NILAI KASIHMU (7)


.


Episod 7





    “ Tolong terangkan kenapa aku perlu ada kat sini sekali?” Tanya gadis yang bertudung biru itu.  Arisya tersengih padanya dan sekali lagi meminta maaf.

    “ Takkan kau nak biarkan aku makan berdua je dengan dia. Kau tahu kan aku tak selesa keluar berdua dengan lelaki.” Jawab Arisya. Terbit keluhan di bibir Maria.

    “ Kalau tak selesa kenapa setuju?”

    “ Mulanya aku nak tolak juga. Tapi dia rapat dengan ayah aku. Kau pun tahu kan dia jadi jiran aku sementara kat kampung tu. Lagi satu, ayah aku suka sangat dengan Iqram tu. Kata ayah aku budaknya baik. Urm, rasa bersalah pula kalau menolak. Sebab dia juga cakap kat aku, ayah aku yang suruh tengok-tengokkan aku kat sini.” Arisya member lagi alasan.

    “ Okay, fine. Aku except kau punya sebab. Tapi dia tahu tak aku join ni?” Arisya mengangguk bagi menjawab pertanyaan temannya itu.

    “Lagi pun dia macam tahu je aku tak selesa makan berdua dengan dia. Dia kata dia tak kisah kalau aku bawa teman. Sebab tu aku ajak kau. Kalau tak, siapa lagi aku nak ajak kan.”

     “ Hmm, kalau macam tu baguslah. Dapat makan free malam ni. Bak kata abang aku, rezeki jangan ditolak.” Maria pula berkata begitu. Arisya tersengih mendengarnya. Mujur sahabatnya tidak kisah menemankan dia makan malam bersama Iqram.

        “ Girls, sorry I’m late..” Tegur seseorang di meja mereka. Arisya dan Maria mendongak memandang wajak jejaka tersebut.

        “ Eh, takpe. Kitorang pun baru sampai.” Kata Arisya. Iqram senyum lega.

        “ So, inilah kawan baik Arisya ye? Maria kan..” Tanya Iqram. Maria membalas dengan anggukan sambil tersenyum. Sementara Iqram memanggil pelayan dan membuat pesanan, Maria berbisik sesuatu dengan Arisya.

        “ Kau tak cakap dia hensem…” Bisiknya. Arisya ketawa kecil. Ada-ada je Maria ni.

        “ Kenapa gelak? Ada apa-apa kat muka saya ke?” Tiba-tiba Iqram bertanya. Maria terdiam.

        “ Eh, takde apalah Encik Iqram. Saja je.” Celah Arisya. Dia menoleh memandang Maria yang mula menahan malu.

        “ Arisya, please jangan panggil saya encik. Terlalu formal. Just call my name okay. Lagi pun kita berjiran kan.” Iqram meluahkan rasa kurang selesanya.

        “ Owh, maaf kalau saya dah buat encik Iqram rasa tak selesa.” Jawab Arisya tanpa sedar.

        “ Tengok tu, you did it again.” Sengaja Iqram bersuara dengan nada tegas. Maria menyiku tangan Arisya atas kesilapan gadis itu.

        “ Sorry sorry…baiklah Iqram.” Kata Arisya. Iqram tersenyum bila gadis itu menyebut namanya.

        “ Hari ni Iqram belanja korang berdua makan sempena Arisya dapat job tu. Makan puas-puas tau.” Kata Iqram. Dua gadis di depannya mengangguk sambil tersenyum.
    Sambil makan sambil tu mereka bertiga berbual. Arisya kadang-kadang ada juga bertanya itu ini pada Iqram, tetapi Maria yang lebih berkata-kata dari Arisya yang kurang bercakap itu. Iqram tidak kisah kalau Arisya banyak senyap, janji gadis itu sudi keluar untuk berjumpa dengannya.

        “ Jadi setiap bulanlah mama Iqram masuk hospital?” Tanya Maria.

        “ Takdelah setiap bulan. Cuma bila darah dia terlalu tinggi, doktor akan tahan mama duduk kat wad.” Jelas Iqram. Arisya yang mendengar merasa simpati.

        “ Tapi, mujurlah ada adik perempuan saya yang selalu temankan mama. Yelah, sebab kerja saya ni kadang-kadang asyik outstation. Hmm, apa boleh buat.”

