CINTA BLoGGER....26


.


bab 26



      Lagu yang berkumandang di radio dikuatkan volumenya. Tiga gadis dalam kereta itu ikut menyanyi rentak lagu tersebut. Bila sampai di perhentian R&R, mereka bertiga buat keputusan untuk breakfast dahulu di situ sebelum menyambung perjalanan ke tempat belajar Eyqa dan Sheera. Sebelum Rizman bertolak ke Jepun, dia ada memesan kepada Hanis supaya hantarkan adiknya balik ke asrama pada hari minggu nanti. Sebagai PA, arahan itu dipatuhi tanpa banyak songeh. Lagi pun hubungannya dengan Sheera dan Eyqa bagaikan sahabat. Walaupun dia hanya tua setahun dari mereka berdua, dia lansung tak pernah anggap mereka muda. Eleh...muda setahun je kot, apa nak kisah kan..

    " Hanis..." Belum sempat Hanis nak letak pinggan yang berisi bihun goreng itu ke atas meja, Eyqa memanggilnya

    " Err...nak tanya sikit boleh tak?" Gadis bertudung didepannya meminta izin.

    " La, tanya jela eyqa..."

    " Hanis dengan abang eyqa tak bercinta ke?" Soalan yang diajukan dari Eyqa membuatkan dia berhenti makan.

    " Tak...kenapa?" Tenang dia menjawab.

    " Hmm...kan best kalau korang ni bercinta. Serius Hanis....eyqa rasa kan, abang eyqa suka kat Hanis lah." Katanya. Pada masa itu juga Sheera datang ke meja mereka setelah membeli sarapan.

    " Eyqa ni pandai-pandai je tau. Hanis ni tak layak untuk abang eyqa tu. Dia kan model terkenal, ramai peminat. Lagi pun Hanis rasa dia tak pernah simpan perasaan tu kat Hanis." Balas Hanis. 

    " Korang cakap pasal apa ni?" Tanya Sheera. 

    " Pasal abang aku..." Ringkas eyqa balas. 

    " Owh...teruskan, teruskan..." Sheera menyambung suapannya. Yang penting melantak dulu. Pagi-pagi ni dapat nasi lemak sotong memang terbaik. Dari layan borak, bukan kenyang pun..Huhu...

    " Takpelah kalau Hanis dah cakap macam tu kan. Tapi Eyqa berani bertaruh, satu hari nanti pasti korang akan bersama. Hanis nak tahu something tak?"

     " Apa dia?"

     " Ingat tak masa eyqa, jue dengan sheera bagitahu atuk dengan mama yang korang bercinta tu?" Hanis hanya mengangguk. Mestilah ingat....mahu tak ingat peristiwa tu.

     " Masa eyqa tengok wajah mama time tu, Eyqa rasa bahagia sangat. Sumpah kak, eyqa dah lama tak tengok mama gembira sampai macam tu sekali." Terangnya. Hanis hanya mampu senyum mendengarnya. 

     " Hmm....tapi Eyqa, soal jodoh ni terletak pada yang maha esa...kita hanya boleh merancang, tapi DIA yang tentukan." Kata Hanis pula. Sheera yang duduk disebelahnya hanya agguk mengiyakan apa yang dicakap oleh Hanis.

     " Ye, Eyqa tahu...tapi eyqa berharap supaya harapan mama nak akak bercinta dengan abang akan menjadi kenyataan." Jujur eyqa meluahkan kenyataan itu. Hanis berasa sebak mendengarnya. Apalah ada pada aku ni, sampai diorang anak beranak suka sangat. Hmm...



     *********************************************************************************************


   Tidak jauh dari situ dia melihat pengambaran itu berjalan dengan lancar sambil berpeluk tubuh. Dari pemerhatiannya, apabila melibatkan kerja, lelaki yang bekerja di bawah agensinya itu pasti serius dan melakukan yang terbaik. No wonder lah Ryo boleh tersenarai antara model yang terkenal kat dunia ni. Walaupun bukan  top ten, tapi mendapat rating yang ke-18 cukup membuatkan Firdaus bangga dengan pencapaian anak muda yang berusia 23 tahun itu. Hari kedua mereka berada di jepun, aktiviti pengambaran sudah pun dijalankan. Seramai lima orang model dari negara lain juga dikumpulkan di situ. Handset yang disimpan di dalam jaketnya berbunyi perlahan. Cepat-cepat diangkat panggilan tersebut tanpa sempat melihat nama yang terpampang di skrin handsetnya.

    " Hello..."

    " Daus, it's me...Shaqir."

    " Ha...kau. Kenapa?"

    " Woo...garangnya. Aku nak call pun tak boleh ke?"

