CINTA BLoGGER....24


.

bab 24

   




     Beberapa model yang lalu didepannya lansung tidak dipedulikan. Kini pandangannya tertumpu pada majalah yang dipegang. Artikel itu memang menarik perhatiannya. Riz yang sedang dimekapkan pun lansung tidak dipandang. Rizman mengintai dari dalam cermin, kelihatan Hanis sedang kusyuk membaca sesuatu sambil duduk di atas kerusi. Penampilan gadis itu sentiasa ringkas dari pandangan matanya. Hari ini hanis hanya mengenakan baju kemeja berkotak-kotak campuran warna merah dan kekuningan sedikit, jeans slek dan juga kasut sport. Rambutnya yang hampir mencecah pinggang dibiarkan lepas. Shaqir yang sedang dimekapkan disebelahnya perasan akan renungan sahabatnya itu. 


    " Psst...." 


  Rizman mengelap pipinya. Air liur siapa yang landing atas muka aku ni. Nasib baik sikit je kena. Dia menoleh ke sebelah. Tak sedar yang rupanya shaqirlah orang yang menyemburnya tadi.


   " Hmm..pe dia?" Tanya Riz malas. 


   " Dari kau asyik tengok dia je, better kau pergi luahkan je." Cadang Shaqir.


   " Eh kau ni, gila ke apa? Kang tak pasal-pasal dia kata aku ni buang tebiat." Balasnya. Orang yang sedang memekapkan Shaqir rasa rimas asyik melihat lelaki itu tak reti duduk diam.


   " Hei Qir...please dont move so much. Just stay quitely. If you keep moving its hard for me to do my work... " Jurumekap yang berbangsa cina itu merungut pada Shaqir. Lelaki itu tersengih kemudian meminta maaf.


   " Ryo...its your turn now." Salah seorang staf di situ memanggilnya. Rizman bangun dan membetulkan rambutnya. Kemudian bahu rakannya dipegang lembut.


   " Tengoklah nanti Qir, aku tunggu masa yang sesuai." Katanya pada Shaqir sebelum dia terus masuk ke bilik shooting. 


    Pada malam tempoh hari banyak yang dibualkan mereka setelah Rizman memberitahu perasaan dia. Banyak nasihat dan cadangan yang Shaqir katakan padanya. Dia teringat perbualannya dengan Shaqir pada malam itu.






   " What?!" jeritan Shaqir lansung tidak mengejutkan dia, bahkan dia sudah agak reaksi dari temannya itu. Tak lama kemudian dia terdengar pula Shaqir tergelak.


   " Kau ni apahal gelak-gelak ni. Lawak sangat ke?" Tanya Rizman. Ni yang malas ni.....ah, aku pun satu, mulut ni tiba-tiba je luahkan pasal hal tu kenapa??


   " Sorry bro...aku bukan nak gelakkan kau. Tapi aku dah agak dah satu hari nanti hari macam ni akan tiba juga. Dan aku tak sangka pula kau boleh relaks je cakap macam tu." Terangnya. Ryo mengeluh kasar. Haish...


   " Kau lupakanlah apa yang aku cakapkan tadi. Aku rasa aku pening sangat ni, tu yang aku tercakap benda yang mengarut tak tentu hala."


   " I dont think that was ridiculous. Come on lah Riz, just tell me. Lagipun, cuma aku seorang kan kat sini." Pujuk Shaqir. Dilihatnya Rizman sudah menggaru kepalanya kemudian mengeluh lagi. Dah rupa macam orang tak betul dah mamat ni.


   " Aku..ala. Aku...erm..camne aku nak cakap pasal ni ye. Aku..a....ah, lupakanlah!" terus dia bangun dan menuju ke dapur. Shaqir menggelengkan kepalanya kemudian sambung menonton bola di kaca television.


   " Kau tak boleh terus macam ni Riz. Cuba kau cairkan sikit hati kau tu untuk terima cinta. Jangan sampai pisang berbuah dua kali." Shaqir berkata dengan nada yang agak tinggi supaya Rizman dapat dengar dari dapur. 


