SeMaNis RaSa CinTa...2


.




PART 02





           Kotak yang berisi buku dan majalah itu dibuka. Sarah membantu mengeluarkan beberapa buah buku dari kotak tersebut dan disusun kemas ke dalam rak yang disediakan. Manakala cadar katil pula dipasang oleh Julie.  Crystal pula mengelap meja belajar yang sudah berhabuk itu dengan menggunakan kain basah.

       “ Takpe ke Crystal awak duduk bilik sorang-sorang ni?” Tanya Sarah sambil mengemaskan baki buku yang ada di dalam kotak.

        “ Eh takpe. Saya okay je. Bagus juga kalau duduk sorang ni. Senang nak fokus belajar. Oh ye Julie, dalam akademi ni kan, ada berapa bahagian jurusan ye?” Tanya Crystal ingin tahu. Julie duduk di atas katil dan memandang ke arah Crystal. Dia seolah-olah berfikir sejenak sebelum menjawab persoalan itu.

        “ Semuanya ada tiga. Macam bidang kita ni, bakery dan pastry, kemudian ada jurusan fashion, yang ketiga bidang muzik. Antara tiga jurusan tu, semuanya ada subjek perniagaan. Awak tahulah kan, semua yang belajar di akademi ni kebayakan orang yang berasal dari keluarga yang kaya raya. Jadi asas perniagaan adalah wajib semua belajar. Dan yang paling penting, subjek tulah saya tak gemar. Huh!..” Jelasnya. Sarah yang mendengar ketawa kecil. Dia tahu, walaupun Julie tak suka belajar tentang perniaagaan, tapi bila tiba sahaja ujian, Julie mampu memperolehi markah yang agak membanggakan.

         “ Err, yeke? Macam susah je. Hmm…” Luah Crystal. Dia risau kalau dia tak dapat kejar semuanya dalam masa yang singkat. Sarah datang menghampiri Crystal dan menepuk bahu temannya dengan perlahan.

          “ Awak janganlah risau. Awak boleh punyalah Crystal. Cuma awak kena usaha lebih sikitlah kalau nak kejar semua subjek yang dah ketinggalan. Kami berdua akan bantu apa yang patut nanti. Ha, saya ada juga terfikirkan hal ni, awak beriya masuk jurusan bakeri ni mesti awak dah mahir buat segala manisan kan? Kalau tak, mustahil Mr. Robert pilih awak.” Katanya. Crystal tersengih malu. Aku mahir? Hahaha….

       “ Saya sebenarnya tak tahu lansung nak buat kek atau dessert yang lain. Serius, saya jujur ni. Yang saya tahu makan je. Hehe…” Jujurnya. Julie dan Sarah yang mendengar ternganga. Parah kalau macam ni.

       “ Crystal, awak tahu tak, kalau awak macam ni, masa ujian nanti awak boleh gagal tahu tak. Dahlah ujian awal tahun akan diadakan tiga minggu lagi. Takkan asas dalam buat manisan awak tak tahu lansung?” Sergah Julie. Crystal masih lagi senyum-senyum kambing. Malu ditegur sampai begitu sekali.

       “ Urm, kalau setakat buat benda-benda asas macam kek butter, kek coklat tu saya bolehlah sikit-sikit. Tambahan pula saya baru je belajar dengan pak cik saya sebulan yang lepas. Dia sempat ajar saya buat dua kek tu lah. Lepas tu saya ada belajar buat penkek dan beberapa jenis roti. Yang lain saya tak tahu…huhu.” Luahnya. Sarah yang mendengar mengeluh.

        “ Hmm, takpelah Crystal, sekurang-kurangnya awak dah tahu cara nak menggunakan oven bukan? Awak tahu, bila je awak masuk ke bilik masakan, semuanya awak kena usaha sendiri tau. Masing-masing akan sibuk masa tu dan takkan ada seorang pun yang akan bantu awak untuk mengajar benda asas. Sebab benda-benda basic semuanya kami dah belajar masa tahun satu. Sekarang ni kita dah masuk tahun ke-dua dah pun. Semuanya bergantung pada awak sendiri nanti. Risau pula saya bila fikirkan kelas petang esok. Awak tahu kan, esok petang lepas kelas sains, kita ada kelas masakan dengan chef Linda? Dia tu dah lah tegas.” Ujar Sarah. Crystal menelan air liurnya bila mendengar apa yang diterangkan oleh sahabatnya itu. Nampaknya dia memang tak buat persiapan yang rapi untuk masuk ke akademi ni.

