CINTA BLoGGER....19


.

bab 19








Surat khabar itu ditutup dengan kasar. Moodnya berubah menjadi marah. Marah dengan khabar angin pasal anaknya. Memalukan!

        “ Ha bang, kenapa?” Tanya Puan Mariam. Dia menuangkan kopi ke dalam cawan suaminya.

        “ Ni ha, anak saya ni. Rizman ni tak habis-habis buat hal. Tengoklah dalam berita hiburan tu, tak habis-habis pasal dia ada skandal dengan pembantu peribadi dia tu. Siap gambar berpeluk, berdukung bagai. Memalukan!! Malu saya dengan kawan-kawan saya awak tahu tak. Sibuk diorang tanya pasal budak tu.”

        “ Alah abang ni...yang awak marah-marah tu anak awak juga. Lagi satu abang pun tahu kan dia tu dah memang macam tu. Habis tu abang nak buat camne lagi? Nak marah dia pun tak guna..” kata isterinya. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan suaminya. Surat khabar itu diambil dan dibaca. Tajuk artikel tu pun dah cukup untuknya rasa puas. Dia tersenyum sinis saja melihat kemarahan suaminya terhadap anak tirinya si Rizman. Memang dia tidak pernah sukakan anak beranak bekas madunya itu.

         “ Good morning papa, mama.” Sapa Fathiha. Dia baru sahaja keluar dari biliknya.

         “ Good morning. Is mana?” Tanya Puan Mariam. Fathiha duduk bertentangan dengan ibu mertuanya.

         “ Kejap lagi abang is turun. Dia tengah bersiap.” Balasnya. Ketika itu Encik Azhar sudah pun selesai minum pagi. Dia tidak selera untuk bersarapan pagi itu.

         “ Hai bang, takkan minum je. Makanlah sikit...” Ujar isterinya.

         “ Tak naklah saya. Dah takde selera nak makan bila fikirkan hal budak tu. Saya pergi kerja dulu.” Terus dia bangun dan mencapai briefcasenya dan berlalu pergi. Fathiha pelik melihat kelakuan bapa mertuanya hari ini.

         “ Kenapa dengan papa tu mama?” tanyanya.

         “ Hmm..si budak Riz tu lah. Berita pasal dia dengan pembantu peribadi dia keluar lagi. Siap ada gambar lagi, peluk-peluk pula tu kat tepi pantai. Apa nak jadilah budak tu. Suka sangat buat bapanya naik angin.”

         “ Ala, tu semua fitnah ma...Tia sendiri kenal macam mana Riz tu. Dia takkan buat perkara yang memalukan.” Bela si Tia. Puan Mariam menarik muka masam. Lupa pula dia yang menantu dia ni pernah bekerja dengan anak tirinya.

         “ Hmm, budak tu sama je dengan maknya. Suka buat hal. Kalau kamu nak tahu, mama dia lah yang beria-ria nak minta cerai dengan papa kamu. Lepas tu dia tabur fitnah cakap yang mama ni punca penceraian tu. Sedangkan kamu pun tahu mak budak tu bini kedua papa kamu masa tu. Dia cakap kat papa kamu mama yang paksa dia bercerai. Ish, menyakitkan hati mama je tengok budak tu dengan mak dia.” Terkejut Fathiha mendengar kata-kata dari ibu mertuanya. Betul ke semua ni? Mustahil la...sebab dia sendiri pernah berjumpa dengan Puan Shazlin dan bersembang dengannya. Dari pemerhatiannya ibu Rizman adalah seorang yang baik. Kenapa begitu benci sangat ibu mertuanya pada bekas madunya itu.

          “ Dah lah Tia, mama nak naik atas. Bercakap pasal budak tu pun je dah buat mama rasa takde mood. Kamu makan jela dengan Is...” Ujar Puan Mariam. Terus dia berlalu ke biliknya di tingkat atas.


          “ Aik, mana papa dengan mama.” Iskandar bertanya pada isterinya. Fathiha yang ketika itu sedang mencedok mee gorang ke dalam pinggan suaminya mengeluh berat.

          “ Papa dah pergi office, mama pula baru je naik atas tadi.” Jawabnya.

          “ Cepatnya papa pergi. Lapar lah pula. Ayang masak ke ni?”

          “ Ish, takdelah. Rasanya mama yang masak mee ni. Abang makanlah cepat.  Nanti lambat pula masuk kerja.”

          “ Ala, office papa saya juga. Takpe kalau lambat pun. Ayang tak kerja ke hari ni?” Tanya Is.

