CINTA BLoGGER....22
.
bab 22
Sudah beberapa hari peristiwa itu berlaku,
namum dia masih tidak dapat melupakannya. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
Patutkah aku gembira bila aku dah tahu siapa sebenarnya pemilik blog tu? Kalau
boleh aku memang nak happy, tapi…..bila difikirkan, rupa-rupanya orang yang aku
selalu puji, selalu chatting adalah orang yang selalu berada di samping aku.
Dan dia juga adalah PA aku. Argh…apa
perlu aku buat ni? Perlu ke aku buat macam biasa je, seolah-olah tidak ada
apa-apa yang terjadi? Ye, aku perlu buat macam tak tahu je, tapi….aduh!! semak
otak aku ni!
“ Riz…” Dia yang sedang memicit kepalanya
terhenti dan memandang wajah ibunya. Puan Shazlin masuk ke dalam bilik anak
terunanya dan duduk di atas katil. Dia memegang kepala anaknya.
“ Riz kenapa ni? Sakit kepala?”
“ Eh, takdelah ma…” Dia menarik tangan
ibunya dan dipegang erat. Puan Shazlin tersenyum mendengarnya.
“ Riz, lusa mama nak balik London dah.”
Rizman memandang lama wajah ibunya. Dia sudah dapat agak hari itu bakal tiba.
Ye, ibunya harus ke sana atas urusan kerja.
“ Mama kalau stay sini lama lagi tak boleh
ke? Suruhla atuk cari orang lain uruskan bisnes kat sana.” Tanyanya.
“ Mmm…nanti mama datanglah sini lagi
tengok anak-anak mama.” Puan Shazlin hanya mampu senyum. Sedih kerana perlu
berjauhan lagi dengan anak-anaknya.
“ Ke mama nak lari dari menghadap muka
papa tu?” Terpana Puan Shazlin mendengar soalan itu.
“ Riz..kenapa cakap camtu?”
“ Riz dah dengar semuanya…riz dengar apa
yang mama sembangkan dengan atuk hari tu. Papa kahwin dengan mama bersebab
kan??hanya sebab mama ni anak atuk. Yela, atuk kan lagi kaya dari keluarga
papa. Masa tu company papa ada problem kan…so papa ambil kesempatan untuk
kahwin dengan mama semata-mata nak selamatkan company tu kan?? Dan lagi satu sanggup
dia tipu mama….”
“ Riz, stop it. Tak baik cakap macam tu.
Biarlah papa kamu tu macam mana sekali pun, dia tetap seorang insan yang
bergelar ayah untuk kamu. Kamu perlu hormat dia.”
“ Susah ma….susah Riz nak buat camtu.
Believe me mama, I try…but..” Keluhan berat diluahkan. Dia menunduk. Puan
Shazlin simpati dengan apa yang terjadi pada anak-anaknya. Dia tahu,
anak-anaknya kurang kasih sayang dari seorang bapa. Dia menarik Rizman ke dalam
pelukannya sambil dia mengusap rambut anaknya.
“ Riz…ingat satu perkara ni. Apa pun yang terjadi,
mama sentiasakan sayangkan korang. Korang lah buah hati mama. Ingat tu.” Dahi
Rizman dikucup lembut. Lelaki itu terdiam, hanya senyuman pahit yang mampu
diberikan.
“ By the way, mama ingat esok mama nak
luangkan masa dengan anak-anak mama. Kita jalan-jalan nak esok?” Cadang puan
Shazlin.
“ Ok mama…” Rizman membalas sambil
tersenyum. Puan Shazlin bangun dan melangkah keluar. Baru sahaja Rizman nak
baring, Puan shazlin masuk semula ke bilik anak lelakinya.
“ Lupa pula mama..nanti Riz ajak Hanis
sekali tau. Mama nak dia join sama.”
“ Err…tapi ma, adik hanis ada kat sini.
Dia kena jaga adik dia.” Pfft, apa punya alasanlah yang kau bagi ni Riz.
Sebenarnya dia sendiri tak sedia untuk berjumpa dengan gadis itu. Dia tak tahu
reaksi macam mana yang harus dia lakukan di depan Hanis nanti.
“ La, ajaklah adik dia sekali. Lagi ramai
lagi meriah.”
“ Ha…yelah.” Lemah dia membalas. Aduh….macam
mana ni?
***************************************************************************************
Dia merenung kipas yang berpusing laju itu.
