cinta is l0ve...bab 12


.


bab 12





     Farish merenung pekerja yang berada dihadapannya. Begitu lantang pekerja lelaki itu membentangkan pelan kerjanya di bilik mesyuarat. Mata dia memandang ke arah skrin slide show, namun fikirannya melayang entah ke mana. Dia masih di dalam dunianya sendiri sehinggalah pembentangan itu habis dibentangkan, dia masih tidak sedar.

     “ Farish....” Lelaki itu tersentak apabila dicuit oleh big bosnya, Tan Sri Rizdan.

     “ Oh ye, bagus apa yang awak bentangkan tu. Saya setuju sangat!!” Lantang suaranya bercakap dengan penuh semangat. Semua pekerja yang berada di dalam bilik itu memandang serentak ke arahnya. Farish yang ketika itu sudah pun berdiri memandang sekeliling dengan pandangan yang agak ‘blur’ . Tan Sri Rizdan segera menarik anaknya supaya duduk.

     “ Kamu ni kenapa tiba-tiba bangun. Semua dah pun setuju dengan pelan tu. Mesyuarat pun dah habis. Buat malu jelah...” Tan Sri menegur anaknya yang kelihatan sudah pun tersengih. Malulah tu...Semua pekerja di situ tersenyum kecil mendengar CEO menegur anak lelakinya.

      “ Okay semua, you all boleh bersurai. Back to work.  Zaid, good presentation.” Puji Tan Sri kepada salah seorang pekerjanya itu. Lelaki itu tersenyum dan keluar bersama pekerja lain. Setelah semua beredar, Tan Sri Rizdan memandang ke arah anak lelakinya.

       “ And you young man, i want to see you in my room right now.”

       ‘ Aduh...matilah aku. Abislah, lepas ni confirm kena dengar ceramah!’ Sesalnya di dalam hati. Namun kakinya tetap melangkah mengikut papanya masuk ke bilik CEO.

       “ What you standing for, sit down.” Bagaikan terkena renjatan elektrik terus dia duduk di kerusi berhadapan dengan big bos.

        “ Apa yang dah jadi tadi? What’s wrong with you? Dari awal meeting sampai dah habis papa tengok farish asyik termenung je. Can you tell me what’s is going on in your mind. Ada problem ke?”

        “ Err, takde apa-apa papa. Tadi tu tiba-tiba terfikir something. No big deal, small problem.”

        “ Whatever your problem is, next time please do not let this thing happend again. Kalau ada masalah apa pun jangan sesekali campur adukkan dengan hal kerja. Understand?!”

        “ Yes papa. I promise i won’t let this happened again. I’m very sorry.”

        “ Hmm, good. You can leave now.”

  Kakinya melangkah ke arah pintu, dalam hati menyesal tak sudah. Tak pernah selama ni dia membiarkan dirinya mengelamun sebegitu sekali. Kebelakangan ini, dalam fikirannya asyik terfikirkan tentang gadis itu.‘ What the hell is wrong with me?!’

        “ Farish!...” Baru je tangan dia nak pulas tombol pintu, Tan Sri Rizdan memanggilnya. Ditoleh kepalanya ke arah Tan Sri.

         “ Next week, masa majlis jamuan akhir tahun syarikat ni, kawan lama papa akan hadir. I want you to come to meet him. Ada kemungkinan kawan papa tu mungkin akan melabur dalam company kita. Jangan pula tak datang. Faham?!” Farish hanya mengangguk dan segera keluar. Dalam hati memang dah niat malas nak datang,walaupun dia antara orang penting dalam company, tapi kali ni nak tak nak kena juga pergi.

     Sebelum dia masuk ke biliknya, sempat lagi dia memandang setiausahanya itu. Sheera yang seolah-olah perasan akan dirinya ditenung segera mengangkat mukanya. Mata dia dan mata Farish bertemu. Masing-masing terpana untuk seketika. Sheera segera meneruskan kerjanya. Malu untuk menatap wajah Farish. Begitu juga dengan Farish. Kelam kabut dia buka pintu bilik. Mieza dan Jumaidah yang duduk jauh dari situ perasan akan situasi di depan mata mereka lalu tersenyum penuh makna.


