cinta is l0ve...bab 18


.

bab 18











    Setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Semakin lama, semakin ramai yang bertandang di kediaman milik Encik Mustafa. Puan Faridah dan suami masing-masing tak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Di tingkat atas, bilik Sheera juga meriah dipenuhi oleh sanak saudara dan rakan-rakan.



      “ Takutlah tu...” Kak huda mengusik bakal pengantin di depannya. Sheera mencubit lembut tangan housemate Mieza itu. Memandangkan Jumaidah dah kahwin, tinggallah Mieza dengan Kak huda.

       “ Kak Huda ni...orang tengah risau makin diusik. Jahatlah akak ni!” Sengaja dia menarik muka masam.

       “ Ha, buatlah muka masam tu! Karang aku tarik mulut tu baru tau!” Mieza pula yang mengusik. Dari tadi lagi setiap orang yang masuk ke bilik itu pasti akan bergurau senda dengan Sheera. Terdengar ketukan di luar pintu. Entah siapalah di luar sana.

        “ Siapa tu? Masuklah.” Jumaidah menyuruh.

        “ Chak!” Terjengul wajah eyqa di muka pintu. Tersengih-sengih dengan baju kurung sutera berwarna ungu violet.

        “ Hai eyqa..” Tegur Sheera sambil tersenyum.

        “ Wah, cantiknya kau Sheera. Hmm...mesti suami kau tak sabar-sabar menanti malam ni.” Eyqa menepuk bahu sepupunya itu dengan perlahan.

        “ Kurang asam kau eyqa. Kau kenakan aku balik.” Mengekeh Eyqa dengan kata-kata Sheera itu.

         “ Kau bila nak ada isi ni eyqa?” Jumaidah bertanya. Eyqa hanya tersenyum sambil memegang perutnya.

         “ Dah dua bulan pun...” Terbeliak biji mata Sheera mendengarnya. Semua yang ada di bilik itu turut gembira apabila mendengar berita yang tersebut.

           “ Wah...bukan main meriah lagi bilik ni. Sheera, papa kau panggil keluar. Pihak dari pengantin lelaki dah pun sampai. Jon semua keluar.” Fathiha memberitahu dari muka pintu, lantas semua yang ada di bilik itu pun keluar.

     Apabila tuk kadi mula berbicara, suasana di ruang tamu senyap. Masing-masing menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh tuk kadi terutamanya pengantin lelaki.

      “ Saya hari ni ada tiga pernikahan yang kena urus, oleh itu lebih baiklah kita cepatkan urusan kat sini ye...” Semua mengangguk tanda setuju.

     “ Err...Farish.” Tok kadi memanggil nama pengantin lelaki.

     “ Ye tok..”

     “ Kamu dah dengar jelas kan apa yang tok dah cakap tadi?” Farish hanya mengangguk.

     “ Kamu tahu kan rukun islam dengan rukun iman?” Dia mengangguk lagi.

     “ Tok..kalau dia tak tahu, bagi penampar je.” Suara dari Firdaus mengamatkan suasana. Masing-masing tergelak.

     Sudah...jangan diusik pengantin lelaki kita ni. Nanti bertambah gugup si Farish ni. Kalau kamu dah tahu semua baguslah. Atok saja je tanya tadi. Baiklah, kita mulakan ye.” Tok kadi memulakan upacara akad nikah.

     First round, Farish terlupa sebut bilangan jumlah mas kahwin. So, tak sah!
     Second round, tok kadi tu pula yang tersilap ucap,boleh pula dia tersalah sebut nama pengantin perempuan. Tak sah lagi.
     Third round barulah masing-masing ucap dengan betul. Semua saksi yang ada kat situ setuju dengan akad nikah tersebut.

       “ Sah...sah...” Masing-masing bersuara. Selesai sudah upacara akad nikah pada masa itu. Semua menadah tangan apabila tok kadi membaca doa. Farish dan Sheera menarik nafas lega.

       Selepas akad nikah, upacara menyarung cincin dijalankan. Farish menyarung cincin pusaka keluarga di jari manis isterinya. Sheera menyalam dan mencium tapak tangan suaminya. Farish memberikan ciuman di dahi gadis itu. Masa time cium tu bukan main lama lagi. Yela, kena paksa dengan orang ramai sebab kes nak tangkap gambar. Bertambah-tambah malu pasangan pengantin tu dibuatnya. Pada keesokan hari akan diadakan majlis meraikan pengantin baru di depan rumahnya dan pada minggu hadapan akan diadakan majlis sebelah pihak lelaki di dewan perdana felda yang terletak di kuala lumpur.

