.” Gagap dia membalas. Bila Iqram sudah berlalu pergi dari situ, Linda mengusap dadanya dan melepaskan keluhan lega. Selama dia bekerja dibawah Encik Iqram, tak pernah ketuanya itu bersikap macam tu selama ini.

       Iqram menghempuk stereng keretanya dengan kuat. Dia cuba mengawal marah. Entah kenapa dia boleh bertindak sampai macam tu sekali. Hanya kerana pagi tadi dia cuba telefon Arisya untuk mengajaknya makan tengahari bersama, tetapi gadis itu lansung tidak mengangkat panggilannya membuatkan moodnya berubah dalam sekelip mata. Tak pernah dia terasa tercabar macam itu sekali. Semua kemarahannya dilepaskan pada insan yang tak bersalah. Mamanya, Puan Sri Indah juga ada menegur tentang perubahan sikapnya, namun Iqram tidak peduli. Kali ni dia rasa dirinya tewas. Dan itu membuatkan dia rasa bagaikan teraniaya. Kata-kata dari Arisya semalam cukup membuatkan hatinya retak.

        “ Ye, memang saya amat cintakan dia. Dan hati saya takkan berubah walau apa pun. Maafkan saya Iqram. Saya terpaksa pergi dulu.” Luah Arisya. Dia segera bangun dan berlalu dari situ. Iqram dibiarkan termangu duduk keseorangan di meja makan restoran tersebut. Dari dalam, dia dapat melihat Arisya berjalan keluar ke arah jalan raya tanpa menoleh sikit pun padanya. Sangkanya, pertemuan secara tak sengaja pada masa itu memberikan peluang untuknya memujuk Arisya menerima lamarannya. Tapi bila pandang sahaja cincin yang tersarung di jari manis Arisya cukup membuatkan dia rasa peluangnya tipis. Mulanya pada masa lalu, bila Pak Samad menelefon dan memberitahu tentang Arisya ada orang lain, dia tidak mahu percaya.

     Sangkanya, Arisya hanya membuat alasan untuk menyedapkan hati kakak tirinya untuk menolak pinangannya ketika itu. Tapi kali ini, bila Arisya sudah terang-terang mengaku padanya, dia mula percaya yang kata-kata dari pak Samad ada betulnya. Kepalanya dipicit berulang kali. Dia sedaya upaya mencuba untuk melepaskan Arisya seperti yang dinasihatkan oleh mamanya, namun dia tak boleh. Hatinya tetap berkeras mahukan Arisya menjadi cinta di sisinya. Dan sejak itu dia bertekad, selagi Arisya tidak berkahwin, selagi itulah usaha dia dapatkan Arisya akan terlaksana. Ya, itu azam baru yang dia cipta. Dan tidak mungkin ada sesiapa pun yang dapat menghalang.










*ok, mesti ramai pembaca dah x sedap hati tengok perubahan Iqram kan. Pe leh buat, kadang2 cinta ni boleh buat ramai yang berubah..hehe, enj0y baca k , Salam 1 Malaysia =)

  1. salam dik..Iqram..berubah..mungkin sesuatu yg peliks kan..tetapi cinta it buta..patah cinta membuat hati rawan dan kita ..tidak menjadi diri kita sendiri..antara mahu memilikki sedangkan kita tahu ia begitu sukar utk dimulikki kenapa perlu menjerumus diri yg akhirnya kita tahu..yg kecewa itu akan menjadi milik kita..

    Apa akan terjadi ek pada Suhaila..adakah dia akan menjadi model terkenal dan mencuba memikat Iqram dan menggunkan Jimmy sebagai batu loncatan sedangkan Jimmy mmg ada hati pada dirinya.. Apa pula pandangan Adam pada Arisya..adakah dia akan memikat gadis itu..

  1. wa'salam kak...hehe, biaselah, kadang2 cinta tu mmg boleh mmbutekan hati seseorang kan..
    terima kasih kak for the comment dan juga pendapat akk tu, persoalan akk akn terjawab juga nnt pd episod yg akn datang...hehe =)

  1. Kesian pulak kat Iqram ni... Mungkin masih tak berpuas hati dgn kejadian di mana Arisya terpaksa menolak pinangannya disebabkan salah faham yg timbul di pihak Suhaila... Kalau dia beritau Suhaila yg dia ingin meminang Arisya drp mula lagi, takder la Suhaila tu perasan bhw dirinya yg akan dipinang.... Hmm.... hanya sbb salah faham, terus pinangan ditolak...

  1. hmm, ramai juga kesiankan Iqram ni kan...hehe, tnp nama, thanz sudi baca and berikan pendapat. thank you, keep reading k.. =)

  1. Kesian Iqram, jahatnya Suhaila & mak dia. Mesti Arisya elak diri dari Iqram sebab nak jaga hari 2 org tu.

    Nak Iqram kawin & Arisya boleh?

  1. fezmia, thanks sudi bace. haha, nk Iqram kawen & Arisya?haha, susah tu...hehe... =)