NILAI KASIHMU (11)


.


EpisoD  11





                Dia menanti dengan tenang tentang pendapat dari lelaki tersebut. Bila setiap helaian diperhatikan dengan teliti, dia nampak kepuasan di dalam diri kliennya itu.

     “ Bagus. Everything is like just what I want. Saya suka kombinasi warna yang awak pakai. Lakaran awak ni memang memenuhi citarasa saya.” Puji lelaki tersebut. Arisya dan Mr. Liew tersenyum lega mendengarnya.

      “ Seperti yang Encik Haikal maklum, encik lebih sukakan konsep melayu moden. Jadi kebayakan material yang saya pakai adalah barang import dari negara jiran dan juga sebahagian dari negara kita sendiri. Selain itu saya gunakan ton warna yang sesuai dengan kehendak encik. Kalau encik rasa ton warna yang digabungkan tak sesuai, encik boleh cadangkan yang lebih baik dan saya boleh tukar dengan segera mengikut kehendak encik.” Terang Arisya dengan yakin. Encik Haikal yang mendengar hanya mengangguk.

      “ Saya rasa semua ni dah okay, saya setuju seratus peratus cadangan awak tu. But, saya nak tengok hasil dia lepas ni. So, Arisya, agak-agak berapa lama anggaran masa nak siap?”

      “ Saya dah kira anggaran masa yang kita perlukan, mengikut saiz keluasan keseluruhan villa ni, mungkin mengambil masa kurang dari tiga bulan. Is it okay with you Encik Haikal?” Tanya Arisya pula.

      “ Ya, I’m fine. As long you keep with your work, I think there is no wrong with it. Lagi pun saya mungkin berada di Australia for about two month. Next week saya dah bertolak. Kalau Arisya dan Mr.Liew ada apa-apa hal nak dibincangkan, please contact my son. Bagi saya, apa pun pendapat dia, saya setuju je. This is his number.” Ujarnya sambil menghulurkan dua keping kad kepada Arisya dan juga Mr. Liew sebelum dia berlalu pergi. Bila sahaja kelibat lelaki itu menghilang, Mr.liew menghembuskan nafas lega.

       “ Good job Arisya. Well done. Kalau you nak tahu, Encik Haikal tu antara customer kita yang susah sikit nak handle. Dia punya permintaan tu, over than what we think. Dia tu teliti orangnya. But with you, senang je dia setuju. I proud you work with us.” Puji Mr.Liew. Arisya tersenyum malu.

       “ Thanks Mr.Liew. Ini pun hasil usaha kita bersama kan.” Katanya.

       “ Urm,so…bila tarikh kahwin you? Is it okay for you to handle this project? Because I think your wedding date is near right?” Tanya Mr.Liew.

       “ Hujung bulan depan. Tapi Mr. Liew tak usah risau. Saya boleh aturkan masa. Lagi pun persiapan kahwin semua pun saya serahkan pada wedding planner je. Senang sikit kan.”

       “ Owh, that’s good. I bukan apa Arisya. I risau you busy je. But, don’t worry, I akan mintak Suzy tolong you nanti. Okay?” Kata Mr.Liew cuba menenangkan pekerja bawahannya. Arisya tersenyum sambil mengangguk. Dia hargai sangat keperihatinan ketuanya itu.

      Tiba waktu pulang, Mr.Liew menyuruh Arisya supaya balik ke pejabat dahulu, sementara dia mahu ke satu tempat yang lain. Arisya hanya menurut tanpa banyak soal. Dia menuju ke arah perhentian bas dan menanti teksi di sana. Sedang dia menanti, ada sebuah kereta berhenti di tepi bus stop dan membunyikan hon. Arisya tersentak. Apabila tingkap kereta diturunkan, Arisya terdengar namanya dipanggil. Bila dia menjenguk, Adam dan seorang lelaki yang tidak kenal senyum padanya.