Bosannya malam ni. Tak tahu nak buat apa. Adiknya dan Safura sibuk bermain ps2
kat ruang tamu. Aku nak tengok tv pun tak boleh. Hantu game betul lah dua ekor
tu..huhu. Nak buat apa ni?? Pusing ke kanan nampak handphonenya. Telefon bimbit itu dipegang. Takde siapa-siapa ke nak call aku ni??bosan tahu tak!! urgh...telefon bimbit itu diletakkan kembali ke atas meja. Pusing ke kiri pula, nampak laptop. Broadband yang ada dalam laci dicapai, online lagi bagus.
Emailnya dibuka, semuanya tiada mesej yang penting. Hmm....kenapa Mr.Niki dah jarang nak chat dengan aku ha? kat blog aku pun dia dah jarang komen. Urm, mungkin dia sibuk kut... ah, lantaklah. Facebook pula dibuka. Perkara pertama yang dibuat dia p0st status dia psl kebosanan yang melanda diri dia tu, then dia buka pula wall Daniel. Seperti yang disangka, satu post pun Danny tak update. Mana perginya mamat ni? lansung tak dengar khabar. Sampai hati kau Danny buat aku macam ni....bahagian photo ditekan. Dia melihat gambar-gambar antara dia dengan Daniel dan kawan-kawan yang lain. Barulah dia sedar sekarang, pada album Danny kebanyakkannya ada gambar dia. Kenapa dia boleh tak perasan selama ni?
" Kak!!!" Jeritan adiknya di luar mengejutkan dia dari berfikir tentang Daniel. Spoil la budak kecik ni.
" Apa dia?!!" Jeritnya balik.
" Abang Ryo call rumah tadi!!dia kata esok nak bawa kita jalan-jalan!" Jerit lagi.
" Dia nak apa?!!" wah, dah berbalas jerit dah ni. Hanis pelik, kenapa Ryo tak nak call handset dia je.
" Dia cakap esok nak ajak kita jalan-jalan!!" Balas adiknya lagi. Kakak aku ni pekak ke? aku dah jerit bukan main kuat lagi ni.
" Wei korang berdua!! aku sekeh kang baru tau! Apa korang fikir rumah ni besar sangat ke nak jerit-jerit... eh kau jue, pergi masuk bilik akak kau tu. Sakit telinga aku dengar kau dengan akak kau tu jerit." Jue tersengih malu kena tegur dengan kak fura. Dia masuk ke bilik kakaknya.
" Kau cakap apa tadi dik?"
" Abang Ryo nak ajak kita jalan-jalan esok. Kata dia mak dia yang ajak. Dia cakap esok pukul 10 pagi siap." Terang adiknya. Laptop kakaknya diambil.
" Owh, okay. Eh budak ni, kau nak bawak laptop tu pergi mana?" Jue dah berjalan hampir ke muka pintu. Sesuka hati dia je main ambil macam tu.
" Nak online jap kak, rindu kat buah hati kat kampung tu." Sengih je yang mampu jue tunjuk sambil sebelah tangannya menunjuk tanda peace, lalu terus dia duduk di ruang tamu.
" Untunglah ada buah hati. Aku ni yang lagi tua dari kau tak pernah pun bercinta. Huh..." Dia bercakap seorang diri.
***********************************************************************************
Lepas main permainan roller coster, Eyqa, Sheera dan Jue pula bercadang untuk beli ais krim. Puan Shazlin pula pergi ke bilik air kerana tak tahan nak muntah. Pening kepala naik roller coster tadi. Kini tinggal Riz dan Hanis sahaja di situ. Masing-masing berkongsi satu kelemahan, takut gayat. Terpaksalah mereka duduk di situ menanti mereka habis main. Rizman berfikir, kenapalah dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni, mama pilih nak pergi genting highland. Aduh...
'' Riz..." Rizman mengalihkan pandangannya pada Hanis di sebelah. Dari tadi dia lansung tak bercakap sepatah pun dengan gadis itu. Bukan tak nak cakap sebenarnya, tapi lidah dia kelu untuk berkata.
" Hmm..." Itu je ke kau mapu nak cakap Riz?? come on,jangan tunjuk sangat kau kekok. Bisik hatinya.
" Kau marah aku ke? Kenapa kebelakangan ni kau tak nak bercakap dengan aku? lagi satu, kalau call pun selalunya kau terus call handset aku, ni tak..." Luahnya. Mukanya ditundukkan. Dia melihat deretan semut yang lalu berdekatan dengan kakinya.