         “ Takpelah Iqram, sekurang-kurangnya awak ada ikhtiar untuk ubatkan mama awak. Saya pasti mama awak mesti rasa bersyukur dapat anak yang baik-baik kan.” Celah Arisya memberikan pendapat. Iqram berasa tenang dengan kata semangat dari gadis itu.

         “ Owh ye. Terlupa pula saya. Kalau Maria dengan Arisya tak sibuk sabtu ni, nak tak melawat mama saya? Bukan apa, sebab saya selalu juga cerita hal-hal kampung kat mama. Dan mama pun macam berminat nak kenal dengan jiran Iqram kan. So, alang-alang Arisya dah stay kat kl, why not you see her?” Cadang Iqram. Arisya diam sejenak memikirkan cadangan lelaki tersebut.  Dia memandang Maria disebelah.

        “ Aku boleh je…” Jawab Maria sebelum sempat Arisya bertanya.
 
        “ Kalau Maria boleh, saya ikut je. Insyaallah…” Kata Arisya. Iqram senyum lagi.

   Selesai makan, Iqram sempat membuat pesanan awal-awal pada pelayan restoran tersebut untuk sediakan sup ayam sebungkus dan juga nasi putih untuk dibawa balik ke hospital untuk mamanya. Maria dan Arisya melambai pada Iqram yang sudah pun masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

      Maria dan Arisya berjalan menuju ke kereta mereka. Tapi entah bagaimana, sekali lagi Arisya buat silap dengan terlanggar seseorang. Terus orang itu memusingkan badannya dan melihat gerangan orang yang selamba melanggarnya tadi.

       “ Woi, tak nampak ke?!” Marah lelaki itu. Arisya menunduk sambil meminta maaf. Bila dia dongak memandang seimbas wajah lelaki tadi, dia berhenti.

       “ Encik Adam?” Tegur Arisya. Kali ni Adam pula terpaku. Bila dah pasti gadis di depannya orang yang sama melanggarnya dulu, barulah Adam menarik nafas menahan marahnya.

        “ Awak ni kalau jumpa saya tak langgar saya memang tak sah kan…” Adam berkata mula mengendurkan nada suaranya. Dia yang marah tadi, mula menahan marahnya dan bercakap dengan elok bila mengenangkan Arisya yang melanggarnya. Arisya tersenyum menahan malu.  Ketika itu Syafiq berlari ke arah mereka. Maria pula mengerutkan dahi.

        “ Wait wait, dia ni lelaki yang tengking kau hari tu kan Isya?” Tanya Maria. Arisya diam tidak membalas. Syafiq yang mendengar memandang wajah Arisya. Memang betul gadis yang sama.

        “ Kalau aku tengking dia sekali pun, kenapa? Kau susah?” Sengaja Adam bertanya begitu. Maria mula naik angin.

        “ Hek eleh mamat ni. Kau bajet body kau tu mahal sangatlah. Kena langgar sikit, dah mengamuk macam orang gila!” Balas Maria. Adam sudah mula menggenggam tangannya. Syafiq yang sedar perbuatan Adam itu mula menenangkan sahabatnya dari melakukan perkara yang tak sepatutnya nanti. Bukan dia tak tahu, dulu masa kat sekolah, Adam ni selamba je bergaduh dengan budak perempuan.

         “ Kalau aku jadi kau Isya, aku cepuk je mamat ni.” Kata Maria perlahan, namun Adam boleh mendengarnya.

         “ Apa kau kata? Kau nak cepuk aku? Hei perempuan! Sebelum kau cepuk aku, aku dulu yang akan cepuk kau tau!” Balas Adam tak mahu mengalah. Arisya mula tak sedap hati.

           “ Dahlah tu Maria, benda dah jadi. Salah aku. Lagi pun hari tu Encik Adam dah minta maaf kat aku. Kitorang dah berdamai dah pun. Sudahlah tu. Encik Adam, saya minta maaf pasal tadi, memang saya tak nampak sebab silau kereta lalu tadi. Lagi satu, maafkan kawan saya ni ye. Dia tak sengaja tu.” Kata Arisya yang mula mengawal keadaan.

