Cerpen : DIA DAN AKU


.

DIA & AKU









Pen merah,
Pen biru,
You marah,
I LOVE YOU…


   “ Arghhh! I hate you!” Geram gadis kecil itu membalas. Budak lelaki yang berusia dua belas tahun itu tergelak.

    “ Izwan, boleh tak kau jangan kacau aku! Aku benci kau!” Marah Dania dengan sepuas hatinya. Iz tidak membalas sebaliknya sambung ketawa lagi.

    “ Dahlah tu Iz. Kau ni, suka sangat buli dia. Tak baiklah.” Kata temannya, Raju.

    “ Dey Raju. Aku bukan buli dia lah. Aku menyanyi je. Dia ni kan singa jadian, pantang usik sikit mesti mengaum…AAAUUUMMMM!!!” Usik Iz lagi.

      Dania berpaling padanya dengan pandangan yang tajam. Raju dah mula menjarakkan diri antara mereka berdua kerana dia sudah pun merasa bahang yang agak panas di situ. Iz masih lagi ketawa sambil menahan perutnya. Tiba-tiba tawanya berhenti apabila dia mula terasa ada sesuatu yang mendarat di kepalanya.

     “ Aduh!! Sakitnya!!” Jeritnya. Terbeliak biji mata Raju bila melihat aksi Dania membaling kasut sekolahnya pada Iz. Kebetulan ketika itu juga bas hijau berbentuk kotak berhenti di depan bus stop. Dania dengan angkuh dan bangganya menepuk habuk di tanggannya dan mula berjalan mendekati Iz. Sebelah  kasut sekolah yang dicampak tadi diambil dan dia mula tersengih pada budak lelaki itu.

     “ Lain kali kalau nak benda lain pula mendarat atas kepala kau yang botak gondol tu, cubalah usik aku lagi ye…pergi dulu. Bye bye….” Selamba dia berkata sambil naik ke dalam bas.

     “ Woi! Kurang ajar betul!” Balas Iz menahan sakit. Dania yang sudah berada di dalam bas menjulurkan lidah.

      “ Dik, kau nak naik ke tak?!” Tanya pak cik bas itu. Raju yang tersedar, mula berlari naik ke bas. Di pintu bas dia menoleh.

       “ Wei, tak nak naik ke?” Soalnya pada Iz. Budak lelaki itu mula berpeluk tubuh.

       “ Tak nak!” Ringkas dia membalas. Raju mengangkat bahu.

       “ Lantak kau lah. Balik nanti baik kau cek kat doktor. Manalah tahu ada lubang kat kepala kau tu. Kuat juga Dania baling tadi.”

        “ Diamlah!” Balas Iz geram. Raju tergelak. Bila kelibat bas itu mula menghilang, Iz yang berpura-pura macho menahan sakit tadi mula kembali menggosok kepalanya.

        “ Aduh!!! Tak guna Dania!!!!!!!!!!!!” Jeritnya seorang diri di situ. Mak cik yang tengah sapu sampah dari jauh tak jadi datang ke situ untuk menyapu. Takut pula dia budak tu tiba-tiba naik sawan dan menyerangnya nanti.


                **********************************************************


  13 tahun kemudian…..

       “ Hei anak dara, nak pergi ke mana?” Soal seseorang dari ruang tamu. Dania yang sedang turun dari tingkat atas memandang lelaki tersebut.

       “ Nak keluar. Dating. Along nak ikut?” Tanya Dania pula.

       “ Ha, boleh jugak!” Selamba abang sulungnya membalas. Serentak itu Dania menghadiahkan jelingan tajam.

        “ Apa dia? Adik nak dating? Hahahahahaha, siapa lelaki yang berani sangat keluar dengan harimau jadian ni?” Celah abang keduanya dari dapur. Dania menggigit bibirnya menahan geram.

        “ Sibuklah angah dengan along ni! Orang nak keluar kejap. Nak jumpa Ina, dating dengan dia!” Balasnya.

        “ Hai, kata tadi nak dating. Ingatkan dengan laki, rupanya dengan bestfriend kau tu juga ke dik.” Kata Along. Angah dah ketawa masa itu. Tak sempat Dania nak membalas,  muncul pula abang ketiganya dari bilik tidur yang bersebelahan dengan dapur.