  Gula dimasukkan ke dalam air kopi dan mula dikacau perlahan. Kata-kata yang dikeluarkan dari Shaqir itu ada benarnya juga. Kalau dia lambat bertindak tak mustahil kesilapan yang sama akan berulang. Dulu disebabkan dia selalu pendam perasaan cintanya pada Fathiha, akhirnya wanita itu menjadi hak milik abang tirinya. Itu semua kerana dia ego untuk meluahkannya. Dia mengeluh lagi. Masuk kali ni entah berapa kalilah dia asyik mengeluh memikirkan perasaanya. 




   " Ryo!" Panggilan itu mematikan lamunannya. Dia pandang ke hadapan.


   " Aku nak pergi kafe kat bawah tu. Kau nak apa-apa tak?" Hanis bertanya. 


   " Err...belikan aku cappucino."


   " Okay, tu je?" Gadis itu tanya lagi. Rizman berfikir sejenak.


   " Takde kot...tu jelah. Cepat sikit, kejap lagi aku kena gerak pergi Bukit Bintang pula. Jangan merayap tempat lain pula." Arahnya.


   " Pfft...kau ni, macamlah aku ni budak kecil. Baiklah tuan, arahanmu akan ku patuhi. Aku pergi dulu." Sempat Hanis memerlinya sebelum turun ke kafe. Apa kenalah mamat tu hari ni. Makin teruk...tsk tsk tsk...




    *******************************************************************************************




   " Kak, bagi saya air mocca satu dengan kapur cina satu." Akak kat kaunter tu mengerutkan dahi. Kapur cina? Hanis tersengih.


   " Cappucino la kak. Saya gurau je..." Katanya. Akak kat kaunter tu tarik muka. Hek eleh minah ni, tak mesra pelanggan lansung. Aku cepuk kang.


  Setelah tunggu beberapa minit, pesanan yang di order siap dan bayaran dibuat. Malas nak menghadap muka orang yang tak mesra pelanggan ni. Sambil jalan dia merungut sorang-sorang memikirkan sikap pekerja di kaunter tadi. Atleast senyumlah sikit. Ni tak, bukan main masam muka. Huh...


   Makin lama langkahnya makin laju. Terlupa pula yang Ryo nak cepat. Dahlah lelaki tu tak sempat breakfast tadi. Elok je dia berjalan nak naik tangga, tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang baru sahaja turun. Bekas minuman yang dipegang terjatuh dan terpecik sikit di baju lelaki yang baru dilanggarnya. Hanis menggigit jarinya. Mampus....


   " Aduh....baju aku." Firdaus memegang kemejanya dan melihat kotoran yang sudah pun melekat. Bukan setakat tu je, air yang terpecik itu juga kena pada kulitnya di bahagian dada. Hanis mendongak memandangya, Dia juga begitu.  Mereka saling berpandangan untuk seketika.


   " Encik daus...sorry sangat! sorry sorry...." tangannya teragak-agak untuk memegang baju ketua agensi di company itu. Mulutnya tak habis-habis memohon maaf. 


    " Its ok....its ok. Accident kan...bukan sengaja. Tapi i rasa air tu tadi kena sikit kat badan i. Panas..." Katanya. Hanis dah mula kelam kabut. Seboleh-bolehnya kuku dia tu digigit. Takut sangat.  Aduh, apa aku nak buat ni??


    Firdaus tergelak melihat reaksi Hanis. Kesian pula tengok gadis di depannya kelam kabut, tapi nampak comellah budak ni. Kenapa selama ni aku tak sedar ha? Kalu difikirkan pun, dia memang jarang bersemuka dengan pembantu peribadi Ryo tu.


    " Mahu jugalah melecur dada i ni. So, macam mana ni?" Firdaus bertanya. Padahal bukan kena sangat pun, sikit je. Dilihatnya gadis itu sedang mengemam bibirnya. Nampak sangat Hanis ni risau. Firdaus mahu gelak lagi sebenarnya melihat kerisauan diwajah Hanis, namun dia berpura-pura serius.


   " Saya...saya...aduh camne ni?" Tergagap-gagap dia nak membalas.


   " Macam ni lah. I tak nak buang masa kat sini. You ikut ke bilik pejabat i kejap. I kena tukar baju ni. Nanti i bagi kemeja ni kat you. And you have to wash it before give me back. Anggaplah tu sebagai salah satu hukuman. Okay?" Hanis berfikir sejenak sebelum dia mengangguk setuju.


