NILAI KASIHMU (16)
.
EpisoD 16
Lama Iqram merenung segala gerak geri gadis
itu dari tadi. Sibuk gadis itu melayan budak lelaki itu dan juga budak-budak
yang lain. Apabila Adam menepuk belakangnya, Iqram tersentak. Dia beristighfar
di dalam hati bila memikirnya dirinya mula hayut apabila melihat Arisya tadi.
“ Encik Iqram dah makan?” Tanya Adam.
“ Owh, sudah sudah. Sedap semuanya.”
Balasnya ringkas.
“ Ha Encik Iqram, bapa mertua saya ada kat
sini. Mesti dia pun tak sabar nak jumpa Encik Iqram kan.”
“ Eh, ye ke? Pak Samad pun ada kat sini?”
“ Ha’a, dah seminggu dah dia kat sini.
Ipar saya, Suhaila tu excident minggu lepas. Teruk jugalah. Tiga hari tak
sedar. Dah tu buah pinggang dia rosak teruk. Kena buat pembedahan lagi.” Ujar
Adam. Mendengarkan berita mengejutkan itu, Iqram mengucap lagi.
“ Macam mana boleh jadi tu?”
“ Entahlah encik iqram. Saya dapat tahu
pun masa subuh. Dengar kata, berlanggar dengan kereta. Wallahualam…” Balas
Adam. Iqram masih lagi terkejut dengan perkara tersebut. Tidak sangka Suhaila
ditimpa kemalangan dengan begitu sekali.
“
Dia kat hospital mana ye?” Tanya Iqram.
“ HKL…Mak mertua saya ada kat sana. Dia
temankan anak dia tu. Kalau Encik Iqram nak jenguk Suhaila nanti bolehlah saya
bawakkan sekali.” Kata Adam. Sambil itu dia sempat melihat gelagat isterinya melayan
kanak-kanak yang ada di situ. Dengan melayan kerenah boboy yang baru bersunat
lagi. Semua dilayan dengan penuh sabar. Adam tersenyum.
“ Untung Encik Adam dapat dia. Saya tahu
Arisya ni baik orangnya.” Puji Iqram bila perasan renungan Adam yang tak
habis-habis memandang Arisya.
“ Alhamdulillah Encik Iqram. Saya memang
bersyukur sangat. Tambah pula tak lama lagi kami bakal dapat cahaya mata nanti.”
Ujarnya gembira. Iqram terkedu. Lambat-lambat dia tersenyum sambil mengucapkan
tahniah pada Adam.
Arisya dari jauh dapat melihat suaminya
berbual mesra dengan Iqram. Ketika itu juga pandangannya dengan Iqram
bertembung. Dia tersentak, namun dia cuba memaniskan senyumannya untuk Iqram
dan lelaki itu membalas dengan pandangan yang sayu. Bila Pak Samad memanggilnya
dari belakang barulah Arisya cepat-cepat mengelak dari memandang Iqram dengan
lebih lama.
“ Eh, tu macam Iqram…” Sebut Pak Samad.
Arisya tersenyum.
“ Betullah tu ayah. Memang dia pun. Dia
ada kerjasama dengan syarikat bapa saudara Adam tu. Sebab tu Adam pun kenal.”
Katanya.
“ Adam tahu ke kes tu?” Tanya Pak Samad.
“ Kes apa?” Tanya Arisya pula pelik.
“ Pasal Aila excident?”
“
Entah. Mungkin Adam adalah kot bagitahu dia.” Balasnya. Pak Samad terdiam. Ada
sesuatu yang bermain difikirannya ketika ini. Dia memandang pula ke arah anak
gadisnya itu.
“ Tak sangka diorang boleh kenal kan. Isya
ada jujur dengan Adam pasal hal lepas?” Tanya Pak Samad. Isya terkedu. Tak
sangka ayahnya akan mengungkit hal lama itu. Dia hanya menggelengkan kepala
berulang kali sebagai jawapan.