    " Takde ar tak boleh, aku tanya je. Kau ni susah sikit nak telefon aku, walaupun aku ni pengurus kau. Tu yang aku pelik tu kau boleh pula call aku jauh-jauh ni. " Perlinya pada Shaqir sambil tersengih. Memang betullah tu, Shaqir walaupun dah menjadi antara model yang dikenali, memang susah sangat lelaki tu nak contact dirinya. Harapkan dia sahaja yang kena telefon lelaki itu.

   Mereka berbual seketika, hal yang berkaitan dengan kerja yang banyak dibincangkan. Kadang-kadang sampai hal Ryo pun disembangkan juga. Banyak jugalah yang dibicarakan di telefon. Pada masa itu kebetulan Ryo berjalan hampir kepadanya.

     " Pstt Shaqir, Ryo dah nak datang dekat kat aku ni. Aku nak kau follow je apa yang aku buat tau." Kata Firdaus. Shaqir yang dihujung talian menggaru kepalanya. Follow apa?

     " Follow apa wei?" Tanya Shaqir. Ketika itu Ryo sudah pun berdiri di sebelah Firdaus. Dia duduk di bangku yang disediakan untuk berehat seketika. Dia jeling sedikit melihat pengurusnya berbual di talian sambil meneguk air mineral.

     " Hahaha...you ni funnylah..." Tiba-tiba je Firdaus bercakap begitu di talian. Shaqir yang tak faham apa-apa lagi hanya melihat telefon bimbitnya. Apa yang funny? Aku buat lawak ke?

     " Hoi, apa kau merepek ni?" Sergah Shaqir. Gila ke apa manager aku ni. Tadi suruh follow, skang ni dia kata aku funny pula. Firdaus yang mendengar kata-kata Shaqir itu di dalam talian mengetapkan bibirnya. Apalah lembab sangat mamat ni??

     " You know Hanis, i already miss you. Kan best kalau you ada kat sini. Mesti hari-hari i ceria kalau you yang comel ni ada kat depan i." Cakapnya lagi sambil tersenyum pada Ryo disebelah. Ryo pura-pura malas layan. Tapi otaknya ligat berfikir sesuatu. Hanis call Firdaus? kenapa dia tak call aku??

     Shaqir memegang telefonnya lama. Hanis??ah....aku dah paham dah...ni mesti Firdaus suruh aku berlakon konon-konon dia tengah berbual dengan Hanis. 

      " Aku dah faham dah...kau suruh aku follow plan kau kan. Mesti Ryo ada kat situ kan. Lain kali cakaplah awal-awal sengal!!..." Kata Shaqir.

      " Bagus Hanis ni. Faham pun...." Balas Firdaus. Tapi dalam hati tengah bengang juga. Sesuka hati mamat tu panggil aku sengal.

      " Oklah hanis. I got to go. Nanti ada masa i call you tau. Thanks sebab susah-susah telefon i dari jauh." Lakonan diteruskan, sambil tu dia tengok reaksi dari Ryo yang tengah duduk sambil pura-pura tak melayan perbualannya. Walaupun begitu, dia pasti Ryo mesti tergugat dengan lakonan dia. Ini kerana dia boleh nampak reaksi muka Ryo yang makin berubah.

      " Hoi hoi...tak kan sampai sini je wei. Cakap ar lagi.... biar bagi mamat tu jeles lebih." Terang Shaqir. 

      " Tak bolehlah cutie. I got to go now. I have work to do. I promise to call you. Dont worry my cutie." Berdiri bulu roma Shaqir mendengarnya.

      " Cutie taik kucing kau! Geli dowh...dah ar, aku nak letak ni. Grrr...sumpah geli." Kedengaran di hujung talian Firdaus ketawa dengan kenyataan dari Shaqir. Apa kau tak fikir aku pun geli?? Kalau tak fikir ni berlakon jangan harapla.

      " Okay Hanis...take care. Bye..." Talian dimatikan. Dia memandang Ryo disebelah dan menepuk bahu lelaki itu.

      " PA kau kirim salam." Kata Firdaus ringkas. Memandai je aku ni buat cerita.

      " Hmm..." Itu je yang Rizman balas. Sebenarnya lebih kepada jeles ni,

      " Hai...takkan dah tak sanggup nak jawab salam." 

      " Wa'alaikumussalam..." Lemah dibalasnya. Dia berdiri dan berura-ura mahu ke tandas, tetapi sebelum tu sempat dia bertanya pada Firdaus.

      " Kenapa dia call kau tadi?" Tanyanya ingin tahu.

      " Hmm...saja. Dia tanya khabar. Kitorang saja borak-borak. Hanis kata dia bosan, tu yang dia call aku." Alasan diberi. Ryo hanya mampu tersenyum pahit. Tapi tiba-tiba dia terfikir sesuatu...