            “ Wait? Bila masa korang jumpa?” Tanya Maria pada Arisya. Syafiq pun bertanyakan soalan yang sama di dalam hati. Tak pernah pula Adam bercerita padanya.

            “ Maria, Encik Adam ni adik puan Yati.” Hari tu masa kenduri dia ada datang dengan family dia. Cuma masa tu kau sibuk layan kawan-kawan kita, sebab tu kau tak nampak.” Jelasnya. Terlopong mulut Maria mendengarnya.

            “ Owh, jadi kau lah lelaki yang sombong masa kat rumah kakak kau tu ye.” Selamba Maria bercakap begitu.

            “ Sombong? Rumah kakak aku?”

            “ Kau tak ingat ke? Patutlah muka kau macam aku cam. Rupa-rupanya pernah nampak. Kakak kau kawan baik dengan kakak ipar akulah.” Kata Maria lagi.

            “ Dia maksudkan kita pernah jumpa dulu Encik Adam. Sebelum kejadian saya langgar encik dulu tu. Kitorang pernah datang rumah Puan Yati untuk buat penghantaran kek yang kakak encik tempah.” Jelas Arisya bila melihatkan Adam tertanya-tanya.  Bila Arisya dah jelaskan semuanya, barulah dia teringat dua orang perempuan yang datang menghantar kek semasa majlis hari jadi boboy. Manalah dia nak ingat kalau muka perempuan ni pun sekali imbas je pandang.

            “ Owh okay. Tapi jangan ingat sebab kau ni adik ipar kawan baik kakak aku, aku akan lupakan apa yang kau cakap tadi. Kau cakap kau nak cepuk aku, then kau kata aku sombong? Cantik bahasa cik adik.” Adam berkata, masih lagi tidak lupakan kejadian tadi. Syafiq menepuk dahinya melihat kelakuan Adam yang tak mahu mengalah.

            “ Memang bahasa aku cantik. Dulu masa kat sekolah cikgu puji bahasa melayu aku superb!” Sekali lagi Maria cuba mencabar kata-kata Adam. Arisya menarik kawannya jauh dari situ. Sambil tu dia sempat menunduk beberapa kali meminta maaf pada Adam sambil berlalu. Kalau dibiarkan, tak mustahil berlaku perang dunia lagi.

    Dalam kereta tak habis-habis Maria merungut. Arisya terpaksa memandu kali ni mengenangkan Maria yang masih dalam mood nak belasah seseorang. Syafiq pula pandang muka Adam yang selamba makan sate dengan rakusnya. Bila Adam perasan dirinya lama diperhatikan oleh Syafiq, dia berhenti mengunyah.

          “ What?” Tanya Adam.

          “ Kalau perangai kau terus macam ni, tak reti nak mengawal marah, aku tak tahulah macam mana kau dah kahwin nanti. Aku kesiankan bakal bini kau je yang terpaksa melayan bakal suami dia yang kebudak-budakan!” Kata Syafiq. Adam buat selamba lagi. Malas nak dengar ceramah free. Cara terbaik dia nak hilangkan marah ketika ini adalah dengan makan. Ye…makan dan makan!


************************************************



        Sebaik sahaja dia keluar bilik, hidungnya menangkap bau yang membangkitkan nafsu makannya. Bila diintai dari luar dapur, kelihatan Maria sedang menyiapkan sesuatu. Arisya terjengket-jengket dari belakang dengan perlahan supaya kehadirannya tidak diketahui oleh Maria.

          “ Masak apa tu?”

          “ Oh mak kau masak kuali legam, eh, mee legam..” Tak pernah-pernah Maria melatah, tiba-tiba kali ni disergah oleh Arisya melatah pula. Terburai ketawa Arisya melihat gelagat teman serumahnya.

            “ Isya!” Panggil Maria dengan nada yang marah. Melihatkan Arisya yang bergelak ketawa itu membuatkan dia tidak jadi nak marah lagi. Bukan senang nak tengok Arisya happy macam ni sekali.

            “ Maaf, maaf…gurau je. Aku masuk pun tak sedar. Masak apa tu sampai tak sedar orang masuk ni?” Tanya Arisya.

