NILAI KASIHMU (12)


.

EpisoD  12




        Suasana di dalam rumah besar itu diselubungi suram. Ada yang masih meratapi keadaan tersebut dengan tangisan. Ada juga yang sudah dapat menenangkan diri dan banyakkan membaca surah Yassin untuk si jenazah.

     Sesudah urusan kebumikan jenazah selesai dan doa dibacakan, makin ramai yang berundur diri dari tanah perkuburan di situ. Yang hanya tinggal cuma dua insan masih berteleku di sisi kubur orang yang paling mereka sayangi. Setelah bernafas selama lebih enam puluh tahun, akhirnya Allah swt menjemputnya kembali ke sisiNYA.

       Maria dan Arisya melihat sahaja dari jauh. Lama mereka menanti di situ. Dari urusan solat jenazah, mereka sudah tiba di perkarangan rumah Iqram. Arisya tumpang simpati pada dua beranak tersebut. Yang paling parah dia nampak adalah Iqram. Lelaki itu sepatah pun tidak mahu bersuara dengannya dan juga orang lain. Hanya senyuman pahit dilemparkan pada orang ramai.

       “ Arisya…” Sapa Lisa menghampiri mereka. Arisya dan Maria bersalaman dengannya.

       “ Lisa okay tak ni?” Soal Maria kerisauan. Pucat lesi wajah adik Iqram dilihatnya.

       “ I’m okay. Just kurang rehat je. Urm, Arisya, Lisa nak minta tolong. Boleh?”’ Kata gadis itu. Arisya lambat-lambat mengangguk.

        “ Can you talk to my brother. I’m so worried about him. Puas Lisa ajak dia balik. Dia tak nak. Boleh tak Arisya pujuk dia.” Pinta Lisa. Arisya diam tidak membalas, kemudian dialihkan pandangan pada Maria.

        “ Pergilah Isya. Dia mungkin perlukan seseorang untuk bercakap. Pujuk dia elok-elok. Kadang-kadang lelaki ni nampak je kuat, tapi bila melibatkan orang yang disayangi, hati diorang lemah. Pergilah.” Pujuk Maria padanya.

        “ Please Arisya…” Rayu Lisa lagi. Runtun hati Arisya mendengarnya, lantas dia mengangguk.

        “ Err Lisa. Saya rasa better awak balik dulu. Saya tengok awak ni pun dah pucat semacam. Rehat dulu kat rumah.” Cadang Maria.

        “ Urm, betul tu. Pucat sangat pun muka Lisa. Maria, kau temankan Lisa balik dulu. Aku pergi slow talk dengan Iqram.” Ujar Arisya pula.

        “ Okay. Nah, kunci kereta. Aku tunggu kat rumah diorang ye. Come Lisa, let’s go home. You need to take care of yourself.” Ajaknya. Sambil itu kunci kereta miliknya diserahkan pada Arisya. Lisa mengikut Maria tanpa banyak kata lagi. Sempat dia berpandangan dengan Arisya supaya dapat memujuk abangnya balik.

       Lambat-lambat Arisya berjalan ke arah kubur Puan Sri Indah. Kelihatan Iqram memegang tanah yang masih merah itu dengan perasaan sedih yang amat. Lama Arisya berdiri di belakangnya. Dia jadi sayu melihat Iqram sebegitu. Iqram yang selalu dia nampak adalah seorang lelaki yang kuat, gagah dan tidak mudah putus asa. Tetapi di hadapannya kini bagaikan seorang kanak-kanak yang susah menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang.

         “ Assalamualaikum Iqram…” Sapa Arisya lembut. Iqram menoleh memandangnya, kemudian dihalakan pula kembali ke tanah kubur bondanya. Salam dari Arisya lansung tidak dijawab.

        “ Iqram…” Panggil Arisya. Masih lagi sepi..

        “ Pergilah balik. Tinggalkan saya sorang-sorang kat sini.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara tanpa memandangnya. Arisya kelu.

        “ Tapi..”

        “ Please Arisya. Leave me alone. Saya memang anak yang berguna! Teruk! Mak sendiri tenat pun sibuk dengan hal lain...”    Luahnya. Tatkala itu terbit air mata lelaki di pipinya.

