NILAI KASIHMU (15)


.


EpisoD 15






     Tangan antara dua pihak bersatu dan bersalaman atas kerjasama yang sudah dicapai dan di telah di noktah di atas surat perjanjian yang telah ditandatangani. Iqram dan Adam saling berbalas senyuman. Tak sia-sia usaha Adam menyusulkan kertas cadangan selama ini mendapat persetujuan barisan pengarah di syarikat besar itu.

     “ Congragulation Adam..” Ucap Iqram sambil menepuk bahunya. Adam ketawa kecil.

     “ Terima kasih. Tapi ini pun atas kerjasama yang Encik Iqram bagi pada saya. Kalau tak sebab Encik Iqram banyak juga tolong, tak mungkin projek ni akan dipersetujui oleh pihak atasan.” Balas Adam.

     “ Saya tolong apa yang perlu je. Yang selebihnya adalah usaha awak tau.” Katanya. Ketika itu sudah ramai yang keluar dari bilik mesyuarat dan hanya tinggal mereka berdua sahaja.

     “ Urm, how’s life? Orang rumah macam mana? Sihat?” Tanya Iqram tiba-tiba.

     “ Alhamdulillah, semua sihat. Owh ye, nanti minggu depan mungkin kakak saya nak buat kenduri doa selamat sempena anak dia bersunat nanti. Kalau boleh, saya nak jemput Encik iqram datanglah. Jamuan kecil-kecil je, tapi saya memang berharap sangat kalau encik boleh datang. Yelah, kenduri kahwin saya pun Encik iqram tak datang kan.” Kata Adam. Iqram senyum sahaja. Manalah dia sanggup datang, kalau orang yang dicintainya kahwin dengan orang lain.

      “ Saya minta maaflah sebab tu. Lagi pun masa tu saya masih sedih dengan kehilangan ibu saya. Jadi, banyak juga hal keluarga yang perlu saya uruskan Adam. Saya harap awak fahamlah.”

      “ Owh ye ke. Tak mengapa Encik Iqram.” Balasnya. Dia menyusun kertas yang ada di situ masuk ke dalam failnya. Iqram membantu apa yang patut.

      “ Saya ada juga terbaca kad kahwin yang Encik Adam bagi, dan saya boleh katakan saya terkejut juga bila tengok alamat pengantin perempuan.” Terang Iqram tiba-tiba. Adam menoleh padanya.

      “ Terkejut? Tapi kenapa?” Tanyanya ingin tahu.

      “ Sebab saya kenal isteri Encik Adam…” Ujarnya. Adam terkedu…



     

**************************************************



   Arisya menyikat rambutnya sesudah menunaikan solat Isyak tadi. Dari cermin, dia boleh nampak suaminya sedang membaca sebuah majalah di atas katil. Dia tersenyum. Selesai mengemaskan rambutnya yang panjang itu, dia menyapu pula losyen ke lengannya. Memang itulah rutin harian Arisya sejak dia belajar di pengajian tinggi lagi. Dia tahu, suaminya gemar dengan haruman losyen yang dipakainya. Selesai menyapu losyen, dia duduk sebelah Adam dan melunjurkan kakinya di bawah selimut. Lama dia merenung suaminya, namun Adam lansung tidak memandangnya. Entah mengapa sejak dari makan malam bersama tadi, suaminya tidak banyak bercakap seperti selalu.

      “ Abang…” Panggilnya dengan nada yang lembut.

     “ Hmm..” Itu sahaja yang Adam balas. Dia masih menumpukan bacaannya di majalah yang dipegangnya.

     “ Abang tak nak cerita ke pasal apa-apa hari ni?” Tanya Arisya. Sebelum mereka masuk tidur, pasti ada sahaja yang dibualkan bersama.

     “ Takde apa pun yang nak diceritakan. Semua macam biasa je.” Balas Adam ringkas. Arisya terdiam. Daripada duduk, dia baring. Selimut ditarik ke paras dadanya. Adam disebelah sempat menjeling isterinya.

      “ Isya pula takde benda ke nak cerita kat abang?” Tanya Adam pula bila melihat Arisya lama berdiam diri.

      “ Urm, tadi kat pejabat, budak-budak buat surprise parti untuk Mr.Liew. Sempena birthday dia hari ni.” Balas Arisya. Bila dia pandang Adam, mata mereka bertembung. Tubuh Arisya disengetkan sedikit untuk menghadap Adam dengan lebih dekat. Kepalanya didongak melihat Adam yang masih duduk bersandar.