            “ Aku buatkan sup ketam dengan bubur nasi cendawan. Nanti bolehlah kita bawa pergi hospital nanti. Takkanlah nak pergi dengan tangan kosong je.”

            “ Amboi, baiknya cik adik kita ni. Rajin pula tu.” Puji Arisya ikhlas.

            “ Aku baru teringat, semalam abang aku ada bawa ketam dengan cendawan lebih. Banyak pula tu. Kita pula berdua kat rumah ni. Mana nak larat habis. Alang-alang tu baik masak bagi orang kan.” Kata Maria.

            “ Hmm, bagus-bagus. Nak aku tolong apa-apa tak?”

            “ Tolong keluarkan bekas kat dalam kabinet tu, kalau berhabuk cucilah bersih lepas tu lap. Dah nak siap dah pun. Masak benda simple kan, sekejap jela. Kau tengokkan sup ni ye. Kalau dah mendidih nanti tutupkan api. Nanti boleh isi dalam bekas. Aku nak mandi kejap. Lepas aku dah siap nanti kita gerak ye.” Jelasnya lagi. Arisya sudah pun bersiap awal-awal lagi. Dia mengangguk sahaja mengikut kata temannya itu.

             “ Kau rasa jalan sesak tak? Hujung minggu kan…” Tanya Maria yang duduk di sebelah Arisya yang sedang memandu.

             “ Entahlah, harap-harap jangan sesak sangat sudahlah.” Balas Arisya. Ketika itu telefon bimbit Maria berbunyi lagu kegemarannya dari Maher Zain. Dengan segera Maria membuka handphone flipnya dan menjawab panggilan tersebut. Setelah beberapa minit berbual, talian dimatikan.

              “ Wei Arisya, lepas kita melawat mama Iqram tu, kita singgah rumah abang aku ye. Kata Kak Zalika, ada tetamu datang. Dia nak jumpa kau.” Jelas Maria.

               “ Eh, ada orang nak jumpa aku? Siapa pula?”

               “ Katanya Puan Yati dengan mak dia. Ha, yelah kot. Tapi kenapa dia nak jumpa kau?” Tanya Maria hairan. Arisya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia pun turut pelik dengan keadaan tersebut.

              “ Ha! Jangan kata Puan yati dengan mak dia datang sebab nak sound kau pulak!” Tiba-tiba Maria bercakap dengan semangatnya. Tersentak Arisya seketika.

              “ Ish, kau ni. Aku dah buat apa sampaikan diorang nak marah aku.” Balas Arisya.

              “ Yela, pasal kau dah langgar adik Puan Yati tulah! Entah-entah baby boy tu mengadu kat mak dia tak. Tu yang mak dia datang rumah abang aku untuk cari kau. Yela, Puan yati tahu kan kau kawan baik dengan aku.” Mendengarkan perkataan ‘baby boy’ itu, Arisya sudah tahu siapa yang dimaksudkan. Sekali lagi dia ketawa.

              “ Ku ni tak baiklah tuduh bukan-bukan. Lagi satu, tak elok panggil Encik Adam tu dengan panggilan macam tu.”

              “ Lah, betul apa. Kau pun dah tengok perangai dia macam mana kan. Macam budak-budak. Sikit-sikit nak mengamuk pasal hal kecik. Padahal aku rasa dia tu tua dari kita.” Arisya tidak mahu membalas lagi bila keretanya sudah pun memasuki pagar utama hospital swasta tersebut. Dia malas nak membidas kata-kata Maria lagi. Nanti lagi dibalas, Maria tetap takkan mengalah.




                        ***************************************************


     Tatkala dua gadis itu masuk ke bilik nombor 201 itu, mereka berdua disambut dengan senyuman dari Iqram dan dua wanita di hadapannya.  Maria dan Arisya menyalam hormat wanita yang duduk di atas kerusi roda itu dan juga yang sedang duduk di sofa.

       “ Assalamualaikum mak cik..” Sapa mereka berdua. Puan Sri Indah menyambut salam mereka dengan ramah.

       “ Ni lah Arisya mama. Yang sebelah dia tu, kawan baik dia Maria. Hari tu ada Iqram cerita kat mama pasal diorang. Ha, Arisya, Maria, nil ah mama kesayangan Iqram. Dan yang duduk ni satu-satunya adik perempuan Iqram, panggil dia Lisa je.” Jelas Iqram.

