NILAI KASIHMU (9)


.


Episod 9



   

        Di sebalik pintu yang hanya ditutup sedikit rapat itu, Maria dapat melihat kelibat Arisya yang baru sahaja menunaikan solat. Gadis itu duduk bersimpuh dan menadah tangan untuk berdoa pada yang maha esa. Walaupun bait doa Maria tidak dengar, namun dia pasti dia terdengar esakan gadis itu dengan perlahan. Maria memandang simpati pada sahabatnya itu dan mula menutup pintu bilik Arisya dengan rapat. Kemudian dia duduk di ruang tamu dan mula menonton televisyen. Tak lama kemudian, dia terdengar Arisya membuka pintu bilik dan berjalan ke arahnya. Arisya mengukirkan senyuman pada temannya. Maria tahu, Arisya cuba menyembunyikan kesedihan yang bersarang di hatinya.

       “ Nak makan tak?” Sengaja Maria memulakan bicara bila melihat Arisya yang senyap itu. Arisya hanya menggelengkan kepala. Maria mula naik risau. Mana taknya, rasanya hari ni, Arisya hanya minum air sahaja dan tak menjamah sikit pun nasi. Maria tekad, dia mengambil remote control dan menutup siaran di televisyen. Arisya berpaling padanya melihatkan temannya yang tiba-tiba menutup tv.

        “ That’s it. Aku tahu aku bukan pakar psikologi, aku bukan pakar memujuk, bukan kaunselor or whatever. Tapi aku boleh jadi tempat seseorang meluahkan rasa sedih. Lepaskan semua yang terbuku dalam hati kau Arisya, jangan dipendam lagi. Aku tak sanggup tengok kau merana macam ni.” Kata Maria yang memandang tepat kea rah Arisya. Arisya tersenyum pahit.

        “ Aku tak nak susahkan kau Maria. Aku tahu kau kawan yang paling baik pernah aku jumpa. Aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku.” Balas Arisya. Maria bangun dari tempat duduknya dan duduk rapat bersebelahan Arisya. Dia menggegam tangan Arisya erat.

        “ Please, kalau kau tak nak bagi aku rasa beban, do tell me everything what is really going on. Please Isya…” Rayu Maria. Lambat-lambat air mata mula menitik di pipi Arisya. Dia memeluk badan sahabatnya. Kali ni dia tak mampu nak sembunyikan lagi. Benar kata Maria, dia perlu kongsikan apa yang dia rasa ketika ini pada seseorang. Kejadian kelmarin cukup membuatkan dia derita.

    Bermula dari detik dia pulang ke kampung, segalanya dia ceritakan pada Maria. Sampaikan pergaduhan yang tercetus antara ibu dan kakak tirinya dengan dia juga dia ceritakan. Termasuklah hal peminangan dari keluarga Iqram. Tidak ada satu pun yang dia tertinggal. Maria hendak menyampuk cerita Arisya, namun dia diamkan dirinya dahulu. Dia mahu Arisya luahkan segala-galanya yang melanda dirinya. Bila semua cerita sudah  didengar, Maria kembali memeluk Arisya dan mengusap lembut belakang badan gadis itu. Baginya, Arisya memang menanggung ujian yang berat kali ini.

       “ Kenapa kau yang disalahkan Isya? Dalam hal ni, aku rasa kau memang tak bersalah lansung. Ibu dengan kakak tiri kau dah melampau. Kalau aku ada kat situ, dah lama aku lempang Aila tu puas-puas. Dia tak patut cakap macam tu pada kau. Aku benci dengan Aila tu!” Kata Maria. Dia mengimbas wajah Suhaila yang suka mengambil kesempatan pada Arisya selama ini. Baginya kali ini, Suhaila memang melampau yang amat.

       “ Aku sedih sebab aku tak nak ibu dengan Aila bencikan aku. Aku sayangkan diorang.” Luah Arisya. Maria melepaskan keluhan berat.

       “ Isya, aku tak faham dengan kau ni. Diorang layan kau sampai macam tu sekali pun, kau boleh lagi cakap kau sayangkan diorang. Kau sedar tak apa yang kau dah cakapkan tadi? Come on Isya, wake up! Janganlah sesekali kau lembut hati dengan orang yang macam tu. Lagi buat kau sakit hati nanti.” Bidas Maria. Dia pula yang rasa bengang tatkala ini. Arisya senyap. Dia mengesat saki baki air matanya dengan hujung jari.