          “ Arisya nak ke mana ni?” Tanya Adam. Dia kebetulan lalu ikut jalan situ kerana mahu berjumpa dengan klien dari Syarikat BSR. Saat dia memandu, dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya sedang duduk di perhentian bas. Bagi Adam, takkan dia nak biarkan Arisya keseorangan kepanasan di situ. Terus dia buat keputusan untuk menumpangkan tunangnya.

          “ Nak balik ofis. Tadi singgah kat restoran depan tu, jumpa klien sekejap.” Balas Arisya.

          “ Owh, kalau macam tu marilah Adam hantarkan sekali.”

          “ Eh, takpelah. Menyusahkan je. Arisya boleh tunggu teksi.” Katanya. Adam melihat sekeliling. Di perhentian bas tersebut, kelihatan dua orang pemuda yang mencurigakan. Dari tadi lagi mereka berdua tak lepas pandang Arisya. Tatkala itu timbul pula kerisauan di dada Adam. Ilham, pembantu Adam yang duduk disebelah tiba-tiba keluar membuatkan Adam tertanya-tertanya.

          “ Ha, kau apahal keluar?” tanya Adam pada Ilham. Ilham tersengih lantas mempelawa Arisya masuk.

          “ Masuklah cik Arisya. Selagi cik tak masuk, bos saya kat dalam tu mesti takkan gerak lansung. Dia risau tinggalkan tunang dia sorang-sorang kat sini.” Celah Ilham.

     Adam tersenyum. Bagus pula pembantu dia ni. Arisya pada mulanya berat hati, tetapi dia sendiri juga risau lama-lama duduk di situ. Dia tak selesa dengan pandangan dua orang lelaki asing yang melihatnya dari tadi. Akhirnya dia masuk juga duduk di sebelah Adam, manakala Ilham mengambil tempat duduk di belakang.

         “ Adam nak ke mana sebenarnya ni?” Tanya Arisya memecahkan kesunyian.

         “ Saya baru je balik dari bank tadi, sekarang ni on the way nak jumpa klien sekejap lagi.”

        “ Eh, kalau macam tu lambat pula Adam nanti sebab hantarkan Arisya.” Kata Arisya. Dia tak mahu disebabkan dia nanti, Adam terlambat untuk temu janjinya.

        “ Arisya tak usah risau. Kitorang bertolak awal tadi. Owh ye, lupa pula nak kenalkan yang kat belakang tu. Dia tu Ilham, pembantu peribadi Adam kat ofis.” Kata Adam. Arisya menoleh seketika dan senyum pada Ilham. Lelaki muda itu malu-malu membalas senyuman dari Arisya. Adam yang dapat melihat melalui cermin reaksi dari Ilham mula rasa semacam.

        “ Hai Ilham, senyum lebar kau kat belakang. Angau ke apa?” Perli Adam. Sebenarnya dia lebih kepada cemburu. Ilham tersentak.

        “ Ish bos ni. Mana ada saya angau. Saya ni senyum je. Tak boleh? Eleh, kalau jeles tu cakap jela.” Selamba Ilham membalas. Adam menjengilkan matanya. Arisya yang melihat terus ketawa kecil sambil menutup mulutnya.

        “ Sorry Arisya, p.a saya ni memang macam ni. Suka bergurau dengan ketua dia.” Kata Adam. Bila melihat Arisya ketawa dia tersenyum. Suka dia melihat Arisya gembira begitu.

        “ Takpe Adam. Baguslah kalau hubungan rapat dengan pekerja lain.” Ujar Arisya. Ilham dah tersengih malu. Adam terus menumpukan pemanduannya di jalan raya.

         Arisya melihat ke luar tingkap kereta, setiap gerai, kedai dan market yang ada disitu dia tak lepas pandang. Adam dari tadi tak habis lagi senyum seorang diri. Entah kenapa dia terus rasa ceria bila terjumpa Arisya selama ini. Selama beberapa bulan sudah bertunang, ini kali pertama dia dapat jumpa Arisya secara tak sengaja. Kalau nak buat fitting baju pengantin pun selama ini, Arisya banyak berurusan dengan umi atau kak longnya.

        “ Adam, stop sini.” Tiba-tiba Arisya mengarahnya. Adam tersentak, cepat-cepat dia berhenti di bahu jalan.

