CINTA BLoGGER....11


.



Bab 11





Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh sayang
Hanya kuasa tuhan dapat memisahkan....



    Nyanyiannya terhenti apabila mendengar ketukan di pintu. Apron di badan dibuka dan tangan dibasuh. Hari ni hari minggu, so aktiviti memasak dan mengemas rumah adalah satu rutin yang wajib dibuat. Tombol pintu dipulas. Lelaki yang bediri di muka pintu tersenyum. 

    " Tak nak jemput i masuk?" Daniel memulakan bicara.

    " Bukan tak nak jemput, tapi tak manis pula kalau lelaki asing masuk rumah anak dara kan. Buat apa kat sini?"

    " Tadi dari bookshop, so kebetulan lalu sini, alang-alang tu i singgahlah. You free hari ni? Jom keluar...i belanja lunch."

    " Err...actually i dah masak dah Danny. Kalau you bagitahu awal-awal kan senang." Daniel sudah memaperkan reaksi yang kurang senang. Wrong timingla Danny wei...Kebetulan pada waktu itu Safura tiba di rumah. Dia memberikan senyuman kepada Daniel dan bertegur sapa.

    " Buat apalah korang sembang kat luar ni. Masuklah Danny..." Tengah Fura buka kasut, terasa bahunya dicuit. Dia yang ketika itu sedang membongkok berdiri tegak memandang housematenya.

    " Kan tak manis kalau lelaki masuk rumah kita ni."

    " La, kalau kau sorang memanglah tak manis. Sekarang ni aku dah ada, so kira dah ada dua orang perempuan, atleast selamatlah sikit. Bukan kita buat salah pun. Marilah masuk Danny...kesian you berdiri lama kat luar ni." Daniel tersenyum senang dengan pelawaan Safura. Nasib baiklah kau datang Fura, kalau tak melepaslah aku nak merasa air tangan si Hanis tu. Setelah dijemput masuk, Daniel duduk di ruang tamu. Sementara menunggu masakan siap sepenuhnya, Hanis menghidangkan air minuman untuk Daniel.

    " Lucky you Danny. Hari ni i masak sup sayur campur dengan ayam goreng. I tahu you suka sup sayur kan...ringkas je masak hari ni, takpe ke?"

    " It's okaylah Hanis. Kira dah baguslah tu. I suka makan sup sayur. You je yang faham i. You tak kerja pula hari ni?Ryo tu tak sibuk pula hujung minggu ni?" Sejak kejadian Ryo datang kolej pada hari yang tidak dijangka oleh Hanis, barulah dia tahu bahawa Hanis rupanya jadi PA kepada model terkenal itu. Kalaulah Ryo tak muncul hari tu sampai bila-bila pun dia tak tahu yang Hanis ni bekerja dengan orang tersebut. Dia juga agak terkejut dengan kehadiran Ryo di kolej hanya kerana semata-mata mahu berjumpa Hanis. Setelah Hanis menerangkan segalanya padanya barulah dia tahu cerita yang sebenar. Ikutkan masa tu dia dah salah anggap, dia sangka yang mereka berdua tu ada hubungan rupa-rupanya hanya sekadar alasan kerja.

    " Tak, selalunya kalau hujung minggu dia memang kasi i rehat. Even dia ada shooting hari ni pun, dia tak nak ganggu i. Kira i ni bertuah jugalah dapat jadi PA dia. Tapi melainkan kalau jadual dia padat sangat i terpaksa kerja juga. Eh, you minum dulu ya. Rasanya dah mendidih sup tu. I nak pergi tengok jap." Semasa Hanis berjalan ke dapur, Safura keluar dari biliknya setelah menukar baju. Kemudian dia duduk di ruang tamu bersama Daniel dan berbual. Pada ketika itu juga loceng pintu berbunyi. Hanis yang sedang membawa mangkuk berisi sup sayur ke atas meja memandang Safura di ruang tamu. Bila ditanya siapa yang datang Safura hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Setahu mereka berdua takde pula yang nak bagitahu datang hari ni.


 Di luar rumah....

     
     ' kenapalah aku ikut budak kecik ni datang sini. Huh...' 

     Rizman memandang adiknya disebelah. Cadangnya patut hari ni habis saja shooting pagi tadi sepatutnya dia dan adiknya berjalan berdua ke Mall untuk membeli belah. Tapi adiknya, eyqa pula membuat alasan bosan berjalan berdua, katanya lebih bagus ajak Hanis sekali. Eyqa menekan lagi butang loceng di dinding. Baru nak tekan lagi muncul seseorang di muka pintu. 

