CINTA BLoGGER....36
.
Bab 36
Deretan baju di butik tersebut membuatkan Sheera jadi tak tentu arah dibuatnya. Semua stok pakaian baru berjenama yang diminatinya menjadikan dia bingung nak pilih yang mana satu.
" Eyqa, cuba kau tengok blaus ni, cantik gila wei..." Sheera memanggilnya. Namun panggilan dari Sheera lansung tidak berbalas. Eyqa seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.
" Wei, termenung! Aku panggil kau ni.." Tegur Sheera. Eyqa tersenyum malu.
" Sorryla beb, aku bukan termenung. Aku sebenarnya geram ni dengan abang aku."
" Kenapa dengan abang kau?"
" Pagi tadi, masa aku bangun tidur tengok-tengok abang aku dah takde kat rumah."
" Itu je?ala, normallah tu.."
" Kali ni tak normal okay. Abang aku siap tinggalkan note yang bagitahu dia pergi ke perak, rumah Hanis."
" Owh...err, tak normal tak normal...Tapi, dia buat apa kat situ?"
" Itu yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni. Hmm.."
" Jap ek, aku rasa kan aku tahu dia buat apa kat sana."
" Ha, dia buat apa?"
" Dia nak jumpa mak Hanis kut, nak minta restu masuk minang hanis ke kan, manalah tahu..." Tekanya. Eyqa diam memikirkan kata-kata dari Sheera.
" Kau rasa abang aku tu betul-betul ke bercinta dengan Hanis?"
" Well, benda tak mustahil kut. Manalah tahu doa mama kau selama ni berkesan. Yela, mama kau kan teringin sangat nak tengok Hanis tu jadi menantu dia."
" Hmm..."
" Kenapa wei? Kau tak suka ke kalau betul pun."
" Tak...maksud aku, aku suka tapi.."
" Tapi apa?"
" Kalaulah betul, kenapa abang aku perlu rahsiakan dari aku. Aku ni kan adik dia. Selama ni kalau ada apa-apa mesti aku antara yang terawal dia bagitahu. So, aku macam rasa terkilan sikitlah..."
" Ala ala....sedihnya bunyi. Hehe, tak mahulah fikir macam tu, mesti ada sebab kut abang kau rahsiakan hal ni. Mungkin dia cari masa yang sesuai nak bagitahu kau. Manalah tahu kan.." Sheera memujuk teman baiknya.
" yeke?"
" Manalah aku tahu, aku cuma cakap je."
" I hope you are right about it. Mungkin memang betul dia perlukan masa yang sesuai untuk bagitahu aku."
" Ha, macam tu lah! Think positive okay! Hehe, so...macam mana dengan blous ni, cantik tak?" Baju itu disuakan ke arah Eyqa.
" Cantik, warna dia sesuai dengan kau. Kau nak beli ke?"
" Taklah, aku tengok je. Haha..."
" Ceh, hampeh punya budak."
" Ikutkan memang nak beli, tapi diluar bajet akulah. Ayah aku bagi elaun sikit je kot bulan ni. Huhu..." Adunya. Eyqa tergelak kecil.
" Haha, tu lah kau. Kuat sangat shopping selama ni. Kan dah kena sekat elaun. Padan muka."
" Kau ni bukan nak simpati kat aku. Huh..."
" Ala ala bucuk masam....haha, oklah.. kau pakai duit aku dulu nak?"
" Eh, tak payahlah Eyqa. Aku gurau je. Aku tahulah kau banyak duit. Tapi aku tak pernah pun nak harapkan duit kau. Baik kau simpan duit kau tu. Nanti aku ada duit, aku belilah blaus tu. Tak matilah kalau tak dapat beli pun. Hehe.."
" Betul ni?" Eyqa sengaja menduganya.