        “ Habis tu sebab tu lah kau terima pinangan dari umi?” Tanya Maria. Arisya berpaling darinya.

        “ Kau tahu tak apa yang kau dah buat ni? Kau mempertaruhkan masa depan kau tau tak. Kenapa kau tak terima je pinangan Iqram? Kau pun kenal lebih lagi Iqram tu berbanding Adam.” Katanya. Arisya mengambil bantal kecil yang ada disitu dan dipeluknya. Sambil itu pandanganya dihalakan ke lantai.

           “ Kalau kau kat tempat aku, kau rasa jalan terbaik dengan terima pinangan Iqram ke? Tak Maria, dengan cara tu lagilah orang yang dekat dengan aku rasa terluka. Aku tak nak itu berlaku. Kau takkan faham kalau kau berada di tempat aku.” Luah Arisya. Maria terdiam. Ada benar juga kata-kata temannya itu. Kalau Arisya terima Iqram bermakna masalah yang lebih teruk akan melanda mereka berdua.

           “ Okay, mungkin apa yang kau cakap tu ada betulnya. Tapi kau ikhlas tak nak kahwin dengan Adam? Arisya, soal kahwin ni jangan dibuat main tau. Kalau hati kau tak rela, baik kau tarik diri awal-awal lagi sebelum kau menyesal kemudian hari.” Maria menasihatkannya. Arisya kembali memalingkan wajahnya memandang Maria, kemudian dia menghadiahkan senyuman buat temannya itu.

           “ Kali ni aku tetap dengan pendirian aku Maria. Aku yakin Adam boleh jadi pasangan aku yang terbaik suatu hari nanti walaupun aku tak kenal dia sangat. Kau tahu kenapa? Sebab aku percayakan umi. Umi cukup baik dengan aku, bila aku berbual dengan umi, seolah-olah bayang arwah emak aku ada di situ. Sifat umi saling tak tumpah dengan sifat arwah mak aku. Dan aku yakin, umi dah mendidik Adam sebaiknya. Dan aku juga yakin Adam boleh terima aku seadanya. Itu doa dan harapan aku Maria. Sekurang-kurangnya, kau mampu kan doakan aku bahagia. Kan?” Jelasnya dengan mata yang berkaca. Maria dah tak boleh nak kata apa lagi. Kalau itulah keputusan muktamad Arisya, dia hanya mampu doakan yang terbaik.

            “ Aku nak minta tolong kau ni…” pinta Arisya tiba-tiba.

            “ Apa dia?”

            “ Temankan jumpa Iqram.”

            “ For what? Bila?”

            “ Lepas aku dah confirm jadi tunang orang nanti. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk berhadapan dengan dia. Dan aku nak sangat kau ada kat sisi aku masa tu. Aku takut aku tak kuat nak berhadapan dengan Iqram. Boleh ye...” Pintanya. Maria menutup matanya seketika. Keluhan dilepaskan. Kemudian dia berpaling pada Arisya dan senyum sambil mengangguk. Kalau itu yang Arisya mahukan, dia akan turukan.




***************************************************







            “ Amboi anak buah aku ni, sibuk sangat ke?” Tegur Pak Ngah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Adam mendongak memandangnya, kemudian tersengih.

            “ Takdelah sibuk mana pun Pak ngah. Kenapa?”

            “ Eceh, tak sibuk konon. Pak ngah dah tiga kali ulang alik depan bilik Adam ni ha, lansung tak angkat-angkat muka dia dari tengok komputer tu. Buat apa lagi? Bukan projek hari tu yang Pak Ngah bagi dah setel ke?”

             “ Memanglah dah setel. Adam saja je cek balik draf yang Ilham bagi hari tu.” Balasnya.

             “ So, bila tarikh?” Tiba-tiba Pak ngah bertanya. Adam mengerutkan dahinya.

            “ Tarikh apa?”

