CINTA BLoGGER....25
.
bab 25
Pintu bilik itu diketuk berulang kali. Apabila terdengar suara dari dalam bilik yang menyuruhnya masuk, dia pun melangkah masuk. Kerusi di depan meja itu ditarik.
" Ryo, I have great news for you." Kata Firdaus.
" What?"
" Well, guess what? you dapat offer untuk terlibat dalam photoshoot dari luar negara."
" Owh, ok." Ringkas dibalasnya. Firdaus tak sangka pula macam tu reaksi yang akan diterima. Bukan senang orang dari luar nak offer model tempatan ni."
" Just like that?" Tanyanya hairan.
" No, i mean i am happy with that offer, but...urm." Perlu ke aku tanya dia pasal malam semalam ha...apa yang dia buat dengan hanis semalam? Aduh....nak tanya ke tak...
" Well, what is it Ryo? Come on, tell me.."
" Urm...takde pape lah. Aku just nak tanya dari mana offer tu?" Soalan yang bermain dimindanya tadi dibiarkan dahulu.
" Produksi ni dari jepun. Dia berminat untuk kumpulkan wajah-wajah model asia dari beberapa negara. So, kiranya kau ni wakil model dari Malaysia. So, if you agree with this offer you have to go there next week. Maybe dalam tempoh seminggu kau akan duduk sana. Ni contract dia. Kau boleh baca dulu. Soal bayaran apa semua ada kat dalam tu." Jelas Firdaus. Fail kontrak bertukar tangan. Rizman membaca sedikit isi yang terkandung dalam fail tersebut.
" Besok kau bagitahulah aku sama ada kau nak ke tak job ni. For now, jom pergi lunch. Aku belanja." Lelaki di depannya sudah pun bangun dari kerusi dan menuju ke pintu. Dia juga turut bangun dan melangkah seiring dengan Firdaus.
***********************************************************************************************
“ Eh...Encik Firdaus, Ryo.” Sapa Safura.
“ Fura, buat apa kat sini?” Tanya Firdaus.
“ Ingat nak lunch sini je.” Ringkas Safura
membalas. Tidak lama kemudian Ryo nampak Hanis berjalan ke arah mereka.
“ Hanis pun ada rupanya.” Firdaus menyapa.
Hanis tersenyum memandangnya, kemudian dia pandang Ryo pula.
“ Ha fura, alang-alang tu joinlah kitorang
makan sekali.” Cadang Firdaus. Tanpa sempat
Safura dan Hanis membalas, lelaki itu sudah pun menarik kerusi untuk
mempersilakan Hanis duduk disebelahnya. Serba salah Hanis dibuatnya. Safura dan
Hanis saling berpandangan. Safura mengangkat bahunya tanda ‘ why not’. Hanis
yang seolah-olah faham dari reaksi teman serumahnya terus duduk di kerusi yang
Firdaus sediakan. Safura pula duduk di sebelah Ryo. Waiter datang menghampiri
mereka dan pesanan diambil.
“ Dari
mana korang ni?” Ryo bertanya.
“ Aku teman Safura pergi bank tadi.
Alang-alang tu singgah sini.” Hanis yang duduk berhadapan dengannya membalas.
“ Well, Ryo. Kau tak nak bagitahu PA kau ke
pasal tadi?” Tiba-tiba Firdaus ungkit hal tawaran tadi. Rizman berfikir
sejenak, kemudian matanya bertentang dengan mata Hanis.
“ Aku mungkin akan pergi jepun dalam masa
lagi dua minggu. Aku dapat offer shooting kat sana. Dalam seminggu jugalah aku
duduk sana.” Katanya.
“ Ye kew? Tahniah ar...tak pelik pun kalau
kau dapat offer tu. Memang layak sangat.” Hanis membalas dengan rasa gembira.
Kemudian masing-masing sepi, tak tahu nak
bualkan apa lagi. Safura pandang Hanis. Hanis pandang Safura. Ryo mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Firdaus yang sedang memerhatikan mereka tersenyum
melihat suasana tiba-tiba bertukar kekok. Kemudian dia berdehem.