              ****************************************************************************************

     “ Jasmin, where’s Raof? ” Gadis yang tengah menjamu selera itu berhenti makan. Dia memandang ke arah pasangan di depannya.

      “ Raof busy daddy...”

      “ Busy ke atau dia memang tak nak datang jumpa daddy dengan mommy?”  Sinis bunyi soalan itu yang datang dari Datin Zainab. Suaminya di sebelah, Datuk Eizlan memandang isterinya dengan pandangan kurang senang. Datin Zainab tidak peduli dengan pandangan suaminya itu dan terus menyuapkan makanan di mulutnya.

      “ Taklah mommy...Raof memang busy. Dia sebenarnya nak datang tadi, tapi dia busy siapkan kerja dia untuk esok.”  Jasmin memberi alasan yang diciptanya sendiri. Sebenarnya dia juga tidak tahu di mana suaminya itu berada. Puas dia menelefon suaminya, namun panggilannya tidak dijawab.

      “ Hmm, yela. Nak buat macam mana kan. Next week, malam ahad daddy nak Jasmin dengan Raof ikut daddy pergi dinner party. Daddy nak kenalkan Jasmin dan Raof pada kawan lama daddy nanti. You must come ok...I don’t want to hear any excuse. Pujuk Raof tu pergi nanti.” Jasmin hanya mengangguk mengikut arahan daddynya itu.

       Setelah selesai makan malam dengan ibu bapanya di restoran mewah, dia terus memandu  pulang ke rumah. Pintu bernombor 203 itu dibuka dengan kasar. Terus dicampakkan beg tangan jenama Gucci di atas sofa dan menuju ke dapur. Diteguk air mineral di dalam peti ais itu dengan rakus. Kedengaran pintu rumah dibuka. Jasmin meluru keluar dari dapur. Dia mahu berbicara dengan lelaki yang digelar suaminya itu.

       “ You pergi mana tadi? Puas i contact you, kenapa you tak angkat?!” Matanya dipejam dan apabila terdengar suara itu dia membuka matanya. Dipegang kepalanya dan diurut.

      ‘ balik rumah dah kena bebel. Ni yang aku malas nak balik ni.’

       “ Hei, i cakap dengan you ni!! Bisu ke?!..Owh, i tahu you pergi mana. You sibuk keluar cari betina tu kan?!! Sebab itulah I malas balik malaysia ni, i tahu mesti you jejak betina tu.” Bengang dia apabila isterinya sendiri bercakap sebegitu. Terus dia berdiri dan pandangan mata mereka bertemu.

       “ I tak suka you panggil dia betina. She’s got a name..!! Boleh tak kalau you tak menuduh. I keluar jumpa kawan lama. Lagipun handset i silent mode, manalah i dengar you call i tadi.”

       “ Kawan lama konon! I don’t care what’s your excuse. You tahu tak i malu dengan mak bapak i tadi. Setiap kali dinner dengan diorang mesti you takde. Menantu jenis apa you ni?!”

       “ Watch your mouth Jasmin!..i still your husband. Hormat sikit i ni..” Jasmin tersenyum sinis apabila mendengar perkataan itu.

       “ Husband?? Hei, dengar sini ye...selama i kahwin dengan you,tak pernah sikit pun you berlagak macam seorang suami. Tak sedar diri, kalau you tak kahwin dengan i takdenya you dapat kemewahan macam ni.”

       “ Dari dulu i memang tak ingin memperisterikan you. Impian i adalah untuk kahwin dengan awek i dulu. Tapi you yang perangkap i dengan taktir kotor you tu. I tahu dari dulu lagi you memang tak puas hati dengan kawan baik you kan, that’s why you buat dia sakit hati..!!” Kata-kata dari Raof itu membuatkan hati Jasmin bertambah sakit.
       