“ Kenapa tak bagitahu nak…dia kan suami
kamu. Dibuatnya Adam tu tahu yang Iqram dulu tu pernah menaruh perasaan pada
kamu nanti, susah nanti. Ayah risau salah faham akan berlaku nanti.”
Nasihatnya. Arisya menundukkan kepalanya.
“ Isya tak berani ayah. Lagi pun Iqram
pun tak pernah ungkit hal merisik dulu tu. Dia macam faham je apa yang Isya
rasa. Iqram cuma cerita kat Adam pasal dia kenal keluarga kita je, tak lebih
dari tu.” Kata Isya. Pak Samad mengeluh.
“ Hmm, kalau macam tu, ayah pun dah tak
tahu nak kata apa lagi. Ayah harap kamu boleh jujur dengan suami kamu pasal hal
lepas tu. Jangan sampai hal tu datang dari mulut orang lain sudah. Adalah lebih
baik kamu sebagai isteri yang memberitahu kisah sebenar pada suami.” Balas Pak
Samad. Dia tak mahu nanti anaknya ada masalah rumah tangga jika sejarah hidup
pun masih lagi tidak diberitahu pada si suami.
“ Nantilah dulu ayah. Kalau Isya dah ada
kekuatan nak bagitahu, Isya akan bagitahu. Buat masa ini Isya tak berani lagi
ayah.”
“ Kenapa? Kamu takut Adam tak boleh nak
faham?” Tanya Pak Samad. Arisya menganggukkan kepalanya.
“ Isya, Adam tu lelaki dewasa tau. Dia
tu bukan setakat suami je, malah dia bapa kepada anak kamu tu nanti. Ayah yakin
Adam boleh terima hakikat tu. Lagi pun ayah pasti, sebabnya kamu dah pilih dia
yang jadi pilihan suami kamu. Ayah pasti dia akan faham sepenuhnya. Jujurlah
dengan pasal hal risikan dulu tu ye. Jangan jadi salah faham sudah.” Pujuk Pak
Samad lagi.
“ Tengoklah dulu ayah macammana nanti.
Ada masa yang sesuai, Isya akan begitahu segalanya pada abang.” Balas Arisya
lemah.
Dia memandang ke arah Adam yang tak habis-habis menyakat anak buahnya si
boboy itu bila budak kecil itu mahu mengambil makanan. Dia tersenyum pahit. Arisya juga berharap dia punya keberanian untuk
memberitahu perkara sebenar terhadap suaminya. Dan dia juga yakin kenapa Iqram
tak beritahu suaminya. Ini kerana dia tahu Iqram pasti mahu perkara tersebut
datang dari mulut dia sendiri dan bukannya orang lain. Dia bersyukur kerana
Iqram seolah-olah memahami apa yang dia rasa.
******************************************************
“ Hey my friend!!” Sapa Syafiq dari jauh dan
berjalan mendekati Adam.
“ Assalamualaikum..” Tegur Adam. Syafiq
tersedu menahan malu ditegur.
“ Wa’alaikumussalam. Ceh, aku baru nak
bagi salam kat kau.” Katanya. Kasut bola dikeluarkan dari begnya dan mula
disarung.
“ Mana yang lain?” Tanya Syafiq.
“ On the way kut. Kau takde kes ke hari
ni?” Tanya Adam pula.
“ Lusa adalah. Hari ni aku nak main
puas-puas sebab mungkin untuk masa yang lama aku akan sibuk dengan uruskan kes
baru anak guam aku.” Katanya.
“ Kes apa wei?”
“ Pasal kes penculikan dan pembunuhan.
Two in one.” Terangnya ringkas. Adam berminat untuk tahu lebih lanjut.
“ Mangsa?”
“ Budak perempuan. Still sekolah
menengah. Tapi yang menariknya si tertuduh.” Kata Syafiq. Dia tahu, setiap kali
ada kes baru yang masuk, Adam mesti takkan lepaskan diri untuk mengikuti
perkembangan darinya.