        “ Kenapa ni?” Tanyanya.

        “ Arisya turun sini je lah ye. Tadi Arisya nampak Aila. Nak pergi jumpa dia kejap.” Ujar Arisya yang sudah pun membuka pintu.

        “ Aila? Siapa?” Tanya Adam lagi dengan perasaan hairan. Mana tidaknya, kelihatan Arisya bagaikan kelam kabut ketika itu.

        “ Kakak Arisya. Okaylah Adam. Arisya pergi dulu ye. Terima kasih banyak-banyak. Lepas ni Arisya boleh naik lrt je. Nanti kirim salam umi ye. Assalamualaikum…” Kata gadis itu dan terus berlari anak ke satu arah.

         “ Bos, nak biar je ke?” Tegur Ilham yang kini mengambil tempat duduk Arisya tadi. Adam masih lagi tidak lepas pandang Arisya yang berlari mengejar seseorang dari jauh. Bila kelibat Arisya hilang, barulah dia memandang semula Ilham disebelah.

          “ Takpelah. Dia jumpa kakak dia je tu.” Katanya dan teruskan pemanduan.


    Arisya tercungap-cungap menahan nafas. Memang tadi dia nampak kelibat Suhaila dari dalam kereta. Dia mahu juga bersua dengan kakak tirinya itu. Lagi pun sudah lama dia memendam rindu. Biarlah kakaknya marah pada dia sekali pun, dia tetap mahu berjumpa dengan Suhaila. Dia masuk ke bangunan SOGO itu dan mula meninjau keadaan di dalam. Setelah beberapa minit dia mencari, tidak juga jumpa orang yang amat dirinduinya itu. Arisya melepaskan keluhan. Saat itu ada seseorang menepuk bahunya dari belakang. Arisya segera berpaling.

          “ Isya…” Suhaila menyebut nama adik tirinya. Arisya terdiam, kemudian entah kenapa, air matanya laju mengalir di pipi. Terus gadis itu memeluk Suhaila. Terpinga-pinga Suhaila dibuatnya.

          “ Isya rindu Aila..” Ringkas gadis itu bersuara. Suhaila terkedu.




                         *****************************************************




           “ Isya ada jumpa Iqram ke selama ni? Tanya Suhaila. Arisya yang sedang meneguk air berhenti minum. Dia pandang Suhaila. Kalau dia ceritakan tentang Iqram yang tak serik menganggunya dengan mesej dan hantar pelbagai hadiah lagi pada dirinya, pasti gadis itu akan marah lagi.

       “ Dah lama dah isya tak jumpa dia. Aila masih ada perasaan lagi ke kat dia?” Tanya Arisya pula. Lambat-lambat Suhaila mengangguk.

       “ Dia lain Isya. Cara dia layan perempuan tu yang buatkan Aila sukakan dia. Dia memang jauh beza dengan sikap ex Aila dulu. Aila ada juga try call dia, tapi dia tu busy je. Susah sangat nak jumpa.” Luahnya.

       “ Aila, Isya kalau boleh tak nak Aila marah Isya lama-lama. Aila tahu tak Isya rindu gila kat Aila. Kita kan adik beradik, Isya sayang kat Aila. Aila masih marahkan Isya pasal hal Iqram ke?” Soal Arisya. Suhaila melepaskan keluhan. Sejak dia duduk di kuala lumpur, dia lansung tidak menghubungi Arisya. Hatinya berat untuk berhubungan semula dengan adik tirinya itu. Walaupun separuh hatinya mahu jumpa gadis itu, tetapi egonya terlalu tinggi dan menghalangnya. Mungkin kali ini takdir mahu dia bersua dengan Arisya untuk menjernihkan kembali hubungan antara adik beradik.

