cinta is l0ve...bab 30


.

bab 30







      “ Assalamualaikum...”

      “ Waalaikumussalam...Jasmin! akhinya kau sampai juga. Berjanggut aku tunggu kau tau.”

      “ Hehe, janganlah marah. Mana pengantin?”

      “ Ada kat bilik dia. Kenapa tak datang masa akad nikah pagi tadi?”

      “ Sorryla Sheera, malam semalam aku dengan Raof ada date..hehe.”

      “ Wah...cer citer lagi apa yang jadi.”

      “ Kau ni nak aku cerita lebih-lebih pula. Seganla..huhu. Aku dengan dia still lagi macam dating ye...alhamdulillah sekarang semua dah berubah. Dia dah mengaku dia cintakan aku Sheera. Tak sia-sia aku berdoa, akhirnya dia boleh terima aku.”  Senyuman terbit di bibir menandakan sahabatnya itu benar-benar bahagia.

      “ Aku bahagia bila dengar hubungan korang dah makin baik. Alhamdulillah...” Sheera juga turut tersenyum.

     Kelihatan Raof di muka pintu memandang mereka berdua. Raof megangkat tangan pada Sheera dan memberi senyuman pada kedua-duanya. Raof menghampiri Farish dan bersalam. Kini hubungannya dengan Farish juga semakin baik. Sambil bersembang dengan Farish, mata dijeling ke arah si isteri. Bila mata dia bertentang dengan mata Jasmin, masing-masing tersenyum malu. Semuanya gara-gara date semalam. Macam first date pula, walaupun mereka sudah lama berkahwin. Kini hatinya benar-benar sudah terisi dengan kehadiran Jasmin. Benarlah kata sahabatnya, hafiz. Jasmin yang sekarang bukan lagi Jasmin yang dulu. Terasa lengan Jasmin disiku oleh Sheera..


         “ Amboi..main jeling-jeling. Dahlah tu, jap lagi kau balik rumah kau jeling suami kau tu puas-puas. Sekarang ni kom jumpa pengantin. Dia dah merajuk dah tu, dari tadi dia tunggu kau.”

         “ Alamak..mieza merajuk ngan aku ke?”

         “ Yela, janji nak datang awal. Hehe...dah lah tu. Jom..” Tangan Jasmin ditarik masuk ke dalam bilik di hujung sekali. Apabila dia masuk, kelihatan Isya, Jumaidah, Eyqa dan beberapa orang lain lagi turut berada dalam bilik tersebut. Mieza sudah pun siap dimekapkan dan setia menanti upacara bersanding pula.

          “ Kau ni Mieza, aku dah cakap jangan diusik mata tu. Kan dah comot balik celak tu.” Riuh mulut Jumaidah bercakap sambil membetulkan mekap di wajah si pengantin. Mieza tersengih-tersengih. Dari tadi lagi asyik kena bebel dengan Jue sebab tangan gatal usik sana sini. Akibatnya kena marah dek mak andam a.k.a teman sepejabat. Mak andam yang diupah tidak dapat hadir disebabkan hal yang tidak boleh dielak. Nasib baik Jumaidah pandai bab-bab ni. Senang sikit.

          “ Jasmin baru sampai?” Tegur eyqa pula. Jasmin hanya mengangguk sambil tersenyum. Mieza baru perasan kehadiran Jasmin dan memandangnya sambil bercekak pinggang. Jasmin merapatkan kedua-dua belah tapak tanggannya tanda ampun sambil tersengih melihat Mieza.

    Isya sibuk bermain dengan budak-budak kecil di dalam bilik tu. Yang budak lelaki tu anak Jumaidah, yang perempuan anak Eyqa. Tapi sekarang ni eyqa tengah mengandung anak kedua.  Kak huda tidak dapat hadir ke kenduri kahwin tersebut kerana dia ada urusan di Jepun. Sheera pula dilihat sibuk mengenakan Mieza. Memang hari ni Mieza je asyik kena kacau dengan teman-teman yang hadir. Meriah bilik tu dengan suasana yang penuh dengan gelak tawa.