        “ Habislah saya kalau macam ni.  Nampaknya tak sampai sebulan nanti, saya dah kena keluar dari akademi ni.” Crystal meluahkan rasa risaunya. Julie datang hampir pada gadis itu dan duduk disebelahnya. Sebelah tangan gadis itu digenggam erat.

        “ Awak janganlah cepat putus asa. Belum cuba belum tahu bukan. Hmm, saya ada idea. Kitorang berdua boleh bantu awak Crystal.” Cadangnya. Bersinar mata Crystal bila Julie berkata begitu.

        “ Kita nak tolong macam mana wei?” Tanya Sarah pada Julie.

        “ Kelmarin masa aku masuk pejabat chef Linda, aku ada terbaca jadual pembelajaran dia. Bukan aku sengaja nak baca ek, tapi dah kertas tu depan mata aku.  Aku ingat lagi, untuk kelas dia esok, dia nak suruh kita buat resipi creepe.”

        “ Crepe? Celah Sarah.

        “ Yup, crepe. Mille crepe. Crepe yang berlapis dengan krim kastard tu. .”Balas Julie dan Crystal pula mula mencelah.

         “ Tunggu kejap. Creepe? Okay, saya tahulah bentuk creepe tu macam mana. Rasa dia pun teramatlah sedap.  Tapi untuk pengetahuan awak berdua, saya lansung tak reti nak buat creepe tu. Jangankan kata inti dia, tepung untuk adunan tu pun saya tak tahu lansung nak pakai yang mana.” Luahnya lagi. Julie yang mendengar tersengih.

          “ Awak ni pun kan Crystal, risau sangatlah. Rilekslah sikit. Esok dalam kelas kita belajar okay, bukannya ujian. Dah tentulah chef Linda akan bagi kita tengok senarai bahan yang diperlukan. Apa yang saya pasti esok chef Linda nak tengok semua pelajar dia hasilkan creepe berlapis. Itu yang saya ingatlah apa yang dibaca pada jadual tu. Dan disebabkan itu jugalah, mulai petang ni, lepas je kita semua habis kemas apa yang patut, saya nak awak, Crystal, ikut kami berdua ke bilik bakery. Malam ni kita akan praktis macammana nak buat adunan creepe yang enak dan juga saya akan ajar awak untuk bezakan bermacam-macam jenis tepung yang bakal digunakan untuk sesi pembelajaran nanti. Okay?” Jelas Julie dengan penuh semangat.

     Crystal membalas dengan anggukan. Sejenak kemudian, dia berfikir sesuatu. “ Err, kita buat creepe tu kena pakai oven ke?” Tanyanya. Mendengarkan soalan dari Crystal, Julie dan Sarah menepuk dahi mereka dengan serentak. Dah memang tahap kritikal budak ni.

           “ Sayangku Crystal, kita buat creepe tak pakai oven. Kita cuma gunakan kuali leper dan dimasak di atas dapur. Hmm, tak boleh jadi ni, baik cepat kemaskan bilik ni. Banyak nak kena ajar budak ni.” Kata Julie. Crystal senyum malu. Aduh, manalah aku nak tahu…

      Walau apa pun, Crystal dah tak sabar nak belajar buat semua tu nanti. Sarah yang melihat gelagat dua rakannya itu tergelak kecil. Kelakar pula dia tengok rupa dua temannya itu yang penuh semangat. Crystal bangun dari duduk dan menuju ke tingkap. Wajahnya didongak ke langit memandang awan nan biru sambil mengukirkan senyuman lega. Lega kerana dia dapat berjumpa teman sebaik Julie dan Sarah.