      “ Abang, Isya ada buat salah ke?” Tanya Arisya. Adam menutup majalah yang dipegang tadi.

      “ Kenapa Isya tanya macam tu?” Soalan dari isterinya dibalas dengan soalan jua.

      “ Takdelah, sebab Isya rasa abang semacam hari ni. Macam lain je. Kalau Isya ada buat salah, Isya minta maaf.” Ucap gadis itu dengan renungan mata bundarnya. Adam mengeluh. Dia memang tak boleh tengok lama-lama mata cantik Arisya, sebab dia tahu dia sendiri akan tewas dengan pandangan isterinya.

      “ Isya rasa Isya dah ceritakan semua pasal kisah Isya pada abang ke? Ada apa-apa yang abang patut tahu lagi?” Tanya Adam lembut. Arisya bangkit dari bangun dan mula duduk bersandar.

     “ Kenapa abang?” Tanyanya lambat-lambat. Saat ini dadanya sudah berdegup dengan laju sebab dia sudah rasa tidak sedap hati.

     “ Kenapa tak bagitahu abang pasal Isya kenal Encik Iqram tu?” Adam bertanya dengan wajah yang serius. Terkedu gadis itu dibuatnya.

     “ Maksud abang, Iqram yang bekerjasama dengan company Pak Ngah tu ke?” Adam hanya mengangguk. Jadi memang betullah sangkaannya bahawa Iqram yang selama ini bekerjasama dengan suaminya adalah Iqram yang sama.

       “ Isya ingat dia tu Iqram lain. Manalah Isya tahu dia tu iqram yang Isya kenal. Lagi pun Isya kan tak jumpa dia masa kahwin kita tu.” Terang Arisya. Dalam hati, dia dah berdoa supaya suaminya tidak menaruh syak wasangka padanya. Adam terdiam memikirkan ada benarnya kata dari Arisya. Lambat-lambat dia senyum pada Arisya.

       “ Ye tak ye juga kan. Abang je fikir lain. Abang ingat Isya sengaja tak nak cerita pasal isya kenal dia.” Balas Adam. Arisya pelik melihat Adam yang senyum itu.

       “ Abang tak marah ke? Dia ada cakap apa je kat abang?”

       “ Kenapa pula abang perlu marah? Sayang ni…hehe. Dia cuma cakap dia kenal satu family Isya. Dulu kan dia ada buat projek kat kampung tu. Dan dia juga ada cakap pasal duduk sementara kat sana dulu.” Terang Adam.

       “ Itu je ke dia cakap?”

       “ Ha’a, itu je.” Kata Adam lagi. Arisya melepaskan nafas lega. Nampaknya Iqram seperti memahami keadaannya. Dia risau kalau Iqram mengungkit soal merisik dahulu dan juga tentang perasaan Iqram terhadapnya dahulu pada Adam.

       “ Sayang, abang minta maaf ye. Tadi lepas abang dah jumpa dia, abang tiba-tiba rasa cemburu. Abang pun tak pastilah kenapa. Sedangkan dia cuma jiran Isya je dulu. Abang terasa pun sebab Encik iqram yang bagitahu dia kenal Isya. Kan lebih bagus kalau Isya ceritakan pasal dia dahulu. Tapi bila difikirkan balik, macam mana Isya nak bagitahu kan, sebab Isya pun tak sure dia Iqram yang sama. Lagi pun banyak orang nama Iqram dalam dunia ni.” Ujar Adam masih menghadiahkan senyuman pada Arisya.

     Lambat-lambat Arisya membalas senyuman tersebut. Sebelah tangan suaminya dipegang dan dikucup. Lama dia berbuat begitu.

        “ Isya minta maaf ye abang kalau Isya dah buat abang terluka. Demi Allah, Isya lansung tak berniat nak buat abang terasa sampai macam tu sekali.” Ucapnya. Adam menyentuh kepala Arisya dan mengusap lembut rambut isterinya. Salaman dari gadis itu dibalas dengan kucupan di dahi Arisya.

      “ Abang faham. Tak mengapa. Abang pun bersalah juga sebab fikir bukan-bukan.” Balas Adam. Arisya senyum lega. Dia bersandar pada dada lelaki itu dan dipeluk erat pinggang Adam.

