0
comments
CINTA BLoGGER....12
.
Kaki laju diatur ke balai menunggu di ruang KLIA tersebut. Baru pagi tadi Rizman menelefonnya dan meminta dia supaya mengambil seseorang di situ. Katanya orang yang amat penting baginya..Hmm, awek ke?dah la aku lansung tak kenal orang yang dia suruh jemput tu. Katanya orang yang patut aku jemput tu kenal aku, siap cakap dia dah 'mms' orang tu lagi tuk cam aku. Sejak bila pula dia ada gambar aku ni? pelik bin ajaib tul...
" Assalamualaikum...." Hanis segera menoleh tatkala sedar salam itu ditujukan pada dirinya. Kelihatan seorang wanita yang amat cantik pada pandangan matanya sedang senyum. Hanis teragak-agak untuk membalas senyuman orang tersebut. Siapa ye perempuan ni??
" Wa'alaikumussalam..err, cik ni siapa?"
" Rizman tak bagitahu ke saya ni siapa?" Hanis hanya menggeleng. Topi di kepalanya dibetulkan sikit. Wanita di depannya melihat Hanis dari atas hingga ke bawah. Sempoi budak ni. Ringkas tapi cantik...
" Err, cik ni ke yang Rizman suruh saya ambil?" Wanita itu hanya mengangguk dan senyum.
" Owh, maaflah cik saya tak berapa nak sedar tadi. Lagipun mamat tu tiba-tiba je call subuh tadi suruh ambil orang kat KLIA ni. Lagi satu dah lah dia tak bagi gambar cik lansung kat saya, atleast bolehlah saya cam sikit kan rupa cik. Maaf ye cik..."
" It's ok. Can we go now?" Hanis hanya mengangguk dan berlalu pergi bersama wanita tadi ke kereta. Di dalam kenderaan tersebut, masing-masing diam. Sunyilah pula...huh..
" Hanis asal mana?"
" Err, perak cik. Tapi saya belajar kat KL."
" Owh, tak penat ke buat dua perkara ni..dengan study lagi, kerja lagi..." Hanis hanya memberikan senyuman kepada wanita tersebut. Dah biasa dengar persoalan macam tu.
" Biasa je cik. Dari sekolah menengah dulu saya dah biasa buat kerja. Habis je sekolah petang tu saya tolong mak meniaga kuih. Nak buat macam mana cik, lepas je arwah ayah meninggal, saya kenalah berdikari sikit usaha mencari duit." Wanita yang duduk di sebelahnya mendengar dengan kusyuk. Bagus budak ni, rajin...tak salah pilihan Riz ambil dia bekerja.
" Erm cik...boleh saya tumpang tanya sikit boleh?"
" Nak tanya apa?"
" Cik ni kakak Rizman ke? sebab muka cik macam ada iras-iras dia lah.." Perempuan di sebelahnya hanya ketawa kecil. Aik, aku buat lawak ke? aku rasa aku just tanya je tadi...
" Kenapa cik? saya salah tanya ke?" Setelah ketawanya reda, dia memandang Hanis di sebelah.
" Hanis, saya ni sebenarnya mak kandung Rizman dan Eyqa." Stereng yang dipegang hampir terlepas gara-gara terkejut dengan kenyataan tersebut. Mak aih, nampak muda gila mak riz ni..mati-mati aku ingat dia ni awek dia ke..sepupu dia ke..
" Cik, serius ke? Tapi cik ni nampak muda la...maaf ye cik. Saya ingat cik ni kakak riz."
" Takpelah Hanis. Alhamdulillah tuhan kurniakan saya ni muka awet muda agaknya. Hanis dah makan?"
" Belum lagi cik..."
" Hanis tak payahlah panggil saya cik...macam kelakar pula dengar. Panggil saya auntie jela. Lagipun Hanis ni dah lah lebih kurang sebaya anak saya je." Hanis hanya mengangguk tanda setuju dengan panggilan tersebut. Dia tersenyum memikirkan kesilapannya tadi. Patutlah anak dia sorang tu hensem, sorang tu cun...dah mak dia pun lawa!! Adoilah hanis...hanis..
***************************************************************************************************
" Cepatlah abang..adik dah tak sabar nak jumpa mama ni!"