   Dicapainya pasu bunga di sebelah dan dicampaknya. Nasib baik Raof sempat mengelak. Dia dah biasa dengan perangai panas baran isterinya. Terus dicapai kunci kereta miliknya di atas meja dan berlalu pergi dari rumah tersebut. Lagi lama dia di rumah itu, lagi terseksa rasanya. Jasmin melihat langkah suaminya pergi. Dia merasakan dirinya lemah, terus dia terduduk di atas lantai. Air mata laju mengalir di pipi. Ya, dia menangis....menangis meratapi nasib dirinya.


       **************************************************************************************


   “ wah..lawa kau malam ni Jue.” Tersengih dia mendengar pujian dari Sheera. Mieza dan rakan-rakan lain juga turut memuji keanggunannya pada malam itu.

   “ Kau pun apa kurangnya Sheera, bukan main lagi kau malam ni.” Sheera mengenakan dress labuh berwarna hitam dihiasi corak halus yang menimbulkan lagi kecantikan si pemakai. Rambutnya pula disanggul rapi bagi.

   “ Jangan puji lebih-lebih jue...kembang aku dengar kau puji, malu aku! Kang tak pasal-pasal terkoyak baju ni.” Jumaidah ketawa kecil, begitu juga dengan Mieza di sebelah.

   “ Jue, kau datang dengan tunang kau kan...mana dia?” Mieza bertanya sambil tangannya membetulkan dress yang dipakai.

    “ Ha’a lah jue, tunang kau yang mana satu? Aku tak tengok lagi tunang kau tu...” Mieza memang dah kenal dengan tunang jumaidah. Cuma Sheera je yang tak kenal lagi dengan Zaidi. Jumaidah menundingkan jarinya ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Farish.

    “ Uih, ensem ye bakal suami kau. Untunglah kau!! Kawan baik bos lagi tu. Siapa ye nama tunang kau tu, aku lupalah.” Sekali lagi Jumaidah tersenyum mendengar sahabatnya itu memuji tunangnya pula.

    “ Mohamad Zaidi Ariffin.”

    “ Kau pula mieza,mana partner kau malam ni?”

    “ Eh, tadi dia ada kat sini...tiba-tiba hilang pula.” Matanya meliar di sekeliling ballroom itu. Kemudian pandangannya terhenti di sudut bahagian deretan makanan.

    “ Tu ha...kat tempat makanan. Sorrylah wei, pakwe aku memang camtu. Pantang nampak makanan.” Segera dia melangkah mendekati teman lelakinya. Jumaidah dan Sheera tersenyum melihat telatah teman lelaki mieza itu.

    “ Meriah juga ye jamuan syarikat ni. Selalu memang camni ke jue?”

    “ Ha’ah...lagipun orang dari company lain pun datang, bukan staff kita je. Kau datang dengan siapa ni?dengan Farish ye...”

    “ Uih..apa pula dengan mamat tu. Aku datang dengan abang aku lah. Dia yang jadi partner aku malam ni.”

    “ Korang berdua dah tak macam dulu kan. Selalunya koranglah yang buat kecoh dalam ofis kita tu. Kebelakangan ni aku tengok masing-masing dah lain. Baik kau bagitahu aku cepat, korang ni ade something ke?...” Sheera dah naik segan bila diusik dengan kawannya. Rupanya bukan dia je perasan, satu ofis pun sedar akan  perubahan antara dia dengan bos.
      “ Takde apa-apalah..kau je yang salah sangka.” Seboleh-bolehnya dia bina ayat cover. Jumaidah tersenyum mendengar alasan dari sheera. Dilihatnya mata sheera memandang sekeliling.

      “ Kau cari siapa?”

      “ Abang aku...” Tiba-tiba pandangannya berhenti mencari Syafiq,abangnya. Mata dia tertancap pada seseorang dari jauh. Seolah-olah tersedar dirinya direnung, lelaki itu turut membalas pandangan matanya.

       ‘ Oh no...please don’t tell me that’s Raof....’ Rintihnya di dalam hati. Raof mula berjalan perlahan menuju ke arahnya. Semakin hampir lelaki itu mendekati dirinya semakin jantungnya seakan-akan mahu gugur.

       ‘ Ya Allah...bantulah aku...’


  1. sahara cpt smbug!!!!sy da xleh tguuu ni...so xcited...hihi