       Masa hari pernikahan tu, pengantin lelaki tak boleh tinggal dengan pengantin perempuan. Kalau nak tinggal mestila selepas hari esok, selepas kedua-duanya bersanding. Itulah pesan atok Sheera kepada Farish. Datuk dia cuma tinggal sorang je, itu pun ada harapan lagi nak cari calon bini. Lagi satu datuk dia ni terkenal dengan sifat yang garang walaupun kadang-kadang terserlah sifat nakalnya.

       “ Farish, kau nak tunggu sampai bila kat sini? Jom balik.” Ajakan dari Firdaus tidak dipedulikan. Dia masih setia duduk di sebelah Sheera. Seolah-olah mereka berdua berada dalam dunia sendiri.

       “ Aduh!!...mamat ni! Pekak ke? Mak cik, tengok menantu mak cik ni. Puas saya jerit suruh balik. Esokkan nak sanding pula.” Kali ni dia cuba memujuk Puan Faridah pula memanggil Farish. Ketika itu semua tetamu dan rombongan pihak lelaki sudah pun pulang termasuklah ibu bapa Farish sekali. Firdaus ditugaskan oleh Tan Sri Rizdan utntuk membawa Farish pulang. Yang tinggal hanyalah segelintir saudara mara terdekat belah keluarga pengantin perempuan.

       “ Ishh..budak bertuah ni. Farish...” Sekali lagi panggilan tidak dijawab. Puan Faridah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

       ‘ Camne ni? Dua-dua dah angau. Parah ni...ha!..kali ni mesti menjadi.’ Firdaus melihat Puan Faridah berlari anak ke tingkat atas. Dia hanya setia menanti di sofa.

        “ Awak, pergilah balik. Esok kan kita nak bersanding...”

        “ Ha, apa saya kata tadi? Dah lupa ek..” Dicuit hidung isterinya itu. Sheera tersenyum bahagia. Dari jauh Syafiq dan Firdaus merasa kegelian yang amat. Terus dikalihkan pandangan ke televisyen. Tak sanggup nak tengok orang tengah berasmaradana kat situ.

         “ Sorry kay...abang, pergilah balik. Esok abang tidurlah sini. Kesian ayang tengok Firdaus tu. Nanti tak pasal-pasal abang penat pula esok.”

          “ Alah...demi ayang abang sanggup penat.”

          “ Sanggup penat ye!! Kau nak balik ke tak ni?!” Kedua-dua terkejut melihat atok sudah pun berada di hadapan mereka sambil memegang rotan di sebelah tangan. Puan Faridah dari jauh dah mengekeh ketawa. Begitu juga dengan semua penghuni rumah tersebut. Atok dah pun mengacah-acah mahu merotan Farish. Seboleh-bolehnya Farish cuba mengelak.
 
           “ err..nak baliklah ni tok! Oklah ayang, abang blah dulu.” Terus Sheera menyalam tangan suaminya itu. Tergelak kecil dia melihat Farish kelam kabut berlari ke kereta.

          “ Ha, kau ni tersenyum-senyum!! Tak nak masuk tidur?!” Kali ni turn Sheera pula kena. Sheera tersenyum manja menghampiri atok dan mencium pipinya kemudian cabut ke bilik.

          “ Kau tak nak balik ke?!” Dia menerjah Firdaus pula. Terus Firdaus terdiam. Firdaus menghampiri Atok dan bersalam. Masa atok dah angkat rotan tu, laju je dia cabut. Syafiq dah terguling-guling atas karpet menahan ketawa yang tak sudah. Tanpa dia sedar atok berdiri di belakang. Dia menarik sebelah telinga cucu lelakinya itu. Bukan main mengeliat lagi Syafiq menahan sakit kena cubit.

          “ Kau dah habis tolong basuh pinggan mangkuk kat belakang belum?!” Tarikan di telinga dilepaskan.

          “ Belum tok!!”

          “ Dah tu pergi tolong cepat sebelum dengan kau sekali aku basuhkan.” Tersengih Syafiq bila ditegur. Rotan diangkat sekali lagi, kali ni sengih-sengih dah takde dah, hanya bunyi tapak kaki berlari kedengaran.

