NILAI KASIHMU (5)


.


Episod 5






          Rambutnya yang melebihi paras bahu itu disisir kemas. Sementara menanti seseorang sempat lagi dia menelek mukanya di cermin compact powder. Bila berpuas hati dengan penampilannya, dia senyum pada dirinya sendiri. Tidak lama kemudian muncul seseorang yang dinantikannya di restoran tersebut. Lelaki itu senyum padanya bila melihat gadis itu melambaikan tangan pada dirinya.

        “ Sorry Suhaila. Iqram lambat. Jalan sesak sikit tadi. Lama ke Suhaila tunggu?” Iqram bertanya sementara seorang pelayan lelaki datang padanya dan menyerahkan buku menu.

        “ It’s okay. Aila pun baru je sampai. Iqram ni kan, hari tu kan Aila dah cakap, panggil Aila je, tak payah susah-susah sebut Suhaila.” Balas gadis itu dengan lagak manjanya. Dia sengaja mesej lelaki itu pagi tadi untuk makan tengahari bersama. Tidak sangka pula Iqram setuju dengan pelawaanya.

        “ By the way, Iqram, thank you sebab sudi lunch dengan Aila hari ni. Aila sebenarnya pagi tadi baru je habis jawab last paper. Last exam hari ni. So, ingat nak celebrate makan kat luar, tapi kawan-kawan semua dah ada rancangan sendiri. Tu yang terfikir nak mesej Iqram ajak makan sama. Mujur Iqram setuju.” Iqram yang mendengar tersenyum.

        “ Urm, iye ke. Habis tu macam mana jawab exam tadi? Okay tak?” Tanya lelaki itu prihatin.

        “ Bolehlah…urm, Iqram. Aila nak tanya ni. Iqram bila lagi nak balik kampung Aila?”

        “ Mungkin minggu depan. Insyaallah kali ni mungkin lama sikit Iqram duduk sana.” Balasnya.  Suhaila mengukirkan senyuman. Nampaknya peluangnya semakin cerah untuk mendekati lelaki tersebut.

        “ Owh, urm…Iqram, Aila nak minta tolong boleh?” Iqram memandang tepat ke wajah Suhaila.

        “ Erm, macam mana nak cakap ye. Minggu depan Aila nak angkut semua barang Aila kat rumah sewa tu balik kampung. Tapi Aila takde transportlah Iqram. Boleh tak kalau Aila tumpang Iqram? Lagi pun nak minta ayah drive ke sini, kesian pula. Ayah tu dah tua, cepat ngantuk kalau drive jauh-jauh ni.” Suhaila memberi alasan. Iqram mengerutkan dahinya.

        “ Eh, bukan Aila ada kereta sendiri ke?” Tanya Iqram pula dengan rasa yang hairan. Setahunya masa kat dia sewa kat kampung dulu, dia sendiri nampak Suhaila memandu kereta Myvi.

        “ Memanglah Aila ada kereta sendiri. Tapi adik tiri Aila, Arisya tu dia dah habis study, awal sikit dari Aila.Dia cakap dia nak bawa barang-barang dia kat hostel tu balik kampung. Aila kesiankan dia. Mula-mula dia cakap nak minta ayah je ambil, tapi Aila tak bagi. Aila tak nak ayah penat nanti. Aila suruh je dia bawa kereta Aila balik.” Panjang lebar alasan diberi. Iqram yang mendengar hanya mengangguk tanda faham dengan penerangan gadis itu.

        “ Baiknya Aila ni. Bertimbang rasa pula tu. Aila dengan Arisya memang rapat ye?” Tanya Iqram minat untuk ambil tahu.

        “ Kitorang memang rapat. Dah macam adik beradik kandung dah pun. Selalu juga Arisya minta pinjam duit kat Aila. Aila tak kisah pun, Aila bagi je. Lagi pun adik beradik kan, buat apa nak kisah sangat.” Kata Suhaila sambil menghirup air minumannya.