" Betullah! Dahlah, jom keluar dari sini. Kita pergi makan. Aku lapar ni." Sheera menarik tangan Eyqa dan membawanya keluar dari situ. Eyqa hanya menurut sahaja. Sheera ni kalau bab makan, itu yang paling dia suka. Rasanya bab-bab makan ni dah jadi antara hobi dia agaknya.
Ketika mereka sedang elok berjalan sambil berbual mesra menuju ke restoran, tanpa Sheera sedari, dia terlanggar bahu seseorang. Dua-dua berhenti masa tu. Mata masing-masing berlaga. Sheera ni pantang betul kalau ada yang main langgar je dengan dia, mulalah mood cari gaduh timbul. Yang lelaki tu pula pun pandang tak puas hati kat Sheera.
" Tak nampak ke?!" Dua- dua berkata serentak. Eyqa dah mula telan air liur. Dia dah mula dah. Please Sheera, jangan buat malu kat sini.
" Hei, aku yang jalan kat sini dulu tau. Kau tu buta ke apa tak nampak aku nak lalu sini." kata Sheera.
" Hek eleh minah ni. Wei, apa kau fikir jalan ni bapak kau punya?" Balas lelaki tersebut. Eyqa menahan dirinya dari ketawa. Kelakarlah pula mamat ni balas. Boleh tahan juga dia bidas.
" Wei, bapak-bapak jangan main ar. "
" Ah, suka hati akulah. Lain kali jalan tu pandang depan." Kata lelaki itu lantas terus berlalu pergi. Makin berang Sheera dibuatnya. Seumur hidup dia, lelaki itulah yang first membuatkan dia rasa macam nak bunuh orang. Dia mahu pergi ke arah lelaki tersebut, namun langkahnya dihalang oleh Eyqa.
" Dah dah....jangan cari pasal kat sini please. " Pujuk Eyqa.
" Aku cari pasal? Kau tak nampak ke tadi? dia kurang ajar sangat." Sheera mengadu dengan nada tak puas hati.
" Ye, aku tahu. Tapi tak guna kau buang masa pergi kejar lelaki tu. Tak berbaloi pun. Dah dah, jom pergi makan. Aku belanja okay.."
" Huh, nasib baik kau nak belanja, cool sikit mood aku ni."
" Dey, poyolah kau. Kata jela nak aku belanja kan." Guraunya.
" Hehe, kau memang sahabat sejati aku." Bodek Sheera.
" Sudahlah, berhenti bodek okay. Tapi kan..."
" Apanya lagi Eyqa oii..aku lapar ni."
" Hmm, lelaki tadi, macam aku pernah nampaklah."
" Ha?"
" Erm, entahlah. Imaginasi aku je kut. Dahlah. Jom..." Lengan Sheera ditarik masuk ke dalam restoran tersebut. Terpinga-pinga Sheera dibuatnya. Macam pernah nampak?Siapa?
***********************************************************************************************
Dari tadi lagi gadis itu menahan sabar. Kalau nak ikutkan diri dia ni, tak mahu dia keluar dengan lelaki tersebut. Memandangkan Qir yang bersubahat sepakat dengan pengurus agensi modelling tersebut untuk mengenakan dia untuk datang ke situ, tak mungkin dia akan jejakkan kaki ke restoran tersebut.
" Hmm...."
" Cepatlah.." Kata Safura.
" Hmmm..."
" ishh..."
" I nak..."
" Nak apa?" kata Safura yang masih lagi menahan sabar.
" Nak awak boleh?" Selamba Firdaus berkata begitu. Serentak dengan itu, Kaki Safura menendang kuat betis lelaki yang duduk berhadapan dengannya.
" Sedap bang..." Perlinya.
" Sakit!!" Dia menahan keperitan kena penangan dari gadis di depannya. Pergh, boleh tahan garang dia ni.