  
        “ Iqram, tak baik cakap macam tu. Tak elok. Buruk baik kita tuhan yang lebih tahu. Iqram, marilah balik. Arisya risau tengok Iqram macam ni. Please…” Pujuknya.

        “ Awak tak payah nak risaukan saya. Saya ni bukan sesiapa pun untuk awak. Bila saya nak balik saya akan balik. Saya nak temankan mama di sini dulu.” Katanya. Arisya terdiam. Dia dah tahu nak cakap macam mana lagi. Akhirnya dia mula melangkah ke arah kereta milik Maria dan menunggu Iqram di situ.

     Entah berapa lama dia menanti, akhirnya Arisya terlelap. Dia tersedar apabila terdengar bunyi ketukan di cermin tingkap kereta. Dengan keadaan mamai, dia mula menurunkan sedikit cermin. Kelihatan Iqram berdiri di situ memandangnya lama.

         “ Kenapa tidur sini?” Soal lelaki tersebut. Arisya menggosok matanya dan menahan nguap.

         “ Tunggu Iqram. Lisa dah balik dengan Maria. Lagi pun Arisya risau tinggalkan Iqram sorang-sorang kat sini. Kereta Iqram pun Lisa dah bawa balik rumah.” Jawabnya sambil menghadiahkan senyuman. Dia melihat jam tangannya. Terbeliak biji matanya, waktu sudah pun hampir menjelang ke senja. Sedangkan solat asar masih lagi dia tidak tunaikan. Ini bermakna sudah beberapa jam Iqram berteleku di sisi kubur ibunya.

         “ Iqram, masuklah. Arisya hantarkan Iqram balik. Lagi pun Iqram mesti tak solat asar lagi kan. Kejap lagi nak maghrib dah. Tak elok lambatkan.” Pujuk Arisya tanpa putus asa.

     Iqram merenung kubur Puan Sri Indah dari jauh. Kemudian dia berpaling semula pada Arisya. Dia mula membuka pintu kereta dan masuk. Arisya mula memandu kereta itu keluar dari kawasan perkuburan. Di dalam kereta masing-masing diam, sepi tanpa kata. Hampir separuh perjalanan, barulah Iqram berani memandang Arisya di sebelah. Wajah gadis yang tenang itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya berasa terpujuk.

          “ Lagi seminggu je kan…” Tiba-tiba terluah kata dari bibir Iqram. Arisya sempat menoleh seketika padanya, kemudian kembali menumpukan perhatian ke jalan raya.

          “ Seminggu apa?” Soal Arisya pelik.

          “ Arisya sah jadi isteri orang.” Ringkas Iqram menjawab. Arisya terkedu.

          “ You happy with your choice?” Iqram menyoal. Arisya menelan air liurnya, kemudian lambat-lambat mengangguk.

          “ That’s good. Kalau Arisya bahagia, I’m also happy with that. Lucky him..”Kata Iqram sambil memandang ke luar. Arisya masih lagi diam. Dia berasa kurang selesa soal itu dibangkitkan.

           Sesudah sampai betul-betul di depan rumah Iqram, lelaki itu menanggalkan tali pinggang keledarnya. Namun, sebelum dia keluar dia sempat berpandangan dengan Arisya.

        “ Awak tahu apa hajat mama saya sebelum dia pergi?” Tanyanya. Arisya tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang Iqram.

        “ Dia berharap supaya anak sulung dia berkahwin. Dia nak sangat tengok saya bernikah dengan pilihan hati saya. Tapi yang saya kesal, saya tak mampu nak tunaikan hajat dia.” Luahnya. Serentak itu timbul rasa bersalah di dalam diri Arisya.Seolah-olah dia terasa bagaikan ada jarum yang menusuk ke dadanya.

        “ Iqram, Arisya minta maaf sekali lagi. I’m so sorry. Ini ketentuan tuhan, sebanyak mana kita merancang, tuhan yang menentukan.” Balasnya lemah. Air mata sudah mula bertakung di matanya. Iqram yang melihat mula tersedar.