“ Wait, let me guess. Tertuduh rapat
dengan mangsa?” Tekanya. Syafiq mengangguk.
“ Yup. Teman lelaki si mangsa sendiri dan
juga bakal tunang kepada si mangsa.”
“ Budak sekolah juga?”
“ Lepasan IPT…” Balas Syafiq. Adam
menggelengkan kepalanya.
“ Apa nak jadilah. Belajar tinggi-tinggi
pun, tetap nak buat kerja bodoh tu.” Kata Adam.
“ Dunia bro….sedangkan air laut tu boleh
berubah, ini kan manusia. Kalau hati tu dah dihasut dendam, punahlah jiwa yang
baik.” Kata Syafiq sambil cuba merenggangkan ototnya.
“ Apa kes kakak ipar kau tu? Siapa nama
dia? Su?” Tanya Syafiq pula.
“ Alhamdulillah dah okay. Nasib baik ada
penderma yang baik. Insyaallah lusa atau tulat dapatlah keluar hospital tu.
Isteri aku tanya semalam, dia kalau boleh nak bawa Suhaila tu tinggal sama
dengan kitorang buat masa ni. Dia nak jaga kakak dia tu.” Balas Adam.
“ So, kau bagilah?”
“ Aku bagi je. Tapi cuma aku risau dia
penat jelah. Dengan kerja kat ofis lagi, dengan nak tengokkan kakak dia tu
lagi. Hmm, nampak sangat sayang dia tu kat Suhaila tu. Sedangkan kau tahu,
diorang anak beranak tiri tu mana sangat layan Arisya tu dengan baik. Aku pula
yang geram.” Ujar Adam jujur dengan teman baiknya. Hanya dengan Syafiq dia
banyak bercerita.
“ Rilekslah bro… Itu membuktikan kau dapat
isteri yang cukup baik. Dia bukan takat tak kisah anggapan dan layanan Suhaila
dengan ibu tiri dia terhadap dia sendiri, malah dia sanggup bantu apa saja
untuk bahagiakan diorang. Kau patut bagi sokongan lagi. Amacam Arisya, sejak
mengandung ni, dia okay tak?” Tanya Syafiq prihatin.
“ Bolehlah. Cuma pagi-pagi tu asyik
muntah-muntah je. Apa tu orang kata, morning sickness? Ha, macam tu lah. Kesian
pula aku tengok dia.” Katanya. Syafiq tersenyum.
“
Bertuahlah kau. Dah la dapat bini cantik, baik,
dah tu pandai pula ambil hati suami dia ni. Sampaikan aku nak ajak
keluar pun susah.” Kata Syafiq dalam nada memerli dan sempat tersengih. Adam
menjeling padanya.
“ Kau ajak aku keluar tak kena masa. Kau
ingat aku ni macam bujang dulu ke? Free je memanjang?” Balas Adam. Syafiq
ketawa.
“ Hailah, untunglah dah kahwin….aku ni
bila lagi?” Ujarnya. Adam malas mahu membalas. Dia cuma senyum sahaja melihat
gelagat Syafiq. Dia tahu Syafiq ni boleh dikatakan ramai juga yang berminat,
tapi kalau diri tu dah terlebih komited pada kerja, sampaikan awek ajak keluar
pun susah, macammanalah nak dapat teman wanita.
“Adam, sejak kau dah berkahwin ni kan, aku
perasan sesuatu.” Celah temannya. Adam menoleh memandang Syafiq yang kembali
duduk dibangku.
“ Apa dia?”
“ Sifat panas baran kau dah kuranglah. Aku
tengok kau dah makin…urm apa orang kata tu, matured?” Sempat Syafiq
mengenakannya. Automatik tangan Adam menumbuk kuat lengan Syafiq.
