0
comments
CINTA BLoGGER....10
.
Bab 10
Cawan yang berada di atas meja dicampak ke lantai. Jururawat yang baru hendak masuk ke bilik tidak jadi masuk. Agaknya terkejut dengan tindakan pesakit di situ. Lelaki yang berdiri di hujung katilnya diam membisu.
" berambus!!" Jeritan dari gadis itu lansung tidak dipedulikan, malah dia masih setia berdiri di situ.
" Aku kata pergi!!" Jururawat yang berdiri di sebalik pintu terpaksa masuk ke bilik untuk menghentikan semua itu.
" Encik, saya rasa baik encik keluar dari sini. Sini hospital encik...please encik, sila keluar."pujukan dari jururawat tersebut berjaya membuatkan lelaki tadi beransur keluar. Namun ekor matanya sempat lagi melihat gadis yang duduk di atas katil itu memeluk lutut sambil menangis.
Di luar bilik, lelaki tersebut menyandarkan badannya di dinding. Rambutnya diramas kasar. Argh....serabut!! Kalau tak fikir sini hospital dah lama dia ingin jerit di situ.
" Adam!" Laung seseorang dari jauh. Hanis berlari mendpatkannya. Di belakang gadis itu terdapat seorang lelaki yang bertubuh tinggi lampai mengekor.
" Kau buat apa kat hospital ni?"
" Kau pula buat apa kat sini?" Adam pula bertanya.
" Aku teman Riz....erk!" Belum sempat hanis menghabiskan ayatnya terasa ekor rambut yang diikat di tarik perlahan. Rizman yang masih memegang rambutnya berdehem. Barulah hanis tersedar, dia perlu rahsiakan nama sebenar Rizman dari orang lain.
" Arr..aku teman Ryo melawat kawan dia, Sara. Ryo dengan Sara satu agensi. Kau buat apa kat depan bilik Sara ni?"
Soalan dari hanis lansung tidak dijawab. Kini pandangan matanya tertumpu pada Ryo. Hanis melambaikan tapak tangannya di hadapan wajah sahabatnya itu namun lansung tidak menarik perhatian lelaki tersebut. Ryo buat tidak peduli. Dia terus menolak pintu bilik wad tersebut dan masuk ke dalam. Dari cermin kecil di pintu wad itu ternampak Sara sedang berbual dengan Ryo. Adam hanya memerhatikan dari sudut cermin tersebut. Hanis bertambah hairan dengan kelakuan kelakuan sahabatnya. Kaki gadis itu dijongketkan sedikit untuk melihat di cermin kecil di sebelah. Saat mata hanis melihat situasi di dalam, Sara menarik Ryo dan memeluk lelaki tersebut dan menangis. Tindakan tersebut membuatkan Adam dan Hanis terkejut. Hanis menutup mulutnya. Manakala Adam pula menendang bangku yang terletak di sebelah pintu tersebut, kemudian berlalu pergi. Jadi, betullah khabar angin tu, memang diorang ada hubungan. Huh...!
Bertambah terkejut hanis rasa apabila melihat Adam menedang bangku tadi. Apa dah jadi ni??situasi apa ni? Ni drama realiti ke? Ah,somebody please tell me what happened!! Kepala dipusing memandang pintu bilik, kemudian dia melihat tubuh rakannya yang makin menjauh. Err...nak pergi mana ni ye? nak masuk bilik kang ganggu pula orang tengah buat drama, baik aku kejar mamat tu.
" Adam!!!....wait for me!" Aduh, lajunya laki ni jalan. Tak boleh jadi ni...dari berjalan dia berlari anak. Semakin dekat lelaki tersebut semakin laju dia mengejar. Lengan lelaki tersebut direntap kasar.
" Kau pekak ke?!! aku panggil kau kan tadi!" Nada suara ditinggikan. Untuk seketika Adam tersentak dengan kelakuan hanis.
" Kau ni kenapa? kau ada masalah ke? yang kau tiba-tiba nak mengamuk tadi apasal?" Bertubi-tubi soalan keluar darinya. Adam menarik lengan tangannya yang berada di dalam genggaman Hanis.
" Aku malas nak cerita. Aku blah dulu.." Hanis berlari di depan Adam dan menahan lelaki tersebut.
" Aku nak kau cerita sekarang juga. Kalau kau melangkah pergi dari sini, kau bukan kawan aku!" Adam mengeluh. Lama dia menatap mata Hanis. Gadis itu memandangnya tanpa berkelip membuatkan Adam terpaksa membawanya ke taman depan depan bangunan hospital untuk menceritakan masalahnya.
Di bilik wad...
" I'm sorry Ryo. Aku bukan sengaja nak peluk kau. Aku..."
" It's ok. So, what's going on here? Who's that guy?"
" Dia masih ada kat luar?"
" Aku rasa dia dah pergi."
" His my ex...aku sayangkan dia tapi.."
" Kalau sayang kenapa putus?" Tenang dia meluncurkan soalan itu. Semasa dia dipeluk tadi dia juga merasa terkejut. Walaupun tidak berapa selesa dengan keadaan sebegitu, melihatkan Sara yang menangis membuatkan dia terpaksa menenangkan gadis tersebut.