        “ Please Arisya. Don’t cry. Bukan salah awak. Memang betul pun, sekuat mana kita rancang, keputusannya di tangan tuhan. Saya terlalu mengejar duniawi sehinggakan perkara yang asas tu pun saya lalai. Apa pun saya doakan yang terbaik untuk awak. Do me a favour, can you?” Katanya.  Sekali lagi Arisya tidak menjawab, sebaliknya menanti Iqram berkata lagi.

        “ Berbahagialah dengan kehidupan Arisya nanti di samping suami. Kalau ada masalah, jangan cepat give up. Kalau Arisya bahagia, sekurang-kurangnya Iqram tahu Arisya tenang dalam jalani kehidupan. Dan Iqram minta maaf sebab selama ini Iqram mengganggu Arisya. But I’m promise, I will never do that again. Sorry..” Luahnya. Lambat-lambat Arisya membalas permintannya dengan anggukan dan senyuman. Iqram yang melihat senyuman Arisya mula tersenyum kecil. Iqram segera keluar dari kereta.

       “ Iqram…” Sempat Arisya memanggil nama lelaki tersebut. Iqram menoleh.

       “ Thank you so much. I hope someday, you will find someone which is more better than me.” Ucapnya.

        “ Thank you to you too..” Balasnya ringkas…





         ***********************************************************

       

       “ Do you really have to go back there?” Soal lelaki yang selamba duduk di kusyen rumahnya. Suhaila menjeling tajam lelaki lelaki tersebut.

       “ Nak tak nak I kena balik. My sister getting married after next day. So, I terpaksa tolak pelawaan you tu.” Balasnya. Jimmy mengeluh kasar.

       “ Kalau you tak balik sana sekali pun adik you tu tetap kahwin.” Kata Jimmy. Suhaila yang sedang mengacau air necafe untuk dihidangkan pada Jimmy mula membaling sudu ke dalam sinki dengan kasar. Bengang dia bila Jimmy berkata begitu.

        “ I kena balik okay! She is my sister. After all, dia banyak dah tolong I dulu.” Ujarnya pula. Cawan itu dibawa ke bawa depan dan dihidangkan ke atas meja. Dia duduk di sebelah Jimmy dan mengambil majalah dan menyelak satu persatu helaian muka surat.

         “ Memanglah you ada cerita dia banyak tolong you. Tapi bukan ke you pernah kata you benci dia sebab dialah you tak dapat that man, siapa tu,err..Iqram right?” Sengaja Jimmy membangkitkan soalan yang boleh membuatkan Suhaila naik angin.

          “ Itu dulu! Sekarang I dah okay dengan dia. Lagi pun I rasa lega dia bakal berkahwin dengan lelaki lain. Enough for me kalau dia dah tak berhubung dengan Iqram tu. Lagi pun, I takkan lupakan misi I untuk dapatkan Iqram. Lepas ni siapa yang cuba halang misi I tu, orang tu akan terima padahnya. Even that person is my step sister.” Katanya. Jimmy yang berada di sebelah naik meluat mendengarnya. Sebelah tangannya diletakkan di belakang tempat Suhaila bersandar. Dia mendekati gadis itu.

     “ You know what, I give you everything. You minta tolong I carikan rumah sewa untuk you, but I bagi you duduk free kat apartment ni. Untuk beberapa bulan ni, I bayarkan duit sewa sebab you cakap gaji you tak cukup tinggi. You minta tolong I nak sewa kereta terpakai, but I bagi you pinjam kereta I yang lain. Sekarang ni pun, you dah makin naik jadi model pun disebabkan i. Tak cukup lagi ke untuk I nak buktikan pada you yang I nak you jadi my special one.” Luahnya. Suhaila menutup majalah itu dengan kasar.

       “ I minta tolong you sikit je. But you yang bagi I rumah ni dan kereta secara free. I tak minta okay, you yang baik sangat nak bagi. And now, you mengungkit hanya disebabkan ini semua, I should be your girlfriend? This is really…you!” Balas Suhaila kegeraman. Jimmy memang betul-betul suka mengungkit segalanya.

