cinta is l0ve...bab 30
.
bab 30
“ Assalamualaikum...”
“ Waalaikumussalam...Jasmin! akhinya kau sampai juga. Berjanggut aku
tunggu kau tau.”
“ Hehe, janganlah marah. Mana pengantin?”
“ Ada kat bilik dia. Kenapa tak datang masa akad nikah pagi tadi?”
“ Sorryla Sheera, malam semalam aku dengan Raof ada date..hehe.”
“ Wah...cer citer lagi apa yang jadi.”
“ Kau ni nak aku cerita lebih-lebih pula. Seganla..huhu. Aku dengan dia still lagi
macam dating ye...alhamdulillah sekarang semua dah berubah. Dia dah mengaku dia
cintakan aku Sheera. Tak sia-sia aku berdoa, akhirnya dia boleh terima aku.” Senyuman
terbit di bibir menandakan sahabatnya itu benar-benar bahagia.
“ Aku bahagia bila dengar hubungan korang dah
makin baik. Alhamdulillah...” Sheera juga turut tersenyum.
Kelihatan Raof di muka pintu memandang
mereka berdua. Raof megangkat tangan pada Sheera dan memberi senyuman pada
kedua-duanya. Raof menghampiri Farish dan bersalam. Kini hubungannya dengan
Farish juga semakin baik. Sambil bersembang dengan Farish, mata dijeling ke
arah si isteri. Bila mata dia bertentang dengan mata Jasmin, masing-masing
tersenyum malu. Semuanya gara-gara date semalam. Macam first date pula,
walaupun mereka sudah lama berkahwin. Kini hatinya benar-benar sudah terisi
dengan kehadiran Jasmin. Benarlah kata sahabatnya, hafiz. Jasmin yang sekarang
bukan lagi Jasmin yang dulu. Terasa lengan Jasmin disiku oleh Sheera..
“ Amboi..main jeling-jeling. Dahlah
tu, jap lagi kau balik rumah kau jeling suami kau tu puas-puas. Sekarang ni kom
jumpa pengantin. Dia dah merajuk dah tu, dari tadi dia tunggu kau.”
“ Alamak..mieza merajuk ngan aku ke?”
“ Yela, janji nak datang awal.
Hehe...dah lah tu. Jom..” Tangan
Jasmin ditarik masuk ke dalam bilik di hujung sekali. Apabila dia masuk,
kelihatan Isya, Jumaidah, Eyqa dan beberapa orang lain lagi turut berada dalam
bilik tersebut. Mieza sudah pun siap dimekapkan dan setia menanti upacara
bersanding pula.
“ Kau ni Mieza, aku dah cakap jangan
diusik mata tu. Kan dah comot balik celak tu.” Riuh mulut Jumaidah bercakap sambil
membetulkan mekap di wajah si pengantin. Mieza tersengih-tersengih. Dari tadi
lagi asyik kena bebel dengan Jue sebab tangan gatal usik sana sini. Akibatnya
kena marah dek mak andam a.k.a teman sepejabat. Mak andam yang diupah tidak
dapat hadir disebabkan hal yang tidak boleh dielak. Nasib baik Jumaidah pandai
bab-bab ni. Senang sikit.
“ Jasmin baru sampai?” Tegur eyqa pula. Jasmin hanya
mengangguk sambil tersenyum. Mieza baru perasan kehadiran Jasmin dan
memandangnya sambil bercekak pinggang. Jasmin merapatkan kedua-dua belah tapak
tanggannya tanda ampun sambil tersengih melihat Mieza.
Isya sibuk bermain dengan budak-budak kecil
di dalam bilik tu. Yang budak lelaki tu anak Jumaidah, yang perempuan anak
Eyqa. Tapi sekarang ni eyqa tengah mengandung anak kedua. Kak huda tidak dapat hadir ke kenduri kahwin
tersebut kerana dia ada urusan di Jepun. Sheera pula dilihat sibuk mengenakan
Mieza. Memang hari ni Mieza je asyik kena kacau dengan teman-teman yang hadir.
Meriah bilik tu dengan suasana yang penuh dengan gelak tawa.
“ Ibu....ran ucik rina!”