            “ La, boleh pula dia tanya Pak ngah balik. Siapa yang nak tunang nanti ni?” Mendengarkan kata pak ngah itu, Adam mula menepuk dahinya perlahan. Terlupa pula yang tak lama lagi dia akan bergelar tunangan orang.

            “ Insyaallah lagi dua minggu lagi kot. Ha, yela kot, agaknya.” Jawabnya ragu-ragu. Yang sebenarnya dia pun tak pasti. Sebab semua hal hantaran, tarikh, Puan Yati dan Umi yang uruskan. Hari tu mereka sekeluarga datang merisik di kampung Arisya, tapi dia pula tak ikut.

            “ Ish kamu ni Adam. Tarikh dia tunang pun tak tahu. Kamu ni serius tak nak kahwin ni? Benda ni bukan main-main tau.” Nasihat Pak Ngah. Adam sengih sekali lagi.

            “ Memanglah bukan main-main. Kalau Adam nak main, time kecik dulu dah main kahwin olok-olok ni. Itu pun masa tadika dulu kena paksa dengan kak long.” Guraunya. Pak Ngah dah menggelengkan kepala. Suka Adam bergurau dengan pengarah syarikat itu.

            “ Makin aku cakap dengan kamu ni, makin sakit hati pula rasa. Dahlah tu, jom pergi lunch. Pak ngah lapar ni.” Balas lelaki tua itu malas. Adam segera menekan mode ‘hibernate’ pada komputernya dan berjalan menghampiri bapa saudaranya itu.

            “ Pak ngah belanja kan. Cantik!” Selamba dia berkata. Pak ngah dah ketawa.

           “ Hei, bukan bulan-bulan Pak ngah dah bagi gaji ke?”

           “ Gaji lain pak ngah. Belanja lain hal.…” Adam menjawab sambil bergurau. Lelaki tua itu sekali lagi malas nak menjawab. Ada saja Adam ni. Dia bertuah kerana Adam sudi membantunya di syarikatnya yang sederhana besar itu. Selama hampir lapan tahun syarikat miliknya dibina atas titik peluhnya, namun tiada siapa antara anaknya yang mahu mewarisi perniagaannya itu. Kalau dah dua-dua anak berminat dalam bidang kedoktoran, dia tak boleh nak memaksa anak-anaknya mengikut jejaknya. Mujur Adam pakar dalam bidang kewangan dan umi mencadangkan Adam supaya kerja dibawahnya.



                    **************************************************




       Sejak bermula majlis pertunanganya hinggalah sudah tamat, Suhaila masih lagi tidak menegurnya. Malah mengucapkan tahniah pada adik tirinya pun lansung dia tak ingin. Mujur majlis tunangnya dibuat seringkas yang boleh. Hanya jamuan kecil-kecilan keluarganya buat. Itu pun atas permintaan Arisya yang tak mahu dibuat secara berlebihan. Suhaila lebih banyak melayan tetamu dan saudara mara yang hadir. Bila Arisya datang hampir padanya, Suhaila berpura-pura mengelak. Kadang-kadang sempat dia hadiahkan jelingan tajam buat Arisya. Bagi Arisya, nampaknya Suhaila masih lagi sukar memaafkan dirinya. Mak Idah pula lebih kurang sahaja. Nak tak nak dia melayan tetamu yang hadir. Bila Arisya bertanya sepatah, dijawabnya sepatah.

          “ Hei Isya. Apasal muka masam ni? Kitorang nak tangkap gambarlah. Penat kitorang datang jauh-jauh sebab Isya tunang, tapi orangnya masam je.” Kata Izzati bekas teman sekuliahnya dahulu. Arisya cuba memaniskan muka memandang kawan-kawan yang sanggup datang ke kenduri majlis pertunanganya.

          “ Sorry Zati, Isya rasa penat tadi. Tapi tadi kan dah banyak tangkap gambar. Tak puas lagi ke?” Tanya Isya pada Izzati.


          “ Saja je nak tangkap banyak-banyak. Boleh buat kenangan.” Balas Izzati ringkas sambil tersenyum.