          “ Tak, lagipun Riz dengan Shaqir tak habis cuti lagi. So, ayang pun tak banyak kerja nak kena buat. Lagi pun pasal design baju untuk next shooting pun dah selesai ayang buat.”

          “ Owh..” ringkas suaminya membalas. Dia meneruskan suapan di mulutnya.

          “ Abang..”

          “ Hmm...”

          “ Mama memang tak suka ke dengan mak tiri abang tu?” Iskandar berhenti menyuap dan memandang isterinya. Pelik dengan pertanyaan itu.

          “ Kenapa?”

          “ Takdelah...tadi papa bengang pasal baca berita rizman pergi bercuti dengan Hanis kat surat khabar. Lepas tu mama pula cakap pasal ibu riz. Mama cakap dia menyampah dengan mak tiri abang dengan anak-anak dia. Betul ke bang?”

          “ Hmm...agaknya lah. Dari abang kecil dulu, mama pernah cakap kat abang yang ibu lin tu jahat. Lepas tu dia tak bagi abang bergaul sangat dengan adik-adik tiri abang si eyqa denga riz tu. Tapi abang takde pun tak suka diorang. Abang okay je. Lagipun ibu lin tu baik je dengan abang.” Terang iskandar pada Fathiha. Ibu lin merupakan panggilannya untuk Puan Shazlin, ibu tirinya.

          “ Sampai macam tu mama tak suka mama si Riz tu ye.” Kata Fathiha.

          “ Tapi kan mama pandai berlakon depan granny. Dia pura-pura baik dengan ibu lin bila granny ada. Mungkin sebab granny sayangkan ibu lin lebih. Puas jugalah abang pujuk mama supaya jangan bencikan ibu lin anak beranak, tapi abang pula yang kena marah balik. Hmm...abang pun tak tahu nak buat apa lagi.” Iskandar memberitahu hal sebenar pada isterinya. Baginya isterinya perlu tahu. Ternganga Fathiha mendengarnya.

          “ Dahla ayang. Tak payah nak nganga luas sangat. Masuk lalat kang.” Gurau iskandar. Terus Fathiha menutup mulutnya dan tersengih malu.

          Puan mariam yang ketika itu sedang baring di atas katil di biliknya merenung telefon bimbitnya. Kemudian dia mendail nombor seseorang. Apabila panggilannya disambut, dia bangun dari katil dan berjalan ke balkoni.

          “ Hello mat...bagus kerja kau. Puas hati aku baca pasal budak tu dalam paper hari ni.”

          “ Itu biasa puan. Puan nak suruh saya buat apa pun saya akan buat puan. Asalkan yang saya tahu duit saya mesti masuk.”

          “ Bagus...untuk masa ni kau follow je budak tak guna tu. Pasal duit tak payah risau. Kalau ada apa-apa hal lagi aku akan contact kau.”

          “ Baik puan..” Talian dimatikan. Bibirnya mengukir senyuman yang puas. Kau tunggu jelah Shazlin. Kau dengan anak-anak kau takkan hidup senang. Kau tengok jela...



            ******************************************************************************


   

         “ Hanis...betul ke semua ni?” Baru je dia masuk ke rumahnya, Safura menelefon dari New york. Belum sempat dia nak cakap, Safura dah menyampuk dulu.

         “ Kau ni kan, aku baru je balik dari airport tau. Penat pun tak hilang lagi dari bercuti ni. Kot ye pun bagilah salam dulu. Ni tak, call aku je terus serbu aku macam-macam.”

         “ Hehe..assalamualaikum. Sorry beb...” Safura memberi salam.

         “ Hmm...wa’alaikumussalam.” Jawabnya.

         “ So, betul ke kau peluk dia beb? Gila lah kau, percutian penuh romantik tu. Siap ada gambar bagai ni ha...” Temannya menyoal semula. Pening Hanis memikirkan hal tersebut. Pagi tadi pun dia terkejut dengan berita tersebut.

         “ Bukan macam yang kau sangkalah. Sebenarnya masa tu aku terjatuh, kaki aku terseliuh. So, dia dukunglah aku. Lagipun masa malam kelmarin aku betul-betul tak larat nak berjalan. Tu yang dia tolong aku tu.”

          “ Owh...macam tu ke?tu yang aku pelik tu...takkanlah kau gatal-gatal nak naik belakang dia kan.” Safura membalas.

          “ Hei, mana kau tahu hal ni ar? Bukan kau kat rumah abang kau new york tu ke lagi?” Tanyanya pelik.

          “ Internet ar beb....segalanya di hujung jari.Haha...” Hanis mencebikkan bibirnya. Ceh...laju je minah ni dapat tahu.