     " Eh, Ryo...Eyqa. Buat apa kat sini?"

     " Hanis ada?" Eyqa bertanya. Safura laung nama Hanis dari muka pintu. Tak lama kemudian Hanis muncul disebelahnya. Seperti Fura tadi, dia juga agak terkejut dengan kehadiran adik beradik tersebut.

     " Hanis...jom keluar! ingat hari ni nak jalan-jalan. Tapi bosanlah jalan berdua je dengan abang. Kalau ada hanis best sikit. Jomlah...Fura pun ikutlah sekali. Kita makan tengahari kat luar jom..." Belum sempat Hanis mahu bertanya niat mereka datang sini, Eyqa terlebih dahulu memberitahu hajatnya. Rizman di sebelah eyqa setia memandang wajahnya dengan tenang. 

     " Err, tapi hanis dah masaklah eyqa. Macammana ni ye? tak expect pula ada tetamu hari ni.." Hanis menerangkan sambil garu kepala yang tidak gatal. Rizman mengeluh...

     " Tulah dik, abang dah cakap. Lain kali kalau nak ajak tu call awal-awal. Kan dah menganggu ni. Jomlah balik. Hanis...fura, kitorang blah dulu. Maaf ya." 

     " Eh, takpe-takpe. Apa kata korang berdua join sekali makan sama-sama. Alang-alang aku memang masak lebih hari ni. Macam dah boleh agak pula kan orang nak datang rumah. Hehe.." Hanis cuba memujuk. Wajah Eyqa yang masam tadi ditegur abangya kembali ceria setelah mendengar kata-kata dari Hanis.

     " Ha, bagus sangat dah tu. Jomlah abang..." Eyqa sudah pun masuk ke dalam rumah bersama Safura. Manakala di muka pintu tinggal Hanis dan Rizman.

     " Err..sorrylah. Aku tak jangka adik aku nak datang sini. Ganggu kau je." Rizman meminta maaf bagi pihak adiknya. Hanis hanya tersenyum.

     " Takpe, mehlah masuk." Rizman masuk mengikut belakang Hanis. Kemudian dia bertembung dengan seorang lelaki di ruang tamu. Boleh tahan handsome mamat ni, tapi siapa pula dia ni?

     " Err...Ryo, ni Daniel...classmate aku kat kolej. Danny, you kenal kan Ryo?" Daniel mengangguk. Kemudian masing-masing bersalam. Masa tengah berjabat lama diorang menatap wajah masing-masing. Seakan-akan ada aura yang kurang senang antara mereka berdua. Hanis yang berada di tengah mereka pelik dengan keadaan tersebut. Pe kes salam lama-lama ni?

     " ehem..." Dua-dua segera menarik tangan masing-masing setelah Hanis berdehem.

     " Oit, korang bertiga. Buat pe lagi tu, jom makan!" Laung Safura dari meja makan. Eyqa membantu mengatur pinggan dan cawan di atas meja. Hanis bergerak dulu ke meja kemudian disusuli mereka berdua. 

     'Kenapa dengan mamat cina ni? Macam tak suka je aku ada kat sini?'  Bisik hati Rizman sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut. Sambil tu ekor matanya memandang Danny yang duduk sebelah Hanis. Bukan main mesra mereka berdua berbual. Kadang-kadang tu Hanis mencedok lauk ke dalam pinggan Daniel. Mesranya diorang ni....aduh, kenapa dengan aku ni? rasa sakit pula hati ni...ah, lantaklah. Better aku makan cepat, meluat pula tengok drama depan mata ni...




     *************************************************************************************************


             
        Sepanjang dalam kereta gadis disebelahnya tidak berhenti senyum. Entah apa yang difikirkan gadis itu pun dia tak pasti. Radio dibuka, stesen radio berbahasa tamil berkumandang...saja tekan saluran tu sebab nak tengok reaksi adik dia. Dah hampir lima minit dia pasang radio, adiknya masih lagi tersenyum. Aik, selalunya kalau dia tersalah channel pasti adiknya bising, tapi kali ni dia biarkan je. Sah, budak ni tengah berkhayal.

     " Dik, abang nak kahwin." Lansung tiada reaksi.

     " Dik, semalam hamster kesayangan adik dah mati." Still macam tadi. Hmm...parah ni. Rizman mencuit adiknya. Apabila dicuit barulah eyqa tersedar.

     " Kenapa bang?"