" Tahu pun. Cepatlah pilih nak makan apa? penat budak ni tunggu nak ambil order.." Budak pelayan restoran itu mengerutkan dahinya melihat babak drama yang berlaku di depannya. Penat dia menunggu di situ semata-mata sebab nak tunggu pelanggan lelaki tersebut buat pilihan makanan. Firdaus segera menjelaskan makanan yang mahu dimakannya kepada waiter tersebut setelah melihat Safura menghantar signal tak puas hati.
" Sorry..."
" Sorry...sorry...how could you do this to me. Awak sepakat dengan Qir tipu saya kan. "
" Saya kena buat cara ni. Kalau tak sampai bila-bila pun awak tak nak keluar dengan saya. Apalah nasib saya ni kan, ada tunang pun kena sembunyikan." Saja buat cerita sedih. Safura tersenyum sinis.
" Jangan risau, saya dah buat keputusan untuk batalkan perkahwinan tu nanti. Lepas ni bolehlah awak balik semula ke tabiat awak tu, mengoratlah mana-mana perempuan yang awak suka. Saya tak kisah pun." Balasnya.
" No no no...awak dah lupa kan apa yang saya cakap hari tu. Only i will be your husband. There is no else can marry you except me. Itu janji saya. Dan untuk pengetahuan awak, saya tak pernah mungkir janji..." Selamba dia menuturkan ayat tersebut, namun cukup mendalam maksudnya. Fura cuba menahan rasa geram di dalam hati. Kenapalah aku ditakdirkan jumpa mamat sesengal ni...argh!!
" Fura..." Safura menoleh ke belakang. Kelihatan Eyqa dan Sheera turut berada di restoran yang sama.
" Eh, eyqa...buat apa kat sini?" Dia bangkit dari duduk dan menyalam kedua-dua gadis tersebut.
" Saja jalan-jalan, lepas tu singgah makan kat restoran ni. Tak sangka terserempak fura kat sini." Balas Eyqa. Masa tu terbit satu idea yang timbul didalam diri Safura.
" Korang baru nak makan kan, marilah join kitorang..." Pelawanya. Firdaus yang sedang duduk tu, mula rasa tak selesa. Apa ni? aduh....aku nak privasi la..
" Eh, baru perasan abang Daus pun ada kat sini. Boleh ke bang kitorang join sekali?" Tanya Eyqa.
" Eh boleh boleh...mehlah..lagi ramai lagi meriah." Firdaus mempelawa dengan rasa yang terpaksa. Safura dah senyum kemenangan.
Pelayan di situ dipanggil dan pesanan diambil. Sambil menunggu makanan, mereka berempat berbual-bual.
" Abang Daus tahu tak kenapa Abang Riz pergi kampung Hanis?" Eyqa bertanya. Daus dan Fura saling berpandangan.
" Err, Riz tak cerita apa-apa ke kat Eyqa?" Daus bertanya semula. Eyqa hanya menggeleng.
" Ke Riz tu dah bercinta dengan Hanis?" Sheera menyampuk. Safura hanya mampu senyum dengan kata-kata dari Sheera. Melihatkan senyuman dari Safura, Eyqa sudah pun tahu jawapannya.
" Hmm, dah agak dah." Luahnya.
" See, tekaan aku betul wei.." Kata Sheera sambil tersenyum.
" Kenapa Eyqa? Abang Daus tengok Eyqa macam tak suka je?"
" Bukan tak suka bang. Eyqa suka sangat. Tapi Eyqa cuma terkilan je, sebab dengan Eyqa pun Abang Riz nak rahsiakan."
" Mungkin Riz tak maksudkan macam tu Eyqa, mungkin dia nak bagitahu eyqa masa yang sesuai. Lagipun tak semua orang tahu hal ni Eyqa. Eyqa sendiri tahu kan abang eyqa tu model terkenal. Dia cuma tak nak burukkan lagi gosip yang dah sedia ada dulu. Mungkin dia nak setelkan hal ni slow-slow. Lagi pun nanti dia tak nak Eyqa dengan Hanis yang jadi buruan media. Kena pula soal selalu kan. Mungkin sebab tu Riz tu jaga sangat dengan perkara ni." Nasihat Safura. Sedikit sebanyak mendengar apa yang Safura nyatakan, membuatkan hatinya berasa sedikit lega.