     ‘ Nenek, Crystal pasti akan belajar bersungguh-sungguh untuk jadi pastrier yang hebat suatu hari nanti. Crystal dah tahu apa cita-cita Crystal. Crystal nak jadi patissier macam nenek yang mahir dalam buat manisan yang sedap dan enak. Crystal nak orang yang merasa manisan yang Crystal buat nanti boleh tersenyum dan suka dengan hasil kerja Crystal. Crystal janji semua tu. Dan apa pun lepas ni halangan yang datang, Crystal takkan mudah mengalah! Itu janji Crystal nek!’ Luahnya di dalam hati seolah-olah arwah neneknya dapat mendengar. Ya, itu azam yang dia telah sematkan mulai saat ini. Walaupun nenek dah lama meninggal dunia, namun harapan yang dia cipta itu seakan azam dan janji yang telah diikrar bersama nenek tersayang. Crystal tersenyum puas….

          

                 *******************************************************


     
      Satu persatu fail yang bertimbun di atas mejanya disemak. Walaupun setiap hari banyak tugas yang menantinya, namun dia hadapi tanggungjawabnya sebagai waris utama dari syarikat Sir Qryst dengan begitu amanah. Ketika itu juga, seorang wanita yang berpakaian kemas formal pejabat datang masuk ke biliknya.

   “ Tuan, Sir Qryst mahu berjumpa dengan tuan.” Kata pembantu peribadinya. Belum sempat Robert mahu membalas, ketika itu datuknya Sir Qryst selamba masuk ke dalam bilik pejabat cucu tunggalnya itu dan duduk di atas sofa . Robert hanya mampu tersenyum bila melihat perihal datuknya yang satu itu.

   “ Datuk apa khabar?” Tanyanya sambil berjalan ke sudut sofa di dalam pejabatnya.

   “ Datuk okay je. Datuk takde banyak masa ni. Datuk datang sini cuma nak tahu pasal perkara sebenar. Baik kamu jujur dengan Datuk.”

   “ Pasal apa ni tuk?” Balas Robert dengan nada berpura-pura. Sedangkan dia sudah tahu yang datuknya pasti sudah dengar khabar angin dari orang lain.

      “ Jangan kamu buat-buat tak tahu pula. Kenapa kamu masuk campur dalam urusan lembaga akademi Triniston? Kamu tahu kan, generasi kita dah lama lepas tangan dalam apa-apa hal sekali pun berkenaan dengan akademi tu. Tapi kenapa kamu buat macam tu? Dan datuk juga ada dengar yang kamu cuba biayai biasiswa untuk seorang pelajar di akademi tu. Siapa budak tu?” Tanya Sir Qrsyt dengan nada yang tak puas hati. Robert tidak mudah tersentak dengan amarah datuknya itu, sebaliknya dia mampu lagi berlagak dengan tenang.

       “ Datuk, cuba bawa bertenang. Saya ada sebab untuk buat semua tu.” Balasnya sambil tersenyum. Sir Qryst cuba menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan.

    Dia perhatikan cucu tunggalnya itu. Dengan memiliki wajah yang kacak, tinggi lampai, bijak dan aktif, saling tak tumpah seperti dirinya ketika muda dahulu. Namun beza dia dengan cucunya itu cuma satu. Pemikiran cucu lelakinya itu melangkaui batas pemikirannya. Dia tidak boleh mengagak apa yang sering difikirkan anak muda tersebut. Sejak dari kecil lagi Robert sudah dididik dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menjadi seorang bangsawan dan usahawan yang berjaya sepertinya.

       “ Baiklah. Cuba kamu jelaskan pada Datuk. Apa sebab kamu buat semua tu?” Arah Sir Qryst. Matanya betul-betul bertentang dengan mata Robert.

       “ Saya terpaksa masuk campur dalam urusan lembaga akademi tu. Sebabnya cuma satu je tuk. Saya nak budak yang saya taja biasiswa tu dapat belajar dengan sempurna di akademi tu. Kalau saya tak campur tangan, susahlah budak tu nak masuk ke sana. Itu je.” Jelasnya ringkas. Namun cukup buat datuknya keliru. Melihatkan dahi datuknya mula berkerut, Robert ketawa kecil.

       “ Kenapa kamu beriya-iya nak budak tu belajar kat sana? Apa yang istimewanya budak tu sampaikan kamu perlu buat sampai macam tu sekali?” Tanya Sir Qryst ingin tahu.