         “ fuyyo…lawa betul kau dik hari ni. Kau nak date ngan sape ni?” Usik Achik pula. Kali ni Dania dah mula mengalah. Lagi dilayan abang-abangnya ini, lagi teruk dia kena usik nanti. Baik diamkan diri lebih bagus. Dia mencapai kasut wedgesnya yang berwarna biru kehitaman itu dan mula di sarungkan pada kakinya. Setelah berpuas hati dengan kepadanan kasut dan seluar jeansnya, dia berpaling pada ketiga-tiga abangnya yang sedang kusyuk menonton televisyen.

         “ Along, angah, achik, adik chow dulu! Tata!” Ucapnya. Tak sempat along nak cakap sesuatu, adiknya itu cepat-cepat keluar dan menutup pintu. Tu tak lain tak bukan, nak mengelak dari usikan abang-abangnya.

          “ Kau tak risau ke dia keluar malam-malam ni angah?” Tanya Along. Angah yang sedang sedap menguyah pop corn berhenti makan.

          “ Perlu ke risaukan dia?” Soal Angah. Serentak itu Along menghadiahkan ketukan kecil di kepala adiknya. Achik yang melihat hanya ketawa.

          “ Rilekslah Along. Dia kan expert taekwondo. Tak ingat ke dulu ada lelaki yang kacau dia dulu tu, sampai trauma budak tu kena sekeh dengan adik .” Ujar Achik mengingatkan. Along yang mendengar hanya mengangguk. Hmm, betul juga tu.


                          **********************************************


     “ Pergh, bosan gila movie tu tadi.” Komen Dania. Ina yang mendengar tergelak.

      “ Ha, kau….kenapa tiba-tiba gelak ni? Gila?” Soal Dania pada Ina.

      “ Aku gelakkan kau lah! Asal tengok movie pasal cinta je, mesti komen kau sama je. Statik je dari dulu. Tak ubah lansung. Best apa cerita tu tadi.” Ujar Ina pula. Dania mencebik.

       “Kau yelah suka. Aku ni kan tak suka movie cintan cintun. Aku nak tengok cerita transformer. Mesti best movie tu. Dahlah kartun dia aku tak pernah miss. Huhu…” Katanya pura-pura dengan nada sedih.

       “ Apa boleh buat wei, cerita yang kau nak tengok tu dah full. Tiket dah habis. Dah dah, tak mau sedih-sedih lagi ye, kita gi enjoy makan dulu. Esok lusa kita boleh datang lagi tengok movie yang kau suka tu.” Pujuk Ina. Dania senyum. Kalau bab naikkan mood jadi ceria balik, tahu je Ina macammana caranya.

      Sedang dia seronok berbual sambil berjalan, tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Saat itu pandangannya bertemu dengan seorang pemuda yang tinggi sedikit darinya. Serentak itu, dua-dua saling memberikan pandangan yang tajam.

           “ Buta ke?!” Sama pula mereka berdua bersuara. Ina yang berada di sebelah Dania pula yang rasa tersentak. Mungkin terkejut sebab jeritan mereka berdua.

            “ Aku buta? Ke kau yang buta?!” Kata mereka lagi dengan serentak. Dania mula menggelengkan kepala. Lelaki itu pula menampar perlahan mulutnya sebab asyik cakap benda yang sama dengan gadis tersebut.

        “ Argh, malas layan orang macam kau ni. Dahlah jalan tak betul, main langgar je.” Kata lelaki tersebut dan mula cepat beredar. Dia berlari jauh dari situ, mungkin ada hal kecemasan yang harus dilakukan. Dania mula naik angin.

        “ Agak kurang di ajar betul laki tu. Dia cakap aku jalan tak betul! Hampeh!” Marah Dania. Ina menepuk dahinya berulang kali. Malu dia sebab orang di sekitar situ melihat Dania yang selamba menyumpah seranah lelaki tersebut.

         “ Dah lah tu, jom blah cepat! Malu aku tahu tak. Kau ni pun, sabarlah sikit. Orang ramai tengok kita ni…jom jom..” Cepat-cepat Ina menarik Dania pergi dari situ. Tak sanggup lagi dia melihat orang ramai yang mula pelik melihat kawannya yang ganas itu. Mungkin pengaruh dari kecil dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakkannya kaum lelaki.



               *********************************************************
              

     “ Fuyyo, banyaknye lauk! Ada kenduri ke apa hari ni?” Perli Dania sebaik sahaja pulang dari kerja. Angah yang sedang menyusun pinggan ke atas meja menjelingnya.