        “ Wah, baguslah tu. Bertuah Arisya dapat kakak macam Aila ni.” Puji Iqram. Ketika itu pelayan membawa makanan yang dipesan tadi. Iqram menjemput Aila menjamu selera dahulu.

        “ Hari ni Iqram belanja Aila ye. Sempena celebrate Aila habis exam.” Kata Iqram lagi. Bertambah riang hati Suhaila ketika itu. Mujur rancangan yang dirancang menjadi. Nasib baik dia terfikir nak bagi Arisya pakai kereta dia tu. Nampaknya bolehlah dia gunakan peluang yang ada lagi untuk membuatkan Iqram lebih suka padanya.

   

               ********************************************************





    “ Ibu, ada baju lagi ke nak kena jahit? Isya dah habis masak dah. Mana tahu ada kain lagi, bolehlah Isya tolong.” Tanya gadis itu sebaik sahaj keluar dari dapur. Mak Idah memandang gadis yang sedang berdiri itu.

     “ Takde Isya. Dah habis pun ibu jahit. Lagi pun kain sikit je. Ibu malas nak ambil tempahan banyak semenjak kamu dah mula sambung belajar dulu. Dah kemas dapur dah?” Tanya wanita itu pula. Isya hanya menganggukkan kepalanya tanda sudah siapkan semuanya. Gadis itu duduk tidak jauh dari ibunya. Dia ambil timbunan kain yang ada di situ dan mula menyusun kain baju itu satu persatu.

     “ Isya, nanti Isya telefon Aila, tanya dia balik nanti nak angkut barang nak suruh siapa ambil.” Pinta Mak Idah.

     “ Isya dah call malam semalam. Isya ingat nak bawa ibu pergi sana jemput dia sekali. Lagi pun kereta dia tu kat Isya.”

     “ Habis tu dia kata apa?”

     “ Dia tolak cadangan Isya, ibu. Aila cakap nanti hujung minggu nanti, dia tumpang kawan dia je balik. Kawan dia tu yang beriya ajak katanya.” Sambung Arisya lagi.

     “ Kawan dia yang mana? Ada ke kawan dia duduk kat sini?” Tanya Mak Idah hairan.

     “ Isya ada juga tanya. Dia cakap kawan dia lelaki. Urm, kalau tak silap Isya lelaki tu nama dia Iqram. Ibu kenal ke?” Balas Isya. Mak Idah berhenti menjahit. Kalau Iqram yang dia tahu, seorang je.

     “ Iqram yang duduk rumah sebelah ni kot.” Agak-agak Mak Idah menjawab. Arisya mula hairan.

     “ Eh, bukan rumah sebelah ni kosong ke ibu?”

     “ Dulu ye la kosong. Dua bulan lepas, ada lelaki bujang yang sewa kat situ. Tapi dia jarang duduk rumah tu. Dia sewa pun sebab dia ada kerja kat sini. Budak Iqram tu duduk kat kl juga. Kadang-kadang dia balik sini tengok tanah yang dia kena uruskan tu. Tak lama lagi ada bangunan kat situ nak bina. Ibu pun tak tahu sangat pasal projek apa dia buat.”

     “ Owh…” Itu je yang keluar dari mulutnya. Malas dia nak ambil tahu lebih lanjut. Tapi dia tertanya juga, rapat juga Suhaila dengan jiran baru dia tu.

     “ Isya, memandangkan kamu banyak guna kereta Aila tu, pastikan minyak kereta dia penuh bila Aila nak guna balik nanti. Lagi satu, Aila ada minta ibu duit untuk bayar bulanan kereta dia tu, kamu tolong bayarkan ye. Ibu bukan apa, kali ni ibu tak banyak sangat duit. Maklumlah, dah jarang menjahit.” Selamba Mak Idah meminta anak tirinya. Arisya yang membelakangi ibunya tersenyum pahit. Dia bukan tak mahu tolong, tapi biasiswa dia pun dah habis. Yang ada cuma simpanan kerja part time yang dia buat je. Cadangnya, dia mahu gunakan duit tersebut untuk buat bekalan balik ke kuala lumpur nanti. Tambah pula, tak lama lagi dia akan mula kerja di satu syarikat yang baru lagi ditubuhkan di sana.