Rizman menarik nafas panjang. Dia menoleh memandang Hanis. Dia melihat hanis sedang tunduk. Rambutnya yang dibiarkan lepas itu melindungi wajahnya.
' Alamak....dia nangis ke? Takkanlah dia nangis....tapi kenapa dia macam sedih je? Aduh...aku pun satu, salah juga sebab tak cakap dengan dia lansung. Tengok, dia dah sedih...alahai...macam mana ni??'
" Err...Hanis, kau janganlah sedih. Bukan aku tak nak bercakap dengan kau." Katanya. Hanis terus mengangkat wajahnya dan memandang Rizman sambil buat muka pelik. Siapa yang sedih? Rizman pula tak tahu nak kata apa lagi apabila melihat wajah Hanis yang lansung tak sedih itu. La, dia tak sedih ke?aku je salah sangka. Eii, bengonglah kau ni Riz.
" Kau ni kelakarlah Riz, aku main dengan semut ni tadi. Kau ingat aku sedih ek..." Hanis berkata sambil mengukirkan senyuman. Wajah Riz yang putih itu berubah kemerah-merahan akibat malu.
" Eh, kenapa dengan muka kau merah Riz? kau demam ke?" Serentak masa itu, sebelah tangan Hanis memegang dahi Riz. Terkejut Riz dibuatnya, dia cuba mengelakkan tangan Hanis dari pegang lebih lama ke dahinya. Entah macam mana, dia boleh pula terjatuh dari bangku tersebut. Hanis menutup mulutnya, tak sangka Riz boleh terjatuh. Sah mamat ni demam.
' Aduh...apasal boleh jatuh ni. Malu siot!!' Rintih hati Riz.
Hanis menghulurkan tangannya untuk membantu Riz bangun. Riz menyambut tangan Hanis dengan perasaan malu. Baru je dia nak bangun, entah macam mana boleh jadi, tiba-tiba Hanis jatuh ke dalam pangkuannya. Rupa-rupanya ada budak terlanggar belakang Hanis. Sebab itu hanis terdorong ke depan.
Lima saat, takde reaksi...
Sepuluh saat, mata mereka berpandangan. Riz pandang hanis yang ada di atas badannya. Hanis pun pandang Riz. Cukup rapat wajah diorang pada masa itu.
Lima belas saat, masing-masing kelu untuk bercakap.
Dua puluh saat....seolah-olah terkena renjatan elektrik barulah masing-masing bangun.
" Err...sorry." Hanis bersuara. Tapi kenapa aku dapat rasa jantung aku berdegup laju sangat ni.
" Tak...takpe." Lambat-lambat Rizman membalas. Apa dah jadi ni?? kenapa aku boleh jadi makin gagap ni.
" Kak, abang Ryo!! buat apa kat sana tu, jomlah. Auntie panggil kat sana tu!" Jerit Jue dari jauh. Sah budak jue ni suka menjerit. Rizman mula melangkah pergi tatapi dia berhenti sekerat jalan. Dia menoleh ke belakang, Hanis masih lagi tidak gerak dari situ.
" Hanis...jomlah." Panggil Rizman. Hanis tersentak. Dia masih lagi terfikirkan keadaan tadi. Terus dia berjalan menghampiri Rizman dan mereka berjalan seiring.
10 minit yang lepas....
" psst...kenapa abang kau dengan hanis tu nampak lain hari ni?" Bisiknya kepada eyqa. Eyqa hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
" Jue, kenapa dengan kakak kau tu?" Sheera bertanya pula pada jue.
" Kenapa apa? jue tengok biasa je..." Jawabnya.
" aik...takkanlah korang tak sedar dari tadi lagi kut." Tanya Sheera pada mereka berdua. Eyqa dan jue yang sedang makan ais krim itu berhenti, kemudian mereka saling berpandangan.
" Perasan apa?" Serentak Jue dan Eyqa bertanya. Sheera mengetuk dahinya perlahan. Apa ke lembab bebeno dua ekor ni...
" Hari ni diorang nampak lain. Dah tak macam dulu. Maksud aku masing-masing tak banyak bercakap macam selalu." Dia terangkan segala apa yang berlaku.
" Ha'ala...diorang nampak lain hari ni, tapi kenapa ek?" Jue memuncungkan bibirnya sambil berfikir. Eyqa yang melihat jue ketika itu tersenyum. Comel pula budak ni, macam kakak dia.
