CINTA BLoGGER....20
.
bab 20
" Hmm.."
" Kak, belikan ni untuk adik....cantiklah baju ni." Jue berkata sambil menayangkan baju maxi dress tanpa lengan pada kakaknya.
" Amboi kau dik...cantik punya pilihan. Kau nak kena ketuk dengan mak ke? Tak de lagi baju yang seksi kau nak pakai? " Perli Hanis.
" Ala akak ni...biarlah. Cantik apa baju ni..." Balasnya sambil mencebik.
" Ewah-ewah minah ni. Aku cepuk kang baru tahu." Tersengih Jue apabila kakaknya berpura-pura mengangkat kasut yang ada disitu untuk memukulnya.
" Akak ni risau sangatlah. Nanti adik pakailah cardigen. Takkanlah adik nak tayang ketiak kat orang ramai. Malulah....kalau ketiak lawa takpe gak. Ala...bolehlah kak. Lagi pun dah lama akak tak belanja adik." Dipegang hujung baju hanis dan digoyangkan perlahan sambil mukanya dibuat muka simpati.
" Yelah yelah... letak kat kaunter tu nanti akak bayar." Tersengih besar Jumaidah ketika itu. Yes...dapat baju baru!!yeah!
Hanis mengeluarkan beg dompet dari beg sandangnya. Selesai urusan membayar barang yang dibeli, dia dan adiknya membuat keputusan untuk pergi makan dahulu. Hari ini dia memang plan untuk membawa keluarganya berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Tapi emaknya pula yang malas mengikut. Katanya di luar tu panas sangat. Nak tak nak dia bawa adiknya sahaja keluar bersama. Lagipun kakinya juga sudah semakin elok. Ketika mereka melalui satu restoran, Hanis ternampak seseorang yang agak dikenalinya. Dia berhenti seketika di situ. Dari tingkap yang lutsinar itu dia nampak Puan Mariam dan seorang lelaki muda sedang berbual tentang sesuatu. Jumaidah yang berjalan di depan berhenti dan menoleh ke belakang melihat kakaknya yang tiba-tiba berhenti dan melihat sesuatu di restoran itu.
" Kak, buat apa berhenti kat situ? Jomlah pergi makan....takkan nak makan kat restoran tu kot. Macam mahal je..." Hanis memandang adiknya setelah dipanggil, kemudian dia pandang semula ke dalam restoran. Urm....salah orang kut. Terus dia berjalan semula ke arah adiknya.
" Akak buat apa kat situ?" Tanya jue lagi.
" Tadi akak nampak macam ada orang yang akak kenal kat dalam tu tadi... tapi mungkin orang lain kut. Ala, biarlah...Salah tengok agaknya. Jomlah cepat...nanti bising pula mak kat rumah tu kalau kita balik lambat." Sambil mereka berdua berjalan Hanis berfikir sesuatu. Takkanlah mak tiri si Ryo tu ada anak ikan kut? Ah aku ni...suka sangat fikir mengarut.
********************************************************************************
" Ni upah kau....lepas ni kau follow je mana budak tu pergi." Lelaki yang duduk bertentangan di depannya hanya mengambil sampul surat yang berwarna kekuningan itu sambil tersenyum. Dia melihat isi kandungan dalam surat itu. Kemudian dia tersenyum puas apabila upah yang dimintanya mencukupi.
" Kalau ada situasi yang boleh dijadikan berita kau cepat-cepat snap. Kalau boleh buatlah berita yang lagi sensasi, biar sampai bapak dia bergaduh besar dengan anak dia tu. Faham?" Ujar Puan Mariam sambil berpeluk tubuh.
" Itu kerja senang puan. Kalau puan nak saya buat kerja lain pun boleh....nak belasah budak tu pun boleh juga."
" Kau jangan buat kerja gila. Kau buat je apa yang aku suruh... untuk masa ni, kau ikut je arahan aku tu. Kalau kau belasah budak tu, dibuatnya dia report polis then pihak polis siasat, aku yang kena balik kau tahu. Tak pasal-pasal aku nak buat suami aku benci kat anak dia nanti aku pula yang kena benci dengan laki sendiri." Tersengih lelaki itu mendengarnya.
" Dahlah..aku tak boleh lama ni. Aku kena balik sebelum laki aku balik dari kerja nanti. Apa-apa hal kau mesej aku." Dia bangkit dan terus berlalu keluar dari restoran itu. Ketika dia melangkah keluar dia nampak dua orang gadis yang berjalan jauh darinya. Dari susuk tubuh seorang gadis yang memakai beg sandang itu seolah-olah dia kenal. Makin lama bayang dua orang gadis itu semakin hilang dari orang ramai yang lalu di situ. Hmm....mungkin orang lain.
****************************************************************************************
Selepas dia mengupdate post di blognya dia, dibuka pula blog yang diminatinya. Setelah baca post di situ dia komen sesuatu. Kemudian dia buka pula email dan menghantar sesuatu untuk Miz HZ.
< Mr. Niki > i dah baca post you yang latest kat blog tu. Bunyinya macam you kehilangan seorang rakan yang you sayang. Mesti you sedih kan...apa2 pun i just hope you will be okay. If you read this email, plez reply. I miss to have a chit chat with you. Lagipun almost a week we didnt chat together right? Sorry...i pergi bercuti minggu lepas.
Butang send ditekan. Dia senyum sendirian. Dia terbayangkan percutiannya di Pulau Redang minggu lepas di mana saat dia mengendong Hanis di belakang. Macam sweet ar pula. Haha....aku ni dah makin teruk ni. Baik aku pergi makan lagi best.
Di rumah Hanis....