       “ Okay okay. I’m sorry. I janji I takkan ungkit lagi hal ni. Tapi I jujur, sekurang-kurangnya I berani nyatakan yang I memang sukakan you. Please, jomlah temankan I pergi Kanada for this week. I’m alone there without you. Atleast kalau you ada, kuranglah I rasa sepi kat sana.” Kata Jimmy sambil mula mengusap lembut rambut Suhaila. Gadis itu melepaskan keluhan dan mula memeluk tubuh.

        “ Can’t you leave after my sister’s wedding day?” Tanya Suhaila cuba mengalah. Sekarang, dia mula berasa hidup senang di atas ehsan pertolongan dari Jimmy. Dan dia mula risau masa itu, kalau dia asyik menolak, Jimmy akan menarik semua kesenangan yang dia ada ketika ini. Sekurang-kurangnya dia perlu bersabar sampailah dia mampu kumpul duit dengan banyak suatu hari nanti. Dan masa itulah dia akan buat keputusan tinggalkan Jimmy.

        “ Urm, kalau I tukar tarikh flight lepas kenduri kahwin adik you tu, you akan setujulah ikut i?” Soal Jimmy sambil sengih sinis. Lambat-lambat Suhaila mengiyakan.

         “ Okay, I’ll try. Tapi pastikan apa yang you dah janji tadi mesti ditunaikan. You tahu kan apa bakal terjadi kalau you mungkir janji. And you pasti dah kenal I sangat kan, I benci orang yang tak tunaikan janji dia. So, make sure, lepas I dah confirm tarikh flight tu, you mesti ada kat airport hari tu juga.” Bisik Jimmy perlahan di hampir di telingan Suhaila. Gadis itu mula menelan air liurnya berulang kali. Terasa kegelisahan waktu Jimmy berkata begitu. Bukan dia tak tahu, dalam sekelip mata, Jimmy boleh hancurkan karier yang mula menjadi impiannya.




         ***********************************************************





    “ Aku terima nikahnya Siti Nur Arisya binti Samad dengan mas kahwin 101.00 ringgit Malaysia tunai.” Ucapnya dengan tenang. Tok kadi dan yang lain-lain mula berpandangan sambil mengangguk.

    “ Sah…sah…” Kata masing-masing. Tangan masing-masing diangkat ke dada dan doa mula dibacakan. Arisya yang duduk bersimpuh di sudut pelamin, mula mengucapkan syukur ke hadrat ilahi di dalam hatinya. Kini dia mula sedar, yang tanggungjawabnya sudah pun bertambah. Dan yang paling penting, dia sudah sah menjadi milik Adam.

     Satu persatu saudara mara dan kawan perempuan yang ada berhampiran disalam dan dipeluk. Tidak lupa juga Puan Yati dan umi. Kemudian dia menyalam ibu tirinya pula. Lama dia memeluk erat wanita tua tersebut. Mulanya Mak Idah rasa tak selesa bila Arisya mahu memeluknya, tetapi entah kenapa bila pelukan Arisya mula kemas ditubuhnya, hati keibuannya mula tersentuh. Spontan tanggannya mengusap lembut kepala Arisya. Gadis itu menghadiahkan senyuman manis untuknya. Tiba giliran Suhaila, dia menggegam erat tangan kakak tirinya. Suhaila senyum padanya sambil mengucapkan tahniah dan kemudian mereka berpelukan.

     Apabila tiba saat dia bersalaman dengan Pak Samad, hatinya mula berasa sayu. Dia mahu menangis namun cepat-cepat Pak Samad memegang kedua-dua belah pipinya. Pak Samad mencium pipi Arisya dengan lembut, kemudian anak gadisnya dipeluk. Dia turut berasa sebak. Mungkin sedih kerana satu-satunya anak kandungnya bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Tanggungjawab itu sudah pun beralih ke tangan menantu sulungnya itu.

     “ Kalaulah ibu masih hidup, mesti dia yang paling bahagia tengok Isya hari ni.” Bisik Pak Samad.

     “ Ayah…” Katanya sayu.

     “ Dah, dah…tak mahu menangis. Habis make up tu nanti. Hari ni Isya bukan lagi di bawah jagaan ayah tau, kena ingat tu. Apa pun, suami diutamakan selepas Allah swt dan juga Rasulullah saw. Ingat ye nak pesan ayah ni…” Pak Samad berkata. Arisya mengangguk, kemudian dia memeluk kembali ayahnya.