       “ Owh, yelah. Manis dua-dua anak ni. Dari mana ni?” Tanya Puan Sri Indah.

       “ Dari rumah mak cik. Ni ha, kitorang sempat buatkan sup ketam dengan bubur nasi cendawan.” Balas Maria sambil meletakkan bekas tersebut di atas meja.

       “ Rajinnya, terima kasihlah ye. Susah-susah je.” Kata adik Iqram, Lisa. Lisa ni berusia 25 tahun, tua tiga tahun dari mereka berdua.

       “ Tak susah pun lah. Benda dah ada kan, masak jelah.” Kata Maria lagi. Arisya pula banyak diam. Baginya Maria memang selalu ramah dengan orang lain.

       “ Arisya, dengar kata dari abang hari tu, dapat peluang kerja kan. Dapat kat mana?” Tanya Lisa pada Arisya memandangkan gadis itu diam sejak tadi.

       “ Dapat kerja kat company kecik je kak. Tapi saya kerja bahagian interior designlah.” Jawabnya.

       “ Wah, interior designerlah ni? Bagusnya. Nanti kalau Kak Lisa nak guna khidmat Arisya bolehlah ni?”

        “ Boleh, apa salahnya. Tapi saya ni pun baru lagi kak. Baru belajar kan.”

        “ Takpelah. Buat perlahan-lahan. Lama-lama expertlah tu.” Celah Puan Sri Indah. Arisya tersenyum malu. Ketika itu Iqram sedang berbual dengan seseorang di telefonnya. Sesudah habis bercakap, dia meminta izin untuk keluar sebentar ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan kawan dia yang kebetulan ada di situ semasa itu.

        “ Iqram duduk kat kampung tu nakal tak Arisya?” Tanya Puan Sri sebaik sahaja anak sulungnya keluar dari bilik tersebut. Arisya ketawa kecil. Dia menggelengkan kepala.

       “ Dia baik mak cik. Ayah dengan ibu saya pun suka dengan perangai Iqram tu.” Jawabya jujur.  Sementara itu dia melihat Lisa seronok berbual dengan Maria. Entah hal apa yang dibualkan pun dia tidak pasti.

        “Keluarga Arisya sihat?” Tanya Puan Sri lagi. Baru Arisya nak membalas, Lisa menyampuk.

        “ Mama, adik nak keluar pergi kafe sekejap. Nak beli air untuk minum. Maria, temankan kak Lisa ye.” Katanya. Maria menurut sahaja.

        “ Arisya nak apa-apa tak?” Tanya Lisa. Arisya menggelengkan kepala. Setelah tinggal mereka berdua sahaja, Arisya sambung berbual dengan Puan Sri Indah.

        “ Diorang semua sihat mak cik. Mak cik macam mana sekarang ni? Doktor ada cakap apa-apa tak?’ Tanya Arisya pula. Dia tolong menolak kerusi roda yang diduduki Puan Sri supaya rapat ke sofa.

         “ Entahlah nak…Mak cik ni dah tua. Biasalah sakit-sakit ni. Tapi doktor ada kata, kalau esok atau lusa darah mak cik ni dah stabil, Insyaallah mak cik boleh balik dah.”

         “ Hmm, baguslah tu. Alhamdulillah. Semoga mak cik sempat sembuhlah ye. Urm, ayah Iqram tak datang?” Tanya Arisya. Bila melihat wajah Puan Sri yang mula berubah itu, Arisya sudah mula rasa tersilap cakap.

         “ Maaf mak cik, saya ada salah cakap ke?” Puan Sri Indah tersenyum pahit. Dia memegang tapak tangan Arisya dengan lembut.

         “ Kamu tak buat salah pun nak. Hmm, ayah Iqram tu kalau tak busy dia datanglah jenguk mak cik ni ha. Tapi semalam dia pergi luar negara. Holiday dengan bini baru dia. Mak cik ni dah tua, kaki pun dah tak berapa kuat, dah tak mampu nak bahagiakan suami pak cik tu dah. Sebab tu mak cik izinkan ayah Iqram kahwin lain.” Kata wanita tua itu. Arisya terdiam. Dalam hatinya dia marah dengan dirinya sendiri kerana bertanyakan soalan itu.

