CINTA BLoGGER....21
.
bab 21
Pintu bilik itu dipulas. Rizman masuk ke dalam dan meletakkan begnya di sofa. Kelihatan di atas meja ada sebuah beg khas yang sesuai diisi kamera. Dia pergi ke pantry untuk membuat kopi susu kegemarannya. Apabila dia masuk ke bilik rehat semula kelihatan Fariz sedang mengelap lens kameranya. Barulah dia tahu kamera itu rupanya milik Fariz. Dia buat tidak peduli dan duduk di sofa itu sambil minum air. Kemudian dia relaks sebentar sambil menutup matanya. Tidur sekejap pun jadilah. Sebenarnya dia baru sahaja habis buat pengambaran untuk video klip music video salah seorang artis terkenal tanah air. Habis sahaja shooting, sebentar lagi dia perlu gerak pergi ke Melaka untuk pelancaran fashion batik malaysia. Dia dilantik untuk jadi main model untuk model lelaki. Fariz curi-curi memandangnya, kemudian dia bersuara.
" Banyak kes pasal kau keluar kebelakangan ni? kalau dah tahu diri tu makin popular, jagalah diri tu." Perlinya. Rizman yang baru nak lena ketika itu, membuka matanya dan memandang tepat ke arah Fariz.
" Urusan aku takde kena mengena dengan kau." Ringkas dia membalas. Entah kenapa dari dulu dia mula terlibat dalam bidang modelling ini, Fariz banyak cari pasal dengannya.
" Huh..." Fariz mengeluh kasar mendengarnya. Dia kalau bekerja dengan model yang selalu menepati masa, dia sukalah. Tapi masalahnya Ryo ni selalu juga lewat apabila sesi penggambaran diadakan. Baginya, dia tidak berapa suka akan orang yang tidak menepati masa. Sebab itulah dia tidak berapa rapat dengan Ryo.
" Sebenarnya apa yang kau tak puas hati dengan aku ha?" Rizman bertanya. Dia rasa dia perlu setelkan hal ni. Yelah, dengan jurugambar yang lain dia okay je, tapi dengan lelaki di depannya mesti ada je yang tak kena.
" Urm...let me think. Ha'a...memang ada. Lain kali, kalau aku perlu jadi photographer untuk kau, sila tepati masa. Aku tak suka orang yang selalu lewat. Remember that..." Habis bersuara, Fariz tersengih sinis. Kamera dimasukkan ke dalam beg khasnya kemudian digantungkan di bahu. Dia bangun dan menuju ke pintu untuk keluar. Pandangan dari Ryo lansung tak dipedulikan. Sebelum dia keluar, dia berhenti seketika dan dia memandang Ryo semula. Dia terfikir akan saat dia ternampak ada lelaki misteri yang sering mengekori model itu kebelakangan ini. Ada kemungkinan lelaki itu yang membuat cerita yang buruk tentang Ryo. Perlu ke cerita kat budak ni ha??urm...
" By the way....jaga-jaga dengan keadaan sekeliling kau." Ringkas nasihatnya sebelum keluar. Itu sahaja yang mampu dia berkata. Buat apa dia nak ambil tahu sangat, lagipun Ryo bukanlah siapa-siapa dengan dia. At least dia dah bagi warning kat Ryo. Rasanya itu pun dah cukup. Terpinga-pinga Rizman mendengar pesanan itu. Apa maksudnya?
Baru je dia nak lena sekejap, kedengaran pintu dibuka.
" Oit Ryo...ada kau kat sini. Ingat dah gerak pergi Melaka." Shaqir masuk ke bilik dan duduk berhadapan dengannya. Tidak lama kemudian, Mieza pula yang masuk dan duduk di sebelah teman lelakinya.
" Dalam lagi sejam aku geraklah. Aku penat sangat ni. Nak rehat kejap. Nanti masa drive takdelah ngantuk sangat."
" Korang dari mana ni?" Tanyanya.
" Aku takde kerja hari ni, tapi saja datang office ni. Nak jumpa Firdaus kejap lagi. Ada hal sikit." Jawab Shaqir. Mieza mencapai surat khabar yang ada di atas meja kemudian satu persatu diselaknya. Tidak ada berita yang menarik, dia menutup semula surat khabar itu.
" Hmm..Ryo." Panggil Shaqir.
" Pe?"
" Ceritalah...." Rizman mengerutkan dahi. Cerita apa ni? Seolah-olah faham dengan riak muka yang pelik ditonjolkan oleh Riz, Shaqir bertanya semula.
" Apa yang jadi masa kau jumpa mak Hanis tu? bila ye kau jumpa dia...urm, tiga hari lepas kan?" Mieza tertanya-tanya apa yang sedang dicakapkan pasal teman lelakinya itu.
" Jumpa mak hanis? For what Ryo?" Mieza pula yang bertanya. Ryo melepaskan keluhan yang berat kemudian dia berfikir tentang kejadian yang berlaku tiga hari lepas.
" Takde apa sangat. Aku nak jumpa mak dia sebab nak explain tentang salah faham gosip yang melanda anak dia dengan aku. Tu je..."