        “ Sebenarnya Isya, Aila dah maafkan Isya dah. Aila pun salah juga. Aila banyak tengking Isya. Tapi Aila jujur yang Aila betul-betul tak dapat terima hakikat Iqram masuk meminang Arisya masa tu. I’m sorry okay. Patutnya tak lama lagi adik Aila ni dah nak kahwin, Aila patut happy dan tolong apa yang patut. Ini tidak, Aila lagi jauh pula dengan Isya. Sorry…” Ucap Suhaila. Arisya memegang sebelah tangan Suhaila dan menggenggamnya dengan erat.

       “ Urm, ibu dengan ayah kat kampung macam mana? Isya ada balik tak?” Tiba-tiba Suhaila bertanyakan soalan itu. Dia malas mahu mengungkit soal Iqram di depan Isya. Bila dia yang ungkit hal itu, dia pula yang rasa terluka kerana masih fikirkan Iqram sukakan Arisya. Mujur Arisya sendiri tadi mengaku padanya yang dia hanya cintakan bakal suaminya, walaupun Suhaila sendiri tidak pernah bertemu dengan bakal adik iparnya itu.

      “ Baru minggu lepas Isya jenguk diorang kat sana. Ibu dengan ayah ada juga bagitahu, yang Aila dah lama tak balik. Kenapa Aila tak nak balik?”

      “ Aila sibuklah Isya. Lagi pun Aila takut Aila balik nanti ayah mengamuk lagi.” Katanya. Arisya mengerutkan dahi.

      “ Ayah mengamuk? Kenapa pula ayah nak mengamuk?” Tanya Arisya dengan penuh persoalan.

      “ Ayah dengan ibu takde cerita apa-apa ke kat Isya?” Tanya Suhaila pula. Arisya hanya menggelengkan kepala.

      “ Hmm, masa tiga bulan lepas, Aila balik semula ke kampung, nak bagitahu ibu ayah pasal kerja baru Aila. Tapi diorang tak setuju Aila kerja tu. Aila memang dah agak dah pun. Sebab tu lah Aila tak balik-balik.” Terangnya selamba tanpa rasa bersalah.

       “ Aila kerja apa sampaikan diorang marah sangat?” Soal Arisya lagi.

       “ Model je.Setakat buat catwalk, jadi model magazine macam tu je. Itu pun ayah nak mengamuk sakan. Dia kata better kalau Aila jadi cikgu tadika kat kampung lebih baik. Mula-mula ibu pun sama macam ayah, tak setuju, tapi bila Aila dah pujuk macam-macam barulah ibu setuju. Alah, ayah tu sebenarnya tak nak bagi Aila hidup senang.” Arisya yang mendengar terkedu.

     Tak sangka Suhaila sanggup bertindak sampai macam tu sekali. Ya, dia tahu yang Suhaila memang minat pada bidang fashion. Tapi mungkin ada sebab yang menyebabkan Pak Samad menentang keputusan gadis tersebut. Bagi Pak Samad, dia tidak berapa gemar kalau anak-anaknya berpakaian yang terlalu mendedahkan aurat.

     “ Tak baik Aila kata ayah macam tu. Ayah tu kalau boleh dia nak semua anak dia hidup senang. Tapi dalam cara yang diredhai oleh tuhan. Mungkin itu maksud ayah.” Nasihat Arisya dengan tenang. Suhaila mencebik.

      “ Apa-apa jelah. Ingat kerja ni senang ke? Banyak saingan tau. Bukan senang kita nak dapat offer iklan or jadi model cover magazine tau. Susah tahu tak. Aila usaha kuat untuk berjaya. Ini pilihan Aila. Aila nak buktikan kat semua orang yang Aila ada bakat, Aila mampu untuk jadi terkenal suatu hari nanti. Isya tengok jelah nanti.” Luahnya dengan penuh keyakinan. Arisya menggelengkan kepala. Kalau dia bercakap lagi mungkin Suhaila akan bertambah benci padanya. Baginya, baik dia berdiam buat masa sekarang. Sekurang-kurangnya, dia mahu mengambil masa ini untuk menjernihkan semula semua salah faham yang terjadi antara dirinya dan juga Suhaila.