   
   " Dan satu lagi...." Lelaki itu menyambung.


   " Apa dia?"




     *************************************************************************************************






    Enjin kereta dihidupkan. Dari jauh dia nampak Hanis berjalan menghampiri keretanya dan masuk ke dalam. Pintu kereta ditutup dengan lemah, kemudian gadis itu mengeluh.


     " Ha, mana cappucino aku?" Rizman bertanya sebelum dia memulakan pemanduannya. Hanis memandang wajah Riz dengan riak yang sedih.


     " Dah habis...." Lemah dia membalas.


     " Ha, habis?"


     " Tertumpah...." Jawabnya lagi. Riz geleng kepala mendengarnya. Hai la budak ni...macam-macam hal.


     " Takpelah, nak buat macam mana kan. Kejap lagi lepas aku uruskan hal sikit kat sana, kita pergi lunch terus." Terus dia memandu. Sambil tu radio dibuka dan lagu berkumandang. Takdelah sunyi sangat jadinya.


     " Malam ni kau free tak? Eyqa yang suruh aku tanya kau. Dia ingat nak ajak kau makan malam sama hari ni." Sebenarnya itu hanyalah alasan yang direka untuk dia meluangkan masa lagi dengan Hanis. Tak pasal-pasal nama adiknya pula yang digunakan sebagai alasan. Hanis tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Rizman, sebaliknya dia termenung memandang ke luar .


     " Wei, aku tanya kau ni." Kini barulah Hanis tersedar. Adush, mengelamunlah kau ni Hanis. Argh, ni semua pasal tadilah. Kalau tak sebab akak kaunter tu buat muka annoying, takdelah aku merungut. Dan disebabkan aku merungut, membebel sorang-soranglah aku tak nampak Encik Firdaus. Kalau aku tak langgar dia takdelah aku kena terima hukuman. Kalau takat basuh baju dia je takpe, ni tak...ada ke patut dia tambah hukuman lagi satu yang aku perlu teman dia makan malam kat restoran malam ni.   Ishh...geramnya!


     " Wei..." Sekali lagi Rizman panggil.


    " Erm, aku tak boleh. Aku...aku ada hal." Balas Hanis. Perlu ke ha aku bagitahu Riz ni. Ala...tak payahlah. 


    Rizman pandang wajah Hanis sekejap kemudian pandangannya beralih ke arah jalan raya semula. Hal apa yang dia nak buat malam ni?Kenapa Hanis ni tiba-tiba je muram? Haish, pelik. 


     

         ****************************************************************************************




    Dia makan dengan berselera sekali. Kalau macam ni lah hukumannya, tiap-tiap hari pun tak kisah. Sangkanya dia perlu menemankan Firdaus makan malam dan dia yang perlu belanja, tetapi sebaliknya Firdaus yang belanja. Firdaus yang duduk didepannya tersenyum melihat gadis di depannya makan dengan begitu selera sekali. Tak pernah selama ni dia keluar dengan mana-mana perempuan yang perangai macam Hanis ni. Selamba je minah ni melantak. Siap tambah pula tu. Wanita-wanita yang selama ini menemaninya, semuanya jenis cover. Nak makan pun sikit-sikit. Kebanyakkan alasan mereka adalah takut gemuk. Huh...


      " Sedap?" Tegurnya. Hanis tersengih dengan keadaan mulut yang penuh. 


      " Nak tambah lagi?" Lelaki itu tanya lagi. Hanis mengunyah habis makanan yang ada dalam mulutnya dahulu.


      " Rasanya dah cukuplah ni kut. Err, terima kasihlah sebab encik belanja saya malam ni. Sedap makanan kat sini. Tapi sepatutnya saya yang kena belanja encik." 


      " Its ok. No big deal. Lagi satu, please drop the word 'encik'. I think that was too formal. Just call me daus. "


      " Err..okay." balasnya ringkas. Kemudian suapan disambung balik.