    
          “ Eh, Isya, tunang kau tak datang ke?” Sahabatnya lagi seorang pula bertanya. Salwa menjenguk ke arah luar pintu bilik Arisya. Meninjau ke arah tetamu yang tinggal. Mana lah tahu kalau-kalau tunang Arisya ada kat depan. Bila Salwa pandang Arisya semula, gadis itu  menjawab pertanyaan dari Salwa dengan gelengan.  Memang dia sudah dikhabarkan oleh umi awal-awal lagi yang Adam tidak dapat ikut. Hanya sanak saudara umi sahaja yang datang bersama tetamu lain. Maria yang duduk di hujung katil memandang sayu ke arah sahabatnya. Dia tahu Arisya menerima pinangan ni hanya sebab desakan keadaan. Bagi Maria, dia tahu Arisya sendiri tak cukup bersedia untuk menjadi isteri orang seawal umurnya sekarang.

       Arisya merenung cincin yang berada di jari manisnya. Menjadi tunang orang selama enam bulan sebelum berkahwin membuatkan dia rasa lain. Dia sendiri tidak percaya yang tidak lama lagi dia bakal berkahwin dengan Adam, seorang pemuda yang dia hanya berjumpa secara kebetulan. Dia terfikir saat itu, mungkin dengan insiden yang terjadi dahulu adalah penemuan yang telah ditakdirkan tuhan untuk diri mereka.

        Adam melihat telefon bimbitnya. Baru tadi dia terima panggilan dari umi bahawa majlis pertunangannya berjalan dengan lancar. Elok dia termenung, Syafiq menepuk bahunya dari belakang.

          “ Kau buat apa pandang handset tu lama-lama?” Tanya Syafiq mengambil tempat duduk disebelahnya.

          “ Umi aku baru telefon. Dia cakap semuanya berjalan dengan lancar.” Balas Adam.

          “ Alhamdulillah.” Ucap Syafiq sambil mengelap peluh di leher dan muka.

         “ Tapi kan, aku tertanya-tanya kenapa kau tak nak pergi sekali. Hari ni kan hari penting kau. Yang kau sibuk nak join kitorang lawan bola hari ni kenapa?”

          “ Hai, menghalau nampak.” Kata Adam. Syafiq tergelak.

          “ Bukan itu maksud aku. Hari ni bukan ada lawan penting pun. Kan kitorang semua hari ni cuma main biasa je.” Jelas Syafiq.

          “ Aku saja je. Lagi pun hari ni je kita dapat jumpa kawan-kawan lama. Diorang semua tu dah lah susah sangat nak jumpa. Lagi pun, baru tunang. Memang patut pun kan lelaki tak payah ikut. Lainlah kalau time nikah. Masa tu memang wajiblah aku kena ada kat situ.”

          “ Kau tak payah risau, kalau kau takde time nikah tu, aku boleh gantikan tempat kau.” Selamba Syafiq berkata. Serentak itu Adam memberikan jelingan tajam. Dia mencekik leher Syafiq dengan lengannya. Syafiq tidak mengadu sakit sebaliknya ketawa.

          “ Tahu risau kau ye. Ingat tak sayang tunang…” Kata Syafiq. Adam bangun, malas nak melayan Syafiq. Dia membaling tuala kecil itu tepat ke muka temannya itu dan berlalu semula ke padang mendapatkan kawan-kawan yang lain.



                ********************************************************






         “ Eh? Arisya, what are you doing here?” Tanya seseorang apabila Arisya muncul di pejabat.

          “ Kerjalah. Kenapa Mr.Lew?”

          “ I thought you still at your kampung. Yesterday you are engaged right? Cepatnya you balik.  Bukan you ambil cuti tiga hari ke?” Tanya ketua projeknya. Arisya tersenyum. Dia mengambil tempat duduk di sudut mejanya.

          “ Saja balik awal. Lagi pun saya kan baru je start kerja. Rasa tak selesa pula kalau cuti lama-lama ni.” Gadis itu memberi alasan. Kalau nak diikutkan hal sebenar, dia sebenarnya tak tahan duduk lama di kampung.