“ So...ehem. Ryo, aku cadang aku pun akan
follow kau pergi Jepun nanti. Lagipun aku kan pengurus kau juga.”
“ Okay...” Ringkas dia membalas. Kemudian dia pandang wajah Firdaus balik.
“ Tapi bila
difikirkan balik, memang kau kena pergi pun kan. Apahal kau tiba-tiba cakap
macam ni?” Tanyanya pada Firdaus.
“ Sebenarnya aku fikir nak gantikan dengan
orang lain, aku ada hal kat sini masa tu. Tapi nampaknya hal tu mungkin akan
selesai dalam minggu ni, dan aku fikir aku patut ikut kau. Alang-alang tu bolehlah
bercuti sekali kan. Dah lama aku tak pergi luar negara ni.” Jelasnya. Hanis dan
Safura hanya mendengar perbualan mereka dengan senyap. Tidak lama kemudian
makanan dan minuman yang dipesan sampai ke meja mereka.
“ You pun kena follow tau Hanis. Lagi pun
you kan PA Ryo. Nanti senang sikit dia kat sana ada orang bantu.” Cadang
Firdaus. Tercengang Hanis dibuatnya. Dia melihat Rizman yang sedang menyuapkan
nasi ke dalam mulut.Tiada reaksi dari lelaki itu.
“ Err...saya tak boleh encik. Masa Ryo nak
pergi sana tu kelas saya dah start balik. Cuti sem pun dah nak habis.”
Jawabnya.
“ La...ye ke? Hmm...apa boleh buat kan. Baru
fikir nak holiday dengan you. What a waste...” Selamba Firdaus menuturkan kata
sebegitu. Serentak dengan itu, Ryo tersedak. Hanis pula hampir-hampir tercekik
dibuatnya. Safura tengok kedua-duanya. Apahal diorang ni?
“ Hanis, stop...” Arah Firdaus. Hanis yang
baru nak sambung makan terhenti. Tanpa dijangka, Firdaus mengambil tisu di atas
meja dan mengelap tepi bibir Hanis. Kaku Hanis dibuatnya.
Safura pula yang tercengang melihat betapa
gentlenya pengurus agensi itu mengelapkan bibir Hanis comot. Riz pula memegang
dadanya dengan sebelah tangan.Saat tu dia terasa timbul sesuatu di dalam
dirinya. Kenapa rasa sakit dada aku ni...
“ Ada sos kat tepi bibir you tadi.” Jelas Firdaus sambil
tersenyum. Kemudian dia sambung makan. Sambil tu matanya curi-curi pandang
reaksi Ryo yang mula berubah. Dia tersengih...kemudian dia pandang semula ke arah Hanis.
" You ni cutelah Hanis..." Katanya lagi. Hanis tersengih malu menerima pujian dari Firdaus. Ada ke patut aku yang selekeh ni dia kata comel...buta ke apa mamat ni??
“ Aku dah selesai. Aku pergi dulu...ada hal.”
Rizman berkata lalu bangun dan terus melangkah pergi. Mereka bertiga hanya
melihatnya berlalu tanpa sempat bercakap apa-apa. Hanis pelik tiba-tiba Riz
terus pergi. Kenapa dingin semacam je Riz hari ni?
“ Kenapa dengan Ryo tu? Tiba-tiba je macam
marah...” Tanya Safura.
“ Entah..” Hanis mengangkat bahu. Firdaus
hanya mampu senyum.
' Ryo ryo....nampak sangat kau ni lambat bertindak. Dah
terang-terang aku boleh nampak kau cemburu. Kau fikir aku tak tahu yang kau dah
sukakan Hanis. Ni baru uji sikit. Tsk tsk tsk...Best pula main dalam permainan ni. Aku nak tengok selama mana kau nak pendam perasaan tu. ' Bisik hatinya.