      " Dia bosan?? Tapi kan aku peliklah. Bukan sekarang kat Malaysia pukul tiga pagi ke? Rasanya Hanis mesti dah tidur waktu ni." Riak wajah Firdaus mula berubah. Aduhai, pe ke bengap juga aku ni. Macam mana pula aku boleh lupa jarak waktu kat sini berbeza dengan sana. Aduh....
  
     " Err, dia kata dia terjaga tadi. Lepas tu tak boleh tidur. Tu yang dia call aku tu. Ah...tak payahlah cakap hal ni. Kau dah habis ke?kalau dah ingat lepas ni jom pergi lunch..." Lama Ryo menatap wajah pengurusnya itu. Betul ke apa yang dia cakap ni??Hmm...

     " Belum lagi. Ada sikit lagi je ni." Terangnya. Baru je dia nak cakap lagi, seorang kakitangan di syarikat itu menghampiri mereka berdua.

     " Konnichiwa, hajimemashite.. Wanita berbangsa jepun itu menegur mereka. 

     " Konnichiwa.." Ryo menundukkan sikit kepalanya tanda bersopan pada wanita itu.. Firdaus mengikut langkah Ryo.

     "Omoshirosoudesune, jaa yarimasu.." Ryo tersengih mendengar kata-kata wanita itu kemudian mengangguk.

     " watashino namaewa ayumi. " Kata wanita itu lagi. Terpinga-pinga Firdaus dibuatnya. Aduh minah ni. Pe yang kau cakap ni??

     I'm Ryo...nice to meet you. By the way we are not japanese you know..." Balas Ryo sambil tersenyum. Wanita di depannya tersenyum simpul.

     " I know...i just testing you two. I'm ayumi from this department. I responsible to ask you two dinner this evening. Will you?" Ramah dia bertanya. Firdaus tersenyum lega. Ingat minah ni tak reti nak speaking. Naya je kalau aku tak faham cakap dia.

     " Really? hmmm...why not." Balas Firdaus. Syoknya makan malam ditemani awek jepun yang hot ni!! 

     " That's great. Before i leave, this is my card. I will inform where and when, ok?" Lancar wanita jepun itu berkata.

     " Okay. Mata aimashou, arigatougozaimasu.. " Ucap Ryo sebelum wanita itu berlalu pergi. Firdaus kagum dengan kebolehan Ryo yang bercakap jepun.

     " Kau tak pernah cakap kat aku yang kau boleh cakap jepun?" Tanyanya kagum. Ryo hanya senyum mendengarnya. Dah lama dia tak berkunjung ke situ, jarang nak gunakan bahasa jepun.

     " For your information, moyang aku orang jepun." Terang Ryo jujur.

     " La...ye ke?" Ryo mengangguk mengiyakan.

     " Arwah nenek aku pun jepun. Kiranya nenek aku ni anak tunggal moyang akulah. Lepas tu dia kahwin dengan datuk aku. Datuk aku Malaysian.  Then, tak lama kemudian diorang dikurniakan tiga orang anak. Dua laki sorang perempuan. That girl is my mother. Anak sulung atuk aku kerja kat jepun ni. No wonderlah kalau sekali sekala aku dengan family aku datang sini. Lagipun masa aku kecik, moyang aku still ada lagi. Tapi sekarang diorang dah takdelah. Tapi aku tak fasih sangatlah cakap jepun ni. Sikit-sikit bolehla..." Sekarang barulah Firdaus faham. Patutlah Ryo anak beranak ada rupa campuran sikit. Dari jauh, ada staff yang memanggil Ryo untuk meneruskan pengambaran. Sebelum Ryo pergi dia sempat bercakap sesuatu dengan pengurusnya.

      " Besok petang kita takde apa-apa kan? Nanti aku bawa kau pergi pulau okinawa. Cantik laut kat situ. Lagi pun boleh kau usha awek-awek seksi kat sana." Sempat Ryo mengusik Firdaus. Lelaki itu tersengih....kurang asam Ryo, perli aku lah tu.


     


         ******************************************************************************************


Beautiful
       
    She has no special talent
No special beauty mark
No invention with a patent
No voice of a comely lark


No hourglass physique

No sunbeam likened smile
No lingering mystique
No manicured nails to file



But what she had she flaunted

With the style of a fur- lined stole
With the cute face like a children model
She flashed her beautiful soul

     

    

   Inspired by : Ruwaida Van Doorsen 
    


 Note this : This p0em remind me of someone who far away from me right now. She always
                     be with me, but i g0t a big problem. I dont know how to express my love. 
                     Huh...The thing is i really kn0w who she are...but the pr0blem is, she doesnt
                     know me yet...Such a c0mplicated situation ha..=(