“ Aduh!!Sakit siot!” Marah Syafiq.
“ Tahu pun…”
“ Cis…tak ubah juga.” Katanya sambil
menggosok bekas tumbukan Adam.
“ Dengan kau je…” Balas Adam sambil
ketawa. Dia bangun dan mula memanaskan badan sebelum turun ke padang. Syafiq
memerhatikan temannya yang sedang berlari anak itu. Dia tersenyum. Memang dia
perasan perubahan hidup Adam. Sekarang temannya lebih bahagia berbanding semasa
hidup bujangnya. Dan atas sebab itu jugalah yang membuatkan Syafiq pula merasa
nak berkahwin. Tapi dia sedar, jangankan berkasih, orang yang dikasih tu pun
tak muncul lagi dalam hidupnya… Alahai..
***************************************************
“ Aku tak faham dengan kau ni? Kenapa?!”
Sekali lagi Maria bertanya. Arisya tersenyum.
“ Simple, dia kakak aku.” Balasnya ringkas.
“ Bukan kandung okay! Tiri! Dah tu takde
sedarah sedaging dengan kau pun.”
“ Maria, please. Aku dah buat keputusan. Aku tetap nak jaga Suhaila tu sampai dia
sembuh. Aku kesiankan dia. Dahlah rumah dengan kereta dia kena tarik balik,
lepas tu dah takde siapa nak tawarkan kerja untuk dia. Kau tak kesian ke?”
“ Kesian apanya wei…Memang dia patut
dapat semua tu. Tulah, dulu berlagak sangat. Lawan cakap mak ayah. Sekarang
tuhan dah bayar cash tau.” Perlinya.
“ Dahlah, kau ni pun. Dosa pahala dia
tuhan lebih tahu. Ni kau datang sini nak mengumpat dia je ke atau nak tolong
aku ni?”
“ Hehe, yela. Aku nak tolong kau lah ni.
Bekas bunga ni nak letak mana?” Tanya Maria. Arisya memuncungkan mulut ke arah
meja kecil. Maria meletakkan di meja tersebut. Sementara Arisya mengemaskan
katil di bilik bawah, Maria masuk ke dapur dan membantu Umi untuk memasak.
Tidak lama kemudian, Pak Samad, Mak Idah
dan Suhaila tiba. Arisya segera keluar membantu ayahnya mengangkat Suhaila
untuk duduk di atas kerusi roda. Suhaila bermuka masam sahaja bila Arisya
senyum padanya.
“ Eh, dah sampai. Masuklah.” Pelawa umi.
“ Ibu, bilik Aila kat bawah tu. Kata
Arisya sambil menunjukkan bilik yang berdekatan dengan dapur. Mak Idah tidak
membalas apa-apa sebaliknya membawa masuk beg pakaian Suhaila ke dalam bilik
tersebut.
“ Nak balik juga ke hari ni Samad?”
Tanya umi.
“ Kena balik kak. Kambing kat sana tu
dah lama tak jenguk. Kebun lagi. Takkan nak asyik mengharapkan orang kan. Dah
dua bulan duduk sini, lama sangat pula. Segan pula saya kak.” Balas Pak Samad.
Umi hanya mengangguk. Dia mengajak Pak Samad duduk di meja makan untuk makan
tengahari bersama.
Sementara Arisya masuk ke bilik untuk
membantu Mak Idah mengemas apa yang patut. Suhaila duduk bersama Pak Samad dan
umi. Bila Umi bertanya sesuatu padanya, hanya sepatah yang dibalas. Dia tidak
ada mood lansung nak balas percakapan orang lain. Pak Samad faham yang Suhaila
mengalami masalah kemurungan selepas kemalangan. Banyak hakikat sebenar yang
masih Suhaila tidak dapat terima dengan keadaannya sekarang ini. Atas sebab
itulah Arisya beriya mahu menjaganya untuk memulihkan kembali semangat Suhaila
dan bantu apa yang patut.