" Dia tak pernah percayakan aku. Dia lebih percayakan kata orang lain. Dia sangka aku ada skandal dengan kau hanya disebabkan kita selalu bekerjasama."
" Hmm, rumitnya bercinta." Rizman berkata sambil memeluk tubuh. Patutlah lelaki tadi pandangnya semacam, tapi hanis kenal mamat tu. Kawan dia ke?
" Kau datang sorang Ryo?"
" Aku datang dengan PA aku tadi. Tapi entah ke mana budak tu pergi. Firdaus kirim salam. Dia minta maaf tak dapat jenguk kau, dia ada urusan. Doktor kata apa?"
" Doktor just cakap tekanan darah aku rendah sangat. Sebab tu aku kena tahan kat wad. Kalau dah stabil baru boleh keluar. Terima kasih Ryo.." Mata bertentang mata. Teman seperjuangannya yang sedang duduk itu tersenyum.
" For what?"
" Sebab kau sudi jenguk aku kat hospital ni. Aku tahu ramai yang tak suka dengan sifat aku. Tapi kau je tahu aku macam mana."
" No big deal...kita dah lama kerja bersama. Pedulikan orang sekitar kau. Janji kau boleh kenal siapa diri kau yangs sebenar dah cukup." Sara memberikan senyuman setelah mendengar kata-kata semangat dari Ryo. Memang dia tak ramai kawan disebabkan ramai yang mengatakan dia sombong dan selalu berlagak. Hakikatnya bukan itu sifat sebenarnya. Dia sendiri susah mahu rapat dengan orang yang baru dikenali, memang itu sifatnya melainkan kalau seseorang itu sudah lama berkenalan dengannya pasti akan tahu perangainya yang betul. Ryo bangkit dari duduk dan berjalan ke tingkap sambil melihat suasana luar. Dari pandangan atas, dia ternampak kelibat hanis dan bekas kekasih Sara berjalan seiringan. Hmm, apa yang dibualkan diorang agaknya?...
*************************************************************************************************
Tumpuan untuk memandu kereta tidak dapat diberi sepenuh perhatian. Dia mengeluh perlahan. Dari tadi lagi hanis asyik memandangnya membuatkan dia berasa kurang selesa.
" Aku tahulah aku ni handsome, tak payahlah kau pandang aku sampai macam tu sekali." Kata-kata itu membuatkan hanis mencebik. Cet...aku pandang kau pun bukan sebab rupa kau la. Perasan tul! Terus dia berpeluk tubuh dan bersandar sambil memandang ke depan.
" Apa hubungan kau dengan lelaki tadi?" Rizman memulakan bicara.
" Member sekolah dulu. Err..Riz, aku nak tanya something ni. Kau jangan marah ye..."
" Kau tak tanya lagi macammana aku nak marah."
" Kau dengan Sara de gitu-gitu ek?" Tangan sudah dibuat gaya ala-ala saiful apek buat gitu-gitu. Rizman tersenyum melihat telatah PAnya. Apabila melihat senyuman Rizman, Hanis terpana, handsomela pula....argh!jangan puji lebih-lebih...nanti sangkut!
" Maksud kau?" Rizman bertanya.
" Aku dengan Adam tadi ternampak korang berdua berpelukan dalam bilik tadi." Rizman agak terkejut dengan kenyataan dari Hanis. Namun dia masih lagi berlagak tenang. Nampak gayanya makin bertambah salah fahamlah nanti. Ah, diorang dah pun clash, apa yang nak dikisahkan.
" Uit...i'm still waiting." Hanis menegur.
" It's nothing wrong with that i think. Lagipun aku tahu yang kau pun pasti dah diberitahu oleh Adam tadi kan yang diorang tu dah putus. Lagi satu, bukan aku yang peluk dia tadi, Sara tu yang tarik aku. Dia cuma pinjam bahu aku untuk menangis. Tak salah kan kalau orang yang kita anggap sebagai teman meluahkan beban dalam hati dia."
" Owh, so maknanya korang ni just kawan biasalah ye..urm."
" Yang kau sibuk sangat nak tahu ni apasal?"
" Mana ada aku sibuk, aku just nak tahu je..." Sekali lagi Rizman tersenyum. Hampir tiga bulan Hanis bekerja dengannya sedikit sebanyak dia faham akan perangai PAnya. Suka sangat menyibuk hal orang. Hanis melihat sekitar jalan. Eh, ni bukan jalan ke rumah aku ni...
" Nak pergi mana ni?"
" Makan...aku lapar."
" Cantiklah, jom makan kat warung pak uda. Cendol dengan rojak kat sana sedap. Jomlah!" Eh minah ni, dia pula excited nak makan. Rojak?urm...dah lama tak makan.
" Kat mana tempat tu?"