     Maklumlah, kakak tiri dan ibu tirinya kebelakangan ini melayannya bagaikan orang luar. Kalau sesiapa yang berada di tempatnya, pasti akan merasa terluka. Namun Arisya cuba kuatkan diri selama berada di teratak milik ayahnya itu. Lepas sahaja selesai semua hal tunang di sana, dia membuat keputusan untuk segera balik ke kl malam itu juga. Melihatkan Pak Samad yang menunjukkan wajah sedih apabila dia mahu beransur pulang, membuatkan dia rasa berat hati. Namun Pak Samad seakan faham perasaan anak kandungnya itu dan mengizinkan anaknya kembali ke kuala lumpur malam itu juga.
 

             “ Owh, macam tu ke. Tapi nasib baik you datang hari ni. I nak minta tolong you gantikan tempat I jumpa klien petang ni. After lunch, is it okay?” Tanya lelaki berbangsa cina itu. Walaupun Mr. Liew berbangsa cina, namun dia cukup ramah dengan semua pekerja bawahannya. Semua dilayan sama rata. Bukan itu sahaja, semua rakan sekerjanya juga melayannya dengan baik. Atas sebab itulah dia selesa bekerja di syarikat tersebut.

              “ Tapi Mr.Liew, saya ni kan baru lagi. Saya risau saya tak mampu nak berurusan dengan klien kita tu.” Ujarnya.

             “ Don’t worry about that. I akan minta Suzy temankan you. I ada hal penting petang ni. Lagi pun klien kita tu berminat dengan design-design you. That’s why I suruh you pergi jumpa dia petang nanti. I’m sure kalau you yang pergi, mesti you dapat terangkan lebih kan pasal lakaran you tu pada dia. Boleh ye?” Tanya Mr. Liew lagi. Arisya yang mendengar hanya mengangguk sambil tersenyum. Dah ketua minta tolong, baik iya kan je. Paling kurang, dapatlah dia tambah pengalaman nanti.

             “ By the way Arisya, I rasa I tak terlambat lagi kan nak wish kat you. Tahniah sebab dah bertunang. Nanti bila you dah kahwin, don’t forget ar invite me.” Ujar Mr.Liew sambil tersenyum. Arisya tergelak.

             “ Terima kasih Mr.Liew. Of course saya akan jemput nanti.” Balas Arisya. Sebaik Mr. Liew kembali ke bilik pejabatnya, Arisya mula melakukan tugas yang tertangguh.

      Elok dia melakar lukisan  pada komputernya, telefon di atas mejanya berbunyi. Bila dijawab, Kak Salmah, receptionist di pejabat itu memintanya datang ke kaunter pejabat. Dengan segera dia bangkit dan dan melangkah ke meja Kak Salmah.

            “ Nah, untuk Arisya.” Kata Kak Salmah sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah yang segar. Arisya terpinga-pinga menyambut huluran tersebut.

            “ Apa ni kak?”

           “ Bungalah sayang, takkan kayu kot. Bertuah Arisya ni, baru je tunang semalam, dah tunang hantar bunga ye. Kemain lagi sayang tunang awak tu..” Ujar Kak Salmah sambil bergurau. Arisya memandang pelik bunga itu. Adam yang bagi?

            “ Bila orang tu hantar bunga ni kak?” Tanya Arisya ingin tahu lagi.

            “ Baru lima minit tadi. Tapi yang hantar tu budak pekerja kat kedai bunga tu. Tengoklah kat dalam tu, kot kot ada nota kecil ke?” Sibuk Kak Salmah bertanya. Arisya mengikut kata akak sepejabatnya itu. Memang benar ada sesuatu yang diselitkan pada bunga tersebut, bukan nota kecil sebaliknya seakan surat. Sambil berjalan semula ke mejanya, dengan rasa yang tertanya-tanya, dia membuka surat itu dan membacanya.



       ‘ Maaf saya tak dapat nak hadir pada majlis pertunangan kita. Anggaplah bunga ini sebagai tanda hadiah dari bakal suami Arisya. Adam harap kita akan bertemu pada tarikh ijab kabul kita nanti. Dan pada masa itu, barulah Adam mungkin berani bertentang mata dengan bakal suri dalam hati ni dan juga terima kasih sebab sudi terima Adam sebagai bakal suami Arisya. Adam akan berusaha cuba buat yang terbaik. Insyaallah….’