        “ Ibu....ran ucik rina!” Seorang budak kecik yang berusia empat tahun lebih masuk ke bilik sambil memegang kain baju ibunya.

        “ Apa yang ran dah buat pula kali ni sayang...” Sheera duduk di atas karpet sambil memeluk anak daranya. Dia dikurniakan sepasang kembar. Seorang lelaki yang comel mengikut paras ayahnya dan seorang anak perempuan yang mengikut wajahnya. Anak perempuannya diberi nama Nur Ezlin Shazrina.

        “ Dia tarik ambut rina...” pelat anaknya berbicara. Sheera bangkit dan mendukung anak perempuannya.


       Langkah kaki diatur keluar rumah mencari kelibat sang hero kenit. Di ruang khemah tidak kelihatan anaknya. Cari pula di dalam rumah, juga tiada.


        “ mana abang kamu ni rina??”

        “ cari siapa ni?” Tegur ibu si pengantin perempuan. Dari tadi dia melihat Sheera mundar mandir kat situ.

        “ Cari anak saya lagi sorang ni. Mak cik nampak?”

        “ Owh..rasanya suami kamu bawa dia kat belakang rumah kalau tak silap. Diorang pergi sungai kat belakang tu kot.” Sheera mengucapkan terima kasih kepada ibu mieza dan segera kaki bergerak di belakang rumah. Belakang rumah mieza memang terdapat anak sungai. Dia menyangka mesti Farish membawa anaknya main di sungai tersebut.

          “ Ran!!...” Nama anaknya dilaung. Namun tiada pula kelibat anaknya di sungai. Tapi dia terdengar ada suara yang ketawa tidak jauh dari situ. Terus dia pergi melihat disebalik kebun yang berhampiran di situ. Kelihatan anak lelakinya sedang ketawa sambil memandang ke atas.

          “ Mohamad Syazran Abdullah bin Farish Daniel!!” Ha, ambil kau...bukan main nama penuh anak disebut. Ran terus menoleh ke arah ibunya. Rina di sebelah dah ketawa terkekek-kekek.

          “ Buat apa kat situ tu...banyak nyamuklah sayang.” Terus dihampiri anaknya. Shazran hanya tersengih. Dia tahu ibunya takkan garang dengan dia.

          “ Ni kenapa kacau adik tadi?”

          “ Ala, ran usik sikit je...” Berbanding adiknya, Shazran petah berbicara dan tidak pelat. Jelingan mata berpadu dengan jelingan Syazrina. Dua-dua anaknya itu pantang kalau sehari tak bergaduh. Bila difikir-fikir balik, sama juga keadaan dia dengan Syafiq masa dulu-dulu. Selalu bergaduh, tapi Syafiq juga selalu melindunginya. Sama lah juga dengan anak lelakinya itu, walaupun selalu mengusik adiknya, namun adiknya tetap disayang.

          “ Ayah mana?” Mata Sheera melilau sekeliling. Kedua-dua anak kembarnya tergelak kecil.

          “ Ni apahal gelak-gelak ni?? Baik bagitahu ibu cepat...” Tangan Sheera sudah dibuat aksi ala-ala ketam mahu mencubit. Namun ugutannya lansung tak makan saman. Kedua-dua anaknya tetap ketawa.

          “ Sorryla ibu, ayah dah pesan tadi. Kalau ibu datang cari, ayah cakap jangan bagitahu yang dia tengah panjat pokok ni.” Automatik kedua-dua belah tapak tangan menutup mulut. Kantoi....rina kat sebelah menepuk dahi. Apa ke jujur bebeno abang kembar dia ni. Sheera mendongak memandang ke atas.

           “ Abang...apa yang abang buat tu. Jatuh karang baru tahu.”

           “ Hehe...hai sayang. Abang tiba-tiba rasa nak memanjat. Dah lama tak panjat pokok ni.” Dilihat Sheera sudah bercekak pinggang. Alamak, isteri dah nak tunjuk tanda marah tu...

            “ Yela tu, jatuh nanti padan muka! turunlah”

            “ Ala, relaksla ayang...abang ni hero. Takkan jatuh punyalah!” Begitu bangga dia menyebut perkataan tu sampaikan tak sedar yang dia terpijak ranting rapuh. Akhirnya....