     “ Tu dia, baik punya jeling. Hehe, angah, kenapa bermurah hati sangat masak banyak-banyak ni. Tahu je kan adik lapar gila. Dahlah kat sekolah tadi adik tak sempat makan lansung. Penat tanda paper exam budak-budak tu.” Katanya.

       “ Hei, kau jangan nak perasanlah dik. Aku masak bukan untuk kau sorang je. Ni semua Angah masak sebab ada tetamu malam ni nak datang.” Balas abang ngahnya.

       “ Ha, siapa pula? Ke ayah nak balik dari Indonesia malam ni?” Soalnya dengan muka ceria. Maklumlah, ayahnya sejak dari dulu lagi asyik berulang alik dari negara jiran ke sini atas urusan kerja. Dan disebabkan itu banyak masanya, dia dibesarkan oleh tiga abang kandungnya itu. Apa boleh buat, ibu pula dah lama meninggalkan dunia sejak dia habis sekolah rendah dulu.

        “ Bukan ayahlah. Achik jemput kawan achik datang malam ni. Dia tu junior achik masa kat university dulu.” Tiba-tiba abang chiknya pula masuk ke dapur dan membalas soalannya.

        “ Urm, ingatkan ayah nak balik. Dahlah, adik naik dulu tau. Nak mandi.” Katanya.

        “ Pergi cepat, dah bau haprak dah satu dapur ni.” Perli Angah padanya. Dania menjelir lidah pada abang keduanya dan terus naik ke bilik.

         “ Angah, kau bagitahu dia ke siapa yang nak datang malam nanti?” Soal Achik dengan nada perlahan.

         “ Tak sempat nak bagitahu pun. Nasib baik kau masuk cepat tadi. Tu kalau dia tahu musuh lama dia nak datang malam ni, mahu kita berdua kena sekeh habis-habis nanti.” Balasnya. Kini dua-dua sudah gelak besar memikirkan rancangan mereka. Along yang baru masuk ke dapur, keluar balik bila melihatkan dua orang adiknya yang gelak bagaikan orang kurang siuman. Tak jadi dia nak masuk ke dapur dan mengambil air minum tadi. Apa jela diorang dah plan kali ni.


                  **********************************************************



      Lama Dania berpandangan dengan tetamu lelaki tersebut.  Masing-masing tak mengalah. Along, angah dan achik tiba-tiba terasa suasana begitu tegang.

         “ Kau yang langgar aku malam semalam kan…” Dania memulakan bicara.

         “ Aku langgar kau ke kau yang langgar aku?” Soal lelaki itu pula.

         “ Kau memang tak nak mengalah kan.” Kata Dania menahan geram.

         “ Eh, of course…” Selamba lelaki itu membalas.

         “ Ah sudah! Korang berdua ni pun. Kita ni kan kat depan rezeki ni. Boleh tak kalau nak gaduh lepas dah habis makan nanti.” Celah Along.

         “ Wei, wan…semalam kau jumpa adik aku? Pe citer?” Bisik Achik perlahan di sebelahnya.

         “ Malam semalam aku tak sengaja bertembung dengan dialah. Manalah aku nak tahu dia adik kau.”

        “ Dia cam tak kau siapa?”

        “ Tak rasanya…” Balasnya ringkas. Dania yang duduk jauh sedikit mula mengecilkan matanya pada Achik dan kawannya itu.

        “ Mengutuk!” Kata  Dania. Angah tayang muka bosan. Perut dah berbunyi.

        “ Jomlah makan! Perut aku ni dah buat irama lagu Hindustan tahu tak!” Kata Angah pula. Along memulakan bacaan doa makan, dan semua menadah tangan. Semua makan dengan selera waktu itu walaupun Dania seorang saja yang rasa semacam. Entah kenapa dia rasakan sesuatu yang dah lama dia tak rasa dulu. Perasaan semasa dia kecil, kini bangkit semula dalam hatinya bila dia terpandang lelaki tersebut.


                      *************************************************
    


  Wan berjalan terjengket-jengket menuju ke halaman rumah. Dengan mengejut, dia memeluk ibunya dari belakang. Seperti jangkaannya Puan Kalsom pasti melatah apabila disergah sebegitu. Dan juga seperti biasa ibunya akan membalas dengan mencubit di pinggangnya. Wan mengeliat menahan sakit.

      “ Awal balik hari ni wan.” Kata ibunya.

        “ Kerja habis cepat. Awallah wan balik hari ni. Ibu, abah mana?” Soalnya.