      “ Isya, dengar tak ni ibu cakap tadi? Kamu ni pun, tak nak tolong ibu ke?Tak kesian kat Aila tu?” Arisya pandang wajah Mak Idah sambil mengukirkan senyuman.

      “ Yelah ibu, nanti Isya bank inkan duit kereta Aila tu. Ibu tak payah risau.” Balas Arisya lembut. 




                    ***********************************************************



  
      Sarapan pagi itu dikunyah dengan perlahan dengan rasa malas yang amat. Matanya dikalih pada Boboy yang makan dengan berseleranya. Boboy yang sedar pak su sedang melihatnya mula jelir lidah pada pemuda itu. Adam membalas dengan menjengil matanya pada Boboy.

       “ Boboy makan cepat sayang. Pak Salleh tunggu lama dalam kereta tu nanti.” Pesan papa boboy, Azri. Sambil tu sempat dia mengusap lembut kepala anak tunggalnya itu. Boboy tersengih je. Adam yang melihat mula buat muka menyampah. Manja sangatkan pun budak tembam ni.

       “ Ha, Adam. Pukul berapa nanti lapor diri kat company Pak Ngah tu?” tanya Encik Azri.

       “ Sebelum pukul 10. Abang long lambat pula pergi kerja hari ni.” Balas Adam. Memang dia malas yang amat nak pergi lapor kerja hari ni. Maklumlah dah lama sangat jadi penganggur. Itu pun kena ceramah dengan kak long dan uminya tempoh hari. Umi lah yang beriya-iya suruh dia bantu syarikat Pak Ngah tu.

        “ Saja pergi lambat sikit. Yati, buat apa lagi kat dapur tu?” Encik Azri memanggil isterinya. Muncul Puan Yati membawa teko berisi kopi panas.

        “ Buat air jap. Abang nak makan roti ke bihun?” Tanya Puan Yati. Encik Azri meminta isterinya menuangkan bihun ke dalam pinggan. Walaupun mereka ada pembantu rumah, Puan Yati seboleh-bolehnya uruskan hal makan keluarganya. Pembantu rumah hanya diminta menguruskan kebersihan dalam rumah tersebut.

        “ Umi, marilah makan sama.” Encik Azri pelawa ibu mertuanya yang ketika itu baru turun dari tingkat atas.

        “ Yela, makan jelah dulu. Along, tuangkan umi air teh.” Pinta Umi.

        “ Adam, kalau boleh pergi kerja hari ni cepat sikit. Jangan buat Pak Ngah tunggu kamu kat ofis tu. Dia beriya ajak kamu kerja kat situ.” Sekali lagi Adam tayang muka malas. Dia mengangguk lemah.

        “ Tengok tu, umi cakap sikit mula buat muka macam tu.” Puan Yati berkata. Adam melepaskan keluhan.

        “ Yela kak long. Yela umi. Nanti Adam pergi awal ye. Jangan risau. Adam takkan malukan umi dengan Kak long. Relax ye…” Sengaja Adam buat suara selembut-lembutnya membalas kata-kata dari Puan Yati dan Umi. Tersenyum umi dibuatnya bila melihat telatah Adam. Dia tahu, anak dia dalam mood malas lagi tu. Tapi nanti dah lama-lama okaylah tu.

     Setelah Encik Azri dan anaknya keluar dari rumah. Adam bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum jarum jam menunjukkan pukul 9 pagi, sempat lagi dia main game psp anak buahnya. Bila dah kena tarik telinga dengan kak long barulah dia berhenti main. Tepat pukul sembilan , dia keluar dari rumah dan menyalam ibunya dan mula memandu keretanya pergi ke pejabat. Umi menghantar anaknya dengan pandangan penuh kasih sayang.

      “ Umi, jadi tak nak pergi mall hari ni?” Tanya Puan Yati sebaik sahaja mereka berdua duduk di ruang tamu.