        





               ***********************************************************




           
    Adam duduk di kerusi yang disediakan di dalam bilik mesyuarat kecil itu. Pembantunya, Ilham duduk di sebelahnya. Sementara menanti orang penting di syarikat itu sempat Adam meninjau sekeliling bilik tersebut. Walaupun bilik mesyuarat itu boleh memuatkan tidak lebih dari dua puluh orang, namun baginya cukup selesa dan hiasan dalamannya agak mewah. Maklum sajalah, kali ini dia ada urusan di syarikat yang agak terkenal di Malaysia. Sedang dia kusyuk melihat sekitar, ada seorang lelaki yang masuk ke bilik tersebut diikuti seorang wanita mengikut belakangnya.

        “ Encik Adam, right? Maaf sebab lama menunggu.” Sapa lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Adam segera menyambutnya.

        “ Ye saya, encik…”

        “ Iqram.” Potongnya. Adam mengangguk sambil tersenyum. Kemudian Iqram menyalam pula Ilham.

        “ Silakan duduk Encik Adam. Maaflah saya terlewat sikit. Ada urusan yang tak dapat dielakkan tadi.” Kata Iqram.

        “ Eh, tak mengapa. Saya pun baru je sampai. Tak lama pun tunggu.” Balas Adam.

        “ That’s good. Can we start now?” Ujar Iqram tanpa membuang masa.

    Ilham mengeluarkan pendrive dan mencucuknya ke dalam laptop yang disediakan. Apabila slide show ditayangkan, Adam bangkit dan mula menerangkan segalanya tentang proposal yang dibuatnya kepada Iqram. Kali ini syarikat Pak Ngahnya mahu bergabung dengan dengan syarikat besar tersebut. Oleh itu sejak sebulan yang lepas, Pak Ngahnya meminta Iqram menyediakan satu kertas cadangan yang berpotensi untuk membuatkan Syarikat besar itu setuju dengan cadangannya. Sambil mendengar Adam menerangkan apa yang patut, Iqram sempat juga membaca isi kandungan fail yang diserahkannya sebentar tadi oleh Ilham.

        “ That’s all. So, Encik Iqram, ada apa-apa pendapat atau soalan yang tak jelas ke?” Tanya Adam pada Iqram. Adam berharap dalam hatinya supaya cadangan yang dia bentangkan itu dapat persetujuan dari Iqram.

        “ Saya rasa bagus semuanya. Tentang keuntungan dari pendapat awak tadi, memang menarik perhatian saya. Macam ni lah Encik Adam, saya akan usulkan proposal awak pada lembaga pengarah yang lain dan meminta persetujuan mereka. And if they all agree with it, I will ask my secretary to inform you as soon as possible. Is it okay?” Ujar Iqram dengan senyuman. Adam mengangguk. Ilham menarik nafas lega. Mujur semuanya berjalan dengan lancar.  Linda pula memandang ketuanya, Iqram. Baik pula mood bos dia pagi ni.

         “ Kalau itu sahaja, apa kata kita pergi makan sama-sama dulu.” Pelawa Iqram.

          “ Ya, why not. Perut saya pun dah berbunyi dah ni.” Balas Adam sambil tergelak. Iqram mahu mengajak Adam dan Ilham makan di restoran yang berhampiran, tetapi Adam mencadangkan mahu makan di kafe syarikat itu sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan Iqram yang perlu membawanya keluar dari situ.

         “ Encik Adam memang dah lama ke kerja kat company tu?” Tanya Iqram kemudian menghirup kopinya.

         “ Bolehlah. Takdelah lama sangat.” Balas Adam ringkas. Dia melihat Ilham yang sedang memilih makanan di buffet yang disediakan.

         “ Encik Iqram rasa bajet yang saya usulkan tadi kira berbaloi ke? Bukan apa, saya dah buat research dulu sebelum kemukakan cadangan dan saya rasa walaupun bajet yang diperlukan agak tinggi, tapi memang mencukupi untuk jalankan projek seterusnya.” Celah Adam.