        “ Abah pergi Melaka hari ni. Wan tak tahu ke? Dia pergi ziarah kawan dia kat sana.” Jawab Puan Kalsom. Sambil itu tangannya tak habis-habis menyiram pokok bunga yang ada di sekitar hadapan rumahnya.

        Puan Kalsom berhenti menyiram apabila dia melihat kelakuan pelik anak tunggalnya itu. Tiba-tiba je Wan gedik semacam main-main bunga yang ditanam itu. Tak cukup dengan itu, selamba je dia petik daun yang baru disiram tadi.

         “ Wan, astaghfillahal-azim, bertuah punya anak!” Sergah ibunya. Terpelanting bunga dan daun yang berada di tangannya.

         “ Ye bu! Huh, ibu ni….kenapa terkejutkan wan macam tu sekali. Terkejut anak ibu tau.”

         “ Yang kamu buang tebiat main bunga ibu tu buat apa? Habis rosak nanti. Angau ke apa budak ni. Tsk tsk tsk…” Perli ibunya. Izwan tersengih.

         “ Ibu, kalau wan nak kahwin, ibu bagi tak?” Pertanyaan tiba-tiba itu membuatkan ibunya memandang dia semula.

         “ Wan dah ada pilihan ke?” Tanya Puan Kalsom teruja.

         “ Ada, dah lama dah.” Balasnya.

          “ Siapa?”

          “ Musuh lama…” Dia membalas sambil tersenyum. Puan Kalsom mengerutkan dahinya. Apa ke pelik anak aku ni?


            
                  *******************************************************


      “Apa? Kahwin dengan dia? Ish, tak mahu tak mahu!” Bising Dania menjawab pertanyaan dari abang-abangnya. Achik dan Angah dah garu kepala. Along buat tak peduli. Surat khabar diambil dan dia teruskan bacaan.

      “ Lah, kau bagilah dia peluang dulu dik. Wan tu budak baik. Achik memang suka sangat kalau dia jadi laki kau.” Ujar Abag chiknya. Dania menjeling tajam.

      “ Ish, yang sibuk nak kahwinkan adik ni kenapa. Along, angah, achik pun tak kahwin lagi. Umur masing-masing dah terlebih cukup umur, tapi sibuk nak kahwinkan adik pula. Kenapa perlu dia. Ish….tak suka tak suka!” Jawabnya lagi. Kali ni bertambah dengan pakej muncung pula.

        “ Sebab dia je mampu tahan dengan kau…” Angah membalas. Namun dengan nada perlahan di sebelah Achik. Dania tidak dapat mendengar dengan jelas.

         “ Apa dia?” Tanyanya. Angah tak menjawab sebaliknya tersengih. Pada masa itu juga, kebetulan orang yang disebutkan mereka tadi sampai ke rumah.

         “ Ha, dik. Kau keluar sekarang. Kau jawab dengan wan tau. Dia yang beriya minta tolong Achik hari tu nak pikat kau balik!” Beriya Achik berkata. Sambil itu sempat dia menyeret Dania keluar bawa ke halaman di rumah di mana Izwan menanti di situ.

          “ Pikat balik? Ish, apa ni! Wei Achik!! Kenapa kau kunci pintu pula ni?!” Dia mengetuk pintu sekuat hati bila Achik mula berlari masuk semula ke dalam rumah. Di dalam Achik dan Angah dah ketawa. Along hanya mampu menggelengkan kepala. Gila betul adik-adik dia ni.

           “ Kau, apa kau cakap abang aku tu? Kau ni demam ke, tiba-tiba nak kahwin dengan aku. Aku tak pernah pun kenal kau.” Dania berkata. Sambil itu sempat dia beri pandangan tajam pada lelaki tersebut. Wan tergelak.

           “ Amboi, cantik jelingan kau tu. Tajam betul.” Guraunya. Dania membalas dengan menjengilkan mata.

           “ Betullah cakap abang kau tu. Aku nak merisik kau ni. Nak buat kau jadi bini aku, tak boleh?”

           “ Eh eh mamat ni, selamba dia je. Wei, kau cakap dengan aku, berapa lama kau dah kenal aku sampaikan kau boleh sesuka hati buat keputusan mendadak macam ni sekali?”

         “ Kalau aku cakap aku dah kenal kau lama macam mana?”

         “ Apa kau mengarut ni?” Soalnya dengan rasa hairan.

         “ Kau mesti ingat aku siapa kalau aku nyanyi lagu ni.” Tiba-tiba Izwan berdehem. Dania menanti dengan sabar.