" Entah-entah diorang malu tak..." Sheera bersuara.
" Malu?" Eyqa dah pelik. Apa yang Sheera cuba sampaikan ni?
" Entah entah diorang dah bercinta, pastu masing-masing cuba rahsiakan dari kita. Sebab tu diorang nampak lain hari ni."
" Engkau ni kan suka buat cerita sendiri tau. Memandai je." Eyqa berkata. Suapan ais krim tadi disambung.
" Apa pula aku buat cerita. Cuba kau perhatikan ye...kau tengok sana." Mereka bertiga melihat dari jauh ke arah yang ditunjuk oleh Sheera. Dari jauh kelihatan Rizman dan Hanis yang sedang duduk berdua-duaan sambil bercakap sesuatu.
" Ish...takkan betul kut?" Eyqa menggaru kepalanya. Boleh percaya ke?
" Ala, takat bersembang je, bukan bermaksud diorang bercinta." Jumaidah berkata. Eyqa menanggukkan kepalanya tanda setuju dengan kenyataan dari Jumaidah.
" Korang tengoklah lagi..." Masing-masing melihat semula ke arah mereka berdua.
Dua tiga minit tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak lama kemudian mereka nampak Hanis meletakkan telapak tangannya ke dahi Riz.
" Fuh...Gila ar kakak aku, main usik je muka abang Riz." Jue berkata.
Tidak lama kemudian Rizman terjatuh dari kerusi. Eyqa mahu pergi ke arah abangnya untuk menolong, tapi ditahan oleh Sheera dan Jue.
" Kau tengoklah lagi...jangan risau, hanis nak tolong dia tu." Sekali lagi mereka melihat.
Kali ni memang benar Hanis menghulurkan tangan mahu membantu dan Rizman memegang tangan Hanis. Tidak jauh dari situ, ada dua orang budak sedang berkejaran sambil bergurau, entah macammana tiba-tiba budak itu terlanggar belakang Hanis dan Hanis terjatuh dalam pangkuan Rizman di atas lantai. Jue, Sheera dan Eyqa menutup mulut mereka. Gila ar hebat diorang ni. Buat aksi drama pula kat tengah-tengah genting highland ni. Mereka kusyuk melihat aksi Hanis merenung Rizman sambil tengah berpeluk tu. Ais krim yang dah cair pun diorang tak sedar. Terus mereka bertiga berpusing dan masing-masing berbisik.
" Aku rasa betul lah kata kau Sheera. Memang aku tak sangka abang aku boleh bertindak cepat macam ni..Lama pula tu diorang peluk sambil baring." Bisik Eyqa.
" Kan aku dah kata." Sheera membalas dengan perasaan bangga.
" Ni kalau mak aku tahu ni, mahu kena piat telinga kak Hanis ni." Jue pula berbisik. Sheera dan Eyqa tergelak kecil mendengarnya.
" So, apa kita nak buat bagi diorang mengaku yang diorang bercinta?" Tanya Sheera pula. Eyqa memegang dagunya sambil berfikir. Kemudian dia memetik jarinya.
" Macam ni lah. Esok malam mak aku kan nak balik London dah. Abang aku mesti hantar mak aku airport tu. So, tugas kau jue, kau kena pastikan akak kau pun pergi sana tau nanti malam esok. Kat sana nanti kita buat sesuatu sampailah diorang mengaku. Kalau boleh mengaku depan mama aku lagi bagus. Sebenarnya mama aku tu suka sangat kat Hanis tu. Amacam?" Jumaidah dan Sheera berpandangan kemudian masin-masing tersenyum penuh makna.
" Cantik!" Dua-dua bersuara. Puan Shazlin yang baru kembali dari tandas tadi berjalan ke arah mereka bertiga.
" Dah habis main dah? Mana abang dengan Hanis?" Tanya Puan Shazlin.
" Ha...ada kat sana tu mama, tak jauh pun." Balas eyqa.
" Biar saya panggil diorang auntie. Auntie gerak dulu dengan eyqa ngan Sheera." Cadang Jue. Dia berlari anak dan menjerit memanggil kakaknya. Dalam hati mereka bertiga sekarang ni hanyalah satu, tak sabar nak jalankan plan yang bakal dirancang nanti.

wah..xsabarnyerr nak tunggu plan diorg berjalan.. agak2nyerr ape arr yg jue,eyqa & sheera nak buat erk???