         “ Okay. Saya tak rasa bajet yang awak usulkan tu melampau. By the way Encik Adam, kalau boleh saya tak mahu cakap pasal kerja masa tengah makan. Lagi pun hal kerja semua tu better discuss di bilik meeting kan.” Kata Iqram. Adam tersenyum. Pada masa itu Ilham datang duduk di sebelah Adam.

         “ Maaflah kalau saya buat Encik iqram tak selesa.”

         “ It’s okay. Tak mengapa. Encik Adam ni dah kahwin or still bujang?” Tanyanya, cuba untuk berbual hal selain kerja.

         “ For now, saya dah tunang. Tak lama lagi kahwinlah. Encik Iqram pula?”

         “ Wah, that’s good. Tahniah. Saya ni bujang lagi Encik Adam. Takde siapa pun yang nak. Kalau ada yang saya nak pun, orang tu tak nak kat saya.” Katanya.

         “ Eh, iya ke? Encik Iqram ni hensem apa. Takkan takde orang yang nak. Memilih kot.” Tiba-tiba Ilham menyampuk. Adam yang disebelah menjengilkan matanya pada pembantunya itu. Mulut main lepas je. Kalau Iqram takde kat situ, dah lama di luku budak ni. Iqram yang mendengar ketawa dibuatnya.

         “ Maaflah Encik Iqram, dia ni mulut memang macam ni, selamba je lepas.” Ucap Adam. Ilham tersengih menahan malu. Diteruskan suapan nasi ke dalam mulutnya.

         “ That’s okay. Memang betullah kata Ilham tu. Saya memang memilih. Tapi sekali dah saya pilih perempuan tu, saya takkan give up untuk jadikan orang tu milik saya.” Ujarnya lagi.

       “ That’s great. Baguslah kalau macam tu. Kiranya pendirian Encik Iqram ni tetap. Tak macam budak tu, kejap-kejap tukar awek.” Sempat Adam memerli pembantunya. Ilham tersedak.

       “ Bos ni, tercekik saya tau.” Selamba Ilham membalas. Adam dan Iqram tergelak. Adam memang rapat dengan pembantu dia, jadi tidak hairanlah kalau dia selalu bergurau.

       “ Ha Encik Adam. Kalau buat kenduri kahwin nanti, jangan lupa jemput saya. Teringin juga saya nak tengok bakal isteri Encik Adam nanti. Mesti orangnya lawa kan.” Kata Iqram.

       “ Lawa tu hal lain Encik Iqram. Yang penting saya tengok budi pekerti dia tu. Encik Iqram jangan risau, saya akan jemput Iqram nanti. Semalam umi saya ada bagi saya beberapa keping kad kahwin yang dah siap untuk edar pada kawan-kawan, tapi saya tak bawa pula sekarang ni. Kalau saya bawa tadi, dah lama serah sekarang je.”

       “ Owh ye ke. Takpelah, lain kali pun boleh.” Balas Iqram.

       “ Eh bos. Saya ada kad tu. Bagi kad saya je lah kat Encik Iqram ni. Lagi pun saya boleh ambil kad lain nanti. Alang-alang Encik Iqram dah ada depan mata ni.” Cadang Ilham. Adam memetik jarinya.

       “ Bagus. Bijak pun kau.” Puji Adam. Ilham tersengih bangga. Dia mengeluarkan sampul berisi kad kahwin kepada Iqram.

       “ Encik Iqram nanti datanglah ye. Kampung pengantin perempuan jauh sikit. Tapi encik Iqram boleh datang kenduri kat kl pun takpe.” Kata Adam. Iqram hanya mengangguk dan memegang sampul tersebut tanpa membukanya.

       “ Kalau takde apa-apa lagi, kami minta diri dululah Encik Iqram. Rasa dah lama kat sini. Mesti big boss dah tunggu kat ofis tu. Balik dululah.” Pinta Adam. Ilham segera menghirup baki teh susu yang dipesannya. Mereka bertiga bersalaman.

       Iqram menemankan mereka berdua ke arah lif. Setelah Adam dan Ilham masuk ke dalam lif dan pintu lif ditutup, Iqram segera menekan butang lif yang lain untuk ke tingkat atas pejabatnya.