        “ Urm, datuk boleh katakan dia tu seorang yang istimewa. Saya ada sebab untuk pilih dia tuk. Sebabnya saya nak dia jadi anak didik saya suatu hari nanti.” Balasnya. Bila Sir Qrsyt memandangnya dengan pandangan yang tajam, Robert mula menyambung lagi.

        “ Datuk pasti ingat pada Tarry Marryson bukan?” Soal Robert pula.

       “ Mestilah datuk ingat. Mustahil datuk boleh lupa pada cinta pertama datuk dulu. Tapi…tunggu sekejap, jangan kata budak tu adalah waris Tarry?” Duga datuknya. Dan ketika itu Robert hanya mengangguk sambil menghadiahkan senyuman yang cukup bermakna.
    
       “ Jadi kamu dah jumpa cucu dia? Betul ke?” Bersungguh datuknya ingin tahu.

       “ Yup. Memang saya dah jumpa. Dan dialah orangnya yang saya pilih. Bukan ke itu hasrat datuk untuk mencari waris Tarry kan. Kiranya hasrat datuk tu sudah pun saya capai.” Katanya dengan nada bangga. Sir Qrsyt mula bangun dan berjalan ke tingkap pejabat cucunya itu. Sambil memandang ke luar, senyuman mula terukir di bibirnya. Tak sangka hasratnya yang lama dipendam sudah pun dilaksanakan oleh cucu kesayangannya itu.

       “ Jadi, bagaimana dengan orangnya? Adakah dia memiliki kemahiran seperti Tarry?”

       “ Buat masa ni saya tak tahu lagi datuk. Tapi saya sedang usahakan. Sebab tu saya mahu dia mendapat pendidikan di akademi tu seperti mana neneknya belajar di sana. Tapi dari pemerhatian saya, dia mewarisi kelebihan seperti Puan Tarry. Seperti mana yang datuk pernah ceritakan pada saya dulu. Puan Tarry memiliki kelebihan deria rasa dan bau dengan cukup baik. Jadi, begitu juga dengan Crystal.”

       “ Iye ke? Jadi nama budak tu Crystal? Cukup cantik namanya.” Puji datuknya dengan perlahan namun cukup didengari oleh Robert.

       “ Kenapa kamu tak bagitahu datuk hal ini awal-awal lagi? Kalau datuk tahu, pasti datuk akan usahakan sesuatu. Jadi takdelah mengganggu urusan kamu bekerja. Kamu sudah cukup sibuk uruskan hal syarikat dan juga cawangan restoran di beberapa buah negara.” Kata Sir Qrsyt lagi. Robert bangun dan berjalan ke arah datuknya.

       “ Tak mengapa tuk. Lagi pun saya ingat nak buat kejutan untuk datuk. Tapi apa boleh buat, khabar angin memang cepat tersebar. Harapan saya cuma satu jelah tuk. Saya nak Crystal jadi seorang pakar dalam bidang pastry. Bila dia dah capai tahap tu, bolehlah saya teruskan impian datuk dulu. Saya nak dia bantu saya untuk uruskan beberapa cawangan restoran milik kita tu dan juga saya nak dia terlibat dalam projek yang bakal saya laksanakan tiga tahun lagi. Bukankah impian datuk dulu mahu Puan Tarry bekerjasama dengan atuk? Tapi takdir menyebabkan Puan Tarry memilih jalan lain.” Luahnya. Datuknya menoleh memandang ke sebelah. Dia menepuk bahu cucu tunggalnya itu.

        “ Kamu memang cucu yang baik. Ye, memang benar impian datuk mahu menjalankan perniagaan ni bersama dengan orang yang tersayang. Tambahan pula Tarry memiliki bakat yang jarang orang lain ada. Sebab itu datuk pilih dia. Tapi jodohnya dengan orang biasa. Siapa sangka, seorang pembuat roti di kedai kecil di Kota Berrighd adalah pilihan hatinya dan bukan datuk. Datuk memang kecewa yang amat. Tapi disebabkan kamulah Robert, hati yang terluka ni mungkin akan pulih kembali. Kamu jangan lepaskan Crystal tu. Walau apa pun berlaku, datuk nak kamu laksanakan impian tu. Boleh kan?” Sir Cryst bercakap dengan penuh makna.