" Ish budak kecik ni, kot ye pun nak cepat tunggulah abang keluarkan barang ni dulu. Dahlah tak tolong lansung angkat. Shopping bukan main banyak lagi." Eyqa hanya mencebik mendengar bebelan abangnya.
" Ha, mulalah tu buat muka. Tolong abang ni..." Dua bungkusan plastik dihulurkan kepada adiknya. Eyqa menyambut plastik tersebut.
Kemudian kedua-duanya melangkah menuju ke lif bangunan tersebut. Elok je sampai depan rumah, Eyqa tergesa-gesa mencari kunci rumah dan membuka pintu rumah dengan cepat. Rizman hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu. Elok sahaja pintu rumah dibuka, terdengar suara orang ketawa di dapur. Kedua-duanya saling berpandangan. Siapa pula tu?
" Bang, siapa pula ada kat rumah ni? takkan mama terus balik sini kot? kata tadi mama nak singgah company dulu baru balik rumah ni." Rizman hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti. Dia berjalan menuju ke dapur. Eyqa mengekor dari belakang. Tepat sangkaan adiknya, memang benar ibu kesayangannya mereka sudah pun pulang. Kelihatan Hanis dan ibunya berbual mesra sambil memasak di dapur.
" Mama!!" Agak tersentak Puan Shazlin dengan suara yang amat dirinduinya itu. Terus eyqa berlari ke arahnya dan memeluknya. Dia menyambut pelukan tersebut dengan penuh rasa gembira.
" Anak mama!!....rindunya mama kat budak bucuk ni!" Puas seluruh muka Eyqa diciumnya. Rizman dari jauh hanya tergelak. Begitu juga dengan Hanis. Alahai, rindu pula dengan emak kat kampung...
" Riz...tak nak peluk mama?" Rizman tersenyum mendengar soalan tersebut lantas menghampiri mamanya dan mencium kedua-dua belah pipi orang yang paling disayanginya itu. Hanis terpaku melihat suasana tersebut. Wah, nampak gentle la pula...sweetnya!!
" Mama cakap nak jumpa granny dulu kat company, tapi kenapa mama cepat je balik rumah?" Soal Eyqa.
" Aik, macam tak suka je mama balik?"
" Bukan tu maksud adik...mama ni..." Puan Shazlin tersenyum melihat muncung anak gadisnya itu. Pantang bergurau sikit mulalah buat muka.
" Mama taulah sayang..mama gurau je. Actually mama rindu sangat kat anak-anak mama ni. Tu yang mama ingat nak balik sini dulu. Lagipun malam karang kita pergi rumah granny k...dinner kat sana."
" Yes..itu yang adik nak dengar tu!! i'm really miss u mama!!"
" Mama tahu...hehe. Ha, hanis...malam nanti ikut auntie ye..kita dinner rumah ibu auntie malam ni.ok?" Hanis agak terkejut dengan pelawaan tersebut. Dia melihat eyqa tersenyum ke arahnya. Wajah gadis itu menggambarkan supaya dia turut serta makan malam nanti. Aduh...macam mana ni ye...semalam aku dah janji dengan Daniel ngan fura nak tengok wayang malam nanti. Takkan nak cancel kot. huhu...Dia pandang pula ke wajah Rizman. Riak wajah di muka lelaki itu sukar dibaca...dia ni suka ke tak aku ikut?eh, yang aku nak kisah sangat pasal hal perasaan dia ni apasal?!erm...
" Hanis...nak ikut tak?jomlah!!" Eyqa pula mengajak. Hanis menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih.
" Err...actually kalau boleh memang saya dah ikut auntie..tapi malam ni saya ada hal. Saya dah janji dengan kawan nak keluar malam ni...so, tak baik kan kalau kita mungkir janji.." Eceh, baik lah pula aku ni...haha!
" Erm..Hanis nak keluar dengan siapa?dengan Daniel ye?...Eyqa menduga, Hanis hanya mengangguk. Terbit senyuman kecil di bibirnya. Rizman yang ketika itu baru hendak mengambil air mineral di dalam peti ais terhantuk kepala di pintu peti tersebut tatkala mendengar nama Daniel. Adoiyai..kenapa dengan aku ni?!buat malu je!!...Ketiga-tiga wanita di dapur tersebut terkejut dengan bunyi hantukan tersebut. Semua serentak memandangnya.