  
BUKK!!!


      Mata Syazran ditutup oleh tangan Rina. Mata Rina ditutup oleh tangan Shazran. Tak sanggup nak tengok bapa sendiri kecundang dari pokok tu. Tadi bukan main berlagak. Sheera menutup mulutnya dan berlari mendapatkan Farish.

          “ Tulah...orang dah warning awal-awal. Degil lah abang ni!” Hinggap pula satu cubitan di bahu suami. Farish yang sedang menahan sakit di kaki bertambah sakit kena dengan cubitan dari Sheera.

          “ Aduh..sakitlah ayang cubit. Tak kesian ke kat abang ni...”

          “ Kesian tu memang kesian, tapi abang tu degil sangat. Konon nak menunjuk depan anak.huh..”

          “ Ala yang....don’t mad at me. I’m sorry kay...”

          “ Lain kali jangan buat lagi. I’m deadly scare if something happened to you.” Mulut dicebikkan. Diri sudah berpeluk tubuk. Seakan kanak-kanak kecil merajuk.

           “ Okay...abang promise. Jangan marah ek, do you love me?”

           “ Of course i love you...that’s why i don’t want something bad happend.”


     Hidung isteri dicuit mesra. Ditarik tubuh isterinya supaya dapat dipeluk. Sheera hanya membiarkan sahaja. Terlupa pula yang anak mereka berdua dari tadi lagi asyik tengok. Rina menarik baju Ran perlahan...Ran menoleh.

            “ Pe?”

            “ Ran...love tu pe?”

            “ Love tu cinta la...”

            “ Owh...tapi cinta tu apa?” Shazran menepuk dahinya. Slow pickup betul kembar dia ni.

            “ Cinta is love...” Serentak kedua-dua ibu bapanya menjawab. Shazran akhirnya turut ketawa apabila melihat Farish dan Sheera tergelak. Shazrina garu-garu kepala.

            Sheera! Buat apa kat situ. Rombongan lelaki dah sampai. Cepatlah!” Jasmin menjerit dari jauh. Dilihat anak kembarnya berlari ke arah Jasmin. Dia juga mahu berlalu dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila Farish menarik lengannya.

             “ Apa abang ni...jomlah cepat. Pengantin lelaki dah sampai tu.”

             “ Biarkanlah. Abang nak dating dengan ayang.” Kali ni pinggang isterinya dipeluk erat.

             “ Abang...jangan main-mainlah. Jom cepat. Malu orang nampak nanti.” Farish masih lagi tersenyum memandang wajah Sheera. Lansung tidak dipedulikan kata isterinya.

             “ You really made my life be more colourful....” Sheera terdiam. Menanti kata-kata yang seterusnya.

             “  and now plus two lovely kids that you give me. You know what...i think i’m the lucky person in the whole world because i got you to be my wife. You will be forever stay in my heart and...” Belum sempat Farish mahu menghabiskan ayat cintanya, terasa bibir bersatu dengan bibir wanita yg sedang dipeluk itu. Terpana dia buat seketika. Sheera tersengih. Lalu pelukan suaminya dilonggarkan. Dia mencuit hidung mancung Farish dan berlari ke arah rumah. Baru beberapa langkah berlari dia berhenti dan badan dipusingkan ke belakang. Farish masih lagi kaku berdiri di situ.

             “ Farish Daniel...!” Laungnya dari jauh.

             “ Even you already become my husband, i will always love you forever and ever!!” Walaupun agak terang dan nyata dia laung kalimah cinta, namun dalam hati lebih terasa cinta yang bertahta. Bibir Farish terukir satu senyuman bahagia. Terus dihampiri isterinya dan tangan mereka bersatu.









p/s : Huhu...alhamdulillah tamat. Sebenarnye bab ending ni payah ckt nak pikir. Tapi ni jela yang terbaik aku leh wat mase ni. Hehe..hope sukela ye...thanz 4 de supp0rt=)


  1. nice ending..xsabo nk tggu cte yg seterusnye dr sahara..hihi

  1. oh yeah...nice story =)