     Pen merah,
     Pen biru,
     Kalau you marah,
     I still love you…..

  Sebaik bait lagu itu dinyanyikan dengan gaya ala kanak-kanak menyanyi, buntang mata Dania memandang Wan di depan.

       “ Kau…kau Izwan..” Gagap dia bertanya. Izwan mengangguk.

       “ Tapi Izwan yang dulu, botak, gigi jongang…” Sempat dia mengutuk. Wan terus tersedak bila gadis itu selamba berkata begitu padanya.

       “ Kau ni Dania. Sempat lagi kau kutuk aku kan. Memanglah aku dulu lain. Budak sekolah, mana nak jaga imej.” Balas Izwan. Dania terpana. Beberapa kali dia menggelengkan kepala. Sambil itu sempat dia mencubit pipinya. Ya, dia tak bermimpi kali ini. Di depannya kini, Izwan yang dewasa sudah banyak berubah, dengan rambut stylo nya, dengan baju yang cukup kemas, dengan wajah yang kacak dan paling penting, gigi Izwan dah lawa.

       Tidak lama kemudian, tanpa sedar Dania tersenyum. Tidak sangka, cinta pertamanya dulu kini datang kembali. Dahulu, 13 tahun lepas, dia tahu orang yang tak reti putus asa memberinya surat cinta dulu adalah Izwan. Mulanya dia malas melayan, namun hampir setiap hari di sekolah dia asyik diganggu oleh budak tersebut, membuatkan hatinya mula tergerak untuk melayan kerenah Izwan walaupun kadang-kadang dia rasa jengkel dengan cara Izwan mengoratnya.

          “ Aku nak tanya kau ni, kenapa taktik kau dulu ngorat aku poyo gila. Bagi surat, tapi tak nak mengaku? Dah tu, pura-pura buat aku annoying setiap hari kan.” Soalnya. Kali ini Izwan pula terkedu.

          “ kau tahu surat tu dari aku?” Soal Izwan kembali.

          “ Mestilah aku tahu. Tulisan paling buruk dalam kelas tu kau tahu tak. Tulisan cakar ayam.” Balasnya sambil tergelak. Angah dan Achik yang mengintai disebalik cermin tersenyum. Along yang mulanya malas masuk campur turut join belakang mereka berdua untuk melihat reaksi adiknya.

          “ Dah tu kau nak tak?” Tiba-tiba Izwan bertanya.

          “ Nak apanya kau ni pun?!” Balas Dania terlupa sesuatu.

          “ Nak tak kahwin dengan aku?!” Soal Izwan. Walaupun  takde gaya romantik dia melamar, Dania terasa jantungnya berdegup dengan kencang bila soalan itu diajukan padanya.

        “ Yela, yela. Aku nak. Puas?” Jawabnya sambil kontrol dengan sifat cool. Izwan mula melompat kegembiraan.

        “ Yahooo!!!!” Jeritnya.

        “ Woi! Diamlah sikit!! Dah lewat malam ni! Pergi baliklah tidur lagi bagus!” Tiba-tiba ada suara orang sebelah menjerit. Izwan terdiam. Begitu juga Dania.

        “ Tu lah kau, yang kau datang melamar aku lewat malam ni kenapa?! Tak boleh tunggu esok ke? Kan dua-dua dah kena.” Perli Dania.
        
         “ Hehe, saja. Buang tebiat, dah lama sangat aku tunggu pun.” Balasnya. Dania tersenyum lagi. Along, angah dan achik yang berada di dalam rumah nak mula buat aksi jamming gembira punya pasal sebab adik mereka sudah setuju untuk berkahwin dengan musuh lamanya dulu a.k.a first love lah katakan….hehe…





*okay, sebuah cerpen ringan untuk tatapan pembaca. Haha, okay tak? Enjoy baca k. =)

  1. hehe, thanks ruunna qizbal =)

  1. hehe. nak smbungan boleh?
    -iqa-

  1. sambungan?haha..urm, akn difikirkan ok..thanz sudi bace=)

  1. enjoy...
    ada smbgn ke nnt?

  1. haha..sambungan, x pasti lg,tp ade gak yg tny nk sambungan, tgk keadaan dlu k, sbb ni cerpen je..hehe..btw, onion_ring, thanks bace n komen=)

  1. bestnyerr..sweet jer.. suke suke (^__^)

  1. hehe, thanz sudi bace miss Qiz

  1. wahh! sweet jea! nak sambungan siss :) best sgt cerpen ni..