          “ Erm, mak cik. Jomlah makan. Arisya suapkan. Nanti kalau dah sejuk tak sedap. Mak cik kena makan banyak-banyak supaya nanti boleh cepat sihat.” Sengaja Arisya menukar topik. Puan Sri tersenyum. Dia tahu anak muda itu cuba mengelak dari bercakap benda yang boleh membuatkan dia sedih. Bila Arisya menyuakan sudu ke arah mulut Puan Sri sambil sempat membaca bismillah, wanita tua itu menyambut suapan itu dengan hati yang gembira. Patutlah Iqram beria-ia nak kenalkan Arisya dengan dirinya, rupanya gadis ini memang senang buat orang jatuh suka padanya dengan sifatnya yang prihatin dan sopan itu.

     Iqram masuk ke dalam bilik wad mamanya. Melihatkan Arisya menyuapkan makanan untuk mamanya sambil riang melayan kerenah wanita tua itu, membuatkan Iqram senyum lebar. Bila Arisya perasan kehadiran Iqram masuk ke dalam bilik tersebut, dia menjemput Iqram makan sama, tetapi lelaki itu menolak.

       Setelah hampir sejam mereka berdua ada di situ, Maria mengajak Arisya pulang ke rumah abangnya memandangkan dia terima mesej dari kakak iparnya bahwa Puan Yati dan Uminya sudah pun sampai di sana. Terpaksalah mereka berdua meminta diri dari situ.

        “ Abang sukalah tu!” Sengaja Lisa mengusik abangnya. Iqram mampu senyum je. Dia lihat wajah mamanya.

        “ Macam mana mama? Lepas tak?” Tanya Iqram. Puan Sri Indah memandang dua anaknya di hadapan. Dia tergelak kecil.

         “ Tak lama lagi lepas mama dah sihat, bolehlah kita ke kampung sana, merisik Arisya tu.” Jelasnya ringkas. Lisa senyum gembira melihatkan impian mamanya mungkin akan terlaksana untuk melihat abangnya mendirikan rumah tangga.





              *********************************************************




     “ La, apa kau buat kat sini?” Tanya lelaki itu selamba pada Maria. Arisya yang baru masuk melalui pagar rumah tersebut, melihat Adam sedang duduk di bangku taman.

     “ Eh eh mamat ni! Ni rumah abang akulah! Suka hati akulah. Hish, menyibuk je!” Baru dia nak halau lelaki tu keluar, tetapi memandangkan dia baru teringat kejadian tempoh hari yang Arisya mengatakan lelaki itu adik Puan Yati, dia batalkan sahaja niatnya.

     “ Assalamualaikum Encik Adam..” Sapa Arisya lembut.

     “ Wa’alaikumussalam. Dari mana Arisya?” Lembut pula dia bercakap. Maria buat muka meluat. Naik menyampah pula dia melayan Adam ni. Terus dia berjalan masuk ke rumah sambil seret tangan Arisya tanpa sempat gadis itu menjawab soalan dari Adam.

      “ Puan Yati, apa khabar?” Tanya Maria ramah sambil menyalam tangan wanita tersebut. Sempat Puan Yati menampar lembut bahu Maria. Maria pelik dengan tindakan wanita itu padanya.

      “ Kan dah bagitahu hari tu, panggil akak je. Nak berpuan-puan pula. Lagi sekali Maria cakap macam tu, akak cubit nanti.” Katanya dengan nada gurau. Maria tersengih-sengih. Dari jauh dia nampak Arisya menyalam Umi. Kemudian barulah dia mendekati Puan Yati dan menyalamnya.

            Bila tiba masa makan malam bersama, walaupun Maria tidak berapa senang duduk semeja dengan lelaki yang dianggapnya hot tempered itu, dia tetap berlagak tenang. Apa mahu kisah, rumah abang dia. Bukan rumah lelaki tu pun. Arisya pula makan dengan senyap dan tak banyak bercakap. Kadang-kadang ada juga umi menanyakan itu ini pada Arisya, gadis itu menjawab dengan ringkas pertanyaan tersebut.