“ Ikutkan ibu nak je ibu bawa Aila balik
kampung.” Tiba-tiba Mak Idah bersuara.
“ Takpelah ibu, biar je Aila tu Isya yang
jaga. Lagi pun kalau Isya pergi kerja nanti, umi ada kat rumah boleh tengok-tengokkan
Aila. Isya dah bincang dengan abang, kami ingat nak bawa Aila buat terapi
nanti. Mana tahu nanti Insyaallah semangat Aila tu boleh pulih semula.”
Balasnya. Sedikit sebanyak kata-kata Arisya itu membuatkan Mak Idah berasa
lega.
“ Isya, umi panggil makan. Mak cik, jom
makan sekali. Semua dah siap dah.” Ajak Maria di muka pintu.
“ Yela, nanti aku dengan ibu datang. Kau
pergilah dulu.” Kata Arisya.
“ Adam mana?” Tanya Mak Idah sambil
meletakkan pakaian di dalam almari baju.
“ Dia ada hal sekejap ibu. Malam karang
baru balik. Jom ibu, kita makan dulu. Tinggalkan je baju yang lain tu. Nanti
Isya kemaskan.” Katanya lagi. Mak Idah menurut sahaja kata anak tirinya itu.
Dalam hatinya ada juga terselit rasa kesal selama ini sebab melayani Arisya
dengan sambil lewa. Cara Arisya melayannya dan juga Suhaila tetap tidak
berubah. Semuanya dilayan secara baik dan cukup ikhlas. Namun ego Mak Idah
tetap tinggi untuk meminta maaf dengan anak gadis tersebut dan tidak mahu
mengaku kesalahannya selama ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus jadi
begitu.
Bagi Arisya pula dia lansung tidak kisah
pasal sejarah yang sudah terjadi. Yang penting hatinya benar-benar ikhlas mahu
membantu Suhaila supaya mendapat keyakinannya kembali. Dia cuma berharap
apabila Suhaila sudah sembuh nanti, gadis itu akan ceria seperti dahulu. Arisya
rindu untuk bermesra dengan kakak tirinya seperti mana mereka remaja dulu. Dia
rindukan berbual dan berkongsi cerita bersama. Dia berharap sangat Suhaila
dapat berbaik dengannya seperti mana dia mula berkenalan dengan gadis itu sejak
kecil lagi.
*tetiba
terfikir nak buat cerpen genre thriller, tapi macam susah je. Sebab Sahara
minat sangat baca cerita yang mencabar macam tu. Menguji minda sikit. Tapi kalau
nak mengarang tu, huh, macam payah je….susah woo nak karang cerita yang banyak
main psikologi semua ni. Kena buat kajian mendalam. Haha, yang penting teringin
beli karya baru Encik Ramlee Awang Mursyid tu…ngee, x sabar nak baca. Semua
cerita dia best. Owh, btw, jemput baca ye semua.. Sahara sekarang ni tengah
buat cerpen baru..still dalam proses mengarang. Tapi bukan genre thrillerlah…tak
cukup ilmu sangat. Haha, cerpen biase2 je, maklumlah, merangkak lagi dalam
penulisan ni..Hehe..Salam 1 Malaysia.
Pelik kan Suhaila ni..tak pernah nak rasa syukur akan apa yg dia dapat..tapi masih bersikap sombong..kalau lah Aisya tak tolong..apa pulak akan jadi pada diri dia..kan..
Iqram nampaknya masih lagi ada hati kati Aisya.. masih ada cinta dan kasih dihati ..mungkin dia masih menunggu dirinya Aisya..apa yg akak takut..suhaila akan menjadi duri dalam daging..atau lebih jelas gunting dalam lipatan..di mana kerana cemburunya dengan kehidupan Aisya..dia akan meracun si Adam pasal Iqram..
Kalau itu berlaku..apa tindakan Adam yg bagaikan sarang tebuan..kan..