    Tiba masa untuk sarung cincin, Adam datang dekat padanya. Arisya dapat melihat Adam terkebil-kebil mahu membuka bekas cincin yang dibagi oleh Syafiq tadi. Syafiq yang melihat mula ketawa kecil. Dia merampas bekas kecil tersebut dan membukanya untuk Adam.

      “ Rilekslah bro. Nampak sangat nervous kau tu.” Sempat Syafiq berbisik sambil tersengih.  Adam membalas dengan pandangan yang tajam. Kemudian dia menarik nafasnya dan mula menyentuh jari jemari Arisya. Dia dapat rasakan kesejukan tangan isterinya itu. Mungkin Arisya juga dapat rasa apa yang dia rasa masa ini.

       Sebaik cincin disarung kemas di jari manis Arisya, Adam memberanikan diri memegang dagu gadis tersebut dan didongakkan sedikit. Kini pandangannya mereka berdua bertemu. Perlahan-lahan Adam menghadiahkan kucupan pertamanya pada dahi Arisya. Dan semasa ciuman itu bertakhta di dahinya, Arisya dapat rasakan jantungnya berdegup dengan laju sekali.


               

                  *********************************************************    





      Adam terasa badannya ditepuk dengan perlahan. Terasa kesejukan jari yang mengejutkannya dari tidur. Dia mengelat sambil berpusing ke arah lain dan kembali tidur semula. Tidak lama kemudian, sekali lagi dia terasa ada tangan yang menyentuh bahunya.

     “ Abang…” Lembut panggilan itu berkumandang di cuping telinganya. Saat itu juga terus mata Adam terbuka. Cepat-cepat dia bangkit dari baringannya dan mula duduk. Dia menoleh ke sebelah. Kelihatan Arisya senyum padanya.

     “ Bangunlah. Azan subuh dah berkumandang tu. Isya dah mandi. Isya tunggu abang, nak solat sama.” Kata gadis itu malu-malu. Adam meraup mukanya. Lama dia termenung fikirkan sesuatu. Dia melihat sekeliling bilik itu. Memang asing…

     Kemudian barulah dia teringat. Saat itu juga automatik dia menepuk dahinya. Arisya yang sedang mengelap rambutnya yang basah itu terkejut melihat reaksi suaminya ketika itu. Hairan dia melihat Adam dari tadi tidak bangkit dari katil.

      “ Err, abang okay?” Tanya Arisya. Adam memandangnya, kemudian dia senyum sambil mengangguk. Dia mengambil tuala yang disangkut dan mula keluar dari bilik tidur tersebut. Di luar bilik dia bersandar pada pintu. Keluhan dilepaskan, kemudian dia menggeleng dan tersenyum seorang diri.

       ‘ Macammana lah pulak aku boleh terlupa yang aku dah kahwin semalam. Adoi kau ni Adam! Bikin malu je..’ Bisiknya di dalam hati sambil terlintas peristiwa semalam di fikirannya. Pak Samad yang kebetulan melintas di depan biliknya menegur.

       “ Ha Adam, baru bangun. Penat sangat ke? Waktu subuh pun dah nak habis ni. Pergi mandi cepat.” Tegur Pak Samad. Adam tersentak, kemudian dia mula tersengih-sengih pada bapa mertuanya itu. Pak Samad melihat Adam segera berlalu ke bilik air, kemudian dia menggelengkan kepala.

        “ Hmm, ada saja menantu aku ni…” Katanya seorang diri, kemudian tersenyum.


    Dari dalam bilik Arisya mula membentangkan sejadah. Setelah pasti rambutnya yang paras pinggang itu sudah mula lembap dari basah, dia mula menyarungkan anak tudung dan telekung. Pada masa itu juga Adam masuk ke bilik. Dia melihat Arisya yang sudah setia menantinya. Bagi Adam, Arisya kelihatan lain sungguh bila bertudung dengan tidak bertudung.