" kak, ada orang call!!" Jerit jue dari ruang tamu.
" Siapa call dik?!!" Tanyanya balik dari dapur.
" Kak fura!!" Balas adiknya.
Hanis yang ketika itu sedang mencuci pinggan segera menutup paip dan berlari ke ruang tamu. Puan Zainab yang melihat telatah anak-anak gadisnya menggelengkan kepala. Apa nak jadilah dengan dua orang anak aku ni. Sorang terjerit-jerit...macamlah rumah ni besar sangat. Sorang lagi pula bukan main berlari dalam rumah, rupa dah macam jauh sangat dapur dengan ruang tamu. Hmm...
Telefon rumah itu dicapai oleh Hanis. Dia mengelap tangannya yang basah di baju adiknya. Bengang je Jue apabila kakaknya mengenakan dia.
" Kuang asam akak ni." Katanya. Hanis tergelak kecil, kemudian sambung bercakap dengan Safura.
" ha, pe dia?" Tanyanya.
" Aku nak bagitahu ni, lusa aku balik. Mungkin lusa aku sampai KLIA. Kau ambil aku boleh?" Terang Safura.
" Bereh.....tapi pukul berapa?"
" Pagi rasanya aku sampai. Nanti aku mesejlah kau inform pukul berapa nanti kau patut ambil. Mak kau sihat ke?"
" Sihat alhamdulillah...." Balasnya sambil melihat emaknya yang sedang duduk bersila sambil menonton televisyen. Jue meletakkan kepala di ats riba emaknya dan minta diusap kepala. Bibir Hanis dicebikkan melihat situasi adiknya yang bermanja dengan emaknya.
" Nanti kau kirim salam kat mak kau tau. Jangan bagi mak kau balik lagi, tunggu aku balik. Rindu nak jumpa mak kau. Hehe..." Kata Safura.
" Yela...kau pun balik cepat. Aku dah rindu sangat-sangat kat kau ni. Jaga diri tu baik- baik tau. Kirim salam kat abang kau yang hensem tu." Guraunya.
" Cet....abang aku tu dah kahwinlah. Gatal kau ni!" Safura berkata, kemudian dia ketawa di hujung talian. Begitu juga dengan Hanis. Setelah talian dimatikan dia duduk di sebelah emaknya.
" Mak, fura kirim salam. Dia cakap mak tak boleh balik kampung lagi. Dia nak jumpa mak dulu." Hanis memberitahu ibunya.
" wa'alaikumussalam...iyelah. Tapi bila dia balik?"
" Lusa..." Jawabnya. Dia melihat adiknya yang sedang menutup mata. Mungkin nikmat tangan seorang ibu membelai rambutnya membuatkan dia selesa diperlakukan sebegitu. Hanis mengenakan adiknya dengan rambut adiknya ditarik. Jue menjerit kesakitan. Kemudian cepat-cepat dia berlari masuk ke bilik sebelum adiknya membalas balik perbuatannya tadi.
Dia mengambil laptop di atas meja dan dibawa ke katil. Sambil dia menerap di atas katil, dia membuka laptopnya. Perkara pertama yang dia buat, melihat blog Mr. Niki. Post di blog itu dibaca satu persatu. Hmm...hari ni mamat ni post karya ramlee awang mursyid lah...owh, peminat ramlee rupanya dia ni....
Setelah puas menggodek blog lelaki itu, dia pergi pula ke blognya. Still takde komen dari Daniel. Keluhan dikeluarkan. Agaknya Danny baca tak post-post aku kat blog ni. Danny...aku rindu kat kau...Jarinya membuka pula email. Dia mahu melihat email yang ada. Mana tahu ada email dari Daniel. Satu persatu dia melihat isi emailnya. Takde juga email dari Danny....tapi email dari Mr. Niki adalah... Baru je dia nak balas email dari Mr.Niki telefon bimbitnya berbunyi.
" Assalamualaikum?" Sapa Ryo di hujung talian.
" Wa'alaikumussalam...kenapa?" Tanyanya.
" Esok kau free tak? teman aku pergi shopping jom. Aku nak cari hadiah untuk birthday eyqa."
" Ha, bila birthday dia?"
" Next week...tapi aku nak beli awal sebab aku risau mungkin minggu depan aku dah start busy dengan kerja."
" Owh...boleh je. Esok kat mana nak jumpa?"
" Aku ambil kau kat rumah esok dalam pukul 11 pagi camtu."
" Eh, jangan!!" Automatik Hanis terjerit mengatakan perkataan 'jangan' itu. Kemudian dia menutup mulutnya. Terkejut Ryo mendengarnya. Dia menggosok cuping telinganya kemudian sambung bercakap.
" Apasal pula?"
" Mak aku ada kat rumah. Lagi pun kebelakangan ni mak aku macam tak berapa puas hati dengan kau sebab kebelakangan ni kan banyak kes kau ngan aku kat majalah, berita semua tu. Nanti bertambah-tambah syak mak aku nanti." Terangnya. Rizman berfikir sejenak. Tak sangka pula mak hanis pun marah dengan dia. Tak boleh jadi ni.
" Takpelah, aku tetap nak pergi rumah kau. Biar aku cakap dengan mak kau. Aku nak explain semuanya. Biar mak kau tahu perkara sebenar. Lagi pun aku kena juga bertanggungjawab." Belum sempat Hanis nak balas, Rizman dah letak dulu telefon. Kurang asam betul mamat ni!!..Hanis menggaru kepalanya sambil memandang handsetnya. Cara mamat ni bercakap macam nak tanggung hal besar je... Tanggungjawab??ceh....
ok.nak sambungannya! tak sabor ni. btw,cter ni best!