CINTA BLoGGER....17


.

/bab 17








            Cuti semester sudah pun bermula. Bagi Rizman, pengajiannya sudah pun tamat. Tetapi bagi Hanis dia masih ada lagi dua sem untuk dihabiskan. Rizman merancang untuk mengambil cuti panjang untuk berehat.

           “ Ryo, memandangkan kau nak cuti panjang kan, apa kata kita pergi holiday nak? Celebrate kau dah habis study.” Cadang Shaqir. Rizman berfikir sejenak dengan rancangan temannya itu. Kini mereka berdua berada di satu kafe yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

            “ Ha’a Ryo...aku sokong cadangan Shaqir. B..dah lama kita tak pergi bercuti kan?” Mieza mengiyakan cadangan pakwenya. Shaqir yang duduk disebelahnya hanya menganggukkan kepala dan menghadiahkan senyuman untuk kekasihnya.

            “ Hmm, okay gak tu. Tapi nak pergi mana je? ” Untuk seketika mereka bertiga diam. Mungkin masing-masing memikirkan destinasi yang hendak dituju.

            “ Ha...! B, kita pergi pulau redang nak?? I teringin sangat nak pergi sana. Jomlah b...” Mieza menggunakan teknik kecomelannya pada Shaqir. Tiap kali taktik digunakan pasti Shaqir jadi lemah. Adoiyai....ni lah parahnya kalau dapat awek pandai memujuk ni. Ryo pura-pura pandang ke tempat lain. Malas nak tengok adengan manja-manja ni.

            “ Okay gak tu. I ok je...erm, kau Ryo?”
     
            “ Aku no hal. Tapi kita bertiga je ke?”

            “ Alah, kau ni Ryo...ajaklah Hanis sekali. Kita pergi bercuti ramai-ramai. Baru syok!” Cadang si Mieza.

            “ Hmm, nantilah aku tanya dia. Kau planlah apa semua. Aku on je.” Mieza tersenyum lega mendengarnya. Riang hatinya rasa masa ni. Yelah, nak pergi bercuti kan...

            “ Nanti i nak ajak Sara sekali lah b...boleh?” Shaqir hanya anggukkan kepalanya. Dia tahu semenjak kebelakangan ni Sara dan Mieza makin berbaik.

            “ Esok korang pergi tak kenduri abang aku tu?” Ryo bertanya pada Shaqir dan Mieza.

            “ Eh, mestilah...lagi pun Fathiha tu kan tukang fesyen aku ngan kau. Kenalah datang bro...mana boleh tak datang. ”

       Pesanan minuman yang dipesan tadi sudah pun tiba di meja mereka. Rizman mendongak untuk memandang pelayan itu. Apabila pandangan mata mereka bertemu, Riz agak terkejut dengan pertemuan tersebut.

            “ Adam kan? ” Adam masih lagi mendiamkan diri. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Entah kenapa setiap kali bertemu dengan Ryo dia rasa dingin. Sambil itu matanya melihat kedua-dua teman yang berada dekat dengan Ryo. Diorang ni semua model ke?

            “ Siapa dia ni Ryo? You kenal dia ke?”  Mieza bertanya. Dia melihat lelaki itu dari bawah hingga ke atas. Hmm, not bad. Ni kalau jadi model ni, boleh kalah Ryo dengan Shaqir.

            “ Just kenalan aku.” Ringkas Ryo menjawab. Adam meminta diri dengan segera. Dia bekerja part time sebagai waiter di kafe itu sementara masih meneruskan pengajiannya. Lagi pun dia ni seorang yang aktif dalam bidang basketball di kolej.

     
          Ryo memandangnya berlalu. Kemudian dia bangun dan meminta diri untuk ke tandas sebentar. Sebenarnya bukanlah nak ke tandas pun, dia mahu bersemuka dengan Adam. Dia tahu Adam tidak selesa dengan dirinya walaupun mereka tak pernah bercakap selama ni dan hanya bertentang mata di hospital tidak lama dahulu. Dari pandangan mata Adam, Ryo tahu Adam seolah-olah menyalahkan dia dalam hubungan Adam dan Sara. Padahal itu semua gosip. Dia menarik nafas panjang sebelum menepuk bahu lelaki tinggi lampai itu dengan perlahan. Adam menoleh dan dia agak terkejut Ryo berdiri dekat dengannya. Apa mamat ni nak?

            “ Aku nak cakap dengan kau kejap.” Terang Ryo.

            “ Maaf, aku tak boleh. Aku tengah sibuk buat kerja.” Dia pura-pura mengelap meja di situ. Padahal terang-terang meja tu dah bersih.