Sebenarnya dia tahu akan hal itu pun sebab dia pernah bersembang dengan Shaqir. Entah macam mana Shaqir boleh terlepas cakap pasal Ryo yang mula sukakan Hanis. Dia juga bagitahu yang Rizman ni jenis susah nak luahkan perasaan. Apabila dia mendengar cerita semuanya dari Shaqir, dia terfikir sesuatu. Lalu dia memberitahu segala rancangannya pada Shaqir bahawa dia akan terlibat dalam hal tersebut. Dia akan mula bermain dengan perasaan Ryo dan dia mahu lihat sejauh mana tahap ego Ryo. Baginya, ini suatu perkara yang membuatkan dia rasa mencabar. Bagi Shaqir pula, dia menyerahkan seratus peratus kepercayaan pada Firdaus. At least dengan cara tu, mungkin sedikit sebanyak ianya akan melunturkan sifat ego sahabat karibnya.
*****************************************************************************************
Lama matanya menatap email yang baru diterima
dari Miz HZ. Siapa lagi kalau bukan Hanis Zahira. Hatinya rasa berat untuk membalas. Kemudian
anak panah di dalam skrin itu diseret ke tab baru. Blog milik Hanis dibuka.
Takde entry terbaru. Kenapa ya...kebelakangan ni gadis itu jarang mengupdate
blognya. Baru je dia fikir nak tutup laptop, terdengar bunyi BUZZ di Yahoo
Messenger.
< Miz HZ > Kenapa tak nak balas? Saya ada
buat salah ke?
Dia
melihat sahaja mesej itu, kemudian keluhan berat dikeluarkan.
‘Memang, memang kau bersalah dengan aku. Kau
tahu tak kau dah curi hati aku.’ Kata hatinya. Lagi pun dia teringat akan
insiden malam semalam dengan tengahari tadi di mana aksi dari Firdaus sudah cukup membuatnya rasa
cemburu. Takkan Firdaus tu minat kat Hanis kot. Setahunya Hanis bukanlah taste
Firdaus. Baginya pengurus itu lebih suka wanita yang matang dan seksi. Tapi
Hanis pula, jangankan nak matang, seksi pun tak pernah.
< Miz HZ > Dah tak nak kawan dengan
saya ke? Sebelum ni awk ada ckp yang awk minat
baca post di blog saya.
Awak tahu tak, awaklah orang yang selalu komen kat
blog saya. Dengan komen
awak tu yang membuatkan saya semangat nak
mengarang sesuatu. Tapi saya
rasa macam awk cuba nak jauhkan diri dari
saya. Plez balas chat ni.
At least kalau awk tak nak dah kawan dengan saya
sekali pun, please terus
terang. Please...=(
Rizman memicit dahinya. Kenapa Hanis
tiba-tiba hantar chat macam ni? Dia tak terfikir pun macam tu. Cuma
kebelakangan ni gadis itulah yang membuatkan dia mula berubah. Andailah Hanis
tahu yang Mr. Niki tu adalah dirinya, agak-agaknya apalah reaksi Hanis. Kalau difikirkan
balik, ni semua takdir ke? Siapa sangka selama ni orang yang selalu dia chat
bersama, blog yang dia selalu jenguk, rupa-rupanya pemiliknya adalah orang yang
selalu ada disampingnya.
Bibir gadis itu jadi muncung. Lama dia
tunggu reply dari Mr. Niki. Yela, dia rasa dah lama dia tak berbalas email
dengan lelaki tersebut. Selalunya pasti
banyak yang dibualkan mereka di dalam chat. Dia rasa rindu untuk berchatting
dan berkongsi idea dengan lelaki tersebut. Hmm....agak-agaknya siapalah Mr.
Niki ni.
“ Ah, kau tak nak kawan sudah! Fine...baik
aku off lagi bagus.” Hanis bercakap sendirian. Terus laptop itu ditutup dan dia
keluar dari bilik.
Baru Rizman nak balas, tengok-tengok gadis
itu sudah pun offline. Kedua-dua belah tangannya memegang kepala. Arghhh,
tengoklah apa yang dia dah buat. Tak pasal-pasal Hanis dah tutup. Aku pun satu,
lembab sangat nak balas. Aduh....
****************************************************************************************
“ Abang, tengok ni.” Fathiha menghulurkan majalah
kepada suaminya. Iskandar yang ketika itu sedang minum meletak cawan di atas
meja dan mencapai majalah dari isterinya.
“ Cuba abang baca page sebelah tu.” Jelas
Fathiha. Iskandar mengikut sahaja kata isterinya. Satu persatu artikel yang
menyiarkan tentang adik tirinya dibaca.