Seorang budak kecik yang berusia empat tahun lebih masuk ke bilik sambil
memegang kain baju ibunya.
“ Apa yang ran dah buat pula kali ni sayang...” Sheera duduk di atas karpet sambil
memeluk anak daranya. Dia dikurniakan sepasang kembar. Seorang lelaki yang
comel mengikut paras ayahnya dan seorang anak perempuan yang mengikut wajahnya.
Anak perempuannya diberi nama Nur Ezlin Shazrina.
“ Dia tarik ambut rina...”
pelat anaknya berbicara. Sheera bangkit dan mendukung anak perempuannya.
Langkah kaki diatur keluar rumah mencari
kelibat sang hero kenit. Di ruang khemah tidak kelihatan anaknya. Cari pula di
dalam rumah, juga tiada.
“ mana abang kamu ni rina??”
“ cari siapa ni?” Tegur
ibu si pengantin perempuan. Dari tadi dia melihat Sheera mundar mandir kat
situ.
“ Cari anak saya lagi sorang ni. Mak cik nampak?”
“ Owh..rasanya suami kamu bawa dia kat belakang rumah kalau tak silap.
Diorang pergi sungai kat belakang tu kot.” Sheera mengucapkan terima kasih kepada ibu mieza dan
segera kaki bergerak di belakang rumah. Belakang rumah mieza memang terdapat
anak sungai. Dia menyangka mesti Farish membawa anaknya main di sungai
tersebut.
“ Ran!!...” Nama anaknya dilaung. Namun tiada pula kelibat anaknya
di sungai. Tapi dia terdengar ada suara yang ketawa tidak jauh dari situ. Terus
dia pergi melihat disebalik kebun yang berhampiran di situ. Kelihatan anak
lelakinya sedang ketawa sambil memandang ke atas.
“ Mohamad Syazran Abdullah bin Farish
Daniel!!” Ha, ambil
kau...bukan main nama penuh anak disebut. Ran terus menoleh ke arah ibunya.
Rina di sebelah dah ketawa terkekek-kekek.
“ Buat apa kat situ tu...banyak
nyamuklah sayang.”
Terus dihampiri anaknya. Shazran hanya tersengih. Dia tahu ibunya takkan garang
dengan dia.
“ Ni kenapa kacau adik tadi?”
“ Ala, ran usik sikit je...” Berbanding adiknya, Shazran petah
berbicara dan tidak pelat. Jelingan mata berpadu dengan jelingan Syazrina.
Dua-dua anaknya itu pantang kalau sehari tak bergaduh. Bila difikir-fikir balik,
sama juga keadaan dia dengan Syafiq masa dulu-dulu. Selalu bergaduh, tapi
Syafiq juga selalu melindunginya. Sama lah juga dengan anak lelakinya itu,
walaupun selalu mengusik adiknya, namun adiknya tetap disayang.
“ Ayah mana?” Mata Sheera melilau sekeliling. Kedua-dua anak
kembarnya tergelak kecil.
“ Ni apahal gelak-gelak ni?? Baik bagitahu
ibu cepat...” Tangan Sheera sudah dibuat aksi ala-ala ketam mahu mencubit.
Namun ugutannya lansung tak makan saman. Kedua-dua anaknya tetap ketawa.
“ Sorryla ibu, ayah dah pesan
tadi. Kalau ibu datang cari, ayah cakap jangan bagitahu yang dia tengah panjat
pokok ni.” Automatik
kedua-dua belah tapak tangan menutup mulut. Kantoi....rina kat sebelah menepuk
dahi. Apa ke jujur bebeno abang kembar dia ni. Sheera mendongak memandang ke
atas.
“ Abang...apa yang abang buat tu.
Jatuh karang baru tahu.”
“ Hehe...hai sayang. Abang tiba-tiba
rasa nak memanjat. Dah lama tak panjat pokok ni.” Dilihat Sheera sudah bercekak
pinggang. Alamak, isteri dah nak tunjuk tanda marah tu...
“ Yela tu, jatuh nanti padan muka! turunlah”
“ Ala, relaksla ayang...abang ni
hero. Takkan jatuh punyalah!”