" Lepas simpang ni kau masuk kanan. Nanti kau ada nampak warung tu. Tapi, kau tak kisah ke makan kat warung biasa macam tu. Yela, kau ni kira orang terkenal juga." Untuk ketiga kalinya Rizman tersenyum lagi. Aduh, rasa macam nak cabut hati ni tengok dia senyum. Apasal dengan aku ni! Janganlah asyik senyum Riz...aku tak biasa. Selama dia bekerja dengan Rizman memang jarang lelaki itu mengukirkan senyuman. Tapi semakin lama lelaki itu mudah mula menghadiahkan senyuman. Huh, boleh pengsan kalau terus macam ni.
************************************************************************************************
" B, you ada dengar tak pasal Sara masuk hospital." Shaqir yang sedang menaip sesuatu di handsetnya berhenti kemudian memandang Mieza. Sara masuk hospital?
" Mana you tahu?"
" Semalam, Firdaus bagitahu kat i. Dia cakap hari tu tiba-tiba je Sara pengsan. Kesian pula kat dia."
" Nak melawat ke?" Shaqir bertanya sambil tersenyum. Dia sudah boleh agak jawapannya. Pasti Mieza tidak mahu punyalah. Yelah, mereka tu pantang berjumpa. Kalau berjumpa mesti ada je nak digaduhkan.
" Hati tu niat memang nak, tapi takut pula dia tak suka. You tahu jela i dengan dia tu, asyik bergaduh je. Hmm..." Tangan mieza dicapai dan diramas lembut. Shaqir masih lagi tersenyum memandang kekasih hatinya.
" You know what...this is why i suka you. Hati you ni lembut sebenarnya. Walaupun Sara selalu cari gaduh dengan you, tapi bila saat macam ni muncul, you still thinking about her." Mieza mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah membenci Sara. Walaupun mereka selalu bertengkar namun dalam diam dia tidak pernah menyimpan dendam.
" Hoi, kot ye pun nak berasmaradana tak payahlah kat sini. Pedih mata aku ni tengok." Sapaan dari Rizman di muka pintu mengejutkan pasangan tersebut. Hanis mengekor Rizman dari belakang. Bungkusan makanan diletakkan di atas pantry, cendol dimasukkan di dalam bekas kemudian diletakkan di dalam peti ais.
" Dari mana?" Mieza bertanya.
" Melawat Sara tadi. Lepas tu singgah warung beli rojak ngan cendol. Ada budak tu mengidam sangat nak makan cendol." Mata Hanis bertembung dengan mata Rizman. Cis, kurang asam tul..mengata aku la tu. Cadang tadi mahu makan di warung tu je. Tapi apakan daya, ada pula peminat Ryo kat situ. Ramai pula tu yang nak mintak tangkap gambar dengan minta autograph. Rata-rata yang minta budak sekolah menengah. Dia sendiri pun rimas. Tapi Rizman berlagak profesional. Semua dilayan baik. Nak tak nak, mereka buat keputusan untuk bungkus je. Hanis mengambil tempat duduk di sebelah Mieza. Mereka berbalas senyuman.
" Korang berdua nak cendol?" Hanis bertanya. Mieza dan Shaqir menggeleng. Bukan tak suka tapi perut masing-masing dah kenyang baru lepas lunch tadi.
" Macammana Sara tadi, okay dah?" Mieza bertanya lagi.
" Okaylah sikit. Tadi nampak juga muka pucat dia tu. Doktor cakap tekanan darah dia tak stabil. Nanti dah stabil baru boleh kelua wad." Ryo menerangkan serba sedikit.
" Kesian dia. Macam mana pula dia boleh jadi macam tu?" Shaqir pula bertanya. Ryo dan Hanis saling berpandangan kemudian masing-masing mengangkat bahu. Malas nak bagitahu cerita sebenar kat mereka berdua.
" Korang ni ada cover pape ke ni?" Shaqir mengagak pasti ada yang disembunyikan dua orang ni.
" Eh, mana ada pape." Serentak merentak berdua bercakap. Bertambah pelik Shaqir rasa. Sepakat pula diorang ni, bukan selalu bertengkar ke?hmm..pelik pelik. Shaqir meminta diri untuk ke set pengambaran. Mieza turut mengikut. Sebelum mereka berdua pergi, Mieza sempat memberitahu Ryo supaya sampaikan salam untuk Sara bila melawat dia nanti.
Hanis bangun dari duduk dan mengeluarkan mee rojak dan rojak biasa ke dan mangkuk. Mee rojak untuk Rizman dan rojak biasa untuk dirinya. Sementara dia sedang menyediakan rojak ke dalam mangkuk Rizman mengambil notebooknya di dalam beg. Dia membuka blog kegemarannya kemudian membuka laman yahoo dan membuka mail inbox.
" Hmm..dia tak balas lagi." Perlahan suara berkata. Namun Hanis dapat mendengar.
" Siapa yang tak balas?" Mangkuk berisi rojak diberi kepada Rizman. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan lelaki itu.
" Takde papelah. Jom makan cepat...nanti aku ada kerja pukul empat petang nanti." Notebooknya ditutup. Hanis mencebik. Tak nak bagitahu sudah....