      “ Sayang abang…” Ucap Arisya. Adam tergelak kecil.

      “ Sayang Isya juga…” Ringkas dia membalas dan sekali lagi dia mengucup ubun rambut gadis tersebut dengan penuh rasa cinta. Rasanya dia tak sanggup kehilangan Arisya. Kali ini dia memang sudah serahkan sepenuh kasih sayangnya pada isterinya dan dia selalu berharap supaya tuhan memakbulkan doanya supaya hubungan mereka berdua dilindungi sepanjang hayat.


      

                           ************************************************




   Suhaila meneguk gelas yang berisi air minuman yang haram diminum oleh islam untuk kali yang entah keberapa. Walaupun dia sedar akan perkara yang dilarang itu, dia sudah terbiasa minum sejak bekas teman lelakinya mengajar dia minum dahulu. Jimmy yang duduk disebelahnya tersengih melihat Suhaila pada malam ini. Gadis itu seakan berada di dunianya.

     Tiba-tiba gadis itu bangkit dari duduk dan berjalan di tengah orang ramai yang sedang seronok berdansa. Dia juga turut serta bersama menari mengikut rentak lagu. Jimmy melihatnya dari jauh. Lenggok tubuh gadis yang berpakaian seksi itu benar-benar menguji nafsu gelora Jimmy ketika ini.

    Matanya tak lepas memandang Suhaila sambil rokoknya dihisap dengan penuh nikmat. Ketika itu datang seorang lelaki berbangsa india merapati Jimmy dan berkata sesuatu kepadanya. Tidak lama kemudian, lelaki india itu memberi bungkusan kecil kepada Jimmy. Lelaki itu menyambutnya dan segera menyimpan di dalam poket jaketnya. Dia mengeluarkan beberapa keping not mata wang Malaysia dan diberi pada lelaki india tersebut, kemudian dia bercakap sesuatu lagi. Setelah selesai urusan antara mereka berdua, lelaki itu segera beredar dari situ. Jimmy memanggil pelayan dan memesan segelas lagi air minuman yang diminum oleh Suhaila tadi.

     Setelah air yang dipesan sampai, Jimmy meletakkan sesuatu di dalam minuman tersebut. Bila Suhaila datang padanya dan duduk disebelah, Jimmy menghulurkan air itu padanya. Dia mengambil dan terus meminumnya dengan rakus. Tatkala itulah, terbit sengihan di bibir lelaki disebelahnya.

       “ Aku nak balik Jimmy. Hantarkan aku…” Ujarnya.

       “ Dah puas ke lepas tension? Tak nak menari dengan aku ke?” Tanyanya.

       “ Aku tetap nak balik. Makin lama aku rasa tak selesa pula.” Balasnya. Suhaila menggelengkan kepalanya berulang kali. Mungkin kesan arak yang diminum beberapa gelas tadi sudah pun hinggap dikepalanya. Tanpa membuang masa dia bangun dan berjalan keluar dari kelab tersebut. Jimmy mengekor dari belakang.

     Saat dia mahu membuka pintu kereta, pandangannya mula kabur. Jimmy sedar Suhaila sudah beberapa kali menyentuh dahinya. Raut wajah gadis itu mula berubah. Tidak lama kemudian, gadis itu rebah, namun Jimmy segera menyambutnya dari belakang. Segera dia membuka pintu kereta dibahagian penumpang dan diletakkan tubuh Suhaila di situ.

      Sambil memandu, tak habis-habis Jimmy asyik menjeling di sebelah. Kali ini hajatnya akan tertunai. Gadis yang dah lama dia idamkan akan menjadi miliknya malam ini. Selama ini berbagai cara yang dia buat untuk Suhaila jatuh padanya, namun masih tidak menjadi. Gadis itu terlalu sukar dan degil. Dengan cara ini sahaja dia boleh gunakan untuk Suhaila tetap di sisinya. Sepanjang memandu ke banglonya, dia tak habis-habis tersenyum mengenangkan keseronokan yang akan dialaminya nanti.