     Robert hanya mengangguk setuju dengan permintaan datuknya. Mula-mula dulu, dia memang ragu-ragu untuk teruskan hasrat datuknya. Namun bila dia sendiri sudah berjumpa dengan Crystal, dia kini yakin dengan apa yang dimaksudkan oleh datuknya itu.

 

          *********************************************************



Contoh gambar mille crepe. Hasil gambar dari eatlah.blogspot.com
dan juga geoblog.feedgeorge.com.


     “ Baiklah, hari ni kelas kita seperti biasa. Saya mahu kamu semua cuba buat mille crepe. Seperti yang kamu maklum, resipi ni asalnya dari Kota Perancis. Resipinya saya dah tulis di papan putih ni. Resipi yang saya tulis ni cumalah yang resipi asal. Untuk sebarang pengubahsuaian atau tambahan yang kamu nak buat bergantung pada kreativiti kamu sendiri. Dan markah akan diberi dari segi rasa, kreativiti, dan juga hasil crepe yang dipersembahkan. Kamu semua boleh buat di tempat masing-masing. Seperti biasa, kalau boleh saya nak, cuma ada tiga orang je yang buat kerja di satu tempat. Kamu pelajar baru?” Tanya Chef Linda pada gadis yang berdiri di belakang sekali. Crystal cepat-cepat mengangguk.

       “ Hmm, siapa yang tak cukup ahli kumpulan?” Tanya chef itu pada semua anak muridnya di situ. Ketika itu ada seorang pelajar lelaki berambut hitam mengangkat tangannya.

       “ Saya nak Crystal masuk kumpulan saya chef.” Katanya. Semua yang berada di situ mula berbisik sesama sendiri. Tak kurang juga yang mula jeling tajam padanya. Crystal dah mula tak sedap hati lagi.

     ‘ Dah sudah, apa pula aku dah buat sampaikan semua pelajar perempuan mula pandang aku semacam ni? Takkanlah sebab budak lelaki tu pilih aku join kumpulan dia je penyebab diorang semua mula jeling aku sampai macam tu sekali? Aduh….’ Bisik hatinya. Sarah dan Julie sudah mula senyum bila pelajar lelaki itu memilih Crystal.

      Ketika itu juga, seorang pelajar lelaki yang lain mendekati pelajar yang bagi cadangan tadi.

        “ Daniel! Apa kau buat ni? Kau nak budak baru tu dalam kumpulan kita?” Marahnya. Daniel tersengih pada ahli kumpulannya itu.

        “ Rilekslah Sam. Lagipun ahli kumpulan kita kan tak cukup. Tambah pula, Wong dah lama berhenti dari akademi ni. Dari awal tahun, kumpulan kita cuma berdua je sejak Wong dah keluar. Inilah masanya untuk kita recruit budak baru tu.”

        “ Ho ho….kau tahu kan setiap ahli kumpulan yang terlibat akan mempengaruhi markah prestasi kumpulan. Jadi kita tak tahu lagi tahap budak baru tu. Entah dia tu mahir ke tak? Kita tak tahu kan. Dibuatnya dia tu teruk dalam baking, habis kita Daniel. Kau tahu kan markah kumpulan kita paling tinggi dalam kelas ni. Aku tak nak pula nanti sebab budak baru tu, dia jejaskan markah kumpulan kita.” Samuel memberi alasan. Daniel yang mendengar cuba berlagak tenang.

         “ Sam, dengar ni. Aku nak dia masuk kumpulan kita sebab nak tengok kemampuan dia. Selagi tak cuba kita tak tahu kan. Jadi, mulai sekarang, kau cuba bertenang okay.” Balasnya selamba dan mula berjalan ke arah Crystal.

         “ Kamu Samuel, setuju tak dengan pilihan Daniel untuk masukkan Crystal dalam kumpulan kamu?” Tanya Chef Linda. Sam melepaskan keluhan dan hanya mengangguk lemah. Dia melihat ke arah temannya, Daniel berborak dengan pelajar baru tersebut.