              Sesudah selesai makan malam, semua berkumpul di ruang tamu. Maria dan Arisya membantu kak Zalika menyediakan kopi panas dan juga memotong kek pandan untuk dihidangkan pada tetamu.

             “ Jemput minum mak cik.” Pelawa Arisya sambil menyerahkan cawan berisi kopi itu kepada Umi.

             “ Arisya, Maria, Umi dengan kak yati datang sini bersebab. Ada hajat tau.” Kak Zalika memulakan bicara. Adam duduk tidak jauh dari situ bersama boboy turut mendengar.

             “ Hajat apa kak?” Tanya Maria.

             “ Sebenarnya, umi nak masuk meminang…” Belum sempat dia habiskan ayat dia. Adam dah memotong dahulu.

             “ Wait wait! Walau apa pun rancangan umi! Adam tetap bantah! Adam tak nak calon bini Adam ni kalau budak sewel ni yang jadi pilihan umi dengan Kak long.” Tiba-tiba je lelaki itu berani berkata begitu. Semua yang ada di ruang tamu terdiam. Maria terus bangkit dan memegang pinggangnya.

             “ Hei, baby boy! Kau ingat aku nak sangat berlaki dengan kau! Aku pun tak inginlah kahwin lagi! Cari duit lagi bagus sekarang ni!” Balasnya. Kak Zalika dah mula menepuk dahinya. Abang Zalid, suami Kak zalika cepat-cepat memaksa Maria duduk.  Puan Yati pula dah menarik Adam ke sisinya.

            “ Kau ni kenapa dik! Buat malu kak long dengan umi je. Orang tak habis cakap lagilah! Umi maksudkan umi nak meminang Arisya untuk kau, bukan Maria!” Tu dia, Puan Yati jelas baik punya. Adam terkedu. Maria pula terdiam. Masing-masing menahan malu atas sifat yang boleh dianggap kebudak-budakkan tadi. Boboy dah ketawa beriya-iya. Kelakar dia melihat Pak sunya bergaduh. Arisya pun diam sekali. Terkejut sebenarnya dengan kata-kata yang dikeluarkan Puan Yati tadi.

      “ Ha, jadi ke Arisya? boleh ke? Kalau Arisya setuju, nanti keluarga umi hantar rombongan ke kampung Arisya untuk minta kebenaran ibu bapa Arisya. Ke Arisya dah punya pilihan lain?” Umi bertanya memecahkan kesepian yang melanda di ruang tersebut. Semua pandang muka Arisya yang mula berubah kemerah-merahan itu. Arisya pun tak pasti kenapa, tetapi dia lebih terasa segan masa ini. Maklumlah, bercinta pun tak pernah, tup tup terus orang melamar dia untuk dijadikan isteri. Maria yang melihat Arisya membatu itu menyiku lengan sahabatnya. Tatkala itu barula Arisya tersedar.

       “ Saya…saya tak tahu nak cakap apa sekarang ni mak cik. Urm….saya..”

      “ Takpe nak. Mak cik tak paksa, mak cik bagi masa selama mana pun untuk Arisya berfikir. Mak cik tahu hal ni bukan hal main-main. Secara jujurnya, mak cik betul-betul ikhlas nak buat Arisya jadi menantu mak cik. Dari hari pertama kita jumpa lagi mak cik dah rasa berkenan dengan Arisya. Mak cik rasa Arisya sesuai dengan Adam. Saling melengkapi.” Luahnya lagi. Makin serba salah Arisya rasa saat itu. Adam pula sempat menjeling memandang wajah gadis yang sedang menunduk itu. Entah kenapa saat uminya berkata begitu, dia rasakan berdebar pula. Padahal dia takde pun menaruh perasaan pada Arisya.

       “ Fikirkan dulu elok-elok Arisya. Kalau buntu sangat, berdoa banyak-banyak pada tuhan. Buat solat istikharah minta petunjuk. Insyaallah Arisya boleh jawab pertanyaan umi tu nanti.” Pujuk Kak Zalika sambil menenangkan Arisya disebelah. Arisya berpandangan dengan semua yang ada di situ.