          “ Huh..penat aku melayan perangai budak-budak ni!” Dari jauh Puan Faridah dan Encik Musatafa tersenyum melihat keriuhan yang berlaku pada hari.



    ************************************************************************************************



       Majlis kenduri berjalan dengan meriah dan lancar. Farish merasa lega. Dari tadi dia melihat Sheera tak habis-habis berbual dengan rakan-rakan dan saudara mara yang datang. Farish membuka bajunya dan dilemparkan ke atas sofa di sudut bilik. Penat terasa. Dia mahu membersihkan diri dan solat isyak sebentar lagi.

        Selesai solat, dia perasan yang Sheera sudah pun masuk ke bilik tidur. Gadis itu awal-awal sudah mandi ketika Farish menunaikan solat sebentar tadi.

        “ Assalamualaikum...” Tenang dia menuturkan salam untuk isteri tercinta. Sambil itu matanya mengerling Sheera yang memakai baju tidur berlengan pendek. Rambut yang sudah hampir ke paras pinggang dibiarkan lepas dan disisir dengan rapi.
 
        “ Wa’alaikumussalam...” Sheera menjawab sambil tersenyum.

      Dia mengambil baju suaminya di atas sofa dan diletakkan di dalam bakul. Dari tadi dia perasan yang suaminya asyik memerhatikan dia. Malam ini Farish merasa kecantikan Sheera yang begitu luar biasa. Farish duduk di atas katil. Tangannya menepuk katil dengan perlahan tanda menyuruh isterinya duduk disebelah. Sheera masih lagi tidak berganjak di sofa. Saja dia berpura-pura tidak melayan suaminya. Dalam hati dah malu yang amat.

      Pantas Farish berdiri dan dihampiri isterinya itu. Direnung wajah Sheera lama, lehernya jinjang, alisnya terbentuk cantik, entah mengapa dia tiba-tiba rasa tidak sabar. Jarinya mengusap lengan isterinya yang cantik

      “ Hmm..wangi bau ayang. Nak goda abang ye?” Sheera hanya mendiamkan diri. Namun bibir mungilnya menguntumkan senyuman. Bertambah-tambah cantik apabila Farish melihat senyuman itu.

       “ Jomlah tidur, abang ngantuklah...” Saja dia membuat alasan begitu. Tangan isterinya ditarik ke katil. Sheera hanya mengikut langkah suaminya. Dia atas katil, tangan Farish dah meliar sana sini. Kadang-kadang Sheera ketawa kegelian bila tangan suaminya tak duduk diam.


       “ Abang..”

       “ Hmm...”

       “ Nak bagitahu something ni....”

       “ Apa dia?...”

       “ Takut abang marah...”

       “ Malam ni mood abang baik. Takkan marah punya...”

       “ Betul ni?”

       “ Iye...bagitahu jela...”

       “ Ayang ABC la bang hari ni..” Farish mengerutkan dahi.

       “ Ha? ABC? Apa tu?” Tersenyum Sheera bila suaminya bertanya. Sah-sah tak tahulah tu.

        “ Allah Bagi Cuti...a.k.a saya tengah datang bulan sekarang ni.”


Lepas je dengar kenyataan yang agak ringkas tu, Farish menepuk dahinya.


      ‘ Wargh!! haru je...malam first lak tu!!’ Jeritnya di dalam hati. Sheera dah mengekeh ketawa.

         “ Nampaknya abang kena puasa seminggu.hehe...”

         “ Aduh, peritnya abang rasa yang...tapi nak buat camne kan. Sedih...” Sheera mengusap pipi suaminya dengan lembut. Kemudian dia berbaring di atas katil. Ditepuk bantal di sebelah menyuruh suaminya berbaring di situ.

          “ Tak dapat malam ni pun takpelah...tidur sama pun jadilah. Nak peluk ayang puas-puas malam ni. Nak tak nak kenalah abang puasa tujuh hari..huhu.” Kepalanya sudah pun diletakkan di atas bantal. Sheera meletakkan kepala di dada suaminya dan tangannya dilingkarkan di sekeliling pinggang Farish. Suaminya membalas pelukan isterinya  sambil mencium ubun-ubun rambut wanita itu. Mereka berbual bersama sehingga masing-masing melelapkan mata.







p/s : Tak bape reti nak buat jiwang2 sangat. Hehe...camni pun jadilah ye. Hope enj0y=)

  1. suke sgt..cpt smbug ek...xsabo ni...hihi