        Namun tuhan lebih berkuasa, segala yang dirancang Jimmy pada malam itu terbantut apabila ada kereta yang memecut laju tiba-tiba keluar dari sebelah simpang yang mahu dimasukinya. Akhirnya kedua-dua kereta tersebut bertembung dan terbabas. Orang ramai yang berada di kedai makan berhampiran semuanya terkejut besar melihat kemalangan tragis yang baru sahaja berlaku di depan mereka.


         Ramai yang berlari ke arah dua buah kereta tersebut. Separuh dari mereka membantu mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kereta. Seorang pemuda membantu membuka tali pinggang keledar yang melilit tubuh Suhaila. Didukungnya tubuh gadis itu keluar jauh dari situ. Temannya lagi dua orang pula cuba membawa Jimmy keluar. Namun ada halangan di situ.

      “ Wei, tolong wei, laki ni tak boleh keluar, kaki dia tersepit teruk!” Jerit lelaki yang berbaju kuning kepada orang ramai.

       “ Jangan tarik dia. Kita tunggu pihak polis, ambulans dengan bomba datang.” Nasihat pakcik yang lebih tua dari pemuda tersebut. Dia menoleh pula pada lelaki yang mendukung Suhaila tadi.

       “ Macammana dengan dia nak? Ada harapan tak?” tanya pak cik itu.

       “ Masih bernafas, cuma kepala dia luka teruk.” Ujar pemuda tersebut.




                           ******************************************

      

   Arisya bangun dari tidur secara mengejut. Adam tersedar tatkala itu kerana perasankan Arisya yang tiba-tiba sahaja duduk dari baring. Dia mendengar Arisya mengucap istighfar dan mula mengurut dadanya. Adam bangun dan membuka lampu tidur di sisi katil. Dia menyentuh bahu isterinya.

      “ Sayang, kenapa ni?” Tanyanya risau. Bila Arisya menoleh padanya, kelihatan wajahnya yang pucat.

      “ Bad dream?” Teka Adam. Lambat-lambat Arisya mengangguk. Adam menarik Arisya ke dadanya dan dipeluk erat gadis itu.

      “ Shuhhh…it’s gonna be fine. Just a dream.” Pujuk Adam sambil mengusap belakang Arisya. Sedikit sebanyak pelukan dari suaminya melegakan Arisya. Lama dia berada di dakapan Adam, kemudian dia menolak lembut pelukan dari suaminya.

      “ Abang, Isya mimpikan Aila. Isya takut…” Katanya.

      “ Kenapa sayang? Mimpi buruk je kut. Tidur ye..” Pujuk suaminya. Arisya terdiam. Entah kenapa dia rasa hati dia tak sedap lansung ketika ini. Dia menoleh melihat jam loceng. Sudah pukul lima suku pagi.

       “ Sayang, nak pergi mana tu?” Tanya Adam bila melihat Arisya bangun dari katil.

       “ Nak mandi.” Jelasnya.

       “ Awalnya.” Balas Adam ringkas.

       “ Nak ambil air wudhu sekali, nak mengaji sebelum azan subuh.” Terangnya lagi dan berlalu ke bilik air. Adam membiarkan sahaja. Dia menyambung tidurnya semula. Namun baru dia mahu menyambung lenanya, telefon bimbit milik Arisya yang berbunyi itu membingitkan telinganya. Cepat-cepat dia mencapai handset isterinya dan tanpa melihat nombor pemanggil terus diangkatnya.

        “ Hello, siapa ni?” Tanyanya. Pemanggil di talian bercakap sesuatu padanya. Dan ketika itu Arisya sudah pun selesai mandi dan bila dia keluar dilihat suaminya bercakap sesuatu di telefon bimbitnya.

        “ Siapa bang?” Tanyanya. Adam mematikan talian dan lama memandang Arisya. Berita yang baru diterimanya tadi telah membuatkan dia terjaga terus dari mengantuk. Arisya bertambah tak sedap hati bila melihat Adam yang diam sahaja.