     " Kenapa adik kata? patut abang yang tanya adik tau. Adik ni kenapa?dari tadi asyik senyum sorang-sorang je. Gila ke apa?"

     " Abang...kawan hanis tadi tu handsome kan." Ah sudah...memang ni kes angau ni. Patutlah masa makan kat rumah hanis tadi adiknya asyik menjeling lelaki berbangsa cina itu. Rupanya hati dah terpaut. 

     " Adik suka dia ke?"

     " Erm...entah. Hehe..." Entah konon..tapi tangan tu dah start pulas-pulas hujung baju.

     " Tapi kan bang, Daniel tu macam suka hanis je. Dari pandangan mata dia adik boleh rasa dia memang suka hanis." Dari tersenyum terus masam wajahnya bila memikirkan hal tersebut. Macam ni melepaslah aku...huhu, dahlah handsome mamat tadi. Abangnya yang masih lagi memandu tersenyum memikirkan kata-kata adiknya. Eyqa ni memang selalu macam tu, pantang nampak lelaki handsome lebih, mulalah angau. Tapi yang peliknya, adiknya itu angau sekejap je...pastu dah lupa terus pasal lelaki tu. Tsk tsk tsk....hai la adik aku ni..

     " Kalau betul lah dia suka hanis, biarkanlah." Biarkan? mulut cakap macam tu, tapi hati ni macam nak membantah je. Kenapa dengan aku ni? Argh...kenapa kebelakangan ni aku asyik fikirkan pasal dia. Hah, maybe sebab aku dia selalu bersama aku agaknya. Hati...tolonglah tahan...

    
   *****************************************************************************************************




       Puisi yang sudah dikarang tadi diupdate di dalam blog. Dia melihat bilik Safura, senyap je, dah tidurlah tu.. Dia teringat insiden makan tengahari tadi, tersenyum dia memikirkan kejadian tersebut.


     " Hanis, please ambilkan sup tu. Sedaplah pula..." Hanis mengambilkan lauk tersebut untuk Daniel.

     " You nak tambah air Danny?"

     " Boleh juga.." Jag berisi air sirap limau diangkat dan mahu dituang ke dalam gelas Daniel, namun tanpa disangka ada gelas lain yang menghalang. Dia memandang tangan yang memegang gelas tersebut kemudian dia melihat empunya tangan tu. Rizman masih lagi menunggu gelasnya untuk diisi. Hanis mengisi air ke dalam gelas Rizman kemudian diisi pula pada gelas Daniel. Daniel mengetap bibir...wah, macam nak cari pasal je ni.

     " Erm, hanis..boleh tak kau pas kan buah tembikai tu." Rizman pula yang meminta. Tanpa banyak kata, Hanis mengambil pinggan yang berisi buah tersebut tetapi Daniel pula yang menghalang. Lelaki cina itu mengambil dahulu beberapa keping buah tembikai di dalam piring tersebut. Kali ni Rizman pula yang mengetap bibir...banyak betul dia ambil buah tu. Tinggal sekeping je lagi. Hanis juga mengetap bibir, apa kes dua lelaki ni? macam budak-budak dah jadinya...

         Dari tersenyum dia ketawa kecil. Bantal kecil di sofa dicapai dan dipeluk. Kelakar memikirkan hal tengahari tadi. Matanya kembali menatap skrin laptop. Bukak yahoo mail lagi bagus. Cek email...takde mesej baru..baru je niat nak log out, dia terpandang mesej lama dari Mr.Niki...nak balas ke ha? kesian pula kalau buat tak peduli. Satu persatu ayat dikarang pada mail, kemudian dia menekan butang send. Selesai....

      Rizman yang baru selesai mandi mengelap rambutnya yang sudah semakin panjang. Kemudian dia memandang komputernya. Dia melihat blog yang selalu dilihatnya. Dia update bloglah hari ni...lepas habis baca puisi yang dipost hari ni dia tersenyum sendirian. Setiap kali baca ayat yang dikarang pemilik blog tu dia merasa seolah-olah orang tersebut rapat dengan dirinya. Yahoo mail pula dibuka, saat terpandang satu mesej yang baru masuk dia melompat keriangan. Yahoo!! Dia dah balas akhirnya!...Semangat untuk online bertambah. Dia terus menaip mesej untuk dibalas...Setelah mesej dihantar dia berbaring di atas katil. Dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang kepala, dia memandang kipas yang laju berputar. Senyuman terukir lagi bila mengenangkan pemilik blog tersebut. Siapa kau sebenarnya??...