            “ Aku nak minta maaf kalau kau rasa tak selesa dengan aku selama ni. Aku nak terangkan kat sini yang aku takde apa-apa dengan Sara. Aku hanyalah teman seangkatan dia je. Hope kau faham tu.” Adam tersenyum nipis mendengarnya. Tangannya berhenti mengelap dan dia memandang lelaki kacak didepannya. Ketinggian mereka lebih kurang sahaja. Kebanyakkan pelanggan perempuan yang ada disitu curi-curi pandang mereka berdua. Ada setengah pelanggan yang suka datang ke situ hanya kerana ingin melihat Adam. Ryo tersengih apabila memikirkannya. Patutlah bila datang kafe ni tadi, dia pelik sebab kebanyakkanya  pelanggan di sini adalah wanita dan gadis remaja.

             “ Kau tak salah dalam hal ni. Aku yang bersalah. Tak fikir panjang, terus percaya dengan gosip tu. Aku yang patut minta maaf dengan kau sebab pertemuan kat hospital tu aku agak berkasar dengan kau. Lagipun kau pun tahu kan Sara tu lagi tua dari aku sebenarnya. Aku baru dua puluh tahun, sedangkan jarak umur kami tiga tahun beza. Disebabkan tu jugalah aku rasa pemikiran aku ni tak berapa nak matang sangat. ” Ujar Adam.

             “ Takpe, aku paham. Lagi pun aku tahu yang dia betul-betul cintakan kau. Lagi pun biarkanlah masa yang memantangkan pemikiran kau tu...” Kini mereka berdua tersenyum sambil memandang muka masing-masing. Seolah-olah perbualan tadi menjadi pemusnah kepada salah faham selama ini.

             “ Hmm...ada juga betulnya tu.” Adam mengiyakan.

             “ Hari tu aku ada dengar dari Hanis kau ada berjumpa dengan Sara kat set pengambaran hari tu. So, amacam? Setel?” Adam hanya tersengih. Dia menunjukkan tanda okay pada jarinya. Ryo tergelak kecil. Dia faham akan tanda tersebut. Ini bermakna hubungan mereka sudah pun kembali terjalin. Patutlah dia tengok Sara semalam berseri-seri je. Dia menumbuk bahu lelaki itu dengan perlahan. Adam tergelak malu apabila memikirkannya.




                  *******************************************************************************




           “ Eh, kau tak siap lagi. Bertuah punya anak dara. Cepatlah sikit siap sayang oit...majlis tu dah nak start dah.” Safura membebel di muka pintu bilik Hanis. Dilihatnya gadis itu masih lagi selubung dengan selimut.

           “ Ala...kalau aku tak pergi pun bukannya diorang tak jadi kahwin. Aku malas ar fura...kau pergi jelah sorang.” Bengang Safura mendengarnya. Dia melipatkan lengan baju kurungnya dan menghampiri katil Hanis. Ditarik selimut yang menyelimuti seluruh tubuh Hanis. Hanis tidak mengalah, dia menarik semula selimutnya. Baginya tidur amat penting sekarang ni. Maklumlah berjaga sampai subuh gara-gara berchatting dengan Mr. Niki. Semalam moodnya sudah semakin baik untuk berbual dengan lelaki misteri itu.

           “ Fine!!” Safura mengalah. Dia melepaskan selimut tersebut. Kena fikir taktik lain ni.

           “ Dalam kiraan tiga, kalau kau tak bangun aku akan call Ryo dan bagitahu yang kau cintakan dia. Dan juga aku akan suruh dia datang sini untuk seret kau keluar.” Dengar je ugutan sebegitu, Hanis terus bangun dari baring.

           “ Wei, melampaulah tu. Bila masa pula aku cakap aku cintakan dia. Kau kalau bab-bab ugut ni memang nombor satu kan. Tunggu jap, aku nak salin baju kurung.”

           “ Eh, kau dah mandi ke?”

           “ Dah, subuh tadi.”

           “ La, kot ye pun pergilah basuh muka kau tu. Kan kau tidur balik tadi, muka kau tu sah-sah macam orang baru bangun tidur tau. Hei anak dara ni. Lepas basuh muka tu mekap sikit. Dah macam mayat hidup je aku tengok kau ni.” Safura terus berlalu keluar.

           “Wah wah minah ni...sesedap mulut dia kata aku ni macam mayat hidup. Teruk sangat ke muka aku ni?” Dia berjalan menghampiri cermin dan melihat wajahnya. Erk...teruknya muka aku! Patutlah dia kata camtu. Ni mesti gara-gara berjaga malam semalam. Argh...semua Mr. Niki punya pasal!!..

           

         ********************************************************************************



           “ Safura!!” Laung Mieza dari jauh. Safura dan Hanis berjalan menghampiri meja gadis itu. Di meja makan tersebut ada Shaqir, Sara, dan juga Adam.