Begitu bangga dia menyebut perkataan tu sampaikan tak sedar yang dia terpijak
ranting rapuh. Akhirnya....
BUKK!!!
Mata Syazran ditutup oleh tangan Rina.
Mata Rina ditutup oleh tangan Shazran. Tak sanggup nak tengok bapa sendiri
kecundang dari pokok tu. Tadi bukan main berlagak. Sheera menutup mulutnya dan
berlari mendapatkan Farish.
“ Tulah...orang dah warning
awal-awal. Degil lah abang ni!”
Hinggap pula satu cubitan di bahu suami. Farish yang sedang menahan sakit di kaki
bertambah sakit kena dengan cubitan dari Sheera.
“ Aduh..sakitlah ayang cubit. Tak
kesian ke kat abang ni...”
“ Kesian tu memang kesian, tapi abang
tu degil sangat. Konon nak menunjuk depan anak.huh..”
“ Ala yang....don’t mad at me. I’m
sorry kay...”
“ Lain kali jangan buat lagi. I’m
deadly scare if something happened to you.” Mulut dicebikkan. Diri sudah berpeluk tubuk. Seakan
kanak-kanak kecil merajuk.
“ Okay...abang promise. Jangan marah
ek, do you love me?”
“ Of course i love you...that’s why i don’t
want something bad happend.”
Hidung isteri dicuit mesra. Ditarik tubuh
isterinya supaya dapat dipeluk. Sheera hanya membiarkan sahaja. Terlupa pula
yang anak mereka berdua dari tadi lagi asyik tengok. Rina menarik baju Ran
perlahan...Ran menoleh.
“ Pe?”
“ Ran...love tu pe?”
“ Love tu cinta la...”
“ Owh...tapi cinta tu apa?” Shazran menepuk dahinya. Slow pickup
betul kembar dia ni.
“ Cinta is love...” Serentak kedua-dua ibu bapanya menjawab.
Shazran akhirnya turut ketawa apabila melihat Farish dan Sheera
tergelak. Shazrina garu-garu kepala.
“ Sheera! Buat apa kat situ. Rombongan lelaki
dah sampai. Cepatlah!” Jasmin menjerit dari jauh. Dilihat anak kembarnya
berlari ke arah Jasmin. Dia juga mahu berlalu dari situ tetapi langkahnya
terhenti apabila Farish menarik lengannya.
“ Apa abang ni...jomlah cepat. Pengantin lelaki dah sampai tu.”
“ Biarkanlah. Abang nak dating
dengan ayang.” Kali
ni pinggang isterinya dipeluk erat.
“ Abang...jangan main-mainlah. Jom
cepat. Malu orang nampak nanti.”
Farish masih lagi tersenyum memandang wajah Sheera. Lansung tidak dipedulikan
kata isterinya.
“ You really made my life be more
colourful....” Sheera
terdiam. Menanti kata-kata yang seterusnya.
“
and now plus two lovely kids that you give me. You know what...i think
i’m the lucky person in the whole world because i got you to be my wife. You
will be forever stay in my heart and...” Belum sempat Farish mahu menghabiskan ayat cintanya,
terasa bibir bersatu dengan bibir wanita yg sedang dipeluk itu. Terpana dia
buat seketika. Sheera tersengih. Lalu pelukan suaminya dilonggarkan. Dia
mencuit hidung mancung Farish dan berlari ke arah rumah. Baru beberapa langkah
berlari dia berhenti dan badan dipusingkan ke belakang. Farish masih lagi kaku
berdiri di situ.
“ Farish Daniel...!” Laungnya dari jauh.
“ Even you already become my husband, i will always love you forever
and ever!!” Walaupun agak terang dan nyata dia laung kalimah cinta, namun
dalam hati lebih terasa cinta yang bertahta. Bibir Farish terukir satu senyuman
bahagia. Terus dihampiri isterinya dan tangan mereka bersatu.
p/s : Huhu...alhamdulillah tamat. Sebenarnye bab
ending ni payah ckt nak pikir. Tapi ni jela yang terbaik aku leh wat mase ni.
Hehe..hope sukela ye...thanz 4 de supp0rt=)
nice ending..xsabo nk tggu cte yg seterusnye dr sahara..hihi