" Hmm, maybe you are right about it. " Katanya. Dalam hatinya dia berdoa supaya apa yang dibuat oleh abangnya berjalan dengan lancar.
***************************************************************************************************
" Masuklah bang, jangan malu-malu. Kalau abang malu jangan masuk. Duduk je kat luar tu." Ujar Jue. Ketika itu kakaknya datang dari belakang dan menghadiahkan cubitan di pinggangnya. Amboi budak kecik ni, bab-bab mengusik orang memang dia suka.
" Sakitlah kak." Adunya. Hanis menunjukkan isyarat thums up tanda padan muka.
" Masuklah. Mak ajak naik." Kata Hanis. Sedikit sebanyak senyuman yang Hanis paparkan padanya membuatkan resah di dada beransur reda.
" Duduklah bang.." Jue mempelawa. Ketika itu Puan Zainab baru selesai solat zohor dan keluar dari biliknya, lalu terus duduk di ruang tamu. Jue dan Hanis masuk ke dapur untuk siapkan hidangan makan tengahari. Kini cuma Puan Zainab dan Rizman sahaja berada di situ. Lama emak Hanis merenung wajah pemuda tersebut. Tak tentu arah Rizman masa tu dibuatnya.
" Assalamualaikum mak cik, sihat?" Rizman memulakan bicara. Gugup tak payah ceritalah kan. Boleh pula mak Hanis ni tayang muka serius dari tadi.
" Wa'alaikumussalam...sihat alhamdulillah." Balasnya ringkas. Erm, boleh tahan encem bakal menantu aku ni. Eh jap, dah dia ni model, memanglah encem.
" Macammana drive tadi, ok?"
" So far alhamdulillah mak cik. Jalan pun tak sesak."
" Baguslah. Hmm, oklah...street to the point. Kamu betul- betul ikhlas ke bercinta dengan anak mak cik tu?" Tanya Puan Zainab. Rizman cuba menahan tawanya bila mak Hanis cuba speaking english. Dari dapur, Jue dan Hanis menepuk dahi masing-masing. Malu...Aduh mak, straightlah mak!!
" Saya ikhlas mak cik. Demi Allah saya betul-betul ikhlas mak cik. Saya cadang lepas je Hanis habis belajar pertengahan tahun ni, saya nak ikat tali pertunangan dengan dia. Itu pun kalau mak cik izinkan." Ujar Rizman jujur. Dalam diam Puan Zainab tersenyum mendengar pengakuan dari anak muda itu. Lelaki yang pertama berani nyatakan hasrat macam tu je.
Hanis yang mendengar dari dapur terkaku. Selama ni Rizman tak pernah pun nyatakan nak mengikat tali pertunangan dengan dia. Tiba-tiba kali ni depan orang tuanya, Rizman menyuarakan hasrat di hati. Err, okay....aku rasa saat ni macam nak jerit je!
" Pergh kak....gila kentang abang Riz tu buat pengakuan macam tu kat mak..Fuh, salute ar..." Jue mengusik kakaknya. Dia lagilah suka kalau betul kakak dia nak betunang. Dapat pula abang ipar model terkenal, hensem pula tu. Siapa yang tak bangga kan. Haha..
" Betul apa yang kamu cakapkan tu? Jangan kamu bagi janji kosong je."
" Betul mak cik." Katanya dengan yakin.
" Hmm, mak cik bukan apa roro.."
" Err mak cik, saya rasa baik mak cik panggil saya Riz je." Tegurnya.