Ihklas dari : Muhammad Adam



        Habis membaca tiap perkataan yang tertulis, tanpa sedar Arisya mengukirkan senyuman. Dia berasa amat berterima kasih dengan sifat prihatin dari lelaki itu. Walaupun pertemuannya dengan Adam selama ini selalu membuatkan lelaki itu naik angin, namun dia dapat rasakan jauh di sudut dalam diri Adam, terselit penuh dengan kasih sayang. Mungkin sekarang, dia tidak rasakan dirinya mencintai lelaki itu sepenuhnya, namun dia akan cuba menanamkan rasa kasih itu buat lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak.

        Arisya mengambil telefon bimbitnya dari beg bimbitnya dan mula menaip sesuatu di ruangan mesej. Dengan yakin dia menekan butang ‘sent’. Mujur pada hari pertunangannya Puan Yati memberikan nombor telefon Adam untuk dirinya.


         Adam yang ketika itu sedang kusyuk mendengar penerangan dari teman sepejabatnya di bilik mesyuarat, tersentak apabila merasakan gegaran di poket seluarnya. Mujur dia buat mode silent. Mesej dari nombor yang tidak dikenalinya itu terus dibuka.



-          -Thanks for the gift. Really like it. Terima kasih juga sebab Adam sudi terima Arisya sebagai bakal suri hati Adam nanti. Arisya rasa bersyukur sangat. Insyaallah, kita akan bertemu pada hari pernikahan nanti. Assalamualaikum -
Dari : Arisya



       Adam tersenyum panjang. Lama dia menatap mesej yang diterima dari tunangnya. Semalam, sebelum masuk tidur, tiba-tiba dia terfikir mahu memberi sesuatu untuk gadis tersebut sebagai hadiah pertunangan. Entah macam mana boleh timbul rancangan tu dalam kepala dia pun dia tak tahu. Yang pasti semasa sedang bersarapan pagi bersama keluarganya, dia terpaksa menebalkan muka meminta alamat tempat kerja dari Kak Longnya. Puan Yati tak banyak bertanya, sebaliknya memberi alamat tempat kerja Arisya dengan rasa senang hati. Habis sahaja perbincangan, Adam keluar dari bilik mesyuarat itu. Namun senyuman di bibirnya masih lagi tidak lekang. Pak Ngah yang melihat tersenyum dibuatnya. Lelaki tua itu tahu sangat, kalau dah senyum macam tu, tandanya tengah bahagia dilamun cintalah tu.






*Maaf dah lama tak update. Sahara berada di luar kawasan beberapa hari lepas. So, kat tempat sana, takde line sangat. Agak sukar untuk online. Huhu..Hope enjoy for this entry. Next entry will be upload tomorrow night. Okay…Salam 1 Malaysia =)


  1. best2, nk tnya ending dia bab brpa? atau nvl ni akan
    dibukukan?

  1. ending bab ni x sure la brape baru abeh..masih dlm perancangan..bile ada idea akn dicurahkan dlm blog ni la..hehe, dibukukan?laku ke cite ni kalo dbukukan?hehe, sahara rasa byk lg kekurangan dlm menulis ni, kat blog ni la sahara cuba mahirkan penulisan sahara. ape pun, terima kasih ruunna qizbal sbb sudi bace n komen =)

  1. best. romantik jgk Adam tu. ingtkn just tau baran je memanjang.

  1. haha, biasela mizz qiz, slalunya org panas baran ni ada juga terselit rasa sayang kan...
    (iy0la 2)..hehe, thanz sudi bace =)

  1. Kesian pulak kat arisya tu... Semoga adam adalah jodoh yg terbaik utknya walaupun adam mungkin tak sekaya atau sekacak iqram...

  1. Thumbs up,mmg best part adam kasi bunga kat arisya.bunga2 cinta adam sudah bermula,suka3....benci la kat kakak ngan mak tiri arisya jgn plok kacau hubungan adam ngan arisya sudah...kasi jea iqram pd maria biar aila gigit jari...seyez kelakar la adam ngan pak ngahnya....hihihi:-)

  1. x pa lah kita pilih hati Adam yang baik tu ya.... kaya dan kacak x boleh di bawa kemana kan...... tapi kasihan juga dengan Iqram... sedih