          “ So, kaki kau dah okay belum ni?”

          “ Okay sikitlah. Tapi susah sikitlah nak jalan. Dah macam tempang dah rupa aku berjalan wei..adoiyai.” Gelak Safura mendengarnya. Kesian pula dia dengan kawan serumahnya itu. Ketika itu pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Hanis memandang pintu rumahnya kemudian sambung bercakap dengan Safura.

         “ Okaylah wei....nanti aku call kau lagi. Ada orang datang ni.” Ujarnya.

         “ Siapa yang datang wei?” Safura bertanya di hujung talian.

         “ Entah...tak tahu pula aku. Nanti aku mesej kau k. Bye bye..” Talian dimatikan. Dia bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka. Saat matanya bertentang dengan orang yang mengetuk pintu rumahnya matanya terus membulat.

         “ Mak...”


           ************************************************************************************



   Kepalanya ditundukkan. Puan Zainab memandang anak sulungnya lama. Jumaidah pula dah garu-garu kepala yang tidak gatal. Risau emaknya mengamuk. Suasana sepi menyapa mereka bertiga.

        “ Nak mak mulakan ke?” Emaknya bersuara. Hanis menggelengkan kepala. Tidak berani nak tengok muka emaknya yang sedang bengang itu.

        “ Dah tu baik cakap kat mak betul-betul apa sebenarnya berlaku.”

        “ Tu semua fitnah mak....” ujarnya takut-takut.

        “ Habis, gambar tu pula macam mana?” Nada suara emaknya makin meninggi. Dia memandang wajah emaknya.

        “ Sebenarnya mak...malam kelmarin masa kitorang jalan-jalan kat pantai, kaki akak termasuk dalam lubang. Lepas tu akak terjatuhlah. Kaki akak terseliuh mak..Betul-betul tak larat nak jalan. Tu sebablah Ryo hulurkan bantuan. Dia kendong akak pergi klinik. Itu je...” Jelasnya.

        “ Betul ni?” Emaknya meminta kepastian.

        “ Mestilah betul mak...takkanlah akak nak tipu mak. Mak tengoklah kaki ni ha, berbalut bagai...” Puan Zainab melihat kaki anaknya. Dia mengeluh perlahan. Bukannya dia tidak perasan akan kesakitan kaki anaknya tadi. Dia cuma nak minta kepastian dari anak sulungnya itu.

        “ Emak percayakan kamu. Cuma mak nak tahu betul-betul dari mulut kamu. Kat kampung tu puas orang sekeliling bercakap pasal hal tu. Hmm...kaki kamu tu macam mana?dah kurang sakitnya?” Lega dia mendengar emaknya bercakap sebegitu.

        “ Kurang sikitlah mak...tapi mak, bila masa mak sampai kL ni?”

        “ Semalam kitorang sampai kak. Kitorang duduk rumah Pak Tam dulu kat selayang tu. Bila akak bagitahu yang hari tu akak balik hari ni, tu yang mak ngan adik terus datang sini.” Jue menyampuk.

        “ Lagipun pak tam kamu nak buat kenduri cukur jambul hujung minggu ni untuk cucu sulung dia tu.” Sambung Puan Zainab.

        “ Owh...eh, mak dah makan ke?”

        “ Belum lagi.”

        “ Biar akak masak dulu ye. Mak rehatlah.”

        “ Tak payahlah...biar mak yang masak hari ni. Kaki kamu tu sakit lagi.”

        “ Hehe....sayang mak! Rindu sangat nak rasa masakan mak.”


        “ Dah tau rindu tu lain kali rajin-rajinlah balik kampung.” Perli emaknya. Terus Puan Zainab bangun dan menuju ke dapur. Hanis tersengih malu. Jue bangkit dari duduk dan menghampiri kakaknya.

        “ Kak..mesti best dapat kene kendong ngan mamat hensem kan. Untunglah...” Sebaik je dia habis bercakap Hanis mengetuk kepala adiknya. Jue menggosok kepalanya. Bisa woo kena ketuk dengan akak.

         “ Kau ni dah takde modal ke nak mengusik akak.”

         “ Ala akak ni. Orang gurau jela. Tu pun nak marah. Sakit tau..” Hanis tersenyum melihat Jumaidah. Rindu nak bergurau senda dengan adiknya.

                                                                             


  1. jhat nya mak tiri ryo..sian ryo..
    Sbg lg yekk

  1. hehe....ok2..sab0 k..cte ni akn dsambg..thanz sbb sudi luangkan mase tuk bace cte yg x seberape ni=)