" Ye kew? hah...ceritalah wei....kitorang nak dengar." Mieza buat muka berminat untuk mendengar. Riz menggaru kepanya yang tak gatal. Ni yang malas ni nak bagitahu.
" Bro, citer ar...bukan de siapa-siapa pun. Aku dengan mieza je." Shaqir pula bercakap.
" Yela yela....camni citernya."
3 hari yang lepas...
Hanis masuk ke dapur untuk menyediakan air. Tidak lama kemudian, Jue pula masuk ke dapur. Dari ruang dapur itu, dia mengintai ke arah ruang tamu sambil tergelak kecil kemudian dia menghampiri kakaknya.
" Kak, handsomenya abang Ryo...." Ujar adiknya sambil tersengih. Adiknya ni pun satu, pantang nampak laki handsome, mulalah...
" Kak, baik akak duk kat ruang tamu tu. Biar adik yang buat air...cepatlah." Gesa adiknya. Hanis yang ketika itu baru nak ambil jug air terhenti.
" Kenapa pula?" Tanyanya hairan.
" Adik dapat rasa aura mak kuat woo...sampaikan abang Ryo tu tak senang duduk kat depan mak. Kesian dia...hehe." Terang adiknya. Hanis tergelak apabila dia mengintai dari dapur, kelihatan Riz duduk macam orang kepanasan. Alahai Riz ni...mak aku bukan makan orang pun.
" Kamu suka anak mak cik tu?" Pergh...direct betul Puan Zainab tanya. Hampir terjatuh dari duduk dia mendengarnya.
" Err...er..."
" Mak, dahlah tu. Janganlah keluarkan aura macam nak makan orang je. Kesian bos akak tu. Mak ni, suka tanya soalan pelik-pelik tau. Malulah akak." Hanis segera keluar menyelamatkan keadaan. Ada ke patut mak aku boleh tanya soalan macam tu.
" Mak gurau je...tak sangka pula Roro ni takut sangat." Hanis dan Riz mengerutkan dahi. Roro?
" Roro?" Hanis bertanya.
" Yela, bukan nama dia Roro ke? Pelik bebeno nama orang kL ni ye..." Balas emaknya. Hanis dah ketawa mendengarnya. Riz pula memicit dahinya...aduhai mak cik ni. Ada ke patut panggil aku Roro...dah macam kiroro dah aku dengar. Takpe Riz...sabar sabar.
" Mak...nama dia bukan roro, tapi Ryo. Nama sebenar dia Rizman mak..." Hanis berkata. Dari dapur kedengaran Jumaidah dah ketawa terbahak-bahak.
" Jue, cepat sikit buat air tu." Emaknya bersuara. Terus jue terdiam. Kali ni Hanis pula gelakkan adik dia.
" Hmm....betul ni?" Puan Zainab meminta kepastian.
" Betul mak cik...saya tak tipu." Bersungguh-sungguh Riz mengiyakan.
Ketika itu Jue membawa dulang berisi air kepada mereka. Di menuangkan air untuk Ryo. Kemudian dia terus duduk di sebelah lelaki itu sambil menghadiahkan senyuman penuh makna. Serba salah Ryo ketika itu. Bertambah nervous dibuatnya. Hanis menjengilkan matanya melihat kelakuan adiknya itu. Amboi budak kecik ni, tak padan dengan baru nak ambil spm tahun depan dah pandai menggatal. Jue buat-buat tak nampak pandangan kakaknya, sebenarnya dia saja nak mengusik Ryo. Nak buat Ryo lagi gelabah.
" Baguslah kalau macam tu. Mak cik percaya kat kamu dengan anak mak cik ni. Cuma yelah kan....mak cik ni duk jauh dari dia, tu yang mak cik risau tu. Harap kamu bolehlah tengok-tengok dia kat kL ni. Lagi satu terima kasihlah banyak-banyak sebab bagi peluang kerja kat Hanis. " Lega Riz mendengarnya. Selamat....ingat nak kena sembur tadi, nasib baik mak si Hanis ni jenis yang memahami.
" Err..lagi satu mak cik, boleh tak saya nak bawa Hanis keluar hari ni. Saya nak minta tolong dia carikan hadiah untuk hari jadi adik saya. Saya ni tak pandai sangat nak pilih hadiah untuk perempuan." Riz meminta izin.
" Boleh, tapi dengan satu syarat." Amboi mak aku ni, bersyarat berbagai...macamlah Ryo tu nak ajak aku dating.
" Apa dia mak cik?" Tanya Riz.
" Jue kena ikut akak dengan roro ni. Kalau boleh sepanjang cuti musim sekolah ni teman kakak kamu kat sini." Dengar je arahan dari ibu tercinta, tangan jue digenggamkan dan dia membuat aksi YES. Haha....nasiblah korang berdua hari ni. Kali ni Hanis pula yang memicit dahinya. Aduh, apalah bala aku hari ni. Mahu kecoh kalau budak ni ikut. Rizman pula terpinga-pinga dengan syarat itu.