       “ Jadi. Umi nak cari kain langsir untuk rumah umi tu. Dah lama tak tukar langsir baru.” Balas Umi sambil menonton rancangan pagi di TV3.

       “ Kalau macam tu, along naik atas dulu. Nak mandi. Umi pun siap-siaplah, kejap lagi lepas along dah siap kita terus gerak je.” Pesannya. Umi hanya mengangguk.


                **********************************************************



        Lepas pulang dari mall, Puan Yati buat keputusan untuk singgah sebentar di kafe milik Zalika. Dia mahu membeli cheese kek untuk anaknya.

           “ Macam biasalah Zalika.” Kata Puan Yati.

           “ Perisa original ke? Hari ni ada perisa strawberry. Tak nak?” Tanya Zalika. Puan Yati berminat untuk mencuba resipi strawberry cheese cake tersebut.

           “ Ha, bolehlah. Mesti lagi suka boboy tu.” Sementara menunggu Zalika memasukkan beberapa potong kek ke dalam bekas, Puan Yati dan umi menunggu di meja tepi tingkap.

           “ Arisya mana Zalika?” Tiba-tiba umi teringat akan gadis tersebut. Dia bertanya pada tuan kedai. Zalika mendengarkan nama Arisya disebut, dia tersenyum. Hai, dah berkenanlah ni umi dengan budak tu.

           “ Dia dah balik kampung. Dah habis belajar kan. Sekarang dia dah tak kerja dengan saya dah mak cik. Dulu masa dia belajar adalah juga kerja part time kat sini.  Rajin budak tu. Kenapa mak cik cari dia?”

           “ Takdelah. Teringin pula mak cik nak tengok dia. Suka mak cik berbual dengan dia. Ramah budaknya.” Balas umi.

           “ Hai umi, berkenan nampak dengan Arisya tu. Nak buat calon untuk Adam ke?” Tanya Puan Yati pula berminat ingin tahu.

            “ Haha, kalau boleh apa salahnya. Zalika, Arisya tu ade pakwe ke?” Tanya Umi lagi. Zalika tersenyum. Dia meletakkan kotak kek ke atas meja. Hari ni kurang sikit pelanggan yang datang. Mungkin hari kerja, sebab itu kurang.

             “ Rasanya takde. Sebab kata adik ipar saya tu, si Maria tu cakap Arisya ni jenis tak berkawan sangat dengan budak lelaki. Dia kata Arisya tu jenis pemalu sikit kalau berhadapan dengan kaum lelaki ni. Tapi ramai juga yang minat kat dia.” Kata Zalika.

        “ Ha, baguslah tu kalau dia tak melayan lelaki sangat. Kira dia jaga batas dia lah tu.” Umi berkata lagi.

         “ Eh, umi serius ke ni nak buat Arisya tu jadi calon untuk adik?” tanya Puan Yati. Dia ingat uminya bergurau. Tapi melihatkan gaya umi yang semangat, macam betul je.

         “ Kenapa along? Tak boleh ke? Arisya tu kan dah habis belajar, apa salahnya kalau kita kenankan dia dengan Adam. Lagi pun Adam juga cakap dengan umi, dia malas nak cari, dia suruh umi carikan. Bila dah jumpa, inilah masanya. Kita risiklah dulu tuan punya badan.” Selamba umi bercakap. Puan Yati berpandangan dengan Zalika. Dua-dua dah mula ternganga mulut.

         “ Umi ni, kan baru sekali je umi jumpa budak tu. Takkan dah berkenan kot. Lagi pun adik tu kan baru je mula kerja. Nak ke Arisya tu dengan budak yang hot tempered tu?” Tanya Puan Yati. Pelik dia dengan sikap umi.

         “ Memanglah sekali je umi jumpa budak tu. Tapi entahlah kenapa, hati umi ni yakin sangat dengan budak tu. Umi senang bila kenal dengan Arisya tu.” Terang umi beriya-iya. Zalika tersenyum.