      " Daus...what are you doing here?" Tiba-tiba ada seorang wanita datang menegurnya. Firdaus tersenyum memandang perempuan tersebut. Bukan orang asing pun, awek dia juga. Wanita itu melihat Hanis pula dengan pandangan yang tajam. Hanis pun tengok dia juga, kemudian dia pandang Firdaus. Sapo lak minah mekap tebal ni?


      " Who is this?" Jari telunjuknya di arahkan ke Hanis. Dia sudah mula rasa nak marah. Pagi tadi bukan main susah dia contact Firdaus untuk ajak lelaki itu makan malam, tetapi Firdaus menolak ajakannya. Alasan dia kononnya sibuk. Huh, sibuklah sangat! Elok je aku tengok dia keluar dengan betina mana entah.


      " Please Jenny, have a sit. Why dont you join us?" Rileks je Firdaus pelawa awek dia duduk bersama. Hanis dah mula rasa tak sedap hati. 


      " I ask you again fir...who is this girl? You said to me that you have many work to do. Then what's this?!" Nadanya ditinggikan.


      " Nak tahu sangat?...ok. Perempuan ni awek aku sekarang. So, that's it." Terbeliak mata wanita itu mendengarnya.


   Bagi Hanis pula ,makanan yang sedang dikunyah terkeluar balik. Terkejut punya pasal dengan kenyataan Firdaus. Apa yang dia mengarut ni?


      " What?! You jangan nak main cakap je ye. I ni awek you." Tegas wanita itu bersuara.


      " Oh, really?? hmm...how about this? why dont we just break up. Then you will be no longer my girlfriend." Ternganga mulut Hanis melihat drama 'live' di hadapannya. Inilah kali pertama dia tengok situasi di mana si lelaki yang selamba je nak putuskan hubungan. Wah, memang dasar playboy tul mamat ni.


      " You are the heartless man i ever know. I rasa menyesal kenal dengan jantan macam you ni. Tak guna!!" Gelas yang berisi air kosong itu dicampak ke arah muka Firdaus. Habis basah muka dibuatnya.Lepas je campak air itu ke muka Firdaus, wanita itu terus berlalu pergi. Sungguh dia benci gila nak berada di situ.  


    . Hanis menekup mulutnya. Sah, dah macam drama kat dalam tv dah ni. Hanis bangun dari duduk dan mendekati Firdaus. Diambilnya napkin di atas meja dan diberikan pada lelaki itu. 


      " Err...saya rasa macam saya je punca semua ni. Dan juga saya rasa better encik pergi kejar perempuan tu, tak pasal-pasal dia salah sangka sebab tengok saya makan dengan encik." Kata Hanis. Firdaus hanya tersenyum sambil mengelap mukanya yang basah.


      " Just forget about it. Lagi pun memang i dah lama nak break up dengan dia. I dah bosan. By the way, sorry sebab tiba-tiba i tercakap yang you ni awek i. Saja i nak buat dia marah." Jujur Firdaus memberitahu Hanis. Memang dia dah bosan dengan sikap Jenny yang suka berkepit dengan dirinya 24 jam. Kira untung juga dia ajak Hanis keluar malam ni. Dia tak sangka pula Jenny turut ada dalam restoran tu tadi.


   Baru je Hanis nak cakap lagi, Firdaus pula mengajaknya pulang. Tak jadi dia nak sambung.  Mereka berdua melangkah bersama keluar dari restoran itu. Firdaus membukan pintu kereta untuk Hanis dan gadis itu pun masuk. Kemudian lelaki turut masuk ke dalam dan terus dipandu keretanya untuk menghantar Hanis pulang.


  Saat kereta milik Firdaus sudah keluar dari simpang, kebetulan pada masa yang sama, kereta audi sport milik Rizman berselisih dengan keretanya. Rizman terpandang kereta disebelahnya, dan dia perasan yang Hanis turut ada dalam kereta itu. Terus kereta yang dipandu oleh Riz diberhentikan di tepi jalan. Kemudian dia keluar dan melihat kereta itu berlalu pergi. Sempat dia melihat nombor plat kereta tersebut. Sah, memang kereta pengurus agensi tempat dia bekerja. Tapi, kenapa Hanis ada dalam kereta tu sama? Ni ke hal yang Hanis maksudkan tengahari tadi?