" So, macam tu lah cerita dia. Masa aku kat rumah dia tu, rasa beban tu, masyaallah.....tak terungkap wei. Kalah situasi nak jumpa mak mertua. Aku nak explain pun takut-takut. Yela, aura mak Hanis tu kuat sangat. Cuak aku." Bertambah-tambah Shaqir dan Mieza gelak mendengarnya.
" Alahai...kesian kau kan. Tapi baguslah, semua dah setel. Mak dia dah balik ke?" Mieza bertanya.
" Dah..semalam mak dia balik kampung. Tapi rasanya adik dia tinggal dengan dia sepanjang musim cuti sekolah ni."
" Okaylah tu. Sayang, you tunggu sini kejap dengan Ryo tau. I nak pergi jumpa Firdaus kejap, nak bincang pasal contract berkenaan iklan tempoh hari tu. Tunggu kejap ye." Mieza hanya menganggukan kepala sambil tersenyum. Shaqir terus melangkah keluar dan menuju ke bilik Firdaus, ketua di agensi itu.
" Ryo...i nak tanya sikit ni." Mieza memulakan bicara.
" Apa dia?"
" You suka girl macam mana ek? Sebab selama ni tak pernah pun i nampak you bercinta. Yang you rapat pun dengan Fathiha and Sara je. Tapi diorang tu masing-masing dah berpunya." Tersenyum Rizman mendengarnya.
" Actually i tak kisah sangat girl tu macam mana pun. Honestly i tak pernah bercinta. Tapi dulu i pun pernah juga suka kat seseorang yang agak rapat. Tapi nampaknya dia bukan jodoh i."
" Siapa?"
" Adalah..." Ringkas dia menjawab. Dia terbayang wajah Fathiha. Ye...Fathiha merupakan wanita pertama yang dia suka. Walaupun dia tahu jarak umurnya dengan wanita itu berbeza, tapi dia tidak pedulikan semua itu. Siapa sangka pilihan wanita itu sebenarnya abang tirinya, Iskandar. Apa boleh buat, dah takdir. Kini itu semua sejarah. Dia senyum memikirnya.
" Ala you ni Ryo...berahsia pula. Urm, macam mana pula dengan PA you? I think you dengan dia serasi la..." Mieza berkata. Ryo berhenti minum dan memandang mieza.
" Memandai je you ni." Katanya. Cawan diletakkan di atas meja setelah kopi itu habis diminum. Majalah dibawah meja itu diambil dan dibaca.
" Memanglah i pandai." Mieza membalas sambil tersengih. Kemudian dia terfikir sesuatu.
" You tahu tak Ryo, sebenarnya PA you tu makin lama i tengok makin banyak pula tarikannya. Makin lama i kenal dia, banyak yang i baru tahu pasal dia."
" Pasal apa?" Bacaan di majalah itu masih diteruskan.
" You tahu tak dia tu suka mengarang puisi, sajak, macam-macamlah. Dari rupa dia tu, i tak sangka dia ni jenis yang berbakat. And you know what, dia karang semua karya dia dalam blog dia. I think thats good. I dah baca dah semua blog dia." Penerangan dari Mieza membuatkan Rizman berhenti membaca.
" Tak tahu pula i dia macam tu..." Rizman berkata. Sungguh, dia tak terfikir Hanis ada bakat terpendam dalam mengarang.
" Tu lah you, sebenarnya banyak lagi yang you tak tahu pasal dia. Kalau you terfikir nak tahu hal dia, mesti you berminat dengan dia tau."
" Yela tu..." Tersengih dia menjawab.
" You jangan pandang si Hanis tu sebelah mata. Dia tu ada peminat misteri tau. Orang tu suka sangat komen kat blog dia. Lagi satu Hanis pun selalu chat dengan lelaki tu. So, you kenalah bertindak cepat sebelum dia dirampas lelaki lain. Nanti bila dia dah dengan laki lain barulah you terasa kehilangan dia."
" Apalah you merepek ni mieza. I memanglah suka dia, for now i selesa berkawan dengan dia.Lagipun dia PA i. Lagi satu, mana you tahu peminat misteri dia tu lelaki?"
" Mestilah i tahu. Dia sendiri bagitahu i nickname laki tu. Urm, apa nama dia ye?? ha....tak silap i nama dia Mr. Niki." Saat je dengar nama tu, Rizman kaku. Bagaikan ada satu kuasa yang menjadikan dia begitu. Aku....aku salah dengar ke?
Ketika itu Mieza menerima panggilan dari Shaqir untuk turun ke bawah. Dia meminta diri dari Rizman untuk keluar. Mieza lansung tidak sedar perubahan lelaki di depannya.
" Oklah Ryo. My hubby dah panggil i. Nanti ada masa kita borak lagi. By the way, good luck untuk runaway show kat melaka tu nanti." Terus gadis itu berlalu keluar, sementara itu Ryo pula masih lagi berkeadaan begitu, kaku seolah-olah dirinya sudah menjadi batu.
garang nya mak hanis... Kalo aku kne mcm 2 mau ketar lutut..hehe..