           “ Eh Adam, kau datang juga.” Tanya Hanis.

           “ Mestilah dia kena datang. Dia partner i untuk hari ni.” Terang Sara. Dia memandang Adam dan mereka berbalas senyuman. Eceh...senyuman bahagia gitu. Lega Hanis melihatnya. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Safura.

           “ Pukul berapa pengantin sampai ni?” Safura pula bertanya.

           “ Dalam setengah jam lagi rasanya.” Sara membalas. Hanis mendongakkan kepalanya dan melihat sekeliling. Mana pula Riz ni??urm..

           Setelah lebih setengah jam berlalu, acara majlis dimulakan. Pengantin mula diarak masuk ke dalam dewan. Sungguh meriah sekali bila lihat suasana pada hari ini. Mana tidaknya, selesai sahaja pengantin bersanding, mereka perlu makan beradab. Sambil itu tetamu pula dijamu dengan tarian kebudayaan dan juga persembahan silat sambil menjamu selera. Ada juga artis jemputan yang dijemput untuk memeriahkan majlis. Hanislah orang paling excited apabila melihat banyak artis yang dijemput. Semasa mereka memakan pemanis mulut, Ryo, Eyqa dan Sheera menghampiri meja tempat mereka duduk dan bersembang bersama.

           “ Kenyang ke Shaqir?” Ryo bertanya.

           “ Kenyang sangat, sedap pula tu.”

           “ Mestilah sedap, granny upah chef terkenal tau masak untuk majlis hari ni.” Ujar Eyqa.

           “ Ryo, aku dah cari dah resort mana yang best kat sana. Aku cadang hari sabtu pagi tu bolehlah kita berlepas ke sana.” Mieza menyampuk. Eyqa memandang abangnya. Apa benda mieza cakapkan ni? Ryo melihat adiknya disebelah. Dari pandangan adiknya dia dah tahu mesti adiknya ingin bertanya tentang hal tu.

           “ Kitorang rancang nak pergi bercuti kat pulang redang. Nak ikut?” Terang Ryo.

           “ Nak nak! Wah bestnya!!” Eyqa melonjak keriangan. Baru je nak happy lagi, Sheera mencuit bahu temannnya itu.

          “ Kenapa?” Tanya eyqa pada Sheera.

          “ Err...kau dah lupa ke next week kita ada camping.” Sheera mengingatkan. Takkan nak batal pula kan. Dah janji dengan kawan-kawan.

          “ Ha’ala...aku lupa. Ala...”

          “ Takpelah dik. Nanti kalau ada masa, kita pergi dengan mama pula.” Ryo memujuk adiknya.

          “ Betul ni? Janji tau...” Ryo mengangguk. Eyqa tersengih kemudian dia mengajak Sheera pergi dari situ dan menghampiri neneknya. Ryo pula melihat Hanis yang tengah seronok berborak dengan Adam dan Sara.

          “ Err...Hanis.” Gadis itu menoleh setelah dipanggil.

          “ Kau nak ikut tak kitorang bercuti?”

          “ Tak naklah. Aku tak cukup duitlah. Lainlah korang...gaji tinggi.” Terang Hanis jujur.

          “ Aku support.” Terbeliak mata Hanis mendengarnya. Wah, gila mamat ni nak support aku pergi bercuti.

          “ Ha’alah Hanis. Jomlah pergi...i dengan Adam pun pergi tau. Jomlah...” Sara pula memujuk. Hanis serba salah dibuatnya. Eh, jap...Safura?

          “ Wei fura, kau tak pergi ke ikut diorang?”

          “ Shaqir ajak juga tadi, tapi aku tak dapat follow ar. Aku kena pergi New York ikut parents aku next week. Kan aku dah bagitahu kau pasal hal tu.” Hanis terdiam seketika. Betul juga tu. Safura ada bagitahu pasal nak pergi New york hari tu pasal nak melawat abang dia kat sana. Hmm...aduh, kalau Safura ada best sikit. Sara disebelah memandang Hanis lama kemudian dia mencuit lengan Hanis dan berbisik sesuatu.

         “ Kau pergilah Hanis...lagipun aku ada Adam, Shaqir pula dengan Mieza. Kesian aku tengok Ryo sorang-sorang. Lagipun kau kan rapat juga dengan dia.” Bisik Sara. Hanis menggosok perlahan tengkuknya. Aduh, kenapa aku rasa macam percutian ni untuk pasangan kekasih je ar...Dia melihat Ryo yang sedang berborak sesuatu dengan Shaqir sambil berfikir sama ada nak pergi ke tak. Setelah berfikir sejenak, dia menarik nafas dengan perlahan dan memandang semula ke arah Sara.

         “ Yela..aku pergi..” Lemah dia menjawab. Sara tersenyum mendengar jawapan itu.