     Bila pandangannya dihala ke Adam, dia terhenti dan dengan cepatnya dia menunduk. Adam terpaku melihat pandangan dari Arisya. Cepat-cepat dia istighfar dalam hati. Ya Allah, kalau dia adalah jodoh buatku, kau berilah petunjuk untuk hatiku ini. Sempat Adam berdoa dalam hatinya.


             **********************************************************



     Suhaila membuka facebooknya apabila dia merasa kebosanan yang amat. Mana tak bosan, kalau asyik duduk rumah je. Mohon kerja pun, satu syarikat pun tak nak call dia balik. Bila melihat Iqram online, cepat-cepat dia membuka chat dan menegur lelaki tersebut.

     <Aila> Sihat ke?
                                       
     <Iq > Assalamualaikum…sihat Alhamdulillah.

    < Aila> Wa’alaikumussalam..hehe…good for you. Aila pun sihat, cuma bosanlah!

    <Iq > Eh, kenapa pula bosan?

    <Aila> Yela, bosan. Iqram takde kat sini. Hehe

    <Iq> Ada-ada je aila ni. Dah makan?

    <Aila> Dah. Kenyang dah pun.     Balasnya ringkas sambil tak habis-habis tersenyum. Iqram mahu menaip sesuatu namun dia berhenti menaip seketika apabila terfikirkan sesuatu.

    <Iq>   Urm, Aila, hujung minggu depan Pak Samad dengan Mak Idah ada pergi mana-mana tak?

     <Aila>  Takde rasanya. Kenapa? Nak hantar rombongan ke? Haha…     Suhaila menaip sambil bergurau. Iqram yang membaca tersentak. Takkanlah Suhaila tahu yang dia menaruh harapan pada Arisya. Tapi tak mustahil juga, sebab adik-beradik tu rapat.

      <Iq>  Mana tahu ni? Wah, pandai Aila kan. Kalau macam tu, nanti khabar kat Pak Samad ye pasal hal ni. Iqram nak bawa family Iqram nanti. Okaylah Aila, Iqram kena off. Ada kerja sikit. Assalamualaikum…

     Sebaik sahaja Suhaila membaca ayat-ayat yang ditaip di ruangan chat tersebut, dia terkedu. Tak lama kemudian, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Bantal peluknya dipeluk erat dan di mula mahu melompat di atas katil. Tapi mengenangkan katilnya katil kayu, dibatalkan niatnya. Dia berlari ke dapur mencari ibunya.

        “ Ibu!” Panggilnya ceria. Mak Idah yang sedang menyiang ikan itu memandangnya.

        “ Apa dia?” tanya Mak Idah.

        “ Nanti hujung minggu depan Iqram dengan family dia nak datang masuk meminang Aila.” Riang dia memberitahu perkara yang dianggapnya gembira itu. Pak Samad yang kebetulan masuk ke dapur turut mendegar semuanya. Suhaila pula tak habis-habis melompat gembira dan masuk ke biliknya semula setelah tak sabar memberitahu segalanya pada orang tuanya.




·         Jeng3…haha, makin bertambahlah konflik nanti. Macam mana lah nanti kan…nak tahu kesudahan dia, tunggu update seterusnya.. Salam 1 Malaysia1 =)


  1. salam dik..kesian akak tgk si Iqram tu..maupun si Arisya.. takut pulak si Iqram bertunang dengan si Aila minah kaki perasan tu pulak instead of Arisya..Macam mana pulak si Adam..adakah telah berputik rasa rasa cinta dihati adam buat sigadis sesopan Arisya..dan adakah Arisya ditunangkan dengan Adam..siapakah yg dilihat nya apabila membuat sembahyang istiharah tu..

    Terujanya nak tahu adik..

  1. wa'salam kak ida. terima kasih komen. tulah...hehe, cam x aci je kan kalau aila dpt iqram, hehe. xpe kak, episod seterusnya akn dsambung mlm esok...keep reading it ok..hehe...

  1. Jgn2 umie adam pun dtg sama ngan mama iqram meminang arisya serentak....x sabar tunggu next n3 yg penuh jeng3 ni....apapun terbaik;-)nak lg n3 semestinya:-)

  1. haha...2la.jeng3 sgt kan..ok, ani man, next entry will be upload tomorrow night okep! Thanks sudi baca y0.. =D