" Abang, are you ok?" Rizman memandang mereka bertiga sambil mengusap kepalanya. Sakit tu sakit lah juga. Tapi entah kenapa hati ni pula yang terlebih sakit...
" Err..ok." Cover beb...cover...padahal boleh tahan sakit tu. Mamanya tergelak kecil melihat kecuaian anak terunanya. Tak pernah seumur hidupnya melihat anak lelakinya itu cuai sebegitu. Hmm...macam ada something je ni yang ganggu fikiran dia...
***************************************************************************************************
Meriah rumah Dato' Ahmad dengan kehadiran anak-anak dan cucunya...Terutamanya dengan kepulangan anak perempuan tunggal yang amat dirindui. Kehadiran anak perempuannya iaitu puan Shazlin mengundang rasa gembira di hati.
" So, how your business there?" Soalnya pada anak perempuannya. Setelah selesai makan malam bersama, mereka berdua duduk di halaman rumah. Dahulu ketika Puan Shazlin masih remaja, setiap malam itulah aktivitinya...bersembang hingga ke larut malam. Kini Puan Shazlin sudah sibuk dengan mengurus perniagaan isterinya di luar negara.
" So far okay...how about you dad?"
" Okay juga..problem kewangan yang lepas dapatlah kitorang cover. Berkat pertolongan sikit dari bekas suami kamu yang buat problem tu selesai." Sebaik mendengar perkataan bekas 'suami' dari mulut bapanya, dia menunduk. Entah kenapa dari dulu lagi dia sukar maafkan suaminya.
" Maafkan papa..." Dato' Ahmad tersedar kesilapannya tersasul menyebut tentang bekas suami anaknya itu. Dia tahu anaknya itu sensitif dengan perkara tersebut. Puan Shazlin hanya mendiamkan diri sambil merenung papanya. Untuk seketika dia memberikan senyuman pada wajah tua itu. Namun senyuman itu amatlah sukar untuk diukir.
" Semua tu salah papa. Papa tak sepatutnya suruh kamu kahwin dengan dia. Kalaulah papa tahu dia tu sebenarnya dah kahwin masa tu, papa takkan jodohkan kamu dengan dia.
" Sudahlah papa. Jangan salahkan diri papa lagi. Itu kisah lama. Saya dah anggap perkara tu sebagai takdir. Cuma saya terkilan, kenapa dia tak nak jujur dengan saya. Lepas saya dah lahirkan Eyqa, barulah dia nak bagitahu hal sebenar. Bagi wanita, siapa yang tak sedih pa..."
" Papa tahu dia juga sayangkan kamu, tapi papa tak sangka dia nak kahwin dengan kamu rupanya bersebab."
" Papa...itu bukan salah papa. Papa janganlah sesalkan hal ni...Lagipun mak ayah Azhar tu pun tak tahu rupanya anak dia tu dah kahwin senyap-senyap kat London dulu. Lagi satu salah saya juga papa, saya yang tergila-gilakan dia sangat dulu sampaikan semua salah dia saya tak pernah nak nampak....Tapi saya bersyukur juga papa, disebabkan hal tu jugalah saya boleh jadi tabah. Lagi satu, alhamdulillah hubungan antara famili kita dengan famili dia still okay." Dato' Ahmad hanya tersenyum mendengar kenyataan tersebut. Walaupun ada sengketa antara anaknya dan bekas menantunya, mujur hubungan syarikat yang terjalin sejak dulu masih kukuh.
Tanpa mereka sedari, Rizman berada tidak jauh dari situ. Setiap butir perbualan antara datuk dan ibunya jelas didengar. Patutlah selama ini mamanya asyik merantau menyibukkan diri dalam hal bisnes...sebenarnya dia tahu mamanya mahu lari dari berjumpa dengan ayahnya..
Ayah??..hmm..entah apa lah khabar ayah. Last aku jumpa pun masa hari pertunangan Iskandar dengan Fathiha. Kenapa ayah tak pernah nak tunjuk sayang dia kat aku ngan adik??Susah sangat ke nak bagi kasih sayang tu? Untuk sejenak dia berfikir, ayahnya lebih mengutamakan keluarga bini pertama dari keluarganya. Tak adil lansung!huh...
p/s : Gile lame x update blog...busy ngan assgmnt, kertas kerja, pr0jek..fuh...akhirnya..ha3..