     Selesai taip apa yang dia mahu update di blognya, dia mengeliat dan mengeluh. Lepas makan malam di sekitar kawasan shinjuku tadi , dia bercadang untuk terus pulang ke hotel. Firdaus pula bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar kota raya tokyo itu dengan Ayumi. Lagi pun dia perlu berehat kerana pagi esok dia ada pengambaran di Kyoto. Kyoto merupakan bandar bersejarah jepun. Dia ingat lagi, semasa dia kecil dulu, arwah neneknya pernah membawanya dan eyqa ke situ. Di tempat itulah mereka dapat melihat keunikan senibina-senibina kayu yang antara tertua dan terunggul di dunia dan juga terdapat sebuah stesen kereta api yang membuatkan dia dan eyqa kagum melihat suasana bersejarah di situ.. Ah, kenangan yang sukar dilupakan....dan menggembirakan. Untuk seketika dia tersenyum keseorangan. 


    Dia bangun dan menuju ke ke bilik air. Paip di sinki dibuka, air yang mengalir ditadahnya dengan tangan kemudian dia membasuh mukanya. Sambil itu dia melihat dirinya di cermin, dia teringat pertemuannya dengan seseorang semasa dia berjalan pulang ke hotel baru-baru tadi. Orang yang agak dikenalinya.


    Dari susuk tubuh lelaki tinggi lampai itu berjalan, dia seakan boleh mengecam orang tersebut. Lelaki itu sibuk berborak dengan sahabatnya di sebelah. Ryo yang berjalan di belakang dua lelaki tersebut teragak-agak untuk menegur orang didepannya.


    " Daniel..." Nama itu terluah dari bibirnya dengan perlahan. Sangkanya orang di depan tidak akan dengar, tetapi dia silap.  Lelaki itu menoleh ke belakang.


    " Kau..." Jari telunjuk Daniel diarah rapat ke muka Ryo. Sebenarnya dia agak terkejut dengan kewujudan lelaki itu di sini.


    " How come...i mean what are you doing here?" Tanya lelaki cina itu padanya.


    " Kerja." Ringkas dia membalas.


    " Owh, how can i forgot...You are a model. Its not weird to see you travelling right?" Daniel berkata.


    " Yup...aku tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Ni kalau Hanis tahu mesti dia excited. Dia rindukan kau." Saat Ryo menyebut nama Hanis, Daniel kaku memandangya. Kawan yang berdiri di sebelah Daniel membisikkan sesuatu pada Daniel, kemudian sahabatnya itu menundukkan sikit badannya tanda hormat kepada Ryo dan berjalan jauh sikit dari situ. Mungkin mahu bagi mereka berdua privasi untuk berbual seketika.


    " Dia sihat?" Tanya Daniel. Ryo hanya menganggukkan kepala. Pasti lelaki di depannya rindu sangat dengan Hanis.


    " Good to know that. Hmm, before you go, can you please pass something to her?"


    " Apa dia?" Tanya Ryo balik.


    " Say that i'm really sorry. Cakap kat dia one day i will be back. But i just dont know how long it will take. I think atleast after i finish complete my study here." 


    " Ya sure..." Balas Ryo. Separuh hatinya mahu lelaki itu tinggal sahaja di jepun dan tak balik lansung ke malaysia. Ah, apa yang aku fikirkan ni??!


    " Ada apa-apa lagi yang aku perlu sampaikan?" Tanyanya lagi. Daniel membuka rantai leher yang tergantung di lehernya dan diberikan pada Ryo.


    " Give this to her...atleast this will keep her remember me." Ryo menyambut rantai itu dan menggegam dengan erat. 


    " Kau macam mana duduk kat sini?okay?" Saja Ryo mahu bertanya khabar. Walaupun dia lansung tak rapat dengan kawan Hanis ni, sekurang-kurangnya tak salah kalau dia ambil tahu.


    " Masa mula-mula susahlah juga nak survive. But, bila lama-lama kat sini aku dah boleh sesuaikan diri."


    " Good for you....well, i got to go now." Ujar Ryo. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Daniel. Lelaki didepannya menyambut huluran tangan tersebut. Bila Ryo mula melangkah pergi, Daniel memanggilnya semula. Ryo menoleh.


    " If i not wrong, you also like her dont you?" Soalan itu lansung tidak dijawab oleh Ryo sebaliknya lelaki membuat keputusan untuk mendiamkan diri dan memberikan senyuman pada Daniel. Senyuman yang baginya penuh dengan makna tertentu.
















*note : 1) konnichiwa - selamat petang


          2) hajimemashite - selamat berkenalan


          3)omoshirosoudesune - nampak menarik


          4)jaa yarimasu - boleh join


          5)mata aimashou- jumpa lagi


          6) arigatougozaimasu- terima kasih