           “ Saya Daniel dan yang tengah pandang kita dengan pandangan tak puas hati tu Samuel. Boleh panggil dia Sam je. Mulai hari ni, awak akan jadi ahli kumpulan kami. Semoga kita boleh bekerjasama nanti.” Kata Daniel sambil menghulurkan salam perkenalan. Teragak-agak Crystal mahu menyambutnya. Tambahan pula bila dia pandang Samuel yang melihatnya seperti mahu cari gaduh. Apa kena dengan mamat tu?

      Bila Chef Linda mula mengarahkan mereka semua mengambil bahan untuk mula memasak, Daniel mula meminta diri. Ketika itu, Sarah dan Julie datang hampir pada Crystal.  

       “ Crystal, awak bertuah tau sebab Daniel pilih awak.” Bisik Julie perlahan di sebelah Crystal.

        “ Hah? Apa yang bertuahnya? Lagi satu, kenapa semua pelajar perempuan dalam kelas ni macam tak puas hati je dengan saya? Saya ada buat silap ke?” Tanya Crystal ingin tahu. Sarah menepuk bahu Crystal dengan perlahan.

         “ Awak pedulikan jelah dengan diorang semua tu. Mereka semua tu cemburu pasal Daniel pilih awak. Kalau awak nak tahu, Daniel dan Samuel tu pelajar terbaik di akademi ni. Tambahan pula dua-dua ada rupa yang kacak. Sebab tu semua orang jeles dengan awak.” Jelas Sarah. Crystal terlopong.

          ‘Ah, sudah! Tak pasal-pasal sebab si Daniel tu, aku dah jadi target anti dari semua pelajar perempuan di dalam kelas ni. Apa ke malang sangat nasib aku ni? Dahlah hari pertama aku masuk akademi ni, si Amanda dah cop aku jadi musuh dia, sekarang ni makin bertambah pula orang nak jadi musuh aku. Huh!’ Rungutnya dalam hati.  

         “ Hoi, boleh tak kau jangan buang masa untuk mengelamun. Cepatlah tolong ambil bahan.” Sergah Samuel dari belakangnya. Terkejut Crystal dibuatnya. Sempat dia jeling tajam pada Samuel. Lelaki tu pula tak nak mengalah dan balas pandangan dari Crystal.

         ‘ Eh budak baru ni, nak je aku cepuk. Nasib baik Daniel yang pilih kau. Kalau aku, memang takkan terima kau. Tapi sebab Daniel kawan baik aku, aku mengalah je.’ Bisik hati si Samuel. Ketika itu juga, Crystal segera bahagian tepung dan mula mencari tepung yang sesuai. Dia melihat sekitarnya. Semua sudah mula membuat tugas masing-masing. Walaupun tugasan kali ni dalam kumpulan, namun masing-masing tahu menguruskan bahagian kerja mereka.

         “ Hmm, bahan nak buat mille crepe?” Dia mula mengingati semula apa yang telah diajar oleh Julie dan Sarah petang semalam.

         “ Tak silap aku semalam Julie kata pakai tepung kek pun boleh. Hmm, lagi apa ye? Hah, telur!”

         “ Telur aku dah ambil dah. Kau pergi ambil susu dalam peti tu.” Tiba-tiba ada suara yang bercakap di sebelahnya. Bila dia berpaling, dia melihat Samuel mula berlalu dari situ.

         “ Cet, suka sangat sergah aku macam tu. Mujur jantung aku ni tak lemah.” Bebelnya dengan perlahan. Walaupun dia masih tak puas hati dengan tindakan Samuel tadi, dia tetap mengikut kehendak lelaki itu. Segera dia mengambil susu kotak dan membawanya ke tempat di mana ahli kumpulannya memasak.

         “ Kau nak aku buat adunan dia ke Daniel?” Tanya Samuel pada teman baiknya itu. Daniel cepat-cepat menggelengkan kepala.

         “ Kali ni tugasan tu aku nak Crystal yang buat. Crystal boleh kan bancuhkan adunan.” Arah Daniel. Crystal tersentak. Cepat-cepat dia mengangguk.