     Bagaikan dia terjumpa Arisya yang baru pada malam semalam. Sebaik Arisya membuka tudungnya semalam, terserlah rambutnya yang lurus lembut itu membuatkan Adam beberapa kali menelan air liurnya. Ternganga dia melihat Arisya yang begitu cantik ketika itu. Pada masa itulah, dia mula rasa bangga menjadi suami Arisya, kerana dia tahu, Arisya cuma akan serlahkan kecantikannya hanya untuk dirinya dan bukan untuk tatapan lelaki lain.Selesai solat subuh dan doa dibacakan, Arisya datang hampir pada Adam. Dia menyalam tangan suaminya dan dikucup lama tangan lelaki itu. Lembut hati Adam rasa bila Arisya mencium tangganya.

      Ketika Arisya sudah bangun dan melipatkan telekungnya, tiba-tiba dia terasa lehernya tersarung sesuatu. Dia memusingkan badannya. Ketika itu, jaraknya berhadapan dengan Adam sungguh dekat sehinggakan dia dapat rasa hembusan nafas lelaki itu. Dia mendongak memandang Adam yang agak tinggi itu sambil menyentuh rantai yang baru saja tersarung di lehernya.

         “ Our wedding gift. Sorry baru bagi. Sebab semalam abang terlupa.” Kata Adam. Arisya tak lepas menyentuh rantainya dan juga loket yang tergantung di tengah rantai emas putih tersebut. Tentera perkataan double ‘A’ yang terletak di dalam bentuk berbentuk love.  Dia kembali memandang Adam. Lelaki itu mula mengusap belakang lehernya, mungkin menahan malu di dalam hati sebab pertama kali buat begitu pada perempuan. Saat itu, Arisya mengukirkan senyuman indah dan terus memeluk erat pinggang suaminya.

          “ Thank you so much!” Ucapnya. Adam terkedu. Tak sangka Arisya tiba-tiba memeluknya tanpa dia sedar tadi. Dengan spontan, tanggannya menyambut pelukan isterinya dengan erat.  Malu pun malulah, janji dia bahagia dengan respon dari Arisya.








*ahhhh, malunya masa taip babak kahwin ni! Haha, sambil tu sempat berangan kejap. Kui3, konon-konon tak sabar pula nak kahwin, padahal calon pun takde lagi. Duit pun ciput je, nak kawen pebendanya.haha..Hampeh betul Sahara ni kan, imaginasi tinggi betul. Hahahaha, apa pun enjoy baca ye..owh ye, Sahara pun ada juga post cerpen baru. Tajuknya ' Dia & Aku'... Jenguk2 tau!hehe =)

        



  1. salam dik..

    kesian Iqram..Yg hidup pasti mati dan yg pasti kita akan menyesurinya kemudian..dan pemergian ibunda tersayang amat dikesali kerana permintaan terakhir arwah ibunya untuk melihat dia berkahwen tidak kesampaian..ketentuan allah..tak ada siapa yg dapat mempertikaikannya..kan..

    Akak merasa lega..bila Irqam dapat menerima yg Arisya bukan untuk dirinya dan mendoakan kebahgian Arisya..

    Akak terkejut juga bila Suhaila dapat menerima Arisya dan adik iparnya dan sanggup menolak untuk mengikuti Jimmy ke Kanada kerana mahu menghadirkan diri untuk perkawenan adiknya..seperti sudah tiada persengketaan diantara mereka dan begitu juga dengan ibu tirinya..mmg diluar jangkaan akak ..

    Ijab dan Qabul telah dilafazkan oleh Adam dan Arisya telah menjadi tanggungjawabnya kini dan satu perjalanan yg baru untuk mereka tempuh dan mencorakkan masa depan mereka..kan.. dan akak merasa begitu terharu dan lega bila Arisya dapat menerima Adam dengan sepenuh jiwa dan raganya..percintaan selepas perkawenan ada manisnya ..

  1. best gila gila best....
    haha
    smbng cpt skit writer sbb hmpir trlpa dah jlan cita ni mcm mna.. hakhak

  1. salam kak ida...hehe, betul 2, brcinte lepas kawen lebih manis..hehe

    ruunna qizbal, haha,thank you...i will continue it.. =)

  1. Selamat pengantin baru adam ngan alisya,best3,nak lg semestinya....malu pun malulah janji bahagia,u rock la adam,so sweet:-)thumbs up tuk n3 ni;-)