                     **************************************************




    Dari tadi tangisan dari Mak Idah tidak habis-habis. Pak Samad dah tahu nak nasihatkan macam mana lagi. Puas dipujuk isterinya supaya bertenang. Sepanjang perjalanan dari kampung ke kuala lumpur, sepanjang itulah Mak Idah menangis. Pagi tadi semasa dia baru sahaja mahu bersarapan pagi, dia mendapat berita tersebut daripada Arisya. Hampir sahaja Mak Idah pitam bila dia beritahu tentang kemalangan yang dihadapi Suhaila. Selesai mengemas apa yang patut untuk dibawa, dia dan isterinya naik kereta dan terus memandu ke hospital yang dinyatakan anaknya tadi di talian. Sudah hampir dua jam lebih dia memandu tanpa berhenti rehat. Kalau berhenti pun hanya untuk mengisi minyak. Dia tahu Mak Idah tidak sabar mahu bersua dengan Suhaila yang sudah lama tidak menjenguk mereka sejak insiden pertengkaran yang lepas. Kadang-kadang terselit rasa kesal di hati Pak Samad bila memikirkan hal tersebut.

    Arisya duduk di sisi tubuh yang terbaring kaku itu. Kepala yang berbalut itu betul-betul menyentuh perasaannya ketika ini. Matanya juga sudah bengkak akibat asyik menangis risaukan keadaan kakak tirinya itu. Mujur doktor menyatakan keadaan Suhaila stabil. Cuma pasangan Suhaila yang berada di dalam keretanya sahaja yang bernasib malang. Jimmy menemui ajal di tempat kejadian akibat kehilangan terlalu banyak darah.

     Arisya tersentak apabila pintu bilik wad tersebut dibuka kasar oleh seseorang. Mak Idah berlari mendapatkan anaknya yang terbujur kaku itu. Pak Samad tak sempat nak menghalang. Arisya terkejut dengan kehadiran ibu bapanya yang tiba-tiba itu. Dia mendapatkan Pak Samad dan menyalam hormat ayahnya lalu terus dipeluk tubuh lelaki tua itu.

      “ Apa doktor kata?” Tanya Pak Samad. Arisya menenangkan fikirannya sebentar lalu dia merenung mata ayahnya. Dia perlukan keberanian untuk bercakap tentang Suhaila. Mak Idah berhenti menangis dan memandang Arisya untuk mendengar apa yang dikatakan gadis itu.

    Adam yang berada di situ sejak tadi mula berjalan hampir ke arah bapa mertuanya dan mengajak Pak Samad untuk bercakap diluar. Adam tahu bininya masih lagi tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar kepada orang tuanya. Arisya menurut keluar bersama ayah dan suaminya. Cuma Mak Idah tinggal di bilik tersebut menemankan Suhaila.

     “ Dia dalam keadaan yang stabil buat masa ni. Cuma doktor kata kemungkinan besar mereka akan membedah semula badan Suhaila untuk menggantikan buah pinggang dia. Sebelah buah pinggang dia rosak teruk ayah.” Ujar Adam. Pak Samad beristighfar panjang. Arisya menundukkan kepalanya.

     “ A…apa ka..kamu kata?” tanya Mak Idah. Mereka bertiga tersentak lalu menoleh ke arah Mak Idah yang mencuri dengar itu.

     “ Ibu…sabar ibu.” Pujuk Arisya cuba menenangkan ibu tirinya. Mak Idah kembali menangis semula.

     “ Setakat ni takde bekalan untuk gantikan buah pinggang Suhaila ayah. Lagi pun ambil masa untuk cari penderma organ. Tapi tadi saya dan Isya dah cuba buat test untuk tengok kepadanan kami untuk bantu Suhaila.” Terang Adam lagi. Mak Idah memandang Adam pula kali ini.

       “ Jadi, macammana nak?” Tanya Mak Idah. Dia berharap supaya salah seorang dari mereka sesuai untuk jadi penderma.

       “ Saya tak sesuai mak, Isya sesuai jadi penderma, cuma….”

       “ Cuma apa? Isya, tolonglah dermakan untuk kakak kamu Isya. Kesiankanlah ibu ni Isya…” Rayu Mak Idah pada Arisya. Serba salah gadis itu dibuatnya.

       “ Isya bukan tak nak ibu, Isya…” Tak habis lagi dia bercakap, Mak Idah melepaskan segera pelukan dari anak tirinya dan memandang tajam ke arah Arisya.

       “ Sanggup kamu biarkan Aila jadi macam tu…tak sangka ibu kamu jenis macam ni sekali. Pentingkan diri!” Tiba-tiba Mak Idah marah. Arisya tersentak. Adam mengeluh.

       “ Idah! Cukup.malulah sikit. Cuba dengar dulu alasan dia…” Tegur Pak Samad geram kerana Mak idah tak habis-habis mahu menyalahkan Arisya.