    Dari gerak geri lelaki itu, kini fahamlah Crystal bahawa Daniel merupakan ketua kumpulannya. Dia mengambil mangkuk dan mula membuat adunan crepe. Apa yang diajar semalam oleh Julie dan Sarah masih segar diingatannya. Mujur dia ni jenis cepat belajar. Cuma malas je kena ubah.

        Samuel merengus. Dia mendekati Daniel. “ Selalu aku yang buat, kenapa kau suruh dia? Dibuatnya dia buat tak betul macam mana?” Samuel meluahkan kerisauannya.

           “ Bertenang…dia boleh punya. Kita tengok dulu. Sementara tu, aku nak kau tolong buat krim kastard. Aku nak cairkan coklat. Aku nak hias bentuk coklat tu, kemudian aku nak bekukan dalam bekas sejuk sekejap. ” Balas Daniel.

           “ Kau nak salut dengan coklat ke nanti?” Tanya Samuel tentang pendapat dari Daniel. Daniel hanya mengangguk.

           “ Lepas semua lapisan crepe tu kita dah lapis dengan krim kastard yang kau buat tu, aku salut keseluruhan dengan coklat cair, lepas tu atas crepe tu kita hias dengan buah-buahan. Sambil tu bila coklat hiasan yang aku bekukan nanti,  dah betul-betul cantik bentuknya, kita boleh tambah hiasan tu bersama buah-buahan tu nanti.” Daniel memberikan pendapat.

            “ Untuk hiasan coklat tu kan, aku cadangkan kau pakai coklat putih Daniel. Barulah nampak kontra sikit dengan salutan coklat cair tu nanti.” Cadang Samuel pula. Sambil mereka berdua berbincang, Crsytal memasang telinga untuk mendengar.

      ‘ Wah, boleh tahan juga idea diorang berdua ni. Kalau akulah, aku buat biasa je. Takde pula aku nak terfikir sampai macam tu sekali.’ Pujinya dalam hati. Sambil tu dia menumpukan perhatian mengacau adunannya.

         Tepung kek, susu, kuning telur, gula, garam, dan sedikit butter adalah bahan yang digunakan. Segala kuantiti setiap bahan tersebut dimasukkan dengan betul. Dia perlu pastikan tekstur yang dihasilkan nanti memuaskan hati. Bila diimbas hal petang semalam masa dia belajar buat crepe, ada yang hangus, ada yang tebal, dan ada juga hiasan yang teruk. Bila teringatkan hal itu, dia senyum sendirian. Tapi bila sudah beberapa kali buat kesilapan akhirnya dia berjaya juga hasilkan kepingan crepe yang cantik dan sempurna. Mahu juga dia menangis bila tengok hasil sendiri berjaya dibuat. Tergelak Sarah dan Julie dibuatnya.

         Bila adunan sudah sebati, dia mula tapis adunan tersebut dan diletakkan di dalam sebuah bekas dan ditutup dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais selama 30 minit. Sementara itu, Daniel memintanya mengupas buah kiwi dan strawberry. Bila 30 minit sudah berlalu, dia mula memanaskan kuali leper di atas dapur. Diolesnya sedikit minyak pada kuali tersebut sebelum dituangkan satu senduk adunan dalam kuali itu.

    Dari jauh, Daniel dan Samuel perhatikan cara Crystal memasak crepe tersebut. Chef Linda juga begitu. Dia perhatikan pelajar baru tersebut dengan penuh perhatian. Dia mahu lihat sejauh mana tahap kemahiran gadis itu. Di dalam hati chef tersebut penuh dengan perasaan ingin tahu. Mengapa gadis ini yang menjadi pilihan Mr. Robert? Pasti ada sebab. Dia harus cungkil sebab-sebabnya. Siapa yang tak kenal dengan Mr. Robert Cryst. Chef pastry yang terkenal dengan kemahirannya dan juga memiliki beberapa cawangan restoran dan kedai kek di beberapa buah negara.

    Dia cuba perhatikan lagi teknik Crystal. Crystal sendiri menghasilkan adunan tersebut dan cara dia memasak crepe itu, memang agak berlainan sedikit. Dia melihat kepingan crepe yang sudah dimasak, tidak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Memang sempurna. Bagaikan chef pastry yang betul-betul mahir. Apa yang chef Linda tidak tahu mengenai Crystal, cuma semalaman sahaja masa yang diperlukan untuk Crystal belajar menghasilkan crepe sebegitu.