     Dia meletakkan sampul kad kahwin yang baru diterimanya tadi ke atas meja. Tidak lama kemudian, Linda masuk ke bilik dan menyerahkan fail yang sudah siap ditaip kepadanya. Iqram menghadiahkan senyuman untuk setiausahanya itu. Linda menyambut senyuman dari ketuanya dengan tenang. Bagi Linda, mujur dua tiga hari ini mood Iqram kembali baik semula dan tidak marah-marah selalu.  Setelah menyemak fail yang diserahkan oleh Linda tadi dan berpuas hati dengan semuanya, Iqram meletakkan fail tersebut di dalam laci mejanya.

       Lama dia termenung bila memikirkan tidak ada kerja yang penting untuk dibuat ketika ini. Dia mengambil sampul yang berisi kad yang baru sahaja Adam bagi tadi dan membukanya. Iqram melihat luaran kad tersebut. Dia tersenyum. Tapi bila matanya membaca satu nama, dengupannya terhenti seketika.

        “ Arisya. Tak….tak mungkin. Mungkin Arisya lain.” Katanya seorang diri cuba menyedapkan hatinya.

      Bila dia membuka kad tersebut, dia baca pula nama penuh pengantin perempuan. Melihatkan nama pengantin perempuan berbintikan Samad, dia berhenti membaca. Dia menarik nafas sedalamnya dan teruskan baca di bahagian alamat pula. Alamat yang tentera di bawah benar-benar menyangkal fikirannya. Memang benar itu alamat rumah Pak Samad. Dia arif sangat tentang tempat itu. Mana tidaknya, dulu dia pernah menjadi jiran kepada Pak Samad, jadi dia tahu memang itu tempatnya. Tanpa dia sedar, kad kahwin itu sudah diromokkan. Dia menggegam erat kad tersebut dan mencampaknya ke lantai. Kakinya mula menendang meja dengan kasar. Kepalanya diurut berulang kali. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Adam yang berbual mesra dengannya tadi rupa-rupanya tunang Arisya. Sedang dia bersedih tatkala itu, telefon bimbitnya berbunyi, namun dia malas mengangkatnya. Tak lama kemudian, Linda ketuk pintu bilik pejabatnya dan terus masuk.

          “ Encik Iqram, tadi saya dapat panggilan dari adik encik, Cik Lisa. Dia bagitahu yang Puan Sri Indah jatuh pengsan tadi. Sekarang ni pihak ambulans sedang on the way ke rumah encik.” Cepat-cepat Linda memaklumkan perkara itu pada ketuanya.

     Iqram terkedu. Dia melihat telefon bimbitnya, ada beberapa miss call dari adiknya. Masa itu mula timbul perasaan menyesal dalam dirinya kerana tidak mempedulikan panggilan dari Lisa. Tanpa berlengah lagi, segera dia mencapai kunci kereta dan berlari keluar dari pejabat.











*err, pertemuan x dijangka antara adam dan iqram. apa yg bakal akan berlaku?hehe, keep follow this story k, salam 1 Malaysia =)


  1. Xmo lah iqram kacau hubungan adam ngan alisya.cepat la dia org kawin,x sabar tunggu next n3 ni.redha jelah iqram oi,hihihi....good job:-)

  1. haha....mst ani man geram kan kalo ade yg kaco hbgn adam dengan Arisya...haha...thanz 4 the read n komen, nnt smbung bace next update k =)

  1. salam .. kesian iqram..tapi jodoh pertemuan ditangan tuhan kan..apa apa pun soal hati bisa membuat org sasau.. adakah iqram akan cuba merampas Arisya dari Adam..
    Pada pandangan akak ..Adam dah mulai menyukai Arisya.. dan Arisya pula sudah cuba untuk sayangkan Adam..janganlah pulak si Suhaila pulak buat onarkan..

  1. salam kak ida...hehe, akk memang memahami apa yang sy fikirkan..dlm hal ni, mmg ramai yg kesian kat iqram..hehe, thanz kak bg pendapat n komen..=)

  1. best2... smbng lgi writer..