       “ Ibu, kenapa cakap Arisya macam tu. Bukan dia tak nak ibu, tapi dia pun tak boleh.” Adam cuba membela isterinya. Dia dapat melihat mata Arisya yang mula berlinang air mata. Adam tahu selama ini ibu tiri Arisya memang kurang memberi perhatian pada Arisya. Namun tak sangka sampai begitu Mak Idah berkata pada isterinya.

       “ Tadi kamu cakap dia sesuai jadi penderma. Apa semua ni?!” Bidas Mak Idah.

      “ Isya mengandung ibu. Kami pun baru dapat tahu tadi masa doktor cek. Doktor pun menghalang Isya menderma buah pinggang dia.” Balas Adam. Kalau tak difikirkan itu ibu mertua dia, dah lama dia marah-marah. Siapa yang tak marah, kalau bini sendiri asyik disalahkan. Mak Idah yang mendengar terdiam.

       “ Ye ke Isya?” Tanya Pak Samad. Isya mengangguk lemah menjawab pertanyaan ayahnya. Pak Samad datang dekat pada Arisya dan memeluk erat anak gadisnya, lalu mencium lembut dahi Arisya.

       “ Tahniah sayang. Ayah gembira untuk Isya.” Ucap ayahnya sambil berbisik. Mak Idah tidak pedulikan mereka berdua sebaliknya masuk semula ke bilik wad. Adam yang melihat babak antara isterinya dan juga Pak Samad tersenyum. Walaupun dia juga merasa sedih dengan keadaan iparnya, namun dia tak boleh nak selindungkan rasa bahagia dengan keadaan Arisya yang kini berbadan dua.







·         Maaf ye Sahara nak ucapkan pada pembaca sebab kebelakangan ni sebab lambat post. Busy sikit…harap anda semua faham k..i know you all faham kan..eceh…Kalau ada masa, Sahara akan meringankan jari jemari ni untuk mengarang lagi sambungan yang ada. Hehe, just kadang-kadang tu runsing juga, sebab tengah menaip, boleh pula timbul idea lain yang rasa lagi bagus, dah kena padam, taip balik. Hahaha! Yang penting kepuasan yang dialami oleh si pengarang untuk si pembaca, ye tak. Ngee, Jemput baca okay. Sambungan seterusnya dah pun dikarang separuh. Akan diupdate secepat yang boleh allright…hehe..Salam 1 Malaysia =D

  1. salam dik..suhaila..yg semakin jauh sesatnya dari jalan keredaan Allah.. inilah ganjaran bagi org yg leka dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah. Akan kah Suhaila sedar dan masih tidak sedar sedar akan perlakuannya.. kini dia kehilangan Jimmy dan dirinya pun dah tak berupaya lagi.Manalah hala tuju hidupnya selepas ini..kan..

    Terasa kegembiraan pulak bila tahu Isya mengandung dan akak harap ibu tirinya tidak menganggu hidup mereka. Kenapa tidak ibu tirinya sahaja yg mendermakan buah pinggang nya.. itu kan anak dia mesti peratusan untuk kesesuaian adalah lebih tinggikan.. kenapa nak paksa anak tirinya..tak cukup cukup ke dia menyiksa Isya dan membuli Isya selama ini.. Akak harap Isya kena pentingkan dirinya sendiri kerana dia hak suaminya dan tak ada kena mengena dengan ibu tirinya..kan.. Jgnlah murah hati sgt nak tlg Suhaila tu..sbb dia pun tak pernah nak appreciate Isya selama ini..kan..difitnah adalah..

  1. trima kasih kak ats komen yg diberi..biasela 2, stiap insan prnah buat kesalahan kan..tu lah,cian isya kan..tp mst ramai suke die da pregnant..h0ye =)

  1. jgan la jdi bukan2 dkt kandungan dia please writer..
    best2 smbng lgi..

  1. Isya usah lembut hati; tak sudah2 mak tiri nak menyiksanya. Isya skrg ni di bwah tj Adam. Dalam hal ini kata-kata Adam lebih diutamakan. Dah jadi macam ini pun masih lagi x insaf2, asyik juga nak salahkan orang lai. Jika ingin mencari penderma, mak tirinya adalah orang yang paling sesuai.

  1. haha,ruunna...thanz bace..nnt tggu sambungan k..