         “ Selama saya kenal Arisya, memang dia baik pun mak cik. Adab dia sebagai perempuan memang dia jaga sangat. Lagi pun sopan budaknya. Sebab tu Maria suka berkawan dengan Arisya tu. Kalau mak cik berkenan sangat nak kenal dia lebih mendalam, saya boleh bagi nombor telefon dia kat mak cik.” Kata Zalika. Bersinar mata umi bila Zalika ingin menyerahkan nombor Arisya padanya. Tersenyum je Puan Yati bila melihat uminya berasa seronok.



                  ********************************************************


           Sedang dia menyediakan makan petang, terdengar suara Suhaila memanggil ibunya. Arisya membasuh tangan dan segera berlari anak menuju ke ruang tamu. Bila dia nampak Suhaila yang sedang tercari-cari ibunya di dalam rumah, Arisya memanggilnya.

        “ Bila sampai Aila?” Tanya Arisya. Suhaila menyambut pelukan adik tirinya itu.

        “ Baru je. Tadi jalan sesak sikit, sebab ada excident kat highway tadi. Ibu dengan ayah mana?”

         “ Ayah solat asar kejap dalam bilik. Ibu pergi rumah tok penghulu tadi. Mana semua barang Aila? Nak Isya tolong angkat?”

         “ Boleh juga, kejap ye.” Isya melihat Aila berlari ke bawah rumah. Arisya lihat melalui tingkap. Kelihatan kereta Honda berwarna silver metallic di depan rumahnya. Kemudian keluar seorang lelaki yang sedang mengangkat beg baju milik Suhaila di sebalik bonet kereta yang dibuka itu. Arisya keluar bila melihat banyak lagi barang Suhaila yang diangkat oleh lelaki itu.

          “ Letak je beg tu kat tangga encik. Biar saya angkat masuk dalam.” Sapa Arisya. Iqram mendongak.  Bila pandangannya bertemu dengan mata Arisya, entah kenapa Iqram kelu untuk membuka mulutnya.

          “ Ha Isya, ini lah Iqram. Jiran yang sewa sekejap kat sebelah rumah kita ni.” Celah Suhaila memperkenalkan pemuda tersebut. Iqram tersentak. Arisya senyum saja. Dia mengambil beg milik Suhaila dan bawanya masuk ke rumah.

           “ Itulah adik tiri saya. Encik Iqram naiklah dulu. Minum petang dulu ke?” Pelawa Suhaila. Tak puas lagi rasanya dia bersembang dalam kereta tadi dengan Iqram. Lelaki itu mahu menolak, tetapi bila tiba-tiba Pak Samad memanggilnya naik ke atas, terpaksalah dia terima pelawaan lelaki tua itu.

           “ Duduklah Iqram. Mesti Iqram penat drive kan. Terima kasihlah susah-susah hantarkan anak pak cik ni.” Kata Pak Samad.

           “ Takpe pak cik. Alang-alang saya datang balik kampung sebab kerja, sekali jelah tumpangkan Suhaila tu. Tak susah pun” Balas Iqram. Suhaila sudah masuk ke biliknya. Bila melihat Arisya sedang menyusunkan beg dan kotak buku milik Suhaila di tepi katil, Suhaila memegang lengan gadis itu.

           “ Isya, duduklah dulu.” Beriya-iya Suhaila mengajak Arisya duduk di katil. Arisya senyum melihat mood gembira Suhaila.

           “ Aila kenapa ni? Senyum memanjang.” Saja Arisya bertanya.

           “ Mestilah Aila senyum. Happy kot dapat balik sama-sama dengan Iqram. Apa pendapat Isya tentang dia? Hensem kan..”

           “ Owh, err, oklah kot. Bolehlah.” Balas Arisya.

           “ Bolehlah? Hello, dia teramat hensem okay! Lagi hensem dari Farid dulu. Isya nak tahu tak, lagi satu Iqram tu kaya tau. Anak tan sri! Pakej lengkap tu.” Semangat Suhaila bercerita. Arisya tergelak kecil. Dia bukan kisah sangat pasal lelaki tu. Arisya meminta Suhaila berehat dulu sementara di ke dapur untuk menghidangkan apa yang ada pada tetamu.