" Ha yela, Riz..mak cik bukan apa. Hanis tu anak sulung mak cik. Kalau boleh mak cik nak kan dia dapat lelaki yang boleh menjaga dia sepanjang hayat dia, yang boleh buatkan dia bahagia selalu. Kamu pun tahu kan, ayah si Hanis tu dah lama meninggal. Dia perlukan kasih sayang dari seseorang yang boleh melindungi dia macam mana arwah dia melindungi dia dulu. Mak cik bukan nak halang korang bercinta, mak cik lagi suka bila kamu kata nak masuk meminang nanti. Cuma tu lah, mak cik risaukan anak mak cik tu. "
" Mak cik janganlah risau. Saya akan berpegang dengan janji saya mak cik. Cuma Hanis je satu-satunya perempuan yang buka hati saya ni untuk menerima cinta dalam hidup saya mak cik. Saya akan rasa menyesal sangat kalau saya biarkan dia jadi milik orang lain mak cik. Saya sendiri tak sanggup. Saya sayang dia mak cik. Sebab tu saya sanggup juga datang hari ni untuk buktikan kat mak cik, minta restu mak cik untuk kami teruskan hubungan kami ni." Luahnya. Puan Zainab hanya mengangguk mendengar kata-kata dari Rizman. Kemudian dia memanggil Hanis yang berada di dapur.
" Duk sini nak." Pelawa emaknya. Hanis duduk di sebelah Puan Zainab.
" Mak bahagia kalau ada orang yang betul-betul ikhlas sayangkan kakak. Mak nak akak bagitahu mak, akak sayangkan Roro ni?"
" Mak, Riz la mak..." Kali ni Hanis pula menegur. Dari dapur terdengar Jue dah ketawa terkekek. Spoil mood betul.
" Ha, yela apa-apa jela. Kamu sayang dia tak?" Tanya emaknya lagi. Hanis memandang mata Rizman. Kini masing-masing berpandangan untuk seketika. Seolah-olah mereka berkomunikasi melalui pandangan mata tersebut. Kemudian Hanis memegang tangan emaknya dan menatap emaknya pula.
" Hanis sayangkan dia mak." Ringkas dia menjawab. Puan Zainab tersenyum mendengarnya. Begitu juga dengan Rizman. Hai la, bahagia tak terkata.
" Baguslah...kalau masing-masing dah sayang. Tapi mak nak kamu bertunang dengan Riz ni sebaik saja kamu habis belajar faham?Mak tak nak nanti ada je berita yang tak sedap didengar pasal korang ni. Boleh?" Kata ibunya.
" Mak cik setuju lah ni kalau nanti saya nak bertunang dengan Hanis?" Tiba-tiba Rizman menyampuk. Excited punya pasal.
" Eh kamu ni, atenye dah mak cik kate gitu, mak cik setuju ler.. Ni, mak ayah kamu dah tahu ke pasal ni?"
" Diorang dah tahu mak cik. Malam semalam juga saya call diorang minta pendapat. Diorang on je. Nanti habis je Hanis ni belajar, rombongan merisik dari famili saya akan datanglah. Kalau boleh saya pun tak nak tunang lama mak cik, saya ingat lepas je buat majlis tunang tu next week kahwin, boleh mak cik." Jawabnya beriya. Hanis pula dah rasa semacam.
" Abang, apa ni?" Katanya. Puan Zainab menahan ketawanya melihat Rizman yang beria-ia pula nak kahwin dengan anaknya.
" Haip haip...ni apa berabang abang ni? Sejak bila pula dia jadi abang kamu? Amboi, belum kahwin lagi dah gatai nak berabang-abang ye..." Saja Puan Zainab mengusik anaknya. Hanis menutup mulutnya menahan malu. Muka rizman pun dah mula kemerah-merahan, malu kut kena tegur dengan bakal mak mertua. Ha, ambil kau..setempek kena. Jue lagilah dah bantai gelak awal-awal kat dapur...haha...nasiblah kau kak..

wahh!!!!! riz & hanis nk bertunang?? best2..
agak2 sape ea lelaki yg langgar sheera?? that reporter yg nk dijodohkan dgn Hanis or someone else???