“ Wow...not bad. Nampaknya makin famous adik
abang ni.” Kata Iskandar. Artikel tersebut menyiarkan tentang Ryo yang
tersenarai antara tiga puluh model yang terkenal di dunia. Dan Ryo mendapat
tempat ke lapan belas antara tiga puluh senarai tersebut.
“
Bagus kan...” Kata Fathiha dengan rasa gembira. Tidak lama puan Mariam keluar
bersama dengan suaminya.
“ Apa yang disembangkan tu sampai
masing-masing tersenyum bukan main ni.” Tanya Encik Azhar.
“ Anak ayah si Riz tu. Dia tersenarai dalam
senarai tiga puluh model yang terkenal kat dunia ni.” Jelas Iskandar sambil
tersenyum. Encik Azhar tiada reaksi mendengarnya.
“ Apa lah yang nak dibanggakan sangat dengan
senarai tu. Huh...” Luah Puan Mariam sambil bibir dicebikkan. Nampak sangat dia
menyampah saat mendengar nama anak tirinya.
“ Mama, bukan senang tau nak tersenarai
dalam top model dunia. Riz tu satu-satunya model dari Malaysia yang dapat nama
dalam list tu.” Sambung Fathiha.
Bagi Encik Azhar, tiba-tiba terselit satu perasaan bangga
apabila Fathiha berkata tentang perkara tersebut. Untuk pertama kalinya dia
rasa gembira mendengar berita itu. Sebabnya dulu dia pernah bertengkar dengan
anaknya, Rizman. Katanya Rizman takkan berjaya dalam bidang modelling. Tapi Rizman
pula yang mencabarnya bahawa suatu hari nanti dia akan membuktikan dirinya akan
menjadi terkenal. Kini anaknya sudah pun membuktikan kata-kata yang dipegang
dulu. Terbit senyuman di bibir Encik Azhar ketika itu. Nampaknya sifatnya yang
degil dan bertekad itu diwarisi oleh anak lelaki yang kedua. Kenapalah baru
sekarang dia sedar akan perkara itu.
“ Ha bang, yang awak sengih sorang-sorang
ni kenapa? Takkan awak suka pula. Bukan dulu awak menyampah sangat ke dengan
kerja anak awak tu.” Sampuk Puan Mariam.
“ Saya teringat dulu yam...dulu saya pernah
cabar dia, saya nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dalam bidang pilihan dia
ni. Tapi sekarang dia dah buktikan. Untuk pertama kalinya saya rasa bangga
dengan pencapaian dia.” Luah suaminya. Berkerut dahi Puan Mariam mendengarnya.
Fathiha dengan Iskandar pula berbalas senyuman. Nampaknya Encik Azhar dah mula
boleh terima tentang pilihan Rizman.
“ Huh...abang ni peliklah. Menyampah pula
saya dengar. Budak tu bawa malang awak tahu tak. Kalau tak sebab banyak gossip
pasal dia ada skandal dengan PA dia tu, takdelah awak terima pandangan buruk
dari teman perniagaan sekeliling awak.” Lancar perkataan itu disebut dari mulut
Puan Mariam. Tersentak Encik Azhar, Fathiha, dan Iskandar mendengarnya.
“ Yang awak sebut malang tu adalah anak
saya. Saya tak pernah kata saya benci anak-anak saya. Cuma biasalah saya dengan
Riz tu banyak bercanggah pendapat. Tapi bagi saya, dia tetap darah daging saya.
Sekali lagi saya dengar awak sebut budak tu pembawa malang, saya takkan
teragak-agak berkeras dengan awak.” Untuk pertama kalinya, Iskandar melihat
papanya begitu marah dengan ibunya. Tapi baginya, tindakan dari papanya kali
ini adalah betul. Terus Puan Mariam terdiam. Terkejut tiba-tiba suaminya
meninggikan suara.
“ Lagi satu...kalau tak sebab saya kahwin
dengan mak dia dulu, awak takkan dapat terus hidup dalam kemewahan macam
sekarang ni. Ingat tu...jangan lupa diri pula.” Terus suaminya bangun dari
duduk dan melangkah ke tingkat atas.