      Bila Arisya keluar dari bilik Suhaila, Iqram tak lepas pandang gadis itu. Apa yang Pak Samad cakap pun dia dengar tak dengar. Arisya tidak pandang Iqram, sebaliknya terus masuk ke dapur. Setelah siap teh dibancuh, dia meletakkan pisang goreng ke dalam piring kecil. Cawan dan air basuh tangan turut di letak di atas tray kecil dan diangkutnya ke depan.

            “ Jemput minum Encik Iqram. Ni je yang ada. Maaflah ye..” Kata Arisya dengan sopan. Dengan cermatnya, dia menuangkan air teh panas ke dalam cawan.

           “ Eh, dah cukuplah ni. Terima kasih ye.” Malu-malu Iqram membalas. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia perlu segan dengan gadis bertudung di depannya.

            “ Ayah pun minumlah. Arisya nak pergi kedai runcit kejap ayah. Nak pakai motor ayah tu boleh?” Pintanya.

            “ Pergilah. Kunci motor gantung kat tepi tu. Bawa elok-elok.” Pesan Pak Samad. Bila kelibat Arisya hilang dari pandangannya, Iqram menghirup teh yang disediakan oleh gadis itu.

           “ Erm, sedapnya teh susu ni.” Keluar pujian dari bibirnya. Pak Samad tersenyum. Ketika itu Suhaila keluar dari bilik dan meminta izin untuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Iqram membalas senyuman dari Suhaila bila gadis itu lintas di depannya.

           “ Kalau Arisya yang buat semuanya sedap. Dia memang pandai masak semua ni. Makan malam sini lah Iqram. Nanti Pak Samad suruh Arisya masak lebih.” Kata Pak Samad. Laju Iqram mengangguk tanda setuju. Entah kenapa dia berminat nak join sama. Bukan itu sahaja, dia juga tergerak hati nak berkenalan dengan Arisya dengan lebih mendalam. Dia tersenyum lagi sambil menghirup air yang dibuat oleh gadis comel itu.









*maaf terlewat sikit post. Sahara sibuk keluar hari ni celebrate bezday my lovely dad. Enjoy reading ye...


  1. amboi... si iqram dah terpikat dgn arisya pulak dah.... masaklah arisya dikerjakan oleh suhaila... cinta 3 segi lah nanti...

    arisya, pilih jer lah si adam tu.... bagi lah iqram kat suhaila yg teringin sgt nak kawin dgn anak tan sri.... tak payah nak gaduh2..... hihihi....

  1. pergh..marahnya akak kat mak tiri Arisya..tu ..ambik kesempatan betui..kan kesian Arisya..kenapala Arisya tidak cakap yg dia tidak ada wang simpanan lagi kerana dia dah habis belajar..kalo akak cakap aja straight to d point..

    suha tu kan anak dia..sepatutnya dia berhabis utk anaknya ..ini si Arisya pula yg kena tanggung tak adil betui..kenapa ayah Arisya tak sahaja smash kat bini dia tu..melampui batas betui..kan..

    Adakah iqram mmg dah jatuh hati pandang pertama kat Arisya..alahai kalo ni berlaku ..pasti perang dunia kedua akan berlaku..mana taknya..pasti suhaila dan ibu tirinya tak puas hatilah..mungkin akan tercipta fitnah..

    Akak harap arisya cepat pergi dari rumah tu dan berkerja diKL sebelum Arisya sendiri jatuh cinta pada Iqram..

  1. hehe..sabar kak. 2la, sian kat Arisya kan. tapi Arisya ni penyayang orangnya. pe leh buat..hehe, akk continuela bace sambungan yg akan datang ye...biasela, konflik mmg dugaan yg besar, mungkin Arisya dpt harunginya kita x tahu kan..hehe..thanz akk sudi bace dan kongsikan pendapat. =)