       Bila semuanya sudah selesai, Daniel mengangkat tangannya dan memanggil Chef Linda untuk merasa mille crepe yang telah dihasilkan oleh mereka bertiga. Kagum wanita itu melihat hasil gabungan yang direka. Dia mengambil sepotong crepe dan mula merasa. Saat crepe itu berada di lidahnya, dia dapat rasakan kesedapan yang amat. Krim yang tidak begitu manis dan sebati dengan gabungan crepe yang lembab dan tidak kering. Coklat cair yang digunakan menambahkan keenakan crepe tersebut.

           “ Hmm, bagus. Sedap. Memang cantik hiasan awak ni. Dari semua segi, memang sempurna. Saya bagi markah penuh untuk kumpulan ni. Crystal, memang tak silap Daniel recruit awak untuk jadi ahli kumpulan ni. Awak bagaikan pelengkap dalam kumpulan ni. Bagus, bagus. Saya nak lepas ni, tugasan seterusnya boleh mengkagumkan saya lagi seperti hasil untuk hari ni. Boleh kan?” Katanya pada mereka bertiga. Daniel, Sam, dan Crystal mengangguk serentak.

     Dengan komen yang diberi sudah cukup membuatkan Crystal tersenyum lebar. Dia memandang ke arah Sarah dan Julie dari jauh dan senyum pada mereka berdua. Dalam hati dia mengucapkan terima kasih pada dua gadis berkenaan kerana sanggup mengajarnya dari petang semalam hinggalah hari sudah gelap. Sarah dan Julie mengangkat ibu jari dan membuat tanda ‘thumbs up’ padanya. Tersengih Crystal bila melihat gelagat teman-temannya itu.

       Pada masa itu juga, Sam mengambil kesempatan untuk merasa mille crepe hasil kumpulan mereka. Dia cuma mencubit kepingan crepe dan dimasukkan ke dalam mulut. Dia mahu merasa sendiri apa yang dihasilkan pelajar baru tersebut. Memang sempurna…walaupun cuma kepingan crepe biasa, namun hasilnya memang sangat memuaskan. Dia mengalihkan pandangan pada Crystal.

     ‘ Dia ni ada teknik kemahiran yang sangat bagus. Sedangkan benda asas macam ni pun dia boleh masak dengan sempurna, apatah lagi dalam buat dessert yang lain. Aku tak sabar nak tengok hasil kerja dia yang lain lepas ni.’ Pujinya dalam hati. Dia tak mahu puji Crystal depan-depan. Nanti jatuh pula egonya.

      Ketika itu juga, tanpa dia sedari bibirnya mula mengukirkan senyuman. Daniel yang melihat gerak-geri Sam dari jauh mula tersenyum. Nampaknya Samuel mula sudah bukakan hatinya untuk menerima ahli kumpulan baru itu. Dia kenal sangat dengan Samuel ni, bukan senang nak buka hati lelaki ni untuk rekruit pelajar lain masuk dalam kumpulannya. Sejak dari pemergian bekas ahli kumpulannya dulu, Wong, Samuel bertekad mahu mereka berdua sahaja dalam kumpulan. Keputusan Wong untuk keluar dari akademi tu cukup membuatkan Sam rasa kecewa yang amat. Baginya tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Wong dalam kumpulan tersebut.

      Kini dengan kehadiran Crystal di akademi ni sudah pun lengkapkan kumpulan mereka. Dia cukup bersyukur. Lepas ni bolehlah dia hubungi temannya Wong dan memberitahu khabar berita yang menggembirakan itu. Pasti Wong akan menarik nafas lega selepas ni.







* Wink2, entry sudah mari...jemput baca =)




          

         
  
        

  


          




    

   
      




          

         
  
        

  


          




    

   
      

  1. akak bila nk smbng nvl nilai kasihmu?
    lma tnggu nih.. :(

  1. nnt akk sambung ye dik...sambungan die terkandas skit, sbb de perubahan idea..huhu..jgn risau, cerita tu xkan tergantung, akn disambung.sabar ye =)