Fathiha dan suaminya juga turut bangun dan
meninggalkan ruang tamu. Kini tinggallah Puan Mariam sendirian di situ. Wanita
itu mengetap bibirnya. Tak pasal-pasal aku yang kena. Arghh!!
Encik Azhar melangkah ke balkoni di
biliknya. Dia merenung ke luar. Fikirannya mengimbas ke dua puluh empat tahun
lepas di mana dia mula menikah dengan isteri keduanya. Masa itu ibunya, Dato’
Maznah tidak tahu yang dia sudah menikah dengan Mariam dan juga sudah anak
seorang anak lelaki. Dia sorokkan pasal perkahwinannya dengan Mariam dari
pengetahuan ibunya...Dia tahu ketika itu ibu bapanya mahu dia berkahwin dengan pilihan hati mereka. Dan dia juga tahu kalau dia beritahu awal-awal yang
dia mahu berkahwin dengan Mariam, orang tuanya pasti akan menghalang. Sebab itu
dia menyorokkan tentang perkara tersebut.
Dan siapa sangka masa itu perniagaan
keluarganya hampir kecundang. Ketika itulah Dato’ Ahmad, ayah kepada Shazlin
menghulurkan bantuan untuk membantu. Akibat rasa terhutang budi yang amat
mendalam, Ibunya mencadangkan dia berkahwin dengan Shazlin. Mulanya apabila dia
beritahu berita itu pada Mariam, isterinya memang marah yang amat. Tetapi bila
dia menceritakan tentang masalah yang dialami oleh syarikat keluarganya,
barulah isterinya setuju. Tapi dengan syarat, selepas syarikatnya dalam keadaan
stabil, dia perlu memberitahu semua orang yang dia sudah pun ada isteri dan
anak.
Setelah isteri keduanya melahirkan anak
kedua, barulah dia membongkarkan segalanya pada semua orang tentang perkahwinan
pertamanya. Dia ingat lagi masa dia membawa Mariam dan anak sulungnya masuk ke
banglo milik ibunya, riak wajah isteri keduanya berubah. Puas dia kena marah
dengan Dato’ Maznah kerana sikapnya merahsiakan hal dia dengan Mariam. Bahkan ketika dia membongkar segalanya, Dato’ Ahmad yang turut berada di situ terus menampar pipinya. Dia tahu
bapa mertuanya marah yang amat kerana mempermainkan anak tunggal perempuannya.
Apa boleh buat, semua itu sudah pun
terjadi. Nak tak nak Dato' Maznah terpaksa terima kehadiran Mariam memandangkan dia kasihan pada budak kecil yang bernama iskandar, cucu sulungnya. Sangkanya selama ini, Rizmanlah cucu pertama. Tapi segalanya berubah dalam sekelip mata.
Mariam mengaku di depan Dato’ Maznah bahawa dia sanggup menerima
Shazlin sebagai madu. Tapi saat itu, Shazlin meminta izin untuk keluar dari
rumah ibu mertuanya. Azhar tahu Shazlin sukar menerima berita yang amat mengejutkan itu. Apabila
sudah berbulan lamanya berita itu terbongkar, Shazlin membuat keputusan untuk
bercerai dengannya. Nak tak nak terpaksalah dia terima permintaan isteri
keduanya. Dia mengaku dia juga cintakan Shazlin dan sukar untuk dirinya melepaskan bini keduanya. Azhar juga pasti isterinya memang marah sangat dengan dirinya. Tapi Shazlin
lansung tak tunjukkan kemarahan dia sebaliknya wajah wanita itu sentiasa tenang
di matanya.
“ Ah....banyaknya dosa abang pada kau
Lin...dosa pada anak-anak kita. Abang banyak abaikan tanggungjawab abang pada
Eyqa dan Rizman.” Luahan kesal dilepaskan. Tanpa disedari ada air yang menitik
di pipinya. Dia tahu amat mustahil untuk mengundurkan masa. Andailah dia boleh
kembali ke masa dulu, dia pasti akan meluangkan lagi banyak